Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday 19 November 2011

surat untuk kekasih

Kuala Lumpur
11 November 2011

Assalamualaikum Abang.

Lea doakan abang sentiasa sihat dan dirahmati Allah. Sebelum apa-apa Lea nak ucapkan terima kasih sebab abang sudi luangkan masa untuk membaca surat Lea.

Abang, sepanjang perkenalan kita Lea bahagia sangat-sangat. Macam-macam yang kita buat tanpa kita rancang. Ingat tak dulu abang sanggup datang pagi-pagi buta sebab Lea kata Lea lapar? Tak lama lepas Lea mengadu kat abang, tengok-tengok abang dah ade depan rumah. Kite lepak kat kedai mamak. Hehe. Lepas tu kelam-kabut balik rumah sebab masing-masing nak pergi kerja. Best sangat momen tu.

Abang selalu buat Lea ketawa. Walaupun kadang-kadang lawak abang tak berapa nak lawak, tapi Lea ketawa juga. Lea bahagia, abang.

Abang, Lea mintak maaf sangat-sangat sebab tinggalkan abang tanpa pesan. Lea pergi bersebab. Lea tak sanggup nak tengok muka abang. Lea tahu abang kecewa. Maafkan Lea. Lama Lea kumpul kekuatan untuk menulis surat ini. Kali ni Lea tekad untuk memberitahu kesemuanya pada abang.

Abang, ingat tak dulu Lea pernah beritahu Lea pernah terlibat dalam kemalangan dan Lea memerlukan pemindahan darah? Darah tu berpenyakit abang. Lea menderita HIV positif. Doktor kata Lea cuma ada tiga  bulan sahaja untuk berada di dunia ni. Bulan ini bulan terakhir. Abang tolong doakan Lea ye. 

Lea tak nak abang sedih-sedih lagi. Mesti makan tau. Tengok badan tu dah kurus melengking. Biar besar sikit. Nanti abang sakit kalau tak makan.  Macam mana Lea tau abang kurus? Lea teka je. Hehe. 

Abang, Lea tak pasti sama ada Lea masih bernafas tika abang menerima dan membaca surat ni. Walau bagaimanapun Lea sentiasa mendoakan abang bahagia. 

Lea sayang abang selalu.

Ikhlas,
Nur Alea.

Wednesday 16 November 2011

KASEH

"sayang buat apa ini? turun cepat. sayang itu mengandung, degil!" pimpin tangan isteri turun lalu diberi duduk atas kerusi.

. . . . . . 


"anak papa dalam ini jangan nakal-nakal tahu. jangan asyik tendang perut mama dalam itu. kesian kat mama." sambil mengusap perut si isteri.

. . . . . .


"sayang mengucap sayang. teran sayang. erk, doktor, tak keluar lagi ker baby saya? teran sayang." peluh menitis di dahi.

. . . . . .


"terima kasih sayang. terima kasih lengkapkan hidup abang." mengucup kasih dahi si isteri.


. . . . . .

"sayang, baby makin panas. ya allah sayang, sayang pun deman ker? cepat. abang bawa sayang dengan baby pergi clinic." bantu isteri tukar baju.

. . . . . . 


"sayang, jaga baby elok-elok tahu. ajar dia jadi pemimpin terhebat tahu. kalau abang takde, pastikan dia jadi wakil abang untuk jaga sayang okay." kucup dahi baby dan isteri.


. . . . .

". . . . . . . " si isteri memeluk erat baby. di kucupnya dahi suaminya. di kucupnya dahi bayinya.

"nak, sekarang kamu kena jaga mama. kamu kena jadi pemimpin yang terhebat. sebab kamu sekarang wakil papa untuk jaga mama. itu amanat papa untuk kamu nak." si bayi menangis seolah mengerti situasi yang berlaku.

. . . . . 

"mak ini, tak sayang aimanlah. kalau aiman ada papa kan best. mesti dia belikan aiman robot tu! benci mama!" menghempaskan pintu bilik.

. . . . . 

"aiman! sejak bila aiman reti merokok ini?! arwah papa sendiri tak merokok, tapi aiman???" si mama terduduk dikerusi.


. . . . . 

"mak, aiman dapat tawaran dekat Korea. marilah mak, ikut aiman pergi sana. tinggal disana." memegang erat tangan tua si mama.

"pergilah nak, mama nak tinggal sini. nanti kalau mama ikut aiman ke sana. tiada orang nak tengok-tengokkan kuburan arwah papa kamu." melepaskan si anak pergi.

. . . . . 

"assalamualaikum mama. mama sihat? insyallah minggu depan aiman balik." tersenyum

"wa'alaikumsalam nak. mama sihat nak. alhamdulillah. semoga selamat sampai ya nak." memegang dada sambil menahan batuk ketika bercakap.

. . . . . 

"ya allah mama. kenapa mama tak bagitahu aiman yang selama ini mama sakit? ampunkan aiman mak. ampunkan aiman papa. aiman bukan pemimpin terhebat. aiman tak mampu jaga mama seperti yang diamanatkan oleh papa. ampunkan aiman." terduduk dilantai melihat tubuh si mama di atas katil hospital.

"aiman anak mak, bagi mama kamu tetap pemimpin terhebat seperti arwah papa kamu. bagi mama, kamu sudah menjaga mama sebaik mungkin. cuma satu saja mama pohon, jangan lupakan kami walaupun kami sudah tiada. mama tidak mahu beri amanat kepada kamu, cukuplah mohon pada kamu untuk doakan kami di sana nanti." membelai lembut kepala si anak.

. . . . .

"ya allah, tempatkanlah ibu bapa ku di golongan yang bertaqwa. aminnn..." meraup muka dan mengelap air mata kerinduan.




Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
riwayat al-Hakim 

Wednesday 2 November 2011

Kerana mimpi itu~


Dahlia tersentak. Terus bangun lalu duduk kaku di tempat pembaringannya tadi. Aneh. Dadanya berombak kencang sekali. Apa yang terjadi tadi? Dibelek dirinya yang masih bertelekung putih itu di tikar sejadah. Pipinya masih basah berlinangan air mata. 
.................................................................................................

Intan kejut Dahlia perlahan. Dahlia tersentak sedikit lalu tersedar.

“Eh, kat mana aku ni?”

Tiada bait kata yang terlontar, hanya desis hati kecilnya. Melihat sekeliling. Majlis apakah ini? Kelihatan semua sedang khusyuk seperti sedang mendengar suatu tazkirah. Dahlia masih kaget. Matanya semakin meliar memerhati ke sana ke mari. Apa yang dicarinya pun, dia sendiri tidak pasti.

Tiba-tiba, matanya tertumpu pada lelaki misteri itu. Sedang berada di saf hadapan sekali. Lelaki itu tidak perasan yang Dahlia sedang asyik memerhatikannya. Dalam tidak sedar, Dahlia sudah mula mengesot untuk ke saf lebih depan. Sepertinya dia, mahu mendekati lelaki itu. Semakin dekat, wajah lelaki itu semakin ketara sekali. Wajah yang sangat dirinduinya. Tapi tidak mampu didekatinya.

Dahlia nekad. Malam ini, dia harus berusaha sampai berdepan dengan lelaki idamannya itu dan luahkan apa yang dia rasa selama ini. “Mesti!” bisik hati Dahlia. Sedar tak sedar, dia sekarang sudah berada di belakang saf lelaki itu duduk. 

Belum pun sempat dahlia menegurnya. Majlis sudah bersurai. Semua hadirin dijemput untuk menjamu selera di ruang makan. Lelaki itu semakin hilang dalam orang ramai yang sedang bergerak ketika itu. Dahlia cepat-cepat mengekorinya laju-laju dari belakang. Mulutnya seakan terkunci untuk memanggil lelaki itu. Kelihatan dia bersama jemaah lain sedang makan sambil berbual-bual. Dahlia berdiam di sudut, memerhati, takut hilang lagi.

Kelihatan lelaki itu bergegas keluar seusai menjamu selera. Dahlia membelah keramaian itu lalu mengejarnya dari belakang. Walaupun lelaki itu tenang saja langkahnya. Aneh. Dahlia tetap tidak dapat menggapainya jua. 

Sesampai di luar, Dahlia terkaku di pagar. Matanya tertancap pada seorang wanita yang sangat dikenalinya. Melalui penampilan wanita itu, Dahlia sudah dapat mengagak siapa dia. Kelihatan gembira sekali wanita itu sedang bermain bersama tiga orang anak kecil. Tertanya hati Dahlia, siapa anak-anak kecil itu? Mungkin juga anak-anaknya. 

Lelaki itu muncul kembali di hadapan Dahlia, lalu menuju ke arah wanita dan kanak-kanak comel itu. Mereka sama-sama beredar dari tempat itu. Dahlia terdiam. Inikah sebabnya kenapa sedari tadi, Dahlia tetap gagal berhadapan dengan lelaki itu. 

Apakah yang tertulis di sebalik yang berlaku itu? Apa yang mahu DIA tunjukkan pada Dahlia? Menitis air mata Dahlia laju, mengiringi langkah-langkah mereka yang sedang beredar pergi itu.

...............................................................................

Sedang dalam keadaan termanggu lagi, tiba-tiba, bunyi mesej baru masuk. Dahlia cepat-cepat mencapai telefon bimbitnya. Ditekannya punat ‘baca’. 

“Salam. Awak ok tak ni? Tadi saya mesej awak, awak tak reply-reply. Saya risau. Awak ok tak ni?”

“W’salam. Saya ok. Cuma ngah terkejut lagi. Tadi lepas solat saya tertidur, saya mimpi sesuatu. Saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Mimpi tu lain sangat. Saya rasa tak sedap hati. Awak ok? Awak kat mana ni?” laju Dahlia membalas.

“Saya ok je. Emm… mimpi je tu, mainan tidur je. Tak de pape lah. Awak jangan fikir bukan-bukan ye. Saya baru balik ni. Tadi saya pergi majlis kuliah agama kat masjid. Ada jamuan makan lepas kuliah. Sebab-tu lewat sikit balik.” 

Balasan mesej si dia mengejutkan Dahlia. Dadanya kembali berombak. Adakah itu suatu kebetulan? Atau punya maksud yang tersirat? Dahlia mohon Allah tunjukkan dia jalan~ 

                                                                   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...