“Mai, aku tak
tahu nak cakap macam mana lagi. Aku betul-betul rasa rumah tu something. Dari hari pertama lagi aku
dah rasa pelik dengan rumah tu.” Luah Sarah pada Umairah, rakan sekerjanya.
“ Kau betul-
betul pasti ke dengan apa yang kau cakap ni? Bukan mimpi?” Tanya Umairah. Dia masih
kurang percaya dengan cerita Sarah.
“ Betul Mai, buat
apa aku tipu. Aku nampak
sendiri benda tu. Aku takut Mai.”
“ Tenang Sarah.
Mungkin kau terbawa-bawa dengan mimpi kau kot.”
“ Tak, Aku tak
mimpi Mai. Aku sedar masa tu. Dalam bilik air tu. Dia panggil aku,Mai.”
Ujar Sarah
terketar-ketar. Umairah hanya mampu memeluk Sarah sambil mengusap belakang
Sarah. Cuba menenangkan kawan yang ketakutan.
“ Kau dah
bagitahu Izham pasal ni?”
Sarah hanya
menggelengkan kepala. Menandakan dia belum memaklumkan tunangnya tentang
kewujudan ‘hantu’ di rumahnya.
“ Apakata kau
cuba bagitahu dia. Cerita
pada dia. Mungkin dia ada nasihat yang baik untuk kau?”
“ Iz tak ada kat
sini. Dia kat Dubai
sekarang. Minggu depan baru dia balik.”
“ Kalau macam tu, tak apalah Sarah, aku ada kalau kau nak
cerita apa-apa. Cuma sekarang, aku nak kau tenang, lap air mata tu dan basuh
muka.” Pujuk Umairah.
“Ermm…Mai, kau dah jumpa ke rumah yang kau cari tu?” Tanya
Sarah. Umairah yang kini tinggal bersama rakannya di Bangsar terpaksa mencari
rumah lain kerana temannya itu bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Menyewa seorang diri di bangsar memang tersa agak perit baginya.
“ Belum
lagi Sarah. Masih mencari.” Jawab Umairah sambil mengeluh.
“ Oh…hujung
bulan ni kau dah tak tinggal sana kan?”
“ Ya, tapi
aku pening ni sebab tak jumpa rumah yang sesuai lagi. Alamatnya berkhemah depan
ofis lah jawabnya.” Getus Umairah. Sarah tertawa kecil.
“ Kau
pindah duduk dengan aku sajalah. Minggu depan dah masuk bulan baru kan?” Pelawa
Sarah.
“ Pindah
duduk dengan kau?” Soal Umairah.
“ Ya,
kenapa? Takut hantu?” Usik Sarah.
“ Hahaha. Gila.
Tak adalah. Molek juga tu. Kau pun tinggal seorang kan?” Putus Umairah. Selesai
sudah masalah ‘penempatannya’.
“ Hehe. Ingatkan takut. Kalau macam tu, hujung minggu ini
aku tolong kau pindah ya?”
“ Okey. Thanks
Sarah.”
***
Sarah sedang menyidai beberapa helai baju di balkoni.
Kesibukan kerja pada waktu siang menyebabkan pada waktu malam sahaja dia
berkesempatan membasuh baju. Adat orang bujang. Selesai menyidai baju, dia
beralih ke dapur. Menyediakan makan malam. Nasi goreng menjadi pilihan kerana
mudah dan cepat.
Sedang sibuk di dapur, tiba –tiba hidung Sarah terbau bau
hanyir yang sama. Sarah kaget. Tangannya yang tadi ligat menggoreng kini
terhenti. Bau itu kuat datangnya dari arah ruang tamu. Sarah meletakkan sudip
ke tepi dan terus ke ruang tamu.
Mata Sarah
melilau memerhatikan sekeliling. Tiada apa-apa. Cuma ada, bau hanyir meloyakan
itu menusuk rongga hidung. Tidak tahan dengan bau itu, Sarah melajukan putaran
kipas ke tahap maksimum. Mengharapkan bau itu hilang.
Sarah seakan terlupa
dia sedang memasak. Bau masakan yang hangit pula menari-nari di rongga
hidungnya. Hanyir dan hangit bercampur baur. Sarah segera berlari ke arah
dapur, dan segera menutup api dapur. Selera makannya hilang. Lalu dia berlalu
ke bilik tanpa menghiraukan perut yang berkeroncong minta di isi. Seleranya
mati.
Manakala di ruang tamu, satu bayangan susuk tubuh beransur
pergi dan menghilang tanpa di sedari Sarah.
***
3.30 pagi.
Lena Sarah tampak tidak tenang. Kedengaran desah nafas
kencang yang terhembus. Sesekali badannya bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan.
Gelisah. Mimpinya kali ini tidak seperti
selalu.
Sarah melihat keadaan ruang tamu rumah bersepah-sepah,
dengan kerusi, meja yang tunggang langgang. Kelihatan satu susuk tubuh seorang
gadis pertengahan 20-an sedang ketakutan. Dan kelihatan juga satu susuk tubuh
lelaki yang tidak dikenali sedang mengejar gadis itu.
Kelihatan babak kejar-mengejar sedang berlaku. Di tangan
lelaki itu, ada sebilah kapak yang tergengam erat. Manakala gadis itu sedang
mengelakkan diri sambil membaling apa sahaja objek yang sempat dicapainya ke arah
lelaki itu. Suara jeritan si gadis dan hilai ketawa sang lelaki melatari babak
kejar-mengejar tersebut.
Ternyata, malang
memihak pada si gadis berambut pendek itu. Di hujung penjuru dinding, dia
kehilangan arah dan ruang untuk terus lari menyelamatkan diri. Si gadis
menangis ketakutan. Wajahnya pucat tak berdarah. Lelaki tak dikenali itu ketawa
mendekati si gadis. Sambil mengacah-acah kapak yang berada di tangannya. Si
gadis menjerit sambil menutup muka.
Dengan kasar, lelaki itu menarik rambut gadis itu
menyebabkan si gadis melolong kesakitan.
“ Kau nak apa dengan aku!!!?” Pekik si gadis.
“ Aku nak kau. Hahahaha.”
“ Kau nak apa
dengan aku? Kau nak duit? Aku
bagi. Tapi jangan buat aku macam ni!!!”
“ Aku tak
perlukan duit kau. Aku hanya
nakkan darah kau.”
“
Mengarut!! Lepaskan aku, orang gila!! Lepaskan!!!”
“ Hahaha.
Kau ingat senang nak lepas dari aku?”
“ Kau
binatang!! Bodoh!! Babi!! Lepaskan aku bangsat!!!”
Pang!!
Satu tamparan
kuat singgah di pipi si gadis. Kuatnya tamparan itu menyebabkan si gadis jatuh pengsan tidak sedarkan
diri. Lelaki itu mengheret si gadis lalu di dudukkan tubuh itu di atas sebuah
kerusi dan diikat. Kepala si gadis di dongakkan menghadap si lelaki.
Kelihatan tangan yang memegang kapak itu diangkat. Seakan ingin menetak si gadis yang
tidak sedarkan diri. Kapak di angkat tinggi dan di hayunkan menuju tepat ke
leher si gadis dan…
“Jangan!!!!”
Sarah tersedar dari mimpi. Babak-babak mimpi yang pelik dan
menakutkan membuatkan dia berdebar-debar. Nafasnya tercungap-cungap. Badannya
menggigil menahan takut.
Bersambung lagi.....
Baca bahagian sebelumnya
Baca bahagian sebelumnya
p/s: Maaf lama nak sambung balik. hehehe