Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 30 December 2012

Penggali Kubur


Berbekalkan sebatang cangkul,tajak,pongkes, dan parang kecil. Atok memasukkan ke dalam bakul di bahagian motorsikalnya...bergegas dengan mendukungku lalu di dudukkan aku di atas tangki motorsikalnya. Deruman motorsikalnya yang kuat. Tiupan angin deras di atas motorsikal menyebabkan mata aku di masuki habuk. Atok berhenti di bahu jalan lalu meniup mata ku dengan hembusan nafasnya yang kuat.

           Tanpa berlenggah dia meneruskan  perjalanannya. Sampai di satu tempat ku perhatikan ada bukit yang mempunyai banyak kayu dan batu-batu yang tertanam. Kawasan itu tiada berpagar. Sangat redup ditutupi oleh kerendangan pohon getah dan pokok durian.

         Atok mendaki bukit dengan motorsikalnya. Sampai di atas, ada satu kawasan tanah rata. Ku perhatikan 3 orang rakan atok sudah siap sedia dengan peralatan yang sama seperti  yang atok ku bawa. Yang peliknya ada dikalangan mereka membawa besi panjang sebesar buluh kecil tetapi panjang.

        Dia mencucuk-cucuk tanah dan memberi isyarat "Boleh Mula" itu yang ku dengar sepanjang pertemuan mereka hanya ucapan salam yang ku dengar. Tiada bual bicara antara atokku dan rakan-rakannya. Atok mula mengali dengan laungan 'Bismillah", begitu jua dengan rakan-rakannya. Aku duduk di atas seketul batu, suasana amat sunyi, tiada kicauan burung atau tiupan angin seperti di belukar.

       Setelah lama kurasakan, aku bangun lalu aku menghampiri atokku. Ku lihat atokkku berada di dalam lubang yang dalam. Salah seorang rakan atokku menyuruh ku agar jauh dari mereka. Aku tidak peduli nasihatnya, sambil mencangkung di tepi lubang itu. 

Aku bertanya pada atok,
"Kenapa atok nak tanam ubi buat lubang besar..?" Soal ku yang jahil.
"Hahahahahahahah..." 2 orang rakan atokkku memecahkan kesunyian di situ.

Tanpa menjawap soalan itu, atok ku keluar dari lubang ditarik oleh sahabatnya dengan bajunya basah  berpeluh. Begitu jua semua sahabatnya. Ketika itu, aku perhatikan salah seorang sahabat atok membuat bola daripada tanah, dibulat-bulatkan dengan cermat dan teliti. Aku hanya perhatikan.

            Tidak lama kemudian, kulihat segerombolan manusia cuba mendaki bukit dengan membawa sesuatu barang yang mereka pikul menuju ke tempat kami. Aku bangun dari mencangkung. Semakin lama mereka semakin dekat.

            Sesampai saja kumpulan itu, mereka mengeluarkan satu bungkusan besar lalu mereka memeluk bungkusan itu dengan menggunakan tenaga seramai 4 orang dan perlahan-lahan serta cermat mereka menghulurkan bungkusan itu ke dalam lubang yang atokku gali bersama-sama dengan sahabatnya. Sudah siap sedia 4 orang dari rombongan tadi menunggu di dalam lubang itu. Entah bila mereka masuk ke dalam lubang tersebut.

              Aku tak dapat lihat apa yang mereka tanam kerana aku dihalang oleh atokku.
Aku diberitahu agar duduk diam jika ada orang ramai datang. Aku akur.
Ku dengar ada yang meminta papan, jelas kedengaran dengan nada yang garau lalu aku lihat seorang pemuda menghulurkan berkeping-keping papan.

               Dengan pantas mereka menutup lubang yang digali tadi. Tak sampai 15 minit sudah tertutup. Mereka bertukar ganti untuk meninbus lubang tersebut. Ada Doa dibaca selepas itu dan akhir sekali seorang yang berserban bersalaman dengan atok dan sahabatnya. Tak ketinggalan aku juga. Dia hanya tersenyum padaku.

Friday 28 December 2012

Random


Sayang.
Untuk melihatmu ketawa adalah harapan setiap hariku.
Untuk melihat kau berjaya terselit diantara doa-doaku.
Untuk melihat kau hidup bahagia adalah impianku.

Sayang.
Jika kau impikan hanya sebutir mutiara, aku pula ingin kau memiliki permata.
Membahagiakan hidupmu satu kepuasan bagiku.
Hari demi hari yang berlalu cukup mematangkan aku dan membuatkan aku sedar bahawa aku bukanlah yang terbaik untuk dirimu.

Sayang.
Dengan lafaz bismillah, aku melepaskanmu.
Hiduplah sayang dengan impian dan cita-citamu yang menggunung.
Doaku mengiringi setiap langkahmu.

Andai tiada kegembiraan buatku di dunia ini, aku berharap moga ada bahagia untukku disana.
Salam rindu yang jauh diperantauan.

Sunday 23 December 2012

Khalwat

Penulis: Qalam Setia


HAI! Nama I Diandra. Bukan anak didik Yuna itu. Ini Diandra Hawkens. I orang Malaysia dan menetap di Johor Bahru. Dekat sahaja dengan Singapura tentunya. 

I mahu ceritakan kepada you tentang pengalaman I di sebuah hotel murah. Pada masa itu I sedang bermalam bersama teman lelaki I sebaik pulang dari The Zon. Ya, malam itu malam minggu jadi kami berfoya-foya sementara malam masih muda. Teman lelaki I itu seorang Melayu Muslim. I tahu dia Muslim setelah I curi-curi lihat kad pengenalannya. Selama ini dia sentiasa mengelak berbicara tentang agama. 

Malangnya nasib kami pada malam itu apabila hotel murah atau rumah tumpangan tempat kami menginap diserbu sepasukan pegawai Jabatan Agama Johor. I mendengar suara orang memberi salam pada mulanya dan diselangi ketukan pintu beberapa kali. I takut dan lagipun I bukan orang Islam jadi I tidak tahu hendak jawab salam. Maka I pun kejutkan teman lelaki I yang sedang tidur di sebelah kanan I. 

“Honey, wake up. Ada orang datang.” 

Dia menggeliat tanpa membuka matanya. Geram betullah! 

“Honey, wake up! Ada orang mahu jumpa you agaknya. I takutlah.” 

Baru dia bangun. Pun dia tidak terus membuka pintu sebaliknya membasuh muka terlebih dahulu. Malu agaknya kalau orang melihat wajahnya yang lesu. 

“Assalamualaikum.” 

“Waalaikumussalam.” Dia menjawab salam selepas pintu dibuka. Ternyata ada beberapa orang lelaki dan perempuan berpakaian seperti pegawai sedang tercegat di luar. Mata mereka cuba mengintai-intai ke dalam bilik kami. Mujurlah I berpakaian lengkap pada masa itu. Baik, tidaklah lengkap menurut ajaran Islam tetapi cukuplah sekadar menutup dari dada hingga kaki. 

Teman lelaki I dan kumpulan pegawai itu bercakap-cakap seperti sedang berunding sebelum akhirnya mereka masuk ke bilik kami. Pegawai perempuan menghampiri I sementara yang lain mendekati teman lelaki I. Seorang daripada mereka sibuk mengambil gambar bilik kami dari pelbagai sudut. Ketika kameranya dihalakan ke arah I, dia mengambil masa yang agak lama sebelum beralih ke sudut lain. Apa lagi, I buat-buat tidak nampak sahajalah sambil mengibas-ngibas rambut I yang lurus ini. 

Pegawai perempuan yang memakai tanda nama “Mashitah” itu bertanyakan maklumat peribadi I. Dia minta kad pengenalan I tetapi I tidak mahu beri kerana dia bukannya polis. I tahu hak I sebagai pemegang kad pengenalan. Namun setelah dia menjelaskan tujuannya untuk menyemak maklumat sahaja, I pun tunjukkan kad pengenalan I yang berwarna biru. Dia memerhatikannya dengan teliti dan mencatat sesuatu di bukunya. Kemudian dia ucap terima kasih dan itu sahaja, tidaklah seteruk yang I gambarkan. 

Yang agak teruk dibelasah sudah tentulah teman lelaki I. Apa tidaknya, dia itu seorang Muslim. Tidak wajar dia berkelakuan sebegini. Sudahlah berkhalwat dengan perempuan kafir. Uh, that awkward moment when a Muslim says “kafeer” while a non-Muslim is standing behind him. Why? Does the word “kafeer” brings bad conotation to a non-Muslim just like “pariah” to an Indian? I don’t know. 

Semua pegawai sudah selesai memberi khutbah. Jurukamera juga sudah puas mengambil gambar untuk dijadikan bukti. Ya, bukti. Entah berapa banyak gambar I dia ambil. Nasib baik I tidak berbogel. 

I ingat apabila semuanya sudah selesai kami boleh sambung tidur dengan aman dan harmoni. Rupa-rupanya tidak. Teman lelaki I ditahan atas prosedur biasa manakala I perlu pulang seorang diri ke rumah. Oh Tuhanku, ini tidak boleh jadi! I yang tidak ada lesen memandu disuruh pulang ke rumah seorang diri? 

I tidak mahu naik teksi pada dinihari begini. Nanti I jadi mangsa rogol dan bunuh pula. Kalau I tumpang pegawai perempuan itu sudah tentu telinga I akan panas apabila dia berdakwah. Jurukamera itu melihat kepada I seakan-akan ingin membantu. Huh, haram jadah! Tidak puaskah dengan koleksi gambar I yang you simpan di dalam kad memori? 

Jangan main-main dengan anak pejuang revolusi. Kalau bapa I tidak terbang ke Libya sudah tentu Muammar Gaddafi masih hidup sebagai diktator. Mengambil semangat juang Papa, I mengarahkan mereka berhenti. Kini pasangan-pasangan mata yang hitam menumpu ke arah I. Seakan-akan ada peluru mahu ditembak dari mata-mata itu. 

“Jangan bawa teman lelaki I ke mana-mana. You tidak ada hak untuk melakukannya.” Dengan satu nafas, I cuba menghalang niat jahat mereka. 

“Maafkan kami, cik. Kami hanya menjalankan tugas. Kami dapati cik dan teman lelaki cik berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa ada hubungan mahram. Hal ini jelas melanggar perundangan agama kami.” 

“Benarkah begitu?” Soal I sinis. 

“Bagaimanapun memandangkan cik bukan Muslim, cik tidak tertakluk bawah bidang kuasa kami. Jadi, cik boleh pulang tetapi teman cik ini perlu kami bawa ke pejabat.” 

I tidak faham. Kenapa I kena balik sedangkan I sudah diberi keizinan menginap di bilik ini selama satu malam? 

“Maafkan kami, cik. Kami pergi dahulu.” 

“Patutlah orang kafir takut akan Islam,” kata I spontan sambil meletakkan kedua-dua tangan di bahu tatkala menyebut perkataan “kafir”. Sekali lagi pergerakan jemaah pegawai itu terhenti. Melihatkan kesempatan ini, I berbicara lagi. 

“Sebelum you pergi, I hendak bertanya. Adakah you, you, you, you, you, you, you dan you ustazah yakin dengan agama yang you pegang ini?” 

Mereka bersipandangan. Hanya teman lelaki I yang tunduk tersenyum sinis. 

“Kalau you benar-benar yakin bermakna you juga benar-benar faham akan agama you. Sekarang I hendak tanya sama ada you tahu ataupun tidak ayat ini.” 

I mengambil telefon pintar I dan membuka aplikasi Quran. I cari surah ke-49 iaitu al-Hujurat dan terus mencapai ayat ke-12. I bacakan terjemahannya kepada mereka. 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa; dan janganlah kamu mengintip untuk mencari-cari kesalahan orang lain.” I berhenti pada kalimah itu walau sebenarnya ada lagi sambungannya. 

Ustazah merangkap satu-satunya pegawai perempuan di dalam kumpulan pencegah maksiat itu geleng-geleng kepala. Apa you ingat I tidak pandai baca Quran? 

Ustazah itu mahu membuka mulut tetapi I menahan dengan meneruskan hujah. “Daripada firman Allah itu jelaslah bahawa perbuatan you tidak selaras dengan perintah-Nya. Sekurang-kurangnya you melakukan satu daripada dua. Pertama, you datang ke bilik kami berdasarkan prasangka bahawa ada pasangan bukan mahram sedang berdua-duaan di sini. Kedua, ada orang mengintip kami lalu membuat laporan kepada you. Mungkin juga kedua-duanya.” 

Seorang pegawai berjanggut halus pula cuba mencelah tetapi macam biasalah I tutup mulutnya dengan lidah I yang tajam ini. “Ustaz-ustaz dan ustazah, bukankah ada satu kisah melibatkan sahabat Nabi Muhammad yang menjadi pedoman dalam hal ini? Kalau you minat sejarahlah, you pasti tahu bahawa Umar bin al-Khattab telah memanjat ke bumbung rumah seorang lelaki untuk mengintip perbuatannya. Apabila dia mendapati lelaki itu sedang melakukan maksiat, Umar menceroboh masuk ke dalam rumah itu. Kononnya dia seperti you yang akan menceroboh ke bilik ini kalau teman lelaki I tidak buka pintu. Betul tidak?” 

I tahu mereka sedang menahan kepanasan hati. Sukanya I! Siaplah mereka I belasah cukup-cukup. “You tentu ingat apa yang lelaki itu ucapkan kepada Umar. Dia berkata, “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara.” Umar bertanya, “Apa dia?” Lelaki itu menjawab, “Allah berfirman, “Jangan kamu mengintip untuk mencari kesalahan orang lain.” Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman, “Masukilah rumah melalui pintu-pintunya.” Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman, “Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya.” Sesungguhnya engkau tidak memberi salam.” Nah, you harus tahu apa yang berlaku selepas itu. Umar bin al-Khattab yang merupakan khalifah pada waktu itu pergi meninggalkan lelaki tersebut dengan maksiatnya!” 

Seorang daripada mereka telan liur. Gugupkah you? Bertenanglah, ini baru sedikit. “Tolonglah, you tentu faham maksud I. Sebenarnya you tidak ada hak pun untuk berada di dalam bilik ini. Jadi apa tunggu lagi?” I mengibar-ngibar tangan seperti menghalau lalat keluar. Pun mereka masih tidak berganjak dari situ. Apa mereka tidak faham kata-kata I? 

“Cik, kami maklum akan ayat Quran dan hadis yang cik sebutkan tadi. Malah kami kagum dengan kepintaran cik berhujah menggunakan sumber agama kami.” Pegawai yang berjanggut halus cuba untuk berbasa-basi dengan I sambil melemparkan senyuman. Ceh, you ingat I boleh tergoda dengan senyuman kambing itu. 

“Begitupun cik, kami menjalankan tugas secara profesional. Kesalahan tetap kesalahan. Tindakan kami ini selaras dengan peruntukan undang-undang. Niat kami hanyalah untuk mencegah kemungkaran kerana Nabi Muhammad menyuruh kami mencegah kemungkaran sama ada dengan tangan, lidah ataupun hati,” ujar ustaz itu. 

I ingin menyampuk tetapi terhalang apabila satu suara penuh kelelakian muncul membentuk susunan kata-kata, “Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah mengubahnya dengan tangannya. Itukah hadis yang ustaz maksudkan?” Suara itu suara teman lelaki I! 

“Hah, pandai juga rupa-rupanya kamu. Saya ingat teman wanita kamu sahaja pandai hadis.” Ustaz itu mengejek disambut gelak tawa rakan sepasukannya kecuali ustazah yang hanya tersenyum tidak menampakkan gigi. 

“Saya pun sekolah agama juga, ustaz. Saya bersekolah sampai darjah khas.” 

“Wah, hebatnya kamu! Habis kenapa kamu berkhalwat? Kamu tidak belajarkah hukum berkhalwat dengan wanita bukan mahram adalah haram?” 

“Saya belajar dan saya faham hukumnya, cuma saya belum insaf.” Dia menghirup nafas sedalam-dalamnya manakala I tercengang kerana tidak memahami butir bicaranya. 

“Beginilah ustaz. Hadis tadi jelas menyebutkan bahawa jika kita melihat sesuatu kemungkaran, maka kita wajib mengubahnya iaitu mencegahnya. Masalahnya sekarang ustaz tidak nampak perbuatan kami di sebalik pintu. Jadi adakah ustaz berkewajipan untuk mencegah maksiat kami?” 

I bangga dengan teman lelaki I. Sungguhpun dia nakal dan gila-gila tetapi hujahnya sangat tuntas. 

“Sudahlah encik, kalau sudah salah buat apa hendak nafikan. Jangan hidup dalam penafian. Mari ikut kami ke pejabat. Kita boleh cerita panjang di sana,” ajak seorang pegawai yang lain. Dia berdiri rapat dengan teman lelaki I. 

“Baiklah, saya akan ikut tetapi dengarlah dahulu kata-kata Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Quran. Beliau berkata, “Sesungguhnya bagi manusia itu kebebasan, kehormatan dan kemuliaan yang tidak boleh dicerobohi dalam apa bentuk sekalipun. Tidak boleh disentuh dalam apa keadaan sekalipun. 

Dalam masyarakat Islami yang tinggi dan mulia, manusia hidup dalam keadaan aman pada diri, rumah, rahsia dan keaiban mereka. Tiada sebarang justifikasi atas apa alasan sekalipun untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban. 

Sekalipun atas pendekatan mencari jenayah atau memastikannya, tetap tidak diterima dalam Islam pendekatan mengintip orang ramai. 

Hukum manusia berasaskan apa yang zahir. Tiada hak sesiapa untuk mencari-cari rahsia orang lain. Seseorang tidak akan diambil tindakan melainkan atas kesalahan dan jenayah yang nyata daripada mereka.” 

Berkata pula al-Qaradawi seperti yang tercatat dalam Min Fiqh al-Daulah Fil Islam, “Adapun hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah.” Kemudian teladani juga sabda Nabi Muhammad yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, “Setiap umatku diberi keampunan kecuali yang menampakkan (dosanya).” Faham ustaz? Kalau saya cakap laju sangat beritahulah. Saya boleh ulang.” 

Oh, jelingannya sungguh tajam! Dia menjeling kepada pegawai yang berada paling hampir dengannya. Jelingan seperti inilah yang memikat hati I dahulu. “Honey!” Entah daya apa yang mendesak I memanggilnya. “Betul kata you itu. Malah al-Qaradawi juga berkata, “Jika pelakunya melakukannya secara sembunyi dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya.” 

Begitu juga al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, beliau berkata, “Sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasukinya tanpa izin hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat, kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut.” Hakikatnya maksiat kami tidak nyata sehingga diketahui oleh orang yang berada di luar bilik. Jadi hujah apakah yang ustaz dan ustazah sekalian hendak guna untuk menghalalkan serbuan ini?” 

Masa berhenti seketika. Tidak ada sesiapa yang bercakap. Sepuluh orang di dalam sebuah bilik kecil tentu membuatkan keadaan menjadi panas dan merimaskan. 

“Begini sahajalah ustaz. Saya pun tidak tahan dikepung lama-lama. Apa kata saya ikut ustaz, akui kesalahan dan bayar denda. Memang kami salah dan berdosa tetapi biarlah kami yang menguruskannya dengan Tuhan. Denda itu pun sekadar untuk melepaskan kami daripada undang-undang manusia.” 

“Habis I macam mana?” 

“Baby, nanti apabila selesai semuanya I akan datang jemput you pulang.” Senyuman indah dan meyakinkan diukir. Barulah I berasa selamat dan tenang. Kalau beginilah rancangannya, biarlah hal ini cepat-cepat diselesaikan. 

“Jadi kamu menyerah?” Ustaz berjanggut nipis menyoal teman lelaki I untuk kepastian. Dia angguk setuju. Terus riak lega terpampang jelas pada wajah para pegawai ala Taliban itu. Memang itulah label yang sesuai untuk mereka kerana rakan sejawatan mereka di Selangor telah membuktikannya baru-baru ini. Akhirnya mereka keluar beriringan bersama teman lelaki I meninggalkan diri I yang kesepian pada malam minggu. Betapa seksanya batin ini yang hanya seorang perempuan memahami. 

Johor Bahru 
27 Julai 2012

Wednesday 19 December 2012

pemburu





Niko berlari agak perlahan waktu itu. sambil tangannya sekejap-sekejap memegang lutut yang sudah pecah kerana luka yang agak dalam. Sambil menahan sakit yang teramat, Niko terjelepuk jatuh bilamana kakinya tersadung batu sebesar empat penumbuk. Sakit lutut yang tadinya terasa perit, kini bertambah-tambah pula pedihnya. Darah merah hangat mengalir perlahan membuatkan Niko jadi tidak keruan. Itu belum lagi bengkak dan lebam-lebam  yang memenuhi keseluruhan tubuhnya. Ada lubang sebesar di pangkal pehanya, tidak pasti lubang apa. Apakah lubang itu adalah lubang kesan tembakan yang diterimanya sebentar tadi? Dia sendiri semakin keliru.

Iya memang benar tadi ada kejadian tembak-menembak di dalam hutan. Dia sendiri tidak mengerti, bagaimana kejadian tembak-menembak itu boleh berlaku. Setahu dirinya, kawasan hutan itu adalah kawasan hutan terpelihara. Kawasan di mana tempat untuk pelancong menjalankan kegiatan riadah. Sebab itulah, banyak kawasan tapak khemah yang terdapat di kawasan itu. otaknya mula ligat berputar memainkan episod kejadian yang berlaku seawal satu jam yang lalu. Episode dasyat di mana kedua biji matanya melihat sendiri bagaimana sahabat-sahabatnya ditembak satu persatu tanpa ada belas kasihan.

Najib, mati mengejut bila peluru tenggelam di dadanya, manakala Rocky menggelepar jatuh ke tanah setelah peluru yang entah dari mana menusuk ke otaknya. Tidak kurang hebatnya juga dengan Nadia, dia terkulai di perbaringannya bilamana peluru pantas itu mencium batang tengkuknya. Semuanya jadi kelam kabut. Peluru datang dari arah yang berbeza, seperti ada puluhan pemburu yang sedang bermain polis pencuri di keliling mereka. Kerana terlalu terkejut dengan keadaan itu, Niko mengambil langkah untuk melarikan diri, ketika itulah, peluru sesat menebuk pangkal pehanya. Dia menjerit sekuat hati sehingga menyebabkan hutan kelam itu menjadi bising dengan bunyi unggas. Saat itulah dia merasakan, malam itu mungkin akan menjadi malam penamat buat dirinya. Ada titisan hangat yang mengalir di pipinya. Dia menangis ketakutan.

“Hutan Megong…ish, bukan aku dengar situ ada benda buruk ke pernah berlaku?” soal Niko.

“Benda buruk…benda buruk apanya, aku tak ada dengar cerita apa pun,” sangkal Najib yang beriya-iya mahu menghabiskan cuti semestanya di dalam persekitaran flora dan fauna. Kerana takut bersendiri, dia mengajak Niko, Rocky dan Nadia untuk turut serta. Alasanya, biar riuh sekampung, sedangkan sengaja mahu menutup malu untuk pergi bersendiri.

“Iyalah, aku pernah dengar cerita, semua ranjer yang pernah bertugas dekat situ, semua mati mengejut. Sebab tu lah dia orang nak tutup tempat tu.” Niko menceritakan.

Nadia dan Rocky hanya memandang sesama sendiri.

“Ish, kau ni biar betul Niko…naik pulak bulu roma aku ni,” Nadia sudah mula merasa tidak sedap hati.

“Betulll, takkan aku nak tipu pulak,” tegas Niko dengan suara yang tinggi.

“Alah, tu cerita orang je, kalau betul dia orang nak tutup tempat tu. Biarlah kita jadi orang yang terakhir pergi dekat situ. Become a lagend. Kalau mati pun, kisah kita ni akan orang kenang sampai bila-bila ..silap-silap masuk buku sejarah…kan best tu,” Najib berseloroh sambil tertawa besar.

Saat itulah, Niko meraung kuat…tangisannya bergegar di segenap hutan. Dia tidak mahu mati, dia tidak mahu menjadi bahan cerita, dia juga tidak mahu menjadi lagenda maut yang disampaikan dari seorang ke seorang buat berdekad lamanya. Dia mahu hidup, masih banyak lagi perkara yang belum dikecapinya di dunia ini. Dia tersedu meratapi dirinya.

Pada ketika itulah, semak yang ada di depan matanya mula bergoyang kencang. Niko yang masih berada di dalam keadaan terperanjat mula mengesot cuba menyelamatkan diri. Ada pohon-pohon kecil dibelakangnya. Dia mengambil langkah untuk bersembunyi sementara di situ, melihat apa yang menyebabkan sahabat-sahabatnya terbunuh. Apa benarkah ada misteri yang sedang berlaku di dalam hutan itu, ataupun ia hanyalah bayangan sahaja. Dia berdoa, berharap yang kejadian itu akan berakhir dengan segera. Mulutnya tidak putus-putus menyebut nama Tuhan. Matanya pula terkatup rapat, tidak sanggup untuk melihat apa yang akan keluar dari semak samun yang ada di depannya itu.

Tiba-tiba tubuhnya mula menjadi dingin. Bulu tengkuknya terpacak meremang. Rasa tidak sedap hati ditambah dengan perit sakit lututnya membuatkan dia tidak senang untuk berpejam lama. Waktu itu, kedua bola matanya terpaku memandang tiga cahaya yang sedang berlegar-legar di hadapannya. Cahaya-cahaya itu seperti sedang mencai-cari sesuatu. Mata Niko yang kabur dibasahi darah hangat dilap dengan telapak tangan, hatinya memberontak meminta dia untuk terus melihat. Saat dan ketika itulah, jantungnya berdegup kencang dan nafasnya bagaikan terhenti.

Dihadapannya kini berdiri tiga cahaya yang lengkap berbaju putih. Di tangan cahaya-cahaya itu masing-masing  memegang senapang patah yang masih berasap muncungnya. Cahaya-cahaya itu kelihatan bersahaja dengan wajah yang tidak kelihatan. Kerana terlalu mahu melihat, Niko tidak sedar yang kakinya terpijak akan  ranting pokok . itu menyebabkan cahaya-cahaya tadi mula mencari-cari kembali kelibat dirinya. Dengan menahan sakit yang masih berbisa, dia terus cuba untuk berdiri dan melarikan diri, malangnya dia terjelepuk jatuh ke tanah kembali. Dia sudah tidak mampu lagi, dia sudah tidak tertahan untuk meneruskan persembunyiannya. Ketika itulah tiga cahaya tadi mendekati dirinya. Nafas Niko turun naik, lansung tidak memandang.

“Kau nak pergi mana Niko?” Tanya suara itu.

Niko langsung berdiam. Mulutnya terasa berat benar.

“Ini akulah Najib, kawan kau,” suara itu memperkenalkan dirinya sebagai Najib.

Saat itulah kedua bola mata Niko melihat wajah-wajah temannya berdiri di hadapannya. Mereka tersenyum girang dan itu membuatkan dia menjadi keliru. Apakah semua ini? Bisik hatinya. Mereka permainkan aku kah? Soal hatinya lagi.

“Kau…kau…” Niko tersekat-sekat suaranya. Mereka yang masih berdiri di hadapannya hanya terus tersenyum. Masing-masing memandang sesama sendiri.

“Kau takut?” Tanya Nadia.

“Aku..aku..kau…” suara Niko masih terketar-ketar. Tidak pasti apa yang harus diucapkan, lega ataupun sebaliknya. Ini kerana otaknya tidak langsung dapat mentafsir akan kejadian yang berlaku tadi. Dia terasa seperti mimpi. Jika benar ini mimpi, bangunkanlah aku wahai mata. Jeritnya di dalam hati.

“Kami kawan kaulah…” terang Rocky.

“Kawan…kawan aku semua dah mati…” tiba-tiba saja dia berkata begitu.

“Kalau begitu kami ni siapa?” Tanya Najib lagi. Kali ini senyumannya terukir semakin lebar, lebar, terus melebar sehingga mencecah ke dua cuping telinganya. Mata Niko terbeliak melihat, ternyatalah mereka bukan sahabat-sahabatnya. Sahabat-sahabatnya telah mati.

“Siapa kau!?” jerit Niko ketakutan.

“Kami….”mereka bersuara perlahan sambil mendekatkan wajah mereka ke wajah Niko. Niko menelan liur, terasa dingin benar bila hidung mereka bersentuhan . ada kegelapan di bola mata itu. kegelapan yang sedikit-sedikit meresap kulit wajahnya.

“Pekabooo…”

Wajah Najib, Rocky dan Nadia serta merta berubah menjadi hitam.Bola mata mereka yang tadinya gelap dan tidak bernyawa berubah pula menjadi merah saga. Begitu juga mulut mereka yang terbuka luas sehingga menampakkan gigi tajam umpama pisau…mereka tertawa gembira.

“Kami pemburu dan kami lapar…” suara mereka berdengung ditiup angin. Niko sudah terkaku tanpa suara, lansung lidahnya keras membeku. Mata yang terbeliak masih sama terpana.

“laparkan roh segar seperti kau!!!”

Satu tembakan menembusi jantung Niko. Serta merta dia tumbang tanpa sempat berkata apa.

Malam itu, mereka melahap roh Niko tanpa ada yang tinggal, roh ketakutan yang paling sedap dan segar pernah mereka rasa. Yang tinggal hanyalah jasad Niko yang terbeliak memandang langit gelap yang semakin kabur di pandangan matanya.

Sunday 16 December 2012

Cerita Aku Dan Dia

CERITA AKU DAN DIA
Cikapil

Kalau aku kata,
ada satu persamaan yang boleh buat manusia sedih,
kau mahu percaya?


Buku latihan setebal 80 mukasurat itu terus ditutup. Perlahan, aku elus pipi yang basah. Membaca satu demi satu aksara yang ada di dalamnya buat dada terasa ngilu mahu pecah. Ini baru satu. Macam mana mahu dihadap buku-buku yang lain? Argghhhh. Kotak berwarna merah dicapai bersama dengan lighter oren. Dikeluarkan sebatang rokok lalu dicucuh hujungnya. Pelan-pelan, sedikit demi sedikit asap ditarik keluar masuk ke dalam ruang dada.

“Suka sangat mengasap!” marah dia.

Aku hanya mampu tersenyum. Suka tengok dia marah-marah manja begitu sambil buat-buat muka. Comel. Ah dia, marah-marah pun tetap juga teman aku mengasap. Susah payah aku duduk jauh-jauh dari dia, tak sampai lima minit muka dia juga yang bertenggek depan mata aku.

“Pergi duduk sanalah, sayang. Asap ni,” arahku.

Macam biasa, dia buat tak tahu sahaja. Sibuk melayan lagu dari Ipodnya sambil menulis itu dan ini di dalam buku berkulit nipis warna coklat itu. Kadang-kadang, waktu itulah dia sibuk menghadap buku-buku indie dan zine yang bersusun atas meja yang ligat dibeli menerusi internet ataupun event-event. Macam pasaran gelap pun ada. Yelah, remaja zaman sekarang bijak memanipulasi peluang. Orang tak mahu terbitkan buku, mereka sendiri buka syarikat dan terbitkan buku.

Dia, buku dan pena – kawan baik. Kadang-kadang bila mood membaca dia hilang, Ipod itulah yang dibawa ke hulu hilir dengan telinga dipalam earphone. Lagu-lagu yang dia dengar sungguhlah tak masuk dengan jiwa aku. Dulu, la. Lagu-lagu dia, lagu puisi. Melalui dialah, aku kenal siapa itu Fynn Jamal, Wani Ardy, Para Jamaludin dan blablabla. Kadang-kadang, dia suruh aku dengar lagu-lagu tu sebab liriknya. Kalau bab lirik memang menusuk jiwalah. Dah nama pun lagu puisi, kan? Pendekkan cerita, hal-hal berkaitan puisi, buku indie, zine. Semua itu aku kenal dari dia.

“Dear, dengar ni.” Terus aku capai earphone yang dihulurnya.

Ngeri tak terbayang mata.
Bonda takkan ada sentiasa.
Nanti moga kau tak lupa.
Bonda memujukmu, anakanda.


“Itu lagu untuk babylah, sayang. Apa pula bagi dekat orang,” rajukku. Terus dia mengekek ketawa. Ada ke patut dia bagi lagu Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal itu pada aku. Aku bukan anak dia.

“Abaikanlah soal bonda, anakanda tu. Anggap jer macam orang pesan ini kat dia. Orang bonda, dia anakanda. Boleh gitu?” jelasnya.

Nanti bila kau buka mata, semua tak serupa.

Pause!

Cepat sahaja aku matikan lagu itu, segera. Dan wajah dia yang sedang tersenyum, aku pandang lama-lama dalam skrin laptop. Sambil itu, aku lap airmata yang jatuh.

“Sayang, orang rindu dia.”

*

Mata dibuka saat terasa ada tangan yang sedang mengelus-ngelus rambutku. Terus, senyum dia menyapa aku. Malas mahu bersuara, aku tarik dia dalam pelukan. Dan macam biasa, pelukan dia lagi kuat dari aku. Cuma yang lainnya, pelukan pagi ini lama. Sangat.

“Sayang,” panggilku perlahan. Langsung dia tidak kalih memandang malah lagi kejap pelukan dia. Aku usap-usap belakangnya sebelum menangkap bunyi halus esakan dia.

“Sayang, janganlah macam ni,” pintaku.

“Kalau tak pergi, tak boleh ke?” soal dia pula. Serak suaranya.

Aku keluh panjang. Dia tahu kenapa aku perlu pergi.

“Kenapa pilih tempat jauh sangat? Kan dekat-dekat ni ada,” tambahnya lagi.

“Kalau saja orang kenal dia lagi awal dari ni, orang tak pergi jauh macam ni. Kalau dia macam ni, orang lagi berat hati nak pergi.”

Terus dia melepaskan pelukan, bangun dan terus duduk bersila mengadap aku. Aku tak tahu macam mana mahu pujuk dia. Yang aku mampu buat hanyalah genggam erat jemari dia dan tarik dia bersandar di bahuku sampailah tangisan dia reda sendiri.

“Dahlah. Pergilah mandi, dear. Dah pukul berapa ni, nanti lama pula dorang tunggu dia.”

“Sayang, okey?”

Dia tarik senyum segaris sambil mengangguk perlahan. Aku pandang mata dia, lama. Aku nampak airmata yang kembali bertakung. Aku tahu dia cuba sembunyikan sedihnya. Terus aku bangun dan menapak ke bilik mandi.

Usai mandi, aku lihat dia sudah sedia menunggu aku. Dia dengan baju berwarna coklatnya dan tudung dari rona serupa. Sebaik terpandang aku, terus dia mengomel-ngomel perlahan tapi tak henti-henti. Itulah dia, mengelabah tak tentu pasal. Yang nak pergi itu aku, tapi dia yang mengelabah macamlah dia yang akan ditinggalkan van. Selesai bersiap, dia sama-sama ikut menghantar aku ke pintu pagar. Dari jauh, aku dah nampak van yang akan membawa aku ke Kuala Lumpur sebelum terbang jauh merentas Laut China Selatan. Aku pandang dia yang berjalan perlahan di belakang. Wajahnya beku, langsung tak bersuara. Aku biarkan saja sementelah aku sendiri tak punya kata untuk memujuk dia.

Siap menyusun bagasi di bahagian belakang van, kini tiba masa untuk bergerak pergi. Satu persatu kawan-kawan aku salami, sebelum menghadap dia. Dia hulur tangan, dan aku sambut lalu mencium tangannya sebelum membawa tanganku ke hadapan dia. Pelan-pelan, dia cium tangan aku juga. Aku senyum segaris, pusing belakang, terus berjalan masuk ke dalam van dan tutup pintu. Dari celah tingkap, aku balas pandang dia. Aku nampak dia ketap bibir rapat. Seminit kemudian, van pun bergerak meninggalkan dia dan kawan-kawan aku yang lain. Sebaik hilang dari pandangan, terus aku menelefon dia. Dan yang menyambut panggilan aku hanyalah esak tangis dia. Aku tak mampu buat apa-apa.

“Jaga diri, sayang.” Pesan aku.

“Jangan lupa orang, sayang.” Pesan dia.

Itulah kali terakhir aku tengok dia. Dan itu jugalah kali terakhir aku dengar suara dia. Esoknya, dia balik ke kampungnya. Sejak itu, aku sudah tak dengar khabar dia. Melalui kawan baik dia, aku cuba risikkan khabar. Kata mereka, keluarga dia bawa dia pergi jauh-jauh dari sini lepas tahu kisah dia dengan aku. Dan dia tak sempat nak cakap apa-apa pada aku. Cuma yang dia pesan; kalau aku bertanya tentang dia, disuruhnya aku baca buku-buku nipis berkulit coklat yang selalu digunakan untuk menulis itu.

Terus aku pandang timbunan buku-buku yang dia tinggalkan. Dulu, buku-buku tu tak pernah aku pedulikan. Jangankan kata nak baca, nak buka pun aku malas sebab aku bukan macam dia yang suka membaca. Aku hanya mampu bagi sokongan pada minat dia, lebih dari itu aku tak buat. Tapi hari ini melalui buku-buku itulah, aku tahu yang dia sayangkan aku. Malah, sayang dia pada aku melebihi sayang aku pada dia.

Yang buat aku bertambah sedih, dalam buku-buku itu tak ada tulisan berkenaan orang lain melainkan aku dan dia sahaja.

Kalau aku kata,
ada satu persamaan yang boleh buat manusia sedih,
kau mahu tahu apakah ia?
Jantina kita; perempuan-perempuan.


03.42 PM, 25 September 2012.
Cikapil

Thursday 13 December 2012

Harga Sebuah Kasih


Ibu sedang memotong sayur. Aku lihat ibu begitu tekun melakukan pekerjaannya. Abang dan kakak begitu leka mengulangkaji pelajaran. Aku cuba dekati ibu, ingin membantu jika ibu izinkan

"Ibu, boleh adik bantu?" berharap aku dapat mebantu, meringankan beban kerja ibu.

"Tak usah, kami pergi belajar sana." keras dan tegas suara ibu. Aku berlalu meninggalkan ibu di dapur sendirian. Mungkin ibu tak percaya aku melakukan tugasnya. Selesai masak ibu memanggil kami makan, seperti biasa ibu tak makan bersama kami. Sibuk menyuap aku, melayan soalan demi soalan yang aku berikan. Abang dan kakak makan dengan begitu selera sekali.

"Ibu, boleh tak ibu suapkan adik sampai bila-bila. Sampai adik besar pun boleh?" aku meminta ibu terus ada. Terus menyuapku. Terus menyayangiku dan beri aku perhatian selagi mampu. Betapa aku tak boleh hidup tanpa ibu. Betapa besarnya kasih aku buat ibu.

"Selagi mampu, ibu sentiasa bersama kalian." ibu menjawab sambil menghadiahkan senyuman manis buat aku, kemudian beralih ke arah kakak dan abang. Mengapa harus aku rasa perasaan seaneh ini? rasa tidak puas mengecapi saat manis bersama ibu. Terasa tidak puas menerima kucupan hangat dari ibu. Terasa sentiasa rindukan suapan dari ibu.

******************

"Awak, bangun la, saya suapkan makan ni." suara suamiku menerjah ke gegendang telingaku. Dari semalam aku tak menjamah makanan hanya kerana merajuk tidak diendahkan suami. Terlalu busy dengan urusan kerja hingga tidak mempedulikan omelan-omelan manjaku. 

Berkali-kali dia memohon maaf namun aku tak endahkan. Berkali-kali dia menyuap masih juga aku tak peduli. Kerasnya hatiku?

"Abang, maafkan Lyz kerana keras hati." aku genggam erat dan cium dalam-dalam tangan yang aku rindu itu. Aku peluk erat dalam tangisan wajah yang aku rindu itu. Besarnya dosa aku merajuk hati tanpa mempedulikan perasaan suamiku. 

Berdosanya aku mengabaikan suamiku. Berdosanya aku tega mendera perasaannya hanya ingin membuat dia rasa bersalah akibat sedikit kelemahannya itu. Mengapa aku harus menghukum sedangkan aku sendiri masih banyak kelemahan. 

Perginya ibu insan yang aku sayang sudah cukup buat hati tersiat pedih. Aku terkapai-kapai saat ibu pergi hingga munculnya kini insan yang sudi menggantikan tempat ibu menyuap aku makan . Perlukah aku abaikan dia pula? andai esok lusa Allah menjemputnya pergi adakah aku sanggup bertabah? akukah aku redha insan yang aku sayang pergi satu demi satu.

Itulah manusia, andai ada tidak dihargai. Bila dah tiada baru nak terasa kehilangan. Dulu aku tak pernah bertanya ibu dah makan, adakah ibu sudah kenyang? adakah ibu gembira. Adakah ibu sihat? Pemergian ibu secara tiba-tiba buat kami mati arah/ Tanpa penyakit ibu pergi. Tanpa kami sedari ibu menderia demam dan alami jangkitan kuman tidak dirawat punca pemergian ibu. Terlalu menyayangi kami dalam kesempitan hidup buat ibu tabah lalui semua penderitaan.

"Sayang, menangis lagi?" Syahrul masih meribaku."Saya teringatkan ibu, saya mimpi ibu. Maafkan saya, saya akan usaha jadi isteri yang baik. Saya tak mau awak susah menjaga saya." aku dakap tubuh sasa itu seeratnya. Dia hanya tersenyum, tersenyum kelegaan kerana rajukku dah baik atau mungkin juga  tersenyum lega mendengar sedikit kematangan aku, wallahua'lam.

p/s:hargailah insan yang kita sayang selagi ada peluang dan ruang.






Sunday 9 December 2012

Bicara Rindu Memoriku #1

Penulis: Naniey TJ

Kadang-kala hati berkata
Saat Rindu memoriku datang menyapa
Hadirnya dia membawa seribu rasa
Hingga lidahku kelu untuk bicara

Bingit telinga aku mendengar bunyi loceng yang nyaring. Perut pon dah berkeroncong. Yeah. Tiba masa untuk makan. Hari ni nak makan apa ye?. Tanye orang sebelah lah.

“Su, hari ni kita nak makan apa ek?” soalku sambil memandang Su yang sibuk mengemas buku.

“Ape yang best? Makan nasi minyak je lah” balas Su. Mmm hari-hari nasi minyak..lama-lama berminyaklah tubuh badan aku ni. Tak pasal-pasal jadi macam Eton gemuk yang duk hujung kelas sana. Tapi Eton malas bersenam. Aku pon malas gak. Tapi aku selalu padat dengan aktiviti.kawad kaki la. Khemah la…….. mencabar emosi betul."

“Yang kau termenung lagi ni pehal. Kang ramai pulak orang kat kantin” ucap Su.

“Kau la lambat. Aku tunggu kau. Isma’ jom. Makan” panggilku.

“Jap” Isma’ datang menyertai aku dan Su. Tulah rutin harian aku. Sampai masa rehat, terkedek-kedek la kami pergi ke kantin. Tapi cam biasalah. Hidup aku ni kalau tak kena sakat tak boleh. Sampai je tengah jalan, telinga terus berdesing.

“Qiara, ada orang nak berkenalan la”  amboi bukan main lagi ye. Malas betul nak layan mamat separuh lembut tu. Hari baik bukan main ampu aku. 

“Alahai malu la pulak” ucap satu suara sumbang. Su dan Isma’ asyik gelak. Suka benar diorang tengok muka aku tengah bengang.

“Dia asyik pandang kau je. Betul kot mamat tu minat kau Qiara” usik Su. Sahabat baikku.
“tak nak la aku. Kau pun tahu taste aku kan” ucapku malas. Nasib baik perut aku ni mintak di isi. Kalau tak dah lama aq g tengking mamat-mamat tu. Menyakitkan hati. Dah tahu aku tak suka benda-benda camtu buat apa nak buat jugak.


Masuk je ke kelas mamat psiko tu da selesa duduk kat sebelah Bahar. Entah apa yang di buatnya. Hari-hari begitulah rutinnya. Mesti duduk lepak kat sebelah meja Bahar yang kosong. Kebetulan pulak meja aku kat sebelah je. Kadang-kadang sakit jugak mata aku tengok mamat ni tersengih-sengih cam kambing. Tapi nak buat camna. Dah memang perangai semula jadi dia kot. Malas layan. Terus aku keluarkan pensil mekanikal. Buku ku selak ke halaman kosong di belakang. Ku lakar sepasang baju di ruangan itu. Memang cita-citaku ingin menjadi pereka fesyen. Mungkin kerana ibuku seorang tukang jahit dan ayah pulak suka sangat melukis. Jadi bakat kedua-dua orang tua ku tertumpah padaku.

“Asyik melukis je” tegur mamat tadi. Aku angkat muka. Pandang muka dia yang asyik tersengih.

“Suka hati akulah. Kau sibuk pesal” balasku. Aku memang jenis perempuan yang tak boleh cakap lembut-lembut dengan lelaki. Bagi aku perempuan camtu, perempuan gatal. (bagi aku la)
“Tanya pon salah ke?”

“Ko buat apa kat sini? Masa rehat dah habis la. G la masuk kelas” ucapku.

“Saja” hairan betul aku dengan mamat ni. Cam xde perasaan je bila bercakap. Lantak kau la. Malas nak layan. Beberapa minit kemudian dia bangun melangkah keluar dari kelasku. Begitulah rutinnya saban hari. Datang tanpa diundang, pergi tanpa di suruh. Bila senang datang. Bila sibuk hanya sekadar menjeling dari jauh. Aku rasa mamat ni sakit la. Cam tak betul je.


“Qiara” sapa Daud. Mamat separuh lembut tu.

“Kau nak apa?” soalku.

“Aku ada hal nak cakap dengan kau ni?”

“Ape? Cakap jelah” ucapku lagi.

“Kau nak apa ni Daud?” soal Su.

“Ada orang minat kau” ucap Daud dengan senyuman meleret. Su da berkerut dahi. Ni aku tak suka ni. Aku datang sekolah nak belajar bukan nak bercintan-cintun. Mamat mana la yang buta sangat tu.

“Sapa?” soalku.

“Zakrul” ucap Daud.

“What? Jangan main-main la”

“Aku serius ni” Daud cuba yakinkan aku. Su da ketawa.

“Kan saya dah kata” ucap Su.

“Banyak la kau”

“Dah la. Cikgu aku dah datang. Balik kelas dulu” terus Daud berlalu apabila melihat kelibat Cikgu Ros yang berjalan ke kelas sebelah.

“Alah terima jelah. Dah orang suka” ucap Su menyakat.

“Tak nak aku. Entah-entah Daud tu saja mainkan aku” balasku.

“Betul kot. Kalau tak takkan hari-hari datang mengadap kau”

“dah. Malas nak pikir.” Aku terus sambung buat latihan kimia. Malas betul aku nak ambil tahu hal-hal yang tak berfaedah ni.


Bicara rinduku
Kadang-kala terasa asing
Kadang kala terasa asyik
Kadang kala terasa sesak

Bicara rindu memoriku
Saat hadirnya ku tolak
Saat perginya ku riang
Tapi saat rindu muncul pula sayang
Lalu aku sendirian menghitung kesalan semalam

Selepas hari tu, aku dah jarang menegur Zakrul. Hanya dia yang selalu menegur. Bagiku, aku harus jauhkan diri. Saat tiba masa untuk pulang. Dia setia menunggu di koridor tingkat 2 kelas tingkatan 5. Kadang-kala di hadiahkan lambaian untukku sebelum aku pulang. Ah, Zakrul. Kau tersilap pilih. Aku tak suka lelaki macam kau.

Tak lama lagi exam SPM. Kena belajar. Biar dapat masuk universiti. Kalau tak dapat malu la aku. Cikgu cakap kat universiti ramai lelaki hensem yang pandai-pandai. Gatalnya… ada hati nak cari yang macam tu. Isk..isk…isk. Masa bulan November aku mula exam SPM. Da jarang sangat Zakrul menyapaku. Kadang-kala kalau bertembung baru la disapa. Lantak la. Aku bukannya suka dia.


Ah kenangan selalu sangat menganggu otakku tika ini. Ops, da pukul berapa ni? Alamak kelas dah nak mula. Punyalah duk berangan sampai lupa pulak ada kelas matematik selepas ini. Pantas aku mengemas semua buku-buku atas meja kerjaku. Aktivitiku berjalan seperti biasanya. Rutin sebagai seorang guru, pergi sekolah, mengajar, balik rumah lepas tu esok sambung balik rutin biasa. Memang tak dinafikan kerja guru ni sangat memenatkan. Tapi dah kewajipan dan tanggungjawab aku untuk mendidik anak bangsaku sendiri supaya mereka mampu berdiri diatas kaki sendiri.

“Assalamualaikum cikgu”

“Waalaikumsalam. Baca doa” arahku. Kedengaran murid-murid 3 Pintar membaca doa.

“Semua duduk” arahku seusai doa di aminkan.
“Sekarang cikgu nak kamu semua buka muka surat 10 buku teks” semua murid menurut. Untung betul dapat mengajar kanak-kanak. Senang nak dibentuk berbanding mendidik remaja yang boleh dikatakan sudah separuh menjadi buluh. Kalau tersilap lentur, patahlah buluh itu.

“Cikgu Qiara…”aku berpaling.

“Ye cikgu” aku menghampiri.
“ni ada murid baru cikgu. Dari Kuala Lumpur. Cikgu tolong uruskan dia ya” arah guru besar. Aku senyum lantas mengangguk.

“Baik”

“ok murid-murid, hari ni kita ada murid baru. Tolong perkenalkan diri kamu” arahku sambil tersenyum memandang kanak-kanak perempuan itu. Entah kenapa aku senang sekali menatap wajah manisnya. Persis wajah seseorang yang aku rindu.

“Nama?” aku membantunya.

“Nurul Nabila binti Zakrul” bagai terkena kejutan eletrik.

“Zakrul?” mulutku seolah-olah mengulangi perkataan yang terbit dari bibir anak itu.

“Mmm…nama papa saya Zakrul” ucap kanak-kanak itu padaku. Aku senyum. Mana biasa aku mencampur-adukkan urusan peribadiku dengan kerja.

“Nabila, tinggal kat mana?” soalku.

“Taman Angsana”petah jawapannya.

“Baik, Nabila boleh duduk sebelah Sarah ye.”
“Terima kasih cikgu” sopan anak kecil itu berkata.

“Sama-sama” pelajaran hari itu ku teruskan lagi. Namun fokusku sedikit terganggu dengan kehadiran Nabila. Entah kenapa rasa sedih bertandang bila ku pandang wajah kecil itu.


Dari jauh aku memerhatikan Nabila yang sedang menanti seseorang. Bukan niatku untuk mengintip tapi hatiku meronta ingin sekali tahu latar belakang kanak-kanak itu. Siapa sebenarnya papanya.

“Cikgu, kami balik dulu” aku tersenyum memandang murid yang meminta izin. Ku sambut huluran tangannya.

“Baik-baik jalan ye” pesanku.

“Baik cikgu” terus kelompok kanak-kanak itu bergerak meninggalkan aku. Aku kembali berpaling ke arah Nabila. Mataku meliar mencari kelibat kanak-kanak itu. Tapi entah ke mana dia.

“Aiman, ada Nampak Nabila tak?” soalku pada murid kelas 3 Pintar.

“Dia dah balik dengan kereta tadi” ucap Aiman. Ah, kecewanya. Misi gagal. Tak apa esokkan masih ada. Esok aku akan pastikan aku akan tahu siapakah gerangan papa Nabila. Aku tekad.


Aku ingat lagi malam selepas peperiksaan SPM…..

‘Tahniah sebab dapat keputusan yang baik’ nombor sapa pulak ni. Mengganggu betul.

‘Sapa ni?’ aku membalas SMSnya.

‘Cubalah teka’ aik nak main tarik tali pulak.

‘Malas nak teka. Tak nak cakap sudah’ aku putuskan untuk tidak mengendahkan mesej yang masuk. Buang masa layan orang yang kita tak kenal.

‘Ye la aku ni sapa’ aik, macam la aku kenal dia. Tapi…. Otak aku ligat berpusing. Tadikan aku bertembung dengan dia masa nak balik dari ambil result. Sempat jugak dia Tanya result aku. Adakah dia….

‘Zakrul ea’  laju tanganku menaip nama itu.

‘Pandai pun.’

‘Mana dapat nombor aku’ soalku. Bengang betul. Sapa la yang gatal bagi nombor aku kat mamat sengal ni. Kalau ada tahu nak je aku g marah orang tu. Tanpa keizinan member maklumat sulit pada orang cam Zafrul.

‘Rahsia’ hanya itu balasannya. Malaslah aku nak layan. Tidur lagi baik. Lagipun aku bukannya suka sangat berkawan dengan mamat ni.  Pelik.


“Kau yang bagi nombor aku kat mamat tu kan” soalku pada Su keesokkan harinya.

Su sengih.

“Napa kau bagi kat dia?. Kau ni. Kau tahu aku tak suka dia kan” geram betul aku dengan Su. Apa punya kawan la dia ni.

“Dah dia minta. Aku kesian tengok dia. Aku pon bagi la” terang Su. Tu je la ayat kau Su. Kesian. Lembut sangat hati tu. Isk.

“Dia suka kau.”

“Aku tak suka dia” balasku.

“Ye la tu tak suka.”

“Betul la” jawabku.

“Dah la, aku nak balik. Nanti mak aku bising. Esok aku datang lagi” ucapku terus berlalu dengan motor kapcai ayah.

bersambung


p/s : tq sudi membaca

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...