Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Monday 25 July 2011

TERUS BERTAHAN

qabil merenung budak lelaki yang bermain dibuaian. terukir disenyuman melihat ketawa riang kanak-kanak tersebut. tak lama kemudian, muncul budak perempuan berambut paras pinggang berbaju kuning. qabil yang duduk di bangku taman tersebut melihat karenah budak lelaki yang memberi peluang kepada budak perempuan untuk mengambil alih buaiannya. selang beberapa minit, budak lelaki tersebut membantu budak perempuan mengayun buaian sehingga budak perempuan tersebut ketawa keriangan. qabil tersenyum, sejenak kemudian senyuman dia mati apabila mengenangkan qaisyah.

~|~|~|~|~|~|~

"awak jangan tipu saya! awak ade affair dengan misha kan! awak jawab!" badan qabil terundur kebelakang sedikit apabila ditolak oleh qaisyah.

"berapa kali abang nak bagitahu sayang, abang dengan misha hanya kawan. takde lebih dari itu." qabil cuba memegang bahu qaisyah tapi ditepis.

"awak tipu! awak ingat saya buta ker! awak ingat saya tak tahu awak keluar berdua dengan dia hari sabtu lepas!! awak penipu!!!! lelaki curangggg!!!!!" qaisyah bagai dirasuk.

"sayang. sayang! listen to me!! abang dengan misha hanya kawan. misha nak bertunang next month. hari itu abang hanya tumpangkan dia sebab kami sama-sama nak pergi mall, dalam masa yang sama, dia nak pergi jumpa bakal tunang dia iaitu kawan abang sendiri si akmal. why you don't give me a chance to explain it before you called me a liar!" qabil bingkas bangun lalu tinggalkan qaisyah seorang diri.

~|~|~|~|~|~|~

lagu my destiny berbunyi berkali-kali di telefon bimbit qabil untuk di angkat. tetapi qabil hanya kaku merenung kanak-kanak dibuaian. sedang qabil leka memikirkan sifat cemburu buah hatinya yang tak bertempat, seorang wanita dalam lingkungan 30-an duduk disebelahnya. senyuman bertukar antara wanita dan qabil.

"tengah jaga anak ker?" lembut pertuturan wanita tersebut.

"erk, takdelah. saja duduk kat sini. rindu zaman kanak-kanak. semuanya indah, tak perlu fikir tentang masalah hanya perlu fikir nak main saja." qabil menghulurkan senyuman tawar.

"awak ada masalah ker? maaflah kalau saya busybody. anyway, i'm itah." itah menghulurkan tangan.

"saya qabil." tangan disambut.

"itu anak saya. qalisyah. kami selalu pergi sini setiap petang." jari telunjuk itah menghala ke budak perempuan berbaju kuning.

"anak awak ker? comel. dari tadi saya tengok dorang." mata qabil masih menatap qalisyah. dalam hati qabil bercampur baur apabila mendengar nama anak itah hampir sama dengan nama buah hatinya, qaisyah.

"dialah madu tapi dia bukan racun. she is my only daughter, the only one. ayah dia sudah meninggal dunia 2 years ago. tinggallah kami dua beranak untuk teruskan hidup dengan kasih sayang yang tinggal." senyuman itah bagai dipaksa.

"i'm so sorry." qabil menjadi sayu, wanita muda ini cukup kuat mengharungi hidup dua beranak dengan kasih sayang yang tersisa dari arwah si suami dan qabil merenung masalahnya dia dengan qaisyah. cinta muda tapi baginya cinta dia terhadap qaisyah adalah cinta matinya.

"it's okay. ajal maut ditangan Tuhan. ini baru dugaan kecil walaupun orang nampak ia bagaikan dugaan besar. awak, segala masalah ada penyelesaiannya. awak kena duduk sejenak, fikir hitam putih dan disebalik hitam putih itu pasti ada warna pelangi yang lain. saya doakan awak dapat selesaikan apa saja masalah awak dan satu benda lagi yang arwah suami saya selalu cakap dengan saya apabila dia dilanda masalah." lembut dan kemas bicara itah.

"apa dia?" qabil tidak sabar ingin mengetahui bicara selanjutnya.

"arwah suami saya selalu cakap, dia adalah lelaki, imam kepada makmum. segala masalah dia kena tentukan bukan untuk kepentingan diri sendiri, tapi untuk kebahagiaan makmumnya. jadi awak, sebagai orang lelaki, kena tentukan hidup awak, kena buat keputusan untuk semua masalah. okaylah, panjang lebar plak syarahan saya. sudah lewat petang ini, saya balik dulu. assalamualaikum." qabil menjawab salam dan menghantar itah yang memimpin anaknya dengan pandangan mata.

~|~|~|~|~|~|~

"sayang, we need to talk." qabil merenung qaisyah.

"about what? about your affair?" senyuman sinis qaisyah  berikan kepada qabil.

"sayang, please. sampai bila pun kita tak dapat selesaikan masalah kita kalau awak terus bersikap begini. boleh tak sayang beri kepercayaan kepada abang? boleh tak jangan ada curiga diantara kita? abang sudah penat." qabil meraup wajahnya yang tegang.

"abang sudah penat? abang tidak tahu hati sayang juga penat. penat dengan ketidakjujuran abang. abang anggap sayang ini apa bang? abang tidak bagitahu pun sayang apa yang abang buat. jadi apa gunanya sayang ini sebagai kekasih abang? apa bang? jawab!" air mata qaisyah mula bertakung.

"qaisyah!" dada qabil mula berombak menahan marah.

"dalam satu hubungan ada kepercayaan. dalam satu hubungan kena ada tolak ansur. dalam satu hubungan kena ada yang mengalah. selama ini abang saja yang mengalah, tapi sayang? sayang mahu abang laporkan segala aktiviti abang but you? did you do the same thing what i did to you? tidakkan." sinis bicara qabil.

"i love you and yes i did until now. abang cuba bertahan untuk hubungan kita sehingga sekarang. sehingga sekarang sayang tapi tolonglah jangan biarkan abang saja berusaha untuk  hubungan kita. tolang sayang, sebab cinta abang bukan mainan yang boleh tukar tangan untuk dimainkan. when i choose you, it means you are the best girl in my life. please sayang, beri kepercayaan kepada abang tanpa curiga." tangan qaisyah digenggam erat oleh qabil.

"tapi ada ada hubungan dengan perempuan lain." pelahan saja ucapan qaisyah setelah lama dia membatu.

"takde sayang. abang hanya ada sayang." qabil menarik qaisyah dalam pelukannya.

~|~|~|~|~|~

"wei. awat muram saja nie? qaisyah buat hal lagi yer?" farid menepuk bahu qabil.

"kenapa diam saja nie beb. betullah qaisyah buat hal yer? bukan kau sudah slow talk dengan dia ker?" kerusi di sebelah qabil diduduki oleh farid.

"sudah." jawab malas qabil.

"haish, aku tak tahulah macam mana kau boleh tahan dengan perangai makwe kau tu. kalau aku jadi kau, aku tinggalkan saja." farid meluahkan rasa ketidakpuas hatinya.

"cinta farid. cinta." qabil merenung jauh melihat air minumannya.

"aku harap dia berubahlah demi kau. kau lelaki baik, semoga kau dapat yang terbaik qabil." qabil hanya mampu mengucapkan terima kasih dengan kata semangat farid.

~|~|~|~|~|~

'sayang, abang on the way balik rumah.' lincah saja jemari qabil menaip masej sebelum menghidupkan kereta wajanya.

'sayang, i'm home honey.' sekali lagi masej dihantar kepada qaisyah.

qabil masuk ke dalam biliknya dan lepaskan penat di katil bujangnya. dia merenung telefon nokianya, namun tiada balasan dari qaisyah. qabil senyum tawar melihat siling biliknya dan menutup mata bersedia untuk masuk ke alam mimpi.

'sabar wahai hati. dia akan berubah dengan kuasa cinta juga nanti. sabar wahai hati.' lagu terjamah yang lain menutup pendengaran qabil dari bunyi asing yang lain.

6 comments

sedihnya!

sampai bila qabil dapat bertahan..

mawar, sila sambung~~

sad story! happy blogging :)

siti: :)

cassia: nak aku sambung ker? hurm. tunggu aku ada masa okay..

syafiqah: happy blogging dear..

sambung ar
kalau aku sambung nanti jadi lain lak...

hati kalau sudah lama menahan bisa mati... tapi cinta amat payah untuk pergi...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...