Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Monday 13 April 2015

3 Mawar Bhg. 2



Sarah menekan loceng rumah Pak Akob. 3 minit menunggu, kedengaran dari arah dalam tombol pintu di pulas. Satu wajah tua menjengah keluar.

“Assalamualaikum pakcik.”  Sarah menghulurkan salam.

“ Ya, kamu nak apa?” tanya Pak Akob tanpa menjawab salam Sarah. Dingin nada percakapan.

“ Saya datang nak bagitahu yang tandas di bahagian dapur tersumbat. Padahal baru sekali saya guna. Boleh pakcik tolong panggilkan orang tolong betulkan?”

“ Oh, baiklah. Kamu balik dulu. Nanti aku sendiri betulkan.”

“ Okey lah kalau begitu. Terima kasih pakcik.” Tanpa sempat Sarah beredar, pintu rumah orang tua itu di tutup. Sarah sedikit tersentak.

“ Apahal orang tua ni? Pelik.” Sarah mengomel sendiri. Dia menapak pulang ke rumah.



***



“ Tersumbat sikit je ni.” Kata Pak Akob bila dia melihat bilik air yang dikatakan tersumbat.

“ Jadi, pakcik boleh settlekan hari ini kan?” Tanya Sarah.

“ Hmmm…” Ringkas jawapan Pak Akob.

Sarah hanya mengangkat bahu lalu beredar ke ruang tamu. Ingin berborak  dengan Pak Akob, tapi seolah-olah tidak dilayan.

10 minit kemudian, Pak Akob keluar sambil membawa peralatan yang di bawanya tadi. Sarah bangun menuju mendapatkan Pak Akob.

“ Dah siap pakcik? Apa masalahnya ye?” Tanya Sarah.

“ Hmmm…tak ada apa sangat. Tersumbat sebab rambut.”

“ Rambut? Rasanya saya tak pernah guna pun bilik air sana. Biasa guna yang dalam bilik saja.”

“ Penyewa lama kot.”


“ Ohh…mungkin jugak kan pakcik. Er…”

“ Aku balik dulu. Apa-apa nanti, kamu telefon pakcik.”

“ Baik pakcik. Terima kasih ye.”


Pak Akob terus berlalu tanpa kata. Seperti biasa, dingin dan susah di bawak berbual. Hanya bercakap sepatah dua sahaja. Sarah buat tidak kisah. Malas ambil pusing dengan Pak Akob yang dingin. Matanya sempat menjeling ke dalam baldi yang di bawa Pak Akob. Ya, memang betul. Bilik airnya tersumbat dek kerana rambut. Cuma yang pasti jumlahnya terlalu banyak. Ya, banyak!!




***




“ Jangan!! Jangan apa-apakan aku. Kau nak apa hah?!!” Jerit si gadis di penjuru dinding.

“ Kau kena sedar, kau tak layak hidup.”

“ Siapa kau yang tentukan aku berhak hidup ke tidak!! Kau bukan Tuhan!!”

“ Hahahaha!! Aku yang tentukan hidup kau sekarang. Kau tak ada pilihan.”

“ Kau gila!!! Gila!!!”

“ Hahahaha”

Serentak dengan itu, kapak di hayun tepat mengenai leher si gadis. Jeritan si gadis terhenti. Kepala yang membawa limpahan darah merah pekat tergolek ke lantai. Tubuhnya kaku. Senyap.


Sarah tersentak dari lenanya. Mimpi yang dialami solah-olah terasa benar. Badannya bermandi peluh. Dada berdebar kencang. Sarah beristighfar. Beberapa minit, dia berasa tenang kembali. Mimpi ngeri itu cuba dilupakan. Hanya permainan tidur. Sarah merebahkan badannya kembali. Ingin menyambung tidur. Namun, belum sempat dia memejamkan matanya, dia terdengar bunyi esakan di luar biliknya. Dada Sarah kembali berdegup kencang. Dengan bismillah, Sarah bangkit dari katil. Lampu bilik di buka. Sarah menuju ke ruang tamu dengan debaran yang memuncak.


Suara esakan semakin jelas di telinga Sarah. Sarah mencari arah suara tangisan tersebut. Di ruang tamu, kosong. Sarah menuju ke arah dapur. Suara itu semakin lama semakin jelas. Sarah menggigil.

“ Si..sia..siapa ye?”

Tiada jawapan. Yang kedengaran hanyalah suara tangisan.

“ Toolongg sayaaa…tolooong”


Suara itu dari dalam bilik air dapur. Sarah menolak perlahan pintu bilik air tersebut. Dan apa yang dia lihat membuatkan dia terpaku tanpa kata.


Sekujur tubuh yang berlumuran darah sedang duduk di lantai sambil meriba kepalanya. Merah darah memenuhi lantai bilik air. Tangan kiri tubuh tanpa kepala itu cuba menggapai Sarah.


“ Ttolongggggg”



Pandangan Sarah gelap. Suaranya terasa tersekat di kerongkong. Sarah rebah di situ juga. Pengsan.




Bersambung.



Episod sebelum:


Bahagian 1


p/s: Mak, kite dah update ni haa. kahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...