Zack duduk bersandar di belakang kelasnya. Sudah menjadi tabiatnya untuk ponteng kelas mata pelajaran sains yang memang tidak digemarinya itu. Untunglah dia punya kawan-kawan yang sama cita rasa dan perangai, bencikan mata pelajaran sains.
Hari itu cuaca agak panas. Sedang Zack dan Arman duduk membuang masa di belakang kelas, mereka bersembang tentang sesuatu.
"Zack, kau nanti bila dah besar nak jadi apa haa?" Arman menyoal Zack sambil meneguk air mineral sejuk yang dibelinya tadi.
"Ah..entah lah. Aku masih kabur-kabur lagi lah. Hahaha! Jadi perdana menteri best juga kan?" Zack menjawab dengan selamba dan disambut dengan gelak tawa dua orang kawan baik itu.
"Tapi, aku nak berjaya lah Zack. Aku nak ada kereta besar. Swooosh!!!!!!!!" Arman bersungguh-sungguh membuat gaya memandu kereta seperti pemanud kereta lumba terkemuka.
"Ah, kau ni. Siapa tak nak berjaya. Aku memang nak berjaya. Tapi...itu lah. MALAS. Hahaha! " Zack sekadar ketawa sambil bermain dengan rambut kerintingnya.
"Zack, nanti kalau kita dah besar, kita semua duduk sama-sama nak. Kerja sama-sama. Kan kita nak jadi arkitek berjaya. Kau, aku, dan Nadzwan. Kita berjaya sama-sama. Amacam? "
"Hahaha! Kau sekarang dah pandai bergurau kan, Man. Kita dah macam adik-beradik kau tahu? Susah senang sama-sama." Ucap Zack sambil menumbuk lengan Arman.
"Sakitlah, mangkuk! Hahaha! Aku tahu. Eh, jom lah masuk kelas. Cikgu Salmi pun dah nak keluar tu." Paksa Arman sambil menepuk bahu Zack.
"Sabarlah... dia tu mengarut lah. Cakap sorang-sorang kat depan kelas tu buat apa? Ingat budak-budak dengar ke? Duduk dulu lah."
"Ah, kau ni. Jom lah. Nyamuk banyaklah kat sini. Urgh!"
"Ye lah...ye lah... Nasib baik aku kenal kau dah lama. Sampai cerita kau yang nak terjun...."
"Woi! Jangan kau ungkit cerita lama boleh tak? Aku cepuk kau nanti!" Marah Arman sambil mengangkat buku limanya.
"Ah, kau. Gurau sikit pun tak boleh. Ye lah. Banyak nyamuklah. Darah manis macam aku ni memang nyamuk suka. Hahaha! Dah, jom...jom..." Mereka berjalan perlahan-lahan dari belakang kelas, masuk ke kelas.
Zack dan Arman capai buku teks mata pelajaran Sains mereka dan kembali ke dalam kelas untuk sambung belajar mata pelajaran seterusnya. Matematik.
cerita betul ea.. ponteng kelas yer..
ReplyDeleteEh, kantoi. hahaha. memang tak gemar pun kelas sains tu. hahaha
ReplyDeletedamn! arindu zack~ budak rambut kerinting. zakwan x de?
ReplyDeletep/s : citer ni, hari2 dengar ah. nak yang rare please!
Hahaha. Nanti lah. Nanti abang bagi cerita benar punya. Perbualan semasa..... haa.... hahaha!
ReplyDeletecam tu lah. :P
ReplyDeletesimple and yet humble...tulus kispen ini..
ReplyDeletebetul ke citer ni?haha
ReplyDeleteim done follow u...
ReplyDeleteIni kisah benar. hahaha.
ReplyDeleteOke fine
ReplyDeletekwn seponteng