Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Koleksi Cerita Mellyana Sara. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Cerita Mellyana Sara. Show all posts

Monday, 22 October 2012

Bukan Aku


Seperti yang dijanjikan, hari itu aku datang berjumpa dia di tempat selalu. Dari jauh, dia aku lihat duduk bersandar di kerusi mengadap tasik. Leka melihat 2 orang anak kecil berbasikal ditemani si ayah. Bibirnya mengukir senyum. Senyum yang selalu aku rindu. 

" Assalamualaikum. "
" Waalaikumusslam. "

Dia pantas menoleh lalu dia berganjak sedikit memberi ruang untuk aku di sebelahnya, di sisinya seperti selalu. Jemari aku dicapai lalu digenggam erat. Dielus perlahan. Serasa bagai mengalir arus eletrik ke tubuh, aku menarik tangan dari genggamannya.

" Kenapa nak jumpa? Macam penting sangat. "
" Rindu. Bolehkan? Sihat tak? "

Aku mengangguk perlahan. 

" Dah makan? "

Angguk lagi. 

" Bisu? " soalnya. Ditoleh aku di sisi. Mencari pandang mata aku seperti selalu. Aku menunduk. Rumput hijau aku renung. Air mata mengalir, aku seka. Dia pantas menarik aku dalam pelukannya.

" Tolong, jangan nangis," katanya. Sekali lagi, jemari aku dicapai lalu dikucup.
" Tolong, jangan pergi," jawab aku perlahan.
" Tak. Saya takkan pergi. " jawabnya laju.
" Awak tipu! " kataku.
" Saya janji!" ucapnya.
" Jangan janji. Sakit hati ini kalau dikhianti. "

Dia mengeluh. Perlahan. Jemari aku dilepaskan. Dia bangun, berdiri. Lalu ditarik aku agar ikut dia berjalan. Jemari aku digenggamnya erat. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan. 

" Fea, hari-hari saya bangun tidur awak yang saya fikir. Pangilan pertama saya buat setiap hari, kejut awak. Kemudian, berSMS hingga ke petang. Pulang dari kerja, awak saya cari dulu. Bergayut hingga bateri kong, charged, sambung bergayut lagi. Tapi, saya tak tahu kenapa mesti begini. Fea, saya mahu selalu di sisi awak, temani awak, sampai bila-bila. "

Genggaman jari aku tarik. Dia membantah, digenggam makin erat. 

" Tolong, lepaskan."
" Saya takkan lepaskan awak."

Aku memintal-mintal tangan hingga akhirnya dia lepaskan selepas melihat wajahku yang menahan kesakitan.

" Awak takkan ada lagi dalam dunia saya Pa'an. Takkan. Satu hari awak akan pergi, mencari bahagia awak. Dan tinggalkan saya di sini, memerhati dengan hati yang ranap. Awak takkan pernah ada lagi Pa'an. Takkan. "

" Saya..."

Aku mengajaknya duduk di tembok batu. Dia duduk bertentang denganku, aku berdiri di hadapannya. 

" Di sini, awak takkan pernah mati. Di sini, saya akan biarkan awak terus hidup selama mana saya masih bernafas. Tapi, jodoh kita tiada. Segigih mana saya menahan, awak tetap pergi. Di sini juga, segala memori saya kebumikan," ucapku sambil tangan aku letakkan di bahagian kanan dada. Dia tersenyum. Senyum yang aku rindu. 

" Fea... " pantas jari aku letakkan ke bibirnya.

" Saya pulang dulu. Saya doakan awak bahagia dengan jalan awak pilih. Saya sayang awak hingga akhir nafas saya. Saya sayang awak. Sampai bila-bila. "

Dengan berat hati, dia aku tinggalkan. Biarlah. Biarlah. Sampai di kereta, ejen aku hidupkan lalu kereta aku pacu pulang ke rumah. Semoga dia bertemu dengan bahagianya satu hari nanti. Di mana bahagianya, bersama yang sudah tertulisnya untuknya dan itu, bukan aku.

Tiba-tiba Samsung SII ku berbunyi isyarat sms masuk.

" Jalan yang saya pilih adalah jalan yang kita akan lalui bersama. Saya tunggu awak Fea. Sampai awak kembali. " 

Air mata ditahan sedari tadi, turun bagai hujan. Dan jalan yang saya pilih, bukanlah jalan yang awak impikan Pa'an. Maafkan saya. 

Friday, 12 October 2012

Selamat Buat Kamu


Petang itu dia datang dengan bunga di tangan. Berlari-lari anak menuju ke arahku. Waktu itu, aku di cafe lagi menikmati minuman petang kesukaanku, kopi. Bunga disorok di belakang badan, dia senyum. Aku mempelawanya duduk. Tersengih-sengih melihatku, dia memohon maaf kerana lewat. Katanya, jalan raya sesak. Dia terpaksa membantu. Aku mengiyakan saja. Selepas itu, dia memesan secawan kopi untuk dirinya. Bunga yang disorok di belakang badan tadi, dihulurkan. 3 kuntum semuanya. Aku ambil lalu ku cium. Masih segar. 

" Bila majlis kahwin kau? "tanyanya. Peluh di dahi di lap dengan tisu yang tersedia di atas meja.
" By next week. " jawabku.
" Berapa jemputan? " tanyanya lagi.
" 2000 tetamu. Atau mungkin 2500. Kau tahulah, keluargaku besar. "
" Tahniah. Tapi aku minta maaf. Aku tak dapat datang. "
" Kenapa?" soalku pula, hairan.

Dia menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan. 

" Flight aku 3 hari lagi. Permohonan aku untuk membuat pertukaran pelajar ke Jepun diterima. Maaf, aku tak dapat datang."ujarnya. Aku mengeluh deras. Beberapa bulan lepas dia berjanji yang dia akan ada di hari perkahwinanku. Tetapi hari ini, sebaliknya. 

" Kau tipu akukan?"
" Maksud kau? "
" Kau janji, kau akan ada di hari bahagia aku. Ni sekarang apa? "
" Bukan aku rancang begini? Sudah rezeki aku. Mau bagaimana? "
" Kau tipu aku!"

Dia menghirup kopi panas yang belum bersentuh itu lalu diletakkan kembali ke meja. Dia bangun berdiri. Tangan dihulurkan namun takku sambut. Protes.

" Tahniah dan aku doakan kau bahagia. "

Aku menghantarnya pulang dengan pandangan kosong. Aku mencapai bunga yang tadi aku letakkan di kerusi disebelahku. Kad yang terselit di antara tangkai bunga itu aku baca. 

" Demi melihat orang yang kita cintai berbahagia, tiada salahnya kita berkorban jiwakan? Selamat pengantin baru Gadisku." - Imran.

-Tamat-

Wednesday, 15 August 2012

Takdir

" Kau pernah jatuh cinta?"
"Pernah. 3 kali. Dan semua cinta ku sudah lama mati."
"Mati? Maksud kau?"
"Tuhan lebih sayangkan mereka dari aku."
"Kau tak sedih?"
"Sedih. Tapi aku taknak Tuhan lebih sedih melihat aku sedih. Aku tahu dia selamat di sisi Tuhan kita."

Farouk termenung mendengarkan jawapan Suhana. Dilihat wajah gadis itu sungguh tenang. Dia menjawab setiap soalan yang diaju tanpa sebarang riak sedih. Sambil bermain dengan jari sendiri, dia melepas pandang ke arah tasik membiru.

"Kenapa kau sekuat ini?"
"Sebab aku tahu Tuhan sayang aku."
"Tapi Tuhan ambil orang yang kau sayang."
"Jadi aku kena marah pada Tuhan? Begitu?" 

Farouk menggeleng perlahan. Dia tunduk merenung rumput menghijau. Sesuatu mengetuk pintu hatinya. Soalan Suhana dibiarkan tak berjawab. Mungkin selama ini dia silap. Memikirkan sesuatu yang tidak seharusnya terlintas difikiran. Farouk meraup wajah sambil menghela nafas panjang.

"Kenapa?" tanya Suhana.
"Aku silap dan aku menyesal."
"Maksud kau?"
"Aku pernah membenci Tuhan kerana dia mengambil orang yang aku cinta. Aku jerit laung pada Tuhan, kenapa harus aku? Kenapa mesti aku yang diuji begini. Kenapa bukan orang lain? Kenapa di saat aku semakin bahagia bersamanya, dia diambil pergi. Aku benci Tuhan waktu itu."

Suhana menundukkan wajah. Terasa ada air hangat mengalir di wajahnya. Farouk yang melihat terkesima. 

"Kenapa kau menangis? Aku fikirkan kau kuat."

Suhana menyapu air mata diwajahnya. Bangun berdiri.

" Sekali kau membenci Tuhan, seratus kali Tuhan sayangkan kau. Sepuluh kali kau menjauhi Tuhan, seribu kali DIA tak pernah meninggalkan kau. Aku pulang dulu. Assalamualaikum."

Farouk terdiam. Rasa yang menjentik di hatinya dibiarkan meresap ke dalam jiwa. Dia menangis kehibaan. Apakah kau dihadirkan Tuhan untuk menyedarkan aku Suhana?

Monday, 25 June 2012

Aku Okay!

Sofia gigit bibir sambil bermain dengan jarinya sendiri. Semalam Hakim telefon kata mahu jumpa dia KL Sentral. Sudah dua jam Sofia tunggu. Jangan kata batang hidung, bayang si Hakim pun tak nampak. Dikeluarkan Samsung SII dari beg, cuba menghubungi Hakim sekali lagi. Masih suara gadis operator menjawab. Sofia makin resah. Sedang Sofia masih gigit bibir sambil bermain jarinya, Hakim muncul. Berjalan bersama seorang gadis kecil molek bertudung ala-ala Yuna.

" Maaf. Aku lambat. Lama dah sampai? "
" Baru lagi. "

Sofia berbohong. Tak mahu Hakim rasa bersalah. Mereka bertiga berjalan bersama menuju ke KFC ditingkat atas. Hakim beriringan dengan gadis bertudung ala Yuna dan Sofia berjalan di belakang mereka. Ceria betul mereka berdua. Sofia gigit bibir lagi. Sampai di kaunter, masing-masing membuat pesanan. KFC kan? Haruslah ayam. Sofia memilih Hot and Spicy manakala Hakim dan gadis bertudung ala Yuna memilih original.

" Siapa ini? " soal Sofia. Tangannya lincah meracik-racik isi ayam. 
" Oh, lupa aku nak kenalkan. Ini Tira. Bakal tunang aku. Tira, ni Sofia, bestfriend yang I selalu cerita. "

Tira senyum. Sofia membalas. Tak ikhlas. Perbualan mereka cuma berkisar tentang tarikh majlis pertunangan mereka. Tira senyum manis, Hakim berbunga, Sofia gigit bibir. Sebelum mereka berpisah, Hakim sempat mengingatkan Sofia supaya hadir di hari pentingnya nanti. Tira menghulurkan tangan untuk bersalam. Sofia menyambut. Tak ikhlas.

Sofia menghantar mereka berdua balik dengan hati yang kosong. Dikeluarkan Samsung SII dari beg, ingin menghantar pesanan ringkas untuk Hakim. Jarinya pantas menaip. Lalu butang send ditekan. Kemudian Sofia berjalan keluar ke tempat menunggu teksi. Sebuah teksi di tahan dan pemandunya seorang India tua. Mungkin sebaya ayah Sofia.

" Uncle, Hentian Pudu Raya. "
" Baiklah.

Dan teksi pun berlalu meninggalkan KL Sentral menuju ke destinasi pilihan Sofia.

* * * * * 

Nokia Lumia milik Hakim berbunyi isyarat sms masuk. Lalu sms dibaca. Ianya datang daripada Sofia. Hati Hakim pecah. Sofia...

" Kau jangan risau. Biar semua lelaki patahkan hati kau, tinggalkan kau, aku akan selalu ada untuk kau. Aku janji aku akan temankan kau. Aku akan selalu ada untuk kau. Sampai bila-bila Sofia. Sebab, aku sayangkan kau. Aku sayangkan kau lebih dari nyawa aku sendiri. - Hakim, kau masih ingat ayat ni? "



Friday, 11 May 2012

Cinta Pertama

Yaya memeluk erat anak patung garfield yang dihadiahkan Din seminggu lalu. 2 hari sebelum mereka putus. Dipeluknya erat-erat seakan dia memeluk Din hari tu. Mereka baru saja berkasih sayang tidak sampi 6 bulan namun bagi Yaya dia terlalu mencintai Din, lelaki tinggi lampai yang dikenalinya melalui laman muka buku setahun dulu. 

" Ya. Saya rasa, saya tak mampu nak teruskan hubungan ini. Kita putus. " 

Talian telefon yang baru saja diputuskan membuatkan Yaya terdiam. Direnungnya lama telefon di tangan dan perlahan-lahan air matanya mengalir menuruni pipi. Sampai hati awak Din. Sampai hati awak. Yaya sayangkan awak. Yaya buat macam-macam untuk awak. Kenapa buat Yaya macam ni? Sampai hati awakkan Din. 

Yaya baring di katil. Anak patung masih dipeluk. Dan akhirnya, dia terlelap. 

- - - - - - 

" Yaya! Sini sayang! Lama saya tunggu awak datang. Kenapa awak lambat sangat. " 

Yaya mencari-cari arah datangnya suara itu. Dia kini bukan lagi di dalam biliknya sebalik dia berada di sebuah taman yang dipenuhi bunga-bunga yang berwarna-warni. Yaya berlari-lari di taman itu. Mencari pemilik suara. 

" Yaya! " 
" Aiman! " 

Aiman berlari mendapatkannya. Memeluknya. Mencium pipinya. Lalu rambutnya yang ikal mengurai dielus halus. 

" Saya rindu awak. Kenapa baru sekarang awak datang? Lama tau saya tunggu awak. " 
" Erm. Mana saya tau awak dah tunggu saya. Saya pun rindu awak. Rindu awak sangat. " 
" Jom. Saya bawa awak jalan-jalan. Dekat hujung taman sana, ada jual Ais Krim Pelangi. Sedap tau! " 

Mereka berdua berjalan berpimpinan tangan. Kadang Aiman menarik tangan Yaya agar ikut dia sama berlari. Kadang, Yaya naik belakang Aiman, hendak dikendong. Akhirnya mereka tiba di gerai menjual Ais Krim Pelangi. 

" Kak, ais krim 2. " pesan Aiman. Mereka memilih untuk di atas rumput. Mengadap luasnya taman. Gerai itu letaknya di atas bukit sedikit. Jadi, memang pemandangannya sangat indah dari atas situ. Selepas hampir 5 minit menunggu, akhirnya ais krim dipesan sampai. Aiman membayar hargai ais krim. Mereka berdua menikmati ais krim pelangi dengan penuh perasaan. 

" Awak, putus cinta ya? Sebab tu awak sampai ke sini kan? " 
" Haah. Din jahat! Dia tinggalkan saya. Saya sayang dia. " 
" Herm. Setiap kali awak putus cinta, mesti awak sampai ke sini. Kenapa awak cari saya? " 
" Tak tau. Cuma saya rasa, awak satu-satunya yang faham saya. " 

Aiman mengelap comot di tepi bibir Yaya. Mereka sudah selesai makan ais krim. Aiman mengajak Yaya pusing-pusing di taman. Yaya hanya menurut. 

" Yaya. Sayang Aiman tak? " 
" Sayanglah! " 
" Cinta? " 
" Kenapa? Erm. " 
" Sebab...saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak. " 
" Tapi saya baru putus. Takkan saya nak cari pengganti secepat ini. " 
" Awak, be mine? " 

Aiman tunduk memetik rumput lalu disimpul menjadi seakan bentuk cincin dan disarungkan ke jari manis Yaya. Lalu bibir Yaya dikucupnya mesra. Yaya terkesima. Tubuh Yaya direbahkan di atas rumput lalu ditindih. Mata mereka bertaut. Pipi Yaya memerah. Senyum Aiman memekar. 

" Awak, saya janji saya takkan lukakan hati awak macam Din, macam Yus, Rafiq, Gadafi, dan lain-lain buat. Saya akan jaga awak. Saya janji. Saya akan sayang awak selagi Tuhan mengizinkan. Saya...cintakan awak Yaya. " 

Yaya memejamkan matanya dan merelakan apa saja yang bakal dilakukan Aiman. 


- - - - - 

Majlis tahlil baru saja berakhir. Puan Marisa menangis teresak-esak dikaki tangga. Disisinya encik Fairus cuba menenangkan isterinya. Patung garfield dipeluknya erat seakan memeluk Yaya. 

" Dah la Risa. Dah sampai ajalnya. " 
" Baru petangnya tu saya sikatkan rambut dia, makan dengan dia bang. Tiba-tiba saya bangun pagi, anak kita dah tak ada. Saya tak tau nak cakap apa saya rasa. " 
" Dah ajalnya Risa. Sabarlah. Jangan begini. " 

Ditarik Puan Marisa ke dalam dakapannya. Dia faham sebak di hati isterinya. Pagi itu, dia masuk ke bilik Yaya untuk mengejutkan anak tunggalnya itu bangun. Namun dia yang terkejut. Anaknya meninggal dalam tidur. Wajahnya seakan tidur. Bersih. Yaya meninggal dunia di usia 23 tahun. Satu-satunya anak yang mereka ada sudah kembali ke sisi Dia yang esa. 

- - - - - 

Aiman dan Yaya gembira menari di atas awan. Malam itu bulan sungguh terang. Aiman memetik satu bintang lalu di selitkan di rambut Yaya. Mereka tersenyum bahagia. Kini Yaya sudah menjadi milik Aiman. Aiman sendiri bahagia dengan apa dia ada. Yaya sudah melengkapinya. Yaya yang dia kenal diwaktu usianya 12 tahun sebelum dia meninggal dunia kerana kemalangan sewaktu ingin menyelamatkan Yaya dari dilanggar sebuah lori. Waktu itu usia mereka sudah 15 tahun. Aiman cinta terakhir Yaya namun Yaya adalah cinta pertama Aiman. 

" Aiman! I love you! " 
" I love you more sayang! " 

Mereka melompat dari satu awan ke satu awan. Bintang-bintang dipetik sesuka hati. Mereka gembira. Bahagia. 


-tamat- 


Tuesday, 17 April 2012

Qirana Isteriku

Kelana duduk berpeluk tubuh di atas batu besar itu. Suasana yang tenang dengan bunyi ombak yang menghempas ke pantai ibarat lagu riang di cuping telinganya. Kakinya yang dijuntai ke bawah, sesekali disapa air laut.

" Aku tak pernah membenci kamu. Tapi kenapa kamu harus pergi? Apalah salah aku sama kamu. Kamu mintalah apa saja dulu, semuanya aku penuhi. Kalau kamu mahu bulan bintang sekalipun, andai aku mampu itu juga pasti aku beri. Kenapa kamu pergi Qirana? "

Kelana bangun berdiri lalu terjun dari batu besar itu. Dia berjalan di persisir pantai. Kaki seluarnya yang sudah kuyup dibiarkan saja disapa air laut. 

" Kamu ingat gak, waktu itu kamu lagi duduk berbual sama teman-temanmu. Kamu itu gembira bersama mereka. Aku lihat senyum dan candamu begitu sempurna dimataku. Aku beranikan diri, lalu aku cuba untuk berkawan denganmu. Mujur kamu terima. Kalau kamu menolak waktu itu, malu aku dibuatnya. Aku jatuh cinta pandang pertama denganmu Qirana. "

Sambungnya Kelana lagi,

" Kamu juga bilang padaku, kamu juga mencintai aku. Malah cintamu lebih besar dari cintaku. Kamu berjanji kamu takkan tinggalkan aku. Kerana kamu benar-benar memerlukan aku untuk terus di sisi kamu. Tapi ternyata, hari ini kau yang pergi tinggalkan aku."

Kelana menghampiri pohon besar yang berada berhampiran tebing laut itu. Lalu dia panjat naik ke atas pokok itu. 5 minit berusaha, dia akhirnya sudah berada di atas pokok. Kakinya dibiarkan terjuntai ke bawah lalu digoyang perlahan.

" Aku rindukan kamu Qirana. Aku rindu bangat. Sejak kamu pergi, hidup aku sepi. Aku tak punya kawan. Cuma kamu satu-satunya yang sudi berkawan dengan aku. Tapi kamu juga pergi. Qirana, adakah kamu merindui aku sepertimana aku merindukanmu? " 

Pandangan matanya dihalakan ke luasnya lautan. Laut ini pernah menjadi saksi lafaz cinta Qirana pada Kelana. Di sini juga mereka berjanji untuk sehidup semati. Tapi kini cuma Kelana yang hidup dan Qirana yang pergi. Kelana buntu tinggal sendiri. Qirana sudah sebahagian dari hidupnya Kelana. Justeru, Kelana rasa seakan Qirana pergi membawa separuh dari dirinya bersama. 

" Kelana! Turun yuk! Pulang! Udah sore ini. Kamu lagi apaan atas sana. Pulang yuk! " suara seorang lelaki awal 20-an yang mejerit dari bawah pokok mematikan lamunannya Kelana. Kelana segera terjun dari atas pokok itu. Sementelah ketinggiannya juga tidak terlalu tinggi.

" Aku rindu samanya Qirana. Kamu temani aku ya. Aku mahu ke kuburannya Qirana dulu. "

" Kamu ini, setiap hari kamu mampir ke sana. Kamu mahu apaan? Yang udah pergi itu, ya udah. Doain aja. Usah diratapin begini," nasihat si teman.

" Kamu apa tau Mir. Kamu bercinta aja gak pernah. Lagi mahu menasihati aku. Temani aku yuk."

" Ya iyalah. Karna kamu ini sahabatnya aku, aku temani. Ayuh."


*  * * * * * * * * * * * * * 

" Assalamualaikum Qir. Aku ini, Kelana suamimu. Qir, aku rindu deh sama kamu. Kenapa ya Tuhan menjemputmu lebih pergi sebelum aku. Gi mana Qir aku mahu menerusin hidup ini Qir. Sunyi. Ruang kamar kita, udah gak ada seri. Kalau dulu, kamu yang ngemasin saban pagi. Kamu bancuhin aku kopi. Kamu masakin aku segala makanan feveret aku. Kini gak ada lagi Qir. Ya Allah Qir, aku perlu kamu Qir. Kenapa Qir kamu pergi Qir? Gi mana aku mahu hidup tanpa kamu Qir, isteri aku. Ya Allah, bantu aku ya Allah....."

Rintihannya Kelana didengarin temannya. Bahunya ditepuk perlahan. 

" Kelana, pulang yuk. Besok kita mampir ke mari lagi ya. Aku hantarin kamu pulang ya."

Dan malam itu sekali lagi kamarnya mereka berdua dihujani air mata kerinduan sang suami yang kematian isterinya. Moga cinta mereka bertemu di syurga. Sesungguhnya, tiada apa yang di mahu Kelana selain isterinya, Qirana. 




Monday, 12 March 2012

Salju Di Danau Rindu

" Man nak tahu tak? " soal aku tiba-tiba. Waktu itu kami sedang duduk menikmati keindahan Tasik Titiwangsa. Tempat yang selalu menjadi tempat pertemuan kami dulu. Dulu. Sebelum semua ini jadi macam ini. Jadi seperti sekarang. Dekat tapi jauh. Wujud tapi kabur. Aku merapatkan duduk kami. Lalu tangannya aku capai dan aku genggam. Aku pandang wajahnya dalam-dalam. Kelihatan dia seperti termenung jauh. Matanya ralit memandang air tasik yang tenang.

" Man? " 
" Hmmm? "

Barulah dia mengalihkan pandangan matanya ke wajah aku. Ada kekosongan yang aku lihat.Sekosong itukah hati dia kala ini? Senyum. Itu saja mampu aku berikan. Melihat raut wajah hampa dia, aku bagai hilang kata. Berat di hati dia yang menanggung, berat lagi hati aku yang menerima. Kekuatan yang entah sampai bila masih berbaki. Entah sampai bila aku boleh berdiri seteguh ini. 

" Tak. Nur tanya, Man nak tau sesuatu tak? "
" Cakaplah. Apa dia? "

Dia berpaling mengadapku. Kalau tadi aku yang genggam tangan dia, kini tangan aku dalam genggamannya. Erat. Aku menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Aku tak tahu bagaimana caranya untuk aku beritahu dia apa aku rasa. Tapi, semakin aku pendam semakin aku sakit.

" Nur dah tak tahu nak sayang orang lain. " Lega.

Jelas dia terkejut dengan jawapan aku. Mungkin bukan ini jawapan yang dia harapkan. Berkali-kali dia meraup wajahnya. Sebuah keluhan dilepaskan. Dia menggeleng perlahan sebelum melepaskan pandangan ke arah tasik. Aku tahu, jawapan aku mengecewakan dia. Tapi kecewa aku? Bagaiamana? Suasana sepi seketika. 

" Dah tu, Nur sayang siapa? "
" Man. "


Dia terdiam. Aku rasa kalau jantung dia ada speaker, mesti aku boleh dengar degup jantung dia berhenti. Maaf. Nur tak bermaksud macam ni. 

" Nur ada cerita lagi pasal Man pada family Nur? " soalnya tanpa menoleh memandang aku. Marahkah dia?
" Tak. Nur tak mahu nanti ibu soal Nur macam-macam lagi. "
" Salah Man. Sebab tinggalkan Nur. Maafkan Man. "


Terus dia menyentuh lembut tanganku. Serasa ada kasih sayang mengalir. Kenapa ya, jalan takdir kita begini? Kenapa Tuhan datang kan awak dan kemudian awak pergi? Kenapa awak datang dan hidup dalam hati saya, kemudian awak bunuh separuh diri saya dan kebumikan dengan nisan cinta kita? Air mata yang mula mengalir aku seka. Tabah hati. Cekal. Jangan serapuh ini. Aku memaniskan muka.  Tudung yang ditiup angin aku betulkan.


" Tak Man. Man tak salah. Man tak pernah bagi harapan. Nur jer....Nur je yang mengharap sangat dulu. "


Dia cuma diam. Air mata yang aku tahan sedari tadi menitis juga. Sungguh aku penat. Sebulan dia menghilangkan diri, sebulan juga hidup aku merana. Entah kenapa, cinta dia yang tak seberapa itu yang aku kenang, yang aku ingat. Kadang aku marah dengan hati aku sendiri. Tapi apa aku boleh buat? Mencuba berkali-kali pun, aku tahu aku tak mampu. 


"  Nur  rindu Man, diari  Nur  tempat Nur meluah segala rasa. Penuh dengan nama Man . Nur  rindu  Man . Nur  sayang  Man .   Nur  cinta  Man. Semua ada di situ. ," sambung aku setelah melihat dia menyepikan diri.      

" Apa agaknya yang Nur tulis. Teringin nak baca. bukan Man tak tau perangai Nur tu. Suka gelakkan Man. " Usiknya. Ada senyuman di hujung bicaranya. Senyuman yang direka untuk menutup resah hatinya. Aku membalas senyumannya. Semanis mungkin. Seikhlas hati. 

" Salah Man hadir dalam hidup Nur," Keluhnya. Matanya pantas mencari mata aku. Tak sangup menentang pandangannya, aku melarikan wajah. Melihat kawasan tasik yang sudah dipenuhi orang ramai. Aku tak mahu dia membaca apa yang aku simpan jauh dalam lubuk hati aku. Sungguh aku tak sanggup. 

" Man tak salah. Allah dah tetapkan begini. Mungkin hadir Man dalam hidup Nur ada hikmahnya. Cuma Allah tak mahu tunjukkan lagi." 

" Nur, maafkan Man. " Mohonnya. Mahu saja tubuhnya aku dakap kala ini. Tetapi dia bukan yang halal buat aku. Air mata aku mengalir deras. Luluh hati aku mendengarkannya. Man tak salah....Man tak ada salah apa pun....Namun kata-kata itu hanya menjerit dalam hatiku,tak terluah.

" Tak apa . Nur faham. KIta tak boleh paksa orang sayangkan kitakan? Tapi...kalau Nur sayang Man dari jauh boleh kan? " Soal aku perlahan. Aku tak tahu kenapa aku buat permintaan seperti ini. Cuma, aku rasa aku tak mampu untuk buang dia dari hati aku. Apa lagi untuk berhenti mencintai dia. Aku tahu aku tak mampu.

" Nur kuat ke nak buat macam tu?" 

" Nur kuat untuk 6 bulan ini, Nur rasa Nur kuat untuk 6 tahun yang mendatang. Bukan Man dan Nur minta jadi begini. Nur okay je. Cuma masa Man mula-mula hilang dulu je Nur sasau kejap. Tapi kejap je. Ni, Man nampakkan Nur okay je. Boleh senyum lagi hah." Pipinya aku pegang lembut. 

Aku tersenyum manja. Ya Allah, hilangkanlah gusar di hati dia. Jangan seksa hati dia lagi. Biar aku saja yang menanggung . Bukan dia. Melihat redup wajah dia, aku tahu dia masih rasa bersalah. Dan aku mahu rasa itu hilang dari hati dia. 

" Maafkan Man. I hope you know how sorry I'am. "

" Nur faham. Nur cuma nak hati Man tenang. Nur taknak Man keliru pasal hati Man lagi. Kita memang tak ditakdirkan. Bila Man mula bercerita tentang dia, Nur tahu dia sayang sangat dengan Man. Nur tahu dia boleh jaga Man dan Man akan baik-baik di sisi dia. Man tak salah apa. Dah eh. Janganlah rasa bersalah sangat, " tutur ku . Aku menyeka air mata yang mula mengalir di pipi. Aku hadiahkan senyuman manis untuknya. Moga hati awak tenang Man. 

" Agaknya, kalau Man tak jumpa dia, dan dia tak makan ais krim Man, Man takkan sukakan dia. Kenapa Nur tak halang waktu Man bagi tau Man nak  keluar jumpa dia petang tu? "

Aku menggeleng kepala. Peguam memang begini ya? Selagi tak dapat jawapan dia mahu, bertubi soalan diberikan. Aku cuma mampu tersenyum. 

" Man, Nur bukan siapa-siapa waktu itu. Cuma seseorang yang rapat dengan Man. Bukan isteri Man. Takkanlah Nur nak halang. Walau hati ni suruh , Nur takkan buat. "

Dia membetulkan duduk. Kemudian dia pegang bahu aku. Dagu aku disentuhnya agar memandang wajahnya. Gayanya seprti mahu aku fokus dengan apa yang dia ingin katakan. 

" Hari itu masa Man suruh Nur sms Man kata kita dah tak ada-apa. Bukan untuk dia. Man cuba nak sakitkan hati nur. Man nak Nur lupakan Man. Man nak Man nampak jahat di mata Nur. "

" Tak kan boleh. Man tak kan boleh buat Nur macam tu.  Nur  dah cuba sebelum ni. Setiap malam  Nur  nangis.   Nur  rindu Man .  Nur  cakap dengan diri sendiri.  Man  tinggalkan Nur. Man  yang pergi.  Nur paksa hati  Nur   benci   Man . Sebab  Man  jahat. Tapi akhirnya Nur  putus asa.  Nur  tak boleh buat.  Nur  tetap sayang  Man . So  Nur  biarlah perasaan tu ada dalam hati Nur." 

Tangannya pantas menyeka air mata aku yang mengalir bagai hujan. Dia menggeleng perlahan. Matanya juga berkaca. Tangannya menggengam tangan aku erat. Seperti disiat rasanya saat aku meluahkan semua ini. Aku tak pernah salahkan dia. Dan benar, aku dah cuba. Puas aku mencuba. Aku paksa hati aku yang degil ini membenci dia. Aku cari salah dia. Aku cuba dendami dia. Tapi setiap kali itulah aku menangis sendiri. Aku takkan mampu membenci dia. Takkan mampu.ri.

" Nur, Man minta Maaf dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar alam."

" Nur tak marahlah. Keadaan buat kita macam ni. Cuma, lepas ini Nur kene carilah lelaki yang boleh buat Nur jatuh cinta macam Nur jatuh cinta kat Man. Kalau tak, mimpilah lelaki itu nak hidup dalam hati Nur ni," kataku cuba berseloroh. Dia tersenyum. Senyuman terpaksa. 

" Hati Man dah pilih dia. Mungkin Man bukan ditakdirkan jadi pemilik tulang rusuk Nur tapi mungkin dah tertulis untuk dia."

" Nur okaylah. Jangan risau. Nur doakan kebahagiaan Man dan dia. " Aku tepuk belakang tangannya. Cuba menghantar semangat buatnya. Kalau Nur kuat, Man pun kenalah kuat. Nur tahu pilihan Man paling tepat. Dia akan Membahagiakan Man. Sampai bila-bila.

Redup diwajahnya, melahirkan resah dijiwanya. Dia memalingkan tubuhnya kembali menghadap tasik yang membiru. Airnya yang tenang, mendamaikan hati aku. Aku merapatkan duduk kami. Kakiku dilunjurkan ke depan. Sisa air mata yang masih bersisa aku seka. Jari aku pantas mencari jarinya yang menongkat siku dirumput.Aku letakkan tangan aku di atas belakang tangannya. 

" Nur,  Man selalu harap walau Nur bukan jadi milik Man, walau Man bukan pilih Nur, walau Man tak dilahirkan untuk Nur, Man selalu harap yang terhebat itu Nur, yang tercantik itu Nur, yang paling bahagia tu Nur dan yang tersenyum itu jugak Nur."

Dan Nur harap Man tahu yang Nur akan sayangkan sampai bila-bila, Khairil Aiman.

* * * * * * * * * 

Dan malam itu, aku sempat update status facebook dengan kata-kata ini :


" Selamat malam pemilik rusuk kiri yang hilang. "


Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...


-Tamat-


*tulis kisah benar, tak semudah yang disangka.*

Friday, 24 February 2012

Bahagia Milik Kita






Pagi itu hujan turun renyai-renyai. Aku masih berbaring dikatil. Bunyi loceng pintu memaksa aku bangun dan mengintai di tingkap. Adam. Aku segera membetulkan rambut lalu menuju keluar. Dia sedang berdiri segak di sisi kereta Saga BML merahnya. Ditangannya ada sejambak bunga mawar merah. 32 kuntum mungkin. Entahlah. Aku ni bab mengira malas sedikit.

" Hye awak. " Sapa aku sambil menggosok mata.
" Baru bangun ya? Comel. " sambil mengusik rambut ekor kuda aku. Dihulurkan jambangan mawar tadi. 
" Untuk saya? " soalku manja.
" Yalah sayang. Pergi mandi. Saya tunggu awak. Saya nak bawak awak pergi suatu tempat. "

Aku mengangguk laju dan segera berlalu ke dalam. T-shirt putih, jeans hitam, tanpa beg dan dalam masa 15 minit. Aku sudah berada dalam keretanya. Lagu-lagu Faizal Tahir mengisi ruang kosong antara kami. Dia memandu sehingga ke Ipoh Parade. Setelah mendapatkan parking, kami berdua menuju ke restoran Kenny Rogers. Memilih meja paling hujung. Setelah membuat pesanan, dia memulakan perbualan.

" Saya mahu masuk meminang awak. "
" Tipu. " Acuh tak acuh.
" Saya serious. Saya nak pinang awak. Hujung minggu ni. "
" Tapi awak tak pernah jumpa mak ayah saya " 
" Saya boleh jumpa hari ini. "
" Serious? "
" Yups! "

Kami menikmati lunch bersama. Selepas itu dia memandu ke Johor. Ke kampung halaman aku. Ya. Johor dan Ipoh. Jauh. Demi cinta. Tak apa kan. Namun itu 3 bulan lalu sebelum kami terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sewaktu dalam perjalanan, kereta yang dipandu Adam terbabas ke sebelah kiri bahu jalan dan melanggar pokok. Akibatnya, Adam mengalami amnesia. Dia lupa siapa aku, siapa ibu ayah dia, siapa dia. 

Aku dan Adam berkawan sudah hampir 2 tahun dan hari sepatutnya menjadi hari sejarah kami diganti dengan sejarah hitam. Sejak dari hari itu, hampir setiap hari aku ke rumah keluarga Adam untuk menjenguk dia. Setiap kali itu aku hanya nampak kekosongan di mata Adam. Tapi aku tak menangis. Aku tahu Tuhan sayang aku. Sebab itu dia uji aku. Adam lelaki pertama aku cintai. Dia jujur dan ikhlas. Selama bersama, dia cukup sabar melayan kerenah aku. Dan hari ini, aku perlu balas segala kebaikannya. Tak. Aku tak rasa ini menyusahkan.

" Awak. Saya datang. "

Adam ketika itu sedang berbaring dikatilnya. Pintu biliknya aku biarkan terbuka. Ibunya sedang memasak di dapur. Aku tidak mahu mengganggu. Lagipun, sudah 3 bulan aku ulang alik ke mari menjenguk Adam. 

" Awak siapa? " wajah kosong Adam aku pandang sepi.
" Orked. Kekasih awak." dialog sama aku ulang sejak 3 bulan dulu.

Selepas itu, rutin setiap hari. Aku bercerita bagaimana kami berkenalan. Semua kerana salah nombor telefon yang membawa kepada pertemuan kami berdua. Dan akhirnya berlanjutan dengan cinta antara kami. Kemudian aku tunjukkan kad-kad yang pernah dia beri. Ayat-ayat manisnya. 

" Saya pernah cintai awak seperti ini? " soalnya keliru. Keningnya hampir bercantum.

" Ya. Awak sangat romantis. Awak hadiahkan saya teddybear besar semasa hari lahir saya. Awak kata, teddybear tu pengganti diri awak. Kemudian awak belikan saya music box ini supaya bila saya rindu awak, saya boleh dengar lagunya. Awak hadiahkan saya cincin ini. Tengok. Ada nama kita. Adam & Orked. "

Cincin yang tersarung di jari, aku tanggalkan lalu aku hulurkan kepadanya. Dia membelek tulisan yang terdapat pada cincin tersebut. 

" Tapi saya tak ingat awak. Tak ingat lansung. Macam mana cincin tu ada nama kita? "

" Sebab kita saling mencintai. "

" Tapi saya tak ingat. "

Aku pegang tangannya, bawa ke dada dia. Aku suruh dia pejam mata dan kosongkan fikiran.

" Adam, saya sayang awak. Cinta awak. Tak kira apa jadi pada awak, saya akan setia bersama awak. Awak kekasih pertama saya. Awak cinta hati saya. Cuma maut yang akan memisahkan kita. Adam, tolong ingat kenangan kita. Ingat saat awak genggam erat tangan saya. Ingat tentang masa manis kita. Ingat tentang rasa cinta awak pada saya. Saya tahu awak mampu Adam. " kemudian, aku kucup pipinya sambil mengusap rambutnya yang baru mahu tumbuh.

" Buka mata awak. "

Adam membuka matanya.  Aku dapat rasa dia menggenggam tangan aku erat. Tiba-tiba dia menangis. Tersedu-sedu. Aku kaget. Ah. Apa aku salah cakap?

" Awak. Saya....mampu ingat sedikit dari apa awak cerita. Cincin itu, saya beli masa kita baru sehari bercinta. Saya nak awak pakai sebab saya tak mahu orang lain ganggu awak. Awak. Saya mula rasa debar kat sini. Kat hati saya. Saya mula rasa sayang itu. "

Aku memejamkan mata rapat-rapat. Ya Allah. KAU kabulkan doa aku. Alhamdulillah. Kata doktor, amnesia Adam tidak seteruk mana. Cuma dia perlu sedikit dorongan dari orang-orang yang pernah dekat dengan dia. Usaha 3 bulan aku berhasil. Syukur aku padaNya.

Sejak dari hari itu, aku membantu Adam untuk memulihkan ingatannya. Keluarga Adam sering menunjuk gambar-gambar lama ketika Adam masih kecil dan ia sangat membantu. Akhirnya, selepas 9 bulan, ingatan Adam pulih hampir 80%. Ada beberapa sejarah lampau yang sukar dia ingat. Namun itu tidak memberi apa-apa kesan padanya. 


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Hari ini, 4.12.11 hari perkahwinan kami. Setelah 2 tahun Adam pulih semula. Hari bahagia kami. Semoga Tuhan merahmati perkahwinan ini dan mengurniakan kepada kami zuriat yang soleh dan solehah.

" Orked. Terima kasih sudi menjadi yang halal buat saya. Terima kasih kerana bersama saya waktu susah dan senang saya. Terima kasih juga kerana menjaga saya dulu, bantu saya, dan tidak pernah putus asa. Saya sayangkan awak. Hanya awak seorang dalam hati saya. Awak permaisuri saya. Saya harap awak akan terus setia bersama saya dan sama-sama kita bina keluarga kita. " Dahi aku dikucupnya. Aku dapat rasa ada air hangat yang menitik di situ.

" Adam, saya selalu berdoa pada Tuhan, kalau awak untuk saya, dekatkan hati kita. Saya selalu berdoa agar saya ditakdirkan menjadi yang halal untuk awak. Saya yang akan melengkapkan rusuk kiri awak. Hari ini, hari yang saya nanti. Insya Allah. Moga Tuhan berkati perkahwinan kita. Saya sayang awak, cinta awak, sampai saya mati. "


Tuhan uji kita sebab Tuhan saya kita. Tuhan duga kita sebab kita terpilih oleh DIA. Mengeluh takkan membantu. Berdoa dan mohon pada dia. Jangan malu untuk menangis. Kita manusia punya hati perasaan. Pada yang bercinta, moga hingga ke jinjang pelamin. Pada yang sudah berkahwin, moga kekal ke syurga. Cintai pasangan kita seadanya. =) 


Wednesday, 8 February 2012

USANG



Jiwa usang aku 
kini semakin tak bernyawa
dan kian mati


- - - - - - - - - 


Malam tadi aku sampai lagi ke daerah itu. Ke sebuah daerah di mana cuma ada aku dan dia. Di situ kami bebas melakukan apa saja. Tiada yang menghalang. Tetapi malam tadi dia berbeza. Dia tidak lagi seperti selalu. Senyum dia seakan sudah mati.


" Awak, kenapa? " tanya aku sambil memaut mesra lehernya. Sebuah kucupan ku hadiahkan di pipinya.
" Tak ada apa. " Senyum.


Aku masih tidak berpuas hati. Lalu tubuhnya aku cempung dan aku bawanya duduk di atas bangku di tepi sebuah padang yang luas. Dia aku dudukkan di pangku aku. Rambutnya yang lepas bebas, sesekali mengena wajahku.


" Kenapa ini? Selalu awak tak diam. " Dia tunduk merenung rumput. Dan aku lihat dia menangis. Ah sudah! Kenapa pula. Segera aku seka air matanya yang mengalir. Dia bangun dan duduk di bangku sebelah aku. Tapak tangan aku dia gengam. Erat. Seakan tidak mahu dilepaskan.


" Kenapa ini? " tanya aku sekali lagi. Redup pandangannya tertaut. Tubuhnya aku tarik dekat dengan aku hingga harum rambutnya mampu aku cium. Dia menangis lagi. Lebat. Pasti ada sesuatu yang menggangu jiwanya. Aku masih bersabar menunggu jawapannya.


" Awak, boleh tak jangan jumpa saya lagi. " Tuturnya perlahan namun seperti halilintar di pendengaran aku. 
" Kenapa? Apa salah saya? " soal aku. Hairan. 
" Kita tak sepatutnya bermula. Bukan begini seharusnya. Awak bukan dari dunia saya dan kita tak mungkin mendua." satu persatu di pertuturkannya.


Tubuhnya aku dakap erat! Tak! Tak mungkin. Mana mungkin aku mampu lepaskan orang yang aku sayang. Tak mungkin!


" Saya takkan lepaskan awak. Biarlah kalau dunia kita tak sama. Biarlah kalau saya hanya boleh bertemu awak cuma dalam lena saya. Dalam mimpi saya.Bukan nyata. Biarlah. Biarlah kalau saya perlu mendiam di sini selamanya asalkan saya takkan jauh dari. Asalkan awak tak pergi dari saya. Saya tak mahu! " 


Suara aku semakin meninggi. Permintaan ini mustahil. Mana mungkin! 


" Awak, dengar, " Suaranya lembut memujuk aku. " Kita tak boleh bersama awak. Ini negeri cenderawasih. Dunia luar warasnya manusia. Ini bukan dunia awak. Kita cuma bertemu bila saya mahu. Dan hari ini, setelah hampir 5 tahun awak kita begini, saya rasa saya kejam pada awak. Biar saya lepaskan dan awak carilah kehidupan awak. " 


Air matanya berlinang. Sayang, kenapa seksa hatimu? Aku tahu kamu sendiri tidak merelakan. Aku usap pipi basahnya. Aku kucup keningnya. Aku dakap dia dekat , rapat. Biar dia dengar degup jantung. Wajahnya disandarkan di dada aku. Dan aku pasti dia dengar. 


" Saya tak mahu. Tak mahu. Saya sayang awak Cahaya. Saya cinta awak. Saya tak tahu bagaimana mahu hidup tanpa awak. Jangan buat saya begini, " rayu aku. Air mata aku mula mengalir. Ah! Lelaki juga boleh menangis kerana cinta. 


" Andura, dengar sini sayang. Cari seseorang yang mampu bahagiakan awak, lebih dari saya. Percayalah, saya takkan berhenti mencintai awak. Awak yang pertama dan terakhir di hati saya. " Bibirnya mengukir senyuman dan mungkin itu senyuman terakhir dia untuk aku. Tuhan jangan ambil dia. Jangan. Masih cuba merayu pada DIA. Sesungguhnya, gadis ini yang pertama aku cinta dan tak mungkin ada galang gantinya.


Percintaan yang  berlaku di alamluar sedar ini, membahagiakan aku. Dan kalau mahu dikurung aku di sini, biarlah aku rela. Asal saja aku tidak jauh dari Cahaya. Gadis cenderawasih. Aku tidak tahu bagaimana mahu hidup tanpa dia setelah hampir 5 tahun menjalin cinta begini. 


Dia membalas pelukan aku. Dia capai tangan aku. Dikucupnya. Ada titis air matanya di situ. Matanya merenung aku dalam-dalam. " Jaga diri awak baik-baik. Ingat, saya takkan berhenti mencintai awak Andura. Maafkan saya seadainya apa saya buat ini melukakan hati awak. Maafkan saya, " matanya bergenang saat mengucapkan kata-kata ini.


Dan sedikit demi sedikit, imej dirinya kabur dan terus hilang. Hilang di hadapan mata aku sendiri. 


- - - - - - - 


Pagi itu aku jaga dari tidur dengan sepucuk surat dalam genggaman aku.


Sayang, selamat tinggal. Jiwamu kini aku pulangkan. Biar cuma jiwa aku yang usang di mamah usia cinta kita yang tidak kesampaian. Biar cuma ia yang mati. Tapi bukan kamu. Kamu yang pertama aku cinta dan ia selamanya. Maafkan aku. Aku terpaksa. Ini demi kebaikanmu. Cinta kamu, aku kunci dalam-dalam hatiku. Sampai aku mati.....

-Cahaya-


Bagaimana mahu diteruskan hidup tanpa kamu Cahaya? Bagaimana?




p/s: ini sedikit kurang. :) Harap terhibur.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...