Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Koleksi Cerita Penulis Jemputan. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Cerita Penulis Jemputan. Show all posts

Sunday, 4 August 2013

Ikemen Butler - Episod 5 (Akhir)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

“Wah, tak rugi aku ambil cuti panjang-panjang. Boleh tengok kau kahwin!” Aliya bersuara sambil memeluk tubuh Qairina sedang khusyuk menonton drama kegemarannya di ruang tamu.
“Ish, kau ni. Kau pun tak betul jugak. Balik Malaysia seminggu lepas tu kau muncul balik kat sini. Terkejut aku tengok kau dok tersengih depan muka pintu kelmarin tau.” Qairina Mencebik.
“Alah, aku balik renew visa, tolong-tolong ibu kau apa yang patut, lepas tu aku flylah balik sini. I’m a tourist guide okay. That’s just a simple task for me.” Aliya mencapai cawan yang berisi ais krim di hadapannya.
“So, kau tolong apa je?” soal Qirina lagi.
“Tolonglah apa-apa yang patut. Minggu depankan family kau nak datang sini. Haritu aku datang rumah kau hantar kain yang Kak Long kau pesan tu, Along kau tengah ceramah si Rifqi tu dekat Skype. Comel je aku tengok.” Aliya ketawa kecil.
“Ceh, benda lain pulak yang kau buat.” Qairina mencebik lagi.
“Aku ada story tau. Kau nak tahu tak kenapa Hakim tiba-tiba muncul kat sini?” soal Aliya. Qairina hanya diam tanpa menoleh. Matanya difokuskan pada kaca televisyen.
“Kalau kau tak nak dengar pun aku nak cerita jugak. Nurin accident. Separuh badan dia lumpuh. Itu yang si Hakim tu tiba-tiba nak rujuk dengan kau. Abang Nurin cari dia, belasah dia cukup-cukup. Sebab Hakim yang drive time diorang accident tu. Tak sedar diuntung betul si mamat tu. Sekarang ni, family dia dengan Nurin dah sepakat. Diorang nak kahwinkan aje budak berdua tu. Hakim pun macam dah sedar diri sikit. Aku harap diorang akan bahagialah. At least, Nurin tu pernah jadi kawan baik aku dulu.” Aliya bercerita.
“Nurin pun best friend aku jugak dulu. Kau ingat senang ke nak lupakan dia lepas semua yang kita dah buat time sekolah dulu. Walau apa pun yang jadi, kita sama-sama doakan agar Hakim dengan Nurin akan akan baik macam dulu. Asalkan diorang dah tak kacau hidup kita bukan-bukan lagi pun aku dah cukup bersyukur.” Qairina bersuara perlahan.
So, stop those entire sad stories. Apa plan kau lepas kahwin nanti? Aku yang beria-ia bertunang bagai, kau pulak yang tiba-tiba kahwin dulu.” Aliya segera menukar topik.
Honeymoon.” Qairina menjawab.
“Amboi, gatal! Honeymoon kat mana?” soal Aliya ingin tahu.
“Malaysialah. Kan ke kau kahwin lagi dua bulan? Nanti ada pulak orang tak jadi kahwin sebab bridesmaid dia tak balik Malaysia.” Qairina menjawab sambil ketawa kecil.
“Ceh, aku ingat kau semangat patriotik sangat nak honeymoon kat Malaysia.” Aliya membaling bantal kecil di dalam pelukannya ke arah Qairina. Qairina hanya ketawa dan membaling semula bantal tersebut ke arah Aliya sebelum mereka sama-sama ketawa.

******************************************************************************
Mungkin Qairina ada kisah lalu yang membuatkan dia lari dari kehidupannya yang sebenar. Namun, sesungguhnya ALLAH itu Maha Penyayang. ALLAH memeberikan dugaan agar kita sedar ada jalan yang lebih baik di hadapan kita.

Walau apa pun yang terjadi, Qairin sudah berjanji yang dia tidak akan lemah lagi. kini, dia tidak akan bersendirian lagi. Dia berharap agar jalan yang dipilihnya kali ini adalah jalan yang betul. Walaupun jalannya masih panjang dan penuh liku, kali ini, dia akan kuat. kerana dia yakin dia masih punya ramai insan-insan yang akan menyokongnya dari belakang. Semoga kebahagian akan menjadi miliknya kini dan selama-lamanya.

TAMAT.

Sunday, 28 July 2013

Ikemen Butler - Episod 4

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

“Amboi berseri bukan main muka kau sekarang. Untunglah dah ada boyfriend.” Aliya membaringkan tubuhnya di atas katil milik Qairina. Dia sengaja mengambil cuti dan datang ke Jepun untuk melawat sahabat baiknya itu.
Boyfriend mana pulak kau ni?” soal Qairina sambil menyimpan baju yang baru sahaja dilipatnya ke dalam laci.
“Buat-buat tak faham konon. Si Rifqi Haikal tu bukan boyfriend kau ke?” usik Aliya.
“Mana pulak. Aku kawan je dengan dia. Macam dia cakap tadi, dia butler aku. So, sebab kau kawan baik aku, butler aku, kira butler kau jugak.” Qairina membalas pendek dan duduk di sisi katil.
Butler ye? Ikemen butler.” Aliya ketawa kecil.
Ikemen butler? Kau rasa dia handsome?” soal Qairina semula. Ikemen = Handsome.
“Kau tak rasa dia handsome ke? At least handsomelah daripada ex-boyfriend kau yang sebelum ni. Takkan kau nak muka jambu macam artis Jepun baru kau nak jatuh cinta kot? Agak-agaklah sikit.” Aliya membaling bantal kecil dalam pelukannya pada Qairina.
“Hmmm, interesting question. Kenapa aku kena jatuh cinta dengan dia pulak?” soal Qairina hairan.
“Cik Amni Qairina, si Rifqi Haikal tu cukup pakej okay. Kau nak yang macam mana lagi? Ada rupa, ada duit, ada pelajaran, ilmu agama dia je aku tak kaji lagi. Tapi berdasarkan cerita kau lepas balik dari tour haritu aku rasa he’s not bad. Okay apa?” soal Aliya lagi.
“Cukuplah, Liya. Aku dah serik.” Qairina akhirnya menuturkan.
“Serik? Nina, dalam dunia ni bukannya semua lelaki sama macam si Hakim tu? Sampai bila kau nak larikan diri macam ni? From the look outside pun aku boleh rasa dia betul-betul sukakan kau, Nina.” Aliya memberi nasihat.
“Amboi, pandai kau buat conclusion kan? Mana kau tahu? Ikut suka je.” Qairina mencebik.
It’s called a friend’s instinct. Percayalah, Nina. Kau jangan terkejut kalau satu hari nanti tiba-tiba dia melamar kau sudah.” Aliya ketawa kecil.
Maybe. Who knows, right?” Qairina hanya tersenyum kecil.
“Kalau betul apa kau akan buat?” soal Aliya.
“Mungkin aku akan consider. Tapi bukan sekarang. Maybe after two or three years? Lepas habis PhD aku fikir balik fasal ni.” Qairina menjawab senang.
“Ewah, ikut suka hati kau aja nak buat keputusan. Kau tu bukannya makin muda mak cik!” Aliya mencebik.
“Eleh, cakap orang, kau tu pun sama. Kau tu tak makin tua?” Qairina membuat serangan balas.
“Aku dah ada calon.” Aliya ketawa sendiri.
What?! Bukannya nak cerita kat aku! Bencilah kau ni.” Qairina membaling semula bantal di tangannya pada Aliya.
“Aku nak ceritalah ni. Sebab tulah aku ambil cuti datang sini. Nak harap kau balik Malaysia memang terus makan nasi minyak kenduri aku jelah.” Aliya ketawa kecil.
“Ceritalah.” Qairina melompat naik ke atas katil dan duduk di sebelah Aliya, bersedia untuk mendengar cerita sahabatnya itu. Malam yang panjang itu diisi dengan cerita Aliya dan Luqman.
******************************************************************************
Aliya masih lagi ketawa kecil sambil berjalan beriringan dengan Qairina pulang ke rumah sewa milik Qairina. “Ei, kau ni. Dah-dahlah gelak tu.” Qairina menggigit bibirnya.
“Kan aku dah cakap dia ada hati kat kau. Kau bukannya nak percaya cakap aku.” Aliya bersuara dalam tawa. Qairina mencebikkan bibirnya dan terus berjalan laju sambil dikejar oleh Aliya dari belakang.

PERISTIWA 1 JAM YANG LALU

“Kenapa aku kena teman kau? Nak dating pergi berdualah.” Aliya mengusik Qairina sambil mereka berjalan menuju ke Café Yuuki, di mana Rifqi dan Nisha sedang menunggu.
“Dahtu, rajin pulak kau nak duduk sorang-sorang kat rumah?” Qairina membalas usikan Aliya.
“Aku ada Luqman apa. Boleh call ke, mesej ke, skype ke. Banyak lagi kerja aku boleh buatlah. Aku yang jejak kaki ke Jepun dulu sebelum kau. Semua jalan kat Ibaraki ni aku dah hafal. Jangan lupa tu.” Aliya mengingatkan.
“Dahlah, bisinglah kau ni. Teman jelah aku.” Qairina menarik tangan Aliya agar melajukan langkah mereka. Seketika kemudian, mereka tiba di hadapan pintu masuk Café Yuuki itu.
“Masuklah. Yang kau jadi tiang bendera kat depan pintu ni, kenapa?” Aliya mendahului Qairina. Dia menolak pintu kaca tersebut dan menarik Qairina masuk sambil matanya melilau mencari Rifqi.
Rifqi menyambut mereka dengan senyuman. “Aliya, tak ada plan nak pergi mana-mana ke hari ni?” soalnya.
“Tak ada pun. Dah selalu dah jalan kat sini. Kali ni memang datang nak jumpa dengan Nina je. So, ikut je dia pergi mana-mana.” Aliya menerangkan.
“Oh, ye ke? Ingatkan Aliya ada plan lain. Tapi thanks sebab temankan Nina datang sini. Kalau suruh dia datang sorang memang dia tak akan datang.” Rifqi tersenyum melihat Qairina membuat muka padanya.
“La, ye ke? Patutlah pun.” Aliya tersenyum kecil. Dia menyiku perlahan bahu Qairina yang masih tunduk di sisinya.
So, nak order apa-apa tak?” soal Rifqi.
“Errm, two hot chocolate.” Aliya membuat pesanan pada pelayan. Pelayan itu mengangguk sebelum berlalu.
Suasana sepi seketika. Aliya dan Rifqi bertukar pandangan. Aliya segera memahami isyarat yang cuba disampaikan oleh Rifqi. Dia menyiku Qairina yang masih menunduk. “Aku nak pergi ladies jap.” Diasegera bangkit sebelum Qairina sempat berbuat apa-apa. Aliya berjalan ke kaunter dan berdiri di sebalik dinding. Tempat paling selamat untuk dia memerhati apa yang akan terjadi.
“Saya nak cakap something dengan awak, Nina.” Rifqi memulakan bicaranya.
“Uh? Err…huh?” Qairina tidak tahu bagaimana mahu membalas. Aliya sudah terasa ingin mengetuk kepalanya ke dinding saat itu namun disabarkan hatinya.
“Saya nak cakap something, bukan nak tanya soalan.” Rifqi tersenyum kecil.
“Errmm, apa dia?” Akhirnya Qairina bertanya.
“Hantaran kahwin awak berapa ya?” soal Rifqi dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya. Qairina spontan mengangkat wajah memandang Rifqi di hadapannya.
“Entahlah. Saya pun tak sure. Saya pernah bertunang je, tak jadi kahwin pun.” Spontan juga Qairina menjawab.
“Awak rasa?” soal Rifqi lagi.
“Saya tak tahulah. Kenapa awak nak tahu? Penting ke? Kalau penting, saya boleh call ayah saya sekarang, tanya dia. Dia tahu rasanya.” Qairina menjawab dengan senyuman nakal.
“Kalau macam tu, biar saya je yang cakap dengan ayah awak.” Rifqi juga pintar menjawab.
“Nak buat apa cakap dengan ayah saya?” soal Qairina semula.
“Nak minta izin kahwin dengan anak dia? Itupun kalau anak dia setujulah.” Terus-terang Rifqi menyatakan hasrat hatinya.
“Huh?” Terkejut Qairina mendengar bicara Rifqi secara tiba-tiba itu. “Apa awak cakap ni?”
“Saya serius. Saya nak Amni Qairina jadi isteri saya. Boleh?” Rifqi bertanya sekali lagi.
“Awak serius?” soal Qairina semula. Rifqi mengangguk.
“Awak sanggup terima saya walau apapun yang terjadi?” Rifqi mengangguk lagi.
“Awak takkan tiba-tiba suka pada orang lain suatu hari nanti?” soal Qairina lagi.
“Apa yang buat awak fikir macam tu?” soal Rifqi pula.
“Saya dah pernah kena, Rifqi. Saya tak mahu sejarah lama berulang lagi. Saya dah serik.” Qairina berterus-terang.
“Saya bukan Hakim, Nina. Saya nampak awak seorang je. Dari kali pertama kita jumpa lagi.” Rifqi bersuara meyakinkan Qairina.
“Memanglah awak bukan Hakim. Tapi saya ni biasa-biasa je. Manalah tahu suatu hari nanti awak jumpa orang lain…”
Kata-kata Qairina segera dipotong oleh Rifqi. “Kalau saya nak orang lain, saya tak akan tunggu awak, Nina. Saya bukan muda lagi nak tunggu bidadari jatuh dari langit. Saya tak nak orang lain pun. Saya cuma nak Amni Qairina. Kalaupun saya ada orang lain, awak ingat Nisha akan diam macam tu je? Mungkin saya akan mati kena kerat 18 dengan dia sebelum saya sempat bagitau awak pun.” Rifqi berjenaka.
“Tapi, Rifqi…” Qairina masih cuba membantah.
“Nina, saya tak suruh awak jawab sekarang. Awak balik dulu, istikharah dan bila awak dah yakin, awak boleh bagitau dengan saya. Tak kisahlah sebulan atau setahun. Saya akan tunggu jawapan awak.” Rifqi meyakinkan.
“Kalau sepuluh tahun?” Qairina mengusik.
“Kalau lepas sepuluh tahun awak setuju tak apalah. Kalau lepas sepuluh tahun awak tak setuju awak nak suruh saya jadi bujang terlajak ke cik Amni Qairina oii?” Rifqi menjawab sambil ketawa.
“Saya yakin dengan jodoh yang ALLAH dah tuliskan untuk kita, Qairina. Kalau ada jodoh kita, selama mana pun saya akan tunggu.” Raifqi sudah kembali pada mood serius.
“In sya-ALLAH. Saya akan cuba bagi jawapan dalam masa terdekat ni.” Qairina tersenyum.
“Amin.” Entah dari mana Aliya muncul dan mengambil tempatnya di sisi Qairina semula.
“Eh, kau curi dengar ke?” soal Qairina.
“Dah tu, kau ajak aku datang buat apa?” Aliya membalas sambil menghirup hot chocolatenya di atas meja.
“Budak ni, kan!” Qairina mencubit kecil lengan Aliya.
“Sakitlah. Tak malu ke kat Rifqi tu?” Aliya cuba mempertahankan dirinya dari menjadi mangsa ‘ketam-ketam’ yang mula bekerja itu. Qairina tersedar dan kembali duduk dengan sopan. Rifqi hanya tersenyu melihat telatah pasangan sahabat itu. Mereka berbual kosong seketika sebelum Qairina mengajak Aliya pulang dnegan alasan mahu menyiapkan kerjanya untuk minggu depan. Malulah tu!
******************************************************************************
“Masak apa tu?” soal Aliya pada Qairina di dapur.
“Udon sup.” Qairina menjawab sambil mengacau sup di atas dapur.
“Sedapnya bau. Dah boleh kahwin dah ni.” Aliya mengusik.
“Amboi, sibuknya kawan aku yang seorang ni nak suruh aku kahwin. Yang kau tu, lama benar cuti?” Qairina membalas.
“Oh, aku ada last tour next two months sebelum aku berhenti terus. So, before that, aku boleh duduk berapa lama yang aku suka kat sini.” Aliya membuat muka.
“Banyaklah kau punya ikut suka. Visa dengan flight ticket kau macam mana?” soal Qairina semula.
“Aku cakap kat kau seminggu. Tourist visa aku sebenarnya sebulan. Aku ingat nak duduk dengan kau seminggu je. Tapi, crucial time macam ni, mana boleh aku tinggal kau sorang-sorang. Aku nak jugak tahu apa kesudahan kisah Amni Qairina dengan Rifqi Haikal ni.” Aliya masih tidak sudah-sudah mengusik temannya itu.
“Kau ni…” Ketukan di pintu mematikan perbualan antara Qairina dan Aliya. “Kau tengokkan sup aku kejap, okay?” Qairina mencapai tudungnya dan berlalu ke pintu utama.
“Kak Nina, ada orang nak jumpa akak. Dia tanya rumah akak kat mana. Kitorang takut nak bagitau so, saya cakap tak tahu.” Nadiah, salah seorang pelajar Malaysia yang tinggal berhampiran dengan rumahnya memberitahu.
“Siapa?” soal Qairina ingin tahu.
“Tak kenal. Lelaki dari dari Malaysia katanya. Firdaus bawa dia tunggu kat Yuuki sementara kitorang bagitau akak.” Nadiah menerangkan.
“Wah, ada lagi pelawat dari Malaysia?” Aliya yang baru sahaja tiba menyampuk. “Tanya tak nama dia siapa?”
“Ala, lupalah nak tanya tadi. Sorry.” Nadiah menjawab perlahan.
“Tak apa, nanti Kak Nina jumpa dia kat Yuuki. Thanks, Nad.” Qairina tersenyum sebelum Nadiah berlalu.
“Siapa, Nina?” soal Aliya ingin tahu.
“Manalah aku tahu.” Qairina menjawab malas dan menghilangkan diri ke dalam biliknya sebelum muncul semula. “Liya, teman aku nak?” ajak Qairina.
“Tak naklah aku. Sekali Rifiqi yang datang. Nak buat surprise ke?” Aliya menolak.
“Taklah, kalau Rifqi, dia nak buat surprise pun, buat apa dia nak tanya orang rumah aku kat mana, baik dia suruh je Nadiah suruh aku pergi Yuuki terus. Jomlah, Liya.” Qairina memujuk.
“Yalah, yalah. Kau ni…” Aliya juga turut bersiap sebelum mereka sama-sama keluar menuju Café Yuuki.
“Kau agak-agak siapa? Lelaki pulak tu?” Aliya bertanya sambil mereka berjalan menuju ke Café Yuuki.
“Entahlah, mungkin…” Langkah Qairina mati melihat susuk tubuh yang dikenalinya yang sedang berbual dengan Firdaus. Dia terus sahaja melangkah keluar sambil diikuti Aliya.
“Airin! We need to talk.” Lengannya ditarik secara tiba-tiba.
“Lepaslah! Saya bukan Nurin!” Qairina menrentap lengannya dari pegangan lelaki itu.
“Okay, saya minta maaf. We really need to talk.” Lelaki itu bersuara memujuk.
You come all the way to Japan just to say we need to talk? Awak ni dah betul-betul hilang akal ke?” soal Qairina dengan nada marah.
“Airin, calm down please. Saya nak buat macam mana lagi? Setahun saya cari awak lepas awak hantar notis berhenti kerja dulu tau. Please, just listen to me once.” Lelaki itu masih cuba menenangkan Qairina sambil diperhatikan oleh Aliya dan Firdaus.
Yeah, make it short, Hakim.” Qairina akhirnya mengalah. Dia melangkah dan duduk di kerusi yang disediakan di taman kecil tidak jauh dari Café Yuuki sebentar tadi.
Let’s start all over again?” Ayat itu membuatkan Qairina spontan bangkit dari duduknya.
No, thanks.” Terus sahaja dia berlalu namun lengannya sekali lagi ditarik. “Let me go, Hakim!” Qairina terasa darahnya menggelegak kala itu.
Nope. Until you gave me an exact answer.” Hakim berkeras.
“Ni jawapan kau.” Satu tumbukan singgah di wajah Hakim. Spontan lengan Qairina dilepaskan dan Hakim terduduk ke lantai. “Kau ingat aku nak berdiam diri je tengok apa yang kau dah buat pada Nina selama ni? Baliklah, Hakim. Stop doing useless things.” Aliya berdiri di sisi Qairina.
You have no right to intrude, Aliya.” Hakim bangkit dan memandang kedua-duanya.
No right? Siapa awak nak cakap fasal hak semua? You are the intruder! Awak datang sini dan cakap let’s start all over again? Just like before? And suddenly throw me away again? No, thanks.” Qairina menarik tangan Aliya dan mereka terus sahaja berlalu pergi meninggalkan Hakim sendirian di situ.
“Kau ni biar betul.” Qairina bersuara setelah agak lama kedua-duanya mendiamkan diri.
“Apa?” soal Aliya semula.
“Selamba je kau bagi penumbuk kat dia. Lebam mata dia seminggu tu.” Qairina menggeleng sendiri sambil mengeluarkan kunci rumahnya.
“Tak rugi aku belajar tae kwon do dulu. Ada jugak yang jadi mangsa aku. Hakim tu biadap! Dia ingat kawan baik aku ni murah? Dia datang lagi, tahulah aku nak ajar dia macam mana.” Aliya bersuara geram.
“Dia takkan datang lagilah.” Qairina bersuara sambil duduk di sofa.
“Mana kau tahu?” soal Aliya ingin tahu.
Knowing him for years, he wouldn’t do so.” Qairina tersenyum tanpa perisa. “Dan aku tahu dia bakal kena kejar dengan kayu pulak kayu dia datang sekali lagi.” Sempat dia berjenaka.
“Tak adanya, aku call je polis terus.” Aliya ketawa kecil. Kemudian dia mengalih pandang pada Qairina. “Tapi, dia buat apa kat sini? What happened to Nurin?
Qairina mengeluh perlahan dan mengangkat bahu tanda tidak tahu. “I don’t care, Liya. And I don’t even want to know.” Dia bangkit dan berlalu ke biliknya. Aliya juga mengeluh perlahan. Apalah yang akan jadi selepas ini agaknya?

Qairina duduk bermain dengan telefon bimbitnya di meja yang terletak di tepi tingkap. “Nina?” Satu suara menegurnya. Qairina mengangkat wajahnya dan menghadiahkan senyuman pada pemilik suara tersebut.
“Mana Aliya?”
“Saya tinggal dia kat rumah. Sebab tu saya ajak awak keluar pagi-pagi ni. Awak belum masuk kerja lagi, kan?” soal Qairina.
Rifiqi menggeleng dan mengamil tempat di hadapan Qairina. “Ada apa?” soalnya.
Qairina mengeluarkan sampul surat dan menyerahkannya pada Rifqi.
“Apa ni?” soal Rifqi.
“Nombor telefon dengan alamat parents saya dekat Malaysia. Ayah awak dengan Nisha kat Malaysia, kan sekarang? So, lagi senang nak berurusan. Saya dah bagitau ayah saya apa yang patut, so it’s your turn now.” Qairina menerangkan.
So, is it a yes?” soal Rifqi dengan senyuman lebar.
It’s up to you how you want to interpret it. Yang penting saya dah bagi jawapan, kan?” Qairina membberi jawapan ringkas.
So, inilah sebab kenapa awak tak nak balik pada saya, ya?” Satu suara tiba-tiba menyampuk perualan antara mereka.
What are you doing here, Hakim?” Qairina yang mulanya terkejut membalas marah.
“Nak tahu kenapa awak reject saya? Awak nak balas dendam pada saya, kan? Sebab saya tinggalkan awak dan pilih Nurin? Awak ni pandai betul buat lawak. Kalau ya pun awak nak bagi saya cemburu, tak payahlah pakai lelaki macam ni? Tengok pun saya dah tahu he’s nothing. At least saya dulu pilih Nurin, she’s better than you.” Hakim bersuara lantang.
“Nina, siapa ni?” soal Rifqi.
“Aku bekas tunang dia. Dia tak pernah cerita ke? Kitorang pernah bertunang dulu, tapi tak jadi kahwin. Have been a history for years.” Hakim menjawab bagi pihak Qairina.
“Oh, bekas tunang? So, apa hak kau untuk cakap yang bukan-bukan pada bakal isteri aku?” soal Rifqi lagi.
“Well, aku tinggalkan dia untuk perempuan yang lebih baik. Tapi dia tinggal aku untuk lelaki macam kau. Bakal isteri kau tu bekas tunang aku. So what?” Hakim menjawab selamba sebelum dia basah disiram air coklat suam yang berada dalam gelas yang sudah kosong di tangan Qairina.
You really need to do something about your brain, Hakim. Please back away before I do something else.” Qairina bersuara lantang.
Hakim mengesat wajahnya yang basah dengan air coklat tersebut. Nasib baik bukan air panas yang disiram oleh Qairina ke tubuhnya. “You better watch your attitude, Qairina!”
Look who’s talking. Sekali lagi awak muncul depan mata saya, saya tak akan teragak-agak untuk call polis. Remember that!” Qairina berlalu sambil diikuti oleh Rifqi. Setelah agak lama berjalan, Qairina akhirnya duduk di sebuah kerusi berhampiran.
Seketika kemudian, Rifqi muncul di situ. “Saya teman awak balik rumah?” Rifqi mempelawa.
Thanks.” Qairina menjawab sebelum bangkit dari duduknya.
Are you okay?” soal Rifqi setelah agak lama mereka menyepi.
“Saya minta maaf. Hakim tu…”
Kata-kata Qairina segera dipotong oleh Rifqi. “Saya dah tahu semuanya fasal Hakim. So, don’t bring back your bitter memory about him, okay? Kalau dia datang jumpa awak lagi, just tell me. I’ll do something about him.
“Uish, awak pasang spy ke?” soal Qairina cuba berjenaka.
“Lebih kurang. Tapi, spy ni volunteer nak cerita. Saya tolong dengar je.” Rifqi menjawab.
“Huh? Siapa? Nisha? Tapi saya tak pernah cerita apa-apa pun kat Nisha?” soal Qairina lagi.
“Bukan Nisha.” Rifqi menafikan.
“Dah tu?” soal Qairina ingin tahu.

“Tu.” Rifqi menunjuk pada Aliya yang sedang melambai mereka dari balkoni biliknya. Qairina mengerut dahi. “Awak ingat dia saja-saja ke datang bercuti kat sini?” Rifqi tersenyum kecil. “I’ll see you tomorrow. Assalamualaikum.” Rifqi terus sahaja berlalu pergi meninggalkan Qairina yang masih terpinga-pinga di situ.

bersambung...

Sunday, 21 July 2013

Ikemen Butler - Episod 3

Episod 1 | Episod 2

Qairina melangkah keluar dari keretanya. Dia memandang lama kereta Proton Waja yang diparkir bersebelahan kereta Satria Neo comel miliknya itu. macam pernah tengok kereta ni, kat mana agaknya ya?
Qairina melangkah masuk ke dalam pejabat dan meletakkan beg tangannya ke dalam laci. Dia melangkah masuk ke dalam pantri dan mencapai mugnya di rak pinggan. Dia membancuh secawan horlicks panas dan  berjalan kembali ke mejanya.
Morning, Nina!” Satu suara menegurnya. Qairina menoleh. Dalina melambai tangan ke arahnya. Qairina kembali berpatah balik ke bilik Pengurus Pemasaran syarikatnya itu. Baru sahaja dia mahu melangkah masuk, kelihatan seorang lelaki sedang asyik menaip sesuatu di komputer membelakanginya.
Morning kak Lina. Ada tamu eh?” soal Qairina di sebalik pintu.
“Taklah, ni pekerja baru. Kamu kan cuti. So akak suruh dia tolong kejap. Nanti datang bilik akak sebelum lunch eh? Dah lama kita tak lunch sekali.” Dalina bersuara di hadapan pintu. Qairina mengangguk setuju dan kembali ke mejanya.
“Kak Nina.” Adura, pembantunya muncul dnegan dua fail dan diletakkan di atas mejanya.
Morning, Dura. Banyak tak kerja minggu ni?” soal Qairina.
“Bolehlah tahan. Tapi nasib baik pekerja baru tu mantap tak ingat. Dia dah siapkan ¾. Ni yang selebihnya Kak Nina sambunglah. Dura nak kena siapkan audit untuk meeting petang ni. Yang lagi satu fail Dura belum siapkan lagi. petang ni atau esok Dura bagi kat Kak Nina. Yang tu less important untuk minggu ni.” Adura membuat laporan.
Thanks, Dura.” Qairina tersenyum.
Thanks je? Upah? Kak Nina pergi Jepun dekat dua minggu takkan tak beli apa-apa hadiah kat Dura kot?” Adura menarik muka.
“Adalah. Nanti, time lunch akak bagi. Jangan nak buat muka muncung tulah. Macam mak itik je akak tengok.” Qairina ketawa kecil. Adura juga turut ketawa.
“Okaylah akak. Dura nak pergi sambung buat kerja. Nanti kita jumpa time lunch. Jangan lupa bawa hadiah Dura.” Adura terus berlalu ke mejanya. Qairina hanya menggeleng dengan senyuman.
Qairina menyelak fail yang dibawa oleh Adura sebentar tadi. Dia memulakan kerjanya dan leka seketika. Seketika kemudian, terdengar bunyi kerusi ditarik dan laci meja ditbuka dan ditutup. Qairina menoleh ke kanan, ruang itu hanya ada mesin fotokopi. Dia menoleh pula ke kiri. Meja yang sebelum ini dihuni oleh Hafiz yang berpindah bulan lalu sudah dihuni. “Lama tak jumpa, Airin.” Nama itu membuatkan pen yang dipegangnya jatuh ke lantai.
“Hakim?” Pen yang tadinya berada di ats lantai sudah berada di dalam tangan lelaki di hadapannya itu. Pen itu diletakkan semula di atas mejanya. Dengan senyuman nipis, lelaki itu berlalu pergi menghilangkan diri semula.
Qairina menoleh ke arah meja yang dihuni oleh lelaki itu. Bingkai gambar itu, beg itu, dan telefon bimbit itu. Entah kenapa fikirannya terus sahaja menangkap segala-galanya. Qairina terus menarik laci mejanya dan mencapai tisu. Pen yang ‘disentuh’ oleh Hakim sebentar tadi dipegangnya berlapikkan tisu dan terus dibuang ke dalam tong sampah.
Jam yang tadinya dirasakan terlalu pantas bergerak seolah berundur ke belakang. Qairina seperti cacing kepanasan menunggu waktu makan tengah hari. Dia langsung tidak boleh fokus sepanjang dua jam sebelum waktu makan tengah hari tersebut.
Tepat jam 12.30 tengah hari, Qairina mencapai beg tangan dan kunci keretanya dan terus sahaja turun ke lobi. Memandangkan lobi bangunan mereka dikongsi bersama-sama beberapa pejabat yang lain, dia berdiri menunggu Dalina dan Adura di suatu sudut. Dia bermain dengan telefon bimbit bagi mengelakkan matanya bertembung dengan lelaki bernama Hakim Adli itu kerana dia pasti, matanya pasti gatal sahaja mahu mencari lelaki itu jika dia tidak menyibukkan dirinya dengan sesuatu.
“Nina!” Dalina melambai dari hadapan lif. Dan Dalina terus sahaja berlalu menarik tangannya menuju ke tempat parker kereta. Mereka masuk ke dalam kereta milik Dalina. Dalina memasang enjin dan mengunci pintu.
“Nina, akak mintak maaf.” Ayat pertama yang keluar dari bibir Dalina ketika ini.
“Bila dia mula kerja kat situ?” soal Qairina ingin tahu.
“Hujung minggu lepas. Akak baru masuk pejabat hari ni. Akak pun baru tahu waktu dia masuk betulkan komputer tadi. Akak tanya Encik Wasim, dia cakap Hakim memang minta kerja kat situ untuk gantikan Hafiz.” Dalina memberitahu.
Seketika kemudian, tingkap kereta diketuk. Dalina membuka kunci dan membiarkan Adura masuk ke tempat duduk belakang. “Kak Nina okay?” soalan pertama juga yang keluar dari bibir Adura.
“Apa Nina nak buat sekarang?” soal Dalina ingin tahu.
I’ll figure it out somehow.” Qairina mengukir senyuman pahit.
******************************************************************************
“Angah nak buat apa sampai RM5,000?” Khalif memandang tajam wajah adiknya itu. tiba-tiba sahaja Qairina datang menemuinya dan meminta pinjaman sebanyak RM5,000.
“Nak bayar pampasan.” Qairina menjawab pendek.
“Pampasan apa?” soal Khalif hairan.
“Angah tak cukup RM5,000 je lagi. Nanti Angah bayar lah balik.” Qairina bersuara tanpa menjawab soalan yang dikemukakan abangnya itu.
Tell me honestly, Amni Qairina. Pampasan apa sampai RM5,000?” soal Khalif geram.
“Kerja.” Akhirnya Qairina menjawab.
What wrong have you done?” soal Khalif lagi.
Less than one month notice.” Qairina menjawab lagi.
Why?” Khalif masih tidak berpuas hati. “Sabar jelah untuk dua minggu lagi tak boleh ke Angah?”
“Kalau Along ada kat tempat Angah, Along tahulah. You are not the one who has been dumped like a trash. It’s me, Along. Kalau tak nak tolong, cakap ajelah. Don’t just ask some silly question when you know it all.” Qairina bangkit dan berlalu ke biliknya. Pintu dihempas kuat.
Khalif melepaskan nafas dan duduk di sofa. Nasib baiklah kedua-dua ibu dan ayahnya berada di di Australia sekarang, melawat adik mereka yang sedang bercuti musim panas. “Abang…” Liyana meletakkan gelas berisi jus epal di atas meja dan mengambil tempat di sisi suaminya itu.
“Abang tak fahamlah dengan Angah tu. Dia sanggup bayar pampasan untuk berhenti kerja with less than one month notice? Lepas tu nak sambung belajar? Dia ingat sekarang nak smabung belajar boleh main petik jari je ke? Banyak duit nak kena pakai tu.” Khalif mengeluh perlahan.
“Biarlah dia, abang. Kasihan Yana tengok dia. Kalaulah Yana ada kat tempat dia, Yana pun rasanya akan buat benda yang sama, bang. Let her be, okay? Biarlah dia fikir mana baik, mana buruk. RM5,000 tu pun tak adalah banyak mana. Abang pun tahu Angah tu macam mana, kan? Biarlah dia uruskan diri dia sendiri. Bagilah masa dia bertenang okay?” Liyana memujuk suaminya itu.
Jauh di sudut hatinya, dia faham sedikit sebanyak kesakitan yang dirasai oleh adik iparnya itu. Walaupun dia tidak pernah merasai pengalaman yang sama namun dia boleh membaca kesakitan yang dirasai oleh gadis itu. Dia hanya mampu berdoa agar Qairina diberi kekuatan untuk menghadapi segala kesulitan yang mendatang.
******************************************************************************
Thanks so much, Along. Angah janji Angah akan bayar balik duit tu before next year.” Qairina memandang Khalif di hadapannya. Tanpa suara, Khalif hanya menarik adiknya itu ke dalam pelukannya.
“Jaga diri elok-elok. Kalau ikut hati Along ni, Along nak hancurkan je hidup orang yang buat adik Along macam ni. So, janji dengan Along, you’ll take care of yourself okay? Duit tu, anggaplah macam investment sementara Angah dapat kerja dan dapat sambung PhD. Kalau tak cukup cakap je. Jangan diam je kat sana tu.” Khalif memberi pesanan.
Qairina tidak dapat Manahan air matanya dari gugur. Khalif merenggangkan pelukan dan mengelap air mata adiknya itu. “Angah adik Along yang kuat, yang berani. No matter what happens, Along akan tetap support Angah. Ibu dengan ayah, Kak Long, adik-adik pun semua support Angah. Don’t lose to yourself okay? Janji dengan Along.” Qairina mengangguk dengan senyuman pahit.
“Along ni, suka buat Angah nangis.” Khalif menarik kakaknya itu ke sisinya. Qairina dan Kahlif hanya ketawa kecil. Setelah berpamitan, Qairina melangkah masuk ke ruang menunggu. Dia perlu pergi jauh dari bumi Malaysia. Destinasi pilihannya, ke Negara Matahari Terbit, membuat kursus bahasa selama enam bulan dan In sya-ALLAH jika ada rezeki menyambung pengajiannya ke peringkat doktor falsafah.
******************************************************************************
“Nina!” Elina melambai dari jauh. Qairina berlari anak menghampiri rakan yang sama-sama menghadiri kurusus bahasa Jepun bersama-samanya sejak sebulan yang lalu. Elina sudah berkahwin dan suaminya bekerja selama 3 tahun di sini. Untuk mengisi masa lapang, Elina bersetuju untuk menemaninya dan sama-sama menghadiri kursus bahasa selama enam bulan. Pinjamannya untuk menyambung pengajian sudah diluluskan dan dia sedang menanti pihak universiti untuk memberi surat tawaran dan tamat sahaja kursus bahasanya selepas enam bulan nanti, dia akan terus menyambung pengajiannya di universiti yang sama.
Mereka beriringan menuju ke kelas. Selepas kelas, suami Elina sudah bersedia menunggu memndangkan mereka sudah berjanji untuk ke rumah salah seorang rakan sepejabat suami Elina yang baru sahaja mendapat cahaya mata. Qairina pula berjalan menuju ke perpustakaan. Niatnya untuk meminjam beberapa buah buku. Sempatlah dia mengulangkaji sebelum keluar bekerja esok pagi.
Keluar sahaja dari perpustakaan, jam sudah menujukkan hampir 7.30 malam. Musim panas begini, hujan selalu turun pula. Dia pula terlupa membawa payung sebentar tadi. Hujan yang sangat lebat membuatkan Qairina berjalan menuju ke bilik belajar yang terletak di sebelah perpustakaan sementara menanti hujan reda sebelum berjalan pulang ke rumah.
Miss, you can’t wear shoes in here. Do you bring your slippers?” Satu suara menegurnya dalam bahasa Jepun. Qairina memandang gadis yang menegurnya itu, cuba untuk memahami apa yang cuba disampaikan.
Sorry, but I don’t speak Japanese.” Qairina membalas dengan senyuman nipis. Gadis itu mengangguk dan mengulang solannya dalam bahasa Inggeris.
Oh, I don’t bring my slippers.” Qairina menjawab.
I’m sorry then. You can’t wait inside here.” Gadis itu memberitahu.
I’ll just wait outside here until the rain stop.” Qairina membalas dengan senyuman. Qairina bersandar pada dinding bagi mengelakkan begnya terkena hujan. Seketika kemudian, pintu bilik tersebut dibuka semula.
Excuse me, miss. You can come in for a while.” Gadis tadi menegur semula.
But I didn’t bring any slippers.” Qairina menjawab.
It’s okay; we’ll lend you a pair of slippers. Irashaimase. (Welcome)” Gadis itu menjemput Qairina masuk. Qairina hanya menurut memandangkan hujan di luar masih belum ada tanda mahu berhenti.
Gadis itu meletakkan sepasang selipar di hadapan rak kasut dan berlalu semula ke kaunter. Qairina menukar kasutnya dan melangkah masuk ke dalam café tersebut. Café ini terletak di sisi perpustakaan yang berfungsi sebagai tempat belajar dan berehat seketika.
Qairina mengambil tempat di satu sudut di sisi dinding kaca itu. Senang dia mahu melihat kalau-kalau hujan berhenti. “Irashaimase. Can I take your order?” soal lelaki itu dalam bahasa Jepun.
One cup of coffee.” Qairina menjawab. Nasib baiklah dia sudah belajar bagaimana mahu berinteraksi jika dia ke kedai akan atau café.
Pelayan itu berlalu dan seketika kemudian, seorang lagi pelayan muncul dengan secawan kopi panas. Mungkin pengurus mereka kerana uniformnya berwarna biru manakala pelayan-pelayan sebelum ini memakai uniform berwarna putih dan hitam. “Malaysian ya?” Soalan itu membuatkan Qairina mengangkat wajah dan memandang wajah pelayan tersebut.
“Eh, Qairina? Buat apa kat sini? Tour lagi? Seorang ke?” Bertalu-talu soalan keluar sambil dia meletakkan cawan di atas meja wanita itu.
“Taklah, saya buat kursus bahasa enam bulan.” Qairina memberitahu.
“Pindah tempat kerja ke?” soal Rifqi lagi.
“Tak. Saya sambung belajar.” Qairina menerangkan.
“Oh, nasib baik jumpa kat sini. Kenapa tak bagitau nak datang? Nisha asyik bising kat rumah cakap awak dah lama tak contact dia. Rupanya dia duduk satu universiti.” Rifqi tersenyum kecil.
“Nisha belajar kat sini ke?” soal Qairina hairan. Setahunya Nisha belajar di Tokyo. Sebab itulah dia datang ke Ibaraki.
“Kitorang baru pindah dua bulan lepas. Nisha dapat sambung MA dekat sini.” Rifqi memberitahu.
“Oh, iye ke. Eh, duduklah. Kenapa berdiri je?” soal Qairina.
“Tak boleh. Waktu bekerja saya tak boleh duduk dengan customer. That’s an ethic here.” Rifqi mengingatkan Qairina.
“Oh, sorry. Lupa. Sambunglah kerja. Bila awak habis shift?” soal Qairina ingin tahu.
In 30 minutes. I’ll drive you back. Wait here, okay?” Rifqi berpesan sebelum berlalu.
Selepas 45 minit, Rifqi muncul semula tanpa uniform. Santai dengan T-shirt dan jeans. So, shall we?” ajak Rifqi.
“Kejap, saya belum bayar.” Qairina mengeluarkan dompetnya.
It’s okay. Hari ni, saya belanja.” Rifqi tersenyum kecil.
Thanks.” Qairina membalas senyuman lelaki itu. mereka menukar kasut dan berjalan menuju ke tempat letak kereta. Rifqi membuka pintu penumpang di belakang.
“Rifqi, you are not my butler today.” Qairina mengingatkan.
Oh, sorry.” Rifqi menutup semula pintu tersebut. Qairina ketawa kecil dan membuka pintu penumpang di hadapan dan masuk ke dalam ke dalam kereta.
“Dah terbiasalah tu.” Qairina menarik tali pinggang keledarnya. Rifqi hanya ketawa dan memasang enjin.
“Rumah kat mana?” soal Rifqi ingin tahu.
“Nisha ada kat rumah tak?” soalan berbalas soalan.
So, we go to our house instead?” Rifqi bertanya lagi.
“Nak tengok jugak rumah baru.” Qairina menjawab dengan senyuman nakal.
“Mestilah boleh. Mesti Nisha menjerit kejap lagi.” Rifqi mengundurkan kereta dan memandu ke jalan besar.
Not a surprise anymore. Tiap-tiap kali skype dia menjerit.” Qairina ketawa kecil.

“Okaylah macam tu.” Dan kereta tersebut terus meluncur menuju ke destinasi.

bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...