Anak.
Apa kau rasa apabila tangan kasar si ayah mengusap lembut pipimu.
Menyapu sisa-sisa air mata di ketika kau jatuh tersunggur.
"Dah,jangan menangis. Anak ayah kan kuat!",
Apa kau rasa apabila tangan yang kasar itu memimpin tangan kecilmu pergi dari tempat kau tersunggur seakan mahu menjauhkan dirimu dari bahaya.
Erat pegangannya.
Anak.
Tangisanmu meluluhkan hati si ibu.
Tangisanmu membuatkan dirinya serba tak kena.
"Sakitkah kamu? Laparkah kamu nak?",
Kau hanya terus menangis tanpa memberikan sebarang jawapan.
Tiba-tiba kau diam seribu bahasa takkala tangan lembut si ibu memelukmu erat ke dadanya.
Alunan yang keluar dari mulut si ibu menjadi ubat lenamu.
Alunan paling merdu.
Anak.
Kau pulang dengan kesan lebam.
Jauh disudut rumah, kau lihat wajah tua si ayah sedang berehat dia atas kerusi rotan.
Sedikit demi sedikit kau hampirinya.
Tangan kasar itu kau sentuh hingga air mata mengalir di tubir matamu.
"Kenapa?",tanya si ayah apabila titik-titik jernih itu mengena di atas tangannya.
Kau hanya menangis, mungkin kerana kau kesal dengan perbuatan jahat yang kau lakukan.
Erat kau pegang, mahu si ayah faham.
"Shhh...jangan menangis. Kalau bersalah dengan Allah, mohon ampun dari-Nya. Kalau bersalah dengan manusia, pergi rayu kemaafan mereka. Jangan takut..",
Suara garau si ayah kedengaran di cuping telinga ketika badan kau dipeluk.
"Ayah tahu kau masih belum kenal dunia",
p/s : maaf tak sempat prepare =)
Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.
UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Koleksi Cerita Zuemiey Khairuddin. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Cerita Zuemiey Khairuddin. Show all posts
Thursday, 16 May 2013
Tuesday, 26 March 2013
Kau,perjalanan atau destinasi?
Waktu magrib sudah hampir,semua penghuni asrama sudah mula memenuhi ruangan solat di tingkat bawah.Setiap aras kelihatan sudah gelap pekat tanpa sebarang cahaya elektrik.Nash sudah mencari posisi paling sesuai dan selesa di ruangan membasuh.
"Oi,kau skip solat jemaah ya?",terdengar satu suara menyapa Nash yang sedang kusyuk mencari tempat persembunyian terbaik dalam gelap.Hampir jatuh terjelupuk dia dek sapaan yang tidak dijangka itu.
"Hoh?Siot la,kau ke?Kau nak aku terkehel dalam ni ke macam mana?",soal Nash pada AJ.Temannya itu juga sedang mencari port terbaik untuk mengelak dari tertangkap dengan warden asrama.
"Berapa lama dah kau buat kerja ni?",soal AJ seakan berbisik.
"Banyak pulak soalan kau.Baik kau diam sebelum aku sumpah kau jadi Orix",balas Nash malas.
Malam ini semuanya dalam keadaan baik kerana mereka tidak tertangkap dengan warden asrama.Tidak jauh dari dewan makan kelihatan T-rex bersama kumpulannya datang menghampiri Nash dan AJ.
"Nash,malam ni kitorang ada nak buat suprise party sikit untuk K,jumpa lepas prep kat kelas form 3",ringkas huraian T-rex tentang rencananya.Nash mengangkat wajahnya sedikit tanpa sebarang riak sebelum berlalu tanpa sebarang kata.
"Sejak bila diorang jadi kawan baik kau,Nash?Nak buat suprise party untuk K siap jemput kau sekali?",soal AJ curiga.
"Kau nak tau apa hidangan istimewa diorang untuk suprise party K malam ni?",soal Nash sebelum menghadiahkan senyuman buat temannya AJ.
"Soalan aku kau tak jawab?Menu pulak yang di tanya?Kau dah kenapa?Lapar sangat ke, sampai tak sempat nak tunggu supper?",soalan berbalas soalan kini apabila AJ mula bingung.
"Menu special diorang,aku.Tak ada aku,tak ada celebration la beb",jawabnya ringkas.
Seusai prep malam,Nash terus menuju ke dewan makan dan kemudiannya terus menapak ke bilik seniornya.T-rex dan rakan-rakan masih menunggu di kelas tingkatan 3 untuk seketika tanpa mengetahui,Nash sememangnya tidak akan muncul.
-----
Suaranya akan memenuhi ruangan di setiap kelas saban hari.Doa yang dibaca menandakan bermulalah aktiviti persekolahan seperti biasa.Suara tanpa tuan yang bergema keserata sekolah.
"Wei budu?",jelas kedengaran suara itu namun tiada kelibat.Telinga Nash seperti berdesing.
"Mentang aku tak pro dialek diorang,selamba biawak je bagi nama kat aku",gumam Nash sendri sambil kapalanya di tala merata sehinggalah pandangan mereka bertemu.Seorang pengawas lelaki yang berada di bangunan bertentangan melemparkan senyuman sinis.Nash menghadiahkan sebuah jelingan maut yang ditempah khas buat lelaki itu.
"Let the war,begin bro!",gumam Nash sambil memalingkan tubuhnya.
Maka, termaktublah peperangan diantara seorang Nashrah Nadya dan Ikmal Haqim.
Maka, termaktublah peperangan diantara seorang Nashrah Nadya dan Ikmal Haqim.
-----
-----
AJ merasakan sikap Nash semakin hari semakin pelik.Nashrah Nadya yang dia kenali bukanlah orang yang boleh di suruh begitu begini .Satu busuk dia dapat,banyak kali busuk dia balas.Masih jelas kejadian saat Nash diserang T-rex dan rakan-rakanya.
"Kau rasa besar kepala,kan?Kau ingat kau siapa?",soal T-rex.Suaranya yang lantang menyebabkan keseluruhan pelajar yang berada di dalam bilik seterika keluar meninggalkan mereka.
"Ya,aku salah sebab aku tak ikut undang-undang korang.Aku masuk kandang korang,buat macam kandang aku",balas Nash tenang.Dari ekor matanya dia dapat melihat jelas K dan yang lain sibuk merakam.Dari awal lagi Nash sudah berpesan kepada AJ supaya tidak masuk campur mahupun membuat aduan kepada warden asrama.
"Kau tau?Aku pelik la dengan kau,susah sangat kan kau nak menangis?Kau rasa kau hebat?",soal T-rex yang kini sudah menunding kearah wajah Nash.
"Kau nak tampar aku untuk apa yang aku dah buat,aku tak ada masalah,tapi kau tak perlu tunggu sebab aku tak akan menangis mahupun melutut",sambil Nash memegang pergelangan tangan T-rex dan meletakkan tangan gadis itu diwajahnya.T-rex kaget dengan tindakan Nash namun kerana ego dan juga kerana demi untuk menjaga air mukanya,satu tamparan hinggap ke wajah Nashrah.
"So,kita dah selesai.Kita seri,boleh aku pergi sekarang?",soal Nash.T-rex, K dan yang lain hanya membatu.Nash melangkah keluar dengan riak wajahnya yang tenang.Hari-harinya lebih mudah tanpa masalah yang tidak masuk akal.Sudah cukup lengkap hidupnya kini dengan seorang Ikmal Haqim yang menyakitkan hati dan matanya saban hari.Entah kenapa lelaki itu sangat menarik perhatiannya.Pada pandangan Nashrah,mungkin kerana lelaki itu lebih menyakitkan hati berbanding dengan mereka yang lain.
Namun buat AJ,Nash mungkin sudah jatuh hati pada musuh ketatnya.Mata seorang rakan lebih tajam kerana bukan sehari dua dia bersama Nash.Mereka sudah bersama sejak mereka di sekolah rendah lagi.Ya,seorang Nashrah Nadya juga masih seorang gadis.Ikmal Haqim membawa satu cas yang berbeza dari rakan-rakan sejantina Nash yang lain.AJ lebih selesa membiarkan sahaja rakannya kerana dia ingin melihat sejauh mana benci Nash boleh berubah menjadi sayang.
Kebenaran sangkaan AJ setahun lalu kini tidak dapat disangkal lagi kerana benarlah,daya tarikan yang ada pada Haqim sudah melembutkan hati Nashrah.Benarlah kata orang tua-tua,apabila kita bencikan seseorang,janganlah amat sangat kerana ia mungkin berubah menjadi sayang.
"Awak,jumpa kat bilik pengawas sebelum waktu kelas tambahan ya?",ringkas permintaannya.Hakim hanya mengangguk sambil berlalu.
"Hai Nash,nak jumpa Haqim ke?Dia bagitahu akak,dia lewat sikit sebab dia kena uruskan sesuatu",kata Suliza sebaik sahaja kelibat adik dormnya memasuki bilik pengawas.
"A'ah,nak jumpa Haqim.Takpe,orang tunggu sini je dengan akak",balasnya sambil menarik kerusi dan melabuhkan duduknya tidak jauh dari Suliza.Ditangannya masih memegang satu sampul berwarna coklat bersaiz A4.
Tidak lama selepas itu Haqim memasuki bilik pengawas tanpa menyedari dia diperhati oleh gadis yang sedang menunggunya.Haqim memakai kemeja berwarna biru dan tali leher yang sudah dilonggarkan menyebabkan t-shirt tanpa kolar berwarna putih yang dipakai didalam kemeja kelihatan jelas.Nash bangun dari duduknya dan menghampiri Haqim yang berada berhampiran dengan meja.Sampul yang tadi di pegang kini di atas meja.Hakim juga meletakkan sekeping sampul yang serupa di hadapan Nash.
"Sorry,saya tak kreatif macam awak",jelas Haqim.Nash melemparkan satu senyuman sebelum berlalu meninggalkan Hakim dan Suliza sebaik sahaja sampul mereka bertukar tangan.
-----
"Saya nak duduk rumah jaga anak-anak je boleh?",soalnya sambil meletakkan telefon bimbit di antara kepala dan bantal.
"Kalau ada jodoh,kalau awak tak keberatan nak hidup sederhana sebab saya tak mampu nak bagi awak kemewahan,boleh je kalau awak nak duduk rumah jaga anak-anak kita",jelas Haqim sambil membetulkan baringnya.
"Awak nak anak berapa orang?",soal Nash smbil matanya dipejam rapat.
"Dua,tiga orang?",balas Haqim.
"Saya rasa macam nak paling sikit 4,boleh?",pinta Nash.
"Kalau ada rezeki,kenapa tak boleh?",jawab Haqim.
Rutin harian yang dan menjadi kebiasaan selama bertahun-tahun.Berbual sebelum melelapkan mata.Keadaan yang selesa dan kadang-kadang hanya dengan mendengar suara saat telefon diangkat sudah cukup buat mata masing-masing layu.Terlalu biasa dengan ada,itu adalah mereka.Hubungan tiada nama,tiada janji setia,tiada permintaan melebihi kemampuan satu dan yang lainnya.Cukup sekadar ada dan terus ada.
Kisah ini milik mereka.Teman bergaduh,bermanja,berbual dan melelapkan mata.Kawan paling rapat.Kadang mereka pergi jauh dari satu dan yang lainnya tanpa khabar dan berita,kadang mereka ada tanpa siapa pinta.
Orang kata,rasa tak sentiasa perlu dilafaz,cukup dengan tindak-tanduk.Ada pula,tak bermakna jelas.Cukup dengan percaya dan sedia.Jarak adalah sesuatu yang biasa.Jangan berharap kerana ruang tidak selalu mengizinkan mereka untuk bertemu atau bertentang mata.
"Nash,sayang awak",lafaz Haqim lembut.Nashrah tidak membalas,dia hanya membatu.Laju air matanya mengalir.Mana mungkin hatinya sekeras batu saat Haqim melafazkan kata-kata itu.Bertahun mereka terpisah dengan jarak namun mereka masih ada untuk satu sama lain.
"Sayang awak juga",Nash seakan berbisik.Suasana menjadi sunyi sepi tanpa reaksi dari Haqim,mungkin dia tidak mendengarnya.Nash membiarkan begitu.
-----
Laju Nashrah Nadya memacu kenderaannya.Sepi tanpa sebarang bunyi,wajahnya tidak beriak,mulutnya membisu tanpa kata.Dia merasa keliru,tercengang dan sedikit sebanyak soalan yang ditanyakan oleh AJ di ruangan IM Facebook tadi seperti membuat lintasan langsung secara berulang di benaknya.
AJ : So,kirenya dia taknak kau la ni?
Nashrah : Kau tak faham bahagian mana ni AJ?
AJ : Tak,maksud aku dia serius tak mahu kan kau?
Nashrah : Ya AJ!Dia tak mahu,tak hendakkan aku!Puas hati kau?!
Entah kenapa Nashrah merasa celaru.Masih tergiang-ngiang rasanya suara Haqim memanggil namanya didalam talian seperti selalu.Melafazkan sayang dan rindu.Bercerita tentang hari-hari dan apa yang mereka rancang untuk langkah kedepannnya.
Kali terakhir mereka berjumpa,adalah beberapa tahun lalu.Dia meluangkan masanya bersama Haqim dan mereka berjalan menyusuri jalan di bandar dan makan bersama.Masih jelas dia melihat wajah lelaki tersebut.
"Nashrah Nadya...",panggil Haqim saat dia sedang memandu dan Nash berada di tempat duduk penumpang.Perlahan gadis itu berpaling dari jendela kereta dan memandang wajah Haqim yang serius memandu.
"Saya sayang awak",seperti berbisik Haqim melafaznya.Nashrah tidak dapat mendengarnya,namun gerak bibir lelaki itu boleh dibacanya dengan jelas.Tidak semena-mena,Nash mengetap bibir bawah dan air matanya mula mengalir deras.
Ya,seorang gadis yang sedikit boyish,makan sedikit pantas,langsung tiada lenggok saat dia melangkah,namun dia Nashrah Nadya yang masih lagi seorang perempuan.Keras luarannya,mungkin khuathir terlalu lembut hatinya.Gusar jiwanya saat Haqim mampu membuat dia menangis.Khuatir kalau dia terlalu dikawal oleh rasa dan kenangan.Betapa dia mengharap keajaiban itu ada dimana dia mampu memberhentikan waktu dan mengekalkan ia cuma disitu,begitu.
Perbualannya bersama Haqim di Skype beberapa hari lepas masih dia ingat.Dia ingin benar menghadiahkan Haqim kerja tangannya.
Haqim : Kalau saya kawan dengan siapa-siapa,awak tak payah la kawan dengan diorang okayh?
Nashrah : Ye,noted.My bad sebab menyapa diorang.
Haqim : Sebab awak,diorang lari macam tu je.Belum sempat pun saya nak mula kawan.
Nashrah : Kawan?Owh,dengan panggilan 'manje,encem'?
Haqim : Ye la.Kawan je pun.Kita bukan ada apa pun.
Nashrah : What?I beg ur pardon?
Haqim : Ye,kita bukan ade apa-apa.
Nashrah : Habis,yang 'sayang awak' n 'rindu awak' tu ape?
Haqim : Saya cakap je 'sayang awk','rindu awak'.Saya bukan rasa pun.
Nashrah : Okayh,sorry for everything n TQ.
Seperti tangkai hatinya direntap.Dadanya terasa penuh dan sarat.Air matanya ditahan sedaya mungkin.Bibirnya terkunci tanpa kata.Kisah perkenalan mereka bukan sehari dua,tetapi hampir sedekad.Haqim merupakan kawan baiknya,pengkritik tegarnya,orang yang selalu membantunya dan orang yang sepaptutnya menyayangi dia.
Rasanya seperti mimpi kerana semuanya hilang dibawa angin.Setiap kenangan yang Haqim tanam membesar dengan cantik dalam hatinya seperti taman yang subur kini kering dek panas kemarau yang melampau.
Nashrah yang masih memegang sekeping kertas berwarna biru dengan sedikit hiasan dan kolaj.Dia memulakan langkah menapak keluar rumah.Kertas biodata dengan tulisan tangan itu langsung tidak dibaca mahupun dipandang.Inilah kertas yang berada didalam sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 selama 8 tahun lamanya.Simpanan peribadi paling bernilai yang kini bakal menjadi debu saat api lighter itu menyapa kertas tersebut dan dia ingin debu itu menjadi kenangan lebur yang pergi bersama angin lalu.
Siapa kata sehari tidak cukup kalau jelas nyata?Jelaskan kenapa pula seumur hidup pun tidak cukup untuk mengenali seseorang kalau takdirnya begitu?Sesungguhnya tuhan lebih mengetahui.
Buat,
Ikmal Haqim.
"Biar angin bawa kau pergi kerana disini tiada sisa untukmu lagi"
Ikhlas dari,
Nashrah Nadya.
Friday, 28 December 2012
Random
Sayang.
Untuk melihatmu ketawa adalah
harapan setiap hariku.
Untuk melihat kau berjaya
terselit diantara doa-doaku.
Untuk melihat kau hidup bahagia
adalah impianku.
Sayang.
Jika kau impikan hanya sebutir
mutiara, aku pula ingin kau memiliki permata.
Membahagiakan hidupmu satu
kepuasan bagiku.
Hari demi hari yang berlalu cukup
mematangkan aku dan membuatkan aku sedar bahawa aku bukanlah yang terbaik untuk
dirimu.
Sayang.
Dengan lafaz bismillah, aku
melepaskanmu.
Hiduplah sayang dengan impian dan
cita-citamu yang menggunung.
Doaku mengiringi setiap
langkahmu.
Andai tiada kegembiraan buatku di
dunia ini, aku berharap moga ada bahagia untukku disana.
Salam rindu yang jauh
diperantauan.
Thursday, 6 December 2012
Cik Maid, I Need You! Ep7
Sambungan daripada Cik Maid, I Need You! Ep6
p/s : minta maaf kalau ayat terbelit-belit. Taip cerita sambil hadap kerja hakiki macam ni lah. Apa yang kurang datang dari diri Khair sendiri dan apa yang baik semuanya datang dari Allah S.W.T. Akhir kata, selamat bercinta kepada kalian semua. Moga-moga cinta kita jauh dari perasaan hasad dengki dan sentiasa diberkati oleh-Nya.
salam cinta (tamat)
Qibthiya
rimas ketika melihat jarinya dipenuhi dengan inai yang masih lembik. Ramai pula
yang rajin nak conteng tangannya, dia sudah pesan pada tukang conteng untuk
lukis design simple sahaja kerana Mirza tidak suka Qibthiya memakai inai hingga
ke pergelangan tangan.
“Thiya,ni
ada call dari Mirza”, Mak Minah menghulurkan telefon kepada Qibthiya. “Esok dah
nak jumpa kan. Tak sabar betul”, sakat Mak Minah.
Jika
diizinkan Allah esok pagi Qibthiya akan bertunang dengan Mirza dan selepas
Jumaat majlis akad nikah berlangsung. Dan persandingan dibuat selepas Asar
hingga sebelum Maghrib. Majlis pihak perempuan dan lelaki di buat sekali untuk
menjimatkan masa dan belanja. Walaupun Mirza dari keluarga kaya tetapi dia
tidak suka untuk membazir. Yang penting sederhana tak apa asalkan semua tetamu
pulang kenyang.
“Yerp
Mirza. Ada apa?”,
“Saya
baru dapat tahu Misha dan Amir kemalangan. Misha meninggal ditempat kejadian
dan Amir meninggal semasa on the way ke hospital. So saya harap awak sabar dan
tenang. Jangan rosakkan mood,esok our bigday kan?”,
“Innalillah..
Saya ok Mirza, dah sampai masa mereka pergi dalam keadaan macam tu. Kita doakan
mereka ditempatkan di tempat orang yang elok-elok. Maafkan dosa-dosa mereka
pada kita”,walaupun terkejut tetapi Qibthiya dapat mengawalnya. Harus redha.
“Ya
lah, dah halal semua dah. Ok, see you tomorrow. Saya nak tidur dah, mengantuk.
Esok malam kot-kot tidur lambat ke kan..mana la tahu..”,
“Gatal!”,
“Nyte
darl.. Salam”,
Talian
diputuskan, Qibthiya tersenyum. Moga esok dan hari seterusnya akan lebih
diberkati.
Jam
menunjukkan pukul 9.30 malam, semua tetamu sudah beransur pulang. Majlis dibuat
di rumah keluarga Mirza atas persetujuan keluarga Qibthiya. Mirza puas hati
kerana semua yang datang hari ini dapat makan dengan kenyang dan tidak datang
dengan sia-sia. Pihak catering sudah clear pinggan dan bekas-bekas buffet. Yang
tinggal hanyalah pelamin dan meja makan pengantin yang masih terhias. Kanopi
sudah diturunkan,laman rumah yang tadi penuh kini kosong kembali.
“Ni
orang yang sediakan pelamin dan semua ni nak ambik bila ni Mirza?”, tanya Tan
Sri Ismail.
“Esok
pagi, sebab dah kata majlis sampai malam. Ada nampak Nazir tak?”,
“Nazir
dah balik,katanya ada hal. Esok dia datang pulak”, jawab Tan Sri Ismail. Mirza
hanya angguk,diteguknya tegukkan terakhir air kopi suam. “Masuk lah rehat,lewat
dah ni. Mak dan ayah Qibthiya pun tidur dah tu kat bilik tamu”,
“Emm
yelah, lenguh dah badan ni. Esok layan tetamu lagi gamaknya”, tangan Tan Sri
Ismail disalami.
Dia
melangkah masuk ke dalam bilik yang dihiasi dengan rona merah putih yang tampak
ringkas. Kelibat Qibthiya tidak kelihatan, dia menukar pakaian dan baring di
katil. Lega rasanya tulang belulang dapat baring. Matanya memandang kearah
tingkap,melihat cahaya yang samar-samar mencurah sedikit ke dalam ruang di
dalam bilik.
Qibthiya
keluar dari bilik air dengan mengenakan bathrobe satin biru muda. Rambutnya
masih kelihatan basah, dicapainya hair dryer. Baru sahaja mahu membuka suis dia
memandang kearah katil. Kelihatan Mirza sedang lena, dibatalkan niatnya untuk
menggunakan hair dryer. Bimbang jika lena Mirza terganggu.
“Keringkan
cara manual sudahlah...”,detik hatinya. Setelah siap dia mengenakan sedikit
losyen badan.
Hatinya
masih berdebar, malam pertama katakan. Bathrobe disangkut apabila dia siap
mengenakan pakaian tidur paras paha. Dengan berhati-hati dia naik ke katil, comforter
ditarik dan dia tidur mengiring memandang Mirza. Wajah Mirza diperhati, dia
tersenyum apabila teringat kembali kenangan mereka dahulu.
“Assalamualaikum
sayang..”,tiba-tiba Mirza bersuara.
“Waalaikummusalam,awak
tak tidur lagi ke tadi?”,
“Dah..tapi
terjaga sebab bau wangi sangat”,Mirza membuka matanya. Didepakan sebelah lengan
dan dia menarik Qibthiya ke pangkuannya.
“Abang....”,
“Bestnya
panggil sekali lagi..”, ucap Mirza mengada.
“Gedik
tau abang ni”, Qibthiya sembamkan mukanya ke dada Mirza. Pelukan dieratkan
lagi. “Terima kasih sebab terima saya walaupun saya pernah silap menilai abang
dulu”,
“Semua
pernah buat silap kan. Tapi boleh tak sayang janji dengan abang?”,
“Apa?”,
“Kalau
nak kejut abang bangun tidur, jangan spray tau? Abang terkejutlah”, ketawa
mereka terhambur. Qibthiya angguk sambil menghabiskan sisa-sisa tawanya.
Pandangan mereka bertaut, Mirza tersenyum dan Qibthiya menunduk malu.
"بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا”, kedengaran suara halus Mirza di cuping telinga Qibthiya. Malam itu mereka mula melayari bahtera sebagai suami isteri. Bercinta hingga syurga dan ditemani dengan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah hendaknya.
p/s : minta maaf kalau ayat terbelit-belit. Taip cerita sambil hadap kerja hakiki macam ni lah. Apa yang kurang datang dari diri Khair sendiri dan apa yang baik semuanya datang dari Allah S.W.T. Akhir kata, selamat bercinta kepada kalian semua. Moga-moga cinta kita jauh dari perasaan hasad dengki dan sentiasa diberkati oleh-Nya.
salam cinta (tamat)
Wednesday, 14 November 2012
Cik Maid, I Need You! Ep6
Sambungan daripada Cik Maid,I Need You! Ep5
Qibthiya
duduk bersahaja di bangsal berdekatan rumahnya, angin lembut menyapa wajahnya
yang putih bersih. Sudah berpuluh kali Amir menelefon Qibthiya,mahu menjelaskan
apa yang kurang jelas mungkin. Tetapi pada Qibthiya,semuanya sudah jelas.
Ternyata Amir memang menipunya, apa sahaja yang keluar dari mulut Amir
berkaitan Mirza semuanya tipu.
Bukan
sekali dua Amir menceritakan benda tidak elok,tetapi banyak. Dia hampir-hampir
termakan kata-kata Amir sehinggakan dia merasa bahawa Amir jujur padanya. Amir
menunjukkan sikapnya yang sebenar dan bukan bertopeng, tetapi ternyata
sangkaannya salah juga.
“Thiya..dah
seminggu macam ni. Pergilah jumpa Mirza,minta maaf dengan dia sebab Thiya
sangka dia bukan-bukan. Jangan duk macam ni je,risau kami”,ujar Mak Minah yang
datang dengan membawakan hidangan minum petang.
“Thiya
malu mak long, mesti dia dapat rasa yang Thiya memang jijik dengan perangai dia,
Thiya tak percaya kat dia. Dia mesti fikir Thiya teruk,”,
“Tapi
Thiya tahu dah kan benda sebenar,jadi tak payah nak malu la. Ke Thiya pernah
perli atau marah-marah dia sebelum ni?”,
“Layan
macam biasa,last jumpa pun masa kenduri. Tak ada la nak marah ke apa,tapi rasa
menyampah tu ada. Mak long..bersalah sangat ni rasa”, tangan Mak Minah diraih.
“Jumpa
dia,Mirza tu dari kecil mak long jaga. Lembut hatinya”,
Setelah
mendapat mesej dari Qibthiya, Mirza segera bertolak ke Restoran Zam. Pada
mulanya dia malas untuk berjumpa tetapi dia juga rindu pada Qibthiya maka
digagahkan juga untuk berjumpa. Motif apa dia nak jumpa,itu Mirza tak pasti.
Dari
jauh Mirza melihat Qibthiya duduk di kerusi hujung, dia kelihatan ringkas
dengan hanya mengenakan baju kurung English cotton berbunga halus berwarna
merah jambu. Mirza melangkah mendekati Qibthiya dan duduk di kerusi berhadapan
dengan Qibthiya.
“Air
saya ke ni?”,tanya Mirza sebaik sahaja melihat jus tembikai di hadapannya.
Qibthiya angguk. “Thanks,cepat order”,
“Saya
nak jumpa ni sebab nak minta maaf”,Qibthiya terus terang.
“Minta
maaf? Ohh sebab yang hari tu? Tak kisah pun,awak pun bukan kenal saya macam
mana kan. Bukan salah awak pun nak percaya kata-kata Amir”, balas Mirza. Dia
sebolehnya tidak mahu memanjangkan hal tersebut. Biar tutup begitu,lagipun
tiada pula dia dapat gangguan dari Amir.
“Tapi
tetap salah saya sebab percaya tanpa usul periksa”,
“Saya
sebenarnya... lapar, awak tak order makan ke?”, Mirza cuba alik topik. Selang
habis ayat, waiter datang dan menghidangkan beberapa jenis lauk pauk dan nasi.
“Thanks”, ucap Mirza pada waiter. “Tangkas lah awak,semua siap”,
“Saya
kan pernah jadi pembantu rumah awak”,ujar Qibthiya. Dia tahu Mirza malas nak
bercakap soal Amir dan hal lepas. Dilayankan sahaja kehendak Mirza walaupun
serba sedikit ada lagi rasa bersalah pada dirinya.
“
Ye mantan cik maid. Eh awak dengar semua yang saya borak manja dengan kawan
awak malam tu?”, tanya Mirza tiba-tiba. Matanya menatap Qibthiya, dan Qibthiya
angguk. “So awak dengar la yang saya kata saya suka awak?”
“Dengar,
kenapa? Awak nak kata yang awak saja je cakap macam tu? Sebab nak hangatkan
lagi keadaan?”,Qibthiya terus assume.
“Tak
lah,memang betul saya suka awak. Best lah butter prawn
ni..cuba-cuba”,diletakkan di dalam pinggan Qibthiya. Matanya terus mamandang
makanan,Qibthiya terdiam seketika.
Seusai
makan dan menjelaskan bil, Mirza dan Qibthiya keluar dari restoren tersebut.
Waktu sudah hampir pukul 10 malam,hujan pula sudah mula turun.
“Thanks
belanja,sepatutnya saya yang belanja awak. So drive elok-elok and goodnight”,
ujar Qibthiya.
Dalam
hatinya dia masih ragu. Betulkah Mirza sudah memaafkannya? Cepat benar. Mirza
tak marah ke?
“Kereta
awak mana?”, tanya Mirza sebaik sahaja dia melihat Qibthiya masih berdiri di
situ.
“Saya
datang dengan teksi tadi, kereta masuk wad sekejap”,
“Ohh
kalau macam tu takpelah, saya chow dulu. Bye”, Mirza melangkah pergi ke kereta
yang berada tidak jauh dari situ.
“Ei
geram betul aku, bukan nak pelawa hantar aku balik ke tak. Ada ke patut bye je
dia cakap, teruk la mamat sorang ni”, rungut Qibthiya.
“Oii
mantan cik maid, tak payah buat gila bebel sorang kat situ. Naik jelah sini.
Macam la tak biasa. Adoiii!”, laung Mirza separa kuat
Cepat-cepat
Qibthiya masuk ke kereta Mirza, dia segan apabila Mirza seakan dapat membaca
apa yang difikirkan. Dia angkat muka dan memandang Mirza yang sedang
memandangnya,
“theee!”,
Qibthiya senyum lebar sambil mengecilkan matanya.
“Bajet
cute la? Ke macam mana? Hurm,macam-macam”,
Qibthiya
buat muka, Mirza buat tak tahu dan keretanya meluncur laju meredah jalan raya
yang masih sibuk. Jari Mirza menukar siaran radio, dia cekap mengawal papan
touch screen walaupun matanya memandang ke hadapan.
“Ala..jangan
la kacau,nak dengar lagu tadi..”, Qibthiya menolak tangan Mirza. Ditukar
kembali ke Suria Fm.
setiap
hari ku bayangkan
setengah
mati ku korbankan
apa
pun akan ku lakukan
demi
kamu (demi kamu)
setiap
hari ku harapkan
setengah
mati ku korbankan
apa
pun akan ku berikan
demi
kamu demi kamu
“ku
takut kan kehilanganmu”,tutur Qibthiya perlahan mengikut rentak lagu. “Kalau la
saya boleh cakap lagu ni untuk awak..hurmm”,
“Untuk
saya ke? Terima kasih..sedap, first time dengar ni”,
Qibthiya
tertunduk,kening terangkat. Seram pula dirasakan apabila apa yang terdetik
dihati seakan dilaung sehingga Mirza tahu. Tak boleh jadi ni!
“Ehh,
jap awak. Kenapa kita balik ke laluan rumah awak?”,
“Saya
mengantuk dah,lagipun rumah awak jauh kan. Balik rumah saya jelah, esok saya
hantar. Makcik awak pun ada..”, jelas Mirza sambil menutup mulut dan menguap.
“Ehh..”,
tak tahu nak kata apa.
***
“Boss,
parah ni boss. Parah!”, kata Nazir yang meluru masuk ke pejabat Mirza.
“Ape
kes pulak ni.. ketuk pintu pun tak. Pehal?”,
“Ni
boss.. cuba boss tengok ni, dah jadi trending nama boss di Twitter. Anak bongsu
Tan Sri Ismail bawa perempuan balik rumah. Tengok Google, taip nama boss keluar
apa. Hah, Google Images ni. Tengok keluar apa. Mati kita boss, kalau client
tahu habislah bisnes kita boss”,
“Ohh..yang
ni malam tu ni. Hurm tak pandai juga orang ni snap gambar, orang snap la
penjuru ni baru nampak muka dua-dua. Ni asyik muka aku je,tahu la aku kacak”,
ngomel Mirza
“Boss,
ini serius. Boss dalam bahaya...boss dalam bahaya...boss dalam bahaya
sekarang..”, kata Nazir sambil menyanyikan dalam rentak lagu Wonderpets.
“Serius
la ni, apa nak takut kalau tak betul. Lagipun bukan ada buat salah. Ni gambar
masa keluar makan, then ni gambar dia masuk kereta..ni..ni gambar dia masuk
dalam rumah aku. So apa yang gelabah sangat?”,
“Reputasi
boss. Apa nanti orang fikir? Boss duk ‘main’ dengan perempuan, tak nikah pulak
tu”,
Tangan
Mirza menjawab panggilan dari telefon bimbitnya,
“Erm
tahu dah, so macam mana?”, tanya Mirza. “Ohh ok then. Saya tunggu kat office”,
talian diputuskan. “Relax Nazir. Call press, suruh datang jumpa aku kat office
lepas ni”,
Mirza
tersenyum, dia tahu ini angkara siapa. Kereta Amir diparking tidak jauh dari
kawasan restoren pada malam tersebut. Oleh kerana itu Mirza memanggil Qibthiya
naik bersamanya dan pulang ke rumah. Mirza juga tahu Amir mengekorinya hingga
ke rumah. Nak buat dajjal pun tak pandai, puii!
Seperti
yang dijangka, pejabat Mirza penuh dengan wartawan dari pelbagai stesen
televisyen. Qibthiya duduk dan tersenyum sahaja di tepi Mirza. Tidak lama
kemudian wartawan mula menghujani Mirza dengan pelbagai pertanyaan.
“Saya
rasa En.Mirza dah tahu tentang gambar tu. Jadi apa penjelasan En.Mirza. kenapa
kalian berjumpa malam tu?”,
“Sebenarnya
selepas beberapa bulan dinner company, saya dan Qibthiya ada masalah. So kami
lost contact, bila makin lama masalah makin timbul dan rupanya itu hanyalah
fitnah untuk merenggangkan hubungan kami. Jadi malam tu kami just keluar dinner
sama-sama. Public, tak ada nak sorok-sorok”,
“Selepas
dinner tu ada gambar menunjukkan Encik membawa Cik Qibthiya ke rumah Encik.
Bukan ke tak manis kalau lelaki dan perempuan berdua-duaan sebegitu?
Memandangkan Encik datang dari keluarga ternama jadi bukankah menjadi
tanggungjawab Encik untuk jaga air muka keluarga?”,
“Dari
mana korang tahu kami berdua-duaan dalam rumah tu? Blogger? Atau Mat Anon?
Benda tak pasti kan? Kalau dah tahu kami berdua-duaan kenapa tak ada pula
rombongan dari majlis agama datang buat lawatan malam tu? Tak logik sangat kat
situ nak kata kami berdua dalam rumah tu”, jawab Mirza. Walaupun tadi dia
tenang, tapi sedikit sebanyak dia sudah mula rasa geram.
“Sebenarnya
makcik saya kerja sebagai pembantu rumah di rumah tu. Malam saya sampai kesana,
masa tu jam 9 malam. Masa tu makcik saya ada, ahli keluarga Mirza pun semua
ada. Iparnya dan anak saudaranya juga ada bermalam di sana kerana abang kepada
Mirza ke Bandung. Jadi kami bukan berdua. Kami tahu batas kami, dan kami tahu
halal dan haram”, sambung Qibthiya tenang.
“Tetapi
bukan tak manis ke anak dara ke rumah lelaki malam-malam?”,
“Selepas
dinner, saya ada melamar Qibthiya ketika dalam kereta. Jadi dia setuju, saya
bawa terus dia ke rumah sebab nak share berita gembira tu. Perasaan masa tu
tengah excited sangat, tu je minda sempat fikir. Lagipun dari dulu lagi dia
bukan orang luar, rumah tu dah macam rumah dia. Saya rasa tu tak menjadi isu”,
“Tahniah
untuk korang berdua. Agaknya bila majlis tu akan berlangsung?”,
“InsyaAllah
dalam masa terdekat, saya pun dah tak mahu lama-lama. Akan saya beritahu
nanti”,
“Pesanan
encik kepada tukang pembuat cerita?”,
“Saya
sebenarnya malas nak bergaduh tapi benda ni melampau. Kalau orang tak tahu
cerita sebenar, nama saya dan bakal isteri punah ranah. Kerjaya kami hancur.
Jadi saya tahu si pembuat cerita tu siapa, nantikan surat dari mahkamah.
Mungkin orang sebegini perlu diaajar sekali sekala”,
Seusai
sesi soal jawab dari wartawan, Mirza menarik nafas lega. Qibthiya pun sama.
Nazir adalah orang yang paling lega kerana nama boss kembali bersih. Cuma Nazir
terkejut kerana dia juga baru tahu tentang lamaran tersebut.
Pesanan
ringkas dari ibu yang berada di kota London dibalas ringkas. Dia tidak mahu
ibunya risau, lagipun semuanya sudah selesai.
“Awak..
nanti boleh hantarkan saya balik? Saya datang dengan kawan tadi”, tanya
Qibthiya kepada Mirza yang asyik memandang telefon.
“Boleh
sayang”, senyuman dihadiahkan.
-------
Sambungan
perbualan dalam kereta....
“Ehh...”,tak
tahu nak kata apa.
“Apa
ehh? Bukan tak biasa balik rumah saya”,
“Dulu
tak pe lah, sekarang saya tak kerja dengan awak dah. Nanti orang kata apa
pulak”,
“Biar
jelah apa orang nak kata. Apa kata awak kerja balik kat rumah saya. Saya rasa
lain la kalau awak tak ada. Susu tak dihantar, pakaian kotor saya kena angkut
sendiri. Kalau awak ada senang. Lagipun sambal sedap tu habis dah. Boleh mantan
cik maid?”,
“Jadi
bibik awak? Tolong sikit. Saya ni nak fikir masa depan jugak. Dari jadi bibik
awak,sampai bila la saya punya generasi tak berkembang. Tunggulah nanti saya
tua, anak-anak saya dah besar , masa tu pula suami dah tak ada... saya pergi la
jadi bibik lagi”,
“Kalau
awak duduk je kat situ tak boleh? Awak pergi la kerja awak, tapi balik ke rumah
tu. Kira duduk situ la senang”,
“Tak
boleh. Awak ni gila ke apa. Ada pulak macam tu”,
“Awak
.. boleh tak saya nak jaga awak?”,
“Ehh
bukan ke tadi awak suruh saya jaga kebajikan awak? Sekarang awak nak jaga saya
pulak?”,
“Awak
jaga saya.. jaga saya sebagai suami awak. Dan saya..saya jaga awak sebagai
isteri saya. Kekasih halal saya. Awak sudi tak?”, Mirza memandang Qibthiya.
Qibthiya
kelu, seakan bermimpi lelaki yang sudah lama mengetuk pintu hatinya ini
melamarnya.
“Ouchh!
Apa ni!”, Qibthiya mengaduh apabila Mirza mencubit lengannya.
“Awak
tak mimpi. Sudi tak?”,
“Awak
betul-betul ke nak saya ni?”,
“Betul
la,bukan awak dah tahu ke saya memang jatuh cinta dah kat awak?”,
“Oooo...emmm...
bila?”,
“Bila
apa?”,
“Bila
nak masuk tanda?”, tanya Qibthiya. Mukanya serius. Mirza tersenyum dan matanya
dikenyitkan pada Qibthiya. Lama kelamaan Qibthiya tersenyum malu.
Mata
Mirza memandang cermin pandang belakang, kelihatan kereta Amir masih mengekori
dari jauh. Mirza menekan pedal minyak dan masuk ke kawasan perumahan. Setibanya
di hadapan rumah, pintu pagar terbuka dan kereta Mirza meluncur laju masuk ke
perkarangan rumah. Dia mahu menyampaikan berita gembira kepada keluarganya
dalam masa yang sama dia tahu Amir mungkin merancang sesuatu. Mirza peduli?
Tak.. langsung tak goyang...goyang...goyang...ehh...goyang ~~~
p/s: aku tahu pembaca dah muntah darah dah baca,terfikir-fikir bila nak habis.kan?kan? haa..berita baik, 1 episod je lagi. ^_^ *erk~!
Monday, 1 October 2012
Cik Maid, I Need You! Ep5
Sambungan daripada Cik Maid, I Need You! Ep4
“Assalamualaikum,
morning uollss..”, tegur Mirza pada papa dan mama yang sedang bersarapan. Mereka
angguk tanda dengar.
“Terima kasih Mak Minah”, ucap Mirza ketika
Mak Minah menuangkan jus oren ke dalam gelas.
“Hari
ni balik lambat?”,
“Hari
ni macam biasa la papa, tak ada meeting so waktu pejabat jelah. Kenapa?”,
“Papa
dengan mama nak ke Terengganu beberapa hari, tengok resort kat sana. Mirza
wakilkan kami ke rumah saudara Mak Minah ye esok? Anak sedara dia kahwin katanya”,
Mirza
tersedak, spontan tangan mama Mirza menepuk belakang anak bongsunya.
“Ish..selekeh lah makan macam ni. Tak kacak tau tak..”,bebel mama.
“Kah...kahwin
papa? Ermm sapa?”,tanya Mirza.
“Entah,
Mak Minah lupa bawakan kad. Pergi jelah, suruh Zie tempah apa-apa hadiah
sebelum pergi”, arah papa.
“Ok
papa”, balas Mirza. Dia mula gelisah.
-----
Suasana
kampung yang cukup meriah, kelihatan beberapa buah kanopi dipasang di halaman
rumah. Tema marine blue dan dusty pink gamaknya jika tengok pakaian dan warna
meja makan pengantin.
“Ni
anak Tan Sri Ismail kan?”, tegur salah seorang pakcik. Mirza angguk dan senyum, “masuk nak, jangan segan-segan”,jemputnya.
Kaki
Mirza menggigil, dia bimbang tidak dapat menahan perasaannya jika betul ini
majlis perkahwinan Qibthiya. Perasaan bercampur baur, matanya memandang
sekeliling ketika masuk ke dalam rumah. Kelihatan Mak Minah sedang memberikan
bunga telur kepada tetamu. Mirza menghulurkan hadiah kepada salah seorang ahli
keluarga mungkin kerana pakaian mereka sama. Dia duduk di tepi beberapa orang
lelaki yang sedang duduk berbual, ditepinya merupakan pelamin yang sederhana
besar. Pengantin tiada,entah kemana.
“Mana
pengantin?”,tanya Mirza kepada beberapa orang lelaki tersebut seraya tangan
dihulur untuk bersalaman.
“Tukar
baju, lepas ni nak makan kat depan pulak katanya”,
“Siapa
yang kahwin? Maksud saya pengantin perempuannya tu”,
“Ohh,
adik abang. Yang nombor empat,Yaya”,
“Yaya?
Qibthiya?”,tanya Mirza seakan terkejut.
“Amalia..Qibthiya
tu sepupu kami”,
“Macam
tu..”,senyuman di bibir Mirza terukir. Matanya mula galak mencari kelibat
Qibthiya, mesti dia datang pada majlis hari ini.
“Assalamualaikum......”,
satu suara datang dari arah pintu.
“Hah
wasalam,lambatnya kamu sampai Thiya...”,
“Sorry
la mak ngah,Thiya datang dengan orang lain. Tu la lambat”,
“Mananya
dia? Pakwe la tu”,
“Gedik
la mak ngah ni, ni haaa...”, tidak lama kemudian Amir masuk ke dalam rumah.
Mirza tersentap dan terus bangun dari duduk. “Ehh, Encik Mirza”,tegur Qibthiya.
“Makcik,
saya balik dulu. Ni papa kirim,dia tak dapat datang”, dihulurkan satu envelope
kepada makcik yang merupakan ibu pengantin perempuan.
“Buat
apa ni, tak payah lah”,
“Ambillah,buat
topup belanja ni. Mintak diri dulu makcik”, tangan dihulur.
“Tak
makan dulu ke?”,
“Takpelah,pekerja
call kata client tunggu. Pergi dulu”, dalih Mirza lalu berlalu di depan
Qibthiya dan Amir.
“Huh!
No smile again..and again~~~~~~!”, cemuh Qibthiya dalam hati setelah Mirza
berlalu dari tepinya. Qibthiya menyampah apabila melihat Mirza, rasa benci
meluap-luap. Kenapa tegur tadi kalau benci? Tu tanda dirinya masih manusia
normal yang hormat bekas majikan.
Amir
hanya senyum.
“Future
husband konon...”, kata Amir perlahan.
Mirza
sempat mendengar ayat yang keluar dari mulut Amir, dia teruskan langkahnya
tanpa berpaling.
“Argghhhh~~~
Sia-sia jelah aku duk ingat kau perempuan. Kau rupanya semangat dengan Amir tu.
Berambuslah korang!”, jerit Mirza kuat. Mujur biliknya kedap udara. Dia
terbaring di katil,matanya ditutup rapat.
------
“Mama
dari mana pulak ni?”, tanya Mirza sebaik sahaja melihat mamanya
termengah-mengah menjinjing beg kertas. Nampak gaya baru lepas shopping sakan.
Dah tahu pun tanya lagi ~~~~
“Beli
barang sikit. Ehh Mirza tak ada jumpa Qibthiya ke?”,
“Ada,minggu
lepas kot. Masa pergi kenduri”, jawab Mirza malas. Matanya terpaku pada majalah
Maskulin edisi terbaru.
“Lah,tak
jumpa dah lepas tu? Pergilah ajak dia keluar ke apa. Tadi pun mama shopping
dengan dia la. Bawa jumpa kawan-kawan mama,ramai je yang berkenan nak buat
menantu”,
“Ikutlah
mama.. tak berminat pun nak keluar dengan dia. Dia lama hilang tak ada pula dia
cari kita,kerja sakan. Esok lusa menikah pun lupa kita jugak tu”,
“Setakat
kerja tepi rumah dia je,apa sangat la sibuknya. Pandai je cakap dia nak
kahwin,dia kata kat mama yang dia belum ada yang punya lagi tau”,
“Ohh
ye..umm...”,matanya masih menatap majalah tetapi fikirannya sudah terbayangkan
wajah Qibthiya.
Deringan
telefon mematikan imiginasi kreatif di minda Mirza, deringan bukan main panjang
tapi mesej saja yang masuk.
“Chow
dulu mama,jumpa kawan jap”, dahi mamanya dikucup lembut. Segera anak kunci
motor berkuasa tinggi dicapai, dia melangkah keluar dari rumah.
Pusat
‘karok’ kelihatan lengang pada ketika itu,mungkin kerana malam masih muda. Ohh
cop~! Ni pusat berlesen , tak ada lesen tak main lah kan. Kakinya terus
melangkah masuk ke salah sebuah bilik ‘karok’, langkahnya terhenti sebaik
sahaja melihat Amir sedang duduk minum.
“Lambat
betul kau,yang lain dah lama dah”,
“Bunyi
macam ramai,bertiga je...?”,balas Mirza seakan perli apabila disapa oleh Nazir.
“Jap
lagi ada la yang lain. Aku kenalkan,ni Amir. Dia kawan aku masa menengah atas
dulu. Amir,ni boss aku Mirza”,Nazir perkenalkan keduanya. Mirza hanya angguk
dan Amir senyum sedikit.
Mirza
mengambil tempat duduk betul-betul depan Amir. Nazir pula ditengah-tengah,
tiada siapa menyanyi. Hanya Nazir yang buka topik perbualan, tidak lama
kemudian Nazir menjawab panggilan telefon. Ditinggalnya Mirza dan Amir sahaja
di dalam bilik tersebut. Mirza hanya senyap sambil makan kacang.
“Tak
sangka la aku,dalam dunia sekarang ni ada juga orang yang over confident”, mula
Amir. Matanya menatap terus pada wajah Mirza yang cukup pakej, “setakat rupa
dan duit ada bukan menjanjikan boleh dapat semua. Future husband.. hahaha..kelakar”,
“Kelakar?
Gelak la lagi kalau kelakar. Setakat hahahaha tiga empat kali mana cukup”,
balas Mirza pula.
“Apa
khabar jiwa kau bro? Punah ranah dah? Cantum dah?”,
“Bila
pulak retak?”,
“Belum
retak ke? Kalau aku kata Qibthiya dah setuju nak jadi isteri aku,retak tak? Ke
belum?”,
“Bro,aku
rasa la kan..ni aku just rasa la.. dulu masa mak kau pregnant,dia nak baby
girl. Tapi dapat kau,tu mulut kau macam tu. Macam perempuan, pot pet..pot pet.
Senyap sudah lah.”, Mirza tersenyum sinis,makin rancak giginya mengunyah kacang
di dalam mangkuk. Dicapai juga kentang goreng yang terhidang,dikunyah lagi.
Matanya menikam mata Amir.
“Orang
kalah kan..ayat pasrah je”,
“Kalau
kau rasa kau boleh ambil dia,kau ambil la bro. Aku tak suka sangat bersaing
berebut benda yang satu. Silakan..tu pun kalau kau dapat. Tapi aku rasa setakat
kau,tak kot”,
“Aku
akan dapat apa aku nak”,balas Amir angkuh. Disilangkan kakinya lalu bersandar
diatas sofa empuk sambil berpeluk tubuh.
“Kat
dunia ni,kita macam boneka. Kau tak boleh nak buat kau punya cerita,sebab kau
diarah untuk lakonkan apa yang ada dan bercakap apa dalam skrip. Jadi,simple je
aku nak kata.. kita boleh dapat apa kita nak tapi kita tak boleh terlalu
berharap sebab ada lagi tukang penentu kat atas sana. Lagipun aku rasa dia
boleh nilai baik buruk yang ada pada seseorang”, jelas Mirza panjang.
Kini
dia sudah berdiri,panas sudah mungkin kerusi. Duduk pula depan orang yang dia tak
suka,hangus~!
“Dan
kau,tak payah nak tunjuk baik sangatlah.. Apa kau fikir ye? Cakap dia awek
la,future wife la. Tapi bohong semuanya,malu la sikit. Mengendap pada orang tak
sudi”,
“Hoho..listen,aku
tak pernah cakap pun kan aku tak suka dia? But yes, I really like her, love her. Tapi
aku tak ada la nak ambil kesempatan nak merosakkan orang kan”,
“Heh..
tak payah jadi malaikat..”,
“Amir
Jamri.. aku bukan macam kau bro. Nampak nerd tapi hero ranjang, biar orang
kenal aku macam ni dan tahu aku macam mana. Tak perlu susah-susah nak pakai
topeng kat muka”,
“Maksud
kau?”,
“Kau
ingat aku tak kenal ke kau? Amir Jamri,budak Gopeng. Awek keliling pinggang,
masuk satu pesakit cun kau sapu..masuk lagi kau sapu.. Datang yang nak gugurkan
kandungan,kau gugurkan walaupun darah daging kau yang kau bunuh tu. Manusia
jenis apa ye kau..”,
“Kenapa
gaduh macam perempuan nih... Haish~!”, detik hati Mirza tiba-tiba. Sempat
lagi~!
Melayang
penumbuk di muka Mirza saat fikiran Mirza melayang entah kemana seketika tadi,Amir
mula berang. Mirza terduduk di kerusi, tangannya menyapu sedikit darah yang
mengalir di tepi bibir. Terkejut kau~!
“Sakit
hati bro? Benda betul.. Kalau kau nak Qibthiya,pastikan kau ubah perangai kau.
Kalau tak,aku tak benarkan kau sentuh dia pun. Sebab aku rasa aku lagi layak”,sambung
Mirza lagi.
“Kau
memang nak mampus hari ni kan,kau ingat aku peduli kau tahu pasal tu semua? Kau
rasa Qibthiya nak percaya kata-kata kau? Dia tak akan percaya pun sebab dia
tahu sekarang yang kau lagi teruk. Kau tahu apa dia tahu?Aku beritahu,kau dah
buntingkan Misya. Misya datang nak gugurkan kandungan kat klinik aku sebab kau
suruh. Kau rasa dia tak jijik dengan kau?”, tangannya kuat menggenggam kolar
baju Mirza.
“Misha
mengandung? Bukan aku yang buat”,
“Memang
la bukan kau buat,tapi aku. Dia mengandung anak aku.. Haha..Kau tak payah nak
berangan la nak cakap pada Qibthiya,aku rasa diludahnya muka perosak macam kau
ni”, Amir ketawa terbahak-bahak.
Kali
ini Mirza pula menolak tubuh Amir kuat,terlepas tangan Amir dari kolar baju
Mirza. Beberapa penumbuk hinggap di muka dan tubuh Amir,Mirza lepas geram.
“Kau
lagi hina dari binatang!”,jerit Mirza. Amir hanya ketawa.
Mirza
berlalu kearah pintu keluar,dia tidak mahu memandang wajah Amir lagi. Pintu
ditarik,ternyata Nazir dan Qibthiya betul-betul berada di depan pintu.
“Thiya..!”,
panggil Amir,ketika itu ketawanya mati.
“Tak
sangka awak macam ni Amir, awak buat saya jijik dengar nama Mirza. Serba serbi
benda buruk awak cerita pada saya tentang dia. Kenapa? Macam ni ke kawan?”, air
mata Qibthiya luruh.
Mirza
sudah tidak mampu berada disitu,sakit kena pukul lagi,sakit tengok orang yang
dia sayang sedih lagi. Dia terus berlalu dari situ meninggalkan mereka semua.
“Thiya,
I’m so sorry. I buat semua ni sebab I sayang you. Dari dulu lagi,dari kita
study lagi”,
“Masalah
sekarang ni awak dah menipu. Kenapa sampai nak kaitkan Mirza?”,
“He love you! Tapi...tapi I lagi sayang you”,
“Kau
dah memalukan aku sial~!”,bentak Nazir. Ditumbuk lagi muka Amir,kini Amir
terjatuh. Qibthiya hanya mampu melihat, jiwa kacau. Dia melangkah keluar dari
tempat itu dan memandu pulang. Entah apa yang dia patut rasa ketika itu,
mempercayai orang yang salah.
Beberapa bulan
sebelum...
“Hye
Thiya, lama tunggu? Sorry pesakit ramai tadi”, sapa Amir ketika berjumpa
Qibthiya di restoren. Mereka sudah berjanji nak lunch sama-sama pada hari ini.
“Sokey,
tak kisah pun. Kerja okey?”,
“Okey
je,penat sikit lah. Dengar kata dah berhenti kerja? Kenapa? Sekarang kerja kat
mana?”, soal Amir.
“Macam
polis tanya soalan. Sekarang kerja kat rumah. Parents ada buka pusat kesenian.
Jadi saya urus kat situ”,
“Menarik
je bunyi. Kerja rumah Tan Sri Ismail tak best ke?”,
“Best,
mereka baik sangat. Encik Mirza pun sama. Baik sangat..”,
“Encik
Mirza? Future husband awak tu?”,
“Sebenarnya
saya menyamar je jadi kekasih dia. Hehe”,
“Owh,
bagus juga awak tak kerja kat situ. Risau saya”,
“Kenapa?”,
tanya Qibthiya curiga.
“Mirza
tu terkenal dengan full package dia. Bukan pakej dalam bisnes je, pakej kotor
pun expert”,
“Tak
faham. Awak cakap straight boleh?”,pinta Qibthiya.
“Dia
tu kaki perempuan la Thiya. Ramai awek , bila dia dah rosakkan dia tinggal la.
Perempuan pulak beratur nak dia walau tahu dia macam tu. Saya dapat tahu dari
kawan saya, malam awak temankan dia dinner tu dia ada plan”, Amir berhenti
seketika. Wajah Qibthiya dipandang.
“Malam
tu patutnya dia kendurikan awak, tapi plan dia hancur sebab awak sakit malam
tu. Kalau tak, habis dah awak ni”,sambung Amir.
“Ish,
tak baik tipu.. Dia tu baik lah. Malam tu dia jaga saya baik. Tak baik fitnah”,
Qibthiya tak percaya kata-kata Amir. Tapi dia sangsi juga.
“Tu
atas awak la nak percaya ke tak. Hah lagi satu, Misya. Kenal kan? Kawan Mirza.
Dia ada datang ke klinik saya hari tu. Nak gugurkan kandungan. Saya tak nak
buat, saya tanya siapa suruh dia buat. Dia kata Mirza. Mirza bayar dia 200 ribu
untuk gugurkan, dia siap tunjuk cheque depan saya lagi. Saya pun tak nak
percaya tapi tu lah, power of money”,
Bulat
mata Qibthiya mendengar apa yang disampaikan. Sebelum itu dia ada terjumpa
Misya, memang Misya kelihatan tak sihat. Qibthiya mula rasa benci terhadap
Mirza. Depan baik, belakang syaitan~!
Amir
tersenyum melihat Qibthiya yang kelihatan tidak tenang.
p/s : minta maaf kalau tak kena dengan selera pembaca,akan tamat beberapa episod lagi. T_T
p/s : minta maaf kalau tak kena dengan selera pembaca,akan tamat beberapa episod lagi. T_T
Subscribe to:
Posts (Atom)