Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Koleksi Cerita ~Kenanga Suci~. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Cerita ~Kenanga Suci~. Show all posts

Tuesday, 21 August 2012

Janji ~ Part 1



Petang itu seperti biasa, Murni berjalan menyelusuri taman permainan di kawasan perumahannya. Suasana yang redup ketika itu memberikan ketenangan kepada Murni. Sejak akhir-akhir ni, fikiran Murni agak berserabut dengan kerja di pejabat dan juga hubungannya dengan Kamal. 

Penat berjalan, Murni mengambil tempat di sebuah bangku kosong bercat putih yang menghadap sebuah tasik buatan yang sederhana besarnya. Dia hanya membuang pandangan kosong ke arah tasik tersebut. Melihat alam kadang-kadang dapat membuatkan Murni merasai ketenangan yang jarang sekali bertandang di lubuk hatinya.

.....….


Zailan menarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan matanya. Dia kemudian menghembuskan nafasnya sepenuh hati, seakan melepaskan semua beban yang bertamu di bahu. Sebaik sahaja matanya kembali dibuka, pandangan Zailan kembali tertumpu kepada seorang gadis bertudung bawal pink, berblouse dan berskirt labuh yang sedang duduk di bangku tidak jauh daripadanya. 

Sejak beberapa hari ni, Zailan perasan yang gadis itu pasti akan muncul di kawasan tasik ini setiap pukul 6 petang. Dia sendiri pun baru mula ke sini baru-baru ini sahaja. Ya, dia perlukan ketenangan. Segala masalah yang dihadapinya sudah terlalu berat rasanya untuk digalas. Sekurang-kurangnya dengan mengambil angin petang seperti ini, dapat juga memberikan sedikit ketenangan untuk meneruskan kehidupan. Dia percaya, berbicara sama alam pasti buatkan dia tenang. 

......……


Murni terasa sedikit kekok. Dia perasan lelaki yang sedang duduk di bangku berdekatan itu, sedang merenungnya. Rasanya sejak akhir-akhir ini, selalu juga dia nampak lelaki itu. Beberapa kali juga mereka berselisih ketika berjalan-jalan di kawasan tasik itu, tetapi belum pernah bertegur sapa. Murni sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan dia rasa tertarik untuk memberi perhatian pada kehadiran lelaki itu. Selalunya dia memang tidak akan ambil peduli dengan sesiapa pun di sekelilingnya. 

“Assalamualaikum…” sapaan seseorang dari belakang membuatkan Murni cepat-cepat menoleh. Dia baru tersedar lelaki yang dia perhatikan dari tadi itu kini sudah berada di belakangnya.  

“Waalaikumussalam..” Murni jawab perlahan. Lelaki itu duduk di hujung bangku tanpa meminta izin. Dua-duanya diam. Kelu. Hanya kedengaran suara riang kanak-kanak yang sedang bermain di playground bersebelahan tasik tersebut. 

‘Dia nak buat apa duduk kat sini. Bukan nak berbual pun, duduk membatu je pun. Hmm…’ Murni mula merungut dalam hati. Terasa sedikit terganggu dengan suasana ketika itu.

‘Aku buat apa pulak kat sini? Kenapa lak tiba-tiba aku boleh sampai kat sini. Duduk satu bangku dengan dia ni pulak. Adehhh..’ Zailan mati akal dengan perbuatan sendiri. Nak bangun balik, dah terasa segan. Lama mereka diam. Hanya membuang pandang ke tasik di depan.

“Saya balik dulu. Kbai.” Tiba-tiba tanpa diduga, Murni terus bangun dan melangkah pergi dari situ laju-laju. 

“Errr.. awak.. jap.. tunggu jap…” Sekelip mata Murni sudah hilang dari pandangannya. Zailan mengeluh lemah. Menyesal sebab mendiamkan diri dari tadi. 

........

bersambung...


Sunday, 1 July 2012

Selamat Ulang Tahun Cinderella



Amy tersenyum. Nampak jelas sekali lesung pipit di pipinya. Manis. Itulah yang selalu dia dengar bila ada yang sebut pasal lesung pipit. Bahagia? Sepi? Sedih? Tiada satu pun perkataan yang dapat menggambarkan perasaan Amy ketika ini. Kosong... Itu yang terasa. Alaaa... Kosong seperti katanya Najwa Latif di dalam lagu Kosongnya itu. Tapi kosong Amy, kosong yang lain barangkali. Kosong dalam mencari sang Putera buat Cinderella. 

Ombak bertalu-talu memukul pantai. Amy masih kaku berdiri di pinggir air. Skirt labuhnya yang berwarna merah basah sedikit di hujung. Sementara tangan kiri diam memegang wedges berwarna putih kesayangannya. Hari ini, Amy di sini untuk mengucapkan selamat tinggal 24. Dalam gelap mencari terang, 25 telah menjengah Amy. Apa boleh buat, masa tidak kan pernah menunggu kita. Amy pasrah. Moga angka 25 akan bawa seribu makna buat Amy. 

Senyum. Bermonolog sendirian buat Amy tenang. Entah kenapa kebelakangan ini, Amy seperti takut untuk keluar dari dunia sendiri. Semakin dia menyepi, semakin dia menyendiri, semakin takut untuk keluar tonjolkan diri di dunia luar. Mungkin pengalaman yang menyakitkan buat Amy lebih berhati-hati. Tapi mungkin juga ini fobia namanya. Dulu, dia autophobia, tapi sekarang sudah bertukar menjadi demophobia, nasib baik bukan androphobia. Itu bahaya.

Hari ini, hari yang kau tunggu
Bertambah satu tahun, usiamu,
Bahagialah slalu

Yang kuberi, bukan jam dan cincin
Bukan seikat bunga, atau puisi,
Juga kalung hati

Maaf, bukannya pelit,
Atau nggak mau bermodal dikit
Yang ingin aku, beri padamu
Do'a s'tulus hati ...

Smoga Tuhan, melindungi kamu
Serta tercapai semua angan dan cita citamu
Mudah mudahan diberi umur panjang
Sehat selama lamanya..


Senyum lagi. Nyanyian untuk diri sendiri. Terkumat kamit si Cinderella nyanyikan lagu itu untuk dirinya sendiri. Mahu menantikan sang Putera, yang entah di dunia sebelah mana nyanyikan untuknya, entah bila akan tercapai. Pasrah. Tanggungjawab telah mengikatnya dari kepentingan sendiri. Mungkin ini yang terbaik dalam proses membalut luka yang pernah berdarah suatu masa dulu. 24 banyak mengajar Amy erti ketabahan. Kesakitan buat Amy semakin tegar. Alhamdulillah, dia berjaya tempuhi. 

Hidup ini terlalu banyak pilihan yang perlu kita pilih. Betul atau salah pilihan kita, semuanya punya makna tersendiri. Punya sebab tersendiri. Amy tetap merasakan setiap kesilapan dalam pilihannya selama ini suatu anugerah yang sangat bernilai. Dari satu kesilapan memilih, banyak pengajaran yang diperolehi. Kesilapan demi kesilapan mengajarnya membuat pilihan yang lebih tepat. Walau hanya Tuhan yang tahu jawapan di sebalik setiap pilihan itu.

Mentari jingga semakin menampakkan diri. Sudah lama rupanya Amy di situ. Asyik bermonolog sendirian hingga lupa sang sahabat di sisi. "Ayuh kita pulang..." perlahan tangan Amy digenggam menyelusuri senja merah. Amy menoleh ke kanan sambil tersenyum. Hadiah buat sahabat yang setia di sisi. Yang hanya dia dapat merasa kehadirannya tetapi tidak bagi manusia di sekeliling. 



Androphobia : Fobia pada lelaki
Autophobia : Fobia keseorangan
Demophobia : Fobia pada orang ramai  

 

Monday, 16 January 2012

Mutiara Aisyah (I) ~


Qaisara meraup mukanya berkali-kali. Peluh dingin membasahi tubuh. Aneh. Masakan tidak, dia sekarang berada di tepi pantai yang anginnya mengalun lembut. Cukup mendinginkan suasana malam yang disinari sang bulan indah itu. Tapi kenapa dia berpeluh pula, seakan di bawah panahan mentari yang terik. 

“Ahhhh!” rimas! Dia mula mengatur langkah ke persisiran pantai. Suasana yang gelap itu sedikit pun tidak menakutkannya. Berjalan di gigi air, lebih menenangkan. Fikirannya berkecamuk. Jiwanya seakan kosong. Mati. 

‘Apa aku nak buat ni? Bosannya. Itulah, tadi Laila nak temankan, aku tak bagi. Hmm… pelik, takde orang la pulak kat sini.’ Ngomel Qaisara sendirian. Dari kejauhan dia seakan ternampak suatu objek berwarna putih di hujung pantai sana. Berdekatan sebuah teluk kecil. Tanpa disedari, kakinya terus melangkah ke arah objek tersebut. Semakin lama, makin laju rentak kakinya. 

Apabila semakin hampir, kelihatan satu susuk tubuh seakan seorang wanita. Qaisara memberanikan diri menghampiri objek itu. Makin lama semakin hilang dari pandangannya. ‘Aik? Tadi macam ada orang, tapi bila dah dekat hilanglah pula. Hmm… perasaan aku je kot.’ Lantas dia terus berpusing untuk melangkah pulang ke chaletnya. 

“Subhanallah!!!” Qaisara membutangkan matanya. Betul-betul di belakangnya, seorang wanita sedang tersenyum manis. Berjubah putih dan bertudung litup. Jubahnya mengalun lembut dimainkan angin malam. 

“Assalamualaikum.” Sapa wanita itu. Qaisara terdiam. Masih terkejut. Bermain-main di fikirannya, siapa wanita yang tiba-tiba muncul itu. Sekali lagi wanita itu memberi salam dan menghampiri Qaisara dengan lebih dekat lagi. Kali ini jelas kelihatan wajahnya disinari rembulan yang mengambang penuh malam itu. Manis ayu sekali wajah wanita yang sedang tersenyum di depan Qaisara.

“Jangan takut, akak bukan nak apa-apakan adik. Akak cuma nak berkenalan dengan adik je. Dari tadi lagi akak perhatikan adik kat hujung sana tu.” Sapa wanita itu sambil menunding ke arah tempat Qaisara bersantai tadi.

“Nama akak, Aisyah. Nama adik?” ramah dia sambil menghulurkan tangan pada Qaisara. Qaisara menyambutnya pelan-pelan. Lembut tangan kak Aisyah digenggamannya. Rasa dingin sekali tanggan itu. “Nama saya Qaisara, panggil je Sara.” dia memberanikan diri bersuara.

"Adik sorang je ke? tak takut ke, dah lewat malam merayau sorang-sorang tepi pantai ni?" laju kak Aisyah bertanya. 'Aik, dia tanya aku pulak. Yang dia tu buat apa pulak tengah-tengah malam ni sorang-sorang kat sini. Ntah-ntah....' Gulpp! Qaisara menelan air liur. Tiba-tiba rasa berdebar-debar jantung bila memikirkan yang kemungkinan kak Aisyah tu..... 

"Hahhahaha... adik takut kat akak ye. Janganlah takut. Setiap makhluk tu kan ciptaan Allah. Jadi, yang patut ditakuti adalah DIA." Seakan-akan dapat membaca fikiran Qaisara, kak Aisyah tergelak kecil. "Hehehe... manalah tahu. Kot-kot la..." Qaisara tersengih lebar. Malu pula rasanya pada kak Aisyah sebab fikir yang bukan-bukan. 

"Jom kita duduk kat batu tu. Boleh bual-bual dulu." ajak kak Aisyah. Qaisara terus mengikut kak Aisyah dari belakang. Mereka duduk di atas sebuah batu yang agak besar di teluk itu. Sambil mengambil angin malam. Kaki mereka basah dipukul manja oleh ombak yang datang sekali sekala. Terketar-ketar Qaisara menahan kedinginan air laut malam. Dijelingnya kak Aisyah di tepi yang kelihatan tenang mengocak kaki dalam air, seakan sudah sebati dengan dirinya. 

Suasana diam sepi. Memberi laluan ombak mengalunkan lagu damai. Sedangkan Qaisara semakin gelisah. Terasa seakan ada yang sedang memerhatikan mereka berdua. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang...

......................................................................................................................................................

Bersambung~

Wednesday, 2 November 2011

Kerana mimpi itu~


Dahlia tersentak. Terus bangun lalu duduk kaku di tempat pembaringannya tadi. Aneh. Dadanya berombak kencang sekali. Apa yang terjadi tadi? Dibelek dirinya yang masih bertelekung putih itu di tikar sejadah. Pipinya masih basah berlinangan air mata. 
.................................................................................................

Intan kejut Dahlia perlahan. Dahlia tersentak sedikit lalu tersedar.

“Eh, kat mana aku ni?”

Tiada bait kata yang terlontar, hanya desis hati kecilnya. Melihat sekeliling. Majlis apakah ini? Kelihatan semua sedang khusyuk seperti sedang mendengar suatu tazkirah. Dahlia masih kaget. Matanya semakin meliar memerhati ke sana ke mari. Apa yang dicarinya pun, dia sendiri tidak pasti.

Tiba-tiba, matanya tertumpu pada lelaki misteri itu. Sedang berada di saf hadapan sekali. Lelaki itu tidak perasan yang Dahlia sedang asyik memerhatikannya. Dalam tidak sedar, Dahlia sudah mula mengesot untuk ke saf lebih depan. Sepertinya dia, mahu mendekati lelaki itu. Semakin dekat, wajah lelaki itu semakin ketara sekali. Wajah yang sangat dirinduinya. Tapi tidak mampu didekatinya.

Dahlia nekad. Malam ini, dia harus berusaha sampai berdepan dengan lelaki idamannya itu dan luahkan apa yang dia rasa selama ini. “Mesti!” bisik hati Dahlia. Sedar tak sedar, dia sekarang sudah berada di belakang saf lelaki itu duduk. 

Belum pun sempat dahlia menegurnya. Majlis sudah bersurai. Semua hadirin dijemput untuk menjamu selera di ruang makan. Lelaki itu semakin hilang dalam orang ramai yang sedang bergerak ketika itu. Dahlia cepat-cepat mengekorinya laju-laju dari belakang. Mulutnya seakan terkunci untuk memanggil lelaki itu. Kelihatan dia bersama jemaah lain sedang makan sambil berbual-bual. Dahlia berdiam di sudut, memerhati, takut hilang lagi.

Kelihatan lelaki itu bergegas keluar seusai menjamu selera. Dahlia membelah keramaian itu lalu mengejarnya dari belakang. Walaupun lelaki itu tenang saja langkahnya. Aneh. Dahlia tetap tidak dapat menggapainya jua. 

Sesampai di luar, Dahlia terkaku di pagar. Matanya tertancap pada seorang wanita yang sangat dikenalinya. Melalui penampilan wanita itu, Dahlia sudah dapat mengagak siapa dia. Kelihatan gembira sekali wanita itu sedang bermain bersama tiga orang anak kecil. Tertanya hati Dahlia, siapa anak-anak kecil itu? Mungkin juga anak-anaknya. 

Lelaki itu muncul kembali di hadapan Dahlia, lalu menuju ke arah wanita dan kanak-kanak comel itu. Mereka sama-sama beredar dari tempat itu. Dahlia terdiam. Inikah sebabnya kenapa sedari tadi, Dahlia tetap gagal berhadapan dengan lelaki itu. 

Apakah yang tertulis di sebalik yang berlaku itu? Apa yang mahu DIA tunjukkan pada Dahlia? Menitis air mata Dahlia laju, mengiringi langkah-langkah mereka yang sedang beredar pergi itu.

...............................................................................

Sedang dalam keadaan termanggu lagi, tiba-tiba, bunyi mesej baru masuk. Dahlia cepat-cepat mencapai telefon bimbitnya. Ditekannya punat ‘baca’. 

“Salam. Awak ok tak ni? Tadi saya mesej awak, awak tak reply-reply. Saya risau. Awak ok tak ni?”

“W’salam. Saya ok. Cuma ngah terkejut lagi. Tadi lepas solat saya tertidur, saya mimpi sesuatu. Saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Mimpi tu lain sangat. Saya rasa tak sedap hati. Awak ok? Awak kat mana ni?” laju Dahlia membalas.

“Saya ok je. Emm… mimpi je tu, mainan tidur je. Tak de pape lah. Awak jangan fikir bukan-bukan ye. Saya baru balik ni. Tadi saya pergi majlis kuliah agama kat masjid. Ada jamuan makan lepas kuliah. Sebab-tu lewat sikit balik.” 

Balasan mesej si dia mengejutkan Dahlia. Dadanya kembali berombak. Adakah itu suatu kebetulan? Atau punya maksud yang tersirat? Dahlia mohon Allah tunjukkan dia jalan~ 

                                                                   

Monday, 29 August 2011

Senggugut~

Aireen mengeluh panjang. Kesakitan makin tak tertahankan. Berdenyut-denyut uterusnya. Semakin lama semakin kuat denyutan itu, seakan ada tangan kasar yang sedang memerah kejam rahimnya. Dia kini sudah mula meraung kuat. 

Matanya meliar mencari si suami di mana.  “Abang, tolong Reen, sakit sangat ni… dah tak tahan rasa ni… tolong reen, abang…” menjerit meraung panggil suaminya. Matanya sudah mula kabur seakan ingin pitam. Dalam samar lampu tidur di biliknya, Aireen nampak suaminya tergesa-gesa datang berlari ke arahnya. 

“Ya Allah… kenapa ni sayang? “ tanya Azim cemas. Kelihatan isterinya sudah merekot di lantai, mengerang kuat. Tubuh Aireen berpeluh basah sekali, menggeletar menahan kesakitan yang semakin menggila. Azim mengangkat Aireen ke atas katil. 

Setiap bulan begitulah keadaan isterinya. Tapi kali ini tampak lebih dahsyat. Sudah diberikan ubat tahan sakit, namun seakan tiada kesan juga. Kasihan melihat isterinya itu, lantas Azim  bangun menuju ke dapur. Diambilnya pisau, kain buruk dan Clorox

“Tahan sikit ye sayang… abang nak cuci uterus sayang ni… biar darah tu keluar semua sekali… lepas ni dah tak sakit lagi la… tahan ye sayang… sikit je ni… tak sakit sangat pun…” Azim mengusap lembut ubun-ubun isterinya sambil mencium dahi Aireen dengan penuh kasih sayang.

Azim membuka baju Aireen yang sudah terkulai lemah menahan kesakitan. Perlahan-lahan diambil pisau tadi lalu membelah perut isterinya. Darah memancut keluar. Aireen tersentap, lalu meraung kesakitan. “Sabar ye sayang… jangan nangis ye sayang… sikit je ni…” Azim tersenyum memujuk isterinya. Tangannya ligat mengorek keluar rahim isterinya. Aireen sudah mengelupur lemah. Sudah tak berdaya menahan kesakitan itu.

Setelah ditarik keluar uterus itu, Azim membelahnya lalu menuangkan Clorox dan mengelap darah-darah pekat itu dengan kain buruk. Dicucinya dengan lembut sekali supaya isterinya tidak sakit. Ternyata Clorox itu berjaya meluruhkan dinding uterus itu hingga bersih. Jadi esok pasti isterinya tidak sakit lagi seperti tadi, fikir Azim. Azim memanggungkan kepala melihat isterinya yang sudah tertidur barangkali.

Rahim itu dimasukkan kembali setelah siap dibersihkan darahnya. Kemudian Azim menjahit kembali perut isterinya yang dibelahnya tadi dengan menggunakan jarum dan tali tangsi. Diusapnya kepala Aireen lembut sambil tersenyum gembira kerana dapat menolong isteri kesayangannya. Tapi tubuh Aireen diam kaku, tiada tidak balas. 

“Sayang letih ya… rehat ye sayang… rahim sayang tu dah dibersihkan dah untuk bulan ni… nanti next month abang bersihkan lagi macam ni ok… kalau macam ni… kejap je la kan sakitnya… sian sayang dari semalam abang tengok sakit teruk sangat… abang dah tak sanggup tengok lagi dah…” Azim mencium lembut dahi dan pipi isterinya.

“Sayang nak tau tak… sakit ni akan membasuh dosa-dosa sayang yang dulu-dulu tu tau… sebab tu kena tahan sikit… moga terampun dosa-dosa lalu… sayang kuat kan?” Didodoikan isterinya sambil memujuk lembut. Beberapa ketika kemudian, Azim turut terlelap kerana keletihan di samping Aireen yang sudah keras kaku tidak bernyawa lagi.

Wednesday, 10 August 2011

Warkah buat gadisku~ [sambungan...]

13 Julai 2010~
Seawal 7 pagi aku sudah nampak kelibatmu bersama ibu... datang dengan wajah penuh pengharapan... malangnya... aku, masih seperti semalam... kaku kejang di tilam empuk itu... gerakkan satu jari pun aku tak mampu... dari balik tubir mata yang tertutup... aku lihat kamu... menahan tangis walau dalam jiwa menggila raungnya... kamu tak mahu aku lihat kamu menangis ya sayang... maafkan aku sayang... buat jiwa kamu sakit begini...

Tatkala mentari semakin terik... kamu kembali lagi bersama ibu... tidak puas ya kalian menjenggukku... aku ternampak doktor sedang berbicara sama ibu... katanya semalam aku sudah terjaga dari bius... tapi aku mengamuk kata mereka... seakan orang gila... mahu mencabut semua wayar di badan... sungguh aku tidak sedar sayang... apa benar kata mereka... aku kah yang meraung itu... cuma yang aku sedar... seakan ada kaca-kaca tajam yang menyucuk dalam darah yang mengalir di tubuhku... seakan bisa yang amat memeritkan... kenapa dengan aku ini sayang... tolong aku... keluarkan aku dari sini... aku takut...

16 Julai 2010~
Sudah beberapa hari aku tak nampak kelibat kamu, sayang... hanya kelihatan ibu dan adik yang melawat aku tiap hari... kamu ke mana... sudah jemukah dengan aku yang terlantar ini... aku faham jika aku jadi beban kamu... maafkan aku sayang...

Hatiku berbunga ceria kembali petang ini... kelihatan kamu ayu berbaju kurung peach masuk ke kamarku... kamu dah datang ya sayang... aku tahu kamu sibuk beberapa hari lepas... lagipun bukan mudah ulang alik dari utara ke selatan bukan... aku bebankan kamu gadisku...

Petang itu juga aku lihat semakin ramai yang mengunjungiku... teman-teman di kantor... juga saudara maraku... mereka semua seakan pelik dengan penyakitku... doktor sahkan demam panasku sudah turun suhunya... tapi kenapa dada aku sesak... tidak boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat-alat itu... doktor juga seakan binggung akan sakitku... 

17 Julai 2010~
Hari ini hari sabtu... kamu dan ibu setia menemaniku tiba setiap waktu lawatan... dan semakin ramai yang datang menziarah... aku kaget pabila terdengar doktor nyatakan pada ibu... aku mungkin sudah tak punya harapan lagi... mereka tidak dapat mengesan sebarang penyakit... tapi aku masih begini... aku takut sayang... aku tak mahu mati... aku nak bangun... aku nak impian kita untuk bina ikatan December ini jadi kenyataan... kamu akan tunggu aku kan sayang... kamu janji ya... jangan pernah tinggalkan aku... aku cuba bangun... aku cuba sembuh kembali... setiap detik aku minta pada-Nya... beri aku peluang bersama kamu di dunia ini... 

18 Julai 2010~
Tarikh ini paling bermakna bukan sayang... sehabis daya aku mencuba... akhirnya aku mampu membuka mataku melihat wajahmu yang aku rindu... aku tahu kamu bahagia sekali waktu itu... kamu tersenyum sambil mata berkaca... kamu berpura-pura tabah lagi ya... tak mahu lepaskan sakit itu... aku tak sanggup lihat kamu begitu sayang... air mataku mengalir laju... ibu sudah keluar tinggalkan kita... akhirnya dalam tahan aku lihat mengalir juga air jernih dari kelopak ayu kamu... lepaskan sayang... aku tak mengapa... 

Kamu bisikkan kata-kata buat aku kuat... maafkan aku tak mampu balas setiap patahmu itu sayang... hanya mata yang mampu aku gerakkan... kamu seakan makin yakin aku akan kembali pulih esok hari... semangat kamu sudah kembali aku lihat... aku bersyukur pada Tuhan... bagi aku peluang menatap kamu... walau mungkin terakhir kalinya... kita hanya perancang saja... semua atas kuasa-Nya... kamu tahu kan sayang... DIA yang berkuasa...

Saat kamu mahu pulang... entah kenapa... berat sangat rasa untuk lepaskan kamu pergi... jiwa seakan memberontak... mahu kamu setia di sini... temani aku bersama ibu... tapi kamu terpaksa pergi untuk melunaskan hal di kantormu... tanggan kamu aku genggam kuat tak mahu lepaskan... ibu membujukku... satu demi satu jari aku ditarik dari pegangan tanganmu... kamu hanya diam membisu dalam alir laju yang mengalir... ibu turut menangis aku lihat... aku hantar kamu dengan tubir mataku yang bakal tertutup kembali... 

23 Julai 2010~
Sudah seminggu aku hidup seakan mayat... tiada lagi tindak balas apa-apa... seakan jiwa sudah mati... sakitnya sendiri sudah tak mampu aku tanggung... mungkin dah semakin hampir masanya... aku sendiri sudah tak pasti bagaimana... mereka sudah pindahkan aku ke kamar lain... katanya aku sudah stabil... kalut benar aku lihat kamu dan ibu mencariku... rupanya mereka tak maklumkan ibu aku sudah dipindahkan... kasihan kalian runsing bila aku tiada di tempat biasa... aku lihat kamu dan ibu menangis...

Tengah hari itu aku seperti biasa... masih terbaring seakan sudah berpisah jasad dan nyawa... doktor datang ambil darah aku untuk diuji... dia terangkan sama kamu dan ibu... aku sudah stabil... sebab tu aku dipindahkan ke sini... ibu memprotes... masakan aku yang semakin lemah ini dikatakan stabil... sabar ya ibu... aku faham... mereka sudah hilang harapan... kata-kata itu sekadar mahu menyenangkan hati kamu dan ibu... kamu terdiam sambil mengelap air liur aku yang semakin banyak meleleh di leher... pekat darah menghiasi lelehan itu...

Sore itu... serasa semakin di hujung nyawa... aku sudah tak mampu bertahan lagi... kulihat... nurse dan doktor semuanya sudah semakin kalut merawat aku... mereka segera menelefon ibu supaya datang dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan... aku menangis... aku meraung... aku takut sayang... masa aku semakin hampirkah... 

Aku lihat kamu dan ibu berlarian menuju ke kamarku... ibu sudah meraung-raung... kamu hanya terdiam sambil mata lebat dihujani air mata... nurse menahan kalian dari masuk lihat aku... setelah beberapa ketika... kalian dibenarkan masuk... aku lihat adikku juga sudah tiba... bersama kaum keluarga yang lain serta sahabat handai... semua sudah berkumpul ya... aku semakin menyerah...

Masing-masing membisikkan kata-kata semangat supaya aku bertahan... kalimah syahadah dibisikkan di telingaku... kamu... aku lihat terdampar di sudut kamar... memegang kitab suci sambil berulang kali Yassin kamu bacakan... monitor di skrin sudah semakin parah... naik turun dan semakin menurun rentaknya... semua makin gelisah... mereka panggil kamu dekati aku... supaya kamu bisikkan kata peransang agar aku melawan kembali... kamu datang tapi diam... menahan deraian air mata... cuma satu yang aku dengar...  

"Aku sayangkan kamu... jika kamu mahu pergi... aku relakan..." aku tahu... kamu sakit lihat aku melawan penderitaan ini... aku cuba bertahan... demi kamu sayang... demi ibu dan adik... seketika kemudian... aku kembali stabil... semua beransur pulang... ibu sudah terdampar sepi di lantai rumah sakit ini... adik ke bilik solat memohon pada-Nya... kamu setia di sisi aku membacakan Yassin... 


24 Julai 2010
Jam 12.30 pagi itu... kamu kelihatan begitu keletihan sekali... meletakkan kepala di birai katilku... kamu penat ya sayang... rehatlah... aku juga mahu berehat... aku sudah penat... aku sudah letih... izinkan aku berehat ya sayang...

Entah dari mana tenaga yang aku dapat... aku mampu letakkan tangan atas kepalamu sayang walau mata masih tertutup kejap... ingin aku belai namun tiada tenaga lagi... kamu seakan terkejut lantas terus terjaga... mendongak ke muka ku... dan serentak itu... bunyi monitor itu berkumandang tak berhenti lagi... selamat tinggal sayang~ aku pergi dulu... Tuhan sudah panggil aku temu DIA... 

Kamu berlari keluar menjerit memanggil doktor... mereka pinta kamu dan ibu keluar... aku lihat ibu sudah seakan tidak berdaya lagi... akhirnya doktor pinta pada ibu untuk cabut bantuan pernafasanku... katanya aku sudah tiada harapan lagi... dalam kepayahan ibu redha... terima kasih ibu... terima kasih sayang... relakan aku pergi dulu... 

Mereka panggil kamu, ibu dan adik masuk lihat aku buat terakhir kalinya... aku lihat ibu terdiam kaku... adik menangis melepas hiba... kamu pula... menangis... tersenyum... lalu ketawa... kamu panggil aku... kamu henjut tubuh kaku aku... kamu ingat aku hanya berpura-pura... kamu seakan sudah hilang warasnya... semua menangis lihat kamu sayang... akhirnya... kamu terjelepuk di lantai... mengalah pada takdir... mengakui aku sudah tiada lagi... maafkan aku sayang... aku sakiti kamu... ini yang terakhir kalinya... aku janji...

Terima kasih sayang untuk segalanya... untuk kasih sayang ini... untuk kesetiaan ini... relakan aku pergi... lapangkan hatimu sayang... izinkan aku bawa cinta kita ke daerah sana... ingat lagi janji aku? Kamu adalah cinta terakhirku... biarpun aku bukan cinta terakhirmu sayang... aku genggam janji ini... ke alam sana... alam yang baru... aku lihat kamu dari sana ya... kamu senyum dan terus melangkah ya sayang... Aku sayang kamu selamanya~



..................................................................................................

Kau yang tlah pergi
Saat-saat terakhir
Ku teringat dengan mu
Yang terbayang kini

Dalam genggaman tanganmu
Dalam dekapan tubuhmu
Kurasakan saat-saat bersamamu

Hanya tangis diri
Tak tertahankan
Tetesan air mata yang jatuh
Saat engkau pergi

Dalam isak tangismu
Dalam desak nafasmu
Besamamu, tinggal sebuah kenangan

Kau tlah pergi
Tinggalkan maaf yang tak terucap
Dan takkan kembali
Tersimpan kini janjiku di hati

Kau yang tlah pergi
Saat-saat yang terindah
Kurasa takkan pernah ada lagi
Hanya tatapan matamu

Hanya senyuman manismu
Di wajahmu
Yang tak akan terlupakan



Gadis itu mengesat air matanya yang berjuraian ketika membaca warkah itu sambil diiringi lagu kumpulan Caffein... entah dari mana surat itu melayang tadi... menapak di anjung rumah... kamu kirim dari sana ya sayang... bisik hati si gadis tersenyum... menikmati indah malam... renung langit yang gelap dihiasi bulan bintang... angin lembut menyapa pipi si gadis menyampaikan salam kekasihnya yang jauh di sana... di alam yang baru...

"Buat apa tu...? Mari masuk... dah lewat ni... nanti sakit pula..." sapa ibu di balik pintu... 

"Ye bu... jap lagi saya masuk..." gadis itu membalas lembut... ibumu kini sudah jadi ibuku sayang... aku sebagai ganti kamu... ibu masih punya dua anak seperti dulu... aku janji... akan jaga ibu... sampai bila-bila... bisik gadis dalam hati~

Ketika bangun hendak masuk ke rumah... gadis lihat warkah itu sudah melayang kembali ke langit ditelan pekat malam~

"Selamat tinggal sayangku... aku akan bahagia selalu... ini janjiku~" tersenyum.


The End~



Sunday, 7 August 2011

Warkah buat gadisku~



Tatkala kamu membaca warkah ini... aku sudah pasti tiada lagi di sisimu... menemani hari-harimu biar indah ceria... hanya kenangan masa lalu yang dapat aku sisipkan dalam memorimu... moga kamu akan selalu gagah terus melangkah sayangku~

Aku tidak pasti saat ini kamu masih ingat atau tidak saat-saat getir itu... saat aku bertarung nyawa... antara hidup dan mati... saat kamu bermatian menangisi aku... memohon pada-Nya agar digantikan aku dengan nyawa kamu...


9 Julai 2010~
Kamu ingat tarikh ini? Tarikh keramat bagi aku... kerna itulah saat terakhir aku berbicara sama kamu... hari itu sepatutnya kita ketemu untuk meraikan hari lahirmu... namun... hari itu juga aku diserang penyakit aneh yang amat memeritkan... maafkan aku sayang kerna memungkiri janji... bukan tidak mahu kamu melihatku... tapi aku tak sanggup biarkan kamu risau akan aku...

10 Julai 2010~
Aku tahu kamu risau amat hari ini... Semua pesanan ringkas dan pangilanmu tidak diendahkan... maafkan aku sayang... aku sudah tidak berdaya lagi hari ini... kepala berat sekali terasa... badan semakin lemah... panasnya juga sudah melebihi batas manusia normal... mulutku sudah tidak mampu mengukir kata buat sesiapa pun... sakit sayang... terlalu...

11 Julai 2010~
Ketika dalam ambulans menuju ke hospital... aku dapat dengar suara adikku berbicara sama kamu di corong telefon itu... dapat ku agak betapa risaunya kamu akan keadaanku... yang selama ini cukup kebal dari segala penyakit... maafkan aku sayang... kuasa Tuhan mana bisa aku menyangkalnya... nanti jika aku sudah sembuh... aku janji akan jaga diri sehabis baik untukmu... sabar ya...

12 Julai 2010~
Pagi itu aku menanti kamu di sebalik berseliratnya wayar di tubuhku... Ibu cakap kamu pasti datang hari ini... maafkan aku sayang, menyusahkan kamu dari jauh ke mari... tiba-tiba aku lihat kamu muncul di balik cermin kaca di luar kamarku... kamu dah datang ya sayang... eh, kenapa mak cik guard tu temani kamu... ohh... aku lupa... ICU ini tidak boleh masuk jika bukan waktu lawatan... mata kamu merah membengkak... pasti kamu memohon ihsan mak cik itu untuk melihatku bukan... 

maafkan aku sayang... kerna tidak dapat membuka mata untuk melihat kamu... mereka suntik aku dengan ubat tidur yang tinggi dosnya... kata mereka... jika aku sedar... aku pasti akan mengamuk seakan orang gila... kenapa dengan aku ni sayang... kenapa sampai jadi macam ni... apa sakitku ini... aku takut sayang... aku takut keseorangan di sini... aku tak boleh bernafas sendiri... dadaku juga sesak sekali... jika dibuang tiub ini... sudah pasti aku tak bernyawa lagi...

Hari itu... setiap waktu lawatan kamu datang lawat aku bersama ibu... kamu bercakap dengan aku... maafkan aku sayang... tidak mampu membalas setiap katamu... tiub yang tersumbat ke dalam tekak ini tidak memungkin aku berbicara sama kamu... mata aku juga tidak mampu dibuka... jasad aku masih terdampar sepi tanpa sedikit pun gerakan... 

Kamu pulang dengan harapan aku akan tersedar esok hari... 

Bersambung...


Friday, 8 July 2011

~Bunga-bunga Cinta~

"Hmm... penatnye..." keluh Alisya setibanya di bilik. Laptop terus dihidupkan sebaik sahaja beg  sandangnya disangkut. "Aik... balik-balik terus ngadap laptop nampak..." tegur teman sebilik Alisya, Nana. Dia hanya diam, malas menjawab. Kebelakangan ini Nana selalu perhatikan Alisya banyak menghabiskan masa meneroka alam maya. Hampir semua laman diterokanya. 'Facebook', 'Twitter', termasuklah ber'blog' saban hari. 

"Bosannya..." keluh Alisya berat, lantas bangun menuju ke tandas untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar. Nana menggeleng-geleng kepala melihat keletah sahabatnya itu. Begitulah keadaan Alisya setiap hari sejak ditinggalkan kekasihnya beberapa bulan yang lalu. Hidup hanya menghadap alam maya, siang dan malam. Nana risaukan Alisya, tapi Alisya tetap dengan hidupnya yang begitu, seakan dia tidak berpijak di alam nyata. 

...............................................................................................................................................................

Malam itu seperti biasa, Alisya melayan facebook, laman sosial yang semakin diminati ramai itu. Bergurau senda dengan rakan-rakan mayanya dengan gembira sekali. Tiba-tiba, ada satu 'notification' menandakan ada mesej baru yang masuk. Teruja Alisya membukanya, jarang sekali dia dapat mesej di facebook.

'Hai sayang musyuk-musyuk! Hehe... ngah watpe tu?'. erkk... terkejut Alisya. Sapa pulak la ni yang sesedap oren bersayang-sayang dengan dia ni. Alisya tidak terus membalas  mesej tersebut. Dia terus membuka wall  penghantar mesej tu lalu meneroka setiap inci facebooknya. Rasanya dia tidak pernah lihat facebook itu sebelum ni. Mungkin kawan-kawan daripada blog agaknya. Memang menjadi kebiasaan dia akan accept siapa saja yang add friend dengannya. 

'Err...ni sape ye?'... tidak lama kemudian si penghantar laju membalas, 'hehe... saya kawan blog awak... mungkin awak tak perasan kot... saya selalu baca blog awak... :) '... 'Ooo... sori-sori, saya tak perasan tadi...hehe...' tersenyum Alisya di depan laptopnya. 

Bermula malam itu, Alisya selalu berhubung dengan 'lelaki misteri' itu. Digelar lelaki itu begitu kerana identitinya tidak diketahui sama ada di facebook mahupun di blog. Lelaki itu kejap menyimpan rahsia siapa dia yang sebenarnya. Alisya juga tidak pernah bertanya atau memaksa lelaki itu berterus terang siapa dia. Baginya, terpulang pada lelaki itu bila dia nak berterus-terang. 

................................................................................................................................................................

"Oit!!! buat apa tu haaa..." kuat Nana menyergah dari belakang. "Haishhh... ko ni... kalo ye pun, pelan-pelan laa... terkejut aku tau... hmm... apelaa..." marah Alisya kerana Nana menggangunya. "Hehehe... sori laa geng... aku tengok ko ni dari tadi dok tersengeh-sengeh sorang ni pehal? hai... ada pakwe baru ekk... asyik chatting je aku tengok sekarang ni...hmm..." tepat Nana menembak Alisya. Alisya hanya tersengeh seperti kerang busuk, tidak mengiyakan dan tak menepis sangkaan Nana itu. 

Semakin hari, Alisya dan 'lelaki misteri' itu semakin rapat. Dia sendiri tidak tahu bagaimana boleh terpikat dengan 'lelaki misteri' tu. Mungkin kerana karekter lelaki itu yang sangat disenanginya. Seakan itulah lelaki idaman yang ditunggunya selama ini, walaupun wajah sebenar belum pernah dilihatnya. 

Hari berlalu, sayangnya pada lelaki itu juga semakin menebal. Tapi dipendamnya, walaupun dalam hatinya teringin benar ingin tahu siapakah sebenarnya yang terselindung di sebalik 'lelaki misteri'nya itu. 

...............................................................................................................................................................

Sudah seminggu lelaki itu menyepi. Hidup Alisya serba tidak kena. Apa saja yang dilakukannya sentiasa dibayangi 'lelaki misteri'nya itu. Hampir setiap hari juga dia menangis apabila terlalu rindukan lelaki itu. 'Tu la ko ni... obses sangat dengan lelaki tu pesal... ntah-ntah dia nak main-mainkan ko je kot..." bebel Nana pada Alisya. Alisya hanya diam, tidak menjawab sambil memejamkan matanya pura-pura tidur. Dia tak perasan tadi yang Nana asyik memerhatikannya menangis. 

...............................................................................................................................................................

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta


Sedang berbaring melayang sambil melayan lagu 'Luahan Hati', nyanyian Kristal, Alisya dikejutkan dengan mesej di handphone. Nombor yang tak dikenalinya. Pantas dia menekan punat 'baca' itu. 

'Salam...hai sayang... ngah buat apa tu?' terlompat Alisya bangun dari pembaringannya. Mana lelaki itu dapat nombor dia. Oh ya! baru Alisya teringat yang dulu dia pernah bagi nombor handphonenya semasa dia ingin pulang bercuti, kerana di rumah dia tidak dapat online. Tapi waktu tu, lelaki itu tidak pula contact Alisya. 

Tidak lama kemudian Alisya dapat satu lagi mesej. 'Esok saya ada dekat restoran yang saya cakap hari tu. Kalau nak jumpa, pukul 3 petang, ok. :) Selamat malam sayang...' Berdebar-debar jantung Alisya malam itu. Kedua-dua mesej itu tidak dibalasnya. Dia tidak tahu nak taip apa. Malam itu Alisya tidur tidak lena memikirkan sama ada nak pergi atau tak esok hari jumpa 'lelaki misteri' itu.

...............................................................................................................................................................
 

Esoknya, Alisya buat keputusan untuk pergi tapi sekadar untuk melihat dari jauh sahaja. Ketika tergesa-gesa hendak melintas jalan, Alisya tidak perasan ada kereta sedang menuju laju ke arahnya. Dia tergaman di tengah jalan itu, tiba-tiba ada tangan kasar menariknya ke belakang. 
    
“Awak ok? “ lelaki itu menyoal Alisya kerisauan. Alisya yang masih dalam keadaan terkejut hanya menganggukkan kepala tanda dia baik-baik saja. “Tu laa… lain kali nak lintas jalan jangan berangan… hehe...” lelaki itu mengejutkan Alisya dari lamunannya. Terima kasih awak.  Maaf tadi saya nak cepat, tak perasan lak ada kete lalu sini.” Lelaki itu hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya dan melangkah pergi ke arah restoran di seberang  jalan. 


Baru Alisya perasan yang lelaki itulah yang sedang memerhatikan dia tadi dari depan restoran itu. Sebenarnya dah setengah jam Alisya di seberang jalan memerhati ke arah restoran itu untuk melihat kalau-kalau nampak kelibat ‘lelaki misteri’nya itu. Namun puas dia menunggu tetap tiada bayang-bayangnya juga. Masakan Alisya tahu yang mana satu lelaki itu, sedangkan tidak pernah langsung dia mendapat gambaran tentang fizikalnya. Dia mengambil keputusan untuk terus balik saja.

.............................................................................................................................................................
 

Malam itu, Alisya terbayangkan kembali kejadian petang tadi. Dia rasa seperti ada sesuatu dengan lelaki berlesung pipit yang menyelamatkannya tadi itu. Ada satu aura yang tidak dapat diungkapkan. Tiba-tiba ada mesej masuk di handphonenya.
‘Lain kali hati-hati ya lintas jalan… :)’


Tersenyum Alisya bahagia…  
     

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...