Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Koleksi Cerita Mawar Berduri. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Cerita Mawar Berduri. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

TIADA PENGGANTI


‘Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka’

Aku pusing stereng kereta ke tepi jalan. Lagu dari corong radio menyusuk hati aku. Setiap baris lirik, setiap kata yang dinyanyikan bagai mengejek aku. Sakit. Pedih. Bagai sebilah pedang yang berkilat dihuruskan pada dada kiri aku, tepat di jantung. Lantas, secara perlahan-lahan dihuruskan tanpa rasa bersalah. Ya, setiap baris lirik umpama seinci tikaman ke jantung. Sakit.

Aku pejam mata. Dalam gelap aku nampak bayangan dia. Senyuman manis dia, berbaju kurung, bertudung litup dan lesung pipit di kedua pipinya. Cantik. Manis. Dia buah hati aku, cinta hati aku yang mencuri hati aku selama dua tahun ini. Aku masih ingat lagi masa hari penikahan kami. Saat aku berjabat dengan tok kadi, aku sempat curi pandang ke arah dia. Tika itu, wajahnya sangat berseri, mungkin ini yang dikatakan seri pengantin. Hanya sekali lafaz, dia sah menjadi tulang rusuk yang aku cari-cari selama ini.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Aku mula dapat sesuaikan diri dengan alam perkahwinan. Manis, pahit, tawar, semuanya rasa aku telah lalui. Aku masih ingat, suatu hari yang lalu, saat kami berdua dalam perjalanan balik ke rumah. Lagu ini sedang naik di mana-mana corong radio. Berkumbang berbelas kali dalam sehari di stesen radio yang sama. Katanya kepadaku, lagu ini sungguh bermakna. Setiap baris lirik mungkin akan mengiris hati seseorang. Tapi mungkin juga lagu ini akan menjadi teman pengganti seseorang apabila seseorang yang dia sayang telah tiada. Aku hanya mengangguk sahaja. Seperti selalu, dia merajuk. Aku hanya ketawa, bukan aku tidak mahu pujuk, tetapi aku suka melihat dia merajuk. Comel.

Tahun lalu adalah tahun pertama kami sambut raya bersama. Dia adalah orang yang paling sibuk siapkan segala kelengkapan. Warna ungu jadi tema raya untuk kami berdua. Masih terasa hangat air mata dia jatuh ke tangan aku tatkala dia bersalam mohon maaf di pagi raya. Katanya, dia banyak dosa. Dia takut tidak dapat sempurnakan tugas sebagai seorang isteri mithali. Aku hanya tersenyum. Aku kucup dahi dia bisik di telinganya yang dia cukup sempurna untuk jadi isteri mithali.

Namun bahagia yang aku capai bukan sampai ke mati. Ya, aku sedar, aku hanya manusia yang mampu menyenaraikan keinginan aku di dalam kepala, namun semuanya sudah ditentukan sejak azali lagi. Dia sakit. Demam panas seminggu dan akhirnya menghembuskan nafas di pangkuan aku. Tangan aku masih terasa jasadnya yang perlahan-lahan menjadi sejuk beku lalu keras tak bernadi. Saat itu, aku hilang pertimbangan. Merasakan dunia ini tidak adil. Aku hidup tapi hidup dalam derita. Derita merindu. Namun aku kena teruskan hidup, masih tergiang di telinga aku katanya yang terakhir, pohon untuk aku menjaga diri untuknya dan carilah pengantinya untuk hari tuaku dan aku harus tunaikan permintaan terakhirnya. Cuba untuk teruskan hidup tanpanya, cuma permintaannya untuk mencari penggantinya, aku tidak dapat tunaikan.

‘Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti’

Punat ‘power’ aku tekan. Kereta kembali sunyi. Lagu keramat menjadi bisu. Ada air mata yang gugur dari kedua pandangan aku. Ada garis luka merindu di hati aku. Aku pejam mata sekali lagi, cuba mencari kekuatan untuk meneruskan hidup. Gear satu ditolak, brek tangan diturunkan, stereng dipusing. ‘Sayang, abang datang melawat sayang. Di pusaramu sayang. Tunggu abang ya sayang.’

‘Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti.’

Wednesday, 30 January 2013

KISAH SI PEREMPUAN SELINGKUH

Tadi aku jumpa dia. Ya, dia yang buat aku jadi perempuan selingkuh. Dari jauh lagi aku tahu jasad dia. Dari hujung jalan. Dari gerak langkah. Dari aura dia, aku sudah rasai. Saat tu, dada aku sudah berkocak laju. Dari pandangan aku ke arah wajahnya, aku terus berpaling melihat tempat lain. Bagi aku, melihat padang bola sepak lebih mendamaikan hati aku dari lihat wajah dia.

Tak lama kemudian, aku dapat rasakan bayangan seseorang hendak lalu depan aku. Aku batukan diri. Keropok lekor di tangan, aku rasa tawar. Hanya mulut aku saja yang tidak berhenti mengunyah. Saat itu, fikiran aku kosong. Jiwa aku juga rasa kosong. Yang aku rasa cuma jasad aku sahaja berada di atas kerusi, memegang bungkusan kertas coklat yang berisi keropok lekor sambil kepala menoleh ke arah padang bola sepak.

Dia mengambil keputsan untuk lalu dibelakang aku. Membuka bicara dengan berkata "hai," dan aku tetap kaku di atas bumi. Kini, dia berdiri di sebelah kiri aku. Cuba memulakan kembali perbualan yang tergantung tadi, 'Hai cik adik,'. Aku? Aku tetap seperti mulanya, kaku tanpa sebarang tindak balas.

"Hai, tidak kenal sudahkah?' untuk kali ke-tiganya dia membuka mulut memancing aku untuk menoleh ke arahnya dan untuk kali ke-tiga ini, usahanya berjaya. Aku menoleh ke arahnya, melihat wajah cengkungnya. Dia masih seperti dulu, atau mungkin lebih cerah dari dahulu. Tinggi, kurus, dan cengkung di pipinya masih lagi kelihatan. Berkemeja taris ungu dan berseluar slack hitam, mungkin dia baru habis kerja atau mungkin dia baru balik dari mengajar di sekolah.

Dia senyum melihat aku, "hai, kenal tak? ingat orang?". Aku hanya merenung wajahnya. Tatap setiap inci wajah insan yang mengajar aku apa itu menjadi seorang perempuan selingkuh. Dia senyum lagi, "kenal tak?"

Kali ini, persoalannya aku balas dengan kerutan di dahi. Merenung dia tanpa bersuara, hanya mimik muka seperti seseorang yang salah menyapa kenalan yang kononnya dia kenali. Hasilnya, dia berpaling dan terus beredar dari tempat aku. Berjalan dan terus berjalan tanpa menoleh kebelakang. Akhirnya, hilang disebalik keramaian orang berlari, mengelecek bola, berlanggar sesama sendiri dan ketawa di sebalik gelanggang futsal. Saat itu, aku menoleh kembali ke arah padang bola lalu tersenyum. 'Aku hanya tunaikan kemahuan kau dan aku juga pegang dengan kata aku.'

4 tahun yang lalu,
"Tolong jangan ganggu hidup aku lagi,' masej itu aku baca berkali-kali. Mungkin juga sudah berjuta kali. Engkau ajar aku jadi selingkuh, kemudian engkau biarkan aku terkapai sendiri. Mungkin ini balasannya, qisas si seorang selingkuh.

"Mulai hari ini, aku akan tunaikan kemahuan kau dan mulai hari ini juga, aku juga tidak kenal siapa kau dalam dunia ini," aku mengesat air mata buat kali terakhirnya atas sebab dia si pengajar selingkuh.

Tuesday, 2 October 2012

KUPID CINTA SI MANJA


Nama aku manja. Seorang gadis sunti yang mempunyai potongan badan seperti kerengga dan juga tulang pipi yang agak tinggi. Walaupun aku cantik bak puteri bunian, namun hati aku masih sunyi dari ditakluki oleh mana-mana jejaka. Bukan aku tidak mahu untuk berpasangan, tetapi tiada siapa yang berani mahu melamar aku menjadi kekasih mereka. Mungkin juga mereka malu dengan kejelitawan aku ataupun berasa mereka tidak layak mendampingi aku. Untuk aku yang melamar mereka, itu sudah pasti tidak mungkin terjadi. Entahlah apa yang patut aku buat untuk mencari seorang putera idaman aku hinggalah suatu malam, di saat bulan mengambang pada hari jadi aku yang ke 15.

Waktu itu aku sudah lena di buai mimpi. Turunlah satu peri-peri bersayap bulu ayam berwarna merah di luar jendela bilik aku. Diketuk jendela kaca aku berkali-kali tika aku sedang enak. Namun, aku tidak mendengar sedikit pun bunyi ketukan dari peri-peri bersayap bulu ayam. Lantas si peri-peri bersayap bulu ayam membaling sebiji batu tembaga dan memecahkan jendela kaca aku menyebabkan aku terjaga dari lena.

Si peri-peri bersayap bulu ayam terbang masuk ke dalam bilik aku. Di tangannya ada sebiji telur sebesar telur burung unta berwarna emas. Diletaknya telur emas itu di katil aku.

“Ini adalah penjagamu. Dia akan menolong kamu dalam masalah hati kamu. Selamat hari jadi Manja.”

Tupp!

Taburan kilauan manik berwarna perak dibaling oleh peri-peri bersayap bulu ayam. Serentak itu juga, dia hilang dari bilik aku. Bermulalah kisah aku bersama sebiji telur emas yang besar. Saat aku menatap telur emas di katil aku, ianya tiba-tiba sahaja retak di bahagian tengah telur. Tidak lama kemudian, retakan bertambah besar sehinggakan bentuk bujur telur emas tersebut hanya menunggu masa untuk pecah. Seminit kemudian, keluar sepasang kaki dan tangan berjari empat. Telur emas yang tadinya bujur kini pecah hanya serpihan kulit emas di bahagian kepalanya sahaja yang belum pecah. Aku perlahan-lahan mengangkat serpihan kulit telur emas di kepala makluk berjari empat tersebut, lalu tersembul rupa seorang bayi yang berambut afro berwarna hitam.

“Hai…”

Aku cuba bermesra dengan bayi yang baru menetas dari telur emas yang peri-peri bersayap bulu ayam hadiahkan kepadaku tadi. Seraya itu, bayi berjari empat tersebut mengibarkan sayap jernihnya terbang mengelilingi bilik aku. Sapaan aku tadi hanya dibiarkan sahaja. Aku mencapai bantal tidur aku, lalu aku baling ke bayi berjari empat tersebut.

Pak!

Tepat mengena di kepalanya.

“Lain kali orang sapa, jawab! Jangan biadap!”

Terkedek-kedek bayi berjari empat tersebut berjalan ke arah aku. dilemparnya senyuman dari dua gigit arnab yang ada di mulutnya. Lalu tangan kanannya diletakkan di dadanya dan dia tunduk di hadapan aku.

“Selamat sejahtera Tuan. Ampunkan patik kerana bersikap biadap tadi. Nama patik kupid cinta. Tuan boleh panggil saya dengan panggilan manja, ‘Pid’.”

Selesai sahaja tunduk hormat bayi berjari empat yang bernama Kupid Cinta. Dia terus merenung aku dengan mata birunya. Menunggu respon seterusnya dari aku.

“Baik. Aku maafkan kau. Jadi, kaulah penjaga aku. penjaga hati aku? apa yang kau boleh buat?”

“Patik boleh melepaskan panah dari busur magis patik, tuan. Patik boleh membuatkan orang yang terkena panah magis itu jatuh cinta sama tuan. Itu jaminan patik, tuan.”

Pid mengibar-gibarkan sayapnya ketika menerangkan kelebihannya kepada aku. Bibir aku tiba-tiba sahaja melemparkan senyuman yang amat manis tengah malam itu. Aku mengarahkan Pid pergi tidur kerana besok adalah tugasan pertamanya. Dia kembali terbang ke penjuru bilik aku, lalu dia terbalik persis kelawar yang sedang tidur.

Bermula hari baru, rutin sekolah aku bermula seperti biasa, cikgu mengajar dan aku belajar. Cuma sedikit beza rutin aku apabila Pid mengikut aku ke sekolah. Dia bersembunyi di dalam beg sekolah aku. apabila masuk waktu rehat, baru dia keluar dari beg aku.

“Pid. Tugasan pertama kau adalah kau buat si Luqman tu jatuh cinta dengan aku.”

“Itu memang tugasan patik, tuan. Sebelum itu, patik bertanyakan sesuatu kepada Tuan. Babak apakah yang Tuan mahukan?”

“Babak? Babak apa pula ni?”

“Alaa tuan, tuan bagitahulah babak yang menjadi kegemaran Tuan.”

“Hurmm.. bagi aku babak Hindustan.’

“Baik Tuan! Tuan ketepi sedikit, bagi patik ruang untuk beraksi.”

Pid mengeluarkan busur magisnya, lalu ditarik panah bermata hati tepat ditujukan ke Luqman yang baru sahaja mahu keluar kelas.

Tap!

Panah magis tadi tepat terkena di hati Luqman. Mata aku masih memerhatikan respon dari Luqman. Tiba-tiba, tangan kanannya menarik panah yang terkena di jantung kirinya. Dia berpaling ke arah aku, merenung aku dengan renungan yang amat menggoda dan bisa membuatkan aku turut sama tergoda. Kemudian dia memberikan aku senyuman yang cukup kacak.

Saat itu, suasana pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas kini berputar seolah-olah aku sedang memasuki satu medan merentasi masa dan apabila aku buka mata suasana tadi bertukar kepada suasana gunung Fuji. Baju kurung seragam sekolah yang aku pakai tadi kini bertukar kepada dress berwarna merah mengikut potongan badan aku yang seperti kerengga. Leher aku dihiasi dengan seutas rantai mutiara yang sangat berkilau dan rambut aku pula didandan keriting dibahagian bawah.

Kelihatan Luqman berada di sebelah aku sambil tersenyum seperti senyuman yang dia beri di kelas tadi. Namun penampilannya turut berubah. Baju kemeja putih seragam sekolahnya kini bertukar kepada kemeja hitam, berseluar slack hitam dan juga kasut Armani hitam. Kami berlarian di sepanjang pergunungan Fuji sambil berpimpinan tangan. Lagu kuch kuch ho taihe memeriahkan hari kami. Bahu aku yang tadinya statik, kini bergoyang dengan sendirinya mengikut ritma lagu. Luqman pula sudah bersedia mendepakan tangan sambil badannya bergoyang mengikut irama musik. Sungguh asyik!

Dari pergunungan Fuji, kami tiba-tiba sahaja bertukar tempat ke pantai Bali. Berlarian sambil ketawa. Kemudian, suasana Bali bertukar kepada taman bunga di Lebanon. Setiap satu perhentian, pakaian kami sering berubah-ubah, sama seperti lagu yang berkumandang menemani kami. Akhirnya, bila malam menjelma, barulah segala drama tadi berakhir. Luqman menghantar aku pulang ke rumah. Kupid pula, sudah lama balik ke bilik saat aku bermesra dengan Luqman di Bali. Bosan katanya menunggu aku habis dating. Sebaik sahaja aku pijak kaki ke ruang tamu. Muka bengis ayah yang menjemput aku pulang. Rotan pula sudah siap sedia di tangannya. Dan malam itu, tapak tangan aku berbekas 5 garisan gara-gara aku balik malam.

Di dalam bilik, kupid melihat aku dengan posisinya kelawarnya. Aku merenung dia dengan mata yang merah menahan sakit akibat dirotan sebentar tadi.

“tuan.. tuan marah saya sebab tuan balik lewat berdating dengan luqman tadi?”

Aku senyap. Kupid turut senyap. Lebih kurang sejam suasana bilik aku senyap. Denyut di tangan aku juga mula berkurangan, barulah aku bercakap kembali dengan kupid.

“pid!”

“ye tuan?” tergesa-gesa kupid mendekati aku.

“memang aku marah kau. Yang kau buat banyak sangat persinggahan dating aku tadi apa kes? Lain kali cukup la dua tempat sahaja,” kupid tunduk bersalah.

“baiklah, kali ini aku maafkan kau. Besok kau tolong lepaskan satu lagi panah. Kali ini aku mahu kau lepaskan kepada Aaron Aziz. Kau kenal kan?”

‘kenal tuan, tapi bukankah dia sudah ada isteri?”

“peduli apa aku dia ada isteri, dia hensem. Suka aku lah nak dating dengan dia. Kali ini kau buat dua persinggahan sahaja. Dan besok aku mahu babak melayu klasik.”

Aku tersenyum membayangkan hari esok, kupid pula mula mengasah panahnya. Kini aku adalah manja, seorang gadis yang menawan dan mampu bersama dengan sesiapa sahaja yang aku mahu. Engkau hensem? Mari, aku arahkah kupid melepaskan panah ke hati mu.

Thursday, 26 July 2012

BINTANG RAMADHAN

“Bintang.. bintang.. apasal ramai orang pergi masjid? Ada kenduri ke kat masjid?”

“Oii kau tak tau ke? Kan bulan da bersalin.”

“Hah? Bersalin? Bulan da ada anak baru?”

“A’ah. Da anak baru. comel anak dia. Kau tak tahu ke dia da beranak?”

“Eh aku tak tahu.”

“Itulah kau. Dia da ada anak da. Namanya Ramadhan Jr 1433.”

“Pergh! Ada tag nombor.”

“Hebatkan bulan. Seorang diri, tapi anak da ramai.”

“Hebat-hebat. Bintang..bintang.. aku perasan sesuatu. Malam ini macam sunyi sepi dari ketawa Syaitoonn saja. Selalunya memalam gini, kuat gelak ketawa dia.”

“Engkau ini tak belajar agama ke apa? Kan bila bulan beranak, syaitan kena ikat. Tentulah masa bulan dalam pantang sebulan ini, syaitan takde.”

“Erk. Ye ker? Apasal masa kita beranak, syaitan tak kena ikat?”

“Engkau itu bulan ke bintang. Syukur-syukurlah engkau jadi bintang, sentiasa ada. Daripada engkau jadi syaitooon, kena kurung sebulan.”

“Erk, bintang ini.. Tanya pun tak boleh. Period la tu.”

“Grrrr!”

Aisyah duduk di tangga surau al-ikhlas mendongak melihat dua bintang paling bersinar malam ini. Berkilauan menemani bulan di ramadhan pertama. Solat terawih malam ramadhan malam ini seperti selalu hanya ditemani oleh ayahnya, Syawal. Ibunya sudah lama berada di alam lain. Mati sahid ketika melahirkan Aisyah.

Dari keramaian, jemaah-jemaah solat terawih saling bersalaman di pintu surau. Berjabat tangan dan mengucapkan selamat berpuasa untuk esok. Aisyah masih lagi duduk di tangga surau perempuan. mendonggak ke langit. Melihat dua bintang.

“Aisyah. Mari pulang sayang.”

Syawal membelai telekung yang menutupi rambut aisyah. Merenung satu-satunya anak perkongsian kasih dengan arwah isterinya, Radawiyyah. Aisyah mendepakan tangannya. Meminta dukung dengan ayahnya. Siapa lagi tempat dia mahu bermanja jikalau bukan dengan ayah kandungnya sendiri. Tahun ini tahun ke tujuh mereka beraya berdua. Walaupun hanya berdua, ramadhan ini tetap dinikmati sebaiknya.

Badan aisyah dikendong. Aisyah memaut leher ayahnya. Memberi kucupan di pipi ayahnya dengan senyuman yang paling manis.

“Ayah, boleh aisyah Tanya?” 

“Tanya apa sayang?”

“Bintang pandai bercakap?”

“Erk. Aisyah dengar bintang bercakap ke?”

“Rasanya tadi aisyah dengar bintang bercakap.”

“Hurm.. mungkin itu kawan ibu kot. Ibu minta dorang temankan aisyah sementara menunggu ayah siap solat tadi.”

Aisyah terdiam. Syawal hanya senyum. Walaupun aisyah tahu ayahnya bergurau, dia terima ulasan ayahnya. Tambahan lagi, di bulan ramadhan masakan syaitan pula yang berkata-kata. Bukankah bintang yang satu tadi sudah terangkan. Pabila masuk bulan ramadhan, semua syaitan diikat. Aisyah merangkul erat leher ayahnya. Setiap ramadhan, dia tidak rasa keseorangan. Ayahnya sentiasa menemaninya.

~|~|~|~|~ 

“Psst bintang. Budak itu dengar ke kita bercakap?”

“Entah, dengar kot. Kau punya pasallah ini. kecoh!”

“Ish! Aku pula di salahkan.”

“Kau la punya pasal!”

~|~|~|~|~ 

Aisyah mendonggak ke langit. Melihat bintang lalu senyum.

‘Selamat malam bintang ramadhan.’

Wednesday, 27 June 2012

PARI-PARI PUTIH

Di pagi nan indah, kicauan burung bernyanyi riang riang, bunga mekar mengharumkan dunia, awan putih membentuk corak, mentari jingga sinar gembira, berdiri seorang pari-pari putih. Mengibar sayap dari bulu-bulu ayam yang dijahit dengan benang putih. Memakai gegelung bulat di atas kepala. Diperbuat dari dawai yang digulung ketat. Berdiri seorang diri di atas bumbung Pakcik Kasmat. Bersedia memulakan misi sebagai  seorang pari-pari di awal pagi. Misi menaburkan serbuk ajaib ke atas kehidupan di muka bumi ini. Itulah utusan yang di amanahkan kepada pari-pari putih ini.

Pari-pari putih mendepakan tangan, bersedia untuk terbang dari atas bumbung rumah. Dengan kerdipan mata yang perlahan, senyuman yang penuh ayu, lebih ayu dari perempuan-perempuan yang masih bernafas di muka bumi ini dan mengalahkan keayuan Cik Siti Nealopa, gadis paling cun di kampung ini. Pari-pari putih bersedia untuk terbang. Kedua tangannya memegang sayap bulu ayamnya. Mengibar dengan perlahan, mengambil mood untuk terbang tinggi. Sementara itu, di sisi pinggangnya tersemat bungkusan hitam yang mengandungi serbuk-serbuk ajaib.

Dengan lafas Bismillah, kibaran sayap si pari-pari semakin kuat. Daun pokok pisang di belakang rumah Pakcik Kasmat turut berkibar. Tidak semena-mena, angin kencang melanda di kampung si pari-pari putih. Semua ini  terjadi kerana tempias kibaran sayap-sayap si pari-pari. Si pari-pari putih tersenyum riak dengan kuasa yang ada. Walaupun orang ramai mempertikaikan sayap bulu ayamnya, tetapi mereka semua tidak tahu akan kekuasaan di sebalik sayap ini.

Tangan si pari-pari makin laju, dan semakin laju dia mengibar, kakinya mula terapung dari atas bumbung rumah. Satu sentimeter, dua sentimeter, tiga sentimeter. Terpancar wajah 'Woww!' di wajah pari-pari. Dia sendiri tidak menyangka kuasanya sudah masuk ke tahap begini. Tanpa menghiraukan peluh yang semakin menggila mengalir di kepala. Rambut yang disanggul elok kini semakin kusut. Solekan yang semakin pudar. Pari-pari putih mesti terbang hari ini. Ya, hari ini dalam sejarah hidupnya dan juga sejarah kampungnya.

Empat sentimeter, lima sentimeter, enam sentimeter. Pari-pari meneruskan terbangannya. Kelihatan di bawah rumah, Pakcik Kasmat melihat pari-pari putih dengan riak yang sukar dimengerti oleh pari-pari putih. Mungkin bangga melihat pari-pari putih berjaya terbang akhirnya. Pakcik Kasmat mencekak pinggang, melihat detik-detik bersejarah pari-pari putih. Dari enam sentimeter pari-pari putih terapung, dia terbang ke tujuh sentimeter, lapan sentimeter. 

Namun tangannya mula berasa letih, pari-pari putih menggigit bibir merahnya. Cuba bertahan untuk terus mengibarkan sayap.

"Oii, sudah puas kau berangan jadi pari-pari?  Sudah! Turun cepat!" bertak Pakcik Kasmat.

Pari-pari putih tidak menghiraukan kata-kata Pakcik Kasmat. Baginya, kata-kata yang diucapkan oleh Pakcik Kasmat hanyalah kata-kata cemburu melihat kejayaan orang lain. Pari-pari tetap mengibarkan sayapnya.

"Aku kata sudah! Jangan sampai aku naik atas sana! Turun cepat!" suara Pakcik Kasmat semakin meninggi.

Kibaran pari-pari putih terhenti. Peluh yang mengalir di dahi dikesat perlahan. Pari-pari putih mengeluh.

"Alaa, Pakcik ini. Orang mula nak terbang da tadi tu," pari-pari putih menghentak kaki di atas bumbung.

"Oii! Oii! Kau hentak kaki di bumbung rumah aku. Kalau bocor itu, kau yang aku suruh ganti tau. Terbang konon, padahal kaki sebelah saja yang terangkat, sebelah lagi terjongket. Turun aku kata!" 

Dengan wajah yang masam, pari-pari putih berjalan perlahan ke hujung bumbung. Memijak tangga satu persatu. Sesudah sampai ke daratan, pari-pari putih terus berjalan menuju ke belakang tanpa menghiraukan Pakcik Kasmat yang mencekak pinggang. Mengambil serbuk ajaib di bungkusan hitam yang diikat di pinggangnya. Menabur ke tanah.

Kurrrr.. Kurrrr.. 

Ayam menjeling tajam melihat pari-pari, lalu makan jagung kering yang ditabur oleh pari-pari putih. Hari ini, sekali lagi ayam-ayam ini lambat sarapan pagi. Pari-pari putih masih meneruskan misinya. Menaburkan serbuk ajaib.

Kurrrr.. Kurrrr..

Saturday, 16 June 2012

REVIU: KONTROL HISTERIA



Judul: Kontrol Histeria
Publisher: Lejen Press
Halaman: 257 muka surat
Cerpen: 47 cerpen
Penulis: 23 penulis

Buku ini asalnya dari penulis-penulis Kontrol Histeria. Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu Kontrol Histeria, silalah terjah-terjah. 

Seperti dalam blog mereka, buku ini juga berkisarkan pembunuhan. Memang itu grene mereka. Cuma yang bezanya, setiap penulis mempunyai cara tersendiri untuk mereka melakukan pembunuhan. Ada yang masak setiap inci tubuh mangsa mereka, ada yang main kerat-kerat, dan tidak kurang main tembak-tembak guna pistol.

Yang istimewanya pasal buku ini, bagaimana penulis-penulis urus mayat-mayat yang mereka bunuh. Meh aku nak cakap, bagi siapa yang tak tahan geli-geli, tak tahan nampak perkataan 'tetak!, kerat! gergaji!' baik takyah. Untuk membaca buku ini memerlukan tahap imaginasi yang tinggi serta tahap muntah yang tinggi sebelum anda muntah dan membuat muka 'Euww!' kerana semuanya membuatkan anda HISTERIA.

Dalam buku ini, memerlukan anda berusia 18 tahun ke atas kerana ada 18SX dalamnya. Kalau anda tak cukup 18 tahun juga. Ha! kalau terjumpa cerita aksi-aksi ranjang, jangan buat muka pelik kemudian buat muka tersengih-sengih. Mak da khabor awal-awal. 

Bagi peminat cerita Horror, aku cadangkan anda membeli buku ini. Tak rugi. Berbaloi dengan minat anda. Berbaloi dengan cerita-cerita dalam ini. Dan berbaloi-baloi masa membaca tapi rasa macam menonton dekat panggung wayang.

Untuk membeli, boleh beli di Lejen Press. Hah, apa tunggu lagi. Belilah. Saya sudah Histeria, anda bila lagi?

Tuesday, 12 June 2012

Hikayat Jurus Taufan Petala

Angin bertiup kencang. Penduduk kampung Batang Pinang bertempiaran menyelamatkan diri. Peniaga-peniaga pula melarikan diri tanpa mempedulikan hasil tanaman mereka.

"Kasim mengamuk! Kasim mengamuk!" orang ramai berteriakan.

Kelihatan seorang lelaki berwajah bengis sedang mengamuk sambil memegang parang. Dia Kasim. Matanya meliar mencari mangsa. Dari kejauhan dia menjerit seperti orang hilang akal.

"Argh!!! Aku cabar kamu semua! Siapa berani berlawan dengan aku! Aku Kasim! Pendekar terhebat dunia!!"

Kasim mula menggila. Dia menetak apa saja yang ada di depannya. Tanaman peniaga, ternakan, malahan berguni-guni beras yang diletakkan oleh peniaga Pak Samat juga ditetak. 

Siti, anak bongsu Mak Temah menangis ketakutan melihat Kasim. Kakinya tersadung semasa penduduk kampung melarikan diri. Mak Temah tidak dapat berpatah balik mengambil Siti. Orang ramai yang berpusu-pusu menyelamatkan diri menyebabkan mereka berdua terpisah.

Kasim menyeringai pabila dia ternampak Siti. Pantas dia melangkah mendekati. Siti cuba untuk berdiri tetapi terjatuh kembali. Dia mengaduh. Kakinya terseliuh. Kasim semakin menghampiri. Diangkatnya parang setinggi kepala sebelum dihayun ke arah Siti.

"Argh!!" Siti menjerit. Matanya terpejam. Pabila dibuka, sangkanya dirinya sudah mati. Tetapi paru-parunya masih berfungsi. Didongaknya kepala, kelihatan parang Kasim bertemu dengan senjata dari arah berlawanan.

"Langkah mayat aku dulu sebelum kau huruskan parang kau ke tubuh budak ini," ujar Majid yang menangkis parang Kasim. 

Petang itu, Kampung Batang Pinang menyaksikan pertempuran di antara Kasim dan Majid. Dahulu mereka berdua adalah sahabat baik yang berguru kepada Tok Hitam, guru silat terkemuka di daerah mereka. Namun sifat tamak dan cemburu Kasim menyebabkan persahabatan mereka terputus begitu sahaja pabila Tok Hitam menurukan ilmu Jurus Taufan Petala Pertama kepada Majid sahaja.

"Jangan masuk campur Majid kalau kau tak mahu kepala kau bercerai dari badan!" Kasim menjerit lalu mengundur ke belakang.

"Kau jangan begini Kasim. Lepaskan semua orang. Mereka tidak bersalah," Majid cuba memujuk.

"Ahh! Aku akan hapuskan kesemua mereka. Termasuk kau!" Kasim mula membuka langkah. Didekatkan kedua tangannya dan dia mula membaca mantera. Majid geleng kepala. Dia jua bersedia dengan pencak sendiri.

Pertempuran bermula. Dengan mulut yang berkumat kamit, Kasim mengikat sehelai kain hitam di kepalanya. Selepas itu, dia membaca mentara lalu menghembuskan pada parangnya. Matanya menyinga, mukanya merah. Kasim sudah dirasuk.

"Bersedialah kau Majid! Iyaahhhhhhh!!" Kasim meluru ke arah Majid sambil menghurus parang saktinya.

Majid memulakan pencaknya dengan Bismillah. Kaki kanannya dilujurkan ke belakang. Dengan sekali nafas, dia menepis serangan Kasim. Tanpa membuang masa, dihentaknya leher Kasim sehingga Kasim tersungkur ke tanah.

Kasim mengelupur kesakitan. Lehernya perit dihentak Majid. Kasim berjaya berdiri semula. Dia mendepakan tangan dan menggerakkan lengannya seperti seekor helang hendak menyambar mangsanya. Kasim menghunus parang ke arah Majid. 

Majid sempat mengelak. Namun bajunya tercarik akibat terkena hujung parang. Majid menangkis kaki Kasim sehingga jatuh tertiarap. Dia menekan leher Kasim ke tanah.

"Lebih baik kau menyerah sekarang Kasim sebelum aku benar-benar bunuh kau!" bentak Majid.

Namun Kasim enggan, dia membaling cebisan tanah ke mata Majid menyebabkan Majid melepaskan Kasim dari pegangannya. Kasim tidak membuang masa, diambilnya kembali parang saktinya lalu cuba menetak Majid yang terbongkok menahan pedih mata. 

"Jurus Taufan petalaaaa pertamaaaaaaa!!!" Majid mempertahankan dirinya. Kini jurus terbaru yang diturunkan oleh Tok Hitam digunakan. 

Langit menjadi gelap. Kilat sabung menyabung. Angin bertiup kencang.

Bersambung...

Tuesday, 15 May 2012

CERITA TENTANG JAMAL v

Klik untuk bahagian iv

Di meja luar kedai makan Mak Lang masih lagi dipenuhi orang. Mak Lang sendiri leka memeluk lelaki yang berada di meja daun terup sambil menyuapkan anggur ke mulut lelaki tersebut. Bagai permaisuri menyuapkan raja. Di jalan raya tempat Jamal dihumban tadi, terdapat beberapa pasangan mula berkinja-kinja. Ada yang berkucupan, ada yang menari sambil meneguk air kuning dan ada juga tidak memakai seutas benang sambil digomoli beberapa lelaki.

Kaki Jamal melangkah perlahan menuju ke dapur gas tempat Mak Lang memasak. Diputarnya pemulas tempat memasak tersebut perlahan-lahan tanpa ada api yang memercik. Dia biarkan bauan gas mula memenuhi seluruh ruangan dapur. Dengan perlahan, Jamal menampak keluar dari dapur menuju ke ruang hadapan kedai makan. Dilihatnya penduduk kampungnya masih lagi berpesta dan mungkin ini adalah pesta terakhir buat mereka semua.

“Hei budak! Berani kau ke sini!” Mak Lang bingkas berdiri apabila melihat Jamal.

“Engkau ini tak faham bahasakah? Aku sudah cakap, jangan datang kedai aku tapi kau datang juga. Kau memang nak kena oleh aku.” Beberapa pengunjung kedai makan Mak Lang agak terganggu dengan tempikan nyaring Mak Lang.

“Kau bakar saja dia ini Lang.” Lelaki yang dipeluk Mak Lang sebentar tadi menghulurkan botol kuning yang masih lagi penuh dan pemetik api.

Tanpa lengah, Mak Lang menyambut botol kuning tersebut dengan senyuman sinis. Kepala Jamal basah dek disirami air kuning oleh Mak Lang. Baunya yang menyengat membuatkan pernafasan Jamal sesak. Mak Lang mengundur beberapa tapak kebelankang dari tempat Jamal berdiri. Dia hanya merenung Mak Lang dan orang-orang sekeliling kedai makan dengan perasaan kosong lalu dia tunduk melihat kakinya.

“Ada rumah terbakar! Dekat sana, ada rumah terbakar!” Seorang lelaki yang memakai baju putih melolong meminta tolong sambil jari telunjuknya di arahkan ke rumah Jamal.

Mak Lang yang ketika itu masih gelakkan keadaan Jamal tidak mempedulikan pekik lelaki berbaju putih tersebut. Dia lebih tertarik melihat Jamal buat kali terakhirnya sambil meneguk air dari botol kuning.

“Matilah kau kali ini!” Ujar Mak Lang sambil memetik api.

Boommmm!!

~|~|~|~|~ 

15 Mac 2019 – Kampung Kolong, Zamshar. Berlaku satu letupan besar malam semalam yang menyebabkan puluhan penduduk kampung yang sedang menyambut perayaan tahun baru turut berkorban. Letupan ini masih lagi dalam siasat dan kemungkinan besar disebabkan letupan tong gas dikedai makan dekat sini. Selain itu, berlaku juga kebakaran berhampiran letupan tersebut dan menyebabkan seorang mangsa kanak-kanak perempuan, Jamilah binti Sulaiman 2 tahun rentung.

T.A.M.M.A.T

CERITA TENTANG JAMAL iv

Klik untuk sambungan bahagian iii

Malam semakin gelap, bulan bagai tiada di langit tatkala awan tebal menutupi seluruh alam, bunyi cengkerik yang berpesta tadi lenyap ditelan hilai ketawa pemabuk-pemabuk di kampung Jamal. Keramaian kali ini diadakan besar-besarkan, mungkin kerana hari ini adalah penutup tahunan bagi tahun ini.

Rumah Jamal jika dilihat dari luar, masih lagi gelap gelita. Namun berbekalkan lilin yang tinggal hanya panjang jari kelingking dia, Jamal teruskan saja misi untuk menyelamatkan adiknya.

“Aku tidak pasti kau sebenarnya adik kandung aku atau tidak. Tapi aku tidak sanggup tengok kau hidup dalam dunia kiamat ini.” Rambut hitam Jamilah dibelai perlahan.

“Aku akan hantar kau ke syurga. Biar bidadari yang menjagamu disana. Di sana ada tuhan untuk sentiasa melihat keberadaanmu. Aku pasti kau akan sukakan syurga.” Bibir Jamal mengukir senyuman nipis. Diseka laju air mata yang cuba membanjiri tubir matanya. Dada Jamal bagai dihimpit sebongkah batu besar, susah untuk dia bernafas seperti malam-malam yang lalu. Malam ini adalah malam penyeksaan jiwa kosongnya.

Setelah Jamilah benar-benar terlelap, Jamal menutup pintu dapur rumahnya. Disarungnya selipar hijau buruk miliknya dan untuk sekian kalinya dia menghela nafas panjang untuk mencari kekuatan untuk melangkah.

~|~|~|~|~ 

Jamal berlari selaju mungkin merentasi semak samun dibelakang rumahnya, bajunya lencun dibasahi keringat mudanya, dia tercunggap-cunggap setelah berhenti berehat di pokok rambutan tempat dia berehat tadi. Dari kejauhan, Jamal masih boleh nampak api yang semakin mengganas memakan rumah papan milik datuknya. Peluh di dahinya diseka pelahan, sekali lagi dia menghela nafas panjang.

~|~|~|~|~ 

Musik memecahkan kesunyian kampung Jamal, keramaian masih lagi berlangsung. Api yang semakin mengila membaham rumah Jamal menerangi kepekatan malam itu. Namun, pesta malam itu lebih mengkhayalkan orang kampung Jamal untuk berdansa dan mengomoli perempuan-perempuan. Kebakaran rumah Jamal tidak dipeduli, mungkin kesan air kuning yang diteguk oleh mereka buat dunia mereka lebih terang dari cahaya api rumah Jamal.



Kedai makan Mak Lang sentiasa ada pengunjungnya. Masakan kedai makan Mak Lang tiada pengunjung kerana di dalam kampung ini, hanya kedai ini saja yang menawarkan khidmat perempuan. Walaupun kedainya hanyalah terbina dari papan-papan yang disapu warna biru namun khidmat tersebut yang menarik orang kampung terus datang ke sana.

Seperti tadi tengahari, Jamal menyusup masuk kembali ke dapur Mak Lang. Namun kali ini bukan untuk mencuri, kali ini Jamal bertekad untuk membalas dendam. Jikalau bukan kerana Mak Lang yang menangkap dia tengahari tadi, pasti dia akan segera pulang ke rumah. Jamilah pula, pasti ayahnya tidak sempat berbuat apa-apa ke atasnya.

Bersambung pada pukul 9.

CERITA TENTANG JAMAL iii

Klik untuk bahagian ke ii

Jamal meluru ke arah adiknya, direntap pergelangan tangan Jamilah yang tika itu berbaring dalam keadaan telanjang sehingga tubuhnya melayang. Tanpa mempedulikan ayahnya mahupun tangisan Jamilah, dia mengheret adiknya sehingga keluar dari kamarnya dan berlari menuju ke hutan belakang rumahnya.

Segala luka tidak lagi hiraukan, tangisan adiknya tidak masuk dalam cuping telinganya lagi, jiwa Jamal bagaikan kosong. Setiap langkahnya, terpapar wajah ibunya yang memeluk erat lelaki lain. Setiap heretan tangan adiknya, terpampang agenda sumbang ayahnya tadi. Jamal terjelopok di bawah pohon rambutan, kakinya mula kebas, jiwanya turut lemas.

Tangisan Jamilah mula senyap, dilihat wajah Jamal dengan mata bundarnya. Seperti rasa simpati ke atas abangnya. Dengan perlahan dia berjalan menuju ke arah Jamal, dipeluknya sambil tangan kanannya menggosok pipi comot abangnya.

Jamal mula tersedar, dia bukan keseorangan dalam dunia menuju kiamat ini. Dia perlu terus hidup demi adiknya. Dalam gelap mentari terbenam, Jamal memimpin Jamilah yang masih dalam keadaan telanjang menuju kembali ke rumah mereka.

~|~|~|~|~ 

Petang hari minggu sedikit berbeza dengan petang-petang yang lain. Perbezaan yang lebih teruk sebenarnya. Orang ramai mula berpesta arak, meja-meja bulat yang penuh dengan daun terup dibuka dan perempuan-perempuan mula menari ghairah menggoda lelaki berdompet kepuk.


Rumah pusara datuk Jamal gelap gelita, mungkin ayahnya sudah keluar rumah mencari hiburan pada petang minggu ini. Hanya bunyi cengkerik sahaja kedengaran diluar rumah Jamal. Mungkin turut sama berpesta seperti keramaian kampungnya. Jamal jalan menjengket sambil mendukung adiknya masuk ke kamarnya. Seusai itu, dia berlari menuju ke almari kayu sebelah tilam buruknya untuk mencari selimut buat adiknya. Ditutup badan Jamilah yang masih lagi bertelanjang sehingga paras bahu.

~|~|~|~|~

Bersambung pada pukul 7.00 p.m

CERITA TENTANG JAMAL ii

Klik sini untuk Bahagian i

Telinga Jamal ditarik dan diheret sehingga ke bahagiaan luar kedai makan, lalu dihumbannya badan kecil dia sehingga kedua lututnya tergiris di jalan berbatu. Jamal melutut menahan kepedihan dikedua dilututnya, air mata yang dari tadi ditahan, kini muntah dari mata bundarnya. Dengan sedu yang masih lagi cuba ditahanya, Mak Lang datang kembali ke tempatnya dengan sebotol cuka lalu dicurahnya ke lutut Jamal.

“ Ambil kau! Gatal tangan mencuri lagi. sudahlah bapak kau itu tahu makan saja, bayarnya tidak!” Tangan kiri Mak Lang menarik kasar rambut Jamal, manakala tangan kanan bagai dirasuk curahkan separuh botol cuka ke lutut Jamal.

Jeritan sakit Jamal menarik perhatian pengunjung-pengunjung yang makan di kedai makan Mak Lang. Namun, tiada tanda-tanda seorang pun ingin membela Jamal, yang ada hanya suara-suara yang mengetawakan melihat keadaan dia mendakap kedua lututnya sambil menangis.

“Kau pergi! Aku tidak mahu tengok muka kau lagi. Kau bagitahu bapak kau supaya bayar hutang dia. Kalau tidak, dia dan kau sekali aku kerjakan. Faham?!” Rambut Jamal ditarik kebelakang menyebabkan kepalanya turut terdorong kebelakang.

Dengan lutut yang pedih, telinga yang masih kemerahan dan kepala yang berdenyut akibat ditarik kasar oleh Mak Lang tadi, Jamal berjalan perlahan menuju ke rumah. Pipinya masih lagi basah dengan air matanya.

~|~|~|~|~ 

Pintu kayu reput ditolak, selipar buruk hijau Jamal ditanggalkan. Dia melangkah masuk dari pintu dapur rumahnya dengan keadaan terhinjut-hinjut menahan pedih, air matanya yang masih lagi bersisa diseka. Baru saja Jamal melangkah ke ruangan dapur, dia terdengar tangisan Jamilah dari kamarnya. Namun rengekan Jamilah tidak lama, suara ayahnya mula memecahkan kebisuan kamarnya disusuli dengan bunyi tamparan dan arahan menyuruh Jamilah diam.

Tanpa mempedulikan lututnya yang masih lagi pedih, Jamal berlari menuju ke kamarnya. Namun langkahnya berhenti saat Jamal melihat ayahnya menampar pipi mulus Jamilah di tilam buruknya. Keadaan ayah bukan keadaan yang sempurna, seluar berona tanah yang selalu dipakai ayah bukan lagi disematkan di pinggang seperti selalu. Seluar tersebut berada dilantai dan ayah menindih Jamilah tanpa memakai apa-apa cerbisan kain yang menutup separa tubuhnya di hadapan adiknya.

“Ayah! Apa yang ayah buat dekat Jamilah.” Kaki Jamal bagai terpaku dihadapan pintu kamarnya.

“Kau! Apa kau buat di sini? Keluar!” Ayah Jamal kaget, tingkahnya mati.

Bersambung petang nanti - 4.00 p.m

CERITA TENTANG JAMAL i


Cerita ini tentang seorang budak lelaki bernama Jamal. Berkulit hitam manis, berambut ikal, bertubuh kurus dan mempunyai mata bundar berona coklat. Dia tinggal di sebuah perkampungan yang penuh dengan masalah yang boleh menyebabkan dia terjebak dengan kancah pembunuhan diri sendiri. Dari zaman dia pertama kali melihat matahari lagi hinggalah dia kini menjaga adiknya, Jamilah yang berusia dua tahun. Rokok, arak, perjudian, dadah malah seks bebas mahupun songsang juga seperti perkara biasa yang dia nampak dihadapan matanya. Setiap pagi apabila dia celik mata, dia sentiasa berharap agar dapat keluar dari perkampungan jahilliah ini.

~|~|~|~|~ 

Rumah papan milik datuk Jamal kini kian uzur. Ibunya, Sazila pula sudah berminggu tidak menunjukkan muka di rumah. Mungkin kehidupan ibunya lebih mewah bersama Datuk Mazlan yang baru diketemui di kelab malam dua minggu yang lalu. Manakala, ayahnya, Sulaiman pula sedang bermadu asmara bersama perempuan yang baru dilihatnya di kamar ibu. Kini, tinggallah Jamal bersama adiknya, Jamilah yang masih lagi kecil sedang menangis merengek kelaparan dari pagi tadi.

Jamal mendukung adiknya ke dapur dan meletakkan di atas lantai kayu tanpa alas tikar. Tanganya lincah membuka balang-balang di atas meja dapur untuk mencari sisa makanan yang tertinggal. Sudah dua hari dia dan Jamilah tidak mengisi perut. Hendak meminta dengan ayahnya, perut Jamal menjadi kecut. Sejak kejadian dia meminta wang dari ayahnya tahun lepas, badannya dilibas dengan tali pinggang sehinggakan hampir seminggu dia tidak terdaya untuk bangun. Dia menjadi serik, dan kini sanggup menjadi seorang yang panjang tangan dari dipukul teruk oleh ayahnya sendiri.

Jamilah masih menangis, botol susu di sinki segera dicapai oleh Jamal. Kepala paip diputar, air sejuk mula memenuhi botol susu sehingga garisan angka 8. Jamilah merenung Jamal dengan tersedu-sedu. Tangannya dihulur meminta botol susunya, Jamal hanya mampu tersenyum nipis. Segera dihulurkan botol susu ke tangan Jamilah.

“Kau tunggu sini. Aku mahu keluar cari makanan. Kau pergi masuk dalam bilik, kunci pintu. Kalau ayah balik. Kau diam-diam, jangan menangis. Faham?!” Jamal merenung dalam mata Jamilah. Mata bundar milik Jamilah berkedip perlahan seolah cuba memahami setiap butiran arahan Jamil.

~|~|~|~|~ 

Matahari tegak berdiri di antara kepulan awan, baju biru lusuh milik Jamal lecun kerana keringat. Kaki kecilnya laju melangkah menuju ke kedai makan Mak Lang yang terletak selang 5 buah rumahnya. Kedai makan Mak Lang yang terletak betul-betul bersebelahan dengan surau Kampung Kolong. Botol-botol kuning memenuhi meja-meja kayu di kedai makan. Selebihnya disimpan di dalam surau, tempat penyimpanan stok barang Mak Lang. Di kedai makan pula, asap rokok hampir memenuhi ruangan tempat makan. Di sudut kanannya, lauk-pauk di dalam bekas plastik tersusun di atas meja beralaskan tikar berwarna hijau muda.

Jamal menyusup masuk di belakang dapur, matanya liar melihat di luar kedai mak lang takut-takut jikalau mak lang akan masuk ke dapur. Sementara itu tangannya lincah mengisi nasi serta beberapa ekor ikan goreng untuk mengisi perut dia dan adiknya. Namun hari ini bukanlah seperti hari-hari yang lalu, hari ini adalah hari malang buat Jamal. Semasa tangan Jamal mengambil ikan goreng di pinggan kaca jernih di atas para. Dia tidak sedar kakinya terpijak perangkap tikus yang diletakkan di bawah para. Selama ini, tidak pula Jamal perasaan tentang keberadaan perangkap tersebut atau mungkin mak lang mula sedar yang lauk-lauknya kena curi lalu memasang perangkap iaitu untuk menangkap ‘tikus besar’ iaitu Jamal.

Tap!

“Aaahhhh!!” Satu intonasi kuat yang terkeluar dari kotak suara Jamal.

Jamal kaget, tangan serta kakinya kaku, ada cecair jernih mula bertakung di tubir matanya. Dia cuba menahan sakit dengan mengetap bibirnya. Bunyi derapan kaki Mak Lang memasuki ruangan dapur menambahkan lagi kelajuan momentum degupan jantung Jamal. Otaknya berhenti berkerja, dan dia seolah-olah menunggu kedatangan Mak Lang dan menerima segala hukuman.

“Ohh. Patut pun lauk aku selalu berkurangan, rupanya selama ini kerja kau ya. Sini kau!” Telinga Jamal dipulas dan ditarik ke atas sehingga kaki Jamal turut sama terjongket. Mak Lang yang berbaju ketat menampak lemak-lemak yang seakan terseksa dibalut dengan paksa. Seluar ketat berona coklat muda menampakkan bentuk pahanya.

Bersambung tengahari nanti - 1.00 p.m.

Friday, 20 April 2012

PEREMPUAN CURANG

Liza menghempas keras telefon bimbitnya ke katil. Penat rasanya menunggu satu masej dari buah hatinya, Ikhwan. Hari ini masuk hari yang kedua Ikhwan membiarkan dia keseorangan menahan rindu. Bukannya Liza tidak menghantar masej kepada Ikhwan, sudah banyak kredit melayang namun tiada balasan dari Ikhwan.

Liza memperbetulkan pembaringannya, fikirannya melayang memikirkan tentang Ikhwan. Dia mengambil kembali telefon bimbitnya, melihat jam menunjukkan pukul 5. Jari jemari Liza ligat menari menaip masej untuk dihantarkan kepada Ikhwan. Dia menunggu seminit, dua minit, sepuluh minit, akhirnya Liza kembali mengeluh.

'Tak kan, abang tak balik lagi ini.' Liza masih setia menunggu. Inilah rutin harian sepanjang dia dan Ikhwan bersama.

Pada bulan pertama dan sebelum percintaan Liza dan Ikhwan, semuanya indah. Hampir setiap minit, ada sahaja Ikhwan menghantar masej kepadanya sehingga dia dimarahi bosnya kerana menghantar masej ketika waktu berkerja. Masuk bulan yang kedua, Liza semakin sedar perubahan yang berlaku. Masej semakin kurang malah panggilan telefon jarang dijawab. Masej dari Ikhwan pun tak sampai 5 masej sehari. Liza sering merajuk, tapi dia pujuk dirinya untuk terus sabar demi perhubungan yang baru terjalin ini.

Lagu 'yang terindah' bermain ditelefon sony Liza. Dia terjaga dari tidur angannya, secara automatik bibir Liza mengukirkan senyuman. Dengan segera Liza menekan butang read.

'Hai honey, how are u dear? Sorry, lately hubby busy sikit. Banyak buat OT. Miss u dear.' Senyuman Liza semakin melebar. Dengan segera Liza membalas masej Ikhwan.

Lima minit Liza menunggu dengan sabar. Masuk setengah jam, Ikhwan masih belum beri balasan. Liza mula naik bosan, dia tahu itulah masej terakhir Ikhwan untuknya buat dua hari ini. Keluhan berat kembali dilepaskan dari hati Liza. Dia mencapai komputer riba di tepi meja, dibukanya laman sosial, dia melihat rakan sekolah lamanya sibuk bercerita tentang masa persekolahan dan akhirnya Liza lupa seketika hal Ikhwan.

~|~|~|~|~

Petang hari minggu itu, Liza berjalan seorang diri di sekitar pusat membeli belah. Setelah penat mencuci mata melihat barangan yang dijual, dia menuju ke star bucks. Sengaja dia mengambil tempat duduk tersorok, segan rasanya apabila bila dia keseorangan. Liza menghirup perlahan air minumannya, melihat ragam orang sekeliling hingga ke satu meja yang membuat matanya kaku.

'Aku rasa aku kenal mamat itu.' Keningnya mula berkerut, otaknya ligat memutar memori dan akhirnya dia tersenyum. Liza mencapai gelas minumannya dan dia beralih ke meja lelaki di tepi tingkap star bucks. Ilham terkejut melihat liza berdiri dihadapannya tapi dia cuba menyorok riak mukanya dengan senyuman.

"Hai liza, buat apa kat sini? Seorang sajakah? have a seat miss." Ilham menarik kerusi untuk Liza.

"I seorang saja, you buat apa kat sini? Mana girlfriend you?" Sengaja Liza mengajukan soalan tentang kekasih Ilham walaupun dia tahu ilham masih solo sejak dari universiti lagi. Walaupun Ilham mempunyai wajah yang boleh mencairkan hati wanita, namun dia tidak pernah pula dengar ura-ura Ilham bersama mana-mana gadis di universiti.

"I mana ada girlfriendlah Liza. Mana Boyfriend you?" Ujar Ilham.  Liza hanya tersenyum. Soalan Ilham dibiarkan tanpa berjawab.

Dari duduk dua meja berbeza, kini Liza dan Ilham seronok berborak semeja. Dia merasa senang bila bersama Ilham, dari masalah kerja mereka borakkan sehinggalah perihal percintaan. Walaupun sebahagian besar hati Liza ingin mengadu pada Ilham tentang masalah percintaannya namun Liza masih waras, dia cuba untuk simpan kemas segala permasalahannya. Mungkin belum tiba masanya untuk berkongsi masalah dan melibatkan orang lain tentang masalah hidupnya.

Selepas berjumpa dengan Ilham, Liza merasakan harinya amat seronok sekali. Sudah lama rasanya dia tidak merasakan perhatian insan yang bernama lelaki dan sifat Ilham yang matang dan bersahaja berjaya mencairkan hati Liza. Dia mencapai telefon bimbitnya, pantas sahaja dia menghantar masej kepada Ilham untuk mengucapkan terima kasih atas pertemuan yang tak dirancang tadi. Dari satu masej bersambung 'pertemuan' mereka ditelefon bimbit sehingga tengah malam.

~|~|~|~|~

Genap sebulan Liza senyap dari mencari Ikhwan, bukan dia melupakan kekasihnya itu tetapi hatinya sudah tawar. Selama sebualan dia sengaja diamkan diri dan selama sebulan jugalah lkhwan turut mengikut rentaknya. Liza semakin pasrah dengan hubungannya. Segala masalah dia dan Ikhwan juga sudah dia ceritakan kepada Ilham.

"Liza, kamu tidak boleh terus menerus begini. Kamu harus selesaikan. Jika betul kamu sudah pasrah, kenapa kamu masih mahu bertahan dengan dia?" Petang itu mereka bertemu sekali lagi.

"I tak tahu, I sayang dia tapi I sudah tawar hati dengan sikap dia." Liza melihat tasik dihadapan mereka.

"Hati perempuan mana yang tak terasa kalau kekasih mereka lebih pentingkan benda lain daripada kekasih mereka.? I bukan nak curi sepenuh masa boyfriend I. I tak bermaksud nak dia melayan karenah I 24jam tapi tolonglah luangkan sedikit masa untuk I. Apa makna kami bercinta tapi seorang ke kanan dan seorang ke kiri Il?" Air mata Liza gugur juga.

"Bercinta tak bermaksud sentiasa bersamakan Liza, mungkin dia betul-betul sibuk berkerja." Sebenarnya Ilham hilang kata untuk menenangkan Liza tapi dia cuba juga untuk mencari ayat sesuai.

"Sibuk? Dia boleh spend time dengan kawan dia yang lain. Bukan I tidak tahu dia boleh buka dan balas komen facebook orang lain, tapi bukan dengan I. itu yang nak dikatakan sibuk? I dont think so Il." Liza merenung tajam sepasang kekasih yang melintas dihadapannya, cemburunya bertandang.

"Liza, I ada benda nak bagitahu you. I tahu sekarang bukan masa yang sesuai untuk bagitahu, tapi..." Bicaranya tersekat.

"Try me Il. Sebelum itu, I nak minta maaf sebab involve you dalam masalah cinta I ini, I'm really sorry Il." Liza menatap mata Ilham, dia betul-betul rasa bersalah melibatkan Ilham dengan masalah cintanya yang tak berpenghujung ini.

"No dear, don't said like that." mata Liza bulat mendengar Ilham memanggil dia dengan panggilan 'dear'.

"Actually, I sudah lama pendam perasaan dengan you. Sejak pertama kali kita berjumpa di universiti lagi. Now, I wanna say that i'm sorry sebab luahkan perasaan dekat you walaupun I tahu you ada problem dengan boyfriend you." Ilham mengalihkan pandangannya selepas meluahkan. Malu rasanya menatap wajah pujaannya. Liza pula terkejut dengan pengakuan Ilham. Dia tidak sangka lelaki sekacak ilham menyimpan perasaannya dengannya sejak di universiti lagi.

"Erk, no. Bukan maksud I, tak perlu minta maaf. I tak tahu yang sebenarnya you ada hati dengan I dan I juga pernah simpan perasaan dekat you tapi masa itu you tengah top, girl pun ramai yang minat kat you. Jadi, I rasa tak layak pula simpan perasaan dengan you. " Kini giliran Liza menunduk.

"Liza, kalau I nak jadi tempat u tumpang sayang boleh?" Ilham memegang tangan Liza.

"Il.. I." Liza cuba mencari kejujuran di mata iIlham. Dia merenung dan cuba untuk mendengar kata hatinya. Jiwanya sudah kering dengan sifat endah tak endah Ikhwan dan kini Ilham datang untuk mencurahkan kasih sayang yang sudah lama dia rindui. Sejujurnya Liza masih ada menaruh perasaan dengan Ikhwan.

Sedang liza berkhayal mendengar kata hati, telefon bimbitnya berbunyi lagu 'my love' panggilan daripada Ikhwan. Kini Liza tersepit diantara Ikhwan yang sedang menelefonnya dan juga Ilham yang berada dihadapan matanya. Otak Liza cuba menulis hitam dan putih hubungannya dengan Ikhwan manakala hatinya pula mendambakan kasih sayang iIlham.

'Aku masih sayang kau Ikhwan, tapi hati aku betul-betul pasrah dengan hubungan kita. Hati aku sudah tawar dengan cinta kau. Pergilah kau dari hidup aku, aku lepaskan. Biarkan aku bina kembali hidup aku yang dulu.' Hati kecil liza mula berbisik.

Liza membalas kembali genggaman Ilham sambil memberi senyuman tanda setuju. Kini, hatinya gembira dicintai sekali lagi.


Monday, 2 April 2012

CINTA

"Aku rasa nak putuskan hubungan aku dengan Zamri." Mata Qila masih lagi kaku melihat mentari senja.

"Engkau gila?! Dua minggu lagi kamu akan bertunang. Segala persiapan sudah siap. Kau sudah hilang akal ker?" Bertak Shima. Baginya keputusan Qila amat tidak logik buat. Qila dan Zamri adalah pasangan bahagia yang dia pernah nampak.

Angin pantai Anjung semakin kuat, awan gelap menolak tepi kepulan awan putih, warna mentari senja kini kian hilang. Qila berdiri membelakang Shima, nafasnya dihembus perlahan-lahan. Fikirannya semakin serabut apabila tiba waktu dia menjadi tunangan orang.

"Aku takut aku akan diceraikan apabila kahwin nanti." Ujar Qila.

"Cerai? cerai apanya? Engkau tunang pun belum, kahwin jauh lagi. Kenapa nak fikir pasal cerai?" Protes Shima.

"Sebab aku tengok zaman sekarang ini, perkara kahwin mereka ambil mudah, sama seperti perkara cerai. Aku tak nak pegang gelaran janda." Tubuh Qila yang tadinya membelakang Shima kini dipusing. Direnung minta simpati kepada kawan baiknya itu.

"Semua itu adalah takdir Qila. Kau tak sayang pada Zamri? Kau tak cinta? Kau tak kasihan pada dia?" Bertalu-talu soalan diberikan kepada Qila.

"Aku sayang, aku cinta, aku kasihan tapi kau tak kasihan dekat aku bila kawan kau ini kena ceraikan? Kau kawan baik aku, kau patut sokong aku dalam hal ini!" Air mata Qila mula bergenang.

"Aku sayang kau dan oleh kerana aku sayang kaulah, aku tak nak kau buat keputusan begini. Jadi kau nak jadi andartu? Kau tak nak ker ada orang jagakan kau nanti bila kau sudah tua kelak?" kedua bahu Qila digoyang perlahan. Qila mesti disedarkan, itu nekad Shima.

Suasana menjadi tegang, pantai yang tadinya penuh dengan pengujung kini beransur pulang. Mentari mula terbenam dan bulan mula mengambil alih di dada langit. Qila menangis di bahu Shima.

"Habis, kenapa kau sampai sekarang tak cari pengganti arwah Syawal? Kau tak teringin untuk bercinta semula? Kau tak mahu ada anak yang doakan bila kau sudah mati?" Qila bertanya.

Shima terdiam, renungnya beralih arah ke permukaan pantai. Angin malam mula membekukan kedua tubuh mereka. Memori bersama arwah Syawal kini terkenang.

"Cinta aku hanya untuk arwah. Tiada pengganti dalam dunia ini yang boleh menggantikan arwah." Shima bingkas bangun lalu meninggalkan Qila yang hanya mampu mengelengkan kepala.

Tuesday, 28 February 2012

MINAH GAGAH VS BAPA KASANOVA ii

Cerita awal bab i.

Syam mengambil tempat duduk jauh dari pelajar lain. perutnya yang merengek ingin diisi dibiarkan saja. nafsu makannya terbantut sejak surat yang dihantarnya melalui postwomen Hani tiada balasan. Syam menjadi tidak tentu arah, segala yang dibuatnya serba tidak kena. malah, ajakan rakan-rakan untuk keluar juga ditolak. 

Syam merenung jauh ke bangunan putih kampusnya. Lagaknya bagai seorang pemuda yang mempunyai kuasa  penglihatan x-ray yang menembusi apa saja penghalang pemandangannya. Tin biru jernih nescafe ice diteguk perlahan.

"Oit syam! Betulkah apa yang aku dengar budak perempuan kata kat dalam kelas kita tu?" Hasyim menolak kasar bahu syam. 

Prffff.

Air nescafe ice yang sedang enak masuk ke mulut syam tersembur keluar. meja biru pekat tempat dudukan syam kini basah dengan air minuman yang tertumpah. meja syam menjadi tumpuan mata-mata pelajar lain.

"Mangkuk betul engkau ini! engkau boleh tak bagi salam dulu ker? Engkau tak nampak ker aku tengah minum air ini. Kalau aku tercekik, engkau nak buat CPR kat aku ker?" Syam menarik baju hasyim lalu mengelap mulutnya yang comot. 

"Oit! habislah baju aku. Aku ada kelaslah selepas ini!" Dahi Hasyim berkerut. Tangannya berulang kali menyapu kotoran dibajunya.

"Kau jangan nak bising dengan aku, salah siapa yang buat aku tersembur?" Syam merenung tajam.

"Iyalah, sorrylah syam. Aku sebenarnya terkejut beruk bila dengar khabar angin yang engkau hantar surat dekat si syah itu." Ujar Hasyim sambil tersengih.

Kerusi kosong dihadapan Syam ditarik, Hasyim duduk menyilangkan kaki gaya lelaki macho dikampus sambil mengeluarkan rokok L.A. dikeluarkan satu batang rokok, lalu disuakan dimulutnya sambil tangan kirinya meraba-raba poketnya mencari pemetik api.

"Hmm, betullah tu." Tangkas tangan Syam merampas putung rokok yang berada di mulut Hasyim. Dengan tanpa rasa bersalah, Syam meranap putung rokok yang masih belum digunakan itu sampai lunyai. 

Mulut Hasyim ternganga, matanya terkebil-kebil melihat rokoknya yang sesaat tadi elok bentuk bulatnya kini ranap menjadi kepingan kecil dan tembakau bersepah di atas meja. Dia tahu salahnya merokok di kawasan kampus dan salahnya merokok syam yang seorang anti-rokok. Walaupun dia tahu Syam seorang romeo atau dikenali sebagai kasanova di kampus ini tapi dia seorang pencinta alam sekitar atau patut dikenali seorang ahli 'katakan tak nak kepada rokok'.  

"Hah?! engkau apasal? Mana engkau nak letak stok makwe engkau yang berlambak tu. Engkau nak wakenabeb dia ker?" Mata Hasyim masih lagi menatap putung rokoknya yang sudah lunyai.

"Engkau ini kan. Nak saja aku lunyai-lunyai mulut engkau dengan rokok ini. Engkau ingat aku takde kerja lain ker selain nak kenakan orang." Ujar Syam.

"Relaxlah Syam. Aku bukan apa, engkau sendiri tahu style and dressing si Syah itu macamana. Tomboi wei. Tak pernah lagi aku nampak dia pakai baju kurung. Berjalan mengalahkan lelaki macho macam kita. Aku curious jugalah bila engkau beralih arah dengan minah tomboi macam syah itu." Balas Hasyim sambil mengurut pelahan janggut halusnya.

"Engkau ini kalau sehari tak menyibuk pasal hal aku tak boleh ker? Busybody mengalahkan perempuan. entah-entah, engkau suka dekat aku, al-maklumlah aku nie lelaki sejati yang macho. Erk, kau gay ker?" Ujar pelahan Syam. sengaja dia menjarakkan dirinya dari Hasyim.

"Gila engkau! Kau ingat kalau aku suka kat kau, aku boleh dapat anak? Fuhh, simpang malaikat 44. Tak bercuculah mak aku." Cebik Hasyim sambil meniup kiri dan kanannya. Berdekah ketawa Syam melihat tingkah Hasyim.

"Haish, patut kena cuci otak kau ini. Aku cuma nak bagi nasihat. kalau betul kau sukakan Syah itu, baguslah. tapi kalau kau saja nak main-mainkan dia, aku rasa kau patut sediakan backup plan kau. Syah itu bukan sebarang perempuan. Sekali kau dapat ubah dia, aku akan tabik spring dengan kau tapi kalau kau saja nak try market kau, aku rasa dia akan jadi lebih ganas dari sekarang ini." Serius nada hasyim berbicara. Baginya, Syam adalah kawan baiknya dan dia juga tahu perangai Syah. Sebagai kawan, dia bertanggungjawab memberi nasihat sebelum apa-apa terjadi.

"Hmm, apa-apa sajalah kau. Aku nak blah dulu. Ada kelas. Bye! By the way, air itu kau bayar, siapa suruh kau kejutkan aku tadi sampai tersembur segala air. Dan satu lagi, aku takde makwe. Sekian. Chow dulu dude." Kerusi kelabu ditolak, Syam berdiri lalu beredar meninggalkan  Hasyim keseorang di meja kafe.

"Oit! Apa plak aku kena bayar! Sudahlah rokok aku, kau sudah lunyaikan. Kau tunggu syam, ada aku sekeh kepala kau kat rumah nanti." Hasyim meregus geram.

Bersambung.

MINAH GAGAH VS BAPA KASANOVA i

Suasana kafe Melawati bingit dengan suara pelajar yang berbagai ragam. Waktu tengahari, kebanyakan tempat duduk sentiasa dipenuhi oleh pelajar yang mengisi perut setelah selesai sesi kuliah. Ada juga pelajar yang cuma duduk secara berkumpulan sambil memesan air minuman dan ditemani komputer riba menyiapkan tugasan yang diberi. Di satu penjuru sebelah kanan, dua pelajar tahun akhir sedang duduk berhadapan, air teh limau hanya tinggal satu pertiga setelah gadis yang berambut pendek seakan lelaki menghirup rakus.

"Arghhhhh! dorang itu rabun ker buta? Tak ada taste langsung!" Air yang tinggal sedikit kini menjadi gelas kosong. Gelas hani yang masih lagi penuh, aku capai segera.

"Alaa syah, relaxlah. yang engkau gelojoh ini apasal? setakat satu surat cinta kot." Mata hani masih lagi membaca kertas putih yang dituju khas buat aku.

"Gelojoh apa benda plak ini? Bahasa melayu kau fail ker apa? Sejak bila aku gelojoh ini?" Gelas hani aku letak sebelahan dengan gelas kosong aku. Masih lagi berbaki walaupun hanya satu pertiga gelas, sekejam-kejam aku, tidak pernah aku habiskan rezeki orang. Sekurang-kurangnya, mesti ada separuh atau satu pertiga.

"Erk, silap syah. Bukan gelojoh, tapi kelam kabut. Aik, bukan sama saja ker makna gelojoh dengan kelam kabut." Hani mengaru kepala. Budak hani ini kalau dalam keadaan bingung, nampak sangat mukanya.

"Engkau ini, belajar tinggi-tinggi sampai naik bukit dan lif segala. Kelam kabut itu kelam kabutlah, gelojoh itu gelojohlah." Aku mencebik. Spontan tangan aku mencapai gelas Hani buat kali ke-dua dan kali ini, aku tinggalkan Hani dengan gelas kosong.

"Oit! Yang engkau habiskan air aku apasal?!" Gelas plastik biru jernih ditunggang terbalik. Mulut Hani mula muncung bagai mulut itik. Aku rasa kalau aku gantung hanger dekat mulut dia mesti boleh jemur kain.

Suasana menjadi tegang, Hani masih lagi masam muka. Aku ini lemah dalam bab pujuk memujuk, boleh jatuh standard aku sebagai 'Minah Gagah' di kampus ini. Tapi aku lagi lemah kalau budak Hani ini tak nak melayan aku, masak aku kebulur tengah-tengah malam sebab dialah chef di rumah sewa aku.

"Siapa suruh engkau buat tekak aku kering bebel pasal benda ini. Lain kali, jangan ambil apa-apa surat dari mamat itu. Understand cik Honeydrew?!" Saja aku tunjuk muka garang. Harap-harap sejuklah hati dia tengok muka ganas aku.

"Cis! Baru setakat satu surat dari mamat spek mata putih tu sudah kecoh. Yang surat minah-minah yang gila bayang engkau itu, boleh plak engkau gelak. Engkau ini lesbian ker apa?" Dengan ekspirasi muka geli, Hani menjarakkan diri ke belakang.

"Kalau engkau rasa nak masuk dalam gelas kecil ini, cubalah fikir bukan-bukan. Memang aku makan free kat rumah engkau 7 hari 7 malam karang." Gelas kosong aku tunjuk depan mata Hani.

"hoooo.. cool man, relaxlah. aku main cakap saja. hehe." Hani buat muka tersengih. Tahu pun takut. Nasib baik dia terlupa pasal aku bantai air dia. Berfikir juga aku nak masukkan dia dalam gelas kecil itu, sudahlah aku habiskan air dia lepas itu ada hati nak masukkan BFF dalam gelas. 

Hani meletakkan kertas putih tadi di hadapan aku. Muhammad Syamsul atau lebih dikenali sebagai Syam. Bagi aku, dia adalah seorang bapa kepada bapa kasanova di kampus ini. Tapi bagi pelajar perempuan sini anggap pula anggap dia sebagai Romeo. Ramai perempuan gila-gilakan dia hinggakan sanggup bergaduh rebutkan dia. Gila, buang masa aku layan bapa kasanova ini.

"Arghhhh!" Ramai pelajar berpaling ke meja kami apabila aku menjerit. Aku pun tidak perasan lontaran suara aku begitu kuat sehinggakan hampir keseluruh kafe ini terkejut dengan suara saprano aku.

"Oit sewel. Nah, simpan surat mamat ini. Aku nak blah, nanti orang ingat aku berkawan dengan orang gila. Ambil ini, hargai surat orang yer kak." Beg kuning dicapai, Hani segera beredar.

"Grrrr! Arghhhhhhhh!" 

Mata-mata pelajar lain masih lagi melihat aku, ada yang mengelengkan kepala, ada juga berbisik sesama mereka, tidak kurang juga gelakkan aku. Pedulikan manusia-manusia yang sekejap lagi pasti terdiam oleh aku. Syam, aku rasa ada sesuatu yang dia rancang. Tak mungkin budak tomboy macam aku ini dia boleh jatuh cinta. Aku rasa ini semua hanyalah troll.

"Oit! Apa tengok-tengok?!" Aku menjegilkan mata. Rata-rata mereka tunduk menikus. Hah! baru kenal siapa Syah the Minah Gagah. Aku mendabik dada.

bersambung.

Saturday, 11 February 2012

MATI


2006.

aku hantar buku karangan aku yang berwarna hijau muda. cikgu rozita yang duduk di meja hadapan kelas membelek pelahan kerja rumah yang aku buat semalam. sejenak kemudian, cikgu rozita berpaling melihat aku.

"kamu pasti pilih yang ini?" aku mengangguk perlahan soalan cikgu.

aku tahu pasti cikgu terkejut dengan pilihan soalan esei yang cikgu rozita beri semalam dan rata-rata kawan sekelas aku membuat karangan yang sama. kemungkinan besar, hanya aku seorang saja 'bersetuju' dengan tajuk esei semalam.

"warga emas sepatutnya tinggal dirumah orang-orang tua. setuju atau tidak? bincangkan."

keesokan harinya, buku karangan sudah siap diperiksa. kelas 5 saga, kelas yang aku duduk untuk ambil spm  riuh dengan markah kerja rumah bahasa melayu. aku toleh kembar aku, 64 markah. aku berlari ke hadapan lihat markah kawan yang lain, 58, 70, 54.

aku duduk balik ke meja aku dan buka balik buku panjang warna hijau. aku selak beberapa muka surat, karangan aku dapat 84. paling tinggi antara kawan aku yang lain. aku terdiam, mungkin cikgu tengok isi tersirat dan tersurat aku. mungkin.

'saya setuju dengan cadangan warga emas sepatutnya duduk di rumah orang-orang tua.'

2012.

"hello, manja. ini kak lela."
"ya kak? kenapa?"
"akak minta tolong sikit, boleh tengokkan nenek dirumah? akak telefon rumah, nenek tidak sambut. akak takut nenek jatuh tangga sebab nenek tidak berapa sihat tu."
"okay kak, aku pergi tengok."

aku berdiri dihadapan pagar rumah, memberi salam tapi rumah tetap sunyi. pagar hijau aku buka pelahan, masih lagi mulut aku memberi salam namun rumah dua tingkat tersebut tetap sepi. aku naik tangga satu persatu, jenguk ruang tamu tapi kosong. aku berlari turun bawah untuk tinjau bahagian dapur mereka tetapi gelap.

telefon rumah aku berdering, aku tahu itu mesti kak lela. aku biarkan saja anak buah aku bercakap. tangga rumah aku naik sekali lagi. pintu rumah aku ketuk berkali-kali. panggilan 'nenek' entah berapa kali keluar dari mulut aku. dengan salam, aku pulas tombol pintu rumah nenek sebelah, perlahan kaki aku melangkah masuk ke kawasan ruang tamu tetapi tetap kosong tanpa jasad. aku lihat pintu bilik pertama terbuka, sekujur jasad terbaring lemah di atas katil. air mata aku bergenang ditubir mata.

"nek... nenek okay?" lututnya aku pegang perlahan. dia melihat aku dengan mata layunya.

"okay nak." perlahan suara yang keluar dari kerongkongnya.

"kak lela telefon tadi, dia cakap nenek tidak sambut telefon. dia risaukan nenek." aku cuba untuk senyum walaupun hati aku sudah menangis.

"nenek baru lepas solat. penat naik tangga." aku lihat dadanya berombak pelahan.

"nenek sudah makan?" dia mengangguk perlahan.

"sudah. makan nasi tadi." jari telunjuknya ditunjukkan pada nasi ditepi mejanya.

"nenek rehatlah dulu. aku balik dulu nenek ar. kalau ada apa-apa, nenek panggil saja kami disebelah ar." aku beri senyuman paling manis kemudian beransur keluar dari rumah jiran aku.


2061.

rumah putih hasil pencarian aku dan suami aku masih lagi gah. Ezan, suami yang berkongsi kasih dengan aku selama perkahwinan kami yang mencecah 48 tahun pada hujung bulan jun ini sedang berehat dikerusi malasnya.

"abang." aku melihat wajahnya. dulu rambutnya hitam kini bertukar menjadi putih.

"ya sayang." aku tersenyum kembali, dia masih seperti dahulu. penyayang serta romantik, tida berubah walau sedetik pun.

"andai maut memanggil kita, sayang pohon, biar abang saja diambil dahulu." suamiku tersentak mendengar kataku.

"sayang mahu abang pergi dulu? sayang tidak sayangkan abang?" aku lihat mukanya berubah.

"bukan bang. sayang tidak sanggup bila sayang pergi dulu dari abang, tiada siapa yang akan jaga abang. tiada siapa yang uruskan abang, tengokkan abang. sekarang ini pun, anak kita sibuk berkerja dan mereka mempunyai keluarga sendiri." tangan tuanya aku usap perlahan.

"habis kalau abang pergi dahulu, siapa mahu jaga sayang?" kini, dia genggam tangan aku.

"sayang mahu pergi rumah orang tua saja. biar mereka jaga sayang, sayang tidak mahu menyusahkan anak kita." aku lentok kepala aku di bahunya. dahulu masa muda, aku sering meletakkan kepala aku dibahunya. bagi aku, ia amat selesa dan tabiat ini terbawa sampai sekarang.

"kalau macam begitu. abang harap, allah akan cabut nyawa kita berdua serentak. supaya kita tidak akan menyusahkan anak kita dan salah seorang dari kita tidak akan bersusah keseorangan nanti." ezan senyum.

aku melihat ke wajah suami tercinta aku, dia masih senyum melihat aku. perlahan aku peluk tubuhnya. semoga Allah mendengar katamu wahai imamku.


Saturday, 14 January 2012

CERITA CINTA AKAK DENGAN ABAM MANIS


Hai abam-abam dan akak-akak. Korang duduk elok-elok, ambil posisi ghairah-ghairah okay! Akak tahu korang mesti suka baca love-love story yer dak? Meh, akak nak story-story sikit masa abam manis akak tackle akak sebelum we’ all kahwin. Auw! Malu pula nak buka memori daun pisang akak dengan abam manis ini.

Okay-okay, sebenarnya akak bukan suka sangat dengan abam manis akak ini. orang kampung gelar dia samseng taik kohceng. Tapi akak gelar dia special sikit, samseng taik aummm! Harimau gitew. Hari-hari mahu. Auw! Abam manis akak ini kalau tak jalan angkat kolar baju, bukan abam manis akak latew. kalau tak jalan terkangkang-kangkang, bukan abam manis akak latew. Kalau tak melepak kat warung pak kasim hujung kampung tu, bukan abam manis akakkkk latew. Nak pendekkan cerita, semualah ciri-ciri samseng ada dekat dia. Cukup pakej!

Tapi walaupun dia samseng taik aum! Ada banyak juga perangai dia yang akak sukew. Yang paling menarik tertarik  kau memang debom, walaupun dia potpet-potpet dekat warung pak kasim itu, bila masuk waktu solat, dialah orang pertama yang pergi masjid. Solat berjemaah gitew. Kekadang itu, dia jadi bilal. Sejuk perut mak mentua akak masa mengandungkan dia tau. Tapi panas jugek perut mak mentua akak masa dia asyik melepak dekat warung pak kasim itu .

Alamak! Panjang pula introduction akak. Wah! akak speaking gitew. Kelassssss kau akak manis! Okay-okay, akak straight to the centre point okay.  Abam manis akak ini kerja dia cuma penoreh getah dekat kebun mak dia. Pagi-pagi pergi menoreh, petang sampai ke malam menoreh dekat warung pak kasim tu. Itu saja kerja dia hari-hari. Memang tak boleh nak dibuat lakilah masa itu. nak katakan gelap masa depan tak jugek, tapi nak kelabu-kelabu jugeklah.

Ada suatu petang itu, masa akak lalu warung pak kasim denganLisa Surihani, BFFAEA akak, Best Friend Forever And Ever After gitew. Abam manis akak ini berlari dekat akak, bila dia terconggak depan akak, dia renung mata akak dalam-dalam, dalam-dalam dan dalam lagi sampai juling. Dia kata “Neolofa, sudikah dikau menjadi surirumah tanggaku?” sambil dia melutut depan akak tau! Akak apa lagi, terkejut arnablah. Comellkan akak terkejut arnab. Kemudian dia berdiri, akak renung mata dia dalam-dalam, dalam-dalam dan dalam lagi sampai juling macam dia tadi. Akak kata “no way man! You’re not my type dudeee!” sambil jari akak menari ‘no, no, no’. terus dia berpaling, lari meninggalkan akak sampai menangis. Huh! Baru gertak sikit da nangis serupe ponden!

*toleh kiri, toleh kanan.

Sebenarnya, yang akak cerita tadi itu. yang akak kata kat abam manis itu ‘not my taste’ dan dia menangis itu sebenarnya akak reka saja. Hik hik hik. Jangan marah yer. Okay, akak sambung. Bila abam manis lamar akak depan warung pak kasim. huh! apa kelas propose akak depan warung pak kasim. kalau hotel 5 stars gitew, akak on the spotlight akak terima tau! Akak kata kat dia “aku tak nak kahwin dengan penoreh getah, aku nak kahwin dengan tauke getah. Aku tak nak anak aku susah macam mak ayah dia nanti.” Gitu tau akak kata dengan abam manis akak, kemudian dia renung lagi dalam-dalam, dalam-dalam dan dalam lagi sampai juling kali ke-dua. Dia kata dekat akak “baiklah!” kemudian dia pergi tinggalkan akak.
Seminggu selepas kejadian ngeri itu, akak dapat tawaran sambung belajar dekat sabah. Universiti Malaysia Sabah gitew. Akak dapat tawaran pertanian selama 4 tahun. Kejap-kejap, akak nak sedia tisu.  Akak sebenarnya dari keluarga susah. Masa akak nak sambung belajar dekat UMS itu, abah akak gadai tanak seekar untuk perbelanjaan akak belajar. Isk, isk, sedih pula ingat jasa baik mak dan abah akak. Selama 4 tahun akak tak balik kampung tau. Raya pun diperantauan, sedih sesangatlah hidup akak. Masa akak belajar dulu, akak janji dekat diri akak. Lepas habis belajar, akak nak kerja dekat kampung. Nak majukan kampung akak gitew.

Selepas akak habis belajar, akak terus balik kampung. takde masa akak nak join the club kawan-kawan akak nak berjoli-jola dekat sabah itu. waste my time gitew. Masa akak masuk kawasan kampung akak, akak terkejut arnab lagi tau. Kampung akak sudah maju gitew. Kalau dulu kampung akak ini penuh dengan semak samun saja, sekarang penuh dengan pokok getah. Kalau dulu jalan dekat kampung akak ini tanah merah, sekarang sudah tukar jalan tar. Selama akak dekat sabah, mak akak tak pernah pula cerita perubahan ini. pandai mak akak berahsia you!

Akak sesampai saja dekat rumah, ada khemah kena pasang depan rumah akak. Akak pun happy sesangatlah, ingatkan mak abah akak buat kenduri kesyukurang sambut kepulangan akak. Rupanya, abam dan akak nak tahu, Mak abah akak buat kenduri pertunangan untuk akak. Nak meletup jantung akak macam gunung berapi masa tu tau. Akak pula, tak boleh buat apa. Akak terpaksa redha saja, nak jaga air muka mak abah akak. Tapi dalam hati akak, akak nak bunuh-bunuh saja laki yang pinang akak ini. sudah tu, sebulan lagi kami akan dinikahkan. Masa itu, akak rasa jantung akak bukan macam nak meletup lagi. Memang terputus segala salur darah jantung akak da.

Sepanjang pertunangan akak mongok masam muka. Habis berkedut muka akak masa itu tau. Ye la, akak ini baru habis belajar, kerja pun belum ada. tup-tup kena suruh kahwin, takkan hangit itu. seminggu selepas akak bertunang, tunang akak datang rumah. Rupanya abam manis akak, si samseng taik aum! Itu yang pinang akak. Akak apa lagi, akak ambil parang dekat dapur. Akak kejar dia keliling rumah sebab dialah akak kena paksa kahwin. Nasib baik ada abah akak tenangkan akak, kalau tak memang bercerailah badan dan kepala dia tau.

Sesudah akak tenang, dia datang dekat akak. Dia kata, dulu akak tolak dia sebab dia Cuma penoreh getah, akak nak tauke getah dan sekarang dia sudah jadi tauke getah, masa depan anak-anak nanti terjamin sudah. Jadi, takde alasan untuk akak tolak dia lagi. Akak terdiam tau, akak tak sangka pula pokok-pokok getah dekat kampung ini dia punya. Dalam masa 4 tahun dia boleh majukan kampung ini, bangga pula akak dapat laki usahawan muda gitew. Kemudian itu, akak tersipu-sipu, akak Tanya dia lagi, macamna dia boleh maju. Dia kata dia ambil penolakan akak sebagai semangat dan dia nak buktikan pada akak yang dia boleh berjaya. Auw! Tetiba akak rasa jatuh hati tahu masa itu.

Kemudian dia tiba-tiba melutut depan akak, dia hulurkan bunga orkid yang akak rasa dia kutip dari pasu bunga mak akak kat tepi tangga itu. dia kata dekat akak “neolofa, sudikan sekali lagi kamu menjadi surirumah tanggaku?” dan akak apa lagi, tersenyum-senyum, ambil bunga orkid dari tangan dia, dan akak lari pergi ke pintu rumah. Dekat pintu rumah itu, akak tengok dia sambil tersenyum-senyum malu, akak kata ‘I do’

Hah, penat pula akak bercerita ini. macam begitulah cerita cinta akak dengan abam manis akak. Takdelah hebat sangat macam laila dan majnun. Tapi yang akak nak kongsi ini sebab abam manis akak sanggup ambil rejection akak itu sebagai semangat dia nak Berjaya. Hah, bagi abam-abam dan akak-akak yang baru putus cinta itu. korang janganlah sedih sangat, jadi macam abam manis akak okay. Okaylah, abam manis akak da panggil akak itu. malam ini malam jumaat, faham-faham lerrr. Nak ambil pahala katakan. Dada, didi, dudu!

Thursday, 12 January 2012

KAMU TUNGGU YA


"kau tahu apa itu rindu?" aku merenung dia.

"rindu? sering teringat tentang kamu?" dia merenung aku.

"cinta?" tersenyum.

"cinta? ingin buat kamu bahagia." mengangkat kening.

"bahagia?" masih tersenyum.

"bahagia? hurm, melihat kamu tersenyum. seperti sekarang." dia mencubit pipi aku.

"sayang?" aku memeluk lengannya.

"sayang? sayang itu adalah aku cuba mendaki gunung tertinggi untuk cuba mencapai bulan yang kamu suka itu." dia menunjuk ke arah bulan mengembang.

"bagaimana pula dengan berpisah?" aku melentokkan kepala aku dibahu kanannya.

"berpisah? aku akan menunggu kamu dia pintu syurga sana." dahi aku dikucup perlahan.

"kamu cinta aku? kamu rindu aku? kamu sayang aku?" aku memeluk badannya.

"sudah semestinya sayang." bahuku dirangkulnya.

"jika benar, tapi kenapa kamu memilih untuk berpisah?" aku melihat dia. 

"kamu?" dia tersenyum.

"kenapa kamu memilih untuk berpisah?" dia berdiri lalu, berjalan meninggalkan aku.

"sebab aku sedang menunggu kamu di pintu syurga. kamu datang ya sayang. aku tunggu kamu." dia hilang.

.
.
.
.
.
.
.

"kamu, aku datang. kamu tunggu ya." darah pekat mengalir laju dipergelangan tangan aku.

"aku datang. kamu tunggu ya." pandangan aku kabur.
.
.
.

"bangun. kamu bangun." badan aku digoncang.

"kamu. aku sudah sampai di syurga ya?" aku melihat sekeliling. putih.

"kamu tidak sayang aku ya?" dia muram.

"kenapa kamu kata begitu? bukankah aku kejar kamu sampai ke sini? syurga?" aku pegang tangan dia.

"tapi bukan dengan cara begini." dia menyentuh luka di pergelangan tangan aku. darah pekat merah masih mengalir.

"tapi, cara ini saja aku boleh bersama kamu. kamu tidak suka aku di sini?" aku tarik tangan aku darinya.

"bukan sayang. bukan. aku sentiasa ingin bersama kamu. tapi bukan dengan cara begini. aku tidak suka kamu sakit." dia genggam kedua tangan aku. 

"tapi... tapi..." air mata aku mula jatuh.

"kamu terus hidup ya sayang. hidup untuk hidup yang lebih baik. hidup semoga kita berjumpa di depan pintu sana." dia menunjuk satu pintu bercahaya. indah.

"pintu itu? pintu apakah itu?" aku terpegun dengan cahaya pintu.

"itulah pintu syurga kita. aku tunggu kamu di sana ya." dia senyum.

"kamu berjanji?" aku renung sedalamnya ke mata dia.

"aku berjanji sayang. aku tunggu kamu di sana." dia kucup dahi aku.

"dengan syarat, kamu hidup dengan baik dan terus berusahan untuk hidup." dia mengucup ubun kepala aku.

"kamu jaga diri sayang. aku tunggu kamu." dia peluk aku.

.
.
.
.
.
.
.
.

aku terjaga dari mimpi. aku lihat bantal disebelah aku. kosong.

"kamu tunggu aku ya." aku peluk bantal perbaringan yang dia selalu guna. aku terlena kembali dengan air mata.

Saturday, 7 January 2012

JEJAKA BERKEMEJA HITAM



Una, nina, aimi dan ida mengambil tempat di tepi restoren melayu. Perut mula berbunyi-bunyi minta di isi untuk makan malam itu. seorang wanita pertengahan tahun mengambil tempahan ke-empat gadis sunti.

“nak air suam kak.” Ida memesan sambil senyum.

“2.” una menyambung.

”3.” Aimi memesan sama.

“emmm...” Nina baru membuka mulut.

“hah, empat air suam. Akak sudah tahu. Makan?” ke-empat-empat gadis tersenyum.

“salah kak. Saya nak air sirap limau kak.” Nina tersenyum.

“korang ini, ada-ada saja. Makan?” kak siti mengambil pesanan makanan empat sekawan.

Sambil menunggu makanan siap, mata masing-masing tertumpu pada televisyen sehingga tumpuan mereka terganggu oleh seorang jejaka berkemeja hitam taris lurus yang baru sahaja masuk ke restoren.

“psst, hensem!” ida memuncungkan mulut ke arah jejaka tersebut. Ketiga kawan mereka mengangguk laju tanda setuju dengan pendapat ida.

“boleh tak tidur malam tengok muka dia ini.” nina mula memasang angan.

“pergh. Kalau aku dapat, sure aku tak pandang lelaki lain kat Malaysia ini.” una menongkat dagu sambil tersenyum.

“korang jangan nak perasan, entah-entah suami orang.” Senyuman angan ida, nina dan una mati.

“aimi ini potong stimlah. Baru nak berangan dapat pakwe hensem.” Ida mengembungkan pipinya tanda protes. Nina dan una mengangguk sekali lagi tanda setuju. Aimi hanya mengelengkan kepala melihat ragam kawannya.

Sesudah makan dihidang di meja mereka, masing-masing bisu menghayati makanan. Masa yang sama, keempat mereka mengambil kesempatan menjeling jejaka berkemeja yang duduk selang 2 meja dari meja mereka.

“psst, nak buat kerja gila tak?” ida memberi cadangan selepas selesai menghabiskan nasi goreng kampungnya.

“kita empat-empat serentak tengok mamat itu, nak tak?” ida mengangkat-angkat keningnya. Otaknya mula beroperasi selepas mendapat tenaga.

“ish, ida ini. buat malu saja.” Aimi mengerutkan dahi.

“alaa, aimi ini. pandang sekali saja. Kononnya kita nak panggil kak siti nak suruh dia kira makanan kita. sambil itu bolehlah kita tengok muka mamat itu. ish, macam falling in love in first sight pula rasanya.” Bibir ida menguntumkan senyuman malu.

“alaa aimi ini, kita sama-samalah panggil kak siti.” Nina mengiyakan kata una.

“mana-mana koranglah.” nina, una tersenyum.

“okay-okay. kira sampai 3, kita pusing tengok mamat itu okay?” serius bicara ida.

“satu” una memulakan kiraan.

“dua.” Nina menyambung.

“tiga.” Aimi mengakhiri pengiraan.

Ke empat mereka memusingkan kepala melihat jejaka berkemeja hitam. Orangnya tinggi dalam lingkungan 170cm, berkulit sawo matang, berbadan persis model, memakai kaca mata membuat dia nampak matang dan makan dengan penuh tertib.

Oleh kerana empat mereka leka menghayati ‘keindahan alam’ sehingga jejaka berkemeja hitam itu perasan dengan renungan mereka. satu balasan renungan berlaku antara jejaka tersebut dengan ke empat gadis sunti. Una, ida, aimi dan nina segera menundukkan kepala apabila jejaka tersebut memandang ke meja mereka.

“arghh. Mampus, dia tengok sini!” pipi nina mula bertukar warna merah seolah memakai pemerah pipi.

“a’ah. Tapi mata dia cantik kot. Kalau dia tak pakai cermin mata, mesti nampak lagi hensem!” una mula teruja.

“korang ini memang gilalah. Tapi memang hensem pun mamat itu. argh, aku pun boleh cair.” Aimi tersenyum melihatkan lesung pipitnya.

“bertenang ida. Bertenang. Engkau kena bertenang untuk menghadapi ‘kurnia’ allah ini. pergh, aku rasa aku sudah jatuh cinta.” Ida mula memasang angan-angan. Una, nina dan aimi turut sama masuk dalam angan-angan ida.

Bunyi ketukan meja oleh kak siti menghentikan angan-angan empat sekawan. Serentak itu juga, mereka melihat wajah kak siti di tepi meja dan sesaat kemudian kepala mereka tertoleh melihat jejaka berkemeja hitam tersebut. Terlihat jejaka tersebut melihat tingkah mereka berempat.

“oit! Korang ini apasal? Nak bayar ker? Dari tadi nampak korang tertoleh arah akak saja.” Kak siti merenung mereka sambil memegang kokulator.

“erk, kejap lagi kak. Nanti kami pergi ke kaunter okay. Tak panas lagi kerusi ini oleh kami kak.” Una tersengih. Kak siti beredar dari meja mereka sambil mengeleng lihat gelagat pelangan tetapnya.

“wei, wei. Mamat itu nak balik da. Dia nak lalu arah sini. semua kontrol ayu, kontrol ayu.” Ida cepat-cepat memberi arahan. Ke empat mereka masing-masing tunduk melihat air di depan mata mereka.

“aik, takkan tenung air itu saja? Tak minum ker? Anak dara tak manis lepak kat restoren lama-lama sangat, tak manis dipandang orang.” Suara jejaka berkemeja hitam membuatkan jantung ke empat gadis itu bagaikan nak meletup. Kepala mereka perlahan menoleh ke arah pemilik suara.

Mereka ingin menatap wajah hensem jejaka terus dari dekat. Setelah melihat jejaka tersebut berdiri di tepi meja mereka sambil tersenyum, senyuman dan angan mereka mati. Mata aimi bulat melihat jejaka tersebut, mulut ida ternganga, nina menutup mulut nya dan una pula tidak berkelip melihat wajah dan senyuman jejaka tersebut.

“saya balik dulu, assalamualaikum.” Jejaka tersebut memberi salam sambil senyum lebar lalu beredar dari restoren tersebut.

“erk.” Mata una masih berkelip laju.

“mak.” Nina terjerit kecil. Aimi dan nina pula hanya diam menjawab salam jejaka tersebut dalam hati.

Seminit, dua minit, lima minit, masing-masing masih dalam keadaan terkejut.

“erk, mana gigi dia?” aimi memulakan bicara. Ke tiga yang lain masih diam.

“hurm…hurm… hancur harapan. Punah harapan. Punah.” Una hampa.

“muka hensem, cukup pakej jadi model tapi…” nina sambung bicara.

“gigi takde. Musnah anganku.” Ida kecewa.

Mata mereka berempat berpandangan, melihat satu sama lain. Lama-kelamaan ketawa mereka mengejutkan pelanggan yang sedang makan di meja lain. Kak siti geleng dengan telatah ida, nina, aimi dan una. Mereka beredar dari restoren dengan ketawa tak henti mengingat jejaka idaman mereka rompang pada usia yang muda.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...