Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Koleksi Cerita Asrul Ilham Sany. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Cerita Asrul Ilham Sany. Show all posts

Monday, 3 September 2012

Diet Coke


"Alfie, bam bamnya kau sekarang!!!" jerit Siti Naz apabila melihat kawannya.

Alfie hanya tersenyum. Inilah perkara yang paling dibencinya setiap kali dia muncul di reunion diplomanya. Asyik-asyik perkara yang sama diucapkan oleh kawan-kawannya. Cuma bezanya perkataannya saja, maksudnya tetap sama.

"Kau gemuk!" ujar Aiza.
"Kau montel!" kata Aini.
"Kembar gajah!" pekik Ayu.
"Persis badan Jack Black!" tokok Najwa.
"Kalah badak!" tambah Zaki.
"Gebunya!" jerit Angah.
"Boroi!" Nasir memberitahunya.

Pendek kata semua kawannya terkejut melihat perubahan fizikal Alfie. Ketika dulu, dia dikenali sebagai pemuda kurus-kering. Perubahan mendadak ini terjadi setelah Alfie selesai menjalani sesi terapi. Ketika dulu, dia mengalami masalah bulimia dan anoreksia kronik. Sebaik saja dia menerima dirinya yang sebenar, dia tidak lagi mengambil terus ke tandas setiap kali dia makan. Dia tidak lagi menggunakan jarinya untuk menjolok tengkuknya, memaksa semua makanan keluar. Dia gembira dengan dirinya sendiri. Dia tidak lagi kesunyian, dia mempunyai seorang kekasih yang amat dia cintai. Namun rasa bahagia itu tidak hancur. Kini, dia bersendirian lagi di reunion yang dibencinya itu. Dia kembali menjadi seorang pemuda yang bencikan semua keadaan.

Dia benci bertemu dengan kawan-kawannya kerana mereka asyik memerli susuk badannya yang gemuk. Walaupun ada antara mereka mempunyai tubuh badan yang lebih kurang besar sepertinya.

"Persetankan mereka! Aku datang ke sini sebab ada buffet percuma! Ada ais krim!" kutuk Alfie dalam dirinya sendiri.

Ketika dia sedang asyik menikmati ais krim, muncul salah seorang kawannya.

"Bagusla kau asyik makan benda-benda manis ni. Nanti aku datang melawat kau kat hospital ek lepas kaki kau kena potong sebab kencing manis!"

'Kawan baik' itu ketawa terbahak-bahak! Celaka sekali kawannya sendiri seperti mendoakan dia cepat mampus! Alfie marah dan mengambil setin diet coke! Dia tersentak apabila melihat label coke itu. Perkataan 'diet' itu seperti menyerunya. Dia meninggalkan majlis reunion dengan semangat baru!

                                                                                ---

Dua bulan telah berlalu. Alfie telah memutuskan segala hubungan dengan kawan-kawannya dan keluarga. Dia berusaha keras untuk kembali menjadi kurus. Dia langsung tidak makan dan hanya minum diet coke sepanjang masa. Oleh kerana dia bimbang, kalori dalam diet coke itu bakal menambahkan lemak, dia kembali menggunakan teknik lama untuk kurus iaitu muntah. Setiap kali dia rasa lapar, dia akan minum setin diet coke dan terus memuntahkan kembali air itu dengan menjolokkan jarinya ke dalam tengkuk. Setiap hari dia akan meraba badannya, dan setiap kali dia merasai lemak, dia akan mengambil pisau dan menoreh lengannya sebagai peringatan untuk dia jadi kurus.

Alfie juga bersenam setiap masa tanpa mempedulikan kesihatan badannya. Sehari demi sehari, badannya makin susut sehinggalah badannya hanya kelihatan seperti rangka dan mayat hidup!

"Sekarang aku sudah kurus! Rangka! Mereka tak boleh kutuk aku lagi!" Alfie meraba tulang badannya dengan bangga.

Tidak lama kemudian, pintu rumahnya dibuka.

"Siapa!?" Alfie menjerit marah.

Siti Naz, Aiza, Aini, Ayu, Najwa, Zaki, Nasir dan Angah masuk ke rumah Alfie dengan muka sedih.

"Sekarang tengoklah aku! Aku tak gemuk! Aku kurus!" Alfie menjerit.

Namun tidak seorang pun kawannya mendengar jeritannya. Sebaliknya, mereka menangis teresak-esak. Siti Naz mengeluarkan keratan akhbar dalam tas tangannya. Tangisannya semakin kuat. Alfie mendekati Siti Naz dan membaca tajuk keratan akhbar itu.

Mati kerana diet melampau

Friday, 10 August 2012

Ketupat Sotong


Aiden gigih pergi ke pasar, walaupun sebelum ini dia langsung tidak pernah menjejakkan kakinya di sana. Tujuannya untuk membeli sekilo sotong, beras pulut, santan dan beberapa bahan lain untuk mencuba resepi ketupat sotong.

Sejak beberapa hari lepas lagi, dia sudah teringin untuk menikmati ketupat sotong setelah isterinya menceritakan rasa enaknya ketupat sotong. Sejak dia mendirikan rumahtangga dengan isterinya tiga bulan lepas, dia asyik mencuba makanan yang sebelum ini dia belum pernah dengar. Maklumlah isteri berasal dari Kelantan, tanah penuh dengan makanan.

Ketika dia berada di rumah mentuanya, dia dihidangkan dengan pelbagai makanan dan manisan. Barulah dia tahu akok sebenarnya rasa lebih berlemak. Akok yang sering dibeli di kampung baru, akok rasa palsu! Semuanya dirasai, kecuali ketupat sotong!

Apabila dia kembali ke Kuala Lumpur, barulah isterinya bercerita tentang ketupat sotong. Malang sekali, sebaik saja isterinya bercerita, isteri menerima panggilan telefon dari kampung. Isterinya harus pulang ke Tumpat dengan segera kerana ada urusan tanah pusaka.

Sudah seminggu Aiden hidup 'bujang' dan selama itulah dia asyik makan nasi bungkus. Rasa ingin mencuba ketupat sotong semakin menebal. Setiap hari dia akan menelefon isterinya untuk membawa balik ketupat sotong dari Kelantan.

Namun, Aiden sudah tidak tahan. Dia mahu makan ketupat sotong! Lantas dia mencari resepi di internet dan buat pertama kalinya dia memasak di dapur. Bahan-bahan sudah bersedia.

"Sayang, mula-mula hilangkan dakwat hitam dia kan?" Aiden bertanya melalui loud speaker selfonnya.

Isterinya memberikan setiap arahan dengan terperinci dan Aiden mengikutinya sehinggalah ketupat sotong siap. Aroma baunya menusuk kalbu! Aiden memberikan beberapa ekor ketupat sotong kepada jirannya iaitu Syamil yang merupakan kawan sekerjanya.

Ketupat sotong kau memang terbaik! Tak sangka orang yang malas macam kau boleh masak. Jambu guy can cook! - sms daripada Syamil.

Setelah yakin ketupat sotongnya sedap, Aiden terus mencuba. Rasanya cukup sempurna. Ada manis, ada manis, tetapi masih ada sesuatu yang kurang. Aiden berhenti makan dan memasukkan baki ketupat sotong dalam peti sejuk. Rasa untuk mengkedarah ketupat sotong sehingga licin hilang. Resepinya gagal! Aiden dengan kecewa menelefon Domino's Pizza dan memesan sekeping piza keju yang besar.

                                                                                ---

"Assamulaikum," Shida berkata sambil membuka pintu rumahnya.
"Sayang!" Aiden terus meluru memeluk isterinya.
"Rindu!"
"Rindu juga... Alamak! Saya terlupa nak beli ketupat sotong untuk awak!" Shida menepuk dahinya.
"Takpa. Ketupat sotong abang ada lagi... Tapi macam tak sedap..."
"Jom kita makan. Saya pun lapar ni," Shida menarik tangan Aiden ke dapur.

Ketika Shida mengambil ketupat sotong yang dipanas dari dapur, Aiden rasa gementar kerana dia yakin masakannya teruk.
"Pandai abang masak! Apa yang tak sedapnya?" Shida menghabiskan seekor ketupat sotong.
"Ye ke? Biar betul?" Aiden mencuba makan seekor ketupat sotongnya.
Kali ini rasa ketupat sotongnya berubah secara drastik. Jauh lebih sedap!
"Kenapa semalam abang rasa tak sedap?" Aiden hairan.
"Abang rindukan saya ye?" Shida mengusik.
Aiden tersenyum. Rupanya rasa sedap itu hanya ada ketika bersama kesayangannya.

Thursday, 19 July 2012

Kuih Lapis



Azren sampai di rumahnya, dengan basah kuyup kerana hujan turut lebat di luar. Walaupun kakinya tersadung dan terjatuh beberapa kali akibat kasut lusuhnya yang licin, dia tetap tersenyum. Walau dompetnya dicuri oleh penyeluk saku ketika menaiki lrt, dia redha. Walau temuduga kerjanya tadi gagal, dia rasa gembira. Walau sudah enam bulan dia tidak bekerja, dia tidak mengeluh. 

Azren pulang ke rumah dengan membawa sebungkus kuih lapis, kegemaran isterinya, Mila. Sebaik sahaja dia membuka pintu rumah, Mila memandangnya dengan muka masam.

"Abang ni! Penat saya kemas rumah! Balik-balik je basah!" Mila memarahinya.
"Maafkan abang ya... Ni, abang ada belikan kuih yang Mila suka," kata Azren sambil menunjukkan bungkusan plastik dibasahi air itu.
"Saya akan berselera nak makan kalau abang bekerja balik!"
"Maaf ya, sayang... Tadi masa temuduga kerja... abang... Mereka mahukan pekerja yang ada ijazah..." 
"Alasan! Itu je yang abang tau! Itulah, dulu siapa suruh tak masuk universiti? Sekarang dah bodoh, siapa susah? Bini yang kena tanggung!"
"Abang lapar... Mila dah masak?"
"Nak masak dengan apa? Tahi kucing!? Makan kuih murah abang tu!"

Azren akur dan membuka bungkusan kuih lapisnya. Sudah menjadi kebiasaan, dia akan memakan kuih ini lapisan demi lapisan dengan perlahan-lahan.

Lapisan pertama.
Azren membuka mulutnya, Mila masih membebel.
"Menyesal saya kahwin dengan abang! Miskin!"

Lapisan kedua.
Milla masih marah.
"Kawan-kawan saya semua laki ada guna!"

Lapisan ketiga
Milla masih tidak berhenti.
"Semua mereka dapat. Emas, kereta! Saya habuk pun takda!"

Lapisan keempat.
Azren mengunyah perlahan sambil mendengar luahan Mila.
"Abang dahlah pokai! Pastu lembik! Sampai sekarang kita tak ada anak!"

Lapisan kelima.
Walaupun pedih, Azren tetap menelah lapisan keempat.
"Saya penat jadi bini abang!"

Lapisan keenam.
Rasa tidak puas hati itu diteruskan.
"Kalau saya kahwin dengan pilihan mak saya dulu, saya hidup senang!"

Lapisan terakhir.
Mila menjerit bagaikan orang gila.
"Saya menyesal kahwin dengan abang!"

Azren melepaskan keluhan berat. Dia masih tersenyum walaupun dicaci oleh Mila. Bukan saja hari ini, tetapi setiap hari selama enam bulan sejak dia dihentikan kerja oleh bosnya yang pernah mengadakan hubungan sulit dengan Mila, beberapa kali. Sehinggalah bos Azren sudah mula muak dengan Mila...

"Abang ceraikan kau dengan talak tiga..." Azren berkata dengan tenang.

Azren keluar semula dari rumahnya dengan senyuman luas. Walaupun Mila menangis dan menjerit seperti dirasuk, Azren tidak berpaling. Walau Milla merayu dan meminta maaf, Azren memekakkan telingannya. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia rasa bebas!

Tuesday, 19 June 2012

1901



"Aku bukan kedekut, aku berjimat," kata Fahmi kepada Yusof setelah dia diperli kerana tidak mahu ikut kawannya itu membeli-belah.

Itulah Fahmi, memang terkenal dengan perangai kedekutnya di pejabat. Walaupun dia sering kali dikutuk kerana enggan berbelanja lebih, namun dia berpegang keras dengan prinsip hidupnya yang tidak suka membazir. Baginya, asalkan ada keperluan yang cukup, sudah bagus. Dia tidak perlukan seluar berjenama, baju baru, kasut mahal dan semuanya yang memerlukan dia mengeluarkan belanja lebih. 

Biar semua orang mengata. Dia tidak mahu papa kerana bergaya.

"Kalau kau tak nak ikut aku shopping pun, makan tengahari pun tak nak?" Yusof bertanya kecewa kerana gagal meracuni rakannya untuk membeli.
"Kalau pasal makan, aku ok."
"Jom kita cuba makan kat Manhattan Fish Market," Yusof mengajak.
"Tak nak. Mahal. Hari ni 19 haribulan. Kita makan hot dog murah. Jom 1901!"

Akhirnya Yusof terpaksa mengikut kehendak Fahmi. Mereka segera ke kiosk 1901 berdekatan. Seperti dijangka kerana harganya yang murah setiap 19 haribulan, barisan menunggunya sangat panjang. 

"Jom la kita makan tempat lain. Malas aku nak tunggu," Yusof mula merajuk.
"Tak payah. Tunggu je. Lagipun dah sebulan aku tunggu nak makan hot dog murah ni."

Lantas mereka menunggu sehinggalah mereka hampir sampai di kaunter. Fahmi dan Yusof memesan hot dog mereka. Sementara mereka menunggu hot dog mereka di bungkus, jurujual hot dog tiba-tiba bersorak,

"Maaf. Untuk hari ni hot dog dah habis!"

"Alamak, tak adil la macam ni. Saya tunggu sebulan tau nak beli hot dog ni," seorang gadis di belakang Fahmi dan Yusof meluahkan kekecewaannya.
"Itulah kau, aku ajak pergi makan Manhattan Fish Market tadi tak nak!" kawan kepada gadis itu mengomel.

Semua pembeli yang berbaris terus beredar dari beratur dengan kecewa. Fahmi melihat gadis di belakangnya dan bungkusan hot dog ditangannya. Dia mengeluarkan sebatang pen dan menulis sesuatu di bungkusan putih hot dog 1901.

"Nah, untuk awak," Fahmi memberikan sebungkus hot dog 1901 kepada gadis itu.
"Tak apa ke? Awak nak makan nanti..?" gadis itu ragu-ragu.
"Tak apa. Saya beli dua. Satu untuk saya, satu untuk awak. Ambilah, ikhlas," Fahmi beria-ria.
Gadis itu menyambutnya dan mahu mengeluarkan duit untuk diberikan kepada Fahmi.
"Tak apa. Saya belanja. Jumpa lagi ya nanti..."
Fahmi mengajak Yusof beredar.
"Jumpa lagi? Tapi... Nama awak..?" gadis itu bertanya perlahan, melihat Fahmi terus pergi.

---

"Eh, mamat handsome tu bagi contact dia kat awak la," kawan gadis itu bernama Nani berkata setelah dia melihat ada nama Fahmi dan nombornya di kotak 1901.
"Huh? Dia suruh saya call ke?" tanya gadis bernama Fahmidah itu.
"Ye la kot. Tapi kalaulah awak pergi dating dengan dia, agak-agaknya awak dan dia sepadan tak?" Nani bertanya kembali.
"Entahlah... Nama pun dah dekat-dekat sama."
"Dah, hot dog dah dapat. Jom kita shopping!" Nani mengajak.
"Tak naklah," Famidah menjawab.
"Kedekutlah awak ni!" Nani merajuk.
"Saya bukan kedekut, saya berjimat," Famidah menjawab ringkas.

Walaupun Nani mengajak Famidah berkali-kali untuk menemaninya membeli-belah, Famidah tetap enggan. Baginya dia tidak mahu menghabiskan duit gajinya untuk memenuhi kehendak. Apa yang penting adalah keperluan. Dia tidak perlukan seluar berjenama, baju baru, kasut mahal dan semuanya yang memerlukan dia mengeluarkan belanja lebih. 

Biar semua orang mengata. Dia tidak mahu papa kerana bergaya.

---

Sementara itu, Yusof dan Fahmi berada di pejabat mereka sambil menikmati hot dog 1901. 
"Agak-agaknya dia akan call kau ke?" Yusof bertanya.
"Harap-harap la. Duit simpanan kahwin aku pun dah cukup," Fahmi menjawab spontan.
"Jangan dia awek pengikis sudah... Dapat kau yang kedekut ni, haru dia!" Yusof memerli.

Tuesday, 29 May 2012

Cupcake



"Saya nak cupcake cheese dua, red velvet dua, creme brulee dua dan tiramisu dua," Sophie menunjukkan arah cupcake yang dia mahukan.

Az berdebar-debar kerana gadis pujaannya berada sangat dekat dengannya. Sambil mengambil cupcake pilihan Sophie, Az cuba untuk membentuk ayat mengorat. 

"Saya... Err... Awak... Err...," kata Az sambil tersekat-sekat.

Namun susunan ayatnya tidak menjadi. Lantas dia memberikan bungkusan cupcake itu dengan tangan berketar-ketar. Sophie membayar wang dan memberikan satu senyuman manis sebelum dia beredar menuju ke butiknya.

"Bodoh kau Az! Kenapa kau penakut sangat!?" Az mengutuk dirinya sendiri.

Sudah tiga bulan Az membuka kiosk cupcake di Amcorp Mall Petaling Jaya. Gerai comelnya yang berwarna merah jambu itu menarik perhatian ramai pelanggan, terutamanya gadis yang meminati cupcakes buatan tangan Az. Malahan majalah Harper's Bazaar telah membuat satu artikel tentang kejambuan kiosknya. Setiap kali sebelum ke butiknya, Sophie akan membeli kek cawannya. Setiap kali Sophie datang, dia cuba untuk meluahkan perasaannya tetapi lidahnya kelu. 

"Tak apa, esok aku cuba lagi! Berusahalah Az!" Az cuba memujuk dirinya sendiri.

Setiap hari selepas gagal meluahkan perasaannya, itulah ayat yang diulangkan oleh Az. Walaupun dia tahu dia perlu lakukan sesuatu dengan segera, namun perasaan malu dan takut masih menguasai dirinya. Keesokkan harinya, Az cuba mengumpulkan semangatnya. Hari ini dia akan cuba lagi. Cuba sehingga dia berjaya! Seperti biasa, Sophie datang ke kiosknya untuk membeli cupcake. Malang sekali, dia datang dengan seorang lelaki kacak persis Aaron Aziz.

"TIDAK!!!!" Az menjerit dalam hatinya sambil mengambil cupcake yang dipesan oleh Sophie. 

Az melihat Sophie pergi sambil tangannya dipimpin oleh lelaki kacak itu. Hujan pula tiba-tiba turun dengan lebat seperti menambahkan efek sedih sama dalam cerita-cerita Bollywood.

"Basah bajuku, basah lagi hatiku!!!" Az menyanyi sayu.

Ketika dia sudah patah semangat, Az melihat lelaki kacak persis Aaron Aziz itu keluar dari butik Sophie. Kali ini lelaki itu memegang tangan seorang lelaki lain yang tidak kurang kacaknya. Seakan-akan kembar Awal Ashaari! Mereka berpelukan dan kegedikan lelaki kacak persis Aaron Aziz dengan pasangannya itu menguatkan lagi firasat Az bahawa mereka berdua adalah kekasih.

"YES! Diorang gay! Aku ada peluang! YES! I lap you gays!" Az tiba-tiba menjerit.

Az kemudiannya terperasan semua orang memerhatikannya.

"I'm not gay. I'm not gay. I'm normal, but I have no problem with gays," Az terkeluar Bahasa Inggeris.

Az mula memerah otak untuk memberitahu Sophie perasaanya. Kali ini dia tidak akan tunggu-tunggu lagi. Perempuan cantik dan baik seperti Sophie tentu ramai yang sudah menunggu peluang. Setelah beberapa lama berfikir, akhirnya dia dapat satu idea manis.

---

Keesokan harinya, Az menunggu kedatangan Sophie. Az menarik nafas beberapa kali untuk menenangkan dirinya. Tidak lama kemudian, muncul Sophie. Sebelum sempat Sophie memilih cupcake, Az terus memberikan sebuah kotak sederhana besar kepada Sophie. 

"Untuk... Awak...," Az terketar-ketar.
"Terima kasih... Saya nak cupcake..."
"Ini... Cupcake... Untuk... Awak...," Az memotong kata-kata Sophie dengan berketar-ketar.
"Oh, awak dah tau apa yang saya suka ek? Harga sama ke?" 
"Ini... Percuma... Terima... Kasih...," Az mengutuk dirinya kerana terlalu skema.
"Terima kasih. Jumpa lagi esok ya. Tapi esok saya tak nak yang percuma lagi tau. Bye," Sophie melambai ke arah Az.

---

Di butiknya, Sophie membuka bungkusan yang diberikan oleh Az. Terdapat 12 biji cupcake comel. Dia terkejut apabila membaca setiap huruf yang ada atas cupcake itu iaitu 

'S - A - Y - A - S - U - K - A - A - W - A - K'.

Sophie tersenyum dan terus keluar dari butiknya menuju ke kiosk Az. Az pula tunduk ke bawah dan mukanya merah menahan malu apabila melihat Sophie semakin dekat.
"Comel... Saya hargainya... Tapi sebenarnya saya dah bertunang," Sophie memberitahu perlahan.
"APA!!? TIDAK!!!" Az menjerit dalam hatinya.
"Satu lagi saya nak beritahu awak, ada orang nak jumpa awak," Sophie tiba-tiba memberitahunya.
Tidak lama kemudian, muncul seorang gadis berambut panjang sambil membawa sebuah kotak. Gadis itu memberikan kotak itu kepada Az dengan mukanya yang merah menahan malu. 
Az jadi terkejut dan keliru.
"Bukalah kotak tu," Sophie menyuruh.
Az membukanya dan terdapat 17 biji cupcake yang mempunyai 17 huruf dan disusun menjadi ayat 

'S-A-Y-A-R-A-S-A-A-W-A-K-C-O-M-E-L'.

"Ni sepupu saya. Dia dah lama suka kat awak. Tapi malu nak luahkan," Sophie memperkenalkan.
Az dan sepupu Sophie masih malu-malu.
"Hish susah betul. Az, dia nak ajak awak pergi tengok wayang sabtu ni, boleh?" Sophie menjadi orang tengah.
Az mengangguk malu dan kemudiannya tersenyum.
"Ok dah, dia dah setuju. Jom sambung kerja," Sophie menarik tangan sepupunya.
Selepas mereka pergi, Az melompat kegembiraan sambil menjerit, "YES! Akhirnya aku akan ada girlfriend!"

Monday, 23 April 2012

Kopi Janda



"Tahniah, Rul! Akhirnya kau nak kahwin! Aku gembira untuk kau!" Aiza Gendut menjerit gembira setelah Rul menyerahkan kad undangan perkahwinannya ketika waktu rehat di gerai Mak Jah Janda.
"Terima kasih. Jangan lupa datang. Tak payah susah-susah nak bagi hadiah. Bagi peti sejuk dah le," Rul akhirnya duduk di kerusi.
"Untuk aku, kad takda ke?" Husin Dangdut mencelah.
"Kau datang le sekali dengan B kau ni. Kirinya kapel set datang. Dia kan bakal bini kau jugak," Rul menjawab sambil menjeling ke arah Aiza Gendut.
"Entahnya, Rul. Bila la dia masuk minang. Asyik duit tak cukup je. Malam-malam pergi dangdut. Benci mak!" Aiza gedik-gedik merajuk.
"Mak Jah, Kopi Janda satu!" Rul melaung ke arah Mak Jah yang sibuk merendam bra-nya dalam sup tulang tanpa pengetahuan orang ramai.
"Kau ni Rul. Asyik-asyik minum kopi janda. Entah-entah bakal bini kau pun janda. Mintak simpang!" Aiza bergedik lagi.
"Eh, you ni, Aiza. Apa salahnya janda, badan sedap. Punggung besar. Abang like!" Husin Dangdut mengusik.
"Hish, abang ni! Aiza benci! Tak nak kawan!" Aiza bertambah gedik.

Rul melihat telatah rakan pejabatnya dengan ketawa. Dia sudah biasa benar dengan kegedikan mereka itu. Tidak lama kemudian, Mak Jah Janda membawa kopi janda ke meja Rul.

"Nah, Rul. Kopi janda kau. Dengar cerita kau nak kahwin. Dengan siapa? Anak dara ke janda? Mak Jah bukan apa, saja nak tau. Ye lah, hari-hari minum kopi janda, nanti gian kat janda, susah kau nanti, Rul. Lainlah janda yang masih bergetah macam Mak Jah ni. Dijamin rapat!" Mak Jah Janda membebel.
"Hish, Mak Jah ni! Tentu la Rul kahwin dengan anak dara. Dia kan bujang bergetah lagi!" Aiza Gendut seakan marah.
"Apa salahnya kalau aku kahwin dengan janda?" Rul tiba-tiba bersuara, menyebabkan semua terkejut.
"Janda!!? Kau biar betul, Rul?" Aiza Gengdut terkejut.
"Memang aku tahu kau suka bini punggung besar kan? Sebab tu kau pilih janda!" Husin Dangdut melawak.
"Itu lah, penangan kopi janda! Akhir-akhir dapat janda betul!" Mak Jah Janda menambah.

Sekali lagi Rul ketawa kerana betapa ceteknya pemikiran rakan-rakan sepejabatnya.

"Ya, betul. Aku akan kahwin dengan janda. Apa salahnya kan? Dah jodoh aku dengan janda. Aku terima seadanya," Rul menjawab ikhlas.
"Kau tak geli ke makan bekas orang?" Aiza Gengdut terus bertanya tanpa selindung, kerana dia memang terkenal dengan kecabulan mulut becoknya.
"Buat apa nak geli kalau yang sudah halal?" Rul menyoal kembali, sambil menghirup kopi janda.
"Aku bukan apa. Kesian kat kau. Bujang lagi, tapi dapat janda. Macam la tak ada anak dara lain kat dunia ni," Aiza Gengdut membebel.
"Kau jangan pandang janda sebelah mata, Aiza. Tengok Mak Jah ni, walau janda, tapi body maintain kalah anak dara tau!" Mak Jah berposing menunjukkan badannya yang cantik dengan memakai korset dan kebaya sendat.
"Lazat...," Husin Dangdut tak habis-habis memandang punggung Mak Jah yang seksi itu.
"Abang Husin!!! Mencik!!!" Aiza Gengdut menarik telingan Husin Dangdut.
"Jadi betul la kau akan kahwin dengan janda ni, Rul?" Mak Jah Janda mahu mendapatkan kepastian lagi.
"Ya betul. Saya akan kahwin dengan janda," Rul menjawab sambil minum kopi janda lagi.
"Salmiah Jamil Abdullah!!? Kampungnya nama bini janda kau tu! Tak kelas!" Aiza Gengdut menjerit lagi setelah membaca nama bakal pengantin perempuan.
"Biarlah nama kampung pun. Yang penting hati dia ikhlas terima aku yang tak berapa kacak tapi jambu ni," Rul membalas.
"Kau bukan main moden perangai. Suka beli mainan, pakai baju kartun, makan ais krim, pastu perangai budak-budak. Memang bagus la tu dapat janda. Kau budak-budak, dia mak-mak," Aiza Gengdut memerli.
"Bagus la macam mak-mak. Syurgakan ditapak kaki mak," Rul membalas perlian Aiza sambil minum kopi janda.
"Hish, tak kuasa aku layan kau tau! Tak akan kalah! Abang, jom kita masuk pejabat!" Aiza Gengdut menarik tangan Husin Dangdut.
"Eh, berdosa tau sentuh tangan lelaki sebelum kahwin!" Rul memerli dengan sengaja bercakap kuat ke arah Aiza Gengdut.
Mak Jah Janda dan pelanggan-pelanggan lain ketawa.
"Jangan lupa datang ye, Mak Jah," Rul berkata sambil memberikan kad jemputan kahwinnya.

---

Sebulan kemudian, tibalah masanya majlis perkahwinan Rul dengan Salmiah Jamil Abdullah. Aiza Gendut dan Mak Jah Janda pergi ke kampung Rul di Kelantan dengan menaiki kereta Husin Dangdut. Ketika mereka sampai, rumah Rul dipenuhi dengan perhiasan-perhiasan perkahwinan yang penuh gemilang. 

"Tak sabar aku nak tengok janda Rul tu. Mesti punggung dia jatuh!" Aiza yakin isteri Rul memang seburuk-buruknya.

Mereka bertiga masuk ke dalam untuk melihat Rul dengan isterinya. Ketika ini Rul sedang mahu masuk ke dalam kamar pengantin untuk upacara menyarungkan cincin. Aiza Gendut, Mak Jah Janda dan Husin Dangdut mengikut dari belakang. Aiza Gendut telah bersedia dengan bahan-bahan kutukan untuk mengenakan isteri Rul kerana dia janda. Namun apabila mereka bertiga bertemu isteri Rul...

"Bini kau Scarlett Johansson!!?" Aiza Gendut menjerit sekuat hatinya.
Aiza Gendut pengsan kerana terlalu terkejut, namun setelah dia terjaga kembali, dia menerima satu berita yang lagi mengejutkan dari Husin Dangdut!
"Abang nak bagitau. Bulan depan abang akan kahwin dengan Mak Jah Janda. Jangan marah ek, Aiza," Husin Dangdut memberitahunya.

Sekali lagi, Aiza Gendut pengsan kerana penangan Janda!

p/s : If only this story is true...hahaha... trying to be a bit comedic ~

Tuesday, 3 April 2012

Strawberry



Rashid membuka kiosk strawberry-nya di Aeon Keramat dengan debaran. Dia tertanya-tanya adakah hari ini akan lebih baik dari semalam atau lebih buruk? Dia bukan memikirkan tentang untung rugi perniagaannya. Sebaliknya, dia risau gadis pujaannya, Jaja tidak menyukai pencuci mulut yang dibuatnya hari ini. 

Semuanya bermula dua bulan yang lalu, saat Rashid membuka kiosk menjual pencuci mulut yang berasaskan buah strawberry. Ada waffle strawberry, ais krim strawberry, kek strawberry, strawberry coklat dan semuanya strawberry. Hari pertama ketika tidak ramai pelanggan datang, muncul seorang gadis iaitu Jaja mendekati kiosknya.

"Strawberry. Sedapnya..," ujar Jaja dengan senyuman manis.
"Nak cuba kek strawberry ni? Saya buat sendiri," Rashid menghulurkan sepotong kek itu. 
"Memang sedap. Saya suka," Jaja teruja.

Sejak hari itu, setiap kali Rashid melihat Jaja ada berdekatan dengan kiosknya, dia akan memanggil Jaja datang. Setiap kali jugalah, Rashid akan menjamu Jaja dengan pencuci mulut strawberry yang berbeza. Tambahan pula, Jaja sering datang ke Aeon Keramat untuk makan tengahari kerana berdekatan dengan pejabatnya. 

Seminggu pertama, Jaja bangga kerana ada lelaki yang memberinya makanan percuma. Namun seminggu kemudian, Jaja mula rasa muak. Muak dengan strawberry dan Rashid. Jaja mula rasa rimas dengan perhatian yang diberikan Rashid kepadanya.

"Asyik-asyik benda ni! Sama je! Bosan!" Jaja marah setelah Rashid menawarkan manisan strawberry yang dibuatnya.
"Habis tu, awak nak apa?" 
"Saya nak sesuatu yang baru! Yang sedap, memuaskan, sasa, tegap dan seksi! Bukan kurus kering macam awak!" Jaja memerli susuk tubuh Rashid yang kurus.

Rashid masih naif. Dia langsung tidak sedar Jaja bukan bercakap tentang pencuci mulut, sebaliknya tentang lelaki. Oleh kerana Rashid mula cintakan Jaja, dia berusaha untuk menghasilkan pencuci mulut terbaik untuk Jaja. Namun setiap percubaannya dicemuh oleh Jaja. 

"Strawberry! Strawberry! Strawberry! Cubalah benda lain! Pisang ke! Timun ke! Baru puas!" Jaja membebel. 

---

Rashid menunggu kedatangan Jaja seperti biasa. Rashid sudah bersedia dengan pencuci mulut terbarunya.
"Untuk awak," Rashid memberikan sorbet strawberry kepada Jaja yang baru saja sampai.
"Hish, strawberry lagi! Berapa kali saya nak cakap? Saya dah tak suka strawberry! Kecil! Tak puas!" Jaja mengamuk kerana dia sudah tidak tahan dengan kebendulan Rashid.
"Strawberry walaupun kecil, tapi sedap, pekat. Ada banyak air. Pisang walaupun tebal dan panjang, air belum tentu sepekat ais strawberry," Rashid membalas dengan nada perlahan.
"Awak perli saya ye! Sudahlah!" Jaja melemparkan sorbet strawberry ke arah Rashid dan beredar pergi dengan marah.

Rashid pulang ke rumah dengan kecewa, namun dia tidak berputus-asa. Dia akan menawan Jaja kembali dengan strawberry-nya seperti dulu.

"Walaupun strawberry kecil, jusnya sedap!" Rashid bersemangat.

Di rumahnya, Rashid gigih menghasilkan pencuci mulut terbaru. Dia mahu Jaja kembali menyukai strawberry dan mahu buktikan strawberry lebih lazat dari pisang, timun, lobak, terung dan sewaktu dengannya.

---

Keesokan harinya, Rashid menunggu lagi kedatangan Jaja. Hari ini, dia membawa kek tiramisu strawberry. Malang sekali, Jaja muncul dengan seorang jejaka berbulu dada lebat, berambut hampir botak dan bercermin mata tebal. 

"Kenalkan, ni teman lelaki saya. Nama dia Ezam. Dia seksi, tinggi, panjang dan dan paling penting dia KAYA! Tak macam strawberry awak tu! Jangan kacau saya lagi! Saya dah menyampah dengan awak! Dah banyak kali bagi klue pun, awak masih blur lagi! Saya bukan tak suka strawberry, saya tak suka awak! Bye!" Jaja menarik tangan Ezam, beredar pergi.

Rashid sebenarnya mengenali Ezam, namun sebelum sempat dia berkata apa-apa, Jaja sudah pergi begitu saja. Rashid kecewa. Segala usahanya sia-sia. Jaja sebenarnya sudah muak dengan dirinya, bukan dengan strawberry. Jaja mahukan pisang raja, bukan strawberry yang hina.

"All by myself... Loving you...," Rashid menyanyi, sedih.

Ketika Rashid sedang menikmati tiramisu strawberrynya sambil bersedih, muncul seorang gadis comel mendekati kiosknya.

"Nampak sedaplah strawberry cicah coklat awak. Boleh saya cuba?" gadis itu bertanya.

Rashid terkejut melihat gadis itu yang merupakan idola kesayangannya iaitu Siti Nurhaliza! Hatinya berdebar,tambahan pula sejak Siti bercerai dengan suaminya, Dato' K, Siti bertambah anggun dengan badannya seperti labu sayung. Mantap.

"Boleh... Boleh... Untuk awak, semuanya percuma," Rashid teruja.
"Comel la strawberry awak ni... Geram saya!" Siti memuji, sambil melihat muka Rashid bertukar merah.

---

Sebulan kemudian, Rashid telah menaik-tarafkan bisnes strawberry-nya dengan menyewa sebuah kedai di Aeon. Perniagaan strawberry-nya bertambah maju. Rashid membuka kedainya pada hari pertama dengan senyuman. Hari minggu, tentu ramai yang datang, fikir Rashid teruja. Tidak lama kemudian, muncul Jaja menangis.

"Rashid... Saya kena tipu... Ezam bukan orang kaya... Dia sebenarnya... Kerja... Tukang cuci Aeon je...!" Jaja mengadu dengan aksi gedik.
"Ok la tu kerja tukang cuci. Asalkan halal. Lagipun dia kan macam pisang raja. Tebal, panjang dan sedap!" Rashid pula memerli.
"Tapi saya sukakan strawberry. Saya sukakan awak... Terimalah saya kembali...," Jaja merayu.
"Maaflah, saya dah ada kekasih baru. Nama dia Siti," Rashid bangga.
"Siti? Kampungnya nama tu!" Jaja menghina.
"Kampung pun, kampunglah. Yang penting dia suka strawberry saya dari mula hinggalah akhir masa. Itu pun dia datang, kenalkan sayang saya, Siti," Rashid berkata.
"Siti Nurhaliza!!???" Jaja pengsan selepas Siti Nurhaliza muncul, mendekati Rashid. 

Cerita ini takde kena mengena antara yang hidup atau dah arwah dan Siti Nurhaliza masih belum janda. 

Friday, 16 March 2012

Ais Krim



Sudah jadi kebiasaan untuk Sunny menyiapkan kerjanya di luar rumah. Kerjaya sebagai seorang penulis sepenuh masa memerlukan Sunny untuk memilih tempat yang boleh membuatkan fikirannya gembira. Bagi Sunny, fikirannya akan dipenuhi dengan warna-warna keceriaan apabila perutnya dipenuhi dengan makanan yang digemarinya. Antara tempat yang menjadi tumpuan untuk Sunny menyiapkan tulisannya adalah di Baskin & Robbins. Sambil menaip cerita kanak-kanak yang comel, dia memuaskan seleranya dengan menikmati Baskin & Robbins chocolate cookie dough. Walaupun dia menyiapkan kerjanya di merata-rata kafe ais krim, namun Baskin & Robbins adalah tempat kegemarannya. 

Malahan pengurus Baskin & Robbins iaitu Shikin sudah mengenali dirinya. Dari segi pemakaian iaitu t-shirt watak-watak kartun atau superhero dari DC dan Marvel, sehinggalah tabiat Sunny yang suka menggoyangkan kepalanya ketika mendengar lagu dari iPod dengan kuat sambil menaip.

"Caramel Crush. Perisa Baskin & Robbins bulan ni. Awak nak cuba?" Shikin bertanya setelah Sunny memasuki kafe Baskin & Robbins.

Sunny tersenyum dan mengangguk. Dia mencuba perisa terbaru itu dan memilih untuk memesan beberapa skop ais krim. Sunny ke meja yang selalu dipilihnya ketika membuat kerja. Ketika dia sedang asyik menaip sambil mendengar lagu Madonna, seorang gadis seksi menarik earphone-nya dengan rakus. 

"Hish! I dah call you berapa kali? You tak dengar ke? Pekak?" pekik gadis seksi itu, sambil membuat muka masam. 
"Sorry le Eza, I tengah sibuk buat kerja...," Sunny menerangkan.
"Sibuk buat kerja ke, sibuk makan ais krim? Patut le gemuk, asyik mengkedarah ais krim je!" kawan baik gadis seksi itu menyampuk.
"Bising la kau, Aiza! Sibuk pasal kitaorang tu kenapa!? Kau tu patutnya risau pasal diri kau sendiri. Badan kau lagi gemuk dari aku!" Sunny bengang dengan kawan baik kesayangannya yang bernama Aiza.
"I pun tak suka you asyik makan ais krim je! Gemuk! Boyfriend I dah boroi! Buruk! I nak boyfriend I ada badan kotak-kotak macam dulu!..." Eza membebel dengan suara yang meninggi.

Oleh kerana beberapa pelanggan terganggu dengan situasi ini, Shikin terpaksa mendekati mereka.

"Kakak-kakak, boleh tolong perlahan sikit suara tak? Tak elok perempuan menjerit. Buruk...," Shikin berkata perlahan.

Eza dan Aiza memandang Shikin dari atas ke bawah. Melihat tubuh Shikin yang seksi seperti Saloma, membuatkan Eza bertambah marah.

"Kau tengok Eza, patut le dia selalu suka makan kat sini. Bukan sebab ais krim, sebab awek cun. Dasar jantan!" Aiza menghasut.
"Sayang! I beri pilihan! Kalau you nak lagi kat I, you kena berhenti makan ais krim! Kalau tak, kita putus! You pilih sekarang! " Eza marah.
Sunny rasa serba salah. Dia tak sanggup untuk berpisah dengan ais krim kegemarannya.
"Orang gemuk macam kau mana lagi nak dapat awek hot macam Eza ni, Sunny!" Aiza menambahkan lagi bara api.
Sunny masih diam dan tidak dapat buat keputusan. Melihat Sunny gelisah, Shikin bimbang.
"Rilek ar kak. Tak kan pasal ais krim pun akak nak putus?" Shikin cuba memujuk.
"Kau diam!" Eza naik angin, menyebabkan Shikin segera melarikan diri. Eza memandang Sunny dan menengking, "Nampaknya you lebih sayangkan ais krim dari I. Baik, kita putus! I pun dah muak ada balak yang gemuk, berlemak macam you! Bye!" 
Eza merampas baki ais krim Sunny dan mencurahkannya atas kepala Sunny. 
"Percaya la cakap aku. Tak lama lagi kau akan kena kencing manis. Tunggu kitaorang ziarah kau kat wad ek! Ok, bye!" Aiza berkata sambil menarik tangan Eza untuk beredar pergi.

Ketika itu jugalah, lagu "Selamat Jalan Romeo" berkumandang diradio. Sunny menjerit, "Tidak!!!"

Seminggu kemudian

Eza bangga kerana dia mempunyai kekasih baru yang lebih kacak, lebih sasa, lebih kaya dan lebih segalanya dari Sunny. Dia bertambah bangga apabila ramai gadis yang mencuri pandang kekasihnya yang persis seperti Aaron Aziz itu. Namun, dia juga rasa marah apabila kekasih barunya membalas renungan gadis-gadis itu. Malahan kekasih barunya mengenyitkan mata beberapa kali setiap kali mereka bertembung dengan gadis yang jauh lebih seksi dan cantik dari Eza.

"B, tolong la I angkat barang-barang ni," Eza berkata gedik kepada B-nya kerana hanya dia saja membawa beg-beg hasil membeli-belah di Jusco. 
"Tak mau ar. Nanti jatuh imej jantan I sebab angkut barang-barang awek!" Kekasihnya marah.

Tidak lama kemudian, Eza melihat kekasih lamanya, Sunny sedang duduk di sebuah kerusi sambil membaca komik Pokemon. Eza yakin tentu Sunny masih merindui dirinya. Ketika itu jugalah, barulah Eza mengingati kebaikan Sunny berbanding kekasih barunya ini.

"Aku mesti dapatkan dia semula," bisik Eza.

Eza meninggalkan kekasih barunya yang sedang sibuk mengayat gadis penjual minyak wangi. Eza terus mendekati Sunny. 

"Sunny, sayang. I rindukan you. Sorry sebab hari tu. I rindukan you...," Eza berpura-pura sedih.
"Oh, maaflah ya. You dah terlambat. I dah ada orang baru..." Sunny berkata bangga.
Eza terkejut kerana dia tidak menyangka, Sunny juga berjaya mendapatkan orang baru dalam masa seminggu sepertinya. Tidak lama kemudian, Shikin muncul sambil membawa ais krim Baskin & Robbins. 
"Kau!?" Eza bertambah terkejut.
"Dia lah kesayangan terbaru I. Dia sanggup terima I. Kami blah dulu. Lagipun, I tak nak ganggu you dan balak you yang sibuk meraba awek kat sana tu," Sunny berkata sambil menunjukkan ke arah kekasih baru Eza yang sedang menggatal dengan perempuan lain.

Sunny dan Shikin meninggalkan Eza yang menyesal dan menjerit, "TIDAK!!!"

p/s : Am poking fun at myself for creating some cliché. haha

Tuesday, 17 January 2012

Jangan Lepaskan Dia Pergi!


Lelaki bertopeng itu muncul ketika dia dalam perjalanan pulang dari kerja. Lelaki bertopeng itu muncul dengan tiba-tiba di belakang keretanya. Dia terkejut, tetapi tidak mungkin ada hantu pada waktu pagi. Lelaki bertopeng tidak menerangkan siapa dirinya dan hanya berkata,

"Jangan lepaskan dia pergi! Dia..."

Lelaki bertopeng itu hilang dengan tiba-tiba, sebelum sempat menghabiskan ayatnya. Siapa "dia" yang dimaksudkan? Persoalan itu timbul dan hilang sehingga dia sampai di rumahnya. 

"Mungkin aku bermimpi. Kerja banyak sangat, sampai otak pun tak betul!" katanya dalam hati.

Dia sampai di rumahnya dan ke bilik tidur. Dia baring atas katil, membuka komputer ribanya dan terus melayari sebuah laman sosial. Banyak sungguh komen yang diterima. Memang dia seorang yang gilakan laman sosial. Boleh dikatakan setiap minit mahu saja dia memperbaharui status terkininya.

"Dah sampai rumah?"

Mesej chat dari laman sosial tersebut muncul. Mesej dari kekasihnya. Dia malas melayannya. Dia membiarkan kekasihnya menunggu untuk seketika. Dia lebih gemar melayan teman-teman laman sosialnya dari membalas mesej klise kekasihnya itu. Teman-teman sosialnya jauh lebih mantap dan keterampilan berbanding dengan kekasihnya. Untuk apa dia perlu habiskan masa melayan kekasihnya yang membosankan? Rimas! Setiap hari mahu berbual dengannya! Menjengkelkan! Setelah hampir sejam, barulah dia membalas kembali mesej dari kekasihnya itu.

Perbualan mereka hambar. Dia melayan perbualan dengan kekasihnya seperti melepaskan batuk di tangga. Memang jelas dia sudah bosan dengan kekasihnya itu dan tidak sabar untuk melepaskannya pergi. Ada ramai lagi ikan manis di laut, untuk apa dia perlu selesa dengan seekor ikan lama itu? Lantas dia membalas ungkapan rindu kekasihnya dengan:

"Kalau u dapat cari yang lebih baik, lepaskan I lah"

Dia sendiri tak pasti mengapa jawapan itu diberikan. Mungkin dia penat, rimas. Kekasihnya ternyata kecewa, namun masih mengharapkan apa yang diungkapkannya hanyalah gurauan. Kekasihnya merayu agar dia tidak melepaskan dirinya. Dia hanya melihat rayuan kekasihnya itu di skrin dengan pandangan sinis. Dia memang seorang manusia hebat! Sehingga berjaya membuat kekasihnya merayu seperti peminta sedekah! Dia menutup komputer ribanya tanpa membalas mesej hiba dari kekasihnya itu. Dia kepenatan setelah semalaman berkerja. Masa untuk tidur dan bermimpi bermesra dengan ikan-ikan baru yang boleh membuatkan dirinya lebih teruja. 

Sebalik, dia bermimpikan kekasihnya. Kekasihnya itu tersenyum, walau kesedihannya itu tampak jelas. Kekasihnya mengucapkan selamat tinggal dan badan kekasihnya meletup seperti bom. Cebisan daging terbakar merah, hitam kekasihnya tercampak di merata tempat. Dia hanya mampu melihat kekasihnya lenyap sekelip-mata, tanpa mampu berbuat apa-apa. Titisan air mata panas lahir dari matanya. 

Mimpi ngeri itu membuatkan dia terjaga dari tidur dan hanya ada satu sahaja perkara yang perlu dilakukan setelah tersedar dari mimpi buruk iaitu mengemaskan-kinikan status! Komputer ribanya tidak dibuka, dia hanya mencapai selfonnya untuk mengemas-kinikan status itu. Cara ini lebih cepat untuk teman-teman sosialnya 'bersimpati' dengan mimpi ngeri yang dialaminya tadi. 

Melalui selfonnya, dia mendapati terdapat lebih dari 30 panggilan tidak terjawab dan beratus mesej pesanan ringkas diskrin! 

"Berapa lama aku tidur tadi?" dia bertanya kepada dirinya sendiri. 

Muncul lelaki bertopeng itu kembali. Lelaki bertopeng itu menyuruhnya menelefon kekasihnya, tetapi dia enggan. Dia mahu tahu siapakah lelaki bertopeng itu? Lelaki bertopeng membuka topengnya. Dia terkejut melihat wajah lelaki bertopeng itu. Seperti sebuah cermin di depannya, tetapi refleksinya sangat tua dan sedih. Lelaki bertopeng merampas telefon bimbit darinya dan menangis.

"Semua sudah terlambat."

Lelaki bertopeng berkata dan menghilangkan diri. Telefon bimbit berbunyi kembali. Dia mengangkatnya.

Suara tangisan sesalan kuat didengari.

---

Dia tidak tahu sudah berapa tahun dia korbankan. Berapa orang dipulaukan. Wajahnya bertukar menjadi lebih tua dari usianya. Apa yang dia tahu adalah dia harus mencipta sebuah alat. Untuk kembali kepada zaman silam. Untuk menghalang dirinya dari melepaskan kekasihnya 'pergi'. Dia tidak mahu lagi kekasihnya hilang untuk selama-lamanya. Dia mahu menulis kembali sejarah. Dalam sejarah barunya itu, kekasihnya masih hidup dan dia lebih hargai kekasihnya itu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...