Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday, 19 May 2013

Aku Sepasang Kasut - Episod 3

Penulis: Forskning BETA

Episod 1 | Episod 2

"Klik...klik...klik..." rakus bunyi tetikus diketik Ika.

"Kak Ika buat apa?" tanya Sapuan pada kakaknya.

"Akak tengah shopping online ni. Tapi shuhhh...jangan cakap dengan mak tau?" cakap Ika pada adiknya yang ke lima sambil membuat isyarat satu jari melintang pada bibirnya.

"Nak cakap jugak, nak cakap jugak" bentak adik kecil kesayangannya.

"Ni gaji akak yang first. Akak teringin sangat nak beli kasut yang cantik. Nanti akak hadiahkan baju yang cantik ya pada Puan?" pujuk Ika pada adiknya, dalam nada merasuah.

"Baik! Tapi, bagilah adik chance main Notebook 1 Malaya ni?" balas adiknya setuju.

Ika adalah kakak sulung untuk 6 adik-adiknya. Sapuan adalah adiknya yang paling dimanjakan. Sebagai anak sulung, peranan untuk jaga adik-adiknya jatuh bulat-bulat padanya. Ibunya bekerja kilang, bapanya seorang yang baik, tetapi tidak bekerja dan kuat berjudi. Sejak lepas SPM, Ika bekerja sebagai pembantu kedai di kampungnnya demi membantu kewangan keluarga.

Pencapaian akedemik Ika tidaklah secemerlang kawan-kawan yang lain. Ika cerdik, tetapi disebabkan kekangan dan support system yang goyah, Ika terpaksa berkorban banyak perkara untuk adik-adiknya. Misalnya, program tusyen Ika terpaksa dihentikan untuk memberi laluan pada Wafi (adiknya yang ketiga) membeli kasut bola. Sejak Wafi terpilih untuk bermain untuk tim sekolah, bapa Ika menaruh harapan besar Wafi akan menjadi seperti Ramli yang berjaya ke Old Trafford. Itulah pengaruh iklan TV dalam keluarga ini.

Contoh lain pula untuk anda faham tentang keluarga ini adalah, walaupun rumah keluarga ini buruk dan tandasnya ada lubang skodeng, piring Astora tetap utuh dibumbung. Untuk memastikan bil Astora sentiasa terbayar setiap bulan, ibu Ika pernah bergolok gadai dengan suaminya berbincang perkara tersebut.

"Kejap-kejap. Akak nak close window Zalora ni dulu" balas Ika.

Setelah menetapkan pilihan Vincci Heels, dan menyimpan pesanan. Ika puas hati benar dengan khidmat cash-on-delivery yang ditawarkan Zalora, dia tersenyum puas. Ika menutup tetingkap ruangan maya Zalora. Dari situ muncul tetingkap Muka Buku. Profile Hafiz dengan cover foto Edward Cullen dari filem bersiri Twilight muncul.

"Eh, siapa lelaki muka macam mayat ni akak?" tanya Sapuan.

"Eh, mana ada....akak baru add friend aja dengan Hafiz ni" jawab Ika.

"Muka dia kacak juga kan akak? Macam pelakon kat TV" kata Sapuan pada Ika.

"Akak pun tak tahu adik, Hafiz ini baik sangat dengan akak. Dia layan akak macam tuan puteri. Yang ini bukan gambar dia adik. Akak pun tak pernah tengok Hafiz ini macam mana" terang Ika.

Laptop 1Malaya di serahkan pada Sapuan. Cepat betul budak Sapuan ini ketik icon Counter Strike. Ika tersenyum puas memikirkan yang kasutnya sudah diorder, dan hanya menungu beberapa hari lagi untuk menerima tempahan. Satu mesej Muka Buku yang paling terbaru Ika terima dari Hafiz masih terngiang-ngiang difikiran Ika.

Sayangku, oh puteri hatiku. Saya tak kisah Ika ini macam mana. Saya pun tak hensem juga. TApi berilah peluang untuk kita berjumpa. Please, please. Hafiz sanggup turun ke Sungai Petani demi jumpa keksaih hatiku yang amat dirindui. 

XOXO
Hafiz (bukan Hafiz Awan Nano)


AKAN BERSAMBUNG.....

3 comments

salam,

jadi ika sepasang Vincci Heels?

MR KNOW IT ALL

Tak, ika bukan sepasang kasut. Ini episode filler untuk pembaca memahami siapa ika

mai tinjau blog ni :)

http://www.awananeonight.blogspot.com/2013/06/aura-white-muraahhh-rm130-sahaja.html

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...