Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 3 July 2011

CORETAN PERTAMA

Cerita di dunia terlalu banyak untuk dikongsi, didengari, dibaca, ditangisi, dan  diambil pengajarannya. Ada kemungkinan cerita yang kamu baca adalah sama dengan memori silam cuma berlainan nama wataknya sahaja. Mungkin juga, cerita yang kamu baca terkena dengan jiwa kamu yang sedang kacau.Antara hidup atau mati mahupun memori ataupun kisah kamu, ini hanyalah coretan semata-mata.

Coretan dari gerakan tangan yang menaip mengikut rentak jiwa dan perasaan penulis. Coretan tentang kehidupan yang akan membuat jiwa kamu akan turut sama hanyut dalam khayal penulis. Coretan tentang kasih, sayang dan cinta yang ironi dengan nafas kita.

Maafkan si tangan yang menaip andai ada jiwa yang terjentik, ada amarah yang datang dan  air mata jernih yang mengalir. Tangan penulis hanya  menari, jiwa penulis hanya menyanyi dan kamu akal si pembaca menerima apa yang baik dan memikirkan keburukan yang keji.

2 comments

wahhhhhhhhhh pink blog nokksss hihi..

keh keh... :P

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...