Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Koleksi Cerita Lieyanna Esmeralda. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Cerita Lieyanna Esmeralda. Show all posts

Thursday, 19 November 2015

3 Mawar Bhg. 3

“Mai, aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku betul-betul rasa rumah tu something. Dari hari pertama lagi aku dah rasa pelik dengan rumah tu.” Luah Sarah pada Umairah, rakan sekerjanya.

“ Kau betul- betul pasti ke dengan apa yang kau cakap ni? Bukan mimpi?” Tanya Umairah. Dia masih kurang percaya dengan cerita Sarah.

“ Betul Mai, buat apa aku tipu. Aku nampak sendiri benda tu. Aku takut Mai.”

“ Tenang Sarah. Mungkin kau terbawa-bawa dengan mimpi kau kot.”

“ Tak, Aku tak mimpi Mai. Aku sedar masa tu. Dalam bilik air tu. Dia panggil aku,Mai.”
Ujar Sarah terketar-ketar. Umairah hanya mampu memeluk Sarah sambil mengusap belakang Sarah. Cuba menenangkan kawan yang ketakutan.

“ Kau dah bagitahu Izham pasal ni?”

Sarah hanya menggelengkan kepala. Menandakan dia belum memaklumkan tunangnya tentang kewujudan ‘hantu’ di rumahnya.

“ Apakata kau cuba bagitahu dia. Cerita pada dia. Mungkin dia ada nasihat yang baik untuk kau?”

“ Iz tak ada kat sini. Dia kat Dubai sekarang. Minggu depan baru dia balik.”

“ Kalau macam tu, tak apalah Sarah, aku ada kalau kau nak cerita apa-apa. Cuma sekarang, aku nak kau tenang, lap air mata tu dan basuh muka.” Pujuk Umairah.

“Ermm…Mai, kau dah jumpa ke rumah yang kau cari tu?” Tanya Sarah. Umairah yang kini tinggal bersama rakannya di Bangsar terpaksa mencari rumah lain kerana temannya itu bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Menyewa seorang diri di bangsar memang tersa agak perit baginya.

“ Belum lagi Sarah. Masih mencari.” Jawab Umairah sambil mengeluh.

“ Oh…hujung bulan ni kau dah tak tinggal sana kan?”

“ Ya, tapi aku pening ni sebab tak jumpa rumah yang sesuai lagi. Alamatnya berkhemah depan ofis lah jawabnya.” Getus Umairah. Sarah tertawa kecil.

“ Kau pindah duduk dengan aku sajalah. Minggu depan dah masuk bulan baru kan?” Pelawa Sarah.

“ Pindah duduk dengan kau?” Soal Umairah.
“ Ya, kenapa? Takut hantu?” Usik Sarah.

“ Hahaha. Gila. Tak adalah. Molek juga tu. Kau pun tinggal seorang kan?” Putus Umairah. Selesai sudah masalah ‘penempatannya’.

“ Hehe. Ingatkan takut. Kalau macam tu, hujung minggu ini aku tolong kau pindah ya?”

“ Okey. Thanks Sarah.”


***

Sarah sedang menyidai beberapa helai baju di balkoni. Kesibukan kerja pada waktu siang menyebabkan pada waktu malam sahaja dia berkesempatan membasuh baju. Adat orang bujang. Selesai menyidai baju, dia beralih ke dapur. Menyediakan makan malam. Nasi goreng menjadi pilihan kerana mudah dan cepat.

Sedang sibuk di dapur, tiba –tiba hidung Sarah terbau bau hanyir yang sama. Sarah kaget. Tangannya yang tadi ligat menggoreng kini terhenti. Bau itu kuat datangnya dari arah ruang tamu. Sarah meletakkan sudip ke tepi dan terus ke ruang tamu.

Mata Sarah melilau memerhatikan sekeliling. Tiada apa-apa. Cuma ada, bau hanyir meloyakan itu menusuk rongga hidung. Tidak tahan dengan bau itu, Sarah melajukan putaran kipas ke tahap maksimum. Mengharapkan bau itu hilang.

Sarah seakan terlupa dia sedang memasak. Bau masakan yang hangit pula menari-nari di rongga hidungnya. Hanyir dan hangit bercampur baur. Sarah segera berlari ke arah dapur, dan segera menutup api dapur. Selera makannya hilang. Lalu dia berlalu ke bilik tanpa menghiraukan perut yang berkeroncong minta di isi. Seleranya mati.

Manakala di ruang tamu, satu bayangan susuk tubuh beransur pergi dan menghilang tanpa di sedari Sarah.



***

3.30 pagi.

Lena Sarah tampak tidak tenang. Kedengaran desah nafas kencang yang terhembus. Sesekali badannya bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Gelisah.  Mimpinya kali ini tidak seperti selalu.


Sarah melihat keadaan ruang tamu rumah bersepah-sepah, dengan kerusi, meja yang tunggang langgang. Kelihatan satu susuk tubuh seorang gadis pertengahan 20-an sedang ketakutan. Dan kelihatan juga satu susuk tubuh lelaki yang tidak dikenali sedang mengejar gadis itu.

Kelihatan babak kejar-mengejar sedang berlaku. Di tangan lelaki itu, ada sebilah kapak yang tergengam erat. Manakala gadis itu sedang mengelakkan diri sambil membaling apa sahaja objek yang sempat dicapainya ke arah lelaki itu. Suara jeritan si gadis dan hilai ketawa sang lelaki melatari babak kejar-mengejar tersebut.

Ternyata, malang memihak pada si gadis berambut pendek itu. Di hujung penjuru dinding, dia kehilangan arah dan ruang untuk terus lari menyelamatkan diri. Si gadis menangis ketakutan. Wajahnya pucat tak berdarah. Lelaki tak dikenali itu ketawa mendekati si gadis. Sambil mengacah-acah kapak yang berada di tangannya. Si gadis menjerit sambil menutup muka.

Dengan kasar, lelaki itu menarik rambut gadis itu menyebabkan si gadis melolong kesakitan.

“ Kau nak apa dengan aku!!!?” Pekik si gadis.

“ Aku nak kau. Hahahaha.”

“ Kau nak apa dengan aku? Kau nak duit? Aku bagi. Tapi jangan buat aku macam ni!!!”

“ Aku tak perlukan duit kau. Aku hanya nakkan darah kau.”

“ Mengarut!! Lepaskan aku, orang gila!! Lepaskan!!!”

“ Hahaha. Kau ingat senang nak lepas dari aku?”

“ Kau binatang!! Bodoh!! Babi!! Lepaskan aku bangsat!!!”

Pang!!

Satu tamparan kuat singgah di pipi si gadis. Kuatnya tamparan itu menyebabkan si gadis jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Lelaki itu mengheret si gadis lalu di dudukkan tubuh itu di atas sebuah kerusi dan diikat. Kepala si gadis di dongakkan menghadap si lelaki.
Kelihatan tangan yang memegang kapak itu diangkat. Seakan ingin menetak si gadis yang tidak sedarkan diri. Kapak di angkat tinggi dan di hayunkan menuju tepat ke leher si gadis dan…

“Jangan!!!!”


Sarah tersedar dari mimpi. Babak-babak mimpi yang pelik dan menakutkan membuatkan dia berdebar-debar. Nafasnya tercungap-cungap. Badannya menggigil menahan takut. 



Bersambung lagi.....

Baca bahagian sebelumnya



p/s: Maaf lama nak sambung balik. hehehe

Monday, 13 April 2015

3 Mawar Bhg. 2



Sarah menekan loceng rumah Pak Akob. 3 minit menunggu, kedengaran dari arah dalam tombol pintu di pulas. Satu wajah tua menjengah keluar.

“Assalamualaikum pakcik.”  Sarah menghulurkan salam.

“ Ya, kamu nak apa?” tanya Pak Akob tanpa menjawab salam Sarah. Dingin nada percakapan.

“ Saya datang nak bagitahu yang tandas di bahagian dapur tersumbat. Padahal baru sekali saya guna. Boleh pakcik tolong panggilkan orang tolong betulkan?”

“ Oh, baiklah. Kamu balik dulu. Nanti aku sendiri betulkan.”

“ Okey lah kalau begitu. Terima kasih pakcik.” Tanpa sempat Sarah beredar, pintu rumah orang tua itu di tutup. Sarah sedikit tersentak.

“ Apahal orang tua ni? Pelik.” Sarah mengomel sendiri. Dia menapak pulang ke rumah.



***



“ Tersumbat sikit je ni.” Kata Pak Akob bila dia melihat bilik air yang dikatakan tersumbat.

“ Jadi, pakcik boleh settlekan hari ini kan?” Tanya Sarah.

“ Hmmm…” Ringkas jawapan Pak Akob.

Sarah hanya mengangkat bahu lalu beredar ke ruang tamu. Ingin berborak  dengan Pak Akob, tapi seolah-olah tidak dilayan.

10 minit kemudian, Pak Akob keluar sambil membawa peralatan yang di bawanya tadi. Sarah bangun menuju mendapatkan Pak Akob.

“ Dah siap pakcik? Apa masalahnya ye?” Tanya Sarah.

“ Hmmm…tak ada apa sangat. Tersumbat sebab rambut.”

“ Rambut? Rasanya saya tak pernah guna pun bilik air sana. Biasa guna yang dalam bilik saja.”

“ Penyewa lama kot.”


“ Ohh…mungkin jugak kan pakcik. Er…”

“ Aku balik dulu. Apa-apa nanti, kamu telefon pakcik.”

“ Baik pakcik. Terima kasih ye.”


Pak Akob terus berlalu tanpa kata. Seperti biasa, dingin dan susah di bawak berbual. Hanya bercakap sepatah dua sahaja. Sarah buat tidak kisah. Malas ambil pusing dengan Pak Akob yang dingin. Matanya sempat menjeling ke dalam baldi yang di bawa Pak Akob. Ya, memang betul. Bilik airnya tersumbat dek kerana rambut. Cuma yang pasti jumlahnya terlalu banyak. Ya, banyak!!




***




“ Jangan!! Jangan apa-apakan aku. Kau nak apa hah?!!” Jerit si gadis di penjuru dinding.

“ Kau kena sedar, kau tak layak hidup.”

“ Siapa kau yang tentukan aku berhak hidup ke tidak!! Kau bukan Tuhan!!”

“ Hahahaha!! Aku yang tentukan hidup kau sekarang. Kau tak ada pilihan.”

“ Kau gila!!! Gila!!!”

“ Hahahaha”

Serentak dengan itu, kapak di hayun tepat mengenai leher si gadis. Jeritan si gadis terhenti. Kepala yang membawa limpahan darah merah pekat tergolek ke lantai. Tubuhnya kaku. Senyap.


Sarah tersentak dari lenanya. Mimpi yang dialami solah-olah terasa benar. Badannya bermandi peluh. Dada berdebar kencang. Sarah beristighfar. Beberapa minit, dia berasa tenang kembali. Mimpi ngeri itu cuba dilupakan. Hanya permainan tidur. Sarah merebahkan badannya kembali. Ingin menyambung tidur. Namun, belum sempat dia memejamkan matanya, dia terdengar bunyi esakan di luar biliknya. Dada Sarah kembali berdegup kencang. Dengan bismillah, Sarah bangkit dari katil. Lampu bilik di buka. Sarah menuju ke ruang tamu dengan debaran yang memuncak.


Suara esakan semakin jelas di telinga Sarah. Sarah mencari arah suara tangisan tersebut. Di ruang tamu, kosong. Sarah menuju ke arah dapur. Suara itu semakin lama semakin jelas. Sarah menggigil.

“ Si..sia..siapa ye?”

Tiada jawapan. Yang kedengaran hanyalah suara tangisan.

“ Toolongg sayaaa…tolooong”


Suara itu dari dalam bilik air dapur. Sarah menolak perlahan pintu bilik air tersebut. Dan apa yang dia lihat membuatkan dia terpaku tanpa kata.


Sekujur tubuh yang berlumuran darah sedang duduk di lantai sambil meriba kepalanya. Merah darah memenuhi lantai bilik air. Tangan kiri tubuh tanpa kepala itu cuba menggapai Sarah.


“ Ttolongggggg”



Pandangan Sarah gelap. Suaranya terasa tersekat di kerongkong. Sarah rebah di situ juga. Pengsan.




Bersambung.



Episod sebelum:


Bahagian 1


p/s: Mak, kite dah update ni haa. kahkah

Thursday, 26 March 2015

3 Mawar Bhg. 1

Pintu rumah di kuak perlahan. Gelap. Begitulah yang terlintas di minda Sarah apabila melangkah kaki ke dalam rumah yang baru di sewanya.

Lampu ruang tamu dibuka.


Cantik. Sarah terpegun melihat dinding rumah yang berlatarkan warna hijau lembut dan di hiasi dengan lukisan mural bunga-bungaan. Tampak mendamaikan. Seolah-olah di hadapannya ini adalah sebuah padang rumpaut yang di penuhi bunga-bungaan segar. Dan lukisan tiga kuntum bunga mawar merah di penjuru dinding amat menarik perhatiannya. Seolah bunga hidup.


Tok! Tok! Tok!!


Pintu rumah Sarah diketuk. Sarah yang baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya di sofa, manapak menuju kea rah pintu.


“ Ya, pakcik?” Tanya Sarah. Rupanya, Pak Akob, pemilik rumah yang datang.



“ Err…pakcik cuma nak ingatkan, kamu boleh susun balik perabot dalam rumah ni kalau kamu mahu. Tapi, satu je. Jangan tukar cat dinding.” Kata Pak Akob.



Sarah mengangguk tanda faham. Setelah Pak Akob berlalu, dia menutup kembali pintu dan mengangkat 2 biji bagasi yang berisi baju dan barang keperluan ke dalam bilik. Mujurlah apartment yang terletak di tingkat 3 ini menyediakan segala kelengkapan.




***



Jam 6.30 petang. Sarah melangkah longlai, lalu terbaring di sofa hitam di ruang tamu. Penat. Letih meayan karenah pelanggan yan macam-macam. Matanya seakan ingin tertutup. Kepenatan membuatkan dia mengantuk.



Deru angin dari tingkap menampar lembut mukanya. Namun, tiba-tiba Sarah terbau satu bau yang agak tidak enak. Hanyir. Semakin lama bau itu semakin menyusuk rongga hidung. Akibat tidak tertahan dengan bau yang semakin meloyakan tekak, Sarah bangun menuju ke arah tingkap yang sedia terbuka dari pagi. Lupa ditutup.



Sarah mengintai ke luar tingkap. Mencari punca bau hanyir yang memenuhi rumahnya. Namun tiada tanda atau ternampak apa-apa punca datangnya bau itu. memandangkan hari semakin menghampiri senja, tingkap di tutup. Bau itu masih ada. Bulu roma Sarah meremang tiba-tiba. Pelik.



***



Novel Hijab Sang Pencinta di capai. Sarah menapak menuju kea rah balkoni sambil di tangan kanannya membawa mug berisi milo panas. Di duduk menghadap pemandangan luar. Gelap. Kosong. Hitam malam menutupi bukit bukau yang  cantik sewaktu dinikmati waktu siang. Pembacaan yang sudah lama di tinggalkan di nikmati penuh khusyuk. Sehingga Sarah tidak sedar yang waktu sudah menunjukkan angka 2.30 pagi. Memandangkan esok dia bercuti, Sarah tidak kisah jika malam ini terus dinikmati lebih lama.



Sedang Sarah leka mengikuti kisah Laksamana Sunan di dalam novel yang di baca, tiba-tiba rongga hidungnya terbau kembali bau yang sama pada petang tadi. Bau hanyir itu seolah-olah datang dari ruang tamu rumahnya. Sarah meletakkan novel yang dibaca. Kaki laju menuju ke ruang tamu sambil sempat tangannya mencapai penyapu. Dia syak bau itu berpunca dari bangkai binatang.



Seluruh inci dan genap ruang tamu di periksa. Namun bangkai punca bau hanyir menusuk itu masih tidak di temui. Sarah pelik. Bau itu masih ada. Semakin kuat ketika menghampiri dinding. Peluh penat membasahi dahi Sarah. Dia terduduk sambil menggaru kepala. Tanpa di duga, matanya tertancap pada tiga kuntuman mawar merah besar di hujung dinding. Terasa sesuatu apabila memandang pada lukisan cat tangan tersebut.


Pang!!!



Sarah tersentak. Mug berisi milo panasnya terhempas ke lantai. Hancur berkecai. Dada Sarah berdebar. Ada perasaan tidak enak menerpa benaknya. Di menuju kembali ke arah balkoni.




'Angin kuat yang tolak barangkali.' Sarah menyedapkan hati sendiri. Tetapi Sarah semakin hairan dan berdebar apabila novelnya masih berada di kedudukan sama. Dengan muka surat yang tidak berubah. Mustahil novel di sebelah mug yang jatuh itu tidak terusik dek angin. Tanpa berlengah lagi, Sarah mencapai novelnya dan terus masuk ke dalam rumah. Kaca mug yang pecah di biarkan. Dan bau hanyir yang tadinya memenuhi ruang kini lenyap. 



Bersambung


P/s: Cerita tahun 2011, zaman muda remaja lagi. Belum habis tulis sebenarnya. Diharapkan semangat kerajinan sampai untuk habiskan cerita. Hikss 

Friday, 28 June 2013

Jangan Mati Dulu

"Aku ingat selama ini aku pernah sayang kau. Silap. Aku masih sayang kau sebenarnya"




*sunyi* *bunyi cengkerik*






"Tolong jangan mati sebelum aku"



-TAMAT-

hehehe

Thursday, 4 April 2013

Kotak Rasa


Aku sedang berteleku di tepi pantai dengan air mata berjejeran apabila aku didekati oleh seseorang. Dia memperkenalkan dirinya sebagai jurujual. Barang baik katanya kepadaku. Kejadah apanya orang ni nak jual barang pada orang yang tengah ’frust’ macam aku ni? Aku buat tidak peduli, tanda tidak berminat. Tetapi dia tetap tidak mengalah.

"Cuba cik lihat dulu barang yang saya bawa ni. Mesti cik tidak akan menyesal. Lagipun memang cik tengah perlukannya saat ini."

"Apadia? Kalau tisu, tak apalah, hang pi balik ja."

" Bukan tisu, cuba lihat dulu cik."

Aku dengan malas, menuruti permintaan jurujual tersebut. Ternyata memang bukan tisu tetapi beberapa biji kotak yang berwarna warni yang cantik.

"Tupperware?" Tanya aku. 

Dia tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Katanya, ini bukan tupperware, tetapi kotak rasa. Aku yang tadinya malas mahu melayan, mula tertarik. Jurujual itu terus bercerita. Setiap warna pada kotak ini mempunyai makna tersendiri. Kotak merah untuk rasa cinta, kotak hitam untuk kemarahan, kotak hijau untuk rasa tenang, kotak kuning untuk rasa gembira, kotak biru untuk rasa sedih, kotak coklat untuk kekuatan dan kotak ungu untuk rasa sepi.

Katanya, aku hanya perlu memilih kotak yang aku kehendaki dan curahkan segala rasa aku pada kotak itu lalu dibuang. Dengan itu, segala rasa yang aku ingin hapuskan akan hilang. Aku berminat, lalu aku memilih untuk membeli kotak merah, hitam, biru dan ungu. Jurujual itu tersenyum lalu memberikan aku kotak-kotak yang aku pinta.

Aku mula merasa teruja dengan kotak-kotak rasa tersebut. Jurujual itu masih di sisi aku. Dia menunjukkan aku cara untuk membuka kotak itu supaya aku dapat meluahkan rasa-rasa yang terbuku di dalam hati. Selesai mencurahkan segala rasa, kotak-kotak tersebut aku campak ke celahan ombak-ombak pantai.

Dengan secara tiba-tiba, perasaan cinta, marah, sedih dan sepi aku hilang. Aku gembira. Namun jauh di sudut hati kecil aku, aku terasa bagaikan ada kekurangan. Rasa kosong dan hambar. Aku bertanyakan sebabnya pada si jurujual tersebut. Adakah itu kesan sampingan menggunakan kotak-kotak itu?

Jurujual itu tadi hanya ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Aku hairan.

Katanya, Tuhan sengaja mencipta pelbagai rasa untuk kita rasa dalam hidup. Rasa cinta yang mebolehkan kita menjalani hidup dengan penuh kebahagiaan. Namun cinta tanpa dugaan adalah hambar. Tidak menarik. Kesedihan akibat cinta itu juga akan mengajar kita untuk kuat. Dengan kekuatan itulah kita akan cuba bangkit melawan rasa sepi dan dan marah kita pada insan yang melukakan hati kita. Dengan semua rasa itu, Tuhan juga memberi petanda yang Dia mahu kita mengadu padaNya. Dengan cara itu, ketenangan akan datang secara sendiri. Aku hanya mengangguk perlahan.

Membuang rasa cinta, sedih, marah dan sepi membuatkan hidup kita membosankan. Ibarat hilang beberapa warna dalam hidup, katanya. Tanpa itu semua bagaikan ada ruang-ruang kosong pada diri kita yang membuatkan hidup kita tidak lengkap. Aku mula sedar, dan cuba mencapai kembali kotak-kotak warna rasa yang aku telah buang. Namun sayang, kesemuanya telah hanyut ke tengah laut. Aku kecewa.

Jurujual itu tadi menarik tangan aku dan berkata,

" Cik jangan risau, saya juga ada jual kotak-kotak tambah nilai rasa untuk insan-insan yang kehilangan rasa macam cik." Katanya sambil tersengih


p/s: dah lama skip schedule. hihi

Wednesday, 13 February 2013

Susu Coklat




Hari ini : 21 Jun 2012

Punat TV yang ada dilantai Maya tekan dengan kaki. Seringkali Maya mematikan kotak segi empat itu dengan mendadak apabila iklan yang dia paling menyampah disiar.
Iklan dimana si badan besar mengecil jasa produk-produk kononnya dapat menguruskan badan tanpa perlu menjalani upacara menyedut lelemak di hospital.

“ Marah iklan lagi?” Soal Ika yang baru keluar dari bilik. Tubuh yang sedap-sedap peluk itu menuju bilik air yang terletak di dapur. Mukanya tergambar riak sinis. Maya terbungkam tanpa membalas sinisan biasa yang dia dapat hari-hari. Kotak segi empat tepat berwarna biru coklat yang mengandungi cecair tenusu berperisa coklat disedut dalam-dalam. Termasuk yang ini, sudah 3 kotak dilahap Maya. Ia umpama vitamin untuk diambil hari-hari. Tanpa jemu ditogok hari-hari dengan harapan dapat menambah saiz badan. Teori yang si kulit putih bersih hasil genetik keturunan cina melayu ini cipta sendiri.

Ada yang kata, Maya tidak bersyukur. Siapa kata! Dengus hati Maya



Imbas kembali: 2 bulan lalu

“ Kau ok tak?” Maya yang sedang asyik mengelamun di meja tersentak bila ditegur dari belakang sebegitu.

“ Hah? Aku ok saja. Kenapa? Kau nampak aku ada masalah kah?” Maya pula menujukan soalan.

“ Sepertinya.
Aku tengok kau termenung saja. Ada masalah, bagitahu. Tak cukup duit nak makan, pinjam dulu dengan aku.”

“ Tak ada apalah. Duit aku cukup untuk aku makan. Kau Nampak aku macam kebulur kah?”

“ Mana tahu, duit habis beli alat solek, baju cantik kan. Lagupun kau ni dah lah kurus kering macam orang tak makan, di buatnya tak makan, apa lagi yang tinggal pada badan kau?” Sinis ungkapan itu kedengaran di telinga Maya.

Ada, tinggal kesabaran yang makin menipis.” Ujar Maya sambil mencapai beg tangan dan berlalu. Maya memang pantang bila ada orang mempersoalkan tentang tubuh badannya. Ini bukan kali pertama Maya ditegur kerana fizikalnya yang keding. Sudah banyak kali, dan makan masa bertahun Maya dihujani soalan kenapa badan sekurus ini.

'Heh, ingat aku suka-suka nak jadikan badan aku sebegini?’ Kata hati Maya yang membentak.


Maka sejak itu, dalam keadaan Maya yang tengah panas hati dia mencapai sekotak susu berperisa coklat kegemarannya dan menyedut rakus. Sedang tangannya bermain-main dengan kotak minuman itu, Maya terfikir satu perkara. Sambil matanya memerhatikan kandungan bahan minuman itu, dia mentafsirkan satu perkara. Susu, sesuatu yang menyihatkan untuk badan dan coklat bisa menggemukkan.

Lama dia duduk di perhentian bas tersebut sambil berfikir. Tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang, malah tanpa menghiraukan bas yang baru saja tiba, Maya berpatah balik dan menuju ke kedai runcit Uncle Don untuk membeli beberapa kotak lagi minuman susu coklat.


3 minggu selepas 21 Jun 2012

Maya turun dari penimbang berat badan dengan keluhan panjang. Setakat hari ini, baru 1.5 kilogram beratnya bertambah. Sasaran 5 kilogram untuk mendapatkan berat badan ideal masih jauh. Ika, yang melihat gelagat Maya dari jauh hanya memandang tanpa perasaan. Dalam diam dia mengejek Maya. Jelik.

Sehingga hari ini, minuman susu coklatnya itu masih menjadi rutinnya. Pagi, tengahari, petang dan malam sebelum tidur, tidak pernah dia lupa. Sudahnya, dia seakan ketagihan. Sehari tanpa susu coklat menbuatkan dirinya lemau tak bersemangat. Ika pula tak sudah- sudah memperlinya kerana banyaknya stok simpanan minuman itu di rumah, umpama Mayalah duta kepada minuman susu coklat itu. Diam- diam, ada waktunya Ika curi-curi mengambil beberapa kotak minuman itu. Maya tahu, cuma dia diamkan sahaja.

Dengan berpakaian sukan, dan tuala kecil di bahu, Maya keluar rumah untuk ke taman yang biasa dia kunjungi untuk berjogging. Pemergiannya hanya di hantar oleh ekor mata Ika yang sedang menonton televisyen.


Sebulan kemudian

Maya sedang berjogging seperti biasa di taman. Misinya tetap diteruskan walaupun setakat hari ini, hanya 1.5kg beratnya bertambah. Dia kelelahan. Tekaknya juga minta di isi. Sedikit rasa kesal dalam diri Maya apabila dia terlupa membawa susu coklatnya bersama. Yang ada, cuma air mineral. Maya duduk di bangku yang tersedia.

Dari jauh, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan Maya. Lebih sebulan dia mengekori susuk badan gadis itu. Tidak kira di mana Maya berada, disitu dia ada. Hari ini, dia berhajat menegur gadis kulit putih bersih itu. Langkah kaki di atur perlahan menghampiri Maya yang sedang melepaskan lelah di bangku berhadapan tasik.

Dengan bersahaja, lelaki itu duduk di bahagian bangku kosong yang di duduki Maya. Maya yang sedang meneguk air mineral, tidak mempedulikannya, malah di enjakkan sedikit punggungnya ke tepi. Menjauhi lelaki asing yang duduk di sebelahnya.

"Hai.” Lelaki itu menyapa Maya.

Maya tersentak, berpaling ke arah lelaki itu. Dahinya berkerut.

Ya?”

Saya selalu tengok awak...err..disini.” Lelaki itu cuba memulakan perbualan. Namun, permulaannya agak pincang. Dia juga perasan banyak mata memerhatikan mereka.

“ Hah?” Maya menunjukkan reaksi terkejut.

Saya suka tengok awak. Nah, ambiklah ini.” Lelaki itu menghulurkan sekotak susu coklat. Beberapa hari mengekori Maya menyebabkan dia perasan minuman itu adalah kesukaan Maya. Tangannya mengunjukkan kotak minuman itu kepada Maya apabila tiada tanda-tanda Maya menyambut pemberiannya.

Maya mahu tidak mahu, menerimanya. Walaupun hatinya meluap-luap ingin menikmati susu coklat tersebut, dia cuba bersabar. Mana tahu, lelaki tersebut mandremkan dia dengan minuman susu coklat tersebut. Kotak minuman itu diletakkan di sisi. Beberapa minit tanpa bicara, dan reaksi Maya yang seolah-olah tidak senang dengan situasi itu, lelaki tersebut bangun menunjukkan tanda mahu beredar.

Jumpa lagi.” Kata lelaki tersebut lalu beredar. Maya tidak memberi sebarang reaksi.

Beberapa minit selepas lelaki itu pergi, Maya juga bangun. Hari makin menginjak senja. Pemberian lelaki yang tidak dikenali tadi dicapai. Sewaktu menapak menuju keretanya, Maya sempat membaling kotak minuman itu ke dalam tong sampah hijau walaupun dalam hati terasa sayang. Pintu kereta di buka dan dia pulang dengan sedaya upaya menangkis bayangan lelaki asing dan susu coklat itu tadi.

Di kejauhan, di sebalik sebatang pokok sebesar pemeluk, lelaki tadi melihat kelakuan Maya sambil mengetapkan bibirnya.


Beberapa minggu berlalu, Lelaki tersebut sering datang menemui Maya. Maya yang pada mulanya tidak kisah, mulai rimas. Sudah beberapa kali lelaki itu di marahinya. Namun, lelaki itu seakan tidak peduli.

Di rumah, Ika mengambil 2 kotak minuman Maya secara diam-diam. Senyap dan pantas. Dia tahu, Maya akan pulang bila-bila masa sahaja dari sekarang. Di bawanya kotak minuman itu masuk ke dalam bilik, dan lipatan di sisi kotak dibuka perlahan dan cermat. Satu picagari yang mengandungi sejenis racun dikeluarkan dan di suntik perlahan ke dalam kotak minuman itu. Separuh daripada kandungan dalam picagari di di masukkan. Separuh lagi, Ika masukkan ke dalam kotak kedua.

Selesai, dilekatkan kembali sisi kedua-dua kotak minuman tersebut dengan gam gajah. Dengan hati-hati dan cermat, kedua-dua kotak itu kembali pada asalnya tanpa ada kecacatan. Ika mengembalikannya pada tempat asal. Dia tersenyum kepuasan sambil melirik pada foto perkahwinannya yang melekat di dinding. Baginya, Maya tidak ubah seperti susu coklat ini juga. Keliru sama ada dia adalah susu ataupun minuman coklat.

Di daerah lain, Kamal, lelaki asing yang menegur Maya di taman juga ingin menjalankan misinya. Satu set alat solek yang baru dibelinya di buka. Memandangkan seringkali dia susu coklat pemberiannya menjadi habuan tong sampah, dia beralih pada alat solek. Kamal yakin, kali ini Maya tidak mampu menolak. Biarlah melayang wang ringgit, asalkan hatinya puas. Dengan cermat, beberapa titisan cecair di titiskan pada setiap bahagian alat solek yang mengandungi pembayang mata dan pemerah pipi. Tidak lupa juga pada bedak padat. Setelah dipastikan ianya meresap elok, kesemua alat solek berjenama mahal itu di bungkus cantik. Disertakan sekeping kad yang menyatakan si penerima tanpa menulis siapa pengirimnya. Hadiah itu kemudiannya di bawa keluar.

Maya yang sedang berehat menikmati susu coklatnya sambil menunggu masker di mukanya kering tersentak apabila loceng rumahnya di tekan bertalu-talu. Maya merenggus marah kerana menyangkakan Ika yang pulang dan terlupa membawa kunci. Pintu rumah di buka, namun tiada sesiapa di luar. Sebaliknya sebungkus hadiah berada betul-betul di kakinya. Maya mengambil hadiah tersebut dan kad yang terlekat padanya di buka. Di dalamnya hanya tertulis namanya tanpa menyatakan siapa si pengirim. Hadiah itu di bawa masuk.


Paginya, Maya bangkit dengan penuh semangat. Seperti kelazimannya. Usai mandi, di sarung skirt pendek paras paha dan kemeja berwarna kuning lembut. Hadiah berupa alat solek di buka dengan teruja. Teruja kerana pertama kali menggunakan alat solek yang berjenama mahal. Sedar yang dia agak kelewatan, dia bergegas ke dapur mengambil sekotak minuman susu coklatnya lalu keluar untuk ke pejabat. Ika, yang dari semalam tidak pulang ke rumah tidak dipedulikannya.

Jam menunjukkan pukul 8.04 pagi. Kesesakan menyebabkan aliran kenderaan amat perlahan. Maya kegelisahan sambil terus menyedut minuman susu coklatnya. Sudah menjadi kebiasaanya menjadikan minuman itu pembuka hari. Kadangkala, tangannya menggaru-garu mukanya yang terasa miang. Semakin lama, semakin terasa kegatalannya. Selang beberapa minit, dia terasa perutnya pedih. Kerongkongnya juga terasa hangat, panas seolah-olah terbakar. Maya semakin tidak tentu arah. Rasa gatal bercampur dengan kesakitan menyebabkan dia menjerit lalu keluar dari kereta. Bunyi hon kenderaan-kenderaan lain tidak dipedulikannya. Maya yang terhuyung hayang tanpa arah tidak menyedari sebuah motorsikal sedang laju dari arah belakang. Kedua-duanya tidak sempat mengelak. Keadaan menjadi hingar bingar dan tidak tentu arah.

Ke esokan harinya, berita kematian Maya menjadi muka depan di kebanyakan akhbar-akahbar tempatan. Ika, rakan serumahnya juga di tahan untuk membantu siasatan. Dan terbongkarlah apa yang tidak disangka-sangka.

Menurut kenyataan Ika, dia telah berkahwin dengan Mazlan 2 tahun lalu. Perkahwinan yang di atur keluarga di terima dengan hati terbuka dan redha. Namun ianya hanya mimpi. Sebulan tinggal bersama membuatkan Ika sedar yang suaminya bukan lelaki sejati. Suaminya terlalu ingin menjadi wanita dan perkahwinan itu hanya untuk memuaskan hati kedua ibu bapanya yang mahukan dia berubah kembali menjadi lelaki.
Akibatnya, Ika diabaikan oleh Maya atau nama sebenarnya Mazlan bin Mustafa dan ianya menimbulkan sakit hati yang lama tersimpan.

Di sebuah rumah, Kamal seorang yang songsang naluri seksualnya tersenyum puas. Sakit hati kerana keengganan Maya melayannya menyebabkan ’gadis’ itu menerima akibatnya. Walaupun bukan dia yang menjadi punca utama kematian Maya, dia tetap berpuas hati. Penolakan adalah sesuatu yang tidak boleh diterimanya.

Maya meninggal serta merta akibat hentakan pada kepala akibat dilanggar motor.
Mati tanpa sempat racun itu bertindak balas sepenuhnya. Hasil bedah siasat telah membuktikan punca hilang arah Maya. Ika, isterinya terbukti bersalah berdasarkan penemuan cap jarinya pada kotak minuman susu coklat beracun yang di minum Maya. Nampaknya misi Maya atau Mazlan yang ingin menambah berat badannya melalui pengambilan susu coklat membawanya menemui ajal.







Friday, 16 November 2012

Metafora Cinta #5


Raudhah termenung. Berangan mungkin juga. Mengenangkan kejadian yang berlaku tengahari tadi. Mukanya jelas kelihatan kusut. Kusut kerana terjerat dengan mamat yang tak reti bahasa. Tidak dinafikan, pada awal dahulu, hatinya sedikit berbunga. Namun peristiwa di Giant tempoh hari membuta hatinya sakit dan meluat. Dia benci.

“ Mengelamun. Ada masalah ke cik kak?” Tegur Sabridah di muka pintu. Raudhah yang tidak menyedari kehadiran Sabridah tersentak.

“ Tak ada apalah.” Jawab Raudhah lesu.

“ Tipulah. Muka kau terang-terang bagitahu aku yang kau ada masalah. Apadia? Ceritalah. Mungkin aku boleh tolong.” Pujuk Sabridah sambil meletakkan secawan Nescafe panas di atas meja. Untuk Raudhah.

“ Entahlah Sab, aku tak tahu nak cerita macam mana.”

“ Minum dulu. Tarik nafas dalam-dalam, lepas itu kau cerita.”

Raudhah menurut saranan Sabridah. Nescafe panas yang disediakan di hirup perlahan. Kemuadian dia menceritakan masalahnya kepada Sabridah dari A hingga Z. Dari kejadian beberapa bulan dulu hinggalah peristiwa hari ini. Sedikit tidak ditinggalkan.

Sabridah yang mendengar keseluruhan cerita Raudhah terdiam.

"Jadi, kau betul-betul pasti budak itu memang anak dia?” Tanya Sabridah.

" Entah, err...ya kot.”

" Kot? Jadi, kau main serkap jarang sajalah ni ye?”  Tembak Sabridah. Raudhah hanya tersengih.

"Tapi dari cerita kau dan nada penceritaan kau, aku dapat simpulkan sesuatu.” Sambung Sabridah dengan senyuman nakal.

"Apadia?” Raudhah tidak sabar.

"Aku rasa, kau suka mamat tu kan? Dari nada kau cerita, nampak sangat kau kecewa dan sedih bila nampak mamat sengal kau tu dengan anak tak pasti dia tu kan?”

"Sab!!!!”

Sabridah ketawa, manakala Raudhah sudah merah padam mukanya.


****

Sabridah keluar dari dapur. Makan malam sudah selesai disediakan. Dicari si suami yang dari tadi diam khusyuk menonton berita di televisyen.

"Abang.” Panggil Sabridah sambil duduk di sisi suaminya.

"Ya, ada apa yang?” Sahut Aaron. Mata yang dari tadi terfokus ke arah televisyen bertukar sasaran.

"Jom mengumpat.” Usik Sabridah

"Hah?”

"Haha, tak adalah. Saya ada cerita nak bagitahu abang ni. Pasal Raudhah.” Sabridah menahan ketawa melihat muka suami yang di usiknya.

"Oh, usik abang ye? Babap kang. Cerita apa?” Balas Aaron sambil ketawa kecil.

Sabridah mula ketawa besar. Lalu, dia menceritakan kisah Raudhah dengan lelaki misteri yang selalu mengejarnya. Sabridah yang memang handal bab bercerita, menceritakan dari mula sampai akhir perihal yang dialami Raudhah. Aaron pula, khusyuk mendengar melayan si isteri bercerita. Sesekali dia ada menyampuk.

"Macam pelik je kes si Raudhah ni, yang.” Komen Aaron usai isterinya bercerita.

"Pelik? Memang pelik bang. Orang yang tak kenal tiba-tiba datang kejar kita. Seram. Entah-entah orang gila ke apa.” Balas Sabridah.

"Bukan, abang rasa pelik. Sebab macam pernah dengar cerita ini. Tapi versi lain lah.” Sambung Aaron sambil berkerut dahi.

"Hah? Versi lain? Tak fahamlah saya bang. Cuba abang cerita betul-betul.” Sabridah tak sabar ingin tahu. Maka, Aaron mula bercerita. Kisah mengenai Hadi dan perbualan mereka.

" Apa? Biar betul ni bang.” Sabridah terkejut.

"Betul, itulah yang Hadi cerita pada abang.”

"Astafirullah ’alazhim.” Sabridah beristighfar dan mula ketawa terbahak-bahak selepas itu. Aaron, suaminya juga ikut ketawa. Dalam kepala Sabridah, ada rancangan yang bakal dilaksanakan.



***
"Di, esok malam kau free tak?” Tanya Aaron di muka pintu bilik Hadi. Hadi yang sedang menyemak tugasan pelajar-pelajarnya tersentak.

"Esok hari apa?” Soalan berbalas soalan.

"Khamis.”

"Oh, kalau begitu, aku free lah. Kenapa pek?” Jawab Hadi sambil tersengih. Apek, nama panggilan manja Hadi kepada Aaron dan mereka selalu bertekak mengenai itu kerana Aaron tidak menyukainya. Kata Aaron, panggilan itu membuatkan dia terbayangkan dia seperti apek menjual sayur.

"Apek wak lu. Kalau macam tu, malam esok lepas isyak kau datang rumah aku. Aku buat makan-makan sikit.” Terang Aaron. Waktu itu dia malas melayan usikan Hadi. Dalam kepalanya sibuk memikirkan mengenai persiapan malam esok.

"Makan-makan? Okey. InsyaAllah esok malam aku sampai. Kenduri apa kau buat ni? ”
Tanya Hadi lagi.

"Err, aku buat kenduri doa selamat sikit. Tak jemput ramai orang pun, orang-orang masjid je. Kau jangan lupa datang tau.” Terang Aaron.

"InsyaAllah.” Jawab Hadi.

"Okeylah kalau macam tu. Aku ada kelas ni. Blah dulu. Jumpa esok.” Kata Aaron sambil menutup pintu bilik Hadi.

"Eh, lupa pulak aku, jemput mak kau sekali.” Pintu bilik yang tertutup terbuka sekali lagi bila Aaron berpatah balik menyampaikan pesanan.

Hadi hanya mengangguk sambil menghantar rakannya itu dengan pandangan mata di sebalik dinding lutsinar biliknya yang tidak berlangsir seperti bilik-bilik pensyarah lain. Langsir sudah dibeli, cuma dia tiada masa untuk memasangnya. Permintaan Mak Bedah, cleaner pejabat untuk menolongnya memasang langsir di tolak secara baik. Tak mahu menyusahkan katanya. Setelah beberapa saat, kerja-kerja menyemak tugasan pelajar-pelajarnya yang terhenti di sambung kembali.


***

Deringan lagu dari telefon bimbit Sabridah kedengaran. Sabridah yang sedang tekun melakukan kerja-kerjanya terhenti. Telefon di capai. Dia tersenyum.

"Hello, Assalamualaikum bang.”

"Waalaikumussalam yang. Macamana? Beres?” Kedengaran suara suaminya di hujung talian.

"Semuanya beres bang.” Jawab Sabridah sambil tergelak kecil. Suaminya juga turut tergelak.

Selepas beberapa minit berbual, talian di tamatkan. Sabridah kembali memandang skrin komputernya sambil tersenyum.

'Mesti jadi!’ Bisik hatinya bersemangat.


Keesokan harinya

Bunyi loceng pintu utama rumah Sabridah kedengaran. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Raudhah yang ayu berbaju kurung moden sedikit berdebar. Kenapa, dia sendiri tidak tahu.

Pintu rumah dibuka. Semerbak bau masakan dari dalam rumah menari-nari di hujung hidung Raudhah. Dia yang dari tengahari belum menjamah apa-apa makanan tergoda dengan bau masakan.

"Wah, awal kau sampai.” Tegur Sabridah ramah sambil menjemput Raudhah masuk. Raudhah hanya tersengih.

"Saja datang awal, boleh jugak tolong mana yang patut.” Jawab Raudhah.

"Amboi, bagus betul anak dara ni. Kalau bakal mak mentua dengar, mesti...”

"Eh, eh kau ni. Merepek je. Aku Ikhlas nak datang tolong ni.” Potong Raudhah cepat-cepat. Berdebar pula dia bila mendengar kata-kata Sabridah. Dia sendiri juga tidak tahu mengapa hatinya berdebar-debar sejak petang tadi. Seolah-olah ada perkara bakal terjadi.

"Aku main-main je. Jomlah, kata nak tolong.” Jawab Sabridah sambil tersenyum.

Di dapur, kelihatan seorang wanita separuh abad sedang memotong sayur-sayuran. Sabridah menarik tangan Raudhah sambil mendekati wanita itu. Raudhah menyangka wanita itu adalah ibu kepada Sabridah kerana wanita itu membelakangi mereka.

"Makcik, mari saya perkenalkan inilah kawan saya, Raudhah. Raudhah, ini Makcik Maimun, mak kawan aku.” Panggil Sabridah lalu memperkenalkan kedua mereka. Raudhah yang sedikit terkedu menyalami wanita itu penuh hormat.

"Apa kahabar Makcik.” Tegur Raudhah sambil bersalaman. Senyuman dilemparkan pada wanita tersebut. Makcik Maimun menyambut huluran salaman tersebut lantas dia merangkul Raudhah ke dalam pelukannya. Pipi licin Raudhah di cium dan Raudhah membalasnya dengan rasa sedikit terkejut namun di kawal supaya tidak terlalu ketara. Di belakang, Sabridah tersenyum penuh makna sambil diperhatikan oleh Aaron yang sedang mendukung anak mereka yang turut tersenyum sama.

"Makcik baik je Raudhah. Datang seorang saja ke?” Balas makcik Maimun. Tersenyum memandang gadis itu. Berkenan hatinya melihat Raudhah.

"Saya datang seorang je makcik. Mana anak makcik? Sabridah cakap, makcik mak kawan dia.” Tanya Raudhah. Matanya melilau mencari ’kawan’ yang di maksudkan.

"Oh, anak makcik keluar sekejap. Si Aaron mintak tolong belikan barang. Terpaksa mintak tolong anak makcik tu sebab Misya meragam. Nak tinggalkan dengan Sab takut kerja tak siap.

 "Iye ke. Kenapa tak pesan pada aku saja Sab, boleh aku tolong belikan dalam perjalanan tadi.” Kata Raudhah. Sabridah yang sedang mengelap pinggan tersentak.

"Err..tak apa. Aku taknak menyusahkan kau.” Jawab Sabridah. Makcik Maimun hanya tersenyum.

"Tak apalah. Kejap lagi baliklah anak makcik tu.” Potong makcik Maimun.

"Eh, kau kata buat doa selamat, kenapa macam sikit saja makanan? Macam makan 5 6 orang je?” Tanya Raudhah pada Sabridah. Makcik Maimun yang sedang memotong sayur tergelak kecil. Raudhah pelik.

"Nantilah aku cerita ye.” Sabridah mengelak. Dia keluar ke ruang makan sambil membawa pinggan yang sudah di lap.

"Nak, boleh tolong makcik goreng sayur ni? Makcik nak solat isyak sekejap. Dah masuk waktu ni.” Pinta makcik Maimun. Sabridah membalasnya sambil menganggukkan kepalanya walau hatinya digaru perasaan musykil dan pelik.

***

Sayur yang sudah siap digoreng di senduk ke dalam mangkuk. Cermat dan teliti kerjanya. Sesudah itu, di hidangkan semua lauk pauk yang siap dimasak ke atas meja. Sabridah ketika itu sedang membancuh minuman. Aaron pula sedang leka melayan anak.

"Eh, kawan kau tu tak sampai-sampai lagi. Kau suruh dia beli apa Sab?” Tanya Raudhah.

"Kejap lagi sampailah kot. Nanti aku kenalkan kau dengan dia ye.” Jawab Sabridah. Raudhah hanya mengangguk dan tersenyum. Makcik Maimun juga belum keluar dari bilik. Mungkin sedang bersiap.

"Cantik baju kau. Baju baru ye? Tak pernah nampak pun kau pakai.” Sabridah cuba membuka topik perbualan lain.

"Taklah, baju lama. Cuma aku tak pakai sebab haritu aku cuba pakai nampak macam ketat. Sekarang muat pulak. Aku dah kurus kot.” Jawab Raudhah sambil tergelak.

"Amboi, nak cakap kau makin slim lah ni ye? Kau tu mana tak makin kurusnya, bila kerja, makan pun lupa.” Tambah Sabridah. Gelak ketawa mereka memeriahkan suasana dapur.

"Apa yang suka sangat ni? Dari luar makcik dengar ketawa korang.” Tegur makcik Maimun tersenyum memandang mereka.

"Tak ada apa makcik, ni si Raudhah cakap kat saya, dia tak sabar nak kahwin.” Balas Sabridah sambil ketawa. Raudhah yang terkejut mendengar kata-kata kawannya mencubit lengan Sabridah.

"Mana ada makcik, Sabridah ni yang pandai-pandai reka cerita. Saya tak ada pun cakap begitu.” Adu Raudhah. Mukanya merah padam.

"Ye? Raudhah dah ada calon ke?” Sayangnya makcik Maimun juga ikut sama mengusik.

"Ish, tak adalah makcik. Saya nak kahwin dengan siapa? Calon pun tak ada.” Raudhah sudah malu di usik. Melihat Raudhah bagaikan cacing kepanasan menambah lagi geli hati Sabridah dan makcik Maimun.

"Tak apa, nanti adalah calonnya, kan Sab?” Makcik Maimun terus mengusik.

"Ye lah makcik. Tunggu sajalah kan.” Balas Sabridah. Raudhah yang merah mukanya menahan malu tidak sempat membalas usikan bila loceng pintu rumah berbunyi. Sabridah keluar untuk membuka pintu. Sempat di pesannya pada Raudhah untuk membawa keluar gelas minuman.

"Hah, dah balik pun. Ada tak yang aku pesan tu?” Kedengaran suara Sabridah di luar. Raudhah mengangkat dulang berisi gelas keluar ke ruang makan.

"Ada, jangan risau. Tapi yang aku pelik, kenapa kena ada benda ni?” Satu suara garau membalasnya. Raudhah tersentak kerana dia seakan-akan mengenali suara itu. Rasa ingin tahu membawanya dia ke ruang tamu.

"Eh, awak...” Tegur suara itu apabila terpandang Raudhah yang seakan terkaku.

"Awak? Apa yang awak buat kat sini?” Tanya Raudhah. Debar hatinya semakin memuncak.



"Saya...” Lelaki itu juga seakan kelu untuk membalas pertanyaan Raudhah. Dia memandang Sabridah dan Aaron yang sedang menahan ketawa.

"Sab, inilah mamat yang....” Adu Raudhah. Dia masih dalam keadaan terkejut.

"Err...Raudhah, ini kawan kami, Hadi. Hadi, ini Raudhah.” Sabridah ’memperkenalkan’ mereka berdua. Dia buat tak tahu dengan kata-kata Raudhah. Suaminya Aaron beransur ke dapur setelah menyerahkan Misya pada isterinya.

"Dah balik rupanya kamu Di?” Tegur makcik Maimun yang baru keluar dari dapur.

"Baru je sampai mak.” Jawab Hadi. Dia masih kebingungan.

"Mak?” Raudhah memandang Hadi dan makcik Maimun silih berganti. Sabridah hanya tersenyum melihat mereka berdua.

"Inilah anak makcik, Hadi.” Kata-kata makcik Maimun membuatkan Raudhah kecut perut. Dia kelu tak terkata. Hadi juga begitu.

"Ehem..ehem.” Kedengaran suara Aaron yang baru keuar dari ruang dapur. Di tangannya terdapat sebiji kek. Semua mata memandang ke arahnya. Serentak itu kedengaran nyanyian selamat hari jadi yang dinyanyikan oleh Aaron, Sabridah dan Makcik Maimun. Raudhah kaget. Begitu juga Hadi, namun dia turut menyanyi setelah mendapat isyarat dari Sabridah. Hadi mula faham situasi tersebut dan hanya mampu menahan ketawa. Ketawa dalam gemuruh sebenarnya.

"Selamat hari jadi Raudhah.” Ucap Sabridah sambil memeluk Raudhah. Raudhah yang masih terpinga-pinga membalasnya.

"Selamat nak.” Giliran makcik Maimun pula mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran pada Raudhah. Tubuh gadis itu turut dipeluk. Raudhah membalas dengan rasa terharu walaupun masih tidak mengerti akan situasi yang berlaku.

"Terima kasih semua. Tapi macam mana...” Belum sempat Raudhah menghabiskan ayatnya, kedengaran satu suara di belakangnya mengucapkan selamat hari jadi.

"Selamat hari jadi awak.” Ucap Hadi. Dia sudah mengetahui situasi yang berlaku dan rancangan Sabridah dan Aaron bila diterangkan secara ringkas sebentar tadi oleh Sabridah. Dia gugup namun berterima kasih dengan idea kawan-kawannya. Tidak sangka juga emaknya turut bersubahat ’mengenakannya’.

"Terima kasih.” Jawab Raudhah malu-malu.

"Apa tunggu lagi, jom potong kek. Raudhah, kami minta maaf sebab buat kejutan ni. Nanti aku cerita ye. Sekarang kau potong kek dulu sebab kami semua dah kebulur ni.” Ajak Sabridah sambil ketawa. Yang lain juga ikut ketawa. Raudhah yang mula mengerti rancangan kawan-kawannya turut ketawa. Cuma dia masih terkejut dengan kemunculan Hadi yang tidak di sangka dan tidak menyangka Hadi adalah kawan mereka juga.

"Okey, sebelum itu, kawan kita Hadi ada nak cakap sesuatu kan?” Kata Aaron sambil menyiku kawannya Hadi. Hadi yang tidak tahu apa-apa, terkejut dan memandang Aaron sambil membuat isyarat ’nak cakap apa?’

Aaron yang menahan ketawa, membisikkan sesuatu pada telinga Hadi. Seraya muka kawannya itu merah padam. Hadi gugup. Namun dia bersetuju dengan cadangan Aaron. Ini sahaja peluang terbaiknya.

"Err...assalamualaikum semua, saya Hadi.” Hadi memulakan ucapannya. Dia gugup dan tidak sengaja ayat tersebut keluar dari mulutnya. Semua yang mendengar ketawa.

"Terima kasih kepada Aaron kerana menjemput saya ke majlis istimewa ini. Selamat hari lahir sekali lagi pada cik Raudhah. Semoga pertambahan umur ini membawa keberkatan dan kebahagiaan pada awak. Terlebih dahulu saya minta maaf jika perlakuan saya sebelum ini merimaskan awak dan buat awak tak suka.” Ucap Hadi sambil memandang Raudhah.

"Terima kasih, saya tak ambil hati pun.” jawab Raudhah. Dia sedikit malu bila semua mata memandangnya sambil tersenyum.

"Err...macamana nak cakap ye? Okeylah, Cik Raudhah, saya Muhammad Hadi Haslam dan belum berkahwin. Bersaksikan mak saya dan kawan-kawan ingin melamar awak menjadi kawan saya dan seterusnya peneman saya hingga akhir hayat saya. Cik Raudhah sudi tak?” Gugup Hadi mengucapkan ayat itu. Namun dia merasa lega kerana hasrat hati yang lama terpendam  berjaya diluahkan.

Semua yang ada memandang Raudhah sambil menantikan jawapan gadis itu. Mereka mengharapkan jawapan positif keluar dari mulut Raudhah. Raudhah yang terkejut mendengar lamaran tersebut kelu untuk menjawab. Matanya memandang makcik Maimun yang tersenyum ke arahnya. Raudhah terharu dan kagum atas keberanian Hadi.
Selepas menarik nafas panjang, Raudhah sedia untuk memberikan jawapan selepas semua yang ada seakan tidak sabar menantikannya.

"Saya...”  Raudhah malu untuk menjawab ’setuju’ dan hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Semua yang mendengar turut lega. Lebih-lebih lagi Hadi.

"Ayah pun setuju.” Tiba-tiba kedengaran suara dari arah muka pintu. Raudhah berpaling dan terkejut akan kedatangan ayahnya. Hari jadinya tahun ini memang sesuatu yang sangat mengejutkannya dan paling indah di rasakan. Ayahnya tersenyum memandang anak anak gadisnya. Raudhah tersipu-sipu.
Makcik Maimun yang turut gembira menghampiri Raudhah lalu memeluk bakal menantunya itu. Di hujung mata Raudhah, dia sempat melihat Hadi menyalami dan berpelukan dengan ayahnya.

Dalam hati Raudhah, dia bersyukur dengan kurniaan ini. Begitu juga Hadi. Mereka berbalas pandangan sambil tersenyum-senyum malu. Perbuatan mereka disedari Sabridah, Aaron, makcik Maimun dan ayah Raudhah. Sepanjang malam itu, Raudhah dan Hadi menjadi bahan usikan mereka semua. Akhirnya dua hati berjaya di satukan. Semoga kebahagiaan milik mereka berkekalan.

TAMAT



p/s: maaf sebab ambil masa yang lama untuk habiskan cerita ni...hehe




Monday, 27 February 2012

Metafora Cinta bhg. 4

terdahulu...




Sebulan kemudian…

Peristiwa di Giant semakin dilupakan Raudhah. Bukan tidak pernah dia terserempak dengan Hadi selepas itu, namun tiap kali dia terserempak, Raudhah berjaya melarikan diri. Selama sebulan itu jugalah dia bagaikan banduan yang lari daripada penjara dan diburu oleh polis.

Untunglah kawannya, Sabridah sudah kembali bekerja setelah lama bercuti. Terasa ringan sedikit tugasnya. Hari ini, dia perlu menyiapkan baki anggaran projek mengenai pembinaan lot kedai dua tingkat untuk dihantar pada majikannya.

Tok!! Tok!!

Sabridah mengetuk pintu bilik Raudhah. Jam telh menunjukkan pukul 1.15 tengahari dan semestinya waktu itu adalah masa para pekerja mengisi perut masing-masing. Namun bagi Raudhah, semua itu tidak penting baginya sehinggalah Sabridah datang menyedarkannya.

“ Hah, Sab, kenapa?” Tanya Raudhah. Matanya masih lagi tidak lepas pada kerja-kerja yang ada di hadapannya.

“ Dah waktu lunch ni. Jom melantak.” Ajak Sabridah sambil tersengih.

“ Eh, ye? Tak perasan pula aku masa berlalu.”

“ Tak payah masa berlalu bagailah cik kak, jomlah ikut aku dengan hubby aku lunch.”

“ Malaslah kacau korang date. Tak apalah, aku ingat nak tapau nasi makan kat ofis ni kejap lagi. Aku banyak lagi kerja tak setel ni.”

“ Kau ni bilalah nak berubah. Kerja je. Cubalah kau jenguk dunia luar cari laki ke apa.”

“ Ish, membebellah kau ni. Dah, pergilah kau makan. Aku turun tapau makanan kejap lagi.”

“ Yalah. Nanti apa-apa, aku call aku tau.”

“ Baik.”

Setelah mendapat kata putus dari Raudhah, Sabridah meninggalkan bilik Raudhah. Raudhah pula, terus menyiapkan kerjanya tanpa menyedari masa semakin berlalu dan dia seakan terlupa tentang makannya.

“ Alamak, dah 1.45 tengahari dah ni.” Keluh Raudhah tatkala melihat jam di lengannya. Perutnya memang terasa amat pedih waktu itu kerana belum menerima apa-apa bentuk makanan mahupun minuman waktu itu. Dengan malas, dia mencapai beg tangannya dan segera beredar menuju ke restoran yang selalu di kunjungi.

Siap membeli makanan, Raudhah segera beredar untuk balik ke pejabat. Fikirannya tika itu hanya teringat akan perihal kerjanya sahaja.

“ Hai.” Kedengaran satu suara menegurnya dari sisi. Raudhah terkujat.

“ Hahh!!” Raudhah terjerit. Bala sudah datang, keluh Raudhah.

“ Amboi, terkejut benar nampaknya.”

“ Apa main sergah-sergah orang ni? Tak boleh bagi salam ke?” Raudhah berang.

“ Garangnya. Assalamualaikum cik.” Hadi tersengih-sengih.

“ Waalaikumussalam.” Raudhah segera berlalu. Langkahnya dilajukan untuk mengelakkan Hadi dari mengikutnya.

“ Cik, tunggu. Ada benda yang saya kena beritahu cik sekarang. Cik!!”

“ Awak nak bagitahu apa? Nak bagitahu awak dah kahwin dan sudah ada anak? Tolonglah, awak pergi baliklah. Jaga anak bini dekat rumah. Paling penting, jangan kacau saya. Saya tak mahu nanti di cop perosak rumah tangga orang.” Balas Raudhah tanpa memandang muka Hadi. Langkahnya masih lagi laju.

“ Cik, bukan begitu. Biar saya terangkan dulu.” Hadi cuba menyaingi langkah Raudhah.

“ Nak terangkan apa lagi? Cukuplah awak, saya tak akan berkawan dengan awak. Jadi, silalah balik sebelum saya bukak langkah silat dan awak jadi mangsa saya.”

“ Tolonglah dengar dulu apa yang saya nak cakap.”

“ Saya tak mahu dengar apa-apa.” Ketika itu, Raudhah sudah tiba di hadapan pintu Syarikatnya.

“ Sekejap saja cik, bagilah peluang saya jelaskan.”

“ Saya tak ada masa nak layan orang macam awak.”

“Cik!” Panggil Hadi sambil cuba menarik tangan Raudhah. Spontan tanpa dia juga menduga akan berbuat demikian.

“Apa ni? Tolong!!” Raudhah menjerit. Tidak terlalu kuat, namun ia dapat di dengari sekuriti syarikat dan mereka segera menerpa ke arah Raudhah.

“ Kenapa Cik Raudhah?” Tanya salah seorang dari dua orang sekuriti yang baru tiba.

“ Tolong saya. Encik ini ganggu saya. Tadi dia cuba pegang-pegang saya. ” Jawab Raudhah.

“ Cik kenal ke lelaki ini?” Tanya sekuriti itu lagi.

“ Tidak.”

“ Bukan, ini semua salah faham. Kami berdua kenal satu sama lain. Cik, jangan begini.”

“ Tolong saya halau dia dari sini. Kalau dia masih berdegil, kamu buatlah apa yang patut. Panggil polis ke apa.” Kata Raudhah tanpa memandang muka Hadi yang mati kutu. Sekuriti syarikat seramai dua orang itu segera mendekati Hadi.

“ Baik Encik pergi dari sini sebelum kami panggil polis.” Pinta sekuriti itu kepada Hadi. Raudhah pula sudah hilang disebalik pintu.

“ Baiklah saya pergi. Saya minta maaf kerana mengganggu.” Hadi mengalah kerana tidak mahu keadaan menjadi kecoh. Mungkin memang bukan nasibnya kali ini.

Tanpa disedari, Raudhah sebenarnya masih ada disitu. Cuma dia berselindung di sebalik dinding. Raudhah melepaskan keluhan lega.

“ Fuhh!! Nasib baik.”

Hadi Pula, meningglkan perkarangan syarikat itu dengan perasaan hampa. Namun, dalam masa yang sama, dia gembira kerana akhirnya dia mengetahui nama gadis yang selalu dikejarnya itu.

“ Raudhah. Nama secantik wajah. Kau buat aku tergila-gila, Raudhah.”



 p/s: baru balik bercuti cutian..jadi tak sempat taip panjang-panjang

hehehe

Friday, 10 February 2012

Metafora Cinta bhg. 3


sambungan terdahulu bahagian 2

***

“ Walau apapun, saya tetap cakap taknak.”

“ Awak ni degil juga kan?”

“ Memang. Awak pun sama, degil. Oklah, saya kena masuk ofis balik ni. Dan, beginilah encik, kalau ditakdirkan kita terjumpa lagi lain kali, saya akan berkawan dengan awak. Setuju?”

Lelaki itu kecewa. Namun dia tidak putus asa. Cadangan Raudhah dia terima dengan hati terbuka kerana dia yakin mereka akan bertemu lagi.

“ Baiklah. Dan saya harap awak tidak mungkir janji ataupun menyorok bila terserempak nanti. Saya akan cari awak sampai dapat.”

“ Ok, kalau begitu, saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.” Jawab lelaki itu sambil matanya melihat susuk tubuh Raudhah yang berlalu pergi. Walaupun hatinya hampa, dia tetap optimis akan dapat berkenalan dengan gadis itu suatu hari nanti.


****


Hadi tersenyum sendirian apabila mengenangkan kejadian dua hari yang lalu. Dia sebenarnya tidak menyangka yang dia akan melakukan hal yang sedemikian. Tidak pernah seumur hidupnya dia memikat mana-mana gadis. Namun, gadis yang ditemuainya itu seakan memanggil-manggil hatinya untuk lebih mengenali. Tanpa dia sedari, gelagatnya yang sedang tersenyum keseorangan itu dilihat oleh kawannnya yang kebetulan melintasi bilik pejabatnya.

“ Kau ni kenapa? Angau ke gila tersengih sorang-sorang?” Tegur Aaron di muka pintu bilik Hadi. Aaron, rakan sekerjanya merupakan seorang anak kacukan cina sebelah ibu dan melayu sebalah bapanya.

“ Eh, kau rupanya. Sejak bila jadi jaga kat bilik aku ni?” Balas Hadi yang termalu sendiri. Aaron tidak menghiraukan kata-kata Hadi melangkah masuk dan duduk di kerusi bertentangan dengan Hadi.

“ Jaga tak jaga la bro. Kau kenapa tersengih macam orang angau? Kau tangkap cintan dengan siapa ni?” Tanya Aaron.

“ Tak adalah. Mana ada aku angau cintan-cintan ni.”

“ Tipulah. Bukan sehari aku kenal kau. Dari zaman Degree hinggalah dah dapat PhD aku kawan dengan kau tahu? Baik kau cakap cepat, siapa gadis yang malang tu?” Tanya Aaron sambil ketawa.

“ Oiii…suka hati kau cakap dia gadis malang? Hey, bertuah tau siapa dapat Hadi ni kau tau?” Balas Hadi.

“ Oh, see? Akhirnya kau mengaku sendiri kau tengah bercinta. Hahahaha.”

Hadi yang terlepas cakap hanya mampu menepuk dahi dan ketawa. Dia sebenarnya segan mahu menceritakan pada Aaron perihal gadis yang disukainya itu.

“ Aduh, kau ni. Potong betullah. Aku baru nak rahsiakan benda ni daripada kau.”

“ Ini Aaronlah. Tiada sesiapa yang boleh sorok-sorok dengan Aaron tau. Siapa awek tu?hehe.”

“ Macam mak neneklah kau ni.” Hadi tetap mahu berahsia.

“ Tengok, macam ni ke kawan baik?”

“ Alah, kau ni sebok sajalah. Hurm…sebenarnya aku pun tak tahu.”

“ Eh, tak tahu? Macam mana tu?”

“ Aku tak tahu nama awek tu. Tapi apa yang aku boleh bagitahu, dia cantik pada pandangan mata aku.”

“ Pulak dah? Kau jumpa dia dimana?” Aaron tertarik untuk mendengar cerita daripada hadi.

“ Di mana-mana saja. Asal aku pergi situ, terserempak dengan dia, aku ke sana, terserempak dengan dia. Pendek kata, mana-mana aku pergi, mesti aku terserempak dengan dia. Pelik kan?” Cerita Hadi.

“ Uishh, biar betul? Entah-entah awek tu hantu kot?” Komen Aaron.

“ Hantu kejadahnya. Engkau yang hantu, adalah.” Bidas Hadi. Geram.

“ Hahaha. Rilekslah aku main-mainlah.”

“ Perangai tak berubah kau ni. Dari zaman bujang sampailah anak sorang, perangai tak berubah.” Kutuk Hadi.

“ Tak apa, janji my wife sayang.” Aaron tak mahu kalah.

“ Yelah..yelah. Ok, sambung balik cerita aku tadi, tadi tengahari, aku lunch dengan awek tu.” Hadi tersengih memandang Aaron.

“ Wow, dah makan sama-sama, takkan kau tak tanya nama dia? Slow jugak kau ye?”

“ Hoii..suka suka cakap aku slow. Kau dengarlah dulu apa aku cerita. Ni nak menyampuk je.”

“ Ok ok, continue.”

“ Kes makan sama-sama tu pun secara tak sengaja sebenarnya. Aku tengok dia makan sorang-sorang, kebetulan meja lain semua penuh. Jadi, aku ambillah kesempatan makan semeja dengan dia.” Cerita Hadi lagi. Aaron hanya diam kusyuk mendengar cerita kawannya.

“ Jadi?” Tanya Aaron.

“ Jadi, aku ambillah kesempatan nak berkenalan dengan dia. Tapi, masalahnya, dia macam jual mahal je. Aku cakap nak berkenalan dengan dia, dia buat tak layan je kau tahu?” tambah Hadi lagi. sengaja dia tidak menceritakan peristiwa dia memberikan gadis itu kad seminggu yang lepas. Bimbang ditertawakan Aaron sekali lagi.

“ Pulak dah. Ha ha ha. Ayat kau tak power kot. Alah, kalau awek tu jual mahal sangat, tak payahlah. Nanti aku kenalkan kau dengan kawan-kawan bini aku. Ramai lagi yang single tau.” Cadang Aaron.

“ Ish, ada pulak macam tu. Tak naklah aku. Aku nak awek ni jugak.” Tolak Hadi.

“ Aku nak tolong, kau taknak pulak. Degil. Sebab tulah dah berumur 30 tahun pun masih tak kahwin-kahwin.” Kata Aaron sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia saja ingin mengusik Hadi.

“ Mulut kau makin dahsyat ye lepas dapat anak kan?” Hadi tergelak.

“ Hahaha. Jadi plan kau?”

“ Plan apa?”

“ Aduh, plan mengurat kau tu?”

“ Oh, aku akan usaha lagi sampai dapat. Hehehe.”

“ Ok, aku tunggu dan lihat. Aku tak sabar nak berkenalan dengan dia nanti dan cakap satu ayat ni pada dia.”

“ Kau nak cakap apa? Kau jangan nak potong line aku pulak. Aku report bini kau nanti.”

“ Eh, bukanlah. Aku ni setia tau pada bini aku.”

“ Dah tu, kau nak cakap apa?”

“ Aku nak cakap, ‘Awaklah perempuan yang malang dapat kekasih macam Hadi’. Kahkahkah.”

“ Hoi, mangkuk punya kawan.” Balas Hadi sambil cuba untuk menyepak Aaron. Malangnya kawannya itu sempat lari dengan tawa yang berdekah-dekah. Hadi hanya mampu tersenyum.

Dikerling pada jam di pergelangan tangannya. Pukul 3.10 petang. Nampaknya dia sudah lewat 10 minit untuk ke kelas gara-gara melayan Aaron. Dicapai beg laptop dan beberapa buah buku dan sebiji file. Kerjayanya sebagai pensyarah di sebuah Universiti Awam  di Malaysia adalah impiannya yang telah menjadi kenyataan. Dengan kecemerlangan akademiknya dari peringkat Degree dulu menyebabkan pihak universiti sudi menajanya untuk menyambung pengajian peringkat master dan doctor falsafah dan seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah di sana. Dr. Hadi,  itulah gelaran yang dipanggil oleh pelajar-pelajarnya.


****


Raudhah menapak menuju ke dapur. Hajatnya malam ini, dia ingin memasak. Perutnya yang lapar, mendendangkan lagu dondang sayang tanda minta di isi. Ketika membuka peti sejuk, dahinya berkerut.

Kosong.

Raudhah menutup kembali pintu peti sejuk. Dia lupa sudah seminngu bekalan makanan basahnya habis. Dibuka pintu cabinet kayu.

“ Maggi jugaklah aku malam ni nampaknya.” Keluh Raudhah sendiri. namun, hatinya juga hampa kerana stok makanannya di rumah malam itu nampaknya sudah habis.

Raudhah mengerling ke arah jam dinding. Pukul 8.00 malam.

“ Sempat lagi nak shopping ni.”

Lantas dia bersiap. Selepas menyarung tudung, dia bergegas keluar untuk membeli bekalan makanan. Biasanya, dia membeli stok makanan cukup untuk seminggu. Destinasi pilihan adalah Giant, yang mana ianya adalah yang paling dekat dengan kawasan rumahnya ketika itu. 

“ Janganlah terjumpa lagi dengan mamat sengal semalam.” Gumam Raudhah seorang diri ketika dalam perjalanan. Kereta yang dipandunya menyelusuri jalan raya dengan kelajuan yang sederhana hinggalah sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Troli yang mengandungi beberapa jenis barangan ditolak perlahan. Dia kini di bahagian makanan kering. Dibelek-belek beberapa jenis barangan.Yang dirasakan perlu, Raudhah masukkan ke dalam troli manakala yang tidak dirasakan perlu untuk waktu itu, diletakkan kembali. Hidup sendiri di Bandar memerlukan dia bijak menguruskan kewangannya.

Sedang leka memilih, telinga Raudhah menangkap suara tangisan kanak-kanak dibelakangnya. Rasa kasihan mendengan tangisan itu menyebabkan dia berpaling kebelakang. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan menangis dan seorang lelaki dewasa kelihatan sedang memujuknya.

‘Bapanya kot. Ini mesti anak nak gula-gula, dia tak mahu beli.’ Desis hati Raudhah sambil menolak kembali trolinya. Namun belum sempat 2 langkah dia melangkah, Raudhah terhenti.

‘Rasa lelaki tu aku pernah lihat.’ Kata Raudhah dalam hati.

Raudhah kembali berpaling memerhatikan lelaki dan budak perempauan tersebut. Seperti terasa dia diperhatikan, lelaki tersebut juga memandang ke arah Raudhah. Dan mereka sama-sama terkejut.

“ Mamat sengal tu!!” Dengan rasa sakit hati dan geram, Raudhah pantas meninggalkan tempat itu. Laju dibawa troli ke tempat pembayaran.

“ Cik!!” Kedengaran lelaki itu memanggil Raudhah namun tidak dihiraukannya.

“ Lelaki tak guna. Sudah ada anak isteri pun nak mengurat perempuan lain. Aku pula tu. Ishh, geram betullah aku!” Bebel Raudhah seorang diri. Entah mengapa dia berasa amat marah.

“ Nasib baik aku tak nak berkenalan dengan dia semalam. Kalau tidak, tak fasal aku jadi pengacau rumah tangga orang. Nak cari bini barulah tu. Ish, tak kuasa aku. Tak hingin!” Bebel Raudhah sambil masuk ke dalam kereta dan mula memandu untuk pulang ke rumah. Perut yang lapar menambahkan lagi sakit hatinya.

***

Sementara itu di dalam pasaraya, Hadi cuba mengejar Raudhah namun tidak sempat. Kanak-kanak tadi sudah selamat di hantar ke bahagian perkhidmatan pelanggan.

“ Aduh, mesti dia ingat budak tadi anak aku. Habislah peluang aku nak mengurat dia.” Rungut Hadi. Dia melabuhkan punggungnya di atas sebuah bangku. Dia teringat lagi kejadian setengah jam yang lalu.

Sedang dia sibuk memasukkan beberapa jenis makanan, dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis keseorangan.

“ Adik, kenapa menangis ni? Ibu mana?” Tanya Hadi lembut. Kanak-kanak hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

“ Tadi datang dengan ibu ke?” Tanya Hadi lagi. Kanak-kanak itu mengangguk.
Ketika itu tahulah dia bahawa kanak-kanak itu terpisah dengan ibunya semasa sibuk berbelanja. Ketika sedang memujuk kanak-kanak itulah insiden Raudhah melihatnya dan menimbulkan salah faham pada gadis itu. Belum sempat dia mengejar untuk  menjelaskan apa-apa, kelibat gadis yang disukainya itu telah hilang. Hadi ketika itu rasa mahu terjun ke dalam longgokan ikan dan ayam yang ada disitu. Peluangnya dirasakan hancur berkecai.

“ Apalah nasib badan.” Keluhnya.



p/s: Adakah Hadi masih ada peluang?

hehehehe



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...