Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday, 30 July 2011

RAMA-RAMA DAN KUMBANG

'alahai, makcik ini lagi'!' susun gelas di rak. 

"hai you." dongkat dagu di meja. 

"hurm. assalamualaikum. nak apa?" buat-buat sibuk. 

"wah. garanglah you nie but i like! wa'alaikumsalam. you, i nak macam biasa yer" kuis bahu. 

"okay. duduklah dulu." bancuh milo. 

"you ini hensemlah. kenapa you taknak jadi model? dengan muka you ini, you boleh jadi international model tahu." merenung goda. 

"awak, awak nak ker muka awak yang cantik itu kena air panas? bagus awak duduk kat meja itu sementara saya siap buatkan milo awak yang cerewet ini." sinis. 

"you ini!" hentak kaki dan menjeling. 

"you ini! tergedik-gedik' mencebik. 

"youuuu! i dengar tahu. sampai hati you kata i tergedik-gedik. bencilah macam ini! air itu cancel! i nak balik." monyok. 

"okay. air milo cancel. saya boleh minum sendiri. hati-hati balik itu okay. bye!" hirup air milo. 

"arghhh!" hentak kaki dan beredar.


~|~|~|~|~|~|~

'aman plak sejak dua menjak ini. marah benar makcik itu dengan aku. siapa suruh nak tergedik tak bertempat.' senyum sendiri.

'alamak! masin pula mulut aku sebut pasal dia. haish, baru saja aku mahu menikmati keamanan dunia tanpa makcik gedik ini.' betulkan topi ke depan.

"hai you." senyum menggoda.

"hurm, assalamualaikum." menoleh ke arah lain.

"wa'alaikumsalam. tak baik tau, i penat-penat datang dari jauh, you taknak tengok muka i. kecik hati i." monyok.

"yer cik. cik nak pesan air ape? air milo yer? sila duduk sebentar yer." senyuman sinis.

"hah. macam gitulah. kan hensem you layan i gitu. romantik" pegang pipi.

"awak pergilah duduk dulu. saya nak buat kerje dulu." mengarah guna arahan mata.

"taknaklah. i nak tatap muka you yang hensem ini. hari ini i nak lepaskan rindu. you tahu tak kenapa i tak datang sini seminggu ini, i kena pergi outstation kat sarawak. tak sempat plak nak bagitahu you. mesti awak tercari-cari i kan." senyum manja.

"maaflah cik, saya tak tercari-cari awak selama seminggu ini. tapi saya rasa bahagia plak seminggu ini. bila awak nak out station lagi?" angkat kening.

"you nie. selalu buat i gini tahu. tapi takpe, hari ini saya tak nak merajuk dengan awak. kalau saya merajuk pun awak bukannya nak pujuk saya." mulut muncung.

"hurm, suka hati awaklah. nah. milo awak sudah siap. sila bayar kat kaunter." serahkan air milo.

"alaaa, kenapa you buat laju sangat. i tak puas nak tatap muka hensem you lah." mengambil air milo.

"sudah puas awak cakap? sudah puas tatap muka? saya banyak kerja nak buat ini. sebelum saya buat awak jadi macam air milo. bagus awak pergi bayar." tegas.

"wow garang. i suka tengok muka garang you. bertambah-tambah hensem! kih kih kih. besok i datang lagi okay. babai" flying kiss.

"gila!" geleng kepala.

~|~|~|~|~|~|~


"hello?" menjawab panggilan.

"hello you." suara manja.

"maaf? nak cari siapa?" berkerut dahi.

"you ini. i la. your regular milo customer." gedik.

"hah? awak? macammana awak boleh dapat nombor saya?" kaget.

"dari abang polis. keh keh keh." ketawa manja.

"arghh! awak nak apa telefon saya ini?" malas.

"nak manja-manja denga you boleh tak?" menggoda.

"hah?! awak jangan nak buat kerja gila. saya banyak kerja nak buat ini." rimas.

"you. lepas you habis kerja. kita dating okay." manja.

"gila! okay lah. saya nak buat kerja dulu. ada order. assalamualaikum." tutup panggilan.

"youuu... i belum habis cakap lagi ini!" called end.

tet tet tet.

'you ini! sampai hati tutup calling i tadi. lepas you habis kerja. kita dating okay.' hantar masej. senyum.

'gila punya perempuan!' off telefon bimbit.

~|~|~|~|~|~|~


"youuuuuuuuu....." mengejar.

'hah?! perempuan ini lagi. kecik sangat ke malaysia ini sampai kami perlu terserempak.' langkah laju menghilangkan diri.

"yoooouuuuuuuuuu..." tarik baju.

"hah! awak! erk. sorry tak perasan tadi. buat apa kat sini?" tak ikhlas.

"you sengaja nak larikan diri dari i kan. i tahu you sudah nampak i tadi. sampai hati you." monyok.

"erk. tak. saya betul-betul tak perasan awak tadi." sengih.

"ye ker? takpelah. i maafkan you. you dengan siapa nie?" tertinjau-tinjau.

"erk. saya. saya dengan. erk.. hurm. dengan dia! kamil! tunggu aku." berlari anak mendapatkan lelaki asing.

"you. kalau nak kelentong pun. biarlah cari lelaki yang i tak kenal. ini office mate i la. nama dia bukan kamil tapi zamri." merenung tajam sambil peluk tubuh.

"erk. hahh. hurm." senyum sengih.

"you jangan nak mengelak lagi. jom temankan i shopping!" rangkul lengan.

"haih! haram! jangan mengada nak pegang-pegang. jalan sendiri saja." beredar.

"erk. youuuu... tunggu i..." mengejar dari belakang.

~|~|~|~|~|~|~


"hai you! morning!" senyum manis.

"assalamualaikum. macam biasakan, duduk dulu okay." fokus membuat kerja.

"pandai you ini, tahu saja apa yang i nak tapi kali ini i nak order air ice lemon tea untuk kawan i okay. lemon itu lebih sikit, kawan i ini pelik sikit. dia suka masam-masam." berbisik.

"ice lemon tea, lemon lebih sikit?" kaget.

"entah-entah kawan awak mengandung kot. mengidam benda masam." mengambil lemon.

"eh! takdelah. kawan i belum kahwinlah, nak mengandung macamna. boyfriend pun takde tahu. sama macam i, single and available." manja.

"hurm, ye la. berapa banyak lemon dia nak ini? 2 hiris cukup tak?" mengambil pisau.

" kejap okay, i panggil kawan i. nanti i tanya dia berapa lemon dia nak." melambaikan tangan. memanggil.

'tak kan dia.' terdiam.

"you. ini kawan i. best friend forever and ever. BFFAE gitu. kenalkan." senyum.

'dia.' merenung. diam.

                          'dia.' kelu.

"you? awak? korang sudah saling kenal mengenal ker?" melihat ke dua-duanya.

                         "tak!" beredar.

~|~|~|~|~|~|~

masej.

'i nak jumpa you kat depan tasik after you habis kerje okay. waiting for you dear. muah!' hantar.

'gila perempuan ini. dia nak jumpa buat pa? mampos aku.' entah-entah pasal...' berfikir.

'baiklah. jumpa awak dekat depan tasik. 5.30 petang.' balas.


                                                . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

 "assalamualaikum. maaf lambat, ramai pelanggan tadi. lama da menunggu?" duduk di sebelah.

"walaikumsalam. it's  okay you. i pun baru sampai ini." membuka cermin mata hitam.

'pelik semacam jew perempuan ini hari ini.' berkerut.

"apa benda yang awak nak bincang dengan saya?" merenung.

"tentang kawan i." membalas renungan.

"kawan awak yang temph hari itu?" berpaling melihat tasik.

"yup! my BFFAE. i nak tahu kisah awak dengan dia." senyum sinis.

"saya andaikan dia sudah cerita segalanya dengan awak." sinis.

"no. dia tak cerita apa-apa pun. cuma, saya ada terbaca diari dia tentang kamu berdua. kisah lama." melihat tasik.

"diari? dia tulis segalanya dalam diari? apa dia tulis?" tertanya-tanya.

"kenapa awak tinggalkan dia? awak tahukan dia cintakan awak?" menjeling tajam.

"cinta tak semestinya bersama wak. cinta itu hanya suatu perasaan. sekarang ini pun saya dengar dia akan berkahwin hujung tahun ini kan." capai rokok.

"yup. akan berkahwin dengan orang yang dia tidak cintai. by the way, please do not smoking." mengambil rokok dan remukkan.

"saya minta maaf. awak, jodoh itu rahsia Allah. bercinta bertahun lamanya tapi jika bukan saya yang tertulis untuk dia, kami tetap tidak akan bersama." tenang. pasrah.

"begitu mudah untuk you menyerah? after all you and her have been through and now u are surrender?'' senyum sinis.

"saya lebih rela mengundur diri daripada mengajar bakal isteri saya menjadi anak derhaka." berdiri.

"anak derhaka? u meant that you tak diterima oleh family dia?" berkerut dahi.

"sudahlah wak. orang itu pun da nak kahwin. jangan kusutkan fikiran dia lagi. saya balik dulu. assalamualaikum." melangkah.

"wait. how about your feeling? i mean, your love? do you still love her?" berdiri.

"sampai saya mati pun saya tetap sayang dia tetapi cinta saya hanya untuk 'dia' yang sudah tertulis untuk saya. assalamualaikum." pergi.

'cinta itu pelik.' merenung kepergian. mengenakan cermin mata kembali.

~|~|~|~|~|~|~

"tadi saya ada jumpa dia. bekas kekasih awak." merenung luar jendela.

"maksud awak, lelaki yang kerja dekat restoren itu?" berkerut.

"iya." memusingkan badan.

"bagaimana awak tahu dia adalah bekas kekasih saya? dia bagitahu awak ker?" merenung.

"tak. saya yang ajak dia duduk berbincang dengan saya. awak, saya minta maaf. saya baca diari awak." tunduk.

"awak baca diari saya? awak tahu tak apa yang awak buat ini?! awak ceroboh hak saya!!" dada berombak kencang.

"saya tahu wak. saya minta maaf. saya betul-betul minta maaf." memegang tangan.

"berapa lama sudah awak baca diari saya?" mengundur setapak.

"nak masuk tiga bulan." tunduk.

"sampai hati awak kan. selama ini saya percaya awak tapi ini yang awak buat dekat saya. tiga bulan wak. selama tiga bulan you act like nothing happen! tiada sedikit rasa bersalah pun kan. hebat wak. hebat!" tepuk tangan. sinis.

"maafkan saya wak. hari itu saya nak cari novel baru awak tu, then saya terjumpa diari awak. saya baca one page, tapi lama-lama saya tertarik tentang kisah lama awak. kisah awak dengan dia. sampai saya tak sedar saya khatam semua apa yang awak tulis. saya minta maaf wak." bergenang air mata.

"jadi, tempoh hari awak bawa saya pergi restoren tu sebab nak jumpakan saya dengan dia?" mengeluh berat.

"ya. saya nak awak betulkan kesilapan awak sebelum awak buat silap yang lagi besar dengan mengahwini orang yang awak tidak cintai." memegang tangan.

"saya tidak buat silap wak. inilah yang dinamakan jodoh. jodoh saya dengan dia sudah habis dan kini yang ada hanyalah jodoh saya dengan tunang saya. jodoh yang sudah tertulis." duduk.

"tapi bukankan awak amat mencintai dia? you still love him right. fight for your love dear." genggam pegangan.

"cinta itu di depan mata saya, iaitu tunang saya wak. bukan mudah untuk saya lupuskan cinta saya dengan dia. tapi saya kena terima hakikat yang dia bukan imam saya. and now, saya boleh rasakan erti cinta manusia apabila bersama tunangan saya dan kisah kami dulu banyak mengajar saya tentang kehidupan yang lebih baik antara saya dengan tunang saya." senyum ikhlas.

"are sure dear?" merenung dalam.

"i'm pretty sure dear. terima kasih wak." peluk.

"erk. apasal awak terima kasih dengan saya? sepatutnya awak masih marah saya sebab baca diari awak." tercegang.

"terima kasih sebab selama ini diari sahaja menjadi pendengar saya tapi hari ini saya ada awak dan kerana awak juga saya sedar yang saya betul-betul sudah lepaskan dia. satu perasaan lega dan redha." peluk erat. menangis.

"kalau awak sudah lepaskan dia, saya ambil dialah. dia hensem apa. bolehkan. kih kih kih. saya cuba ada untuk awak wak." senyum nakal. eratkan pelukkan.

"ha ha ha. awak ambillah dia wak. he is a nice guy. dijamin dan dicopkan oleh saya!" kenyit mata.

"ha ha ha. gila! dia sudah cop saya perempuan gedik tahu selama saya menjalankan misi saya ini." muncung.

"gedik? awak gedik? awak ini bukan gedik tapi manja dan nakal. tapi." gelak.

"tapi apa wak?" berkerut.

"adalah gedik sikit." lari masuk bilik.

"awakkkk!" baling bantal.

~|~|~|~|~|~|~

monolog.

'boring plak semenjak dua menjak ini.' mengeluh.

'ragam pelanggan pun takde ape yang menarik hari.' mengambil gelas.

'nak balik awallah hari ini.' meletakkan milo.

'rasa macam nak pergi tasik plak.' mengambil susu pekat.

'lama sudah tak relax-relax.' tuang air panas.

'hurmmm...' minum milo. 

'erk. apasal aku minum milo ini. aku bukan suka milo pun. aku adalah peminat coffee kipas berani mati. what's happen to me??'' tersedar. meletakkan milo di meja.

'hurm. lama sudah perempuan gedik itu tak pergi sini plak.' duduk.

'entah-entah dia merajuk kot sebab aku tak balik dengan kawan dia.' mencapai telefon bimbit.

'tak pun dia out station.' melihat telefon bimbit.

'atau pun dia sakit. bagus aku masej dia.' membuka bahagian masej.

'haish. apasal plak aku fikir pasal dia ini. aku sudah gila. argh!' genggam telefon bimbit.

'tapi aku...' mengeluh.


masej.

'assalamualaikum awak' hantar.

~|~|~|~|~|~|~

monolog.

'apasallah bos ini bagi kerja banyak sangat.' buka lembaran kertas.

'kerja yang perumahan itu pun belum siap, mengada nak bagi aku tander lain.' muka masam.

'kalau dia nak sponsor aku air milo takpe gak. ini...' membebel.

'air milo? air milo...'  sayu.

'lama tak minum air milo diadia tu bukan suka kat aku. sudahlah cakap aku perempuan gedik. manalah ada orang lelaki suka.' mulut muncung.

'tengok, aku hilang berminggu-minggu, bukan reti nak masej ker, telefon ker.' kembung pipi.

'tak romantik langsung! entah-entah dia tak tahu guna phone dia.' peluk tubuh.

'muka saja hensem mengalahkan model tapi kalau diri itu tak reti nak guna telefon masej aku. baik bagi kat aku saja telefon itu, aku nak pergi gadai.' merenung tajam.

'bencilah dia! huh! ' monyok.

'benci? erk. apasal aku ini. tak kan aku??' ' terkedu.

'aku cuma nak satukan kembali dua jiwa itu. apasal aku plak emo ini. tidak. tak mungkin aku. oh no. please Allah.' gigit kuku.

'aku tak boleh. dia mantan BFFAE aku.' geleng kepala.

'tapi, dorang juga cakap itu hanya kisah lama. masing-masing pun sudah saling melepaskan.' mengeluh.

'arghhh! apasal aku boleh biarkan dunia aku hanyut ini!' ' pejam mata.



tet tet tet.



'assalamualaikum awak.' membaca masej.

'tidakkkk! aku tidak percaya. dia bagi masej.' senyum lebar.

'apa aku nak buat ini. apa aku nak buat?? ' gigit bibir.

'taknak balaslah. nak jual mahal. kau cakap aku perempuan gedik yer. hah! sekarang kita tengok aksi lelaki gedik plak.' senyum nakal.

'erk. apasal aku happy sangat ini.' pegang pipi.

'ya allah. jika betul dia adalah salah satu perancang Engkau untuk aku.' mendonggak ke atas.

'aku redha ya Allah. ' senyum ikhlas.

'aku tak nak reply. uwekk!' ' menjelir lidah dekat telefon bimbit.

~|~|~|~|~|~|~

"assalamualaikum awak." duduk di sebelah.

"erk, you? buat apa dekat sini?" terkerut dahi.

"kalau ya pun, jawablah dulu salam saya. tak manis tahu tak jawab salam." kenyit mata.

"wa'alaikumsalam." melarikan pandangan mata.

"sorang saja? boleh saya temankan?" duduk di sebelah.

"you buat apa dekat sini?" merenung.

"aik, bukankah hari itu awak ajak saya keluar pergi tasik?" senyum nakal.

"erk, tapi itu sudah berabad lamalah." kembung pipi.

"tak kisahlah lama ker, baru ker. yang penting awak ajak saya kan." senyum.

"erk, hurm. ye la tu." muncung.

"awak merajuk ker? kenapa awak tak reply masej saya?" merenung.

"erk... masej? masej apa?" tunduk betulkan tudung.

"takkan awak tak dapat masej saya? atau.." mengecilkan mata.

"atau apa?" memandang.

"awak sengaja taknak replykan." merapatkan muka.

"erk. takdelah. hari itu i sibuk. sampai lupa nak reply." melarikan muka.

"hah! kantoi! kelentong saya lagi. tadi tanya masej apa, sekarang kata sibuk plak. awak sengaja tak nak reply kan." senyum.

"erk, apa-apa sajalah you ini. i nak balik." berdiri.

"tunggu dulu wak!" berdiri.

"apa dia?" peluk tubuh.

"nah. milo kesukaan awak perempuan gedik." menghulurkan air milo. senyum nakal.

"berani you panggil i perempuan gedik!" hentak kaki. capai air milo.

"bye perempuan gedik. jangan lupa datang esok dekat restoren tahu. assalamualaikum." kenyit mata.

"arghhh! tak nak datang! uwek!!" menjelir lidah. berpaling.

"tarik lidah itu baru tahu. bye sayang. saya tunggu tahu." senyum. beredar.

"huh! tak nak datanggg!" kembung pipi.

monolog.

'tak nak datang esok. biarlah! biar dia jadi lelaki gedik plak lepas ini.' mulut muncung.

'kalau dia tak nak datang esok. sedialah kemunculan aku dekat office dia esok.' senyum bermakna.  


TAM.MAT

4 comments

13:52

- cerite benar? atau separa benar?

14:26

kisah benar latew..

macam gua pernah nampak ini cerita. tapi di mana ya?

adakah ini PK??
hahaha

tiba2 rasa nak minum melo lak... :O

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...