Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Friday, 30 November 2012

Tak Bisa Memiliki - Siri 5



Ibu tidak keruan. Peristiwa malam itu asyik mengulang tayang di dalam ingatan. 3 tahun tidak cukup untuk melupakan. Dan pihak berkuasa masih belum berputus asa untuk membongkar segala kisah;

"Aisyah, sudah sampai masa untuk kita bongkarkan segala,"

Lesu wajah ibu, menggamit resah di hati Aisyah. Dia mendengus marah. Marah kerana ibu mudah mengalah. Marah kerana hati ibu lemah.

"Jangan! Aisyah tak rela!"

Aishah melarang keras. Pandang matanya tajam menikam. Setajam belati di atas para. Belati yang tadinya basah berlumuran darah. Kini, kembali bersih bersinar. Aisyah persetankan pisau itu. Dia menggeledah gelabah setiap ruang almari yang ada. Seingat dia, pemetik api ada di simpan di situ.

"Kamu cari apa?"

Ibu bertanya, cuba membantu anak gadisnya. Aisyah mengeluh putus asa.

"Lighter...,"

Ringkas jawab tanya. Ibu bangkit dari duduk. Tin biskut lama di bawa turun dari atas para. Pemetik api berwarna merah jambu diserah bersahaja. Aisyah tidak menunggu lama. Segera mencucuh pemetik api ke arah kemeja kotak berlengan panjang. Kemeja yang sudah kering dengan darah merah. Bau hamisnya melata, mengusik deria bau sesiapa saja.

"Ibu, ini rahsia kita buat kali kedua. Kalau ibu sayang Aisyah, ibu simpan baik-baik rahsia ini. Biar pokah di perut, jangan pokah di mulut,"

Ibu mereguk liur sendiri. Aisyah bertindak di luar jangka. Demi untuk melindungi.

"Ehem...Puan Salamiah?"

Bersambung...

Thursday, 29 November 2012

Untukmu Gaza

kredit: Google

Tangisan diteriak segenap sudut,
Sesak berfikir apa yang patut,
Tegak berdiri atau melutut,
Menghadap Zionis tanpa takut.

                                                           Bang!
Mati. 
Gugur.
Jatuh ke bumi.
                                                           Booommm!!

Bertebaran bom durjana,
                                                           Tidakkk!!!!!

Ayah! Ibu! 
Anakku...

Mati.
Gugur.
Jatuh ke bumi.

Wednesday, 28 November 2012

Di hari perkahwinanmu...


Lariannya makin menjauh. Sakit kaki tidak dipedulikan. Yang dia tahu kini dia perlu ke Majlis Kahwin temannya itu. Kain baju kurung diangkat sedikit bagi memudahkan larian. Wedgesnya sudah tidak begitu selesa di kaki tidak juga dipedulikan. Yang dia tahu, dia perlu sampai.
“Teksi!!!” Tangan melambai deras. Kereta bernama teksi terhenti jauh sedikit. Pantas saja dia masuk ke dalam.
“Pakcik, Bandar Tun Hussein please…” Ujarnya Farisya termengah-mengah.
“Awak kenapa?” Cermin pandang belakang jelas menunjukkan wajah Farisya. Namun, tiada sebarang jawapan dari mulut si gadis. Pakcik teksi hanya memandu sepi.
“Terima kasih. Jasamu dikenang,” Pintu di tutup. Sebaik saja teksi berlalu dia membetulkan semula kainnya yang sudah renyuk. Malang sungguh nasibnya. Tadi masa berjalan di kawasan perumahan dia nampak anjing dari kejauhan. Traumanya terhadap anjing belum pernah lupus. Pantas saja kakinya lari.
“Farisyaaa…” Dia berpaling. Aliff tersenyum memandangnya. Di sebelah Aliff ada pula Hernani. Ah dia benci gadis itu. Gadis yang merampas cinta Aliff. Dengan sekali lafaz, Aliff dan isterinya mencipta jurang maha besar dengan Farisya.
“Hai suami orang…” Farisya sedaya upaya menelan kelatnya air liur. Dia bersalaman dengan Hernani secara terpaksa. Mana mungkin dia mahu berbaik dengan perempuan perampas.
“Farisya, selamat awak datang. Saya tertunggu-tunggu dari tadi tau,” Aduan Aliff makin menambah bara di hati isteri. Farisya senyum cuma. Layanan Aliff masih sama. Masih seperti bujang dahulu. Layanan itulah membuatkan cinta mekar di hati tanpa dia sedar. Layanan itulah membuatkan dia hanyut dengan angan sendiri. Akhirnya, cinta yang dia damba ternyata sia-sia. Aliff bukan untuknya.
“Farisya… awak menung apa lagi? Jom saya teman awak makan…” Lagi sekali hati dirobek pilu. Ketika ini Hernani tidak lagi kelihatan.
“Aliff… saya boleh makan sendiri. Boleh tak awak jangan layan saya baik macam ni. Saya penat… Isteri awak pun mesti tak suka… Minta diri…” Aliff ditinggalkan terpinga-pinga. Saat itu jugalah air matanya tumpah. Niat dihatinya takkan bertemu lagi jejaka itu buat selamanya.

Tuesday, 27 November 2012

janji yang pergi #2




Batuk kering Salmah sudah semakin menjadi-jadi. Menurut doktor, jika tidak diubati mungkin ia akan membawa mudarat. Namun apa dayanya Salmah ketika itu, sesungguhnya dia lansung tidak mampu untuk membayar perubatan yang mahal-mahal, dia bukannya orang senang. Setelah pemergian Nizam, yang tinggal hanyalah simpanan dua ratus ringgit, khas untuk perbelanjaan sehari-harian Salmah anak beranak. Dia tidak ada benda yang lain boleh digadai-gadai di kedai. Dia tidak juga ada tanah yang boleh dijual-jual kepada tauke-tauke cina yang ada dipekan. Dia tiada apa. Hidupnya kini hanya dengan berkerja sebagai tukang jahit di kedai jahit Mak Limah yang ada di pekan. Apalah sangat gaji yang diterimanya jika tiada tempahan yang diperolehi. Terkadang dia harus berikat perut, dan terkadang juga dia harus menahan nafsu dari membeli benda-benda yang remeh walaupun hatinya begitu menginginkannya. Begitulah hidupnya kini. Tiada yang mudah setelah kehilangan Nizam.

“Kau pasti Sal...kau pasti yang kau nak serahkan anak-anak kau pada orang?” tanya Ros kepadanya buat kesekian kalinya. Salmah lansung tidak menjawab, dia hanya merenung keluar tingkap. Seperti mengesali apa yang telah terlintas difikirannya ketika itu. hatinya berkecamuk. Apa benarkah jalan yang dipilihnya itu. dia lansung tidak pasti.

“Aku tahu kau sakit, tapi takkan sampai kau nak serahkan anak-anak kau pada orang lain...”Ros masih tak puas hati bila soalannya tidak berjawab. Direnung wajah Salmah yang semakin cengkung. Dia sedikit simpati, tetapi simpati saja tidak bisa mampu membantu Salmah. Itu sudah pasti.

“Aku dah tak lama Ros...bila-bila masa saja aku akan dijemput...”

“Apa yang kau merepek ni!” marah Ros. Tidak sedar, air matanya juga sudah mengalir.

“Kau sendiri dah dengar kan apa yang doktor tu cakap. Tanpa pembedahan, bila-bila masa saja aku akan pergi. .” Salmah terbatuk kecil, “jadi, kalau aku dah pergi, siapa pula yang akan jaga anak-anak aku tu..” Salmah menyoal lembut.

Ketika itulah kedengaran suara anak laki-laki Salmah menjerit-jerit kecil di atas tanah. Bermain barangkali. Ros yang terganggu dengan jeritan itu mula mengalihkan pandangannya ke luar pintu. Terpandang akan anak laki-laki Salmah yang sedang duduk di atas upih, ditarik oleh Khalil, anaknya. Dia tersenyum hambar.

“Aku akan jaga,” tegas Ros

“Kau tak mampu Ros...kau tak mampu. Aku tak mahu anak-anak aku menyusahkan kau. biarlah aku berikan pada orang lain.”

Ros termanggu sebentar. Seperti memikirkan sesuatu.

“Kau jangan risau Ros, dah ada orang yang akan jagakan anak-anak aku tu...” Salmah terbatuk lagi, kali ini lebih kuat bunyinya. Sempat Salmah menutup mulutnya dengan telapak tangannya yang kurus, takut-takut ada darah merah yang terhambur keluar.

“Siapa? Pada siapa kau nak bagikan anak-anak kau tu?” Ros rasa tidak senang hati. Takut-takut pilihan keluarga yang dipilih oleh Salmah tidak memenuhi kehendak yang sepatutnya. Kalau boleh, Ros mahu anak-anak salmah ditempatkan di dalam keluaraga yang baik-baik. Bukannya yang suka mendera atau apa pun. 

Dia tidak sanggup melihat anak-anak yatim yang didera. Sesungguhnya tidak.

“Aku dah fikirkan..aku akan berikan pada Tuan Bakri,” terang Salmah ringkas.

“Tuan Bakri...Ros cuba mengenali nama itu “Tuan Bakri tauke ikan tu ke?” tanya Ros lagi. dia seakan terperanjat.

“Hmmm...” Salmah mengangguk perlahan. “Hari tu dia dan isterinya ada datang ke mari selepas pemergian Nizam. Dia kasihan melihat aku dan anak-anakku. Jadi dia bercadang mahu mengambil salah seorang dari anakku yang sulung untuk dibuat anak angkat. Itupun jika aku bersetuju.”

“Seorang!” Ros terjerit kecil. “Jadi bagaiman dengan yang kecil ini?”. Salmah memalingkan mukanya memandang si kecil yang tidur di dalam buaian. Ros mula dirundum hiba.

Salmah kembali termenung. Tiada suara yang terkeluar. Itu membuatkan hati temannya itu menjadi gusar. Apa saja yang difikirkan oleh salmah, itu dia tidak tahu.

“Mungkin aku akan hantarkan dia ke rumah anak yatim...”

Terperanjat Ros mendengar luahan temannya itu. tidak sangka begitu sekali perkara yang bermain di minda wanita itu. sedangkan si abang diberikan hak kepada orang kaya yang tinggal di bandar, masakan pula si kecil ini mahu diletakkan di rumah jagaan anak yatim. Itu tidak boleh...tidak boleh sama sekali. dia perlu melakukan sesuatu.

“Sal, kau sendiri tahu kan. Aku sudah lama inginkan anak perempuan. Tidak salah rasanya kau berikan anak kau itu padaku. Biar menjadi teman kepada Khalil, anakku,” Ros memujuk.

“Aku tak mahu menyusahkan kau dan suami. Kau sendiri faham bukan,” Salmah menerangkan.

“Tak mengapa, aku pasti yang suami aku akan sukakannya. Lagipun, suamiku kan berkerja gomen. Aku pun ada membuka kedai makan di pekan. Jadi aku bukanlah dalam kategori orang susah bukan...setujulah. biarkan si kecil ini aku yang menjaganya,” Ros terus-terusan memujuk. Salmah yang tidak bisa berkata apa hanya tersenyum. Mungkin  sudah takdir si kecil ini akan diasuh oleh Ros dan keluarganya. Walau bagaimana dia mengelak pun, akhirnya si kecil ini akan jatuh juga ke tangan Ros. Dia tahu Ros akan menjadi ibu yang baik kepada anak kecilnya. Itu sudah pasti. Dia tersenyum di dalam hati.


bersambung..

Sunday, 25 November 2012

Ice Skater & The Translator #3

Episod 1 | Episod 2


“Kak Naddy, salahlah!” Tangan Nadia ditampar buat kesekian kalinya.
“Ish, Ema buatlah sendiri. Semua akak buat, semua salah.” Nadia mengomel sendiri.
“Maksu ni cepat betul give up.” Wafiy membebel sambil menyiapkan gubahan bunga telur. Mereka duduk di dalam bilik Nadia yang akan menjadi bilik pengantin pada esok hari.
“Kak Naddy ni. Cuba tengok kak Wafiy dengan kak Lia. Laju ja depa buat.” Ema membebel lagi dalam bahasa Kedah pekatnya.
“Haish, hang ni. Banyak songehlah. Macam makcik-makcik. Betoi (Betul) ka hang ni umoq (umur) 20 tahun?” Nadia sudah duduk di atas katil.
“Maksu! Jangan mengelat!” Wafiy melaung.
“Ya ALLAH, orang suruh buat bunga teloq (telur), bukan suruh perang anak dara oi!!” Mak Wan menggeleng kepala di muka pintu.
“Bukan salah Ema, Mak Wan. Ni, Kak Naddy dengan kak Wafiy ni. Bukannya Mak Wan tak tau.” Ema sudah terlebih dahulu menjawab.
Mereka hanya ketawa kecil. Mak Wan berlalu dan seketika kemudian, Ameer pula uncul di muka pintu. “Wafiy, tu buah hati pengarang jantung dah sampai.” Adelia menyiku lengan Wafiy yang sedang khusyuk menyiapkan gubahannya.
“Abang, kenapa?” soal Wafiy.
“Ika bangun. Dia tak nak abang tidurkan dia balik.” Ameer memberitahu.
“La, cepatnya. Anak bujang abanglah ni punya kerja.” Wafiy menggeleng sendiri dan berlalu mengekori langkah Ameer menuju ke bilik mereka.
“Tu dia, laki dia bawak pelari dah sorang.” Nadia duduk di tempat Wafiy.
“Kak Nadia dengan Kak Lia habiskan okay. Ada lagi sepuluh je. Nanti Ema susun. Ema nak pergi makan jap. Lapar.” Ema pula berlalu keluar.
“Lia.” Nadia bersuara setelah hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di situ.
“Kenapa?”
“Lepas ni, aku dah tak boleh nak lepak-lepak dengan kau dah.”
“Itu sepatutnya ayat aku, okay. Ayat kau ialah, ‘Ala, Nafiz sporting. Mesti dia bagi setakat aku nak lepak dengan kau. Kalau dia tak bagi, aku lari balik rumah mak aku.’ Kan?”
 “Lia.”
“Apa lagi, cik Nadia?” Adelia menggeleng sendiri.
“Bila kau nak kahwin?”
“Entah. Nanti kalau jumpa angel jatuh dari langit, aku pinanglah dia.” Adelia menjawab selamba.
“Kau ni. Itulah, aku nak buat matchmaking dengan Wafiq tu kau jual mahal. Eh, apa cerita si Wafiq tu sekarang?” Nadia bermain dengan hujung cadar.
“Wafiq tu dah ada girlfriendlah.” Jauh kedengaran suara Adelia.
“Mana kau tahu? Pandai je kau ni buat spekulasi.” Nadia mengerut dahi
“Aku tak buat spekulasilah. Kau ingat aku ni wartawan Melodi ke?” Adelia mencebik.
“Dah tu, mana kau tahu?” soal Nadia.
“Dia cakap.” Adelia menjawab malas.
“Dia cakap?” Nadia tersenyum nakal dan menghampiri sahabatnya itu. “Bila dia cakap? Kau ada cakap dengan dia ye…”
“Bukanlah. Haritu dia pergi Kursus Intensif Korea. Aku ganti slot Kak Ida, jumpa dia. Then, dia nak balik jalan kaki. Aku tumpangkanlah.” Adelia akhirnya bercerita. Dengan Nadia, tidak ada apa yang boleh disorokkannya.
“Jalan kaki?”
“Naik teksi. Kau ni skemalah.” Adelia menjulingkan matanya.
“Sejak bila pulak kau pandai ajak orang tumpang ni?”
“Ala, aku cuma nak buat baik je. Salah ke?”
“Tak salah, cuma agak pelik.” Nadia mengenyit mata nakal. “Then?
“Dia macam segan. So, aku offerlah dia drive. Manalah tahu, dia segan ke nak naik kereta perempuan drive.” Adelia meletakkan bunga yang terakhir ke dalam kotak sebelum bersandar di katil. “Dia cakap kereta dia masuk bengkel sebab langgar lampu jalan. Kau tahu tak kat mana?”
Nadia hanya mendengar tanpa membalas. “Dekat area Bayan Baru. Dekat-dekat dengan simpang nak ke Balik Pulau tu.”
Bulat mata Nadia. “Jalan tu luas gila. Jarang ada kereta. Dia mimpi apa boleh langgar lampu jalan?”
“Itulah, bila aku tanya, ingat girlfriend ke?. Dia cakap, mungkin.” Adelia menamatkan ceritanya.
“Tapi, kan…” Nadia mengalih pada Adelia di hadapannya. “Dia cakap mungkin je, kan? Yang kau nak feeling lebih-lebih ni kenapa?” Nadia tersenyum nakal. “Kau… minat dia eh?”
“Hish, merepeklah kau.” Adelia segera membangkang.
“Dah tu, apasal kau macam sedih je?” Nadia mengangkat kening. “Boleh pulak kau tumpangkan dia?” Nadia masih sibuk mengusik sahabatnya itu.
“Ala, kawan je. Takkan tu pun girlfriend dia nak jealous, kan?” Adelia merungut sendiri. Nadia berdehem kecil namun Adelia mengeluh perlahan. “Kau tahu tak Nadia, dia bawak kereta comel gila. Skema nak mampus. Lampu isyarat kuning, dia dah berhenti. Nak masuk simpang, dia bagi lampu isyarat awal-awal lagi.” Adelia ketawa kecil.
Confirm!” Nadia mencapai telefon bimbitnya dengan senyuman nakal yang semakin mekar.
“Nadia, apa yang confirm? Tu kau call siapa pulak?” Adelia mengerut dahi.
Nadia membuat isyarat senyap sementara menanti panggilannya bersambut. “Waalaikumussalam. Awak, saya nak tanya sikit ni. Fasal Afiq.” Bulat mata Adelia memandang Nadia. Namun, Nadia hanya buat tidak tahu sahaja.
“Dia dah ada girlfriend ke?” Adelia menjeling sahabanya itu. Nadia ketawa. “Tak, Lia ni. Dia curious.” Satu cubitan terus singgah di bahu Nadia. Nadia ketawa lebih kuat lagi. “Tak ada? Okay, thanks. Afiq datang kan, esok?” Nadia mengenyit mata nakal walaupun lengannya dicubit berkali-kali oleh Adelia. “See you tomorrow. Assalamualaikum.” Talian dimatikan setelah mendengar salamnya disambut.
“Nadia!!” Adelia sudah menjerit kuat.
“Astaghfirullahal’azim!! Anak dara oii!!” Mak Wan muncul semula di muka pintu membuatkan kedua-duanya kembali menyambung kerja masing-masing.
******************************************************************************
“Weh, kau ada jumpa Adelia ke?” soal Nafiz pada Wafiq yang sedang menjamu selera.
“Ada, time aku pergi kursus hari tu. Dia tumpangkan aku balik.” Wafiq memberitahu.
“Mangkuklah kau. Apasal tak cakap dengan aku?” soal Nafiz lagi.
“Kau kan dah cuti kahwin lepas tu.” Wafiq menjawab selamba sambil menyuap nasinya.
“Ala, just make a phone call. Tak susah pun, kan.” Nafiz menggeleng. “Kau cakap kau dah ada girlfriend ke dengan dia?”
“Mana ada.” Wafiq mencapai airnya. “Mana kau tau segala benda ni?” Dia sudah rasa nak tercekik sebenarnya.
Wife aku bestfriend dialah, encik Afiq oiii.” Nafiz memandang Nadia yang sedang berbual dengan rakan-rakannya di meja tetamu. “Dia frust kau tau tak lepas kau cakap kau mungkin ada girlfriend tu?” Nafiz sudah ala-ala berbisik.
Tersedak Wafiq kala itu juga. Spontan Nafiz ketawa. “Itulah, aku cakap kau jumpa bidadari jatuh dari langit, kau tak nak mengaku. Kalau cuka kena di muka, pergi jumpa doktor lah. Kalau dah suka tu, cakap jelah, simpan sorang-sorang buat apa?” Nafiz sudah mereka cipta pantun ekspresnya.
“Macam mana aku nak cakap?” soal Wafiq serius.
“Macam ni.” Nafiz menoleh pada khemah di sebelah mereka. Kebetulan Adelia lalu di situ. Terus Nafiz melaung. “Lia, sini kejap.” Bulat mata Wafiq memandang sahabatnya itu.
Adelia datang ke arah mereka. “Kenapa?” soalnya.
“Afiq nak cakap dengan awak.” Nafiz memberitahu.
Wafiq menjeling Nafiz. ‘Nak cakap apa?’ Dia memberi isyarat mata.
‘Cakap jelah.’ Nafiz membalas isyarat tersebut sebelum kembali memandang Adelia. “Duduklah.” Jemputnya.
Adelia duduk di hadapan mereka. Dia memandang Wafiq di hadapannya. Menanti bicara lelaki itu. “Saya tak ada girlfriend pun.” Senafas ayat itu dituturkan.
So?” Adelia mengerut dahi. Apa masalah mamat ni keluar ayat tak tahu hujung pangkal pulak ni?
Wafiq terdiam seketika sebelum membalas. “Saya nak cakap tu je.”
Adelia bangkit. “Okay, saya nak pergi sambung bagi bunga telur.”
“Lia…” Adelia menoleh semula.
“Saya tak pernah nampak awak skate pun.” Entah dari mana idea itu muncul dan terluah dari bibirnya.
“Oh, saya tak reti ice skate. Saya dah give up lama dulu. Saya suka tengok je.” Adelia menjawab dengan senyuman. “Kenapa? Awak nak ajar ke?” Dan Adelia berlalu dari situ. Senyuman di bibirnya masih lebar selepas mendengar pengakuan Wafiq.
“Kau tak betul.” Nafiz menggeleng.
******************************************************************************
Adelia melabuh duduk di kerusi yang disediakan. Bajunya sudah basah dek berkali-kali jatuh di atas ice rink itu. Nadia pula sudah terduduk keletihan. “Aku dah penatlah, Nadia. Aku rasa aku memang tak ditakdirkan untuk skatelah.”
“Kau ni, cepat sangat give uplah. Nak pandai kena belajar banyak-banyak kali.” Nadia memujuk.
“Aku dah penat, Nadia. Aku rasa aku memang tak ada bakat dalam ice skating ni. Jomlah kita balik…” Adelia membuka ikatan kasutnya.
“Lah, kau ni… Takkan itu pun kau nak nangis. Tak adanya Wafiq tu nak reject kau kalau kau tak reti skate.” Nadia menepuk bahu Adelia.
“Mana ada aku nangis.” Adelia membalas sambil membuat kerjanya. Relaks, Lia. Baru tiga kali kau belajar, kan? Mana ada orang pandai kalau setakat tiga kali. Adelia mengesat tubir matanya yang berair. Hai, kenapa rasa nak nangis ni? Adelia memejamcelikkan matanya menghalang air matanya dari tumpah. Cool Lia, cool.
 “Saya boleh ajar awak kalau awak nak.” Adelia mencebik. Rajinlah sangat nak mengajar aku si Nadia ni. Nanti dulu! Sejak bila pula Nadia bertukar jadi lelaki? Adelia spontan menoleh. Wafiq tersenyum di hadapannya dengan secawan ais krim.
Chocolate can make you feel better you know.” Wafiq menghulurkan cawan itu pada Adelia.
“Awak ni datang dari mana? Bukan awak pergi Korea ke?” soal Adelia terkejut.
“Dari langit.” Wafiq ketawa.
“Kenapa awak datang sini?” soal Adelia.
“Saja. Saya nak tengok orang tu belajar skate.” Wafiq menjawab selamba.
“Awak tak sepatutnya muncul kat sini. Buat malu je…” Adelia menggigit bibirnya sendiri.
Wafiq tersenyum lucu. Comel sungguh gadis bernama Adelia Nadhira ini. “Saya boleh ajar awak ice skate. Tapi ada satu syarat.”
Adelia mengerutkan dahi. “Apa?”
“Kahwin dengan saya.”
Tangan Adelia yang baru sahaja ingin mencapai cawan yang dihulurkan Wafiq itu kaku seketika. Seketika kemudian tangannya ditarik semula. “Ada extra tissue?” soalnya.
Wafiq mengeluarkan sepeket tisu dari dalam poketnya. “Sentiasa ada.”
“Saya balik kampung hujung minggu depan. Datanglah. Bawa mak dengan ayah awak sekali.” Adelia mencapai cawan ais krim yang dihulurkan oleh Wafiq.
So, it’s a yes?” soal Wafiq.
Adelia menjongket bahu dengan senyuman sebelum berlalu pergi. Betullah tu Cik Wafiq Emir oii. Takkan semua benda pun nak kena cakap kot, kan?
Nadia juga ikut bangkit dan memandang Wafiq yang masih berdiri di tempatnya. “Good luck.” Dia mengangkat ibu jari membuat tanda bagus sebelum mengekori langkah Adelia.
Wafiq tersenyum lebar sebelum mencapai telefon bimbitnya. Well, it’s a good start!
******************************************************************************
Great!” Wafiq melangkah keluar dari ice rink tersebut. Dia menghulurkan tangannya pada Adelia yang masih berdiri di muka pintu.
“Sekali je lagi?” Adelia membuat muka comel.
“Lia, dah empat kali Lia asyik ulang sekali, sekali. Abang dah penatlah.” Wafiq bercekak pinggang.
“Ala…” Adelia menarik muka. “Takkan professional ice skater pun penat kot?”
“Sayang, abang bukannya kebal macam Lia. Abang dah penat. Please?” Wafiq memujuk.
“Okay, tapi esok kita datang lagi?” ajak Adelia.
“Minggu depan eh? Esok abang ada kerjalah. Lagipun, Lia kan dah pandai skate. Lia ajaklah sesiapa pergi.”
“Tak nak. Kat situ kena bayar. Kat sini, datang dengan abang. Free.” Adelia tersenyum nakal.
“Nakal isteri abang ni. Okay, nanti kita datanglah sini lagi.” Wafiq mengalah.
“Balik ni, abang kena khatam buku bahasa Perancis yang Lia bagi tu tau.” Adelia bersuara sambil melangkah.
“Ala…” Wafiq merungut.
“Hah, kalau tak jangan harap Lia nak ikut abang pergi honeymoon. Abang pergi sorang-sorang.” Adelia mengugut.
“Yelah, yelah. Dapat isteri kamus bergerak pun kena khatam buku tebal jugak. Nasib badan.” Wafiq bersuara konon-konon merajuk.
“Okay, Lia boleh bagi diskaun. Abang bagi satu perkatan yang abang tahu dalam bahasa Perancis.” Adelia ketawa kecil.
“Okay. Dengar elok-elok ya.” Mereka masuk ke dalam kereta. Wafiq memanaskan enjin.
“Cepatlah, bang.”
Wafiq memandang isterinya dengan senyuman manis. “J’taime.
Adelia spontan menoleh. “Apa?”
J’taime. Forever and ever.” Wafiq menarik tangan isterinya dan digenggam erat. “Dapat diskaun tak?” Wafiq mengenyit mata nakal.
“Anak murid gatal. Tak ada diskaun. Khatam buku tu malam ni jugak.” Adelia bersuara nakal sambil membalas senyuman suaminya.
“Alaaaaaa…” Tawa mereka bersatu.
“Abang.”
“Hmm?”
“Abang fikir fasal siapa yang abang sampai langgar lampu jalan tu?” soal Adelia semula.
“Fasal girlfriend.” Wafiq menjawab nakal.
“Lah, abang cakap tak pernah ada girlfriend? Abang tipu Lia eh?” Adelia memuncungkan mulutnya.
“Waktu tu, kan abang jawab mungkin. Cuba Lia tanya lepas abang pergi merisik Lia haritu. Bolehlah abang jawab of course.” Wafiq ketawa nakal.
“Oh, jadi memang betullah abang selalu tengok Lia duduk kat ice rink tu?” soal Adelia.
“Ala, Lia pun selalu tengok abang jugak, kan? It takes two to be married, okay?” Wafiq ketawa lagi.
“Ei, suka-suka hati je tukar perumpamaan orang. ‘It takes two to tango’lah.” Adelia segera menjawab. Lebih kepada menutup malu sebenarnya.
“Sebab, abang tak nak tango dengan Lia. Abang nak kahwin. Tak mainlah tango-tango ni.” Wafiq ketawa lagi.
“Main-main!” Satu cubitan hinggap di paha Wafiq. Wafiq mengaduh sebelum tersenyum manis.
“Sayaaaang…” Wafiq memberhentikan keretanya di garaj rumah mereka.
“Tak payah nak panggil banyak-banyak harakat macam tu, abang. Cakap je.” Adelia menggeleng sendiri.
“Nah.” Wafiq menghulurkan sejambak bunga lili kepada isterinya itu.
“Untuk apa ni, abang?” soal Adelia setelah agak lama membisu.
For everything. Sebab selalu spy abang, dan sebab jadi gadis misteri abang. Dan sebab Lia sukakan abang dan sudi jadi isteri abang.” Wafiq tersenyum.
“Sempat lagi pekena orang tu.” Adelia mengesat matanya yang terasa panas.
“Lia…”
Yes?
I love you.”
I love you more, abang.” Dan genggaman mereka erat sambil masing-masing beriringan masuk ke dalam rumah.

Tamat. 

Thursday, 22 November 2012

Bukan Milah tak nak abang....


“Milah tak boleh kahwin dengan abang Mail,”

Mail mendengus resah. Wajahnya jelas gusar. Kata-kata Milah tadi menghentam sanubari. Apa syarat yang Milah mahu letak, mampu saja dia tunaikan segala. Tapi Milah degil. Asyik menolak. Asyik kata, tak nak. Asyik kata, tidak. Mail tidak hodoh. Mail tidak miskin. Malah, duit berkepuk-kepuk. Tunggu masa saja untuk naik pelamin.

“Kenapa Milah? Apa kurangnya abang ni?”

Jemari Milah asyik saja menggentel hujung tocang. Dia mengeluh kesah. Wajahnya dilepas jauh ke arah budak-budak yang sedang leka bermain guli. Ada lima budak di situ, kelihatan ceria dan gembira. Sedang Mail, mengundang gundah ke dalam jiwa; Kenapalah jual mahal sangat perempuan ini? Ajak kahwin pun liat?

“Abang tak kurang apa. Abang sempurna. Cuma....cuma Milah yang tak layak untuk abang,”

Mail hilang sabar. Begitulah Milah. Bila ditanya kenapa, jawapan diberi pasti berulang yang sama. Mail jelak.

“Abang muak dengan jawapan Milah. Beginilah, Milah jujur saja pada abang. Terus-terang saja. Abang janji untuk menerima dengan hati terbuka,”

Milah segera menoleh pandang ke arah Mail. Mata bundarnya terbuntang seketika.

“Betul abang sanggup terima?”

Mail mengangguk lemah.

“Bukan Milah tak nak kahwin dengan abang. Abang Mail kacak macam Aaron Aziz. Milah suka. Tapi, Milah tak nak abang takut....,”

Dahi Mail berkerut kedut. Hati mula kehairanan; Takut? Kenapa aku perlu takut pada gadis genit macam kau?

“Takut? Kenapa abang nak takut?”
“...sebab Milah makan budak,”

Mail mendengus marah; Loyar buruk pulak budak ni!

Milah, abang tengah serius. Milah jangan buat lawak bodoh pula,”
“Betul bang. Abang tak percaya? Tengok ni....,”

Milah bergegas ke belakang rumah. Dicapainya parang tajam. Dan berkejar ke arah sekumpulan budak yang  sedang asyik bermain. Diheret bawa salah seorangnya dan serta-merta leher budak itu ditetak hingga bercerai kepala dari tubuh. Mail gelisah. Hampir muntah dia melihat darah merah menyembur keluar hingga terpercik mengena wajah. Milah tidak menunggu lama. Tenaga luar biasanya pantas saja melapah isi budak itu. Dan setiap isinya dilahap mentah. Wajah Milah merah berlumur darah.

“Abang Mail nak sikit? Sedap....,”

Mail rebah di situ juga.

Wednesday, 21 November 2012

Kau Bukan Pengganti

Episod 1

"Ehem, bangun subuh." garau suara  mengejutkan aku bangun solat. Dia dah berkain pelikat dan siap berkupiah bert-shirt round neck nya. Ringkas dan memenangkan. Mata bertembung, jantung bergetar...wajah yang ku rindu. Lembut pandangan matanya.

"Izwan...morning sayang." aku bersuara girang. Subhanallah bangun pagi dapat menatap wajah kesayangan sangatlah membahagiakan diri ini.

"Wei, aku Izhar la. Cepat bangun, kita solat berjemaah." Suara garau itu pergi dan berpaling menuju ke atas sejadah yang terhampar sambil memberikan jelingan tajam. Ye, jelingan kebencian buat aku yang terpisat-pisat sendirian. Aku tersedar dari khayalan, rupanya bukan arwah, dia suamiku. Insan yang membenciku selamanya. Segera aku bersugi dan berwuduk dan menjadi makmum kepada suamiku.

Selesai solat aku mengaminkan doa, segera melipat sejadah dan baru nak bangun Izham menghulurkan tangan. Perlukah bersalaman lepas solat seperti pasangan bahagia? aku hanya menyambut tangannya dan segera berlalu pergi. Tak sanggup berhadapan dengan jelingan tajam dan rengusan kasar Izhar.

"Morning mama, nak masak apa untuk sarapan pagi?" ku sapa mama yang sedang mengupas bawang di dapur. 

"Pagi Mia, rasanya nak masakkan nasi goreng kampung kegemaran suami Mia tu. Dia ni kalau nasi goreng kampung bertambah-tambah makannya Mia." cerita mama dalam gelak tawanya. Mama seorang ibu yang lembut dan penyayang. Entah mengapa perwatakan mama  yang lembut berbicara buat aku terkenangkan arwah. Senyuman mama buat mataku terpandang Izwan. Wan..rindunya hati ini tuhan yang tahu.

"Mia, kenapa ni,pagi-pagi bersedih. Bergaduh dengan Izhar ke?" mama menyoal.
"Err, takla mama. Mia terkenangkan arwah. Rindunya hati ada dia ma!" berjuraian air mataku tatkala nama arwah ku sebut. 
"Mia, jangan macam ni sayang, mama pun sedih. Tapi mama tau mama perlu kuat. Kamu kuat ye sayang. Sebab sayangkan kamulah mama nak kamu jadi menantu mama juga walau bukan dengan Izwan. Sebab mama nak luka kamu terubat dengan hadirnya Izhar. Tak banyak beza antara mereka Mia, belajarlah menyayangi Izhar. Mama yakin Mia akan bahagia." mama menggenggam tanganku erat. Segera aku kesat juraian air mata yang mengalir laju merentasi pipi gebuku.

"Ada orang mati ke pagi-pagi ni semua nampak sedih?" Izhar menyoal dengan wajah pelik sambil menghadiahkan aku renungan tajam. Segera aku mengambil sayur kacang di peti sejuk dan memotong untuk nasi goreng nanti. Berdebar perasaan bila melihat jelingan kebencian Izhar untukku. Sentah sampai bila harus aku lalui semua ini. Tersepit dalam kebaikan mama dan terhimpit dalam wasiat tunangku Izwan.

"Izhar, jaga Mia baik-baik ye sayang. Mama sayangkan Mia macam sayang kamu juga. Mama yakin dia dapat bahagiakan Izhar dan mama yakin Izhar dapat berikan kasih sayang buat dia. Janji dengan mama ye?" mama seakan merayu kepada Izhar.

"Ma..Mia tu isteri Har. Takkan Har nak abaikan dia pula kan? ma jangan risau ye?" Izhar memeluk mama seeratnya. Aku hanya jadi pemerhati. Sayu dan hiba. Malah lebih hiba lagi bila aku tahu dia tak ikhlas melafazkannya. Aku hanya mampu berserah pada takdir. Andai suatu hari nanti takkan terbuka pintu hati Izhar menerima diriku sebagai isteri aku relakan dia mencari seseorang yang dia sayang. Sekali aku melangkah, aku takkan berpatah ke belakang. Aku percaya jodoh dan ketentuan dari Allah buatku ada hikmah di sebaliknya.

*****
Pejam celik dah seminggu aku dan Izhar bernikah. Izhar merancang nak bawa aku berpindah ke rumahnya petang ni. Siap mengemaskan barang sendiri aku rasa lega. Mujur tak semua barang kepunyaanku dikeluarkan dari beg. 

"Awak nak saya kemaskan barang awak?" aku meminta kepastian Izhar.
"Erm, tak perlu kot. Saya tak bawa banyak barang pun ke sini. Satu beg kecil je. Memang banyak baju saya tinggal sini."aku hanya mengganguk saja. Kalau beria nak kemas nanti dia mengamuk aku yang susah. Walau kehidupan kami nampak mesra di luar bilik tetapi kami masih bawa haluan masing-masing walau sikap Izhar tak sekasar dulu. Dia dah mula membiasakan diri saya tidak beraku-aku seperti awal pernikahan dahulu.

Tak dengar bentakan dan amukan dia pun hatiku dah cukup tenang. Tak sanggup rasanya melihat jelingan penuh kebencian dari suamiku itu. Suami? mungkin dia tidak anggap aku isterinya, namun jauh di sudut hati aku tahu aku wajib taat dan menguruskan semua keperluannya walau tiada kasih buat dia sebagai suami. Hanya ketaatan saja aku berikan kepadanya sebagai memenuhi tuntutan syarak. Aku tak mahu hidup dalam menderhakai suami sendiri. Perit apa yang aku lalui namun aku tak tahu kepada siapa harus aku luahkan. Kepada siapa patut aku kongsi semua duka yang mencalar hati.

Kalau diikutkan hati ingin saja aku bawa diri jauh dari sini. Pergi jauh dari suami yang membenci atau ikut jejak Izwan yang aku rindu....astaghrifrullahalazim!!!! mengucap Mia, mengucap!

bersambung....




Sunday, 18 November 2012

Ice Skater & The Translator #2

Episod 1


So, kau cakap apa dengan dia tadi?” soal Nadia.
He’s an engineer.” Adelia membuat kesimpulan.
“Lagi?”
That’s all.”
“Tu je? Ala kau ni, panjangkanlah sikit conversation tu.”
“Kan aku dah cakap, what is not important is not important.” Adelia selamba mengunyah biskut beras yang dibawanya dari Malaysia.
“Aku akan buat dia jadi important pada kau.” Nadia sudah buat muka misteri.
“Rajinlah kau.”
“Aku memang rajin.” Nadia membuka beg tangannya.
“Ikut suka kaulah. Jangan menyusahkan aku, sudah.” Adelia menyarung selipar dan berlalu ke bilik air.
******************************************************************************
So, awak memang kenallah dengan Nafiz.” Nadia membuat kesimpulan.
Wafiq mengangguk. “Dia panggil saya Afiq je. W selalu hilang.”
Oh? So, you are that ‘Afiq’.” Nadia tersenyum penuh makna.
“Erm, Nadia. Kenapa kita kat sini?” soal Wafiq pada gadis di hadapannya itu.
“Apa awak fikir tentang Adelia?” soal Nadia tiba-tiba.
She’s…” Wafiq berpaling pada Adelia yang sedang berbual sesuatu dengan pemilik kedai itu dalam bahasa Jepun yang fasih. “Fluent in Japanese. Dia buat degree in Language ke?”
“Apa kata awak tanya dia sendiri?” Nadia memberi jawapan apabila melihat Adelia sudah berjalan ke arah mereka.
“Nadia, jom.” Ajak Adelia tanpa menyedari yang ada orang ketiga bersama mereka.
“Eh, aku bawak teman.” Nadia menyiku Adelia yang ingin melangkah.
“Lah, teman mana pulak?” Adelia tidak jadi untuk membebel melihat Wafiq tersenyum di sebelah Nadia.
“Kita kan nak keluar date. Nafiz cakap tak boleh keluar berdua, nanti ada orang ketiga iaitu syaitan.” Nadia mengulas dengan senyuman nakal.
So, kau teringin nak jadi syaitan lah ni?” soal Adelia geram.
“Adelia Nadhira, please?” Nadia berbisik perlahan.
“Okay. Last chance. Kalau kau buat lagi, aku tinggal kau terkujat dekat hotel. Kau balik Malaysia sendiri.” Adelia membalas, juga dengan bisikan.
Yes, sayang kau!” Nadia menjerit membuatkan beberapa orang yang berjalan di situ memandang ke arah mereka.
We will eat in a France restaurant. Jangan risau, aku dah Google. Dijamin Halal. Tukang masak dia semuanya Muslim. Cuma dia buat masakan France.” Nadia menoleh apabila terasa suasana sunyi di kiri dan kanannya.
“Kau nak buli aku, kan?” Adelia sudah keluar aura mahu menembak sahabat baiknya itu.
You speak in 5 different language, kan? Cakap jelah. Order makanan je pun. Bukan aku suruh kau buat public speaking in France pun. Lagipun kau memang pernah menang public speaking France pun.” Nadia mencebik. Tidak mempedulikan kehadiran ‘orang asing’ di antara mereka. Wafiq hanya tersenyum kecil melihat telatah pasangan sahabat itu.
Mereka masuk, duduk dan membuat pesanan. Sementara menunggu pesanan, Nadia berbual dengan Wafiq. “Awak tak nampak macam muka Melayu.”
“Saya bukan Melayu tulen. Atuk saya orang Scottish. Nenek saya orang Arab. Diorang kahwin dan tinggal di sana. That’s my mum family. My father is a pure Malaysian. My tokwan is a malay and my opah is Chinese Muslim. That’s explain why I didn’t have any Malay face.” Wafiq menerangkan.
Seorang pelayan tiba dan kedengaran Adelia tersenyum dan mengucapkan sesuatu dalam bahasa Perancis. Mereka mula menjamu selera. Nadia cuba memancing kata Adelia namun sahabatnya itu tegar mendiamkan diri sehinggalah mereka melangkah keluar dari restoran itu. Setelah mengucapkan selamat tinggal pada Wafiq, Nadia menoleh pada Adelia.
“Kalau kau nak buat taktik macam tu pada aku, kau takkan berjaya, Nadia.” Adelia bersuara terlebih dahulu sebelum berlalu pergi begitu sahaja. Nadia mengeluh perlahan. Macam mana agaknya aku nak satukan ice skater dan translator ini agaknya ya?
******************************************************************************
“Aha, kau jumpa bidadari turun dari langit ke kat Jepun tu?” soal Nafiz sambil ketawa kecil.
“Bidadari apa?” soal Wafiq pada Nafiz yang sedang memandu.
“Habis tu, yang kau asyik termenung tu kenapa? You are the only guy yang aku kenal yang sangat berhati-hati bila drive. Macam mana kau boleh langgar tiang lampu tepi jalan? Nampak sangat kau tak ada di tempat kejadian. Kau nampak… lain lepas balik dari Jepun tu.” Nafiz bersuara dengan dahi yang berkerut.
“Tak ada apalah. Aku cuma terfikir sesuatu.” Wafiq menjawab.
“Terfikir apa?” soal Nafiz.
“Ad… Anak-anak murid aku.”
“Ad? Siapa tu?” soal Nafiz penuh makna.
“Tak ada apa-apalah.” Wafiq akhirnya menutup cerita dan Nafiz tidak bertanya lagi. Sebenarnya, dia memang memandu tanpa konsentrasi. Sedar-sedar sahaja, keretanya elok sahaja berjalan menuju ke arah salah sebuah tiang lampu di jalan yang maha luas dan tanpa kereta itu. Disebabkan panik, dia tertekan minyak dan bukan brek. Terpaksalah keretanya dihantar ke bengkel.
Kata Nafiz, nasib baiklah jalan itu maha luas dan tidak ada kereta, kalau tidak mungkin dia terpaksa bermalam di hospital selama beberapa hari. Tawa Nafiz mengembalikan Wafiq ke alam nyata. “Kau gelakkan aku ke?”
“Teruk sakit kau ni, Afiq. Kau biar betul kau tak jumpa bunian ke apa dekat Jepun tu.” Nafiz bertanya lagi.
“Tak ada. Orang adalah.” Wafiq memandang keluar. “Kau ingat gadis misteri yang aku pernah cerita dekat kau tu?” soalnya.
The one yang selalu duduk dekat ice rink hujung minggu time kau ajar budak-budak skate tu?” soal Nafiz semula. Wafiq mengangguk. “Kenapa?”
I found her.
Wow, impressive. Kau tanya nama dia tak?” soal Nafiz.
“Nama dia, Adelia.”
“Adelia? Adelia Nadhira?”
Wafiq mengerutkan dahinya. “Mana kau tahu nama penuh dia?”
“Aku sebut je. Bestfriend Naurah ada seorang nama Adelia Nadhira.” Nafiz memberitahu.
“Naurah?” Kerutan di dahi Wafiq semakin bertambah.
“Kan aku gantikan tunang aku untuk pergi Jepun. Takkanlah kau tak jumpa dia kot?” soal Nafiz semula.
“Oh, Nadia?” soal Wafiq.
“Nama dia Naurah Aqilah. Tapi, semua orang panggil dia Nadia.” Nafiz memberitahu.
“Kenapa?”
Long story. Next timelah aku cerita. Kita dah sampai ni.” Nafiz memberhentikan kereta di lobi.
Thanks, Nafiz.” Wafiq bersedia untuk turun.
“Jangan lupa datang kenduri aku hujung minggu ni. Lepas tu, kau nak fly ke Korea pun kau pergilah.” Nafiz berpesan.
“Aku terlepas kapal terbang pun, aku akan tetap pergi kenduri kau. Tapi, tunda tiket kau bayarlah.” Wafiq berlawak.
“Banyak cantik.” Nafiz ketawa. “Aku balik dulu. Jumpa kau hujung minggu ni.”
Drive elok-elok.” Wafiq sempat berpesan.
“Ayat piawai kau.” Nafiz ketawa. “Insya-ALLAH. Doakan aku selamat sampai. Assalamualaikum.” Kereta Nafiz meluncur pergi.
Wafiq melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Dia datang ke sini untuk kursus intensif Bahasa Korea selama 5 jam. Syarikatnya mewajibkan semua pekerja menjalani kursus intensif bahasa sebelum ke mana-mana seminar di mana-mana negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
Wafiq melangkah menuju ke kaunter dan penyambut tetamu memberitahu kelasnya. Dia melangkah ke blok bersebelahan bangunan tersebut dan menuju ke bilik di mana kursusnya dijalankan.
******************************************************************************
“Lia free tak hari ni?” soalan Rozita dari corong telefon mematikan pergerakan Adelia yang baru sahaja menolak gear untuk keluar dari rumahnya pagi itu.
Free. Kenapa?” soal Adelia semula. Memang dia tidak ada apa-apa kerja pun hari ini.
“Ganti Kak Ida pergi kelas boleh?” soal Rozita. “Anak dia demam panas.”
“Pukul berapa kak?” soal Adelia semula.
“Slot Kak Ida lepas makan tengah hari dan solat Zohor. Sejam setengah and buat penutup terus.” Rozita memberitahu.
Adelia menimbang seketika. Kalau Kak Ida, majornya mesti bahasa Korea. After lunch, sempat buat reading dengan ulangkaji dulu. “Okeylah akak. Tolong punchkan kad Lia sekali? Lia terus pergi Language Centre jelah.”
Thanks Lia. Nanti akak suruh Kak Ida belanja Lia makan.” Rozita ketawa di talian.
“Beres.” Adelia mematikan talian dan mematikan enjin. Dia masuk ke dalam rumah, mendapatkan buku-bukunya sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Bahasa Antarabangsa.
Adelia meletakkan kereta di tempat letak kereta dan terus menuju ke cafeteria. “Awal Lia masuk cafĂ©?” Hazirah, pemilik cafeteria itu menegur.
“Ganti Kak Ida. Anak dia tak sihat hari ni. Last minute preparation. Kenalah buat revision sikit.” Adelia membalas senyuman wanita itu.
“Dah breakfast?” soal Hazirah.
“Ada apa yang best?”
“Nasi goreng kampung dengan telur mata kerbau?”
“Bagi Teh Tarik satu.”
“Siap.” Hazirah menghilangkan diri ke dapur. Adelia meneruskan kerjanya membuat ulangkaji dan persediaan sebelum masuk ke slotnya tengah hari nanti.
******************************************************************************
Wafiq membawa dulang makanannya ke sebuah meja kosong di hujung cafeteria yang berdekatan dengan kaunter. Wafiq merenggangkan simpulan tali lehernya dan melepaskan nafas perlahan. Apalah yang adiknya suka sangat dengan bahasa Korea tu? Baru tiga jam belajar dia sudah rasa sesak otak.
Wafiq mencapai gelasnya. Mana straw tadi? Wafiq segera menoleh ke kaunter. Namun matanya lebih cepat menangkap timbunan straw di atas meja di sebelahnya. Kelihatan seorang gadis khusyuk menyusun straw-straw itu membentuk sesuatu di atas meja.
Excuse me, cik. Boleh saya minta satu…” Wafiq memandang wajah yang baru menoleh ke arahnya itu. “…straw?”
Adelia ketawa sambil menghulurkan sebatang straw kepadanya. “Awak terkejut ke tengok saya kumpul straw banyak-banyak kat sini?” soal Adelia.
“Agaklah. Awak buat apa kat sini? Buat art attack ke?” soal Wafiq polos.
“Bukanlah. Saya kena ganti slot kawan saya kat sini. Saya tak pandai bercakap banyak sangat. So, saya buat bahan pengajaran tambahan. Comel tak?” Adelia menujukkan hasil daripada straw yang diguntingnya itu.
Wafiq mengerutkan dahinya. Inikan… “Awak ganti slot apa?”
“Slot untuk Kursus Intensif 5 jam studying Korean Language. Hah, awak buat apa pulak kat sini? Nak pergi seminar ke mana?” soal Adelia. Dia sudah sedia maklum yang pejabat Nafiz dan Wafiq memang menghantar pekerjanya belajar bahasa di sini sebelum ke mana-mana seminar.
“Incheon.” Wafiq menjawab sebelum mereka berpandangan.
“Kecil betul dunia ni.” Pecah ketawa mereka.
Mereka menyambung kerja masing-masing sebelum Wafiq bangkit. “Saya nak pergi solat dulu. See you in class, Ms Adelia.” Adelia hanya ketawa dan mengangguk sambil menghantar langkah Wafiq dengan senyuman.
******************************************************************************
“Wafiq!” Wafiq menoleh. Sebuah kereta berhenti di sebelahnya. Cermin kereta diturunkan.
“Adelia!” Bibir Wafiq terus mengoyak senyuman.
“Awak letak kereta kat mana?” soal Adelia.
“Saya tak drive. Saya nak ambil teksi balik.” Wafiq memberitahu.
“Oh, awak nak balik ke mana?” soal Adelia semula.
“Batu Uban.”
“Jomlah balik dengan saya. Satu jalan tu.” Adelia mengajak.
“Eh, tak apa, saya naik teksi je.”
“Teksi susah nak dapat kat sini, Wafiq. Bas adalah. Tapi sejam sekali. Itupun, kalau nasib baik, dia lalulah depan ni, kalau tak awak kena tunggu kat depan nu ha. Jomlah balik dengan saya. Kalau awak segan nak naik kereta perempuan bawa, awak drivelah kereta saya ni.” Adelia masih bersungguh mengajak.
“Eh, tak apa ke?” soal Wafiq.
“Tak apa, Wafiq. Saya memang nak balik jalan yang sama.” Adelia keluar dari tempat pemandu.
“Jomlah.” Ajak Adelia apabila Wafiq masih teragak-agak.
“Okaylah. Tak apa ke saya drive kereta awak ni?” soal Wafiq.
“Tak apa. Kalau jadi apa-apa, awak bayarlah.” Adelia ketawa kecil. Akhirnya, Wafiq masuk ke tempat pemandu. Dia memandu keluar dari kawasan tersebut menuju ke jalan besar.
“Awak dulu buat degree in Language ke?” soal Wafiq sambil memandu. Dia berpaling seketika pada Adelia di sebelahnya.
“Huh?” Adelia menoleh pada Wafiq sebelum ketawa kecil. “Kenapa awak tanya macam tu?”
“Sebab awak lancar je cakap Jepun dulu tu. France pun awak laju je cakap. Saya tak faham apa pun. Kali ni, Korea pulak.” Wafiq menerangkan.
“Oh… Tak adalah. Saya bukan buat degree in Language pun. Saya buat degree in Sociology and Philosophy.” Adelia memberitahu. “Tapi, saya buat kursus bahasa. Bahasa utama, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Major in five language, Japanese, Korean, Chinese in all dialect, France and Dutch. Minor in Italian, Spain and German. Bahasa tambahan, Philipines.”
“Woa… sebab tulah awak boleh jadi tourist guide ye?” Wafiq bertanya semula. “Awak sepatutnya kerja apa?”
“Entah, saya tak pernah terfikir pun nak kerja apa. Sebab tu, bila diorang tawarkan kerja jadi translator, saya terus setuju aje.” Adelia memberitahu.
Wafiq terus memandu. “Boleh saya tanya sikit?” soal Adelia.
“Tanya apa?”
“Macam mana kereta awak boleh masuk bengkel?” Hampir 30 minit dia memerhati Wafiq memandu, lelaki itu sangat cekap dan berhati-hati. Membuatkan dia tertanya-tanya bagaimana kereta lelaki itu boleh masuk bengkel? Ada orang pinjam dan accident kah?
“Saya…” Wafiq memeberhentikan keretanya melihat lampu isyarat bertukar kuning. “…langgar lampu jalan.”
“Hah? Kat mana? Awak potong orang ikut kiri ke?” soal Adelia ingin tahu.
“Taklah. Saya TERlanggar.” Wafiq menekankan.
“Kat mana?”
“Kat area Bayan Baru. Awak tahu tak? Dekat jalan nak ke Balik Pulau tu.” Spontan Adelia ketawa. Biar betul?
“Wafiq, awak biar betul. Jalan tu luas gila awak tahu tak. Dan setahu saya, kat situ peak hours pun tak adalah banyak sangat kereta. Itu kawasan kampung. Macam mana awak boleh langgar lampu jalan?” soal Adelia setelah tawanya reda.
“Entahlah. Saya sedar je, saya dah menuju ke arah lampu tu. Panik punya fasal, nak tekan brek, tertekan minyak. Itu yang masuk bengkel tu.” Wafiq memberitahu.
“Awak berangan lah ni. Teringat girlfriend ya?” Sengaja Adelia mengusik dengan senyuman nakal.
Wafiq tersenyum tanpa memandang Adelia di sebelahnya. “Mungkin.”
Adelia terasa hatinya yang berbunga sepanjang perjalanan tadi layu begitu sahaja. Entah kenapa, terbit sedikit rasa cemburu di dalam hatinya. Adelia terus mendiamkan diri. Wafiq juga seperti memahami terus memandu tanpa bertanya apa-apa lagi. Cuma senyuman masih mekar menghias bibirnya. Nasib baiklah mereka sudah tidak jauh dari tempat yang dituju.
Thanks, Adelia. Nanti saya bayar balik.” Adelia hanya mengangguk dan terus memandu pergi. Wafiq ketawa sendiri sebelum masuk ke dalam rumah. Gila apa dia ni.

bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...