Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Tuesday 28 February 2012

MINAH GAGAH VS BAPA KASANOVA ii

Cerita awal bab i.

Syam mengambil tempat duduk jauh dari pelajar lain. perutnya yang merengek ingin diisi dibiarkan saja. nafsu makannya terbantut sejak surat yang dihantarnya melalui postwomen Hani tiada balasan. Syam menjadi tidak tentu arah, segala yang dibuatnya serba tidak kena. malah, ajakan rakan-rakan untuk keluar juga ditolak. 

Syam merenung jauh ke bangunan putih kampusnya. Lagaknya bagai seorang pemuda yang mempunyai kuasa  penglihatan x-ray yang menembusi apa saja penghalang pemandangannya. Tin biru jernih nescafe ice diteguk perlahan.

"Oit syam! Betulkah apa yang aku dengar budak perempuan kata kat dalam kelas kita tu?" Hasyim menolak kasar bahu syam. 

Prffff.

Air nescafe ice yang sedang enak masuk ke mulut syam tersembur keluar. meja biru pekat tempat dudukan syam kini basah dengan air minuman yang tertumpah. meja syam menjadi tumpuan mata-mata pelajar lain.

"Mangkuk betul engkau ini! engkau boleh tak bagi salam dulu ker? Engkau tak nampak ker aku tengah minum air ini. Kalau aku tercekik, engkau nak buat CPR kat aku ker?" Syam menarik baju hasyim lalu mengelap mulutnya yang comot. 

"Oit! habislah baju aku. Aku ada kelaslah selepas ini!" Dahi Hasyim berkerut. Tangannya berulang kali menyapu kotoran dibajunya.

"Kau jangan nak bising dengan aku, salah siapa yang buat aku tersembur?" Syam merenung tajam.

"Iyalah, sorrylah syam. Aku sebenarnya terkejut beruk bila dengar khabar angin yang engkau hantar surat dekat si syah itu." Ujar Hasyim sambil tersengih.

Kerusi kosong dihadapan Syam ditarik, Hasyim duduk menyilangkan kaki gaya lelaki macho dikampus sambil mengeluarkan rokok L.A. dikeluarkan satu batang rokok, lalu disuakan dimulutnya sambil tangan kirinya meraba-raba poketnya mencari pemetik api.

"Hmm, betullah tu." Tangkas tangan Syam merampas putung rokok yang berada di mulut Hasyim. Dengan tanpa rasa bersalah, Syam meranap putung rokok yang masih belum digunakan itu sampai lunyai. 

Mulut Hasyim ternganga, matanya terkebil-kebil melihat rokoknya yang sesaat tadi elok bentuk bulatnya kini ranap menjadi kepingan kecil dan tembakau bersepah di atas meja. Dia tahu salahnya merokok di kawasan kampus dan salahnya merokok syam yang seorang anti-rokok. Walaupun dia tahu Syam seorang romeo atau dikenali sebagai kasanova di kampus ini tapi dia seorang pencinta alam sekitar atau patut dikenali seorang ahli 'katakan tak nak kepada rokok'.  

"Hah?! engkau apasal? Mana engkau nak letak stok makwe engkau yang berlambak tu. Engkau nak wakenabeb dia ker?" Mata Hasyim masih lagi menatap putung rokoknya yang sudah lunyai.

"Engkau ini kan. Nak saja aku lunyai-lunyai mulut engkau dengan rokok ini. Engkau ingat aku takde kerja lain ker selain nak kenakan orang." Ujar Syam.

"Relaxlah Syam. Aku bukan apa, engkau sendiri tahu style and dressing si Syah itu macamana. Tomboi wei. Tak pernah lagi aku nampak dia pakai baju kurung. Berjalan mengalahkan lelaki macho macam kita. Aku curious jugalah bila engkau beralih arah dengan minah tomboi macam syah itu." Balas Hasyim sambil mengurut pelahan janggut halusnya.

"Engkau ini kalau sehari tak menyibuk pasal hal aku tak boleh ker? Busybody mengalahkan perempuan. entah-entah, engkau suka dekat aku, al-maklumlah aku nie lelaki sejati yang macho. Erk, kau gay ker?" Ujar pelahan Syam. sengaja dia menjarakkan dirinya dari Hasyim.

"Gila engkau! Kau ingat kalau aku suka kat kau, aku boleh dapat anak? Fuhh, simpang malaikat 44. Tak bercuculah mak aku." Cebik Hasyim sambil meniup kiri dan kanannya. Berdekah ketawa Syam melihat tingkah Hasyim.

"Haish, patut kena cuci otak kau ini. Aku cuma nak bagi nasihat. kalau betul kau sukakan Syah itu, baguslah. tapi kalau kau saja nak main-mainkan dia, aku rasa kau patut sediakan backup plan kau. Syah itu bukan sebarang perempuan. Sekali kau dapat ubah dia, aku akan tabik spring dengan kau tapi kalau kau saja nak try market kau, aku rasa dia akan jadi lebih ganas dari sekarang ini." Serius nada hasyim berbicara. Baginya, Syam adalah kawan baiknya dan dia juga tahu perangai Syah. Sebagai kawan, dia bertanggungjawab memberi nasihat sebelum apa-apa terjadi.

"Hmm, apa-apa sajalah kau. Aku nak blah dulu. Ada kelas. Bye! By the way, air itu kau bayar, siapa suruh kau kejutkan aku tadi sampai tersembur segala air. Dan satu lagi, aku takde makwe. Sekian. Chow dulu dude." Kerusi kelabu ditolak, Syam berdiri lalu beredar meninggalkan  Hasyim keseorang di meja kafe.

"Oit! Apa plak aku kena bayar! Sudahlah rokok aku, kau sudah lunyaikan. Kau tunggu syam, ada aku sekeh kepala kau kat rumah nanti." Hasyim meregus geram.

Bersambung.

MINAH GAGAH VS BAPA KASANOVA i

Suasana kafe Melawati bingit dengan suara pelajar yang berbagai ragam. Waktu tengahari, kebanyakan tempat duduk sentiasa dipenuhi oleh pelajar yang mengisi perut setelah selesai sesi kuliah. Ada juga pelajar yang cuma duduk secara berkumpulan sambil memesan air minuman dan ditemani komputer riba menyiapkan tugasan yang diberi. Di satu penjuru sebelah kanan, dua pelajar tahun akhir sedang duduk berhadapan, air teh limau hanya tinggal satu pertiga setelah gadis yang berambut pendek seakan lelaki menghirup rakus.

"Arghhhhh! dorang itu rabun ker buta? Tak ada taste langsung!" Air yang tinggal sedikit kini menjadi gelas kosong. Gelas hani yang masih lagi penuh, aku capai segera.

"Alaa syah, relaxlah. yang engkau gelojoh ini apasal? setakat satu surat cinta kot." Mata hani masih lagi membaca kertas putih yang dituju khas buat aku.

"Gelojoh apa benda plak ini? Bahasa melayu kau fail ker apa? Sejak bila aku gelojoh ini?" Gelas hani aku letak sebelahan dengan gelas kosong aku. Masih lagi berbaki walaupun hanya satu pertiga gelas, sekejam-kejam aku, tidak pernah aku habiskan rezeki orang. Sekurang-kurangnya, mesti ada separuh atau satu pertiga.

"Erk, silap syah. Bukan gelojoh, tapi kelam kabut. Aik, bukan sama saja ker makna gelojoh dengan kelam kabut." Hani mengaru kepala. Budak hani ini kalau dalam keadaan bingung, nampak sangat mukanya.

"Engkau ini, belajar tinggi-tinggi sampai naik bukit dan lif segala. Kelam kabut itu kelam kabutlah, gelojoh itu gelojohlah." Aku mencebik. Spontan tangan aku mencapai gelas Hani buat kali ke-dua dan kali ini, aku tinggalkan Hani dengan gelas kosong.

"Oit! Yang engkau habiskan air aku apasal?!" Gelas plastik biru jernih ditunggang terbalik. Mulut Hani mula muncung bagai mulut itik. Aku rasa kalau aku gantung hanger dekat mulut dia mesti boleh jemur kain.

Suasana menjadi tegang, Hani masih lagi masam muka. Aku ini lemah dalam bab pujuk memujuk, boleh jatuh standard aku sebagai 'Minah Gagah' di kampus ini. Tapi aku lagi lemah kalau budak Hani ini tak nak melayan aku, masak aku kebulur tengah-tengah malam sebab dialah chef di rumah sewa aku.

"Siapa suruh engkau buat tekak aku kering bebel pasal benda ini. Lain kali, jangan ambil apa-apa surat dari mamat itu. Understand cik Honeydrew?!" Saja aku tunjuk muka garang. Harap-harap sejuklah hati dia tengok muka ganas aku.

"Cis! Baru setakat satu surat dari mamat spek mata putih tu sudah kecoh. Yang surat minah-minah yang gila bayang engkau itu, boleh plak engkau gelak. Engkau ini lesbian ker apa?" Dengan ekspirasi muka geli, Hani menjarakkan diri ke belakang.

"Kalau engkau rasa nak masuk dalam gelas kecil ini, cubalah fikir bukan-bukan. Memang aku makan free kat rumah engkau 7 hari 7 malam karang." Gelas kosong aku tunjuk depan mata Hani.

"hoooo.. cool man, relaxlah. aku main cakap saja. hehe." Hani buat muka tersengih. Tahu pun takut. Nasib baik dia terlupa pasal aku bantai air dia. Berfikir juga aku nak masukkan dia dalam gelas kecil itu, sudahlah aku habiskan air dia lepas itu ada hati nak masukkan BFF dalam gelas. 

Hani meletakkan kertas putih tadi di hadapan aku. Muhammad Syamsul atau lebih dikenali sebagai Syam. Bagi aku, dia adalah seorang bapa kepada bapa kasanova di kampus ini. Tapi bagi pelajar perempuan sini anggap pula anggap dia sebagai Romeo. Ramai perempuan gila-gilakan dia hinggakan sanggup bergaduh rebutkan dia. Gila, buang masa aku layan bapa kasanova ini.

"Arghhhh!" Ramai pelajar berpaling ke meja kami apabila aku menjerit. Aku pun tidak perasan lontaran suara aku begitu kuat sehinggakan hampir keseluruh kafe ini terkejut dengan suara saprano aku.

"Oit sewel. Nah, simpan surat mamat ini. Aku nak blah, nanti orang ingat aku berkawan dengan orang gila. Ambil ini, hargai surat orang yer kak." Beg kuning dicapai, Hani segera beredar.

"Grrrr! Arghhhhhhhh!" 

Mata-mata pelajar lain masih lagi melihat aku, ada yang mengelengkan kepala, ada juga berbisik sesama mereka, tidak kurang juga gelakkan aku. Pedulikan manusia-manusia yang sekejap lagi pasti terdiam oleh aku. Syam, aku rasa ada sesuatu yang dia rancang. Tak mungkin budak tomboy macam aku ini dia boleh jatuh cinta. Aku rasa ini semua hanyalah troll.

"Oit! Apa tengok-tengok?!" Aku menjegilkan mata. Rata-rata mereka tunduk menikus. Hah! baru kenal siapa Syah the Minah Gagah. Aku mendabik dada.

bersambung.

Monday 27 February 2012

Metafora Cinta bhg. 4

terdahulu...




Sebulan kemudian…

Peristiwa di Giant semakin dilupakan Raudhah. Bukan tidak pernah dia terserempak dengan Hadi selepas itu, namun tiap kali dia terserempak, Raudhah berjaya melarikan diri. Selama sebulan itu jugalah dia bagaikan banduan yang lari daripada penjara dan diburu oleh polis.

Untunglah kawannya, Sabridah sudah kembali bekerja setelah lama bercuti. Terasa ringan sedikit tugasnya. Hari ini, dia perlu menyiapkan baki anggaran projek mengenai pembinaan lot kedai dua tingkat untuk dihantar pada majikannya.

Tok!! Tok!!

Sabridah mengetuk pintu bilik Raudhah. Jam telh menunjukkan pukul 1.15 tengahari dan semestinya waktu itu adalah masa para pekerja mengisi perut masing-masing. Namun bagi Raudhah, semua itu tidak penting baginya sehinggalah Sabridah datang menyedarkannya.

“ Hah, Sab, kenapa?” Tanya Raudhah. Matanya masih lagi tidak lepas pada kerja-kerja yang ada di hadapannya.

“ Dah waktu lunch ni. Jom melantak.” Ajak Sabridah sambil tersengih.

“ Eh, ye? Tak perasan pula aku masa berlalu.”

“ Tak payah masa berlalu bagailah cik kak, jomlah ikut aku dengan hubby aku lunch.”

“ Malaslah kacau korang date. Tak apalah, aku ingat nak tapau nasi makan kat ofis ni kejap lagi. Aku banyak lagi kerja tak setel ni.”

“ Kau ni bilalah nak berubah. Kerja je. Cubalah kau jenguk dunia luar cari laki ke apa.”

“ Ish, membebellah kau ni. Dah, pergilah kau makan. Aku turun tapau makanan kejap lagi.”

“ Yalah. Nanti apa-apa, aku call aku tau.”

“ Baik.”

Setelah mendapat kata putus dari Raudhah, Sabridah meninggalkan bilik Raudhah. Raudhah pula, terus menyiapkan kerjanya tanpa menyedari masa semakin berlalu dan dia seakan terlupa tentang makannya.

“ Alamak, dah 1.45 tengahari dah ni.” Keluh Raudhah tatkala melihat jam di lengannya. Perutnya memang terasa amat pedih waktu itu kerana belum menerima apa-apa bentuk makanan mahupun minuman waktu itu. Dengan malas, dia mencapai beg tangannya dan segera beredar menuju ke restoran yang selalu di kunjungi.

Siap membeli makanan, Raudhah segera beredar untuk balik ke pejabat. Fikirannya tika itu hanya teringat akan perihal kerjanya sahaja.

“ Hai.” Kedengaran satu suara menegurnya dari sisi. Raudhah terkujat.

“ Hahh!!” Raudhah terjerit. Bala sudah datang, keluh Raudhah.

“ Amboi, terkejut benar nampaknya.”

“ Apa main sergah-sergah orang ni? Tak boleh bagi salam ke?” Raudhah berang.

“ Garangnya. Assalamualaikum cik.” Hadi tersengih-sengih.

“ Waalaikumussalam.” Raudhah segera berlalu. Langkahnya dilajukan untuk mengelakkan Hadi dari mengikutnya.

“ Cik, tunggu. Ada benda yang saya kena beritahu cik sekarang. Cik!!”

“ Awak nak bagitahu apa? Nak bagitahu awak dah kahwin dan sudah ada anak? Tolonglah, awak pergi baliklah. Jaga anak bini dekat rumah. Paling penting, jangan kacau saya. Saya tak mahu nanti di cop perosak rumah tangga orang.” Balas Raudhah tanpa memandang muka Hadi. Langkahnya masih lagi laju.

“ Cik, bukan begitu. Biar saya terangkan dulu.” Hadi cuba menyaingi langkah Raudhah.

“ Nak terangkan apa lagi? Cukuplah awak, saya tak akan berkawan dengan awak. Jadi, silalah balik sebelum saya bukak langkah silat dan awak jadi mangsa saya.”

“ Tolonglah dengar dulu apa yang saya nak cakap.”

“ Saya tak mahu dengar apa-apa.” Ketika itu, Raudhah sudah tiba di hadapan pintu Syarikatnya.

“ Sekejap saja cik, bagilah peluang saya jelaskan.”

“ Saya tak ada masa nak layan orang macam awak.”

“Cik!” Panggil Hadi sambil cuba menarik tangan Raudhah. Spontan tanpa dia juga menduga akan berbuat demikian.

“Apa ni? Tolong!!” Raudhah menjerit. Tidak terlalu kuat, namun ia dapat di dengari sekuriti syarikat dan mereka segera menerpa ke arah Raudhah.

“ Kenapa Cik Raudhah?” Tanya salah seorang dari dua orang sekuriti yang baru tiba.

“ Tolong saya. Encik ini ganggu saya. Tadi dia cuba pegang-pegang saya. ” Jawab Raudhah.

“ Cik kenal ke lelaki ini?” Tanya sekuriti itu lagi.

“ Tidak.”

“ Bukan, ini semua salah faham. Kami berdua kenal satu sama lain. Cik, jangan begini.”

“ Tolong saya halau dia dari sini. Kalau dia masih berdegil, kamu buatlah apa yang patut. Panggil polis ke apa.” Kata Raudhah tanpa memandang muka Hadi yang mati kutu. Sekuriti syarikat seramai dua orang itu segera mendekati Hadi.

“ Baik Encik pergi dari sini sebelum kami panggil polis.” Pinta sekuriti itu kepada Hadi. Raudhah pula sudah hilang disebalik pintu.

“ Baiklah saya pergi. Saya minta maaf kerana mengganggu.” Hadi mengalah kerana tidak mahu keadaan menjadi kecoh. Mungkin memang bukan nasibnya kali ini.

Tanpa disedari, Raudhah sebenarnya masih ada disitu. Cuma dia berselindung di sebalik dinding. Raudhah melepaskan keluhan lega.

“ Fuhh!! Nasib baik.”

Hadi Pula, meningglkan perkarangan syarikat itu dengan perasaan hampa. Namun, dalam masa yang sama, dia gembira kerana akhirnya dia mengetahui nama gadis yang selalu dikejarnya itu.

“ Raudhah. Nama secantik wajah. Kau buat aku tergila-gila, Raudhah.”



 p/s: baru balik bercuti cutian..jadi tak sempat taip panjang-panjang

hehehe

Sunday 26 February 2012

Hikayat Negara Singapura

Pada suatu ketika di zaman dahulu kala, ada seekor singa jantan muda di negeri Afrika yang baru saja berumahtangga dengan kekasihnya. Selang seminggu berumahtangga, pada satu malam, si singa jantan bermimpi, mimpi yang sangat aneh.

Dalam mimpinya di malam itu, dia telah didatangi oleh seekor singa tua yang bulunya tiada lain warna selain putih semuanya. Pada mulanya dia berasa takut, tapi reda apabila singa tua itu datang menghampiri lalu dengan nada yang lembut ia berkata, "Kau akan jadi termasyhur, dikenang sepanjang masa. Nama diganding dan disebut-sebut setiap saat adanya. Pergilah kau mengembara, mencari sebuah benua yang mana hujungnya terdapat sebuah pulau kecil. Bermain-mainlah kau di sana sehingga datangnya seorang yang ternama. Di saat itu lah kau akan jadi termasyhur."

Tersentak si singa itu daripada tidur, lalu dikejut isterinya yang sedang lagi lena dan menceritakan apa yang dimimpinya tadi.

"Ini hanya mainan tidur bang," si isteri menjawab. Di dalam keadaan yang masih lagi mengantuk mata separuh terpejam, si isteri menyambung dengan nada tawa mengejek, "Mana mungkin abang jadi termasyhur. Abang bukannya seekor singa yang berbakat. Mahu jadi penyanyi pun bukannya sedap suara abang. Mahu jadi pelakon pulak, abang bukannya hensem. Mahu termasyhur dengan berkerja keras macam mana? Sendiri mahu makan, saya yang pergi berburu!!"

Kata-kata sang isteri dirasa bagaikan satu tamparan yang ditampar ke muka. Hati terasa ngilu bagaikan ditusuk buluh sembilu. Dia benar-benar rasa tercabar! Lalu dia bangkit dari tempat peraduan terus menuju ke halaman meninggalkan isterinya sendirian, yang kembali tenggelam dalam lena.

Sekelilingnya dilihat masih lagi diselimuti kegelapan. Kicauan burung belum lagi berkumandang kedengaran. Begitu juga dengan haiwan-haiwan liar yang lain, tidak sekelibat pun yang ada melintas di depan mata. Di depannya padang yang luas terbentang, hanya suara-suara cengkerik yang berdendang, meningkah suasana yang sepi.

Hati pula masih lagi dirundung marah dengan kata-kata isterinya. Diikutkan hati, mahu ditampar saja mukanya. Tetapi dia tidak sampai hati. Tidak sampai hati pada dirinya sendiri!! Tidak mahu di belakang hari nanti digelar sebagai seorang suami yang dayus, yang suka memukul bantai isteri. Baginya, daripada menjadi singa yang dayus, menjadi rusa bahan makanannya itu lebih mulia kewujudannya.

Darah muda yang mengalir, yang menguasai segenap sudut denyut nadinya, mengatasi fikiran seekor singa yang berfikiran waras. Tanpa lengah dan memikir panjang akan nasib masa depan sang isteri, dipengaruhi oleh rasa amarah, langkah dihayun, pergi dia mengembara. Mencari sebuah pulau di hujung sebuah benua, yang dimaksudkan di dalam mimpinya tadi.

Berjalanlah ia dengan sebulu sepinggang tanpa ada bekalan lainnya. Berhari-hari siang dan malam meredah hutan belantara dan Gurun Sahara. Hingga akhirnya pada suatu hari, langkahnya telah membawa ia sampai ke satu persisiran pantai.

Dilemparkan pandangannya di hujung hadapan sana mencari-cari pulau kecil itu. Namun apa yang dilihatnya, hanyalah sebuah hamparan lautan yang luas terbentang.

Berlegar-legar di situ mencari kepastian, akhirnya ketemu sebuah papan tanda yang jelas tertera, "CAPE OF GOOD HOPE!!" Berkat ilmu yang ditimba sewaktu zaman persekolahannya, dia sedar, dia masih lagi berada di benua Afrika.

Mungkin pulau yang dimaksudkan itu ada di hujung sana, suara hatinya berkata. Berbekal semangat waja, hati pula sudah sebulat suara ingin jadi termasyhur, dengan penuh bersahaja dia terus mencampakkan tubuh badannya ke lautan yang bergelora itu. Lautan yang terkenal sejak zaman purbakala, sebuah lautan yang penuh didiami ikan-ikan yu yang ganas dan buas.

Berhari-hari dia meredah lautan itu tanpa ada rasa penat dan takut, mempamerkan ciri-ciri sang raja haiwan di saat-saat yang genting. Namun sekuat manapun kudrat, ada tahapnya. Terlena dia sewaktu sedang lagi berenang, sedar-sedar sudah terdampar di sebuah pantai yang kelihatan begitu asing baginya.

Bangkit dia lalu menuju ke sebuah pohon yang rendang dan berehat di situ menghilangkan lelah. Tanpa dia sedar, seketika kemudian diri hilang lagi dibuai lena.

Datang lagi si singa tua itu dalam mimpinya buat kali kedua, lalu berkata, "Sudahpun sampai kau ke benua yang dimaksudkan, namun tujuan masih jauh lagi dari jangkauan. Teruskan pengembaraanmu hingga kau sampai ketempat yang hendak dituju."

Tersentak dia dari lena tidur, mengimbas kembali lalu diperhatikan sekelilingnya. Di depan mata, jauh di sana, gunung ganang berdiri megah, menjulang hingga ada yang sampai mencium langit. Yang mana puncaknya diselimuti salju menambahkan lagi indah pandangan.

Menggeliatkan badannya mengendurkan kembali urat-urat yang tegang dan kejang, dia bangkit lalu meneruskan pengembaraan. Dia berjalan dan terus berjalan hingga akhirnya, di satu saat, dia telahpun sampai di sebuah kaki gunung yang dilihatnya tadi sewaktu berehat di bawah pohon yang rendang itu.

Berjalanlah ia di tepi kaki gunung itu, yang dihiasi dengan bongkahan batu-batu yang besar mencari jalan tembusan, buat meneruskan pengembaraannya. Berjalan dan terus berjalan mencari, hingga akhirnya dia sedar, yang langkahnya dikepong oleh gunung-ganang yang seperti sengaja menghalang ia dari memashyurkan nama. " Seperti isteriku saja sikapnya, " berkata hatinya di dalam bahasa Afrika.

Rasa tercabar, dia yang berat badannya sudah semakin menurun akibat makan yang tidak teratur, mengumpul tenaga berhasrat hendak menawan gunung yang cuba mencelakakan pengembaraannya. Mencekalkan hati, dia mengorak langkah, jiwa berkobar-kobar mahu jadi termasyhur, terkenal seantero dunia, disebut sepanjang masa.

Meneruskan perjalanan setelah gunung itu ditawan, pengembaraan seterusnya melewati hutan belantara, bukit bukau, sungai-sungai kecil dan besar dan tidak terlepas juga dengan pendedahan cuaca yang berbagai rupa. Namun, pulau kecil yang dicarinya entah di mana kelibatnya. Tidak berputus asa, dia terus berjalan dan terus berjalan, cuma kadangkala dia berlari-lari anak agar dapat cepat sampai ketujuannya. Ingin juga dia berlari-lari bapak dan emak, tetapi setelah disemak di dalam Kamus Dewan Bahasa, perkataan itu bukan saja tidak membawa apa-apa makna, malah ianya langsung sama sekali tidak tertera. Maka, terpaksalah dia berpuas hati dengan apa adanya.

Berkat kecekalan hatinya yang waja, pada suatu hari, setelah pengembaraan yang begitu lama dan panjang, pengorbanannya akhirnya membuahkan hasil. Berdiri dia di sebuah persisiran pantai, dengan megahnya dia sedar, dia kini sudahpun sampai di hujung benua yang dimaksudkan si singa tua di dalam mimpinya. Airmata gembira menitis, membasahi pantai yang sudah sedia basah. Di depan matanya, samar-samar kelihatan ada sebuah pulau melambai-lambai memanggilnya, ingin memashyurkan namanya!!

Sekali lagi buat kedua kalinya, di dalam pengembaraannya dia telah mencampakkan diri ke sebuah lautan. Hanya cuma kali ini, lautan itu bebas dari ikan yu yang buas dan bahaya, juga lautannya tidaklah begitu besar.

Menyanyi-nyanyi riang, dia berdendang dengan nada sumbang lagu-lagu tradisional Afrika. Hati terasa senang memikirkan yang dia akan jadi termasyhur tidak lama lagi. Seketika kemudian, sampailah dia di sebuah pulau. Berjalan-jalan, dia dapati pulau itu sangat aman dan sentosa. Tetapi dia merasa sedikit hairan, pulau itu baginya terlalu kecil untuk memashyurkan namanya.

Duduk dia di sebuah pohon memikirkan, seketika kemudian, mungkin kerna terlalu kepenatan dia sekali lagi terlena. Sebagaimana yang sudah-sudah si singa tua itu hadir di dalam mimpinya, begitu juga kali ini. Cuma, sedikit berbeza. Kali ini dia bersuara dengan nada yang agak marah, "Hello!! Ini bukan pulaunya!! Ini pulaunya pulau itu!! Ini namanya Pulau Sentosa, tu sebab kau merasa aman dan sentosa!!"

Terkejut dia. Kali ini bagaikan hendak roboh jantungnya mendengarkan suara itu, yang bagaikan dentuman guruh yang melanda. Dengan cepat dia bingkas lalu beredar mencari pulau tersebut.

Dengan rambutnya yang kusut masai, misai dan janggut tidak terpelihara berselerak terurai, dia tersenyum lebar. Di depan mata, tersergam indah sebuah pulau yang diyakini, yang dimaksudkan si singa tua itu. Maka berenanglah dia tanpa lengah menuju kekemasyhuran.

Dua hari berlalu, bukan saja rombongan orang ternama yang dikatakan itu tidak tiba, malah kelibat si singa tua juga tidak lagi muncul di dalam mimpinya. Dia rasa tertipu!! Teringat pula akan kata-kata isteri yang ditinggalkannya, mungkin ada kebenarannya juga. Sesal tiba-tiba menyelubungi. Hati baru terasa sepi, apabila menyedari rupanya dia seekor saja singa yang berada di situ. Berdiri di tepian pantai, dia terkenang kampung halaman. Merebahkan dirinya, dia meratap-ratap pilu. Menghentak-hentak ekor, kaki dan tangannya di pantai itu. Merasakan ada tubuh badan lain yang tertinggal dan wajar dihentak, dia mendongak hendak menghentakkan kepalanya pula.

Di saat kepalanya hendak dihayun dihentak, lautan yang tadi bergelora, tiba-tiba saja menjadi tenang. Di hujung sana, di bawah silauan mentari, kelihatan samar-samar bayangan sebuah bahtera, sedang menuju kearah pulau itu.

Diselak-selak rambut yang menutup matanya agar dapat dia melihat dengan jelas buat kepastian dan kepuasan hati. Diperhatikan betul-betul kelibat itu tanpa berkedip mata. Ia!! Jelas sekali bahtera itu kian menghampiri!!

Di balik pohon dia bersembunyi mengintai, kedengaran sayup-sayup suara manusia yang begitu asing baginya," Ayuh, turunin semua barang-barangnya. Di sini aja bermalam."

Diperhatikan setiap kelibat yang mundar-mandir, sibuk menjalankan tugas yang dikerah oleh seorang yang kelihatan berpakaian berkilau benang jahitannya. Begitu juga kelihatan ada beberapa orang lagi yang berpakaian yang hampir sama, mengelilingi seorang yang pakaiannya jauh lebih indah. Dia begitu yakin itulah orang yang ternama yang dimaksudkan, sebaik saja dia memulakan bicara," Apakah tempat namanya ini? Inigin sekali saya menjadikannya pusat kerajaan saya!"

Yang mengelilinginya semua tunduk dengan serta-merta lalu berkata," ampun Tuanku, kami patek semua kurang jelas apakah nama tempat ini."

Mengurut-urut dagunya dia menyambung," baiklah, saya ishytiharkan ini hak milik saya!! Tapi...Apa saya harus menamakannya??"

Di saat itu juga bagaikan ada satu kuasa yang menarik singa itu keluar dari penyembunyiannya. Dipeluk pohon itu erat-erat sebaik saja terasa ekornya ditarik, diheret. Semakin kuat dipeluknya pohon itu, semakin kuat pula kuasa tarikan itu menariknya. Hingga akhirnya terdedah dia oleh penglihatan rombongan itu semua.

Kecoh semua yang ada melihatkan haiwan yang ganjil itu, seekor haiwan yang tidak pernah terlihat kelibatnya sebelum ini. Yang pastinya tidak pernah wujud di kawasan ini. Merasa hairan semuanya termasuk Sang Nila Utama, si pembesar orang yang ternama. Di dalam kehairanan dia bertanya," haiwan apakah itu??"

Terdiam semua! Seketika kemudian terbelah pula kesunyian, apabila terdengar ada suara menyahut," kucing Tuanku."

Sang Nila membentak," mana mungkin kucing sebesar itu!!"

" Macan Tuanku." Kedengaran ada lagi suara menyahut memancing keributan yang ada.

" Mana mungkin macan rambutnya gondrong!!"

" Mungkin ini macan gondrong Tuanku, malas mahu pangkas rambut agaknya." Suasana semakin riuh dengan bisikan-bisikan andaian.

" Mustahil!! Mustahil!!" Sang Nila membentak, kemarahan sudah mulai memuncak ketahap maksimal.

Tiba-tiba muncul seorang panglima yang terkenal dengan gila pangkatnya bersuara," SINGA Tuanku!"

" SINGA!! Bagaimana kamu tahu??" Sang Nila menyergah dengan suara yang keras.

" Sewaktu cuti tahunan yang lalu, patek bersama keluarga pergi melancung ke negeri Afrika. Di sanalah Tuanku patek mendapat tahu. Dan apa yang dikatakan oleh juru pelancung itu, haiwan ini hanya terdapat di Afrika saja. Tidak di kawasan lain Tuanku,"

" Jadi, bagaimana singa ini boleh ada di sini?" Sang Nila mencari kepastian.

" Kurang jelas patek Tuanku." Panglima itu menjelaskan sesuatu yang dia sendiri tidak jelas.

Berpuashati dengan apa yang didengarnya, tangan menjulang kelangit, membaca sedikit mantera, lalu Sang Nila bersuara, " Baiklah, kalau begitu, memandangkan tempat ini akan menjadi Pura saya, iaitu Kota milik saya, saya namakan tempat ini SINGAPURA!!" Sang Nila Utama melukis sejarah, mengisyhtiharkan kelahiran sebuah Kota baru di mata dunia!!

Sekian, begitulah para pembaca, sebuah kisah bagaimana Singapura mendapatkan namanya!! Pelik tapi benar, yang mana kebenarannya membuat saya sendiri menggaru kepala!!

p/s Dongengan Kisah Benar yang dongeng!!

Saturday 25 February 2012

#2 Hati Terukir Cinta

Sambungan daripada #1 Hati Terukir Cinta


            Tarikh   : 14 Februari 2012
            Tempat : Pavilion
            Cuaca    : Petang  yang suam-suam


“siapa tu?”, tanya Syaqira setelah keluar dari butik pakaian perempuan. Dia melihat Iman bertegur sapa dengan seorang wanita lingkungan 20an.

“kawan..”, balas Iman ringkas sambil tangannya mencapai beg kertas di tangan Syaqira.

“cantik.. seksi... vogue”, kata Syaqira ketika berjalan ditepi Iman.

“anak orang kaya, bakal pewaris Zarith Holding, anak tunggal , umur 26 tahun. Apa lagi awak nak tahu?”, tanya Iman. Kening diangkat double-jerk.

“sah! Sah dah.. kau mesti nak ngorat dia kan? Bukan ke Zarith Holding tu pesaing syarikat kau?”,

“kalau ye pun syarikat dia pesaing syarikat saya, apa motif saya nak mengorat dia?”, tanya Iman. Mereka sudah sampai ke kereta, barang-barang Syaqira diletakkan di belakang. Dia membuka pintu untuk Syaqira dan segera masuk ke dalam kereta. “jawablah..apa motif?”, ulang Iman setelah melihat Syaqira terkulat-kulat.

“malam tadi kan, mummy aku lah gedik tengok cerita..ermm.. Pelangi Kasih? Kasih Pelangi? Hah,dalam cerita tu mamat ni nama Zafrul ke hape entah, kawin dengan Lin. Padahal dia suka kat si Sofea ni..”,

“sebab?”,

“sebabnya Lin ni pewaris syarikat atuk dia. Mamat ni mestilah nak kawin dengan orang kaya”,

“so?”,

“so? Bukan ke kau gila dekat cerita macam tu? Nak klise bagai.. huh?”,

“kalau saya nak macam cerita tu, perempuan tadi tu Lin dan awak Sofea. Cerita tu masih tak akan jadi pun”,

“asal lak?”, tanya Syaqira dengan penuh bersemangat ketika kereta sudah meluncur laju di jalan raya.

“sebab awak tak pernah sukakan saya...”, jawab Iman perlahan tapi jelas.

Syaqira mengalih pandangan ke luar tingkap. Tak mampu berkata apa-apa.



*** 



             Tarikh   : 14 Februari 2012
             Tempat : Rumah keluarga Iman
             Cuaca    : Malam yang dingin


Siaran televisyen dialih-alih...alih.. entah yang mana mahu ditonton. Semuanya tak kena dengan rasa, Astro pun asyik ulang cerita sama je. Remote control diletakkan di atas sofa bersebelahan tempat duduk. Iman menyandarkan badannya ke sofa, matanya memandang lampu yang tergantung. Penat!

“abang... pergi mana petang tadi? Adik balik tak ada pun orang kat rumah. Sedih betul..”, teguran dari Imalin. Adik perempuan bongsu yang sangat rapat dan manja dengannya.

“abang pergi Pavi, beli barang sikit. Kenapa tak call cakap nak balik? Abang boleh jemput”,

“ingat nak buat semua terkejut, last-last adik yang terkejut. Hurm..dengan awek ehh? Alololo.... comel abang adik ni, ada awek dah”,

“bakal sis-in-law lah, awek ni tak main la.. tapi dia tak suka abang pun”,

“wutthee... sekacak-kacak abang adik ni pun dia tak suka?”,

“ahh, bukan pasal rupa. Pasal nek Milah yang nak jodohkan kami. Nek Milah tu nenek kakak tu, kakak tu memang tak suka Nek Milah”,

“pulak dah.. macam novel yang adik tengah baca lah pulak”,

“kakak tu tak suka life klise macam dalam novel, cerita..”,

“abang nak tahu tak? Manusia ni diberi limpahan idea untuk mengarang, macam penulis novel juga. Tapi idea tu tak akan datang kalau benda tu tak pernah jadi realiti”,

“contoh?”, tanya Iman.

“contoh novel Ombak Rindu. Pasal Izzah nak dijual. Dalam reality life pun ada slot tu. Slot dijual untuk tebus hutang. Jadi seberangan mana pun penulis novel, mereka akan relate dengan realiti dan logik jugak abang”,

“owh, pandai..”,

“abang, boleh adik tanya sikit?”, tanya Imalin disertai dengan anggukan dari Iman. “kenapa abang nak sangat kat kakak tu? Kakak tu bukan suka abang pun”,

Iman hanya senyum, terbayang wajah Syaqira di depan matanya. Wajah yang selalu hadir ketika sunyi, wajah yang membuat senyuman Iman tak putus.

“kakak tu nama Syaqira. Abang kenal dia masa abang ke MRSM Pengkalan Chepa, tolong lecturer abang buat marketing untuk para pelajar tingkatan 5. Qira ni boyish, tapi aura dia sampai kat abang. Masa latihan dalam kumpulan, abang jadi ketua kumpulan dia. Dia open-minded, dia luah apa yang dia tak puas hati”,

“jap abang, adik tanya kenapa abang nak sangat kat kakak tu. Bukan nak abang cerita kisah lalu lah”,

“opps.. terlebih sudah”, Iman bangun dari sofa dan berdiri di hadapan Imalin. Dibongkokkan sedikit badan dan mukanya menghadap muka Imalin. “sebab dia dah curi hati abang”, kata Iman sambil kusutkan rambut Imalin.

“ish abang ni kan...eiii habis rambut adik!”, jerit Imalin. Iman hanya berlalu dan melambai tangan. Imalin hanya senyum.

“bertuah kakak kalau dapat abang”, kata Imalin perlahan.



***



Tarikh   : 17 Februari 2012
Tempat : Pejabat Iman
Cuaca    : Pagi

               
            Telinga cawan disentuh lembut , pahit kopi masih terasa dibibir. Iman hanya duduk dan memandang pada dinding kosong tanpa hiasan. Dia tidak suka bilik yang sarat dengan gambar atau hiasan di dinding. Cukuplah simple dan tenang. Dia tidak sangka pula dengan umur hampir mencecah ke angka 28 tahun, dia sudah diberi kepercayaan oleh papa untuk memegang jawatan CEO di dalam syarikat yang sudah berabad lamanya.
                
             Keputusan Ikmal yang merupakan abang sulung untuk tidak masuk campur dalam hal syarikat sangat menyedihkan papa. Ikmal yang kini seorang professor di sebuah university memang dari awalnya tidak berminat dengan hal syarikat. Diikuti dengan kakaknya Izlin, setelah berkahwin dengan Jeremy Marico atau nama islamnya Adam Muhammad Bin Abdullah, dia menetap di Ireland. Suaminya mempunyai syarikat disana dan Izlin pula seorang doktor. Walaupun menetap disana, mereka selalu pulang ke Malaysia dan akan menetap di Malaysia beberapa tahun lagi.
                
            Yang tinggal hanyalah Iman dan Imalin. Iman yang bercita-cita untuk menjadi seorang pengurus bank melupakan cita-citanya, dia tahu Imalin tidak akan mampu menggalas tugas untuk menguruskan syarikat yang kian membesar. Lebih-lebih pula Imalin memang sangat minat dalam bidang design dan fotografi. Iman tidak mahu menyekat impian adiknya dek kerana dia mahu mencapai cita-citanya. Oleh itu, ya sekarang ini kerusi CEO telah diisi olehnya. Ahh betullah kata Syaqira, hidup ni klise macam novel saja.
               
           “hello boss”, Iman terkejut dengan lambaian tangan di hadapan mukanya. “kau menung ape ni Iman, aku panggil banyak kali dah. Pintu bilik kau dah berlubang kot aku ketuk”, kata Syahmi yang merupakan pekerja di sayarikatnya merangkap kawan baik.
               
            “sorry. Ada ape?”,
                
            “kau dah habis meeting kan? Jom makan, aku laparlah”, kata Syahmi sambil buat muka tak laku.

“malaslah.. cakap je dekat Yuna tu. Bukan dia kasih sangat ke kat kau? Kau cakap je lapar, mesti dia bawakan makanan punyalah”,

“tolonglah, tunang orang tu. Mampus aku kena debik dengan tunang dia , dah la badan macam hulk”,

“yelah tu. Berjuang lah demi cinta kalau betul kau suka”,

“hello bro, kau sedar tak apa kau cakap ni? Kau tu patut berjuang, dapatkan balik buah hati kau yang kau dah lama cari tu”,

“aku tengah usaha lah ni”,

Syahmi hanya melihat sambil tersenyum. Bukan baru hari ni dia kenal dengan Iman, dari zaman university lagi. Susah senang bersama, duit sanggup dikongsi asal sama merasa. Dia tahu Iman tidak akan senang untuk melepaskan orang yang telah lama mendiami hatinya.Bukan tak ada orang nak, masa belajar dulu ramai je orang nak. Tapi Iman je jual mahal, satu pun tak layan.


***


Tarikh   : 18 Februari 2012
            Tempat : Rumah Nek Milah
            Cuaca    : Petang yang entah macam mana nak cakap.


“masuk Iman, lama betul kamu tak datang rumah nenek”, jemput Nek Milah. Rumahnya besar, penghuninya hanya 5 orang. Nek Milah, pembantu rumah dua orang, pemandu. Seorang lagi pengawal, tapi rumahnya ditepi rumah Nek Milah.

“sibuk sikit nek, banyak client datang nak tengok syarikat. Pelabur pun banyak nak sambung kontrak”,

“baguslah tu, majukan lagi. Kamu tu nanti nak pelihara anak orang. Cucu nenek sorang tu high maintenance kalau kamu nak tahu. Serba serbi dia nak, tak larat kamu nanti”,

“InsyaAllah mampu nek, apa yang wajib saya penuhkan. Keperluan dan kemahuan masih mampu saya cukupkan. Nek tak pergi rumah Qira ke?”,

“ish kamu ni Iman, mereka semua mana ada kat situ. Mereka ke Kelantan, nun jauh disana”,

“bila nek?”, tanya Iman dengan wajah kehairanan.

“dah dua tiga hari dah rasanya. Daddy Qira tu ada hal kat sana, dah mummy Qira memang orang sana. Semua lah balik sana. Lama jugak tu kalau dah kesana”,

Patutlah mesej tak dibalas, balik kampung rupanya. Nak harap Syaqira inform, memang sepatah haram pun tak.

“kat mana rumah mereka nek?”,

“alah mana dah tempat tu, dekat dengan Qira belajar dulu.. Pengkalan...Pengkalan Kubor..ehh tak..”,

“Pengkalan Chepa ehh nek?”,

“a’a yelah tu”,

Lupa pula, kan Syaqira dulu belajar di MRSM Pengkalan Chepa. Ada kemungkinan kawasan airport, tempat rumah orang-orang kaya. Atau mungkin tempat lain? Keluarga Syaqira tu jenis low-profile.

“nek, boleh Iman tahu kenapa nenek beria nak jodohkan Iman dengan Syaqira lepas Iman kata Iman kenal gadis dalam gambar yang nenek simpan tu?”,

“Iman, nenek ni dulu banyak buat salah kat mereka. Syaqira memang benci kat nenek walau nenek melutut pun belum tentu dia terima nenek. Iman pula cucu angkat nenek yang nenek dah anggap cucu sendiri dah. Molek sangat rasanya kalau kamu bersatu dengan dia, mana tahu hubungan nenek dengan keluarga dia boleh menjadi baik semula”,

“jadi nenek gunakan Iman sebagai cara untuk nenek berbaik dengan mereka?”,

“saling mempergunakan, itu lagi tepat. Kamu taknak perempuan yang kamu idamkan? Dan dia tak ada sebab untuk reject lelaki sebaik kamu”,

“saling mempergunakan.....”, ayat yang bermain dalam fikiran Iman.


***


               Tarikh    : 20 Februari 2012
               Tempat :  Rumah Keluarga Iman
               Cuaca    : Malam yang sejuk .. aumm~~~


Berkali-kali nombor yang sama didail, Iman masih lagi mencuba. Kali ini sudah masuk kali ke 50, Iman menanti sehingga awek mat saleh jawab baru dia letak.

“assalamualaikum..”, kedengaran suara lembut di hujung talian. Suara milik Syaqira.

“waalaikummusalam, awak kemana? Hp kemana?”,

“siapa ni?”,

“Iman.. tak cam suara? Tak save lagi number?”,

“aahhh kau ke, aku ingat mangkuk mana lah tadi call malam-malam baru nak buta ni”, suara lembut tadi sudah bertukar. Pitching sedikit menaik dan ayat disusun kasar.

“lama lagi kat Kelantan? Bila nak balik?”, tanya Iman

“mana kau tahu aku kat Kelantan? Ehh, ok lupa. Kau ada spy tua”, kata Syaqira disertai dengan ketawa besar. “malas balik dah, aku nak stay kat sini. Pehal? Kau rindu aku ke?”,

“rindu? Tak. Boring takde kawan nak buat gaduh”, kata Iman. Tadi berada di beranda, kemudian beralih ke sofa dan kini terlentang di tilam empuk. Bibir tak putus hadiahkan senyuman.

“lantak kau, macam ada beza pada aku kalau kau rindu ke tak”,

“Kelantan tu menarik kan? Terasa nak pergi sana lah”,

“kau ni pehal ehh? Banyak lagi masa kau nak melancong, apesal pulak lah masa aku ada ni kau nak datang?”,

“saya rasa awak lupa sesuatu lah Syaqira”,

“ape?”, tanya Syaqira kasar

“nak tak nak memang saya kena tunjukkan rumah awak pada parents saya. Bukan majlis kita dah dekat ke?”,

“kau gila lah, faham? Aku taknak kau! Aku tak suka! Aku taknak kau paksa aku!”,

“saya gila sebab awak. Saya nak awak. Saya suka awak. Saya tak paksa awak tapi saya tampal dengan sticky note dalam minda saya yang awak belum berpunya. Saya bukan nak buat lari awak ke Thailand, saya nak secara betul. Daddy awak dah bagi green-light”,

“dasar tak faham Bahasa Melayu. Kau ingat kau bahagia bila dapat aku? Kau ingat cinta yang bertepuk sebelah tangan tu best? Kau akan dapat azab je nanti, tersiksa je.”,

“saya nantikan siksaan dari awak tu. Saya tunggu..nyte. Assalamualaikum”, ujar Iman dan talian diputuskan.

“daddy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Mummy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”, jerit Syaqira, bergema rumah sederhana besar itu.

“menjerit apanya macam ni?!”, marah mummy.

“bila majlis bertunang Qira dengan mangkuk tu?”, tanya Syaqira dengan nada tak puas hati.

“lagi dua minggu. Qira nak buat kat sini ke kita nak balik sana?”,

“tak ada makna, majlis ni tak akan..tak akan berlangsung!”,

“Qira! Kan kita dah janji hari tu”,

“taknak!”, Syaqira terus berlari naik ke tingkat atas.

Datin Norjuma memandang wajah suaminya, bahu diangkat tanda tak faham. Suaminya hanya senyum dan angguk.



*** 


Tarikh    : 27 Februari 2012
Tempat :  Office Iman
Cuaca    : Pagi yang beku.

“Assalamualaikum”, mula Iman setelah Yuna menyambungkan panggilan dari Datin Norjuma ke telefon biliknya.

“Waalaikummusalam Iman, mummy nak tanya ni. Iman tahu Qira pergi mana?”,

“bukan dia kat Kelantan ke?”,

“tak ada, semalam dia kata dia nak tidur rumah kawan dia. Tapi kawan dia kata semalam Qira minta hantarkan ke airport. Mummy dan daddy tak tahu nak cari kat mana dah”,

“dah cari kat pantai terdekat?”,

“dah, tak ada. Iman tolong mummy sayang..”, suara Datin Norjuma makin tidak jelas dek kerana menangis.

“erm ok, jangan risau. Nanti Iman call kalau ada apa-apa berita”, talian diputuskan.

Dia menyandar di kerusi, matanya dipejam. Otaknya sudah sarat dengan pelbagai masalah. Dari hal kerja hinggalah ke hal Syaqira.

“macam mana ni”, kata Iman sambil meraup mukanya.

“Pak Samad penjaga kubur!”, detik hatinya,nombor didail.

“Assalamualaikum Pak Mad, Iman ni”,

“wasalam, ya Iman”,

“ada tak perempuan pergi lawat pusara yang saya minta Pak Mad carikan hari tu?”,

“pagi tadi ada, kenapa?”,

“sekarang dia kat mana?”,

“ada dekat homestay”,

“Pak Mad tolong tengokkan dia, petang nanti saya sampai”, katanya.

 Dia pasti itu Syaqira...

Friday 24 February 2012

Bahagia Milik Kita






Pagi itu hujan turun renyai-renyai. Aku masih berbaring dikatil. Bunyi loceng pintu memaksa aku bangun dan mengintai di tingkap. Adam. Aku segera membetulkan rambut lalu menuju keluar. Dia sedang berdiri segak di sisi kereta Saga BML merahnya. Ditangannya ada sejambak bunga mawar merah. 32 kuntum mungkin. Entahlah. Aku ni bab mengira malas sedikit.

" Hye awak. " Sapa aku sambil menggosok mata.
" Baru bangun ya? Comel. " sambil mengusik rambut ekor kuda aku. Dihulurkan jambangan mawar tadi. 
" Untuk saya? " soalku manja.
" Yalah sayang. Pergi mandi. Saya tunggu awak. Saya nak bawak awak pergi suatu tempat. "

Aku mengangguk laju dan segera berlalu ke dalam. T-shirt putih, jeans hitam, tanpa beg dan dalam masa 15 minit. Aku sudah berada dalam keretanya. Lagu-lagu Faizal Tahir mengisi ruang kosong antara kami. Dia memandu sehingga ke Ipoh Parade. Setelah mendapatkan parking, kami berdua menuju ke restoran Kenny Rogers. Memilih meja paling hujung. Setelah membuat pesanan, dia memulakan perbualan.

" Saya mahu masuk meminang awak. "
" Tipu. " Acuh tak acuh.
" Saya serious. Saya nak pinang awak. Hujung minggu ni. "
" Tapi awak tak pernah jumpa mak ayah saya " 
" Saya boleh jumpa hari ini. "
" Serious? "
" Yups! "

Kami menikmati lunch bersama. Selepas itu dia memandu ke Johor. Ke kampung halaman aku. Ya. Johor dan Ipoh. Jauh. Demi cinta. Tak apa kan. Namun itu 3 bulan lalu sebelum kami terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sewaktu dalam perjalanan, kereta yang dipandu Adam terbabas ke sebelah kiri bahu jalan dan melanggar pokok. Akibatnya, Adam mengalami amnesia. Dia lupa siapa aku, siapa ibu ayah dia, siapa dia. 

Aku dan Adam berkawan sudah hampir 2 tahun dan hari sepatutnya menjadi hari sejarah kami diganti dengan sejarah hitam. Sejak dari hari itu, hampir setiap hari aku ke rumah keluarga Adam untuk menjenguk dia. Setiap kali itu aku hanya nampak kekosongan di mata Adam. Tapi aku tak menangis. Aku tahu Tuhan sayang aku. Sebab itu dia uji aku. Adam lelaki pertama aku cintai. Dia jujur dan ikhlas. Selama bersama, dia cukup sabar melayan kerenah aku. Dan hari ini, aku perlu balas segala kebaikannya. Tak. Aku tak rasa ini menyusahkan.

" Awak. Saya datang. "

Adam ketika itu sedang berbaring dikatilnya. Pintu biliknya aku biarkan terbuka. Ibunya sedang memasak di dapur. Aku tidak mahu mengganggu. Lagipun, sudah 3 bulan aku ulang alik ke mari menjenguk Adam. 

" Awak siapa? " wajah kosong Adam aku pandang sepi.
" Orked. Kekasih awak." dialog sama aku ulang sejak 3 bulan dulu.

Selepas itu, rutin setiap hari. Aku bercerita bagaimana kami berkenalan. Semua kerana salah nombor telefon yang membawa kepada pertemuan kami berdua. Dan akhirnya berlanjutan dengan cinta antara kami. Kemudian aku tunjukkan kad-kad yang pernah dia beri. Ayat-ayat manisnya. 

" Saya pernah cintai awak seperti ini? " soalnya keliru. Keningnya hampir bercantum.

" Ya. Awak sangat romantis. Awak hadiahkan saya teddybear besar semasa hari lahir saya. Awak kata, teddybear tu pengganti diri awak. Kemudian awak belikan saya music box ini supaya bila saya rindu awak, saya boleh dengar lagunya. Awak hadiahkan saya cincin ini. Tengok. Ada nama kita. Adam & Orked. "

Cincin yang tersarung di jari, aku tanggalkan lalu aku hulurkan kepadanya. Dia membelek tulisan yang terdapat pada cincin tersebut. 

" Tapi saya tak ingat awak. Tak ingat lansung. Macam mana cincin tu ada nama kita? "

" Sebab kita saling mencintai. "

" Tapi saya tak ingat. "

Aku pegang tangannya, bawa ke dada dia. Aku suruh dia pejam mata dan kosongkan fikiran.

" Adam, saya sayang awak. Cinta awak. Tak kira apa jadi pada awak, saya akan setia bersama awak. Awak kekasih pertama saya. Awak cinta hati saya. Cuma maut yang akan memisahkan kita. Adam, tolong ingat kenangan kita. Ingat saat awak genggam erat tangan saya. Ingat tentang masa manis kita. Ingat tentang rasa cinta awak pada saya. Saya tahu awak mampu Adam. " kemudian, aku kucup pipinya sambil mengusap rambutnya yang baru mahu tumbuh.

" Buka mata awak. "

Adam membuka matanya.  Aku dapat rasa dia menggenggam tangan aku erat. Tiba-tiba dia menangis. Tersedu-sedu. Aku kaget. Ah. Apa aku salah cakap?

" Awak. Saya....mampu ingat sedikit dari apa awak cerita. Cincin itu, saya beli masa kita baru sehari bercinta. Saya nak awak pakai sebab saya tak mahu orang lain ganggu awak. Awak. Saya mula rasa debar kat sini. Kat hati saya. Saya mula rasa sayang itu. "

Aku memejamkan mata rapat-rapat. Ya Allah. KAU kabulkan doa aku. Alhamdulillah. Kata doktor, amnesia Adam tidak seteruk mana. Cuma dia perlu sedikit dorongan dari orang-orang yang pernah dekat dengan dia. Usaha 3 bulan aku berhasil. Syukur aku padaNya.

Sejak dari hari itu, aku membantu Adam untuk memulihkan ingatannya. Keluarga Adam sering menunjuk gambar-gambar lama ketika Adam masih kecil dan ia sangat membantu. Akhirnya, selepas 9 bulan, ingatan Adam pulih hampir 80%. Ada beberapa sejarah lampau yang sukar dia ingat. Namun itu tidak memberi apa-apa kesan padanya. 


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Hari ini, 4.12.11 hari perkahwinan kami. Setelah 2 tahun Adam pulih semula. Hari bahagia kami. Semoga Tuhan merahmati perkahwinan ini dan mengurniakan kepada kami zuriat yang soleh dan solehah.

" Orked. Terima kasih sudi menjadi yang halal buat saya. Terima kasih kerana bersama saya waktu susah dan senang saya. Terima kasih juga kerana menjaga saya dulu, bantu saya, dan tidak pernah putus asa. Saya sayangkan awak. Hanya awak seorang dalam hati saya. Awak permaisuri saya. Saya harap awak akan terus setia bersama saya dan sama-sama kita bina keluarga kita. " Dahi aku dikucupnya. Aku dapat rasa ada air hangat yang menitik di situ.

" Adam, saya selalu berdoa pada Tuhan, kalau awak untuk saya, dekatkan hati kita. Saya selalu berdoa agar saya ditakdirkan menjadi yang halal untuk awak. Saya yang akan melengkapkan rusuk kiri awak. Hari ini, hari yang saya nanti. Insya Allah. Moga Tuhan berkati perkahwinan kita. Saya sayang awak, cinta awak, sampai saya mati. "


Tuhan uji kita sebab Tuhan saya kita. Tuhan duga kita sebab kita terpilih oleh DIA. Mengeluh takkan membantu. Berdoa dan mohon pada dia. Jangan malu untuk menangis. Kita manusia punya hati perasaan. Pada yang bercinta, moga hingga ke jinjang pelamin. Pada yang sudah berkahwin, moga kekal ke syurga. Cintai pasangan kita seadanya. =) 


Thursday 23 February 2012

Siapa itu?

"Man, aku balik dengan kau ye hari ni? Malam pun takpe lah. Aku tunggu." Azrai menepuk bahu Arman yang sibuk menyiapkan kerja yang perlu disiapkan secepat mungkin. Arman sekadar mengangguk kepala tanda setuju kepada Azrai. Arman, workaholic.


"Kau jangan lambat sangat. Aku tunggu kau hari tu hampir 20 minit. Kau lambat, aku tinggal." Arman sempat berpesan sebelum Azrai keluar dari biliknya. Azrai mengangkat tangan kanan dan memberi tanda "OK" dengan membiarkan ibu jarinya terangkat.

Arman masih menyiapkan kerjanya yang banyak itu. Client Arman, Encik Choy, mahukan yang terbaik kali ini. Selepas hasil kerja yang memberangsangkan daripada Arman dalam mereka rumahnya di Puchong. Kali ini untuk rumahnya di Bangsar pula. Biasalah orang Cina, aset mereka memang banyak.

"Ah... dah pukul 9 malam rupanya." Arman mengemas barang-barangnya di atas meja. Cukuplah untuk hari ini dia berkerja. Esok sahaja dia sambung semua ini. Arman berjalan ke bilik Azrai.

"Yai, aku tunggu kau kat bawah. Tiang B6. Ingat tu. 10 minit je aku bagi." Arman memberitahu kepada Azrai sebelum keluar dari pejabatnya itu. Azrai hanya senyum kepada Arman.


Sebelum sempat Arman keluar dari pejabat, tiba-tiba telefon Arman berdering.

"Man, sorry lah. Aku lupa nak cakap. Aku dah balik petang tadi. Aku balik dengan Tina. Sorry ya, Man."

Arman termenung seketika.

Pintu lif terbuka. Arman bergegas masuk ke dalam lif dan melonggarkan kolar bajunya. Tidak ingin memikirkan dengan siapa dia berbicara sebentar tadi. Arman menghela nafas yang panjang sambil mengesat peluh dingin di dahinya.

Wednesday 22 February 2012

Penulis Hantu & Cik Keropi

Penulis Hantu terduduk keletihan setelah seharian menyusun stok-stok barangan runcit yang baru sampai pagi tadi. Kedai runcitnya lengang waktu lewat petang. Dia terpandang basikal tua miliknya. Walau sudah uzur namun masih bertenaga membawa badan Penulis Hantu yang kerempeng itu. Penulis Hantu tersenyum sendiri. Teringat kisah lama.

Penulis Hantu mengayuh basikal laju-laju. Sudah hampir masuk waktu Maghrib dan dia masih di luar. Dia menyalahkan dirinya kerna terlalu asyik bermain bola sepak sampai tak ingat dunia. Penulis Hantu menyusuri jalan kampung dan tidak semena-mena ada sebuah basikal lain muncul dari simpang berdekatan. 

Dum! Basikal mereka berlaga. Kedua-duanya jatuh.

"Aduh, sakitnya tulang belakang aku!" keluh Penulis Hantu. Matanya memandang tepat kepada empunya basikal yang satu lagi. Seorang gadis!

Gadis itu memegang kepalanya. Pening barangkali. Dia membetulkan cermin mata yang senget akibat jatuhan tadi. Dia mengangkat kepala dan turut memandang Penulis Hantu.

"Maafkan saya," katanya.

Penulis Hantu terkedu. "Eh, tak pe-tak pe. Salah saya. Laju sangat tadi. Saya Penulis Hantu, Cik ni nama apa?

"Keropi." Mereka tersenyum sesama sendiri

"Uncle!"

"Opocot!" Penulis Hantu melatah.

"Hahaha! Uncle berangan ye. Senyum sorang-sorang. Nasib baik Orlando tak de kat sini. Kalau tak, kena bahan la Uncle ni." Dill sengih

"Aduh. Kamu ni Dill. Kus semangat Uncle. Ha! Nak beli apa ni?"

"Nak bawang setengah kati"

Tuesday 21 February 2012

Cinta Alam Maya

Aku tersentak. Bukan aku pinta. Tapi suara-suara sindiran menghantuiku. Apa salahnya aku bertemu jodoh di alam maya? Ramai yang bahagia bercinta di alam maya dan akhirnya ke jinjang pelamin. Sekarang anak dah dua. Masih bahagia. Bukan aku yang minta untuk jatuh cinta melalui alam maya.

Panjang lamunan Sunah. Dia begitu kecewa dengan teman-teman sekerja. Mereka bukan memerli. Tapi pertanyaan mereka membuatkan Sunah kecewa dengan diri sendiri. Pelik dengan dirinya. Kenapa dia boleh jatuh cinta melalui alam maya. Air milo ais dihirup laju. Hatinya membara. Panas bahang terasa. Lantas dia tersedak.

"Uhuk...uhuk...malang betul!" rungut Sunah. Dia sudah bermandikan air milo. 
"Eh cik tak apa-apa?" Lelaki sebelah menghulurkan sapu tangan yang diambil dari poket seluar. Lelaki itu kelihatan risau. Sunah malu. Tunduk diam seribu bahasa.

Ady seakan memahami gadis dihadapannya. Dia perasan sedari tadi gadis itu melamun entah ke mana. Niatnya untuk membantu terbantut. 
'Gadis ini pemalu' bisik hatinya. Lalu tersenyum. Dia menghulurkan semula sapu tangannya. Namun sekali lagi gadis itu tak memberi respon. Ady berlalu meninggalkan tempat itu dan membiarkan sapu tangannya di meja.
Sunah kemudiannya mengangkat muka. Dia pasti lelaki itu telah pergi.

"Hish malang. Asyik memalukan diri je aku ni," getusnya perlahan. Dia terpandang sapu tangan lalu tersenyum. Sunah mengambilnya dan pergi ke tandas berdekatan.

Dari jauh ada sepasang mata melihat gelagat Sunah. Dia masih tak sedar. Ady tersenyum gembira. Lantas dia melajukan langkat ke kereta. Meeting lepas lunch sudah dijanji. Janji perlu dikota.
xxxxxx
"Dah tu kau tak kenallah mamat yang baik tu?" kata Tasha kuat. Dia pelik dengan rakannya. Malu terlebih.
"Sha ko tau tak aku malu? Ko cakap senanglah," kata Sunah. Dia pelik dengan housematenya. Sibuk tak tentu hala. 
"Mamat tu handsome tak?" tanya Tasha lagi. Mulut murai memang macam ni. Sunah tersenyum lantas menggeleng. Dia mengangkat punggung. 
"Eh kejaplah Nah. Aku belum habis lagi ni," Tasha geram.
"Dahlah Sha oi. Sambung esok k. Aku mengantuk ni," Sunah pura-pura menguap. 
Tasha membatu tanda protes. Sunah tersenyum dan berlalu. Rajuknya takkan lamalah. Membazir je pujuk. Kakinya berlari memanjat tangga.
xxxxxx
'Update blog!' Sunah laju membuka netbook kesayangan. Mujur lunch tadi dia tak bawa netbook bersama. Kalau tak mandi basahlah netbooknya. Sayang beb! Nyawa tu. Sunah ligat mengenang peristiwa tadi. Akhirnya dia tergelak. Update tentang tadi lagi baik.

Buat pembaca aku yang baik. Korang tau tak apa jadi pada aku lunch tadi. Sumpah memalukan tau. Begini ceritanya....blah...blah..blahh.

Sudah update! Dia terus melelapkan matanya. Pekerjaan untuknya masih banyak untuk hari esok.
xxxxxx
"Eh Sunah kat office pun nak bukak blog ke? Nampak bos baru nanti taulah ko," Senior aka Kak Limah menyaund (sound). Sunah tersengih. Dia tahu bos baru akan sampai. Semalam bos ada meeting. Sebab tu tak masuk.
"Ala kak saya bukak tengok komen je. Bukan buat entry," Sunah menjawab. Dia tahu Kak Limah berhati baik. Kak limah menggeleng. 
'Aik pengomen setia aku tak komen? Pelik.' hatinya berbicara.
"Rindu pulak nak baca komen-komen dia." Sunah mengeluh perlahan.
"Ehem!" suara garau betul-betul dibelakangnya. 
'Aik suara siapa pelik sangat aku dengar ni?' monolog Sunah sambil berpaling.
"Oh mak aku comel dari aku!!!" Sunah terus menutup mulut. Lelaki itu kemas. Berkot segala. 'Siapa ni?'
"Siapa nama kamu?" tanya lelaki itu tegas.
"Hasunah tuan!" Sunah dah takut.
"Oh panggil?" Lelaki itu masih berwajah serius. 'Kalau ada misai mesti mukanya macam A. Galak.' bisik hati Sunah.
"Su...su..nah," gagap pulak dah. 'Kenapa dengan kau ni Sunah. Rileks-rileks!'
"Su...su...nah, ikut saya ke bilik!" Terus berlalu.
"Bilik mana pulak? Dia tu siapa? Hish menyusahkan!" Sunah membontoti lelaki itu.
xxxxxx
"Awak tahu siapa saya?" Sunah menggeleng laju.
"Bos baru," Dia membetulkan tali leher. Terasa tercekik.
"Jadi?" Berani betul!
"Jadi apa? Awak ni pekerja bawahan saya? Tak belajar adab ke?" Sindiran tajam menusuk ke jantung Sunah. Baru dia sedar kelancangan suaranya.
"Maaf bos. Maaf!" Sunah menggaru kepala.
"Kalau awak tak belajar saya boleh ajarkan," kata bos lantang. 'Terasa aku tak hormat dia ke?'Sunah menunduk lagi.
"Awak memang suka tunduk ke Hasunah?" 
"Aik mana bos tau?"
"Apasal tak tahu pulak. Semalam awak tunduk jugak," Sunah blur. 
"Semalam?"
"Oh lupakan jelah Sunah. Saya ada kerja sila keluar," Halau baik punya.
"Baik bos," Nada merajuk campur bengang tambah blur.
"Oh ya, sapu tangan saya jangan lupa pulangkan," Tersentak Sunah dan berpaling. Ady tersenyum kambing.
'Aku terkena pulak. Malu. Mak malu mak. Nak balik,' meraung Sunah dalam hati. Langkahnya laju.
xxxxxx
"Kan dah," Tasha hanya menggelakkannya. Sunah mengetap bibir tanda protes. Geram hatinya. Seharian kena perli dengan bos baru. Mana dia nak letak muka yang comel ni.
"Gelaklah puas-puas Sha. Aku sedar." Ayat sedih adalah taktik terbaik dari Sunah. Tasha sangat mengenalinya. Dia terus turun ke dapur dan mengambil kek keju yang dibuat oleh Sunah semalam.Sunah terus mencapai netbooknya. Mahu meluahkan rasa melalui blog kesayangannya iaitu Sunahsukasakura dot com

Pengomen yang setia masih menyepi. Sunah rindu dengan telatah pengomen Ady Budika. Dia selalu buat Sunah tersenyum. Tapi kini Ady menyepi.
xxxxx
"Sunah awak memang suka update blog ye?" Kata Ady tenang.
"Hobi bos." Senyum. 
"Tak bosan ke layan alam maya je?" tanya bos lagi. Cuba mengorek rahsia setiausahanya.
"Taklah bos. Best apa ramai kawan. Bila tulis macam-macam. Lepas tu ada orang komen. Memang gembira. Bak kata orang, dalam hati ada taman bos," Sunah mula bercakap. Mereka lama kamceng. Mana taknya, setiap kali lunch bos paksa makan dengan dia.
"Ya?" kening Ady terangkat.
"Siapa selalu komen awak punya blog?" 
'Bos mula meminati cerita aku.' Sunah gelak jahat.
"Ya bos. Best tau ada blog ni. Saya suka menulis," Terang Sunah lagi.
"Oh tak suka bercakap?" Ady senang berborak dengan Sunah.
"Suka! Tengok saya tengah borak dengan bos kan? Bukan menulis." Sunah senyum dapat mengenakan bosnya lagi.
"Awak ni!" tergelak besar. 'Tak adalah kelakar sangat.' Sunah senyum sinis.
xxxxx
Mesej dari MUKABUKU. Sunah laju membukanya. "Saya suka awak sunah. Boleh kita berkenalan lebih dekat. Saya dah lama follow awak punya cerita melalui blog awak." from Ady Budika.
"Eh Ady? Dia ni pengomen aku. Kenapa dia menjiwang pulak ni?" Sunah gembira sebenarnya, Lama menanti khabar dari Ady.
"Nak balas ke tak?" Sunah terkaku. Terkejut. Akhirnya dia mengambil keputusan membiarkan sahaja mesej itu.
xxxxx
"Sunah saya dah buat keputusan. Esok saya akan hantar rombongan meminang. Saya terus terang dengan awak yang saya jatuh suka dengan awak dari mula saya tengok awak." Bos pula meluahkan perasaan.
Sunahg pitam. Dia blur. Takut pun ada. Hatinya sayang pada pengomen setia. Cinta si alam maya. Tapi bos pun dia suka jugak.

"Sunah?" Suara Kak Limah jelas kedengaran.
"Baguslah kau sedar. Bos pergi beli ubat untuk sedarkan ko. Hei ko tak makan pagi ke? Bebel Kak Limah.
"Saya kat mana kak?" Blur.
"Kat bilik bos kesayanganlah. Sejam hang tidur. Siap berdengkur. Sedap eh curi tulang?" Hambik ko! Kak Limah laser betul.
"Bos mana? Sunah bertanya bingung. 
"Ya saya di sini. Nah minum air dulu. Kak Limah tolong buatkan milo panas untuk Sunah ya," Arah bos. Kak Limah muncung.
"Awak tak payah susah-susah. Saya ok." Tolak gelas yang disuakan oleh bos. Malu dia dilayan bak puteri.
"Sunah, awak dengar tak apa yang saya beritahu tadi?" Bos mahukan kepastian. Dan aku tak boleh lari lagi.
"Bos, saya...sebenarnya..." Sunah kumpul kekuatan.
"Saya suka bos tapi..." Sunah terhenti. Air liur ditelannya terasa pasir.
"Tapi apa?" Bos cuak.
"Saya suka orang lain. Orang tu dah lama hadir sebelum bos. Saya minta maaf," Sunah mencuba untuk bangun.
"Siapa? Tanya bos tak puas hati.
"Bos tak perlu tahu." Sunah menuju ke pintu bilik.
"Ady Budika kan?" Bos teka. Dan malang sekali. Tekaan itu sangat tepat. Dia terpaku. 
"Macam mana bos tahu pasal Ady Budika?" Tanya Sunah laju.
"Sebab..."
"Sebab apa bos? Bos curi-curi baca blog saya kan?" Dia serkap jarang.
"Ya memang saya baca..." Bos belumpun habiskan ayat. Sunah terus lari keluar dari pejabatnya.
"Sunah tunggu!" Jerit bos sambil mengejarnya.
Sunah berlari sekuat hati. Dia malu. Segala ceritanya ada di dalam blog. Segalanya bos tahu. Sampai Ady pun dia tahu. Sunah kecewa. Tapi tak tahu pasal apa dia kecewa.
xxxxx
"Mak ko telefon tadi. Suruh balik. Ada orang merisik ko." suara housmatenya menyapa.
"Sunah kau dengar tak ni?" Tasha concern.
"Dengar,"Lemah. Dia masih berbaring dikatil Mood untuk update blog mati.
"Jom aku teman ko balik." Tasha tarik tangan SunahSunah hanya menurut.
xxxxx
"Mak kenapa mak nak terima pulak?" Sunah pelik dengan sikap maknya.
"Katanya dia kenal anak mak. Mak percaya dia boleh jaga anak mak ni."
"Mak ni. Pandai-pandai je!" Sunah geram.
"Assalamualaikum," Serentak bunyinya.
"Bos?" Sunah keluar sebab dengar perbincangan melibatkannya. Tak sangka bos dan keluarga yang meminangnya.
"Ya saya," Senyuman manis dihadiahkan. Sunah blur.
"Dah semua setuju. Kita tetapkan tarikh jelah ya," Kata si Lelaki tua. Mungkin ayah bos.
"Mak, ayah apa ni?" Sunah bengang. Dia terus masuk ke bilik.
xxxxx
Sunah saya tahu awak tak suka saya. Tapi percayalah awak akan berterima kasih pada saya. Itulah last dari bos. Esok hari pernikahan dan Sunah blur. Masih sedih mengenangkan Ady Budikanya sepi. Hanya dia bertepuk sebelah tangan.
xxxxx
"Aku terima nikahnya....." Sunah menangis. Terharu? Entah. Perasaan berbaur.
"Sunah, saya nak beritahu awak satu perkara," Ady bisik semasa Sunah ingin bersalaman dengannya.
"Apa dia?" Tanya Sunah malas.
"Sayalah pengomen setia yang awak ternanti-nantikan tu. Saya Ady Budika. Itu nama gelaran dalam dunia blog.
Sunah? Pengsan. Kecoh semua orang.
The end!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...