Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Koleksi Cerita Lady Windsor. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Cerita Lady Windsor. Show all posts

Friday, 27 April 2012

Fragmen: Yaya dan Zain...

Ada suara manusia bercakap-cakap. Perlahan dan seakan berbisik. Lembut saja suara berkenaan. Di mana ya pernah Yaya dengar. Tak ingat pula..ahh biarlah. Perutnya terasa lapar, berkeriut dan tekak juga terasa dahaga. Mana nak cari makanan...lapar! Lapar! Mak, Yaya lapar! Arghh...siksanya sakit begini. Hendak bergerak bebas pun tak boleh, tangan membengkak akibat drip yang mencengkam. Air perlahan saja menitik. Bila boleh bebas dari semua ini...Yaya nak kembali pegang pen.
Eh...suara tadi sudah hilang. Ya sudah hilang..beratnya nak buka mata. Yaya lapar! Cepat buka mata....bukalah mata..
"Assalamualaikum..."
"Waalaikum...salam...laa..."
"Lama Farha tidur..."
"Yaya...Yaya..."
"Oh ok. Yaya..Lama awak tidur. Mak tak datang?"
"Tadi petang ada. Dia dah balik..."
"Awak dah makan?"
"Belum.." cehh...aku lapar, boleh tanya soalan macam tu, bisik Yaya dalam hati, geram!
"Saya tengok nasi tak bersentuh, dah sejuk pun."
"Saya tidur..penatlah.."
"Nak makan sekarang? Saya bantu?"
"Eh tak apa. Saya tak ada selera..." berbohong lagi, walhal perutnya menjerit, berkeroncong bagai.
"Nak makan apa?"
"Tak apa..tak ada nak makan apa pun.."
"Kena makan. Awak dah sehari suntuk tak makan. Nanti tambah sakit.."
"Encik...tak payah susah-susah...saya boleh minta pada nurse." Farha masih mempertahankan kedegilannya. Entah kenapa hatinya sebal seketika…mungkin malu merasuk diri tatkala mengingatkan lelaki yang berdiri di hadapannya itulah yang mengusungnya membawa ke hospital sedang dia sudah tidak sedarkan diri, nasib baik Allah masih mahu meminjamkan hayat.
"Nurse? Oh ok...penat saya bawa makanan. Tak sudi..?"
"Err..Encik.."
"Zain cukup, tak payah nak encik-encik. Tapi kalau dalam kelas, memang boleh letak encik di depan nama saya..."
"Encik...Zain..Zain..bukan tak sudi.."
"Habis tu...?"
"Zain..Zain dah banyak bantu saya..."
"Alah..itu perkara biasa..kalau orang lain yang jatuh depan saya pun saya akan bantu. Inikan pula awak, student saya..nah makan..saya buat khas untuk awak Yaya."

Yaya nampak mamat tocang itu mengeluarkan satu bekas kedap udara dari dalam beg sandang berwarna hitam. Thermos besi turut dikeluarkan. Wah...manjanya rasa bila ada orang bawakan makanan..Hati berbunga tapi...
"Nah, Faris kata awak suka roti sapu planta. Ni saya buatkan. Tapi tak fresh sebab dah tiga jam saya buat. Tadi saya tiba awak tidur. Doktor datang dan saya sembang sekejap dengan doktor. Tanya keadaan awak..."
"Hmm...terima kasih Zain. Saya berhutang nyawa dengan Encik Zain.."
"Zain cukup, ingat!" Ada nada tegas, namun menyenangkan.
"Ok.ingat! Ingat!"
"Nah, makan. Saya bantu, mesti susah nak angkat tu..buka mulut…" Lelaki yang cukup membuatkan dia marah berpanjangan itu kini dengan tekun memujuk dia makan…lantas hati, kenapa masih membina tembok sedang kunci sudah ditangan untuk dileraikan kekusutan itu.

 

Wednesday, 21 March 2012

Ais krim berwarna purple..

Satu suap ais krim yang pertama adalah AKU, satu suap ais krim yang kedua adalah NAK, satu suap ais krim yang ketiga adalah HATI dan satu suap ais krim yang keempat adalah KAU....itulah kata-kata Usop kepadanya....dan pada suap yang ke lima, rama-rama berwarna pelangi terbang comel memenuhi hari indah itu..


Semalam, dia melihat satu kejadian yang membuatkan jiwanya sentap. Satu pasangan bergaduh di hadapan mata kerana si lelakinya gemuk manakala si perempuan pula langsing, tapi tidaklah secantik manapun. Kalau muka cantik, tapi hati busuk dan menghina teman lelakinya di khalayak, itu bukan perempuan jenis yang boleh dijadikan 'bahu untuk bersandar'. Kesian si lelaki itu, yang kelihatannya terkesima menghadapi situasi di khalayak hanya kerana berbadan gemuk dan menikmati ais krim...hmmm hidup!

Dan hari ini dia bakal membuat keputusan, keputusan untuk menjawab satu pertanyaan yang sudah lama disimpan di dalam telefon bimbitnya. Soalan itu diberikan oleh rakan yang sudah lama dia kenal, bukan setahun dua, bahkan lebih dari lima tahun.

Sambil menunggu kedatanan individu yang berkehendakkan jawapan itu, dia memilih ais krim mana yang hendak dipesan..oh ada keladi dengan waffer...cukup untuk jadi pemanis mulut sementara menunggu Yusof datang.

Tiba-tiba tanpa disedari Yusof  atau Usop sudah mencuit bahunya dari belakang.
"Duduklah..." katanya pada lelaki bernama Usop yang segala-galanya tampak sempurna itu.
"Terima kasih sebab sudi terima ajakan aku..."
"Terima kasih juga, sebab kau sanggup meletakkan air muka di tapak kaki, kerana sudi keluar dengan aku yang..."
"Ok ketepikan soal itu....aku nak tahu jawapanmu."
"Kau jawab soalan aku dulu...kenapa kau nak aku jadi makwe kau. Ada ramai perempuan langsing di luar sana...cantik dan bergetah. Jawab soalan aku sekarang. Kalau jawapan kau tidak memuaskan hati aku, kau melantaklah ais krim yang aku dah pesan tadi..."
"Begini, aku dah kenal kau lama. Kau baik, kau pandai masak, kau pandai ambil hati. Setiap hari aku nampak kau pergi surau. Setiap hari aku nampak kau bawa makanan untuk rakan. Malah, aku tahu apa yang kau buat kerana kau ceritakan semuanya pada aku setiap kali kita bersms."
"Itu saja?"
"Banyak, tak cukup masa kalau aku nak perincikan semua..."
"Tapi aku ini bukan kategori wanita cantik, langsing atau lawa..."
"Hahahahahaha....dangkalnya fikiranmu..."
"Cissss...kenapa kau ketawa?"
"Aku dah dua minggu tunggu jawapan kau. Aku nak jawapan kau sekarang. Kali ini kau dengar cakap aku baik-baik. Kau tak cantik, kau gemuk, kau tak pandai bergaya, kau tak de buah hati, kau rasa diri kau gemuk. Kan? Its not that..its all about feeling. My intuition towards you. Its about sharing and caring. Its about appreciate. Come one..ok last aku cakap...aku nak hati kau...hati kau yang tulus bersih, hati kecil kau yang sentiasa penyayang, hati kau yang tak sentiasa rela menelan segala cemuhan...hati kecil kau yang sangat besar daya ketahanannya. Dan aku tahu, hati kau yang sangat setia..aku mahu yang itu. Dah...aku dah lama mengumpul kekuatan ini. Aku dah ketepikan ego aku rendah-rendah untuk mendapatkan kau walau sudah dua kali kau tolak apa yang aku propose...."
Usop bangun ke kauntera ais krim..hatinya terkesima lagi...Usop muncul sambil membawa dua ais krim yang sudah sedari awal tadi dia pesan. Usop makan ais krim perlahan-lahan tanpa menoleh kepadanya...dia juga makan ais krim itu..

Dan pada suapan ais krimnya yang terakhir, dia menyuapkan Usop ais krimnya kerana itu adalah ais krim permulaan kehidupan untuknya dan Usop...

Tiada jawapan ya...hanya senyap adanya....dua hati itu sedang enak menikmati ais krim berwarna purple pada satu hari yang sangat indah...

Monday, 5 March 2012

Dua file dalam pendrive...


Ok, aku tahu kisah ini tidak logik, tapi ia memang berlaku. Berlaku kepada aku. Tidak perlu percaya, apatah lagi terpengaruh...kisah ini aku simpan lama dalam kotak fikiran sebelum mengambil keputusan menulisnya di sini..ia bukan pengakuan tapi adalah dua file persitiwa yang wujud dalam satu pendrive yang dinamakan pendrive hidup. Ada banyak lagi file menarik dalam pendrive aku. Aku letak dua file ini dulu...

File 1
Ketika duduk sambil minum teh dan makan nasi lemak di kantin Malaysia Hall, aku menghadap tingkap untuk menikmati biru pada langit. Di luar cuaca sejuk gila. Sangat sejuk. Nasi lemak Pak Awie itu memang sedap, ya lah kalau harganya RM25 sepinggan, dimakan bersama teh tarik, kuih seri kaya, karipap inti daging dan kuih ketayap...(semua kuih aku tapau) memang sekeliling pun aku tak peduli..tapi ya..aku terpaksa peduli kerana beberapa sebab:
"Bercuti?" Dia tegur aku.
"Bercuti sambil bekerja," aku senyum.
"Berapa lama?"
"Dua minggu saja."
"Oh lama juga tu..."
"Tuan?"
"Saya pun bercuti.."
"Seorang?"
"Ya.."
"Nasi lemak ni sedap kan.."
"Bolehlah...lepas ni ke mana?"
"Saya ada perjumpaan dengan beberapa individu di University Art of London..."
"Owh...nak sambung belajar?"
"Tidak, dalam rangka kerja. Tuan ke mana selepas ini?"
"Saya nak ke Wembley.."
"Berapa lama Tuan di sini?"
"Tiga bulan..."
"Hmm lamanya.."
Dia senyum..senyum yang lama sambil memandang tepat ke wajah aku.
"Ok, kita jumpa lagi..jaga diri. London sejuk sekarang..harap dapat berjumpa saudari lagi..."
"InsyaAllah Tuan..jaga diri juga.."
Ketika dia bangun, aku melihat dia menapak perlahan keluar dari kantin tidak sebesar mana itu...seperti mengetahui aku memerhatikan derap langkahnya, dia menoleh..senyum..dan aku senyum, juga..dia terus melangkah..senyum lagi...dan ketika aku mahu membayar nasi lemak di kaunter, petugas di kaunter menyatakan nasi lemak aku sudah dibayar seseorang...

File 2
Aku sudah tujuh hari tiba di sini, di kota sejuk. Dan menginap di tingkat dua di Hotel Byron ini buat aku berasa kaku..tapi lantaran di hadapan tingkap kayu aku ada Hotel Hyde Park, aku jadi jahat...memerhati setiap individu yang keluar masuk ke hotel itu. Pantang ada masa percuma, aku lepak depan tingkap sambil tengok salji turun, sambil tengok pasangan kulit putih bercumbu..tidak menarik perhatian aku ok! Tapi..ada satu perkara yang mencuri pandang aku...sudah hampir tiga hari juga aku melihat dia, setiap malam selepas midnite, dia keluar merokok di tepi kaki lima. Roman mukanya jelas air muka Melayu...dia ada kumis nipis di atas bibir...mata sedikit sepet, berkulit kuning langsat...tapi aku tak pasti dia tunggu siapa..kerana aku tidak kenal dia, tiada peluang untuk bercakap dengannya..gila lah aku kalau tiba-tiba menegurnya tanpa sebarang sebab. ahh abaikan dia..yang aku teringat kini adalah perbualan aku dengan Dodi di dalam train menuju Gare Du Nord..
"Dodi, jangan lupa beli tiket Phantom of The Opera ya..aku mohon sangat.."
"Kenapa kau suka sangat teater tu.."
"Ntah..mungkin sebab ia cerita yang bagus.."
"Eleh..cerita bagus konon...kau bukan tahu pun sapa penulis skripnya kan?"
"Ceitt suka hati akulah...datang jauh-jauh tapi tak jejak Hay Majesty Theatre rugilah beb.."
"Ok esok balik London kita browse..mana tahu ada tiket lebih. Kau tahulah teater macam tu cepat je habis tiketnya walau panggung lama..."
Seterusnya aku berbual dan ketawa tanpa henti dengan Dodi, kawan yang berasal dari Terengganu tapi sudah bermastatutin di kota sejuk ini. Dari bilik hotel yang pengap hinggalah kepada Umi Aida dan suaminya yang aku terserempak di kedai nasi Arab Lebanon, semuanya aku ulas dengan Dodi sambil ambil gambar, buat catatan dan makan kek kismis yang aku beli di Mayfair Street, Dodi juga yang belanja kuih tu..sedap ngkau. Di dalam keretapi laju itu ada ramai orang..dan aku yakin ada Melayu di dalam keretapi itu...apa-apa pun, aku nak tengok The Phantom of The Opera di panggung teater Hay Majesty walaupun Dodi kata tiketnya berharga RM250 untuk seorang.
Dua hari selepas balik dari day trip melawat bandaraya eifel, aku teringin nak lagi nak makan nasi arab di kedai Lebanon. Balik dari membeli nasi arab, Adel, budak hotel panggil aku...dia bagi aku satu envelope. Aku naik atas dan sejurus melempar kunci, aku menghempas diri di atas tilam empuk sambil membuka envelope berwarna kuning cair itu..terjatuh dua keping tiket ke Hay Majesty untuk menonton The Phantom of The Opera. Ada sama sekeping nota kecil.."Enjoy the theatre...from: The Phantom, Hyde Park". Aku bangun menghala ke tingkap dan dia ada di bawah melihat ke jendela bilik aku di tingkat dua...ada sekilas senyum sebelum dia berlalu pergi. Ahh salji lebat pula turun...

Korang semua ada berapa banyak file dalam pendrive? Banyak kan? Aku ada berpuluh..nantilah bila ada masa kita share!

Friday, 20 January 2012

Salji Masih Berguguran...

Ian..kalaulah kau tahu...sejuknya salji di luar sana...tidaklah sehebat hangatnya apa yang aku rasa kini...
DI luar tingkap, salji gugur lembut sambil mencium cermin nipis yang menghalang angin sejuk dari masuk ke ruang hangat yang tidak seberapa luas itu. Cahaya malap mentol bulat 80 watt itu tidak cukup untuk membuatkan hatinya yang beku mencair walau dipujuk beratus kali oleh Encik dan Puan Baker.

Ya, musim sejuk sudah tiba lagi. Pokok-pokok gondol menampakkan ranting togel menunjuk ke langit tanpa daun. Yang ada cuma debu putih yang sejuk dan mengapung di udara, jatuh satu demi satu menyinggah di segenap cabang. Dia sedar itu, hatinya juga mula bercabang dan bercanggah, antara kehendak diri dan rasa aneh yang mula menyelinap dalam diri.

Beberapa hari lalu, dia menyatakan hasrat hati untuk pulang menjengah tanah tumpah darah seketika setelah tiga tahun tidak pulang. Dia rindu amat pada bau maung rumput di kaki tangga rumah emak. Ingin sekali dia gosok dan peluk nisan kaku di kuburan emak. Biarlah, tidak dapat memeluk emak pun tidak mengapa, asalkan dapat melihat dan memeluk nisan pun sudah cukup. Kata orang tiada tuannya, sesuatu yang berkaitan dengannya pun sudah cukup untuk melelas rindu, melepas sendu dan menghirup narwastu yang emak tinggalkan dulu di teratak nyiur gading ketika dia masih remaja.

Memang, meniti usia dara tidak mudah juga walaupun dia di bawah naungan yang amat menyenangkan jiwa, naungan itu membuatkan sukma subur dengan rasa bahagia tidak berbelah bahagi. Sungguh, dia bertuah kerana daripada sebutir mutiara di perlimbahan, dia dipungut, digilap langsung diletakkan di persada sajak yang sesuai dengan kilau mutiara itu, sesekali membiaskan warna tujuh pelangi ibarat nota cinta yang berupaya membakar seluruh tanjung perasaan sesiapa saja yang melihat.

Dan tanpa dia sedari juga, ada hati yang sudah lama hangat memendam rasa akibat kilau mutiara yang tidak bertuan itu...nyata mutiara dari perlimbahan itu membias kilau yang membersit garang namun serasi pada persada hati seorang manusia degil, manusia yang tidak pernah mahu menundukkan ego..Ian Peter!

Ian yang satu, dan tiada duanya. Kalau dikatanya hitam, maka hitamlah sekalian suasana dan panas baran Ian tidak akan sejuk andai dia tiada. Bagaimana ini, anak jantan kesayangan keluarga Baker, garang dan sombong amat tapi dia tahu di sebalik hati sebal itu ada nyalir rasa yang lembut, halus dan penuh kasih sayang. Dia tahu, dia tahu kerana dia sudah membelek dan meneliti sekeping jiwa kesayangan milik manusia ego itu.

Ini kerana setiap hantaran dan lembar bunyi yang sampai ke kuping pendengarannya setiap malam kala salji rontok menjunam ke bumi adalah alunan Blue Danube gubahan Johan Strauss yang tidak pernah jemu didengar. Begitu juga kala petang hari, ada alunan Intermezzo Cavalleria Rusticana dari ilham Pietro Mascagni menghias sunyi ruang antara dua dinding itu.

Bagai di rancang pula, Encik Baker menempatkan biliknya di sebelah bilik Ian. Katanya mudah untuk dia mengemas bilik si bujang sombong itu dan mudah juga untuk dia dipanggil andai tuan tunggal itu memerlukan apa-apa pertolongan.

Ahh hati, usah cair dengan bunyi-bunyian rajuk itu, namun dia tidak dapat membohongi hati lembut itu bahawa irama syahdu The Lonely Sheperd karya Gheorghe Zamfir yang berhantu itu dan Concierto de Violin Paganini tidak dapat menafikan rasa aneh mula menyelinap pada setiap pembuluh darahnya..ya..hampir segenap detik darah berasa panas mengasak ruang kapilari halus dalam jiwanya.

Salji menderu lagi, dirapatkan kuping ke dinding, masih ada muzik menangis mengisi malam. Pastinya Ian belum tidur, mahu saja diajak bersemuka, namun tidak manis. Siang tadi, si sombong yang manja itu merenung tajam ke wajahnya sebaik mengetahui dia ingin pulang ke tanah air..ketika mereka berpapasan tiada kata yang diucap sebaliknya sekilas jeling tajam saja dipanah tepat ke tangkai jantungnya, hampir luruh jantung nan satu itu.
What?” Tegurnya spontan kala selisih di tangga tua diperbuat daripada oak putih itu.
Nothing!” Keras saja jawapannya.
“Then..why you staring at me? Come on..talk to me..”
“I don’t feel like wanna talk..”
“Fine...call me if u need a shoulder...nite!”

Bump! Pintu bilik dihempas dan dia dengar ada barang jatuh ke lantai..pasti di bujang itu mengamuk lagi. Dan kini dia buntu. Jangan ada hati yang retak, jangan ada perasaan yang bersepai lantaran dia ingin menghilangkan diri dari bumi empat musim ini..jangan sayang...

Di luar, Oxford Street bagai dihampar permaidani berbaldu putih lantaran salji berjejeran menutup segenap ruang. Ada hati yang beku, ada rasa yang nanar…biarkan..kelak akan ada suatu titik temu bagi perhitungan sebuah perasaan yang kian bermaharajalela dan merasuk igau..biarkan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...