Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday 26 March 2015

3 Mawar Bhg. 1

Pintu rumah di kuak perlahan. Gelap. Begitulah yang terlintas di minda Sarah apabila melangkah kaki ke dalam rumah yang baru di sewanya.

Lampu ruang tamu dibuka.


Cantik. Sarah terpegun melihat dinding rumah yang berlatarkan warna hijau lembut dan di hiasi dengan lukisan mural bunga-bungaan. Tampak mendamaikan. Seolah-olah di hadapannya ini adalah sebuah padang rumpaut yang di penuhi bunga-bungaan segar. Dan lukisan tiga kuntum bunga mawar merah di penjuru dinding amat menarik perhatiannya. Seolah bunga hidup.


Tok! Tok! Tok!!


Pintu rumah Sarah diketuk. Sarah yang baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya di sofa, manapak menuju kea rah pintu.


“ Ya, pakcik?” Tanya Sarah. Rupanya, Pak Akob, pemilik rumah yang datang.



“ Err…pakcik cuma nak ingatkan, kamu boleh susun balik perabot dalam rumah ni kalau kamu mahu. Tapi, satu je. Jangan tukar cat dinding.” Kata Pak Akob.



Sarah mengangguk tanda faham. Setelah Pak Akob berlalu, dia menutup kembali pintu dan mengangkat 2 biji bagasi yang berisi baju dan barang keperluan ke dalam bilik. Mujurlah apartment yang terletak di tingkat 3 ini menyediakan segala kelengkapan.




***



Jam 6.30 petang. Sarah melangkah longlai, lalu terbaring di sofa hitam di ruang tamu. Penat. Letih meayan karenah pelanggan yan macam-macam. Matanya seakan ingin tertutup. Kepenatan membuatkan dia mengantuk.



Deru angin dari tingkap menampar lembut mukanya. Namun, tiba-tiba Sarah terbau satu bau yang agak tidak enak. Hanyir. Semakin lama bau itu semakin menyusuk rongga hidung. Akibat tidak tertahan dengan bau yang semakin meloyakan tekak, Sarah bangun menuju ke arah tingkap yang sedia terbuka dari pagi. Lupa ditutup.



Sarah mengintai ke luar tingkap. Mencari punca bau hanyir yang memenuhi rumahnya. Namun tiada tanda atau ternampak apa-apa punca datangnya bau itu. memandangkan hari semakin menghampiri senja, tingkap di tutup. Bau itu masih ada. Bulu roma Sarah meremang tiba-tiba. Pelik.



***



Novel Hijab Sang Pencinta di capai. Sarah menapak menuju kea rah balkoni sambil di tangan kanannya membawa mug berisi milo panas. Di duduk menghadap pemandangan luar. Gelap. Kosong. Hitam malam menutupi bukit bukau yang  cantik sewaktu dinikmati waktu siang. Pembacaan yang sudah lama di tinggalkan di nikmati penuh khusyuk. Sehingga Sarah tidak sedar yang waktu sudah menunjukkan angka 2.30 pagi. Memandangkan esok dia bercuti, Sarah tidak kisah jika malam ini terus dinikmati lebih lama.



Sedang Sarah leka mengikuti kisah Laksamana Sunan di dalam novel yang di baca, tiba-tiba rongga hidungnya terbau kembali bau yang sama pada petang tadi. Bau hanyir itu seolah-olah datang dari ruang tamu rumahnya. Sarah meletakkan novel yang dibaca. Kaki laju menuju ke ruang tamu sambil sempat tangannya mencapai penyapu. Dia syak bau itu berpunca dari bangkai binatang.



Seluruh inci dan genap ruang tamu di periksa. Namun bangkai punca bau hanyir menusuk itu masih tidak di temui. Sarah pelik. Bau itu masih ada. Semakin kuat ketika menghampiri dinding. Peluh penat membasahi dahi Sarah. Dia terduduk sambil menggaru kepala. Tanpa di duga, matanya tertancap pada tiga kuntuman mawar merah besar di hujung dinding. Terasa sesuatu apabila memandang pada lukisan cat tangan tersebut.


Pang!!!



Sarah tersentak. Mug berisi milo panasnya terhempas ke lantai. Hancur berkecai. Dada Sarah berdebar. Ada perasaan tidak enak menerpa benaknya. Di menuju kembali ke arah balkoni.




'Angin kuat yang tolak barangkali.' Sarah menyedapkan hati sendiri. Tetapi Sarah semakin hairan dan berdebar apabila novelnya masih berada di kedudukan sama. Dengan muka surat yang tidak berubah. Mustahil novel di sebelah mug yang jatuh itu tidak terusik dek angin. Tanpa berlengah lagi, Sarah mencapai novelnya dan terus masuk ke dalam rumah. Kaca mug yang pecah di biarkan. Dan bau hanyir yang tadinya memenuhi ruang kini lenyap. 



Bersambung


P/s: Cerita tahun 2011, zaman muda remaja lagi. Belum habis tulis sebenarnya. Diharapkan semangat kerajinan sampai untuk habiskan cerita. Hikss 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...