Pages

Friday, 28 December 2012

Random


Sayang.
Untuk melihatmu ketawa adalah harapan setiap hariku.
Untuk melihat kau berjaya terselit diantara doa-doaku.
Untuk melihat kau hidup bahagia adalah impianku.

Sayang.
Jika kau impikan hanya sebutir mutiara, aku pula ingin kau memiliki permata.
Membahagiakan hidupmu satu kepuasan bagiku.
Hari demi hari yang berlalu cukup mematangkan aku dan membuatkan aku sedar bahawa aku bukanlah yang terbaik untuk dirimu.

Sayang.
Dengan lafaz bismillah, aku melepaskanmu.
Hiduplah sayang dengan impian dan cita-citamu yang menggunung.
Doaku mengiringi setiap langkahmu.

Andai tiada kegembiraan buatku di dunia ini, aku berharap moga ada bahagia untukku disana.
Salam rindu yang jauh diperantauan.

6 comments:

  1. putus cinta ke dikkk...

    ReplyDelete
  2. bahagia itu hak kita. carilah, ia ada di mana2 yg hati mahukannnya. :)

    ReplyDelete
  3. memberikan seseorang itu hak untuk mereka bahagia. dan seterusnya mencari bahagia untuk diri sendiri.

    :)

    insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Wahh.. Memang kena la dengan Ed yang selalu berjiwang nieh.. Huhu.. Regards from Boyz_ed at www.boyz-ed.com

    ReplyDelete
  5. @Boyz_ed berjiwang ok Ed,bersedih tu taknak.haha..tq.

    ReplyDelete