Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday 19 November 2015

3 Mawar Bhg. 3

“Mai, aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku betul-betul rasa rumah tu something. Dari hari pertama lagi aku dah rasa pelik dengan rumah tu.” Luah Sarah pada Umairah, rakan sekerjanya.

“ Kau betul- betul pasti ke dengan apa yang kau cakap ni? Bukan mimpi?” Tanya Umairah. Dia masih kurang percaya dengan cerita Sarah.

“ Betul Mai, buat apa aku tipu. Aku nampak sendiri benda tu. Aku takut Mai.”

“ Tenang Sarah. Mungkin kau terbawa-bawa dengan mimpi kau kot.”

“ Tak, Aku tak mimpi Mai. Aku sedar masa tu. Dalam bilik air tu. Dia panggil aku,Mai.”
Ujar Sarah terketar-ketar. Umairah hanya mampu memeluk Sarah sambil mengusap belakang Sarah. Cuba menenangkan kawan yang ketakutan.

“ Kau dah bagitahu Izham pasal ni?”

Sarah hanya menggelengkan kepala. Menandakan dia belum memaklumkan tunangnya tentang kewujudan ‘hantu’ di rumahnya.

“ Apakata kau cuba bagitahu dia. Cerita pada dia. Mungkin dia ada nasihat yang baik untuk kau?”

“ Iz tak ada kat sini. Dia kat Dubai sekarang. Minggu depan baru dia balik.”

“ Kalau macam tu, tak apalah Sarah, aku ada kalau kau nak cerita apa-apa. Cuma sekarang, aku nak kau tenang, lap air mata tu dan basuh muka.” Pujuk Umairah.

“Ermm…Mai, kau dah jumpa ke rumah yang kau cari tu?” Tanya Sarah. Umairah yang kini tinggal bersama rakannya di Bangsar terpaksa mencari rumah lain kerana temannya itu bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Menyewa seorang diri di bangsar memang tersa agak perit baginya.

“ Belum lagi Sarah. Masih mencari.” Jawab Umairah sambil mengeluh.

“ Oh…hujung bulan ni kau dah tak tinggal sana kan?”

“ Ya, tapi aku pening ni sebab tak jumpa rumah yang sesuai lagi. Alamatnya berkhemah depan ofis lah jawabnya.” Getus Umairah. Sarah tertawa kecil.

“ Kau pindah duduk dengan aku sajalah. Minggu depan dah masuk bulan baru kan?” Pelawa Sarah.

“ Pindah duduk dengan kau?” Soal Umairah.
“ Ya, kenapa? Takut hantu?” Usik Sarah.

“ Hahaha. Gila. Tak adalah. Molek juga tu. Kau pun tinggal seorang kan?” Putus Umairah. Selesai sudah masalah ‘penempatannya’.

“ Hehe. Ingatkan takut. Kalau macam tu, hujung minggu ini aku tolong kau pindah ya?”

“ Okey. Thanks Sarah.”


***

Sarah sedang menyidai beberapa helai baju di balkoni. Kesibukan kerja pada waktu siang menyebabkan pada waktu malam sahaja dia berkesempatan membasuh baju. Adat orang bujang. Selesai menyidai baju, dia beralih ke dapur. Menyediakan makan malam. Nasi goreng menjadi pilihan kerana mudah dan cepat.

Sedang sibuk di dapur, tiba –tiba hidung Sarah terbau bau hanyir yang sama. Sarah kaget. Tangannya yang tadi ligat menggoreng kini terhenti. Bau itu kuat datangnya dari arah ruang tamu. Sarah meletakkan sudip ke tepi dan terus ke ruang tamu.

Mata Sarah melilau memerhatikan sekeliling. Tiada apa-apa. Cuma ada, bau hanyir meloyakan itu menusuk rongga hidung. Tidak tahan dengan bau itu, Sarah melajukan putaran kipas ke tahap maksimum. Mengharapkan bau itu hilang.

Sarah seakan terlupa dia sedang memasak. Bau masakan yang hangit pula menari-nari di rongga hidungnya. Hanyir dan hangit bercampur baur. Sarah segera berlari ke arah dapur, dan segera menutup api dapur. Selera makannya hilang. Lalu dia berlalu ke bilik tanpa menghiraukan perut yang berkeroncong minta di isi. Seleranya mati.

Manakala di ruang tamu, satu bayangan susuk tubuh beransur pergi dan menghilang tanpa di sedari Sarah.



***

3.30 pagi.

Lena Sarah tampak tidak tenang. Kedengaran desah nafas kencang yang terhembus. Sesekali badannya bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Gelisah.  Mimpinya kali ini tidak seperti selalu.


Sarah melihat keadaan ruang tamu rumah bersepah-sepah, dengan kerusi, meja yang tunggang langgang. Kelihatan satu susuk tubuh seorang gadis pertengahan 20-an sedang ketakutan. Dan kelihatan juga satu susuk tubuh lelaki yang tidak dikenali sedang mengejar gadis itu.

Kelihatan babak kejar-mengejar sedang berlaku. Di tangan lelaki itu, ada sebilah kapak yang tergengam erat. Manakala gadis itu sedang mengelakkan diri sambil membaling apa sahaja objek yang sempat dicapainya ke arah lelaki itu. Suara jeritan si gadis dan hilai ketawa sang lelaki melatari babak kejar-mengejar tersebut.

Ternyata, malang memihak pada si gadis berambut pendek itu. Di hujung penjuru dinding, dia kehilangan arah dan ruang untuk terus lari menyelamatkan diri. Si gadis menangis ketakutan. Wajahnya pucat tak berdarah. Lelaki tak dikenali itu ketawa mendekati si gadis. Sambil mengacah-acah kapak yang berada di tangannya. Si gadis menjerit sambil menutup muka.

Dengan kasar, lelaki itu menarik rambut gadis itu menyebabkan si gadis melolong kesakitan.

“ Kau nak apa dengan aku!!!?” Pekik si gadis.

“ Aku nak kau. Hahahaha.”

“ Kau nak apa dengan aku? Kau nak duit? Aku bagi. Tapi jangan buat aku macam ni!!!”

“ Aku tak perlukan duit kau. Aku hanya nakkan darah kau.”

“ Mengarut!! Lepaskan aku, orang gila!! Lepaskan!!!”

“ Hahaha. Kau ingat senang nak lepas dari aku?”

“ Kau binatang!! Bodoh!! Babi!! Lepaskan aku bangsat!!!”

Pang!!

Satu tamparan kuat singgah di pipi si gadis. Kuatnya tamparan itu menyebabkan si gadis jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Lelaki itu mengheret si gadis lalu di dudukkan tubuh itu di atas sebuah kerusi dan diikat. Kepala si gadis di dongakkan menghadap si lelaki.
Kelihatan tangan yang memegang kapak itu diangkat. Seakan ingin menetak si gadis yang tidak sedarkan diri. Kapak di angkat tinggi dan di hayunkan menuju tepat ke leher si gadis dan…

“Jangan!!!!”


Sarah tersedar dari mimpi. Babak-babak mimpi yang pelik dan menakutkan membuatkan dia berdebar-debar. Nafasnya tercungap-cungap. Badannya menggigil menahan takut. 



Bersambung lagi.....

Baca bahagian sebelumnya



p/s: Maaf lama nak sambung balik. hehehe

9 comments

good sharing, tq

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Suspen!! Good writing. Keep it up :)

TAHNIAH TERUSKAN KARYANYA

WAH,,,hebat dalam berkarya ni! berbakat.. btw, good sharing..keep it up!

salam pekenalan dr sy..jemput jenggah ke blog sy https://akmalishak.blogspot.com

seramnye.. huhu..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...