Walaupun hati mengatakan redha, kadangkala hati ini seakan memberontak.
Mendesak untuk menggapai kembali hati yang kian jauh..yang dipisah jauh.
Tuhan, berdosakah aku jika terus meratapi? Salahkah aku terus menuding jari kepada mereka yang tidak suka aku bahagia?
Tuhan, aku insan yang tidak kuat menahan perasaan. Aku insan yang lemah menangkis segala cabaran.
Aku tahu, kadangkala dugaan itu membuatkan aku kuat. Membuat aku lebih tabah.
Aku mahu bahagia
Aku mahu ketawa
Aku mahu sinar cahaya kembali menyala di dalam mata
Tuhan, bahagiakanlah dia
Hapusakan duka dihatinya
Hilangkan kecewa yang dirasa
Aku mohon dengan rendah hati kepadaMu
Tuhan, aku mohon jika benar dia yang tertulis di luh mahfuz untukku
Kembalikanlah dia dalam hidupku
Tuhan, maafkan aku jika terlalu banyak yang aku minta dariMu.
Kerana sebagai hambaMU, aku hanya mampu meminta…
p/s: maaf pada rakan-rakan penulis Warna Kaseh kerana aku tak berikan komitmen yang baik buat masa ini. :)
penulisan ikhlas dari hati ya :)
ReplyDeletesaye suke! :)
dill.
go lieyanna go!
ReplyDeleteberehat... dan kembali dengan semangat yg kamu sendiri yakini...
ReplyDeletemungkin aku bersikap pentingkan diri sendiri , tapi kalau aku , aku akan mulakan doa aku untuk kebahagiaan aku dahulu .
ReplyDeleteSebab di hujung2 nanti , walau aku bersama atau tidak bersama , aku akan tinggal keseorangan .
terkesan di hati.. penuh perasaan ..
ReplyDeletesemoga kuat melalui dugaan Allah..
ReplyDeleteya betul... cuba takluki hati... jgn hati yg takluki kita..
ReplyDeletethanks semua... <3 <3
ReplyDeleteBismillahirrahmanirrahim
ReplyDeletepasti Allah dengar rintihan hati kamu.