Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 18 August 2013

Rezeki

Penulis:  Putery Raina



Aku bermohon pada Yang Esa...
Murahkan rezeki ku setiap masa...
Walau doaku tidak tercapai...
Aku tetap tidak berputus asa...

Hanya Allah yang mengenaliku...
Sehinanya dan kejinya aku....
Baik dan mulianya aku.....
Hanya Allah yang tahu...

Bila aku berusaha...
Aku teruja ingin berjaya....
Aku menitiskan airmata...
Memohon rezeki yang ada...


Tolonglah ya Allah...
Aku hidup hanya sekali laluan....
Pohon darimu kekuatan...
Aku mohon keinsafan...

Bila makbulnya rezeki dari mu...
Jangan kau butakan hati ku...
Takbur dan sombongnya aku...
Kerana aku ingin membantu insan sekelilingku...

Berapa ramaikah insan yang ingat rezeki...
semua berdengki dan busuk hati...
Tahukah kalian rezeki tuhan...
Tak kekal, tak mudah dijaga...
Tak mudah diguna
Penentu pintu syurga dan neraka

Ya Allah, aku mahu rezekimu itu...
Tapi aku mahu rezeki yang aku ingat...
Rezeki yang membawa aku...
Ke destinasi yang diredhai...

Jika lahirnya rezeki itu bukan milikku...
Tak mengapalah ya Allah...
Cuma aku pinta, mati dan imanku...
Biarlah REZEKI jasad yang sempurna...
Amin, ya Allah...


Sunday 11 August 2013

Cintai Bulan Ramadhan


Penulis:  Putery Raina



Bulan mulia kembali lagi....
Bulan dinanti penuh makna sendiri...
Akuilah dosa-dosa silam...
Inilah bulan untuk keberkatan...

Ramadhan cahaya yang suci...
Tak semua umat mencintai bulan ini...
Tapi aku muhasabah diri
Walau banyak hinanya diri...

Satu tahun hanya sekali...
Ibarat hari lahir sendiri...
Tapi siapa yang ambil peduli...
Hanya melalui dengan penuh kelalaian hati...


Ya Allah, aku hamba yang serba kedaifan...
Aku lupa cahaya iman...
Aku buta pada papan nyawa...
Aku leka dengan dunia...

Bukalah rahmatmu ya Allah...
Pada bulan yang Kau cipta penuh syurga....
Aku jadi kaku...tersendu dan malu...
Apabila datangnya sinaran Ramadhan...
Aku takut tak dapat memilikinya...
Tiada rahmat dari tuhan....

Sedarlah wahai insan...
Cintai bulan Ramadhan...
Jangan difikirkan duniawi...
Tiada bekal hidup ketika mati...

Andai ini Ramadhan terakhir...
Tiada siapa mengetahui...
Laluilah dengan penuh kesabaran...
Walau nyawa jadi taruhan...

Selamat datang bulan Ramadhan...
Akan ku tempuh walau kekurangan...
Akan ku terus berbangga...
Kerana aku dilahirkan untuk ke syurga...
Walau aku perlu mencari tiketnya sentiasa...
Dimana dan ke mana haluan...
Pada hati dan imanlah yang menentukan...

Tuesday 6 August 2013

Sepi si tua

Aku memandang sepi cuma. Nak berkata tak mampu. Nak bergerak ku kaku. Wajah tua yang tak asing lagi cuma mampu ku renung dalam-dalam. Lemah tak bermaya wajahnya yang terlantar. Apa salahnya? Hingga dia tersadai sendiri. Aku juga masih punya pelawat walaupun hari bersilih ganti. Tapi dia? Dia keseorangan. Gering sendiri.

“Nurse, macam mana patient ni? Ada ahli keluarga datang?” Perempuan itu menggeleng. Lengkap berbaju putih kemas namun ku rasa agak seksi. Aku hanya memandang sayu dari kejauhan.

“Awak okey?” Tanya doktor setelah dia meneliti laporan tahap kesihatan aku. Aku cuma mengangguk. Fikiranku masih lagi menerawang jauh. Rasa kasih dan kasihanku tertumpah ke wajah nenek tua yang katilnya bertentangan dengan aku. Adakala aku mendekatkan diri. Memberi dia minum saat dia dahaga. Memberi urutan saat dia gelisah tak mampu lena. Aku jatuh kasihan. Apatah lagi dia tiada yang melawat. Menjaga keperluannya apatah lagi.

Pernah aku tanyakan, mana perginya anak dia. Dia cuma menggeleng dan mengalirkan air mata sayu. Aku tak jadi meneruskan niat bertanya lebih lanjut. Bimbang aku pula yang tak mampu menahan sebak di dada.

“Ada rasa sakit tak masa berjalan? Buang air?” Aku menggeleng semata.

“Awak kenapa sedih? Patutnya awak happy tau, sebab esok awak dah boleh keluar. Nanti saya senaraikan ubat untuk awak. Bagitau ahli keluarga lain. Selamat menyambut hari raya ye Iffah…” Lagi sayu aku mendengar perkataan raya dari mulut lelaki itu. Doktor Borhan setia menjaga aku selama empat hari aku di sini. Terlantar gara-gara keracunan makanan.

“Saya suka. Terima kasih doc. Tapikan, saya nak tanya sikit boleh?” Aku mula melontarkan seribu persoalan. Rupanya pihak hospital sengaja menahannya di wad kerana tiada siapa pun pedulikannya. Malah di nursery penjagaan orang tua pun sudah tak mampu menjaganya. Walaupun nenek itu sakit tua, tapi pihak hospital dengan rasa belas, menumpangkan nenek itu. Aku yang mendengar cerita itu terus menangis teresak.

“Sampainya hati anak-anak dia…” Itu saja yang lahir dari mulutku. Itu semua cerita setahun yang lalu. Saat nenek itu masih bernyawa. Kini dia telah pergi menghadap ilahi. Aku doakan dia tenang di sana bersama Sang Pencipta.

Setelah aku mendengar kisah anak-anak nenek itu tegar menghantarkan nenek itu ke pusat penjagaan orang tua dan langsung tak menjenguk apatah lagi memberi wang pembiayaan, aku tekad meminta keluargaku membawa nenek itu pulang. Biarlah aku sebagai saudara seislam menjaganya. Aku pun tak pernah merasai kehangatan kasih sayang seorang nenek. Nenek itu dijaga oleh keluargaku hinggalah saat terakhirnya. Aku bangga kerna aku berkesempatan membahagiakan dia walau sekejap cuma. Nenek itu tak bersalah kerana punya anak sebegitu. Bukan salah didikannya, bukan salah asuhannya. Cuma inilah ujian yang Allah turunkan untuknya. Nenek pergi dengan tenang buat selamanya. Hingga kini aku masih mendoakan dia di sana. Semoga bahagia yang abadi milikmu, Nek!


Sunday 4 August 2013

Ikemen Butler - Episod 5 (Akhir)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

“Wah, tak rugi aku ambil cuti panjang-panjang. Boleh tengok kau kahwin!” Aliya bersuara sambil memeluk tubuh Qairina sedang khusyuk menonton drama kegemarannya di ruang tamu.
“Ish, kau ni. Kau pun tak betul jugak. Balik Malaysia seminggu lepas tu kau muncul balik kat sini. Terkejut aku tengok kau dok tersengih depan muka pintu kelmarin tau.” Qairina Mencebik.
“Alah, aku balik renew visa, tolong-tolong ibu kau apa yang patut, lepas tu aku flylah balik sini. I’m a tourist guide okay. That’s just a simple task for me.” Aliya mencapai cawan yang berisi ais krim di hadapannya.
“So, kau tolong apa je?” soal Qirina lagi.
“Tolonglah apa-apa yang patut. Minggu depankan family kau nak datang sini. Haritu aku datang rumah kau hantar kain yang Kak Long kau pesan tu, Along kau tengah ceramah si Rifqi tu dekat Skype. Comel je aku tengok.” Aliya ketawa kecil.
“Ceh, benda lain pulak yang kau buat.” Qairina mencebik lagi.
“Aku ada story tau. Kau nak tahu tak kenapa Hakim tiba-tiba muncul kat sini?” soal Aliya. Qairina hanya diam tanpa menoleh. Matanya difokuskan pada kaca televisyen.
“Kalau kau tak nak dengar pun aku nak cerita jugak. Nurin accident. Separuh badan dia lumpuh. Itu yang si Hakim tu tiba-tiba nak rujuk dengan kau. Abang Nurin cari dia, belasah dia cukup-cukup. Sebab Hakim yang drive time diorang accident tu. Tak sedar diuntung betul si mamat tu. Sekarang ni, family dia dengan Nurin dah sepakat. Diorang nak kahwinkan aje budak berdua tu. Hakim pun macam dah sedar diri sikit. Aku harap diorang akan bahagialah. At least, Nurin tu pernah jadi kawan baik aku dulu.” Aliya bercerita.
“Nurin pun best friend aku jugak dulu. Kau ingat senang ke nak lupakan dia lepas semua yang kita dah buat time sekolah dulu. Walau apa pun yang jadi, kita sama-sama doakan agar Hakim dengan Nurin akan akan baik macam dulu. Asalkan diorang dah tak kacau hidup kita bukan-bukan lagi pun aku dah cukup bersyukur.” Qairina bersuara perlahan.
So, stop those entire sad stories. Apa plan kau lepas kahwin nanti? Aku yang beria-ia bertunang bagai, kau pulak yang tiba-tiba kahwin dulu.” Aliya segera menukar topik.
Honeymoon.” Qairina menjawab.
“Amboi, gatal! Honeymoon kat mana?” soal Aliya ingin tahu.
“Malaysialah. Kan ke kau kahwin lagi dua bulan? Nanti ada pulak orang tak jadi kahwin sebab bridesmaid dia tak balik Malaysia.” Qairina menjawab sambil ketawa kecil.
“Ceh, aku ingat kau semangat patriotik sangat nak honeymoon kat Malaysia.” Aliya membaling bantal kecil di dalam pelukannya ke arah Qairina. Qairina hanya ketawa dan membaling semula bantal tersebut ke arah Aliya sebelum mereka sama-sama ketawa.

******************************************************************************
Mungkin Qairina ada kisah lalu yang membuatkan dia lari dari kehidupannya yang sebenar. Namun, sesungguhnya ALLAH itu Maha Penyayang. ALLAH memeberikan dugaan agar kita sedar ada jalan yang lebih baik di hadapan kita.

Walau apa pun yang terjadi, Qairin sudah berjanji yang dia tidak akan lemah lagi. kini, dia tidak akan bersendirian lagi. Dia berharap agar jalan yang dipilihnya kali ini adalah jalan yang betul. Walaupun jalannya masih panjang dan penuh liku, kali ini, dia akan kuat. kerana dia yakin dia masih punya ramai insan-insan yang akan menyokongnya dari belakang. Semoga kebahagian akan menjadi miliknya kini dan selama-lamanya.

TAMAT.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...