Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Koleksi Cerita Iffah Afeefah. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Cerita Iffah Afeefah. Show all posts

Tuesday, 6 August 2013

Sepi si tua

Aku memandang sepi cuma. Nak berkata tak mampu. Nak bergerak ku kaku. Wajah tua yang tak asing lagi cuma mampu ku renung dalam-dalam. Lemah tak bermaya wajahnya yang terlantar. Apa salahnya? Hingga dia tersadai sendiri. Aku juga masih punya pelawat walaupun hari bersilih ganti. Tapi dia? Dia keseorangan. Gering sendiri.

“Nurse, macam mana patient ni? Ada ahli keluarga datang?” Perempuan itu menggeleng. Lengkap berbaju putih kemas namun ku rasa agak seksi. Aku hanya memandang sayu dari kejauhan.

“Awak okey?” Tanya doktor setelah dia meneliti laporan tahap kesihatan aku. Aku cuma mengangguk. Fikiranku masih lagi menerawang jauh. Rasa kasih dan kasihanku tertumpah ke wajah nenek tua yang katilnya bertentangan dengan aku. Adakala aku mendekatkan diri. Memberi dia minum saat dia dahaga. Memberi urutan saat dia gelisah tak mampu lena. Aku jatuh kasihan. Apatah lagi dia tiada yang melawat. Menjaga keperluannya apatah lagi.

Pernah aku tanyakan, mana perginya anak dia. Dia cuma menggeleng dan mengalirkan air mata sayu. Aku tak jadi meneruskan niat bertanya lebih lanjut. Bimbang aku pula yang tak mampu menahan sebak di dada.

“Ada rasa sakit tak masa berjalan? Buang air?” Aku menggeleng semata.

“Awak kenapa sedih? Patutnya awak happy tau, sebab esok awak dah boleh keluar. Nanti saya senaraikan ubat untuk awak. Bagitau ahli keluarga lain. Selamat menyambut hari raya ye Iffah…” Lagi sayu aku mendengar perkataan raya dari mulut lelaki itu. Doktor Borhan setia menjaga aku selama empat hari aku di sini. Terlantar gara-gara keracunan makanan.

“Saya suka. Terima kasih doc. Tapikan, saya nak tanya sikit boleh?” Aku mula melontarkan seribu persoalan. Rupanya pihak hospital sengaja menahannya di wad kerana tiada siapa pun pedulikannya. Malah di nursery penjagaan orang tua pun sudah tak mampu menjaganya. Walaupun nenek itu sakit tua, tapi pihak hospital dengan rasa belas, menumpangkan nenek itu. Aku yang mendengar cerita itu terus menangis teresak.

“Sampainya hati anak-anak dia…” Itu saja yang lahir dari mulutku. Itu semua cerita setahun yang lalu. Saat nenek itu masih bernyawa. Kini dia telah pergi menghadap ilahi. Aku doakan dia tenang di sana bersama Sang Pencipta.

Setelah aku mendengar kisah anak-anak nenek itu tegar menghantarkan nenek itu ke pusat penjagaan orang tua dan langsung tak menjenguk apatah lagi memberi wang pembiayaan, aku tekad meminta keluargaku membawa nenek itu pulang. Biarlah aku sebagai saudara seislam menjaganya. Aku pun tak pernah merasai kehangatan kasih sayang seorang nenek. Nenek itu dijaga oleh keluargaku hinggalah saat terakhirnya. Aku bangga kerna aku berkesempatan membahagiakan dia walau sekejap cuma. Nenek itu tak bersalah kerana punya anak sebegitu. Bukan salah didikannya, bukan salah asuhannya. Cuma inilah ujian yang Allah turunkan untuknya. Nenek pergi dengan tenang buat selamanya. Hingga kini aku masih mendoakan dia di sana. Semoga bahagia yang abadi milikmu, Nek!


Tuesday, 16 April 2013

Semuanya kerana jodoh


Qalisya diam seribu bahasa. Sakit hati terpendam sekian lama ingin saja dia luahkan kini. Dia penat diperkotak-katikkan perasaannya. Cukup dia dipermainkan oleh lelaki yang tak tahu menghargai perasaan sayang yang tercipta hanya untuk dia.

“Awak, kenapa diam?” Fitri memecah sunyi.
“Nothing, okeylah nak pergi tidur dah. Mengantuk…” Moodnya benar-benar merudum. Jiwanya seperti mahu lari jauh dari kenyataan yang menyakitkan. Kenyataan yang dia cintakan orang yang salah. Dia cintakan orang yang tak patut dicintai. Dia lupa cinta itu memang benar-benar bukan untuknya. Fitri tak pernah cuba berusaha untuk memahami isi hati yang dia cuba tunjukkan.
“Aik cepatnya. Tadi bukan main kata free. Saya rindu nak borak dengan Isya…” Suaranya begitu menggoda. Sekali lagi dengusan kedengaran. Dia letih. Letih bermain teka-teki tentang cinta dan perasaan.
“Fitri… kita borak lain kali je. Saya betul-betul letih ni…” Qalisya sedih.
“Isya… hurm takpelah. Lain kita borak lagi. Promise!” Fitri sengaja melunakkan suaranya. Qalisya makin lemas dengan permainan cinta yang Fitri mainkan. Seperti dia tercampak dalam lautan bunga mawar. Wangi tapi durinya bisa melukakan.
“Fitri, jangan lebih-lebih. Dahlah, nite…” Dia terus mematikan talian. Tak betah lagi dipermainkan begitu. Jiwanya tergoda, tergoda dan tergoda. Makin lama, makin dalam perasaan yang tertanam di hatinya. Hanya Fitri yang tak tahu hakikat sebenarnya.

Qalisya tahu dia tak patut jatuh cinta dengan sahabat sendiri. Tapi, cinta dan perasaan tak mampu dia kawal. Semuanya luar kawalan. Dia terbiasa dengan kehadiran Fitri. Dia rasa Fitri pelengkap hidupnya yang seringkali sunyi. Kehidupan sebagai anak tunggal sememangnya tak indah seperti yang dikhabarkan. Dia menangis dalam sendu lagi malam itu. Hanya bulan dan bintang menyaksi hati yang sudah dipatri tapi sedang meratapi kelukaan yang terdalam.

Xxxxx

“Mak ada benda nak cakap ni…” Qalisya berpaling. Dia malas sebenarnya untuk memikirkan apa yang maknya sampaikan minggu lepas. Pasal kahwin. Hal itu sentiasa menghantuinya. Malah menghantui semua gadis yang sudah melepasi waktu umur sesuai berkahwin.
“Pasal kahwin ke mak? Kan orang kata tak mahu lagi…” Awal lagi dia menolak.
“Bukanlah… mak tahu kamu tak mahu kahwin lagi, mak tak nak paksa. Tapi ini pasal kawan kamu tu…” Suara Puan Fatimah agak serius. Qalisya seakan berminat.
“Kenapa? Kawan yang mana mak?” Puan Fatimah mengeluh. Seketika dia berpaling ke arah lain. Air mata mengalir. Qalisya kaget.
“Mak kenapa ni? Ish..” Segera dia memeluk tubuh tua itu. Ditenangkan hati wanita itu. Walaupun hatinya memberontak ingin tahu tentang hal yang membuatkan emaknya sedih. Puan Fatimah melampiaskan rasa. Dia perlu menyakinkan anaknya dengan hal yang akan anaknya tahu. Dia tahu, Qalisya akan mencari Fitri selepas ini. Rencananya harus berjalan lancar. Dia tak mahu gagal kali ini.
“Mak… okey?” Tanya Qalisya prihatin.
“Mak tak tahu nak mula macam mana. Tapi, mak nak Isya tahu, Fitri bukan orang yang baik. mak tak mahu anak mak berkawan dengan lelaki macam tu!” Tegas bunyinya.
“Tapi kenapa?”
“Isya kalau sayang mak. Dengar cakap mak… titik!” Qalisya terdiam. Dia makin tidak faham tentang perkara yang baru terjadi. Emaknya sedih kemudian marah. Apa yang Fitri telah lakukan? Dia pening memikirkan. Segera tudung dicapai. Beg disangkut. Dia mesti cari tahu apa masalahnya. Dia perlu!
“Mak, orang keluar dulu…” Jeritan Puan Fatimah menghalangnya keluar tak lagi dia mampu dengar. Dia menghidupkan enjin segera. Fitri harus ditemui.

Xxxxx

Jauh disudut hatinya ingin sekali menjemput Fitri ke rumahnya. Ke majlisnya. Tetapi hati emak perlu dijaga. Majlis perkahwinan masih meriah. Dia sudah penat. Penat dengan topeng yang dipakai. Make up. Baju cantik. Berlian dikepala. Semuanya bukan dia. Semuanya palsu. Termasuklah senyuman yang terpalit di wajahnya. Wajah suami dipandang kosong. Kaya. Muka boleh tahan. Tapi sayang, hati dia dan Qalisya tak ada cinta. Yang ada cuma kepura-puraan.

“Buat apa kat sini, kawan I datang tu…” Lengan Qalisya ditarik kuat. Dia tahu kalau tak berkeras, Qalisya takkan berganjak. Tegak macam patung cendana.
“Jangan tarik-tarik boleh? Sakitlah!!” Protes Qalisya perlahan. Bimbang para tamu mendengar omelannya.
“Diamlah. Senyum…” Itu saja yang dia dengar. Tiada kelembutan bila berbicara. Sekali lagi Qalisya merindukan Fitri. Mulutnya manis. Selalu bercakap lembut. Adakala suaranya benar-benar menggoda. Dia tahu dai tak patut merindukan lelaki lain. Dia punya suami. Kini dia sudah menjadi isteri orang yang tak dia cintai. Berdosanya dia!
“Hai Melinda, this is my beautiful wife, Qalisya…” Senyuman itu nampak benar-benar ikhlas. Qalisya terpana. Akhirnya, lelaki itu senyum.
“Hai, Qalisya… tak sangka, tangkap muat pun cantik orangnya. Pandai you pilih Ezad…” Suaranya sungguh menjengkelkan. Qalisya bengang. Salam dihulur, tetap dia sambut. Tapi cengkamannya sengaja dikuatkan. Terjerit Melinda.
“Are you okay Mel?” Ezad senyum dan pandang ke arah Qalisya.
“Okay, I nak nak jamah nasi minyak you all. Bila lagi nak merasa kan? Ezad, kahwin hanya sekali kan?” Melinda berlalu dengan gelak gediknya.
“Thanks…” Ezad memandang Qalisya penuh rasa. Entah kenapa dadanya berombak mendengar kata-kata lelaki bergelar suami itu.
“What for?” Keningnya terangkat.
“Buat Melinda macam tu. Serius, I ingat you ni kayu. Ternyata you ni menarik juga orangnya…” Hidung Qalisya dicuit selamba dan lelaki itu bergerak ke meja tamu yang lain. Ditinggalkan Qalisya yang sedang menahan malu. Senyuman terukir di wajah pengantin lelaki. Dan drama sebabak bukan saja diperhatikan oleh Melinda, malah Fitri juga. Dari kejauhan dia memandang dan mendoakan kebahagiaan Qalisya, sahabat baiknya.

“Isya, maaf saya terpaksa buat begini. Mak awak sangat berkuasa. Saya tak boleh terus di sisi awak. Awak lebih bahagia dengan Ezad. Dia lagi berkuasa dan mampu melawan sikap mak awak…”
Air matanya menitis. Fitri berlalu. Kenangan berjumpa dengan Puan Fatimah jelas tergambar di ingatannya kini. Keras amaran wanita tua itu.

“Nama kau Fitri?” Puan Fatimah terus duduk di kerusi apabila lelaki itu mengangguk.
“Macam nilah Fitri, aku terus terang cakap aku tak berkenan dengan kau. Kau miskin. Harap rupa je, memang anak aku takkan bahagia. Aku bagi dua jalan untuk kau. Satu tinggalkan Qalisya dengan rela hati dan satu lagi tinggalkan Qalisya dengan bantuan aku… mana kau pilih?” Fitri terasa dijerut.

Adakah ini pilihan? Adakah ini pengakhiran kasih sayang dan persahabatan? Dia tahu dia tidak sesuai untuk Qalisya dan dia juga bukanlah lelaki yang kejam untuk membawa Qalisya ke lembah cinta yang belum mampu menjanjikan apa-apa kebahagiaan dan kesenangan. Tapi ini sungguh kejam.
“Puan, kenapa puan menentukan hidup anak puan? Tak boleh ke biarkan Qalisya memilih jalan hidup sendiri? Saya mengaku saya kawan dengan Isya, tapi tak bermakna saya nak kahwin dengan dia. Saya sedar taraf saya di tahap mana… tapi tindakan puan ni…”
“Kau siapa nak komen pasal aku punya tindakan? Dengar sini, kau tak layak untuk anak aku. ingat, aku akan buat sesuatu yang kau tak mampu bantah. Kau ingat, Isya takkan sesekali berpaling ke arah kau selepas ini. Bersedialah!” Kata-kata itu sudahpun membunuh hati Fitri. Dia terdiam. Kelibat wanita itu dia perhatikan. Air mata jatuh. Sakitnya penghinaan yang dilemparkan ke arahnya. Sungguh!

Xxxxx

“Sayang, jalan baik-baik. sakit anak kita nanti…” Suara lelaki itu benar-benar risau. Fitri tersenyum. Dia hanya memerhatikan gelagat bakal ibu bapa itu. Dia mungkin takkan berpeluang merasai kegembiraan seperti pasangan itu. Tiada siapa mahukannya. Dia pun telah menutup pintu hati untuk perempuan. Cukuplah cinta dan sayangnya pada Qalisya seorang.

“Isya, kan abang dah cakap jangan lompat…” Si isteri ketawa. Dan sekali lagi Fitri berpaling. Qalisya!
“Alah, abang risau sangat… baby pun nak mamanya aktif. Baru sihat…” Manja sungguh bunyinya. Fitri segera bangun dari duduknya. Dia tak mahu dengar perbualan mereka. Sakitnya hati. Dia tak mahu terluka dengan melihat Qalisya bahagia.
“Fitri…” Dia tergamam. Tak mampu dia mengelak lagi.
“Hai,” Itu saja yang mampu dia luahkan. Serba salah.
“Awak buat apa kat sini?” Qalisya menegur macam biasa. Dia rindu dengan sahabatnya. Setahun sudah dia tak bertemu Fitri.
“Hai sayang. Tak nak kenalkan dia kat abang?” Ezad cemburu.
“Oh, ini BFF saya. Tapi itulah, masing-masing busy. Tak sangka jumpa kat sini kan Fitri?” Qalisya cuba menyembunyikan rahsia. Dia tahu kenapa Fitri jauhkan diri. Dia juga tahu Fitri terpaksa demi emaknya. Dan dia rasa bersalah dengan lelaki itu. Dia bahagia dengan Ezad. Tak mungkin dia kembali kepada Fitri setelah tahu hakikat drama yang maknya rencanakan.
“Oh, bro. rasanya tak pernah jumpa pun. Tak datang eh masa kitorang punya kenduri?” Ezad cuba beramah. Dia tak perlu cemburu. Dia sudah punya benih yang sedang membesar dalam perut isteri kesayangannya. Dia cukup bahagia dan yakin hati Qalisya hanya untuknya.
“Sorry, saya fly ke sabah masa tu. Isya, sorry. Nanti baby lahir, saya janji akan kasi hadiah… besar punya…” Fitri cuba menunjukkan betapa besar hadiah yang akan dia beri. Ketiganya ketawa. Fitri bahagia melihat Qalisya bahagia. 

Ternyata itu bukan jodohnya. Walaupun cinta yang tertanam dalam hati keduanya sebelum ini kuat, jodoh tetap penentunya. Fitri redha. Qalisya juga. Dalam hatinya mendoakan kebahagiaan sahabat baiknya. Tangannya terasa disentuh. Ezad dipandang dan diukirkan senyuman paling manis untuk suaminya. Dia bahagia. Itu saja yang dia tahu. Kenangan lalu telah dipadamkan. Dia harus padam. Yang penting hanyalah kenangan yang akan dicipta di masa akan datang.

Friday, 15 March 2013

Kerana Zulaikha

Sepi. Itulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan isi hatinya saat ini. Iqram gelisah. Keluh kesah hanya dia yang rasa kini. Cintanya pada seseorang membuatkan dia gila bayang. Ingin saja dia memetik si bunga lantas menyeri taman hatinya yang makin kemarau. Namun, dia tak mampu. Malu!

“Oit bro. Pehal?” Nizam mengambil tempat. Rokok ditangan cuba dinyalakan. Seakan punya banyak masalah yang boleh dia lepaskan melalui sedutan nikotin itu.
“Aku baru nak sedut udara segar di malam hari. Kau ni spoillah,” Luahnya tanpa rasa. Dia tahu Nizam tak pernah terasa. Tak pernah berubah dengan tabiat yang satu itu.
“Alah, kau ni. Kita bukan cerita pasal aku. Ni aku tengok kau macam baru mati bini. Monyok semacam…” Tepukan dibahu terasa. Ayat itu dibiar bersama angin lalu. Dia malas berbicara tentang hati dan perasaan. Nizam playboy. Mana dia tahu erti cinta dan kesetiaan.
“Beb, aku rasa aku nak menikahlah…” Sejurus selepas kata-kata yang meluncur, ledakan tawa dari Nizam kedengaran. Dia hanya memandang. Lama.  
“Kau apasal pandang aku macam tu? Aku cakap terus terang, aku suka perempuan je…aku…” Nizam terus menepuk Iqram berulang kali. Tawanya mati.
“Zam, aku serius kau gelak. Aku pandang pun tak luak apapun kat hang. Tok sah merepek boleh dak?” Sengaja dia menggunakan dialek kedah. Nizam orang kedah namun tak pula dia fasih. Entah kenapa jadi begitu. Nizam kembali serius.
“Okey cop. Iq kenapa? Kau tiba-tiba kata nak kahwin? Bukan kau jugak kata dulu, kau nak kahwin umur 30. Tunggu ada harta sendiri. Ini tak, 25 pun tak masuk lagi bro. Kau biar betul?” Iqram tersenyum. Dalam hati dia mengiyakan. Bukan dia lupa kata-kata sendiri. Cuma sejak terpandangkan Zulaikha hatinya terpaut. Entah kenapa ada semangat yang memburu hatinya. Yang memaksa dia segerakan pernikahan. Semuanya itu menghantuinya sejak seminggu selepas perkenalan dengan si cantik Zulaikha. Gadis muslimah tapi sombong.
“Aku tanya ni bro! Kau boleh menggelamun lagi?” Nizam sekali lagi menepuk bahu sahabatnya.
“Okey, macam ni. kau ingat tak dua perempuan yang kita jumpa seminggu lepas? Perempuan tulah yang buat aku rasa nak kahwin sekarang. Aku tak tahu nak terangkan bro. Tiba-tiba je perasaan ni wujud dan aku tak sanggup langsung nak jauh dengan dia….” Nizam terdiam. Berat juga masalah sahabatnya ni. lantas tangan diletakkan di bahu Iqram.
“Okey Iq, aku rasa eloklah kau merisik dia dulu. Tanya, dah ada yang punya belum. Kalau kosong, kita sama-sama hantar rombongan. Beritahu mak ayah kau, aku rasa tak ada masalah sebab kau dah kerja. Cuma rumah je belum ada. Tapi aku rasa, mak ayah kau setuju punya. Benda baik, buat apa nak lengahkan?” Akhirnya Nizam bersuara. Dan kali ini Iqram pula yang terdiam.
“Kau ke yang cakap tadi Zam? Serius?” Iqram memecahkan sepi dengan tawa lepasnya. Selama ini dia tahu Nizam bukanlah seorang yang sukakan komitmen. Lebih-lebih lagi soal kahwin. Jarang dia dengar pendapat bernas lantas setuju dengan cadangannya. Biasanya Nizamlah akan bantah sekerasnya kalau melibatkan komitmen. Bagi sahabatnya, perempuan itu leceh. Mengada. Pelik sekali.
“Kau jangan pelik Iq. Aku cuma tolong bagi pendapat aku je. Tapi kalau kau suruh aku kahwin sekali dengan kau, memang taklah. Aku belum ada nafsu nak berumah tangga. Leceh beb!” Tawanya lagi. Dia kembali menghidupkan rokok kedua. Tak puas rasanya sebatang cuma. Malam itu dibiarkan berlalu dengan sepi seribu bahasa. Keduanya melayan perasaan sendiri.

Xxxxx

Zulaikha hanya menunduk di satu sudut. Hanya perbualan orang-orang tua kedengaran. Serius sahaja bunyinya.
“Zu… oh zu…” Suara si emak mendayu memanggil anak daranya. Zulaikha mengangkat muka. Air mata menitik perlahan.
“Hai, kenapa anak mak sedih?” Mak Mah menarik tangan anaknya lembut ke kamar berdekatan. Bimbang para tamu melihat air mata yang jatuh dari empangan mata anaknya.
“Mak…” Zulaikha membuka mulut.
“Ya, Zu tak suka dengan orang yang meminang Zu? Kalau tak suka, mak boleh tolak…” Mak Mah seakan mengerti maksud anaknya.
“Bu…bukan macam tu mak. Cuma…” Air mata berderai tak mampu dilindung lagi. Pelukan kemas si emak dan si anak. Diam.
“Aik kenapa senyap je kat dalam? Orang luar dah tunggu jawapan. Zu sudi tak jadi isteri Iqram?” Tenang sahaja si ayah menutur kata. Zulaikha melepaskan pelukan perlahan-lahan.
“Zu ikut je ayah tapi dengan syarat…” Ayah dan Emaknya memandang. Seminit kemudian, barulah Zulaikha mengatakan syarat tersebut. Lama Pak Abu dan Mak Mah terdiam. Akhirnya, mereka setuju dengan syarat yang dikemukakan oleh si anak. Lantas hasrat itu disampaikan pula kepada bakal suami Zulaikha.
“Iqram, Zulaikha nak bercakap dengan kamu…” Iqram yang sedari tadi menundukkan wajah segera memandang. Pelik.
“Mari sini. Pakcik tunjukkan bilik…” Para tetamu sudah berbunyi. Masakan elok si dara dan teruna bercakap sendiri. Dalam bilik. Lantas Pak Abu menerangkan situasi sebenar. Barulah reda sedikit kegundahan mereka.
“Iqram ke mari nak. Zulaikha, Iqram dah sampai. Mak tak tutup pintu bilik. Mak ada kat luar ni, kau orang bincanglah dari hati ke hati…” Pesan Mak Mah perlahan. Dia tak gusar akan fitnah. Dia tahu anaknya pandai menjaga diri dan auratnya. Pak Abu dan Mak Mah hanya berbalas pandangan. Mereka diam sahaja.
“Okey, Zulaikha. Boleh cakap apa syaratnya? Awak tak sudi nak terima saya ke awak dah ada pilihan hati?” Laju sahaja Iqram menanyakan hal sebenar. Dia tak betah berlama dalam bilik dengan bukan mahram walaupun ibu bapa si gadis di luar.
“Sebenarnya saya ada masalah. Saya bukan tak nak terima awak, tapi saya tak boleh. Saya terpaksa menolak pinangan awak. Awak boleh bahagia dengan perempuan lain. Tapi bukan saya…” Usai sahaja Zulaikha menolak pinangannya, Iqram pula terdiam.
“Kalau tak ada bantahan, saya keluar dulu,”
“Kejap!” Iqram bersuara saat si gadis ingin melangkah pergi.
“Ya ada apa?” Zulaikha tak mampu berpaling. Dia bimbang rahsia hatinya terbongkar jua.
“Saya tak kisah siapa awak sebelum ni, yang saya tahu saya nak menikah dengan orang di depan mata sekarang. Kalau awak risau pasal masa lalu lupakan je. Saya terima awak seadanya. Saya tahu pilihan saya tepat kerana Allah sudah menunjukkan jalan untuk kita berdua. Kenapa awak perlu menolak takdir?” Muka Zulaikha sudahpun basah dengan air matanya.
“Walaupun…walaupun ajal saya sudah dekat?” Kata-kata Zulaikha berjaya mendiamkan Iqram. Lama tiada respon daripada lelaki itu. Lantas Zulaikha keluar dari bilik tersebut sambil mengesat air mata. Adik beradiknya yang lain hanya mampu memandang hiba. Bukan mereka tak tahu, Zulaikha sedang berperang dengan sakit yang dia hidapi. Entah kapan dia akan menemui Ilahi. Atas desakan fakta itulah dia harus menolak pinangan lelaki yang berjaya menambat hatinya. Entah mengapa, sakit sangat hatinya kala ini. Makin gelap dunia terasa dan dia rebah ke atas lantai dapur. Suasana jadi kelam. Gelap!

Xxxxx

“Hai anak abah, tengok apa tu?” Iqram menggeletek anak kecilnya. Baru setahun usianya. Qaireena Zulaikha ketawa kegelian. Iqram juga turut sama ketawa melihat telatah si anak. Comel!
“Ba…ba…” Iqram terdiam.
“Apa sayang?” Matanya tertumpu pada seorang wanita. Ah cantik sekali wajah isterinya. Rindu sungguh pada Zulaikha.
“Ba…” Sekali lagi Iqram tersedar dari lamunan. Dirangkul erat si anak. Seakan melepas rindu yang lama tersimpan. Derap kaki dari dalam rumah jelas kedengaran. Iqram mengalih pandangan.
“Sudahlah bang. Kesian budak tu, lemas nanti…” Si isteri mengambil tempat di sebelah. Iqram hanya melepaskan tawa.
“Alah, geram kat budak comel ni. siapa suruh comel sangat…” Mengomelnya sendiri. Zulaikha tersenyum.
“Ayin elok-elok tengok gambar, abang kacau. Kang dia nangis bukan abang nak pujuk kan? Zu  jugak yang kena…” Pipi Qaireena dicubit lembut.
“Kerana Zulaikha yang abang sayangi, abang berjaya berubah menjadi yang lebih baik. Thanks sayang. Dan kerana Zulaikha si kecil yang abang kasihi, memberi cahaya kebahagiaan dalam hidup abang. Thanks both of you…” Bibir melekap di dahi isteri yang sangat dia cintai. Iqram bertuah dengan adanya kedua-dua Zulaikha, lengkap hidupnya sebagai insan di bumi Allah ini.
“Walaupun Zu entah hidup entah tak di kemudian hari?” Pertanyaan itu sungguh menyeksakan. Sakit Zulaikha tak dapat disembuhkan. Tapi boleh ditangguhkan dengan makan ubat.
“Ajal maut di tangan Tuhan. Jangan fikirkan sangat, kalau ditakdirkan Zu tak ada esok, abang terima dengan redha. Allah dah beri abang kebahagiaan setahun lamanya. Insyallah, abang akan kuat. Anak kita kan ada?” Iqram melontarkan kata-kata setenang air di kolam. Dia cuba untuk kuat. Sebelum bernikah pun dia tahu hakikat itu.
“Abang, Zu yang tak kuat…” Pelukan dieratkan.
“Allah kan ada sayang…” Iqram dan Zulaikha membiarkan diri dengan tangisan hiba. Entah bila ajal akan memisahkan mereka. Namun, mereka tahu yang hidup cuma sekali. Hargai yang tersayang selagi ia ada di sisi. Itulah yang mereka sedang lakukan. Menghargai dan menyayangi satu sama lain.
Tamat~~~

Friday, 11 January 2013

Di hari jadimu sayang


Petang itu hanya dipenuhi dengan bunyi unggas. Entah mengapa hatinya mulai sebak mengenangkan kisah lama. 11 Januari 1988 masih terpahat di ingatan. Anak lelakinya yang tersemai dalam rahim selama 9 bulan lamanya akhirnya merasai udara di bumi. Bernafas sendiri tatkala keluar dari pintu rahimnya. Dia tersenyum dalam kesakitan. Kelegaan amat terasa.

Wajah sedikit tua tersenyum. Lelaki yang tinggi lampai itulah anaknya. Bercermin mata. Dia kini boleh berbangga kerana melahirkan anak soleh seperti itu. Pandangannya masih terarah ke anak bujangnya.
“Mak…” Sayup kedengaran suara garau memanggil si ibu. Tiada balasan suara. Hanya pandangan yang menghantar kasih sayang yang tak berbagi buat anaknya.
“Mak… kenapa pandang orang macam tu?” Anak bujangnya mengambil tempat disebelah ibunya. Risau pula melihat si ibu termenung jauh.
“Tak. Mak tengok kamu ni dah besar panjang pun. Dulu masa kecik kamu selalu menangis…” Hujung nadanya ada tawa. Seronok mengenangkan kisah lalu yang dilalui bersama bapa si anak. Indah kenangan itu.
“Ish mak ni. Malulah orang. Orang dah besar. Mana nak nangis macam dulu lagi…” Laju Mohamad menjawab.
“Alah kamu nak malu apa dengan mak ni? Mak yang besarkan kamu. Mak tahu, dah besar ni pun ada kamu menangis. Tapi biasalah anak lelaki mana nak tunjuk. Malu kan?” Mengekek si ibu ketawa. Mohamad berubah tingkah. Malu teramat.
‘Mana mak aku tahu ni? ishhh…’ Tak mampu dia luahkan depan si ibu. Malu.
“Mak ni mak Mad tau. Kalau Mad sedih mak yang rasa dulu. Tapi kalau mak yang sedih Mad takkan dapat rasa dulu…” Sebak. Mohamad terdiam. Ada benarnya kata ibunya. Sungguh tinggi naluri keibuan. Hanya para ibu dapat merasai nikmat itu.
“Mak… Mad… hurmmm…” Kelu lidahnya untuk berkata. Apalagi memeluk ibunya. Lelaki dan ego. Mohamad tidak rapat dengan ibunya kerana ibu seorang perempuan. Dia perlukan lelaki untuk memahaminya. Sebab itulah dia jarang menceritakan masalah kepada ibunya. Tapi, sedalam mana masalah yang dia pendam ibunya tetap dapat hidu. Sungguh ajaib.
“Mad, kalau ada masalah yang tak dapat kongsikan dengan mak… Mad boleh kongsikan dengan Allah. Allah kan sentiasa ada? Jangan malu. Sebab kita semua datang dari dia. Dan juga akan kembali kepadaNya. Mak pun takkan lama di dunia. Entah esok lusa mak dah tiada. Tapi Allah tetap ada nak…” Titisan mutiara jernih menitis perlahan. Mohamad terpana. Diam tak terkata. Wajah ibu dipandang lama. Perlahan jarinya mengusir titisan air mata di muka ibunya. Dibuang ego tinggi menggunung. Pelukan dihadiakan kepada ibunya. Di hari jadinya, ibu menangis didepannya. Di hari jadinya ibu mewasiatkan nasihat yang benar-benar menusuk ke dada. Sungguh inilah hadiah terbaik yang Mohamad inginkan selama 25 tahun bernafas di bumi fana. Air mata seorang lelaki gugur juga demi kasihnya anak kepada ibu. Demi cintanya hamba kepada Tuhannya yang satu.

“Selamat hari jadi Mohamad… anak mak…” Mohamad tersenyum dan bahagia. Indah sangat perasaan itu. Sungguh dia tak mampu nafikan yang sayang kepada ibunya melebihi sayang kepada insan lain kerana itulah insan yang pertama bertahta di hati.

Tamat.
Cerpen ini ditulis istimewa buat Miko aka Encik Kopi pasta di hari jadinya yang ke 25 tahun. Semoga dia terus menjadi anak yang soleh, kawan yang baik dan juga bila dah kahwin nanti jadi suami serta ayah yang baik anak-anaknya. Miko selamat hari jadi. Kau jangan nak terharu sampai nangis pulak =P Haha…

Wednesday, 28 November 2012

Di hari perkahwinanmu...


Lariannya makin menjauh. Sakit kaki tidak dipedulikan. Yang dia tahu kini dia perlu ke Majlis Kahwin temannya itu. Kain baju kurung diangkat sedikit bagi memudahkan larian. Wedgesnya sudah tidak begitu selesa di kaki tidak juga dipedulikan. Yang dia tahu, dia perlu sampai.
“Teksi!!!” Tangan melambai deras. Kereta bernama teksi terhenti jauh sedikit. Pantas saja dia masuk ke dalam.
“Pakcik, Bandar Tun Hussein please…” Ujarnya Farisya termengah-mengah.
“Awak kenapa?” Cermin pandang belakang jelas menunjukkan wajah Farisya. Namun, tiada sebarang jawapan dari mulut si gadis. Pakcik teksi hanya memandu sepi.
“Terima kasih. Jasamu dikenang,” Pintu di tutup. Sebaik saja teksi berlalu dia membetulkan semula kainnya yang sudah renyuk. Malang sungguh nasibnya. Tadi masa berjalan di kawasan perumahan dia nampak anjing dari kejauhan. Traumanya terhadap anjing belum pernah lupus. Pantas saja kakinya lari.
“Farisyaaa…” Dia berpaling. Aliff tersenyum memandangnya. Di sebelah Aliff ada pula Hernani. Ah dia benci gadis itu. Gadis yang merampas cinta Aliff. Dengan sekali lafaz, Aliff dan isterinya mencipta jurang maha besar dengan Farisya.
“Hai suami orang…” Farisya sedaya upaya menelan kelatnya air liur. Dia bersalaman dengan Hernani secara terpaksa. Mana mungkin dia mahu berbaik dengan perempuan perampas.
“Farisya, selamat awak datang. Saya tertunggu-tunggu dari tadi tau,” Aduan Aliff makin menambah bara di hati isteri. Farisya senyum cuma. Layanan Aliff masih sama. Masih seperti bujang dahulu. Layanan itulah membuatkan cinta mekar di hati tanpa dia sedar. Layanan itulah membuatkan dia hanyut dengan angan sendiri. Akhirnya, cinta yang dia damba ternyata sia-sia. Aliff bukan untuknya.
“Farisya… awak menung apa lagi? Jom saya teman awak makan…” Lagi sekali hati dirobek pilu. Ketika ini Hernani tidak lagi kelihatan.
“Aliff… saya boleh makan sendiri. Boleh tak awak jangan layan saya baik macam ni. Saya penat… Isteri awak pun mesti tak suka… Minta diri…” Aliff ditinggalkan terpinga-pinga. Saat itu jugalah air matanya tumpah. Niat dihatinya takkan bertemu lagi jejaka itu buat selamanya.

Monday, 15 October 2012

Kenduri Kahwin


Kenduri memang meriah. Lebih-lebih lagi kenduri kahwin. Indah nian singgah sana pelamin. Hanif tersenyum bahagia. Intan memalingkan wajah. Siapa sangka bekas kekasihnya kini ada di sana. Bersama wanita impian yang dikejarnya. Intan membatu kaku.

“Oit, lama sampai?” Intan menggeleng. Sofia tersenyum.

“Makan jom? Mehlah lepak kat meja kitorang,” Sofia menarik lengan Intan. Dalam serba salah dia mengikut.

“Kitorang? Ramai ke geng yang datang?” Intan mengerling kearah Hanif semula. Hatinya perlu ditenteramkan. Jiwanya sakit namun dipendamkan. Cukuplah kisah dulu bermain di ingatan. Payah benar dia mahu menerima sakitnya hakikat cinta terputus di tengah jalan.

“Tak. Ini bukan geng sekolah kita. Ni geng UTEM Hanif…” Ujarnya perlahan. Intan mengeluh. Dia malas nak berkenalan dengan orang baru. Lebih-lebih yang berkaitan dengan Hanif.

“Korang, kenalkan ini Intan. Member kamceng aku. Intan, ini Munir, Hafiz, Zaid, Tasya, dan Mira. Kira kami sekelaslah…” Senyuman melebar. Intan hanya tersenyum dan menundukkan wajah. Mata Zaid seakan berbicara dengannya. Cuma dia tak mahu perasan sendiri.

“Sofi, aku nak gerak dululah. Kirim salam Hanif dan isterinya okey? Tiba-tiba rasa muallah…” Intan makin rimas dengan pandangan menikam Zaid. Dia perlu beredar.

“Aku pun nak balik. Munir nanti kau hantarkan diorang balik sekali okey? Risau mak aku sorang kat rumah…” Zaid bersalaman. Intan gabra. Segera dia melajukan langkah.

“Zaid, kau nak balik saing Intan ke? Bolehlah hantarkan dia sekali…” Sofea memberi cadangan. Terhenti langkah Intan.

“Apa? Taklah. Aku nak cepat. Bye korang!” Zaid berlalu. Intan masih di situ. Bengang. Permainan apakah yang berlaku sekarang? Dia perasan atau hanya berperasaan? Lalu dia meninggalkan majlis dengan sayu dan pedih di hati. Bukan saja ditinggalkan kekasih, malah memalukan diri dengan tersalah tafsir renungan sang lelaki.

Friday, 21 September 2012

Cinta Sekuriti


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari itu aku keluar. Melepak di KLCC sangat seronok. Sampaikan aku lupa yang aku baru pertama kali jumpa dengan sahabat maya. Selalu sangat orang kata, alam maya bukan boleh percaya sangat. Tapi tidak aku. Yang penting aku bahagia dengan cara aku sendiri. Persetankan kata orang.

“Haih busy mengalah menteri kau ni…” Zaitul sudah menyiku aku. Aku meletakkan kembali handset nokiaku ke dalam beg.
“Aku kan peniaga berjaya. Haruslah busy, bukan macam kau…” Aku mengenakan dia semula. Kaki terasa lenguh.
“Iya, dia penjual Cheese Powder bah,” Mimie pula menyampuk. Aku tersenyum. Kemudian kakiku disilangkan. Aku bersila di atas bangku yang tersedia. Bangkukah? Aku pun tak tahu apa namanya.
“Penat ke weh?” Zaitul memandang aku pelik.
“Aah kaki lenguh. Tadi kan aku naik LRT, kena berdiri lama. Mujur tak pakai heels,” Ketawa aku. Sahabat aku juga ketawa bersama. Borak seperti sudah lama kami berjumpa. Padahal baru 20 minit lepas aku ternampak 2 batang tubuh menanti di tepi escalator.

“Kaki turun!!!” Terkesima kami dibuatnya. Perlahan aku memandangnya dan menurunkan kaki. Ya, aku salah kerana bersila di tempat eksklusif begini. Lelaki itu berlalu.
“Hoi macam gampang je ayat dia. Bukan tak boleh nak tegur baik-baik…” Zaitul geram. Mukanya jelas tidak puas hati. Aku masih lagi tergamam. Kurang ajar. Itu kata-kata yang sesuai untuk lelaki yang beruniform tadi.
“Betul bah,” Mimie juga bersetuju. Aku senyum.
“Kau nak aku marah dia ke? Aku pergi sekarang…” Aku menggeleng. Malas panjangkan cerita.
“Kau ni. Kurang ajar kot. Tegur pun biarlah elok-elok. Ini tak. Ingat besar sangat pangkat dia nak cakap macam tu kat kau?” Emosinya tak terkawal. Aku biarkan saja dia meluah rasa.
“Dahlah. Biarkan je dia. Salah aku jugakkan?” Aku redakan suasana tegang. Sekelip mata situasi kami berubah. Aku cuba menahan Zaitul dari cari pasal. Kang ada adegan tumbuk pulak. Dah macam KL Gangster nanti.
“Kau baik sangatlah. Kenapa nak halang aku? Kalau aku, lama dah aku marah dia. Tak beradab langsung. Tegur baik-baik kan lebih sopan? Ish…” Omelannya aku biarkan saja. Janji amarahnya hilang. Aku sebenarnya tak reti marah depan-depan. Apatah lagi memang salah aku. Tempat ini tak sesuai untuk aku barangkali.
“Tak apalah, benda dah lepas pun…” Aku masih lagi cuba menjernihkan keadaan.
“Oi kau beria menangkan dia kenapa? Kau suka dia ke?” Mata aku terus terjegil.
“Hoih tak ada maknanya… dia yang nak mengorat kau tu. Tu dia datang marah aku..” Mimie ketawa sahaja. Orang bujang dengan yang sudah kahwin lain gayanya.
“Apasal pulak aku? Dia tegur kau, maknanya dia syok kat kau. Adakah kau pun suka dia? Oh cinta si sekuriti…” Zaitul berdekah ketawa. Aku menggumam rasa. Entah kenapa rasa nak piat je telinga dia ketika ini. Ada ke patut aku digandingkan dengan sekuriti.
“Tahu mak aku, mahu pengsan dia dengar…” Aku turut sama ketawa.
“Apa sekuriti?!!” Zaitul bergaya ala-ala cerita P. Ramlee. Aku tak tahan ketawa. 
Akhirnya, mood kembali seperti asal. Yang penting seharian aku dikenenkan dengan sekuriti yang kurang sopan lenggok bahasanya. Aku juga yang terkena tempiasnya. Mentanglah aku single, semua pakat nak padankan dengan aku.

“Jangan lupa mimpikan sekuriti kau malam ni…” Zaitul sempat lagi menghantar pesanan ringkas. Akhirnya, aku terlelap mengenangkan kisah itu. Kisah suka duka seorang single mungkin. Aku senyum lagi.

Thursday, 30 August 2012

Balang kosong

Balang itu dipandang sepi. Setiap hari Rosnah memandang saja. Kosong. Balang itu kosong tiada isi. Setiap kali raya itulah dapatannya. Duit raya sedikitpun tak berjaya dikumpul. Malah makin banyak kata cacian dan makian dia carutkan apabila duit tak berjaya dia kumpul. Mak, ayah, saudara mara lain juga tak mahu beri. Dia kecewa.
“Alang, kenapa kau tak penuh-penuh. Aku nak tengok kau penuh!’ Tangisan hiba masih bersisa. Rosnah sungguh kecewa. Tahun ini adalah tahun ketiga balang itu masih kosong. Dia tersisih. Adik-adiknya dapat duit raya banyak sekali. Tapi dia? Dia satu sen pun tak ada. Pernah sekali dia tanyakan hal itu pada emaknya. Sedikitpun tak diendahkan. Kewujudannya macam tak memberi kesan kepada orang sekeliling. Sejak tiga tahun dia bersama balang kosong itu. Nama manja balang itu ialah Alang. Itulah satu-satunya teman akrab yang Rosnah ada.
“Alang, kau mesti faham apa aku rasa. Sebab kau dan aku sama je…” Lagi sekali empangan air mata pecah. Berderai seakan hujan.
“Alang…kau kosong…aku juga…aku benci hidup macam ni…” Rosnah menangis dalam sendu. Kuat! Namun, hanya dia dan Alang yang mampu mendengarnya. Sekali lagi dia tertidur di saat orang lain bergembira makan ketupat dan rendang.

Tiga tahun sebelumnya…
“Ros, bangun Ros…” Suara tua itu mengejut Rosnah. Si gadis lincah yang genit. Tubuhnya yang montok digoyangkan perlahan.
“Anak dara apa ni bangun lewat ni… Kita nak solat raya Ros oiii!” Mak Jemah membebel sendiri. Badan anaknya dipusingkan. Alangkah terkejutnya dia melihat buih-buih putih di mulut anaknya. Segera rumah sunyi di pagi raya bertukar hiruk pikuk. Tangisan wanita tua di sisi mayat beku tak bernyawa masih kuat kedengaran. Wajah Pak Leman pucat umpama tak bernyawa. Adik-adik Rosnah menyorok di belakang pintu kayu usang.

Keesokan harinya, terpampang di dada akhbar seorang gadis bawah umur mati bunuh diri. Panadol ditelan 30 biji semuanya. Gara-gara mahu membunuh bayi dalam kandungan yang terhasil dari hubungan haram atas kerelaan. Lebih mengejutkan usahawan berjaya mengaku yang anak itu adalah benihnya. Dia tak dijatuhkan hukuman kerana mempunyai masa depan yang cerah dalam hidupnya. Akhirnya, Rosnah mati. Anaknya mati. Sia-sia cintanya. Cuma jasad dan rohnya tak diterima bumi.

Balang kosong itu adalah balang berisi panadol tiga tahun lepas. Cuma itulah yang menemaninya entah sampai bila. Walaupun mati, dia tetap tidak mahu menghantui bekas kekasihnya, kerana cinta. Cinta kepada lelaki yang sukar dikikis biarpun jasadnya telah lama mati. Cintanya tetap subur buat Fendi Ghazali, usahawan terkenal.

Wednesday, 8 August 2012

Kistot: Rahsia hati


“Hoi budak!” Aku terdiam. Mata dia dan aku sama-sama melekat. Dalam kiraan tiga kami berlari pantas meninggalkan surau. Mercun habis berteraburan. Pak Meon berlari sambil memegang kain pelekat yang bimbang akan terlucut masih terkial-kial.
“Korang tunggulah…” Sayup saja kedengaran suara Pak Meon. Aku dan dia masih berlari berpegangan tangan. Indah sungguh perasaan itu. Itulah saat kali pertama aku tahu apa makna suka. Suka sangat melihat Fairuz ketawa. Manis!
Tapi itu semua dulu. Kenangan tinggal kenangan. Aku sepi tanpa dia. Dia lama telah hilang dari hidup aku. Dua bulan selepas raya dia dan keluarga pindah Sabah. Nun di sana. Jauh sekali. Masakan bisa aku melihat tawanya lagi. Lebih-lebih lagi takdir menemukan kami dalam keadaan tak ku sangka. Dia berubah. Bukan lagi Fairuz yang ceria seperti dulu.
“Jauh menung?” Aku tersenyum kelat. Namun pantas aku sembunyikan. Fairuz berdiri di sebelahku.
“Ah saja tengok bulan tu. Cantik!” Aku melindungi rasa. Cinta pertama yang masih mekar biarlah menjadi rahsia.
“Aik suka pandang bulan sampai tak nak pandang abang?” Aku berpaling ke arahnya. Mataku cuba melihat ke dalam matanya.
“Abang kenapa cakap macam ni?” Jantungku berirama merdu saat dia membahasakan dirinya abang.
“Maaf, abang tak patut salahkan Reen. Abang salah…” Aku terkedu saat suaranya terketar. Pantas tangan aku menyeka air jernih di tubir matanya.
“Abang…cukuplah. Jangan seksa diri abang. Reen dan abang sama-sama mangsa. Tapi Reen tak pernah menyesal bertemu semula dengan abang. Reen sebenarnya…” Aku terhenti. Lidah kelu tiba-tiba. Mengapa sayang sukar dilafazkan?
“Sebab Reen sayangkan abang kan?” Aku termalu sendiri. Pelukan terasa hangat. Aku menangis di dadanya. Soal bagaimana dia tahu tentang rahsia itu telah terlupus sendirinya. Aku bahagia kini. Fairuz cinta pertama dan terakhirku insyallah.

Thursday, 14 June 2012

Cinta berdarah

Dia berjalan sendiri di Tesco. Entah mengapa dia mahu keluar. Bosan barangkali. Troli ditolak lemah. Entah apa-apa yang dia ambil dan campak ke dalam troli. Matanya terpandangkan sesuatu. Baju! Bukan baju buatnya tapi baby. Comel sebab warna merah jambu. Dia suka baby girl.
“So cute!” Komennya sendiri. Tanpa sedar ada yang mendengarkan katanya. Deheman membuatkan Izzati terkejut lalu berpaling. Seorang lelaki. Agak berusia. Bukan tua, tapi nampak matang.
“Kenapa pandang macam tu?” Lelaki itu menegur. Haikal menghadiahkan senyuman. Lama dia perhatikan perempuan di depannya.
“Dah kenapa ehem ehem?” Izzati tak tahu ayat apa yang sesuai untuk dia guna.
“Ehem ehem?” Haikal ketawa. Lucu! ‘Kalau orang lain dengar bikin haru!’ Desis hatinya.
“Awak ni kenapa? Sibuk je,” Izzati membuang resah. Lantas baju pink itu disumbatkan dalam troli.
“Baju anak?” Haikal berminat nak tahu. Dia berminat dengan perempuan itu sejujurnya.
“Taklah baju saya,” Izzati lekas menolak troli ke kaunter pembayaran. Sekali lagi dia terhalang. Haikal sengih.
“Muat ke nak pakai? By the way, saya Haikal,” Soalan itu buat Izzati tersentap.
“Saya ada nampak macam nak pakai ke baju ni?” Geram!
“Ingat awak nak pakai tadi,” Senyumnya. Lantas mengeluarkan kad.
“Nah, ambillah,” Haikal tersenyum saja melihat Izzati tidak menyambutnya.
“Cik Merah. Awak janganlah sombong sangat. Saya nak kawan dengan awak. Itu je,” Haikal menyatakan hasratnya. Bukan sekadar kawan sebenarnya.
“Cik Merah? Okey saya terima,” Izzati malas memikirkan hal lain. Dia nak cepat-cepat pulang ke rumah.
“Aah, air bikarbonat strawberry, tudung awak, air yogurt. Selipar juga. Jadi saya anggap itu warna kegemaran awak bukan?” Izzati terkedu. Mata memandang ke arah troli. Dalam diam dia iyakan kata-kata lelaki itu.
“Nama saya Izzati. Bye, assalamualaikum,” Izzati menamatkan pertemuan di situ. Namun, sekali lagi ditahan. Dia naik rimas.
“Apa lagi?” Izzati geram. Lantas mulutnya ternganga.
“Siapa yang ganggu tadi?” Izzati cepat-cepat memasukkan kad nama lelaki itu ke dalam poket. Dia takut.
“Aku tanya kan? Siapa laki tu? Apa dia nak?” Gerun. Redza merenung tajam. Hatinya geram!
“Entah, dia cari barang. Saya kata tak tahu,” Terketar suara Izzati membohongi suaminya. Redza diam seketika.
“Lama sangat beli apa? Sebab tu aku tak bagi kau keluar sorang. Dah cepat pergi bayar!” Tegas. Terkocoh-kocoh Izzati mendekatkan diri ke kaunter. Baju bayi menarik perhatian Redza. Namun, tak pula dia bertanya. Matanya melingas melihat sekeliling. Gusar jika lelaki yang mengganggu isterinya kembali. Api cemburunya marak tadi. Izzati cantik. Di matanya isterinya sangat cantik. Jadi dia benar-benar takut dia akan kehilangan Izzati. Jadi dia sentiasa berada dekat. Dia sengaja datang dekat isterinya. Dia sengaja!
Barang dimasukkan ke dalam bonet kereta. Sedikitpun Redza tak membantu. Fikirannya serabut. Dia mahu cari tahu baju bayi siapa yang isterinya beli.
Kosong! Langsung dia tak bantu...
“Kejap!” Izzati mematikan niat menghidupkan enjin. Dia pandang suaminya. Dia tahu dia perlu menjaga hati suaminya. Perlu sangat!
“Baju baby tu siapa punya?” Izzati mengeluh. Dia terkantoi!
“Aa..aa baju baby tu? Saya sengaja beli. Simpan,” Itu saja yang dapat dia lontarkan. Tekak mula rasa tak enak.
“Baju baby buat apa nak beli? Kita bukan nak dapat anak pun?” Redza tak puas hati. Izzati tergugup sendiri. Dia diam. Redza malas bertanya lebih. Izzati dibenarkan pulang. Redza mengekor menggunakan keretanya. Dia sayang sekali dengan Izzati. Dia akan pastikan Izzati miliknya seorang dan kekal miliknya selama-lamanya!
Xxxxx
Kilat!
Malam itu kilat sabung-menyabung. Izzati menutup tingkap. Suaminya tak pulang lagi. Dia tekad untuk menelefon lelaki bernama Haikal. Entah mengapa dia terpanggil untuk telefon. Dia mahukan seseorang. Dia mahu lepas dari semua yang membelenggu dirinya. Bukan dia ingin menggoda Haikal. Jauh sekali. Cuma semua nombor kawan perempuan Izzati sudah dipadam. Lelaki itu takkan benarkan dia berkawan apatah lagi bersosial. Dia nak selamatkan anaknya. Ya, anak dalam perutnya.
“Hello!” Haikal menyapa mesra.
“Encik Haikal, saya Izzati. Tolong saya…” Nada sebak. Tangisan mula menderu. Haikal terperanjat. Dia masih berusaha mengingati siapa Izzati.
“Izzati…” Itu saja yang mampu Haikal lontarkan. Tangisan Izzati tidak berhenti. Haikal pula yang risau. Lantas dia menunggu Izzati tenang dulu.
“Maaf saya tak patut telefon awak…” Talian di matikan. Handset juga. Dalam diam dia membeli handset dan nombor baru. Dia simpan semula handset tersebut. Dia tak mahu Redza tahu.
“Izzati!!!” Suara Redza melaungkan namanya kuat. Tergopoh-gapah Izzati menyambut suaminya. Dia tahu mood suaminya tak baik melalui suaranya.
“Hoi pekak ke apa?” Kepala Izzati ditunjal. Redza bengang. Rumah berkunci. Dia tak suka menunggu. Dia benci!
“Maaf abang, saya kat atas tadi,” Izzati menyambut beg suaminya berhati-hati. Tiba-tiba rambutnya direntap. Izzati terjerit. Sakit!
“Kau dah pandai beralasan kan? Kau nampak aku letih tak? Letih kerja nak kasi kau makan. Kau buat apa kat atas lama-lama hah perempuan sundal?” Izzati menggeleng. Dia takut. Dia takut rahsianya terbongkar.
“Aku nak makan. Pergi masak sekarang!” Lalu Redza menolak kepala isterinya ke bawah. Izzati tersungkur. Bibirnya pecah. Cepat-cepat dia pegang perutnya. Risau!
“Terhegeh-hegeh kenapa?” Tendangan dibelakangnya sungguh sakit. Perlahan dia cuba bangun. Dia tahu suaminya sangat baran. Izzati berjalan ke dapur. Kelibat suaminya tak kelihatan.
Dia perlukan Haikal untuk pergi dari penjara cinta suaminya. Dia tak mahu dijadikan boneka di rumah ini. Cukuplah sekali dia pernah dibawa ke majlis makan malam. Ramai memuji kecantikannya. Balik rumah Izzati yang jadi mangsa. Cemburu dan amarah menguasai Redza. Suaminya terlalu taksub dengan kecantikan dan cinta. Atau lebih tepat taksub dengan Izzati!

Xxxxx
Redza mendekat. Rambutnya terasa dielus-elus. Izzati memandang suaminya pelik. Dia tahu Redza seperti dua personaliti berbeza. Dia yang baik dan dia yang panas baran. Izzati memegang tangan suaminya erat. Dia tahu dia perlu melayani suaminya. Kalau tak dia akan dibelasah lagi. Dia perlu jaga kandungan dia. Itu yang utama!
“Abang rindukan Ati,” Senyuman penuh makna. Izzati rindukan suaminya yang ini. Sikap inilah yang buat dia jatuh cinta dengan Redza buat kali pertama. Izzati rindukan saat itu. Tapi itu semua dulu. Kini bukan Redza yang dia dambakan.
“Ati…” Izzati senyum memandang. Suara suaminya sangat romantis.
“Ye, abang?” Tangan mereka bersatu. Ciuman yang hinggap di tangannya dihadiahkan oleh Redza.
“Isteri abang cantik dan seksi malam ni,” Deru nafas suaminya makin terasa. Dia tahu suaminya inginkan sesuatu.
“Malam ni aje?” Izzati bertanya menggoda. Dijauhkan sedikit jarak mereka. Redza makin tak keruan. Dia rindu isterinya itu. Cantik sangat Izzati malam ini.
“Sayanggg…” Izzati tersenyum kemenangan. Ini saja yang dapat menundukkan baran suaminya. Dia tahu kelemahan suaminya sendiri.
“Ati, jangan seksa abang,” Izzati mula bangun dan berlari jauh sedikit. Dia juga tahu jual mahal. Dia tahu suaminya akan mengalah jua.
“Cubalah kejar saya kalau dapat,” Izzati ketawa senang. Dia suka saat dia permaisuri dan suaminya raja. Dia bangga suaminya terkejar-kejar begini. Dia derita saat dia dijadikan hamba. Lalu ini saja yang mampu menghauskan sakit deritanya selama diperhambakan. Redza berjaya mendakapnya. Izzati kegelian saat bibir suaminya merayap. Dan malam itu milik mereka berdua. Dalam tak sedar, Izzati benar-benar rindukan Redza. Dia mahukan suaminya yang penyayang bukan seperti singa. Dia lemah dalam dakapan suami sendiri. Hati mula keliru sama ada mahu meninggalkan cinta itu atau tidak. Walau dia ada bersama Redza, hati dan mindanya menerawang jauh. Bukan Redza tak perasan. Namun, nafsu menggodainya. Nafsu adalah segalanya kini.
Xxxxx
Image Detail
Lama dia impikan saat ini!
Di tangannya pisau masih berdarah. Dia nampak Redza merayu. Dia lebih mementingkan nyawa anaknya. Kerana anaknya, dia sanggup begini. Darah masih ada. Menitik-nitik ke lantai. Redza terketar-ketar.
“Sampaaaii hati Ati…”  Redza menggelupur. Di hati Izzati timbul rasa simpati.
“Abang, maafkan saya. Saya cuma buat apa yang patut saya buat dari dulu!” Jeritnya lantang. Kelaran diperut suaminya dipegang kuat. Redza mengerang.
“Bunuh je aku ni Ati. Bunuh saja!” Suaranya kuat. Luka diperut makin sakit. Dia terasa ramasan tangan halus di situ.
“Aku takkan biar kau mati senang-senang. Kau buat aku tertekan. Kau dah bunuh aku. Dan aku takkan biarkan kau bunuh anak aku ni!!!” Izzati mengilai. Dia puas melihat Redza lemah terkulai. Dia puas sangat.
“Anak kau? Anak kita? Kau mengandung?” Izzati tersenyum sinis.
“Anak aku. Kau tu mandul! Ini anak aku!” Izzati menghunuskan pisau ke perut lelaki itu. Jeritan Redza kuat. Dia ketawa bahagia. Anak dia dan kawan Redza terselamat. Kawan Redza yang Redza agungkan. Rizal sudah mati. Tapi benihnya ada.
“Perempuan sial! Kau duakan aku? Aku ingat Rizal yang goda kau, rupanya…” Satu lagi tusukan di bahagian perut diterima. Darah makin banyak mengalir. Redza terbaring lemah.
“Ya, kami suka sama suka. Tapi kau bunuh dia! Kau bunuh bapa anak aku! Kau tak layak hidup!!!” 
Akhirnya...
Izzati duduk di atas perut berdarah suaminya. Lantas pisau itu dibenam ke dada lelaki itu. Dia ulangi perbuatannya hingga tubuh itu hancur. Ketawa Izzati saja yang kedengaran selepas itu. Dendam cintanya terbalas akhirnya. Ini semua kerana Rizal, demi cinta terlarangnya. Cinta yang wujud setelah cinta buat Redza tamat tempoh.
Xxxxx
Haikal sendiri...
Haikal masih memikirkan tentang Izzati. Sejak panggilan aneh itu. Izzati seperti ada sesuatu yang tersembunyi. Cuma dia tak tahu apakah ia. Makin lama dia fikir makin serabut dia rasa. Dia pening memikirkan masalah perempuan yang dia sukai. Ya dia mula sukakan Izzati saat mereka bertemu dulu. Dia sangat-sangat merindukan Izzati. Telefonnya berbunyi.
“Izzati!” Sapanya laju.
“Awak, awak tolong saya wak. Tolong saya,” Izzati cemas.
“Apa dia? Kenapa?” Haikal pula tak tenang. Izzati menjelaskan kesemuanya. Haikal terduduk. Dia terkejut. Lantas dia menjemput Izzati dan berjanji membawa dia pergi jauh dari sini. Itu janji Haikal!
Haikal bergegas melihat Izzati berlinangan air mata. Sebuah beg besar di sebelahnya. Haikal mengagak dia telah dihalau keluar.
“Saya tak ada tempat nak pergi. Tolong saya. Tolong anak saya,” Izzati menangis kuat. Haikal simpati lalu dirangkul erat pinggang perempuan yang dicintai dalam diam. Dia bawa perempuan itu masuk ke dalam kereta.
“Awak dah selamat. Jangan menangis lagi,” Haikal memujuk Izzati.
Matanya masih tertumpu di jalan raya sunyi. Dia tekad membawa Izzati pergi. Namun, Izzati sebaliknya. Senyuman penuh makna terukir di bibir Izzati. Dia gembira saat ini. Dia sangat-sangat suka dengan keadaan ini. Rizal mati. Redza juga. Kini dia ada Haikal. Haikal yang terlalu bodoh! Bahagia milik dia kini!


Ps: Kenapa cerita ini? Sebab ada part aku buang kat blog ini. Aku sayang. Jadi aku publish kat sini.=P Sambungan cerita ini di 
sini.

Thursday, 31 May 2012

Sekuat Mana cintamu?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Laju sahaja dia meninggalkan sekolah. Kakaknya Haffi sudah tunggu di depan dengan muka masam. Panas terik tak siapa tahan. Si jejaka melambai. Dia tersipu. Itulah detik permulaan bibit-bibit cinta sang dara dan teruna. Tingkatan satu masih awal. Belum mengenal dunia. Namun siapa sangka? Bertahun lamanya cinta mereka mekar di hati. Ketika itu hanya kakaknya yang tahu kisah adiknya.

Beritahu keluarga? Mungkinkah mereka terima? Muda remaja. Orang dulu kata cinta monyet takkan kekal. Nmun tidak padanya. Cinta itu kekal hingga ke hari ini. Ya hari ini dalam sejarah. Setelah menyulam kasih mengikut ajaran Islam. Mereka berdua memujuk hati keluarga agar mereka dapat menikah dalam masa terdekat. Baik yang lelaki mahupun perempuan. Adakah mungkin? Alasan? Aku mahu mengelakkan dari melakukan maksiat.

Puas dia pujuk hati orang tua. Kini mereka akan bersatu. Kasih dijalin sesama keluarga ibarat akrab. Tak ada yang dapat memisahkan. Sang ibu suka sang ayah masih tak setuju. Baginya terlalu awal anaknya mendirikan rumah tangga. Puas mereka memujuk. Namun masih gagal.

"Ayah, kita dah kenal lama. Kita tak nak apa-apa yang buruk jadi" pujuk Adik.

"Ayah tak nampak apa sebab kena kahwin awal." kata ayah tegas. Ibu terdiam. Melihat adegan dua beranak. Adik mengalirkan air mata.

"Ayah nak adik belajar dulu. Lama lagi nak graduate." kata ayah. Si kakak setuju. Kerana lama lagi untuk melihat si adik menggenggam ijazah. 4 tahun setengah. Lama sangat. Malah mereka duduk berjauhan. Dua benua berbeza. Masakan boleh menjalankan tanggungjawab belajar?

"Ibu dah pujuk ayah dik. Tak apa nanti si Ady masuk meminang. Okey ke dik? Ibu cuba menyejukkan hati Sunah anak perempuannya.

"Betul ke bu?" mata Adik bersinar.

"Kak Mira tak setuju. Adik muda lagi. Adik tak boleh kahwin. Kakak yang lain belum nikah lagi," masih terngiang suara Kak Mira. Sedih hati Sunah tak terkira.

Kakak yang masih belum nikah jua tak bersetuju. Tak mampu dia melukakan hati adik kesayangan iaitu Sunah. Sunah masih belum matang baginya. Umur seawal 20 tahun membuatkan si kakak iaitu Haffi sedikit gusar. Bukan Haffi tak kenal si Ady. Sudah lama mereka menyulam kasih. Selama itulah Haffi tahu tentang ini.

Keesokannya rombongan datang. Setelah berborak baharula berbincang secara serius. Abang kepada Adylah mengurus majlis. Ayah Ady tak dapat datang. Hanya mak yang ada. Ady tersipu. Seronok tak terkira. Sunah menyorok di dapur. Hanya tiga beradik je dari keluarga Sunah. Yang lain di perantauan. Sunah gembira.

Dalam malu-malu, Sunah dipanggil. Ya sesi menyarung cincin. Sungguh teruja. Haffi hanya melihat adiknya melangkah bendul. Dia agak geram dengan keputusan adiknya terburu-buru. Masih sangat muda. Namun segalanya terlambat. Ayah hanya bersetuju mereka bertunang. Bukan bernikah. Haffi tersenyum melihat adiknya Sunah tersenyum manis.

Ady masih malu-malu walaupun kerap berkunjung ke teratak Sunah. Sungguh dia suka bertunang. Akhirnya cinta monyet mereka berjaya kekal bersama restu keluarga.

Ps: Karya lama. Rasa malu bila baca kah kah kah =P

Thursday, 3 May 2012

Part 3: A man among men (Akhir)

Nabila bertemu dengan Amani lagi. Kali ini disertai abang Amani yang masih lagi misteri. Entah mengapa debaran hatinya kuat. Bagaimanakah wajah lelaki misteri itu? Adakah sama seperti wajah comel Amani? Dia berteka sendiri.

“Kau buat apa kat sini?” Nabila mencebik. Lelaki itu sangat annoying baginya.
“Eh akak kenal ke dengan abang ni?” Nabila menelan air liur. ‘Jangan kata ni Syed Nasir Arman?’
“Ah, kenal gitu-gitu je,” Nabila menjawab. Hatinya hampa tiba-tiba.
“By the way, Abang Arman lambat sikit. Kenalkan ini Abang Aiman,” Nabila terkejut.
“Oh abang Amani jugak ke?” Aiman tertawa sinis.
“Taklah. Abang sepupu. Abang Aiman duduklah. Inilah bakal isteri Abang Arman. Cantikkan?” Amani masih tak mengerti. Masakan Aiman dan Nabila ingin membuka pekung di dada.
“Erm tak adalah cantik mana,” Aiman menyindir. Dia perasan akan perubahan drastik perempuan itu. Tudung sudahpun tersarung di kepala. Mungkinkah kerana teguran pedas hari itu perempuan miskin ni berubah? Segalanya berlegar di minda sang teruna.
“Oh terima kasih atas kritikan tu Encik Aiman. Oh ya, kenapa Amani bawak sepupu datang sekali,” Sinis juga kata-katanya. Wajah Aiman berubah warna.
“Saja. Abang Aiman ni rapat dengan kami dua beradik. Abang Arman kawan baik dengan Abang Aiman. Sekolah sama, kelas sama, suka awek sama…opss,” Aiman menjeling laju ke arah Amani. Kisah dulu biarlah jadi rahsianya. Untuk apa diungkit kisah memeritkan jiwa. Qaisara akhirnya dimiliki Arman. Namun, sebentar cuma. Mereka putus tetapi Aiman tak pula berebutkan Qaisara semula.
“Maaf lambat,” Syed Nasir Arman telah muncul. Debaran di hatinya makin memuncak. Nabila memandang sekilas. ‘Not bad’ kritikan diberikan hanya di dasar hati. Masing-masing berbual mesra hanya Nabila seperti kera sumbang di situ.

Xxxxx

“Aiman, kau tolong bawak Amani pergi kedai depan tu. Dia kata nak beli biskut sikit,” Arman mula mengarah. Aiman tahu, mereka memerlukan privasi sendiri. Lalu dia mengajak Amani berlalu pergi. Nabila hanya mencebik memandang kelibat lelaki itu. Sungguh menjengkelkan.

“Oh ya, Amani kata awak dah kenal Aiman. Macam mana boleh kenal?” Suaranya benar-benar serius. Nabila menyampah kerana kerap kali nama lelaki itu disebut.
“Tak berapa kenal pun. Tak penting. Oh ya, macam mana kisah kita ni?” Nabila malas bercerita lanjut tentang Aiman.
“Awak, jawab dulu. Macam mana kenal dengan Aiman?” Paksaan itu benar-benar menakutkan. Nabila terasa bakal suaminya bakal menjadi seperti papanya. Bengis.
“Kami terserempak. Dia annoying tau tak? Kami tak sebulu. Jadi awak tak payah nak tanya lagi pasal dia. Sakit hati saya,” Nabila bengang. Arman lega sedikit. Sejak kecil Aiman dan dia sentiasa mahu menang. Sentiasa berebutkan benda yang sama. Dia takut hati perempuan di depannya juga akan direbut Aiman.
“Nabila, maaf saya tak patut paksa awak macam tu. Oh ya, keluarga saya datang meminang hujung minggu ni okey?” Nabila hanya mengangguk. Dia tiada pilihan.
“Kenapa?” Arman perasan Nabila berubah sugul.
“Saya sebenarnya tak rela dengan perkahwinan ni. Tapi jangan risau. Saya tetap akan mendengar kata papa saya. Awak, boleh tolong saya?” Arman terkejut.
“Tolong apa?” Dia pula kecewa. Hati Nabila mungkin sudah terisi.
“Tolong selamatkan saya dari cengkaman ayah saya. Tolong jauhkan saya dari dia yang bengis. Tolong jadi suami yang boleh saya bergantung. Tolong buatkan saya menjadi isteri yang paling bertuah di dunia. Tolong…” Arman memandang wajah Nabila yang telah basah dengan air mata.
“Saya janji wak. Saya janji. Dah jangan nangis,” Arman serba salah. Sudahlah di khalayak ramai perempuan kesayangannya menangis. Dalam hatinya telah terukir janji menerima siapa saja yang menjadi isterinya dengan hati terbuka. Dia telah membuat tekad dalam diri. Cinta selepas kahwin pun indah. Jadi tak perlulah dia merasa terpaksa dengan perkahwinan aturan keluarganya. Arman sedia memperisterikan Nabila seadanya.

Xxxxx

Rumah bersepah. Nabila semakin pening. Hendak bergerak pun dia tak larat. Badannya tak sihat kebelakangan ini.

“Sayang, kenapa?” Arman baru saja turun tangga melihat isterinya cuba bangun.
“Saya nak kemas. Bersepah sangat rumah kita ni,” Nabila mencuba bangun sekali lagi. namun, dihalang suaminya.
“Dah, awak duduk je. Biarkan saya yang buat. Awak kan letih tu. Mana buah hati saya tu?” Nabila memuncungkan mulutnya ke arah tepi sofa.
“La, budak ni tidur celah ni kenapa?” Nabila ketawa. Anak kecilnya memang lasak. Habis rumah berantakan. Nadia Insyirah kepenatan.
“Abang macam tak kenal anak kita tu. Takut kena marah kot, sebab tulah menyorok tepi sana,” Ketawa bahagia. Gelagat anak kecilnya memang menghiburkan. Arman, seorang jejaka yang menjadi penyelamat. Boleh juga dikatakan hero. Kini, dia bahagia tanpa dibelenggu kuasa ditaktor. Dia bebas kini.
“Entah-entah sayang abang masa kecik-kecik pun macam ni tak?” Arman duduk di sebelah isterinya.
“Mana adalah,” Nabila segera mencubit lengan suaminya.
“Eh tak mengaku pulak tu. Abang mana ada macam ni. Si Syira kan perempuan. Maknanya dia ikut mamanya,” Arman tak habis nak menyakat.
“Mana adalah. Orang kata anak perempuan ikut perangai papanyalah,” Nabila membalas.
“Eh siapa cakap? Mana ada. Perempuan mestilah ikut perempuan sayang oi,” Ketawa Arman melihat isterinya mati idea. Nabila muncung sebentar. Geram pula dia. Lama suaminya ketawa. Suaminya sengaja, dia tahu.
“Eh abang, gelak-gelak juga. Ni kata nak kemas rumah. Bila nak buat?” Nabila berjaya mengenakan suaminya semula.
“Alaaaa baru nak seronok. Sayang ni…macam tau-tau je…” Ketawanya berdekah-dekah. Nabila turut sama ketawa. Hatinya berbunga bahagia. Malah makin gembira dengan hidupnya kini.

Kehadiran Arman seperti penyelamat. Penyelamat yang dikagumi. Kehadiran Inysirah menjadi penyeri rumah tangganya. Kini, dia punya keluarga sendiri. yang pasti, Nabila tak mahu mengulangi kesilapan lalu papa dan mamanya. Dia ingin menjadi mama yang terbaik buat Syarifah Nadia Insyirah dan isteri kepada Syed Arman Nasir yang taat dan setia. Nabila bahagia kini. Terima kasih Allah!

Tamat!!!

Thursday, 12 April 2012

Part 2: A man among men

Suasana romantik yang ditonjolkan restoran mewah tersebut langsung tidak menjentik hati Nabila. Tangisan semalam masih bersisa. Malam ini dia bakal menjadi boneka sekali lagi. Dia tetap menjadi pak turut. Dia tak punya kekuatan untuk lepaskan diri dari cengkaman papanya. Kadang dia simpati dengan nasib mamanya. Namun, mama sendiri memilih hidup begitu. Siapa dia nak masuk campur hal orang tua.

“Assalamualaikum,” Suara perempuan mengganggu fikirannya. Lantas otak dan minda kembali ke paksi asal. Nabila menjeling sejenak gadis muda di depannya. Berkemungkinan usianya baru menginjak 20 tahun. Nabila berteka teki sahaja.
“Waalaikumsalam. Awak siapa?” Angkuh bunyinya. Nabila malas melayan budak minta derma. Kadang bukan betul. Hanya mainan sindiket yang malas mencari rezeki halal. Malah mempergunakan kanak-kanak. Dia cukup benci hal itu.
“Saya Amani. Adik kepada Syed Arman Nasir. Maaflah patut akak jumpa abang tapi dia tak suka jumpa perempuan malam begini. Jadi dia wakilkan saya. Akak tak kisah kan?” Petah Amani berkata. Wajah tak melambangkan kematangannya dalam berbicara. Nabila kagum sebentar.
“Tak. Tapi betul abang awak hantar awak? Bukan sindiket ke apa?” Pertanyaan itu kedengaran lucu sekali. Nabila menggaru kepala menyedari keterlanjuran katanya.
“Tak apalah kak. Amani sukalah kat akak. Sweet, kelakar pulak. Untung-untung akak jadi akak ipar saya,” Nabila menelan air liur. Kata-kata budak perempuan ini benar-benar menyentakkan hatinya. Apa benar bagai dikata? Tapi lelaki itu sanggupkah menerima dia sebagai isteri kelak? Nabila terfikir.
“Amani, masih terlalu awal. Lagipun akak tak kenal pun abang Amani tu. Dah-dah nak makan apa? Akak belanja,” Hatinya berbunga. Telatah Amani membuah rasa bahagia walau sedikit cuma. Bahagianya jika keluarganya juga seperti Syed Arman Nasir. Dalam diam dia cemburu dengan lelaki yang tak dia kenali.

Xxxxx

Amani kerap menghubungi. Sungguh, perubahan demi perubahan Nabila berjaya lakukan. Selama ini tak pernah langsung orang mementingkan isu agama dengannya. Sejak Aiman mulut longkang menegurnya. Dia mula muhasabah diri. Ya, dia melakukan semua yang bertentangan dengan agamanya. Sebabnya cuma satu. Nabila memprotes sikap papanya.

Papanya terlalu ditaktor. Semuanya dia diarah. Sebab tulah dia memilih untuk memakai pakaian ala barat. Namun, harapannya sia-sia. Papanya sedikitpun tak kisah dengan perubahan drastik. Malah, membelikan lagi baju seperti itu. Hidupnya bagai terumbang ambing tanpa tempat untuk berpaut. Nabila pasrah. Dia terlalu berdosa. Sejak mengenal Aiman dan Amani dia berubah. Walau hanya sedikit, tapi dia bangga.

“Assalamualaikum,” Kini Nabila sendiri pandai memberi salam ketika masuk ke rumah. Mamanya bangga dengan perubahan itu. Tapi tidak papanya. Hanya wajah bengis dipamerkan.
“Ke mana tadi?” Datuk Syahreza mula bersuara.
“Jumpa kawan pa,” Disalami tangan papa sejurus setelah menjawab soalan.
“Kawan mana?”
“Kawan baru Bella. Namanya Amani. Dia baik sangat,” Nabila tersenyum.
“Baguslah anak mama happy. Mama suka. Nanti jangan lupa ajak Amani tu datang rumah ye?” Datin Maimun pula menyampuk.
“Awak jangan nak mengada ajak sebarang orang. Hilang harta kita dibuatnya. Hah kau Bella, macam mana dengan anak kawan papa tu? Okey?” Semuanya membeku. Suasana rumah tak pernah mendamaikan. Ada saja tak kena di mata Datuk Syahreza.
“Okey papa. Sebenarnya Amani tulah adik Syed Arman Nasir  yang papa kenalkan,” Nabila tahu dia harus berterus terang. Bimbang kalau-kalau angin puting beliung papanya singgah lagi. Matanya memerhatikan mama dibalik papa. Dia tahu mamapun takut juga.
“Oh Syarifah Amani? Baguslah kalau kawan dengan adik dia. Senang nak masuk keluarganya nanti. Bila boleh bertunang? Dah bincang dengan Arman?” Nabila hanya tersenyum. Lalu dia mendiamkan diri. Baginya, biar Datuk Syahreza yang menguruskan sendiri. Malas dia campur urusan papanya. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

Bersambung lagi

Saturday, 24 March 2012

Part 1: A man among men

Langkahnya mati di situ. Ditenung wajah lelaki bersuara garau dalam. Geram pula hatinya mendengar kata-kata sindiran yang terpacul dari mulut sang jejaka bernama Aiman Ridza.

“Say it again!” Getaran suaranya menampakkan kemarahan meluap. Aiman ketawa sinis.
“Aku darah melayu. Aku tak faham satu apa pun kau cakap wahai minah miskin kain,” Elma Nabila mendengus.
“Kau jangan buat-buat bengap. Orang tak sekolah pun fahamlah. Miskin kain kau kata? Kau tahu apa makna miskin? Kau tahu yang miskin tu sebenarnya kau. Buang masa aku layan kau. Baik kau blah dari sini,” 

Jelingan maut diberikan. Sedikitpun tidak menggusarkan hati Aiman. Malah menjengkelkan. Kata-kata Nabila baginya melampau. Dia tahu dia bukan doktor bukan juga jurutera. Cukup dengan Ijazah seni kulinari. Dia tahu letaknya nilai ilmu bagi perempuan itu. Apalah ada pada kerjaya tukang masak. Hatinya terguris. Namun, dia diamkan saja. Pandangan orang ramai menyesakkan dada. Ingin saja dia menampar mulut cabul milik wanita bertubuh sederhana tinggi.

‘Aiman sabar Aiman. Dia sengaja cari pasal dengan kau,’ Aiman bermonolog sendiri. Nabila menanti respon Aiman dengan harapan Aiman akan bengang dan pergi dari situ.
“Kau apasal tak blah lagi?”
“Ada aku kata aku nak pergi? Sekarang ni kedai makan ni bukan bapak kau punya. Jadi jangan nak suka-suka halau orang. Ingat aku tak ada duit ke apa?” Aiman membalas dengan tenang. Suara perlahan saja. Enggan dia malukan diri lagi. Amarah Nabila memuncak lalu dia sendiri pergi dari kedai makan itu.

Xxxxx

Malam terasa panjang sekali. Perbincangan  orang tua benar-benar menyesakkan dadanya. Nabila ingin membantah namun apalah dayanya. Dia merupakan anak tunggal kepada keluarga Datuk Syahreza dan Datin Maimun. Tak mudah untuk dia menolak permintaan orang tua. ‘Blind date’ seterusnya berjalan seperti yang dijadualkan.

Dia perlu jumpa dengan semua lelaki yang diaturkan keluarganya. Nabila hanya akan dapat menjadi pewaris tunggal sekiranya dia berjaya menemukan lelaki idaman dan berkahwin tahun ini juga. Nafasnya sesak mengenangkan nasib dirinya. Siapa kata orang kaya semestinya bahagia?

“Bella, dengar tak apa papa cakap ni?” Suara Datuk Syahreza mula memetir. Dia angguk lemah. Enggan menerima tapi terpaksa juga merelakan.
“Baiklah. Esok date kamu anak kawan papa. Dia baru balik dari Saudi Arabia. Chef terkemuka. Harap jodoh kamu dengan dialah. Senang papa nak buat bisnes kat Arab sana,” Ketawanya senang.

Setiap kata papa Nabila adalah muktamad. Tiada bantahan boleh dibuat. Tiada penolakan bisa diluahkan. Hanya anggukan atau jawapan positif yang mahu Datuk Syahreza terima. Datin Maimun membatu di sisi tak mampu menghalang lagi.

“Bella maafkan mama. Papa buat semua ni untuk Bella juga. Mama pasti Bella akan jumpa juga lelaki yang sempurna sebagai suami,” Air mata Datin Maimun bergenang.
“Mama, semua untuk Bella? Mama nampak ke mana baiknya untuk Bella? Mama nampak ke betapa bahagianya Bella bila dipaksa jumpa entah lelaki mana yang papa aturkan. Mama seronok dengan permainan aturan papa ni? Mama kejam!”

Nabila kecewa. Seperti selalu dia tersepit. Terdesak dan terpaksa menurut segala percaturan papanya. Di hatinya sungguh mendahagakan kasih ayah yang tak bertepi. Namun, sudah takdir mendapat lelaki bengis dan ditaktor seperti papanya. Hatinya masihmengharap seseorang akan datang menyelamatkan dia dari belenggu boneka ciptaan papa sendiri.

Bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...