Pages

Friday, 13 April 2012

Baju Baru Meeya #1

"Mama, Meeya nak baju tu!" kata Meeya sambil menunjuk ke arah sehelai dress. Dress berwarna ungu, bercorak rama-rama merah jambu.

"Mama tak berkenan la Meeya. Baju tu orang pernah pakai. Pastu dia jual semula. Orang panggil bundle, sayang," jawab Mamanya.

"Meeya tak kira! Meeya nak jugak!" jerit Meeya sambil menghentak-hentak kakinya.


"Eh Meeya ni. Banyak lagi baju yang boleh dibeli. Baju tu jugak yang Meeya nak," bebel Mama Meeya. Mama Meeya sudah mula melangkah meninggalkan kedai bundle itu namun Meeya masih di situ. Kaki Meeya seperti dipaku. Tangannya membelek-belek dress ungu. 


"Meeya, Mama ingat..." Mama Meeya menoleh ke sebelah. Dia terkejut. Meeya tiada di sebelahnya. Cepat-cepat dia menoleh ke sekeliling.  Ternampak Meeya. Setia berdiri di kaki lima Kedai Bundle Kidz. Mama Meeya geleng kepala dengan karenah anak perempuannya. Dia berjalan menuju ke arah Meeya. 


"Meeya...Meeya.." panggilnya. Tiada sahutan. Mama Meeya menghela nafasnya lalu masuk ke dalam kedai bundle.


"Encik, saye nak dress ungu kat depan tu. Berapa ya?"


"Oh! RM25 je kak. Kejap ye, saye ambilkan," jawab pekerja kedai. Dia menurunkan dress ungu dan memasukkannya dalam plastik. Duit dan plastik baju bertukar tangan.

"Nah. Untuk Meeya. Usah nangis dah. Dah umur 13 tahun pun, perangai macam budak umur 6 tahun. Malu la sikit," Mama Meeya membebel tak sudah. Meeya menyambut beg plastik berisi dress dan tersenyum simpul.

Sampai sahaja di rumah, Meeya terus masuk ke bilik tanpa lengah. Mamanya hanya memandang sebelum terus ke dapur. Dia perlu menyiapkan makan malam mereka sekeluarga. Dalam bilik, Meeya menggayakan dress ungu di hadapan cermin. Berpusing-pusing Meeya sambil ketawa. Tiba-tiba dia terasa angin bertiup di telinganya. Dia menoleh kiri kanan. Tingkap dan pintunya tertutup. Meeya mengabaikan rasa peliknya. Dia terus tersenyum-senyum di depan cermin. Telinganya seperti ditiup sekali lagi. Meeya tersentak.  Matanya terpaku pada cermin di hadapannya. Pantulan imej Meeya di cermin berubah menjadi seorang budak perempuan berwajah pucat. Dia menyeringai.



Meeya menjerit sebelum rebah.

bersambung...

21 comments:

  1. orlando ahmad15:42

    cuak nak beli bundle ni yang huhu

    ReplyDelete
  2. haishh ! scary nyee pic tu ! hahaha !

    ReplyDelete
  3. perghhhhh ! nice ! saspens nya. cepat sambung. nak baca gi ! :D

    ReplyDelete
  4. Woohoo ngerinya wajah meeya tu...pls sambung...

    ReplyDelete
  5. What the...! I didn't expect to see/read that, lol.

    ReplyDelete
  6. cerita nie best..awk mmg berbakat dlm penulisna..tak sabar nk baca sambungannya..

    -gambar meeya tue ngeri..huu..

    ReplyDelete
  7. bakpo citer hantu ni?

    sapa nak teman tido malam ni... sobsob..

    ReplyDelete
  8. syokk..sambunggggggggggg! haha:P

    macm dah tgok kontrol histeria plak..
    biler nak masuk tulis sne plak dill? :P

    ReplyDelete
  9. saya membaca sewaktu pukul 1.30 am
    dan rasa mcm "arghhhhhhhhhh"
    muka tu !!

    ReplyDelete
  10. Anonymous02:54

    taknak beli baju bundle daaaaaa

    ReplyDelete
  11. aduiiiiiiii..gantung ouw...cpt laa kak dill...hupdate~~~~~~~~

    ReplyDelete
  12. mmm...sangat ngeri...bila membaca tengok gambar dibawah, baca dengan secepat2nya. :)

    ReplyDelete
  13. ni ade org bakalan risau mau beli bundle.
    sb tu org salu suruh basuh dulu baju baru beli sblm pakai. hehe..

    ReplyDelete
  14. budak itu sgt la comel

    ReplyDelete
  15. owh cite hantu rupanya... cepat sambung nk tau meeya apa jadi...

    ReplyDelete
  16. semngat baca tibe2 bersambung..
    best2 cite seram...

    ReplyDelete
  17. naseb bek aku baca time siang hari,,kalo malam ney mau aku ngigau ;p kuikui

    ReplyDelete
  18. alaaaa bersambung le pulak
    baru nak amek feel sikit

    ReplyDelete
  19. alaaa....baru nak feeling titanic....ha, musti baju tu budak yang dah mati punya kan

    ReplyDelete
  20. baju tu berpuaka... wah dah mcm slot seram tv3 jer

    ReplyDelete