Pages

Wednesday, 21 March 2012

Ais krim berwarna purple..

Satu suap ais krim yang pertama adalah AKU, satu suap ais krim yang kedua adalah NAK, satu suap ais krim yang ketiga adalah HATI dan satu suap ais krim yang keempat adalah KAU....itulah kata-kata Usop kepadanya....dan pada suap yang ke lima, rama-rama berwarna pelangi terbang comel memenuhi hari indah itu..


Semalam, dia melihat satu kejadian yang membuatkan jiwanya sentap. Satu pasangan bergaduh di hadapan mata kerana si lelakinya gemuk manakala si perempuan pula langsing, tapi tidaklah secantik manapun. Kalau muka cantik, tapi hati busuk dan menghina teman lelakinya di khalayak, itu bukan perempuan jenis yang boleh dijadikan 'bahu untuk bersandar'. Kesian si lelaki itu, yang kelihatannya terkesima menghadapi situasi di khalayak hanya kerana berbadan gemuk dan menikmati ais krim...hmmm hidup!

Dan hari ini dia bakal membuat keputusan, keputusan untuk menjawab satu pertanyaan yang sudah lama disimpan di dalam telefon bimbitnya. Soalan itu diberikan oleh rakan yang sudah lama dia kenal, bukan setahun dua, bahkan lebih dari lima tahun.

Sambil menunggu kedatanan individu yang berkehendakkan jawapan itu, dia memilih ais krim mana yang hendak dipesan..oh ada keladi dengan waffer...cukup untuk jadi pemanis mulut sementara menunggu Yusof datang.

Tiba-tiba tanpa disedari Yusof  atau Usop sudah mencuit bahunya dari belakang.
"Duduklah..." katanya pada lelaki bernama Usop yang segala-galanya tampak sempurna itu.
"Terima kasih sebab sudi terima ajakan aku..."
"Terima kasih juga, sebab kau sanggup meletakkan air muka di tapak kaki, kerana sudi keluar dengan aku yang..."
"Ok ketepikan soal itu....aku nak tahu jawapanmu."
"Kau jawab soalan aku dulu...kenapa kau nak aku jadi makwe kau. Ada ramai perempuan langsing di luar sana...cantik dan bergetah. Jawab soalan aku sekarang. Kalau jawapan kau tidak memuaskan hati aku, kau melantaklah ais krim yang aku dah pesan tadi..."
"Begini, aku dah kenal kau lama. Kau baik, kau pandai masak, kau pandai ambil hati. Setiap hari aku nampak kau pergi surau. Setiap hari aku nampak kau bawa makanan untuk rakan. Malah, aku tahu apa yang kau buat kerana kau ceritakan semuanya pada aku setiap kali kita bersms."
"Itu saja?"
"Banyak, tak cukup masa kalau aku nak perincikan semua..."
"Tapi aku ini bukan kategori wanita cantik, langsing atau lawa..."
"Hahahahahaha....dangkalnya fikiranmu..."
"Cissss...kenapa kau ketawa?"
"Aku dah dua minggu tunggu jawapan kau. Aku nak jawapan kau sekarang. Kali ini kau dengar cakap aku baik-baik. Kau tak cantik, kau gemuk, kau tak pandai bergaya, kau tak de buah hati, kau rasa diri kau gemuk. Kan? Its not that..its all about feeling. My intuition towards you. Its about sharing and caring. Its about appreciate. Come one..ok last aku cakap...aku nak hati kau...hati kau yang tulus bersih, hati kecil kau yang sentiasa penyayang, hati kau yang tak sentiasa rela menelan segala cemuhan...hati kecil kau yang sangat besar daya ketahanannya. Dan aku tahu, hati kau yang sangat setia..aku mahu yang itu. Dah...aku dah lama mengumpul kekuatan ini. Aku dah ketepikan ego aku rendah-rendah untuk mendapatkan kau walau sudah dua kali kau tolak apa yang aku propose...."
Usop bangun ke kauntera ais krim..hatinya terkesima lagi...Usop muncul sambil membawa dua ais krim yang sudah sedari awal tadi dia pesan. Usop makan ais krim perlahan-lahan tanpa menoleh kepadanya...dia juga makan ais krim itu..

Dan pada suapan ais krimnya yang terakhir, dia menyuapkan Usop ais krimnya kerana itu adalah ais krim permulaan kehidupan untuknya dan Usop...

Tiada jawapan ya...hanya senyap adanya....dua hati itu sedang enak menikmati ais krim berwarna purple pada satu hari yang sangat indah...

20 comments:

  1. Aku pon tak cantik! Tapi aku ada hati! Wuaaa... #tetiba sebak

    ReplyDelete
  2. kdg2 kecantikan bukan punca utama kebhagiaan. emmm nak askrim jugak

    ReplyDelete
  3. Siti Mashitah Saidin,
    Adik...kalau ada orang kata u comel acane? Paling utama, hati mau cantik..Hihi...!

    Ezan Idma,
    Cantik akan pudar bila tua..tapi hati tetap cantik dan boleh raa muda kan..Nak aiskrim apa? Akak ada eskrim perisa hati batu, perisa buah hati, perisa manja-manja, perisa sentap mentap, perisa sayang comel etc...hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ;p saya pon nk ais krim jugak! Vanila hati, ada?

      Delete
  4. Siti Mashitah Saidin,
    Vanilla hati ada, tapi baik try ‘choc moist sayang with kisskiss toping’...gerenti sayang sentiasa..hikhikhik!

    ReplyDelete
  5. gila jujur luahan.haha sentap.
    ok.ais krim pepel sedapp

    ReplyDelete
  6. Syafiqakarim,
    Kan...lebih baik begitu daripada berkias segala bagai...sekurang2nya hati tidak sakit dan tidak tertunggu-tunggu. Kalau ditolak pun, malu sekejap itu sajalah...then bye bye la kan...

    ReplyDelete
  7. haha.. adoi... waaa.. gila kentang punya jawapn..
    jom tambah ilmu sikit..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

    ReplyDelete
  8. yang penting ada yang ada di dalam, bukan di luar...

    comel karya ini

    ;-)p

    ReplyDelete
  9. L,
    Wahaha..gila kentang? Oo itu selamba saja, lagi marvellous kan..spontaneous is pelasure!

    Asrul iLham Sani
    Ya kan, apa ada dalam hati itu yang penting...hmm sebab ada ais krim comel awaklah maka ada ais krim warna purple yang tak berapa comel ini...hihi

    ReplyDelete
  10. Erm y penting hati

    Nice kak

    ReplyDelete
  11. Iffah Afeefah,
    Thanks...:)

    ReplyDelete
  12. go akak go! hati.. :)

    ReplyDelete
  13. ADUHH NIKMATNYEEE
    DLM NGANTUK2 NIE ... HUHUH

    ReplyDelete
  14. muak tak cantek takpe yang penting hati cun!

    ReplyDelete
  15. don;t judge the book by its cover.
    adus..c ita ni buat aku seidh. ahahaha

    ReplyDelete
  16. Ah.. lambatnya aku baca cerpen ni! mesti time cerpen ni keluar berukband aku tgh merajuk kalau x mustahil aku terlepas hehehe..

    AKU suka ice cream yam dan coklat hehehe.. 2 perisa itu jerlah. tentulah ice cream purple itu yam hehehe..

    *Aku pernah jumpa makluk tuhan yg sangat indah.. sangat cantik. Tapi hatinya lebih busuk dari air longkang.. Dia suka test power dgn memikat lelaki kepunyaan org! cis bedebah..!! Muka x lawa yg pnting hati nombor satu--> rasa cinta kasih pasti berkekalan :)

    ReplyDelete
  17. Mawar berduri,
    Itu kisah ais krim yang akak wish happen to me..hehe..


    Ieda,
    Aiskrim nikmat, cinta pun nikmat..kasih sayang dan kesefahaman..lagi lah nikmat....:)


    c'axoera
    Ya, yang penting hati tulus, bersih dan ikhlas...tapi macam mana ya kita nak tahu hati seseorang itu ikhlas...

    ReplyDelete
  18. Anati Soki,
    Saya banyak kali sedih...sebab itu wujud kispen ini...kispen yang dibina atas kehancuran sebuah hati...


    Nong Andy,
    Itu yang aku takut, mereka gunakan kecantikan mereka untuk test power seterusnya mengacau air tenang di kali orang lain..

    ReplyDelete
  19. cewah kak , siap suap2 lagi watak dalam novel ni . suap aiskrim lagi !^^

    ReplyDelete