Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 23 October 2011

PLAN KACAU

aku seorang lelaki berumur 27 tahun. seorang yang tinggi, berwajah boleh mencairkan wanita diluar sana, badan ada cutting model lelaki, berkulit hitam manis, berkerja sebagai pengurus projek di satu syarikat swasta, berkereta perdana hitam dan kini aku dalam proses membeli rumah. cinta? aku punya cinta hati pada masa dulu. ya, perkenalan 2 tahun tapi tersadai sebab yang aku sendiri kurang pasti sebabnya. yang penting saat ini, aku mahu kumpul duit untuk beli rumah selepas itu baru aku nak fikir tentang kahwin. oh ya, aku sudah letakkan target untuk berkahwin pada umur 30 tahun, ada lagi 3 tahun untuk aku capai target aku, lagipun mak aku pun tak kisah sangat sebab aku lelaki. tambahan lagi, aku nak kumpul duit banyak-banyak sebab nak bawa isteri tercinta aku bulan madu di mekah, yakni nak buat umrahlah tu. cari keberkatan rumahtangga kata orang. itu target aku saja sehinggalah satu petang yang aman buat plan aku jadi kacau.

"ya allah!" baju aku basah lecun. habis secawan teh panas buat corak abstrak di baju kemeja aku.

"minta maaf encik, saya tak sengaja." seorang gadis berbaju kurung merah segera mengeluarkan tisu dari beg tangannya. mata aku terpaku pada keindahan seketika, alangkah bagusnya saat itu boleh diberhentikan untuk aku menikmati seraut wajah yang damai ini. cantik sungguh ciptaan Allah ini.

"encik, saya tak sengaja. saya minta maaf." gadis depan aku buat muka kesian. wahai cik adik ayu, engkau nampak comel bila buat muka gitu. cair hati abang. argh! aku harus sedar. aku tak boleh melencong dari plan aku, aku tak boleh jatuh cinta sekarang.

"lain kali mata letak depan! bukan letak belakang! mat! aku tak jadi lepak, lain kali saja. aku blah dulu." aku merengus pergi, program melepak ditangguhkan petang ini. entah kenapa bertindak kasar dengan gadis ayu seperti dia. argh, persetankan perasaan ini.

~|~|~|~|~|~

hari isnin adalah hari kelam kabut sedunia. ketika inilah jalan raya penuh dengan kereta dan sumpah serenah bagaikan rutin bagi yang terperangkap dalam kesesakan macam aku. jam di tangan aku menunjukkan pukul 7.50 pagi, aku ada masa 10 minit untuk cari parking. sesudah aku letak kereta kesayangan aku merangkap buah hati dan kekasih hati aku buat masa sekarang elok-elok siap lock lagi. aku dengan langkah laju menuju ke lif dan sekali lagi aku terlanggar. kertas kerja ditangan aku berselerak di lantai lobi.

"engkau lagi!" gadis yang melanggar aku petang semalam sudah pucat melihat aku.

"aku rasa kau patut jumpa doktorlah. mata itu letak kat depan. kau tahu depan? D-E-P-A-N! dekat sini!" amuk aku sambil tunjuk depan mata gadis itu. aku lihat mata gadis itu sudah bertakung, rasa bersalah pula aku menengking dia depan lobi. sesudah kertas kerja bertukar tangan. sekali lagi kata maaf dia bagi tapi aku masuk ke dalam lif dengan muka tegang.

"selamat pagi encik Aidil." senyuman kak mira menurunkan suhu kemarahan aku. kalau ikutkan bukan besar mana pun kesalahan gadis itu. lagipun, memang salah aku yang kelam kabut nak masuk lif sedangkan orang dalam lif belum lagi keluar. 

"selamat pagi kak mira. setiausaha sementara kak mira masuk hari inikan?" tanyaku mesra. oh ya, perkenalankan ini kak mira. setiausaha kesayangan aku. kak mira ini sedang mengandung anak pertama, kalau ikut due, 2 minggu lagi meletuplah perut kak mira dan aku terpaksa mengambil setiausaha sementara kak mira habis berpantang.

"iya encik aidil, dia turun ke bawah sekejap ambil surat. kalau dia sampai saya bawa dia jumpa encik aidil yer." kak mira senyum kepadaku. pintu bilik dikuak, rindu aku pada bilik aku setelah seminggu aku terpaksa pergi ke sungai petani mengurus projek mega di sana. bunyi keketukan mematikan lamunan aku. 

"masuk." kak mira masuk dengan senyuman. mungkin inilah rahsia awet muka kak mira, asyik senyum memanjang. tubuh di belakang kak mira buat senyuman aku mati. gadis itu! takkan dia pengganti kak mira.

"encik aidil, kenalkan pengganti kak mira buat sementara waktu ini. cik nurul iman, panggil saja iman. iman, ini encik aidil, bos kita." muka iman kelat seribu memandang aidil, tak sampai seminit, iman menundukkan muka.

"hurm, kak mira boleh keluar, saya nak beramah mesra dengan iman dulu. iman, duduk." satu arahan tegas aku bagi kepada setiausaha baru aku. dua kali aku bertembung dengan gadis ini dan kedua-duanya perlanggaran berlaku. sekarang, tiba masa untuk balas dendam!

"awak setiausaha baru saya yer. awak berkerja bawah saya dan awak kena ikut segala arahan saya paham?" dengan muka serius tetapi kontrol macho aku pamerkan.

"baik encik." iman mengangguk kepala dan kemudian kembali menunduk ke lantai. 

"bagus, jangan panggil saya encik, panggil saya tuan. tuan aidil. sekarang saya nak awak buatkan saya coffee, dan pastikan sedap. kalau tak sedap, siap awak. sekarang awak boleh keluar." aku membuka fail projek kasturi di atas meja aku. arahan aku beri tanpa melihat wajah ayu iman. grr, ego juga aku ini. 

iman berlalu menuju ke pintu dengan mulut terkumat-kamit mengajuk cara cakap aidil. rasa meluatnya mengalahkan rancangan boiling point. habis segala sumpah seranah diberi di dalam hati. laju kaki iman keluar dari bilik aidil. aidil tersenyum kemenangan, permainan baru bermula.

~|~|~|~|~|~

dua minggu pertama selepas kak mira bersalin, iman menjadi mangsa arahan aidil yang tak masuk akal dan luar dari skop kerja seorang setiausaha. semakin masam muka iman ketika aidil memberi arahan,semakin suka aidil membulinya walaupun aidil tahu, setelah dia memberi arahan, pasti mulut iman akan kumat kamit mengajuk kembali apa yang aidil katakan. sampai satu saat, aidil memberi arahan iman untuk masakan dia ayam masak lemak cili api untuk keesokan harinya dengan alasan mungkin dia besok tak sempat keluar makan dan dia malas nak beli kat luar. nurul iman hanya turutkan segala arahan aidil, tak membantah walau satu arahan pun. selagi dia boleh tahan dengan karenah aidil yang gila kuasa itu, selagi itu dia turutkan saja. setakat ayam masak lemak cili api, dengan tutup mata iman boleh masakkan.

"tuan, sekarang waktu lunch,  ayam masak lemak cili api tuan saya ada masakkan. tuan nak makan dekat sini  atau dekat pantri?" aku merenung wajah iman yang tiada perasaan. mungkin sebab sudah sebulan aku dera dia sehingga dia imun dengan arahan aku atau mungkin sudah lali dengan tengkingan aku setiap kali dia buat silap.

"saya nak makan di sini dan awak temankan saya." aku menutup fail dan duduk di sofa depan meja aku.

"tapi tuan aidil, saya sudah berjanji nak keluar makan dengan qilah dan muizz." iman tunjuk muka seposen dengan harapan aidil melepaskan dia hari ini. sudah berkali iman terpaksa mengungkir janji untuk keluar makan bersama tetapi terpaksa batalkan kerana melayan keranah aidil yang kononnya tak nak makan seorang.

"tak boleh! awak kena temankan saya makan. cepatlah hidangkan saya makanan itu. saya sudah terbulur ini." iman menghentakkan kaki tanda protes, dengan muka masam dia keluar mengambil bekal di bawah mejanya. dia bawa ke pantri untuk dipanaskan di microwave

"iman." iman berpusing melihat muizz di pintu pantri. dia tak tahu hendak bagi alasan apa lagi untuk kali ini. 

"erk, hai muizz." semanis senyuman iman beri untuk muizz.

"iman tak dapat join lunch lagi ea?" muizz menyandar di pintu pantri.

"saya minta maaf muizz, bos suruh temankan dia makan. saya pun tak fahamlah bos itu. sudah besar panjang, berjanggut pun nak orang temankan. sudah itu, suruh saya masak. pasal masak itu saya tak kisah sangat, tapi pasal paksa saya temankan dia makan itu yang saya tak puas hati." iman berpeluk tubuh.

"tapi awak boleh tolakkan, lagipun sekarang waktu rehat dan bukan waktu kerja. awak ada hak untuk tolak arahan dia." muizz tidak puas hati dengan sikap iman. bunyi microwave mengejutkan mereka berdua.

"erk, saya pergi dulu muizz, maafkan saya sekali lagi tak dapat ikut korang yer. sampaikan maaf saya dengan qilah." seraya itu iman lalu melintasi muizz dengan bekal yang dibawanya.

"atau awak suka dengan tuan aidil itu sebab itulah awak tak boleh bantah arahan dia iman?" kata-kata muizz menyusuk jantung iman. 

"saya pergi dulu muizz, karang lambat, saya lagi kena marah." iman tunduk menunju ke bilik aidil.

~|~|~|~|~|~

"mulai esok, awak tak perlu buatkan air, masak dan temankan saya makan lagi." iman tercenggang melihat aku apabila aku bagi arahan begitu. gembiralah itu, macam aku tak tahu.

"tapi kenapa tuan?" iman masih merenung aku. argh! boleh cair aku dengan renungan dia. aku tak boleh lemah, macamlah aku tak tahu dia ada hubungan dengan muizz itu. masakan, kenapa balik-balik muizz ajak dia keluar makan. dan tadi di pantri, macam aku tak tahu dia berjumpa dengan muizz si budak berlagak bagus itu.

"saya kata tak perlu, tak perlulah. awak ini kenapa? tak korek telinga ke pagi tadi? sekarang awak keluar." dada aku masih lagi panas dengan agenda yang berlaku antara iman dengan muizz. tapi, kesian plak aku lihat iman. serba salah jadinya. 

iman keluar dari bilik aidil dengan seribu satu persoalan. tak ada angin, tak ada ribut, aidil beri arahan lupuskan segala arahan yang tak masuk dalam skop kerja setiausahanya kecuali buat air setiap pagi. satu arahan yang memeranjatkan dan akan merubah hubungan antara aidil dan iman. di dalam bilik aidil, dia termenung melihat kertas kerja dan iman pula merenung kosong komputer di hadapannya.

perang dingin yang dilancarkan oleh aidil berlarutan pada minggu terakhir iman berkhidmat dengannya. hari ini adalah hari terakhir iman berkerja sama dengan aidil dan besok kak mira akan masuk dan mengambil alih tugasnya dan iman pula akan kembali ke tugas utamanya  di tingkat bawah setelah dipinjam selama sebulan kepada aidil. petang itu, pintu bilik aidil diketuk perlahan oleh iman.

"masuk." aku pura-pura khusyuk membaca proposal baru syarikat usahasama Jingga Corp. sedangkan dari tadi pagi, segala kerja aku buat tak kena. 

"tuan." iman merenung lembut kepada aku. argh! aku benci perasaan ini. perasaan damai yang buat aku diawangan. 

"yer iman? ada apa?" saja aku sibukkan diri aku melihat proposal, walhal satu perkataan pun tak masuk. aku nak tatap wajah iman la! hey hati, kenapalah aku ini ego sangat.

"hmm, hari ini hari terakhir saya bertugas dengan tuan. saya nak minta maaf kalau selama saya berkhidmat dengan tuan, ada benda yang tuan tak puas hati dengan perkhidmatan saya." iman masih lagi merenung aku. ish, boleh cair aku kalau macam ini.

"hmm, saya maafkan. kalau takde apa-apa. sila keluar. saya ada kerja nak buat." aku merenung iman keluar dari pintu bilik aku. satu perasaan kosong aku rasa ketika ini. kosong apabila iman mengucapkan kata hari terakhir, seolah kami tak akan berjumpa lagi. argh! tak kan aku sudah jatuh cinta. aku masih muda, masih umur 27 tahun. rumah sudah ada, cuma sekarang aku nak kumpul buat umrah. bajet kahwin sudah lama aku simpan. ish, persetankan perasaan ini. fokus aidil, fokus!

~|~|~|~|~|~

sudah 2 bulan kak mira bertugas dan keadaan seperti sedia kala cuma perasaan aku saja masih kosong setelah hari terakhir aku dan iman berpisah di bilik aku. bukan aku ego sangat sampai tak cuba cari dia kat bahagian bawah, tapi tetap tak jumpa. untuk bertanya kepada kak mira, aku malu plak. malu itu bukan ego, erk, atau aku ego kerana takut malu bertanya? aku kena keluar ambil udara, sesak fikiran aku hanya memikirkan nurul iman. 

"encik aidil." kaki aku tak jadi melangkah melintasi meja kak mira.

"yer kak mira?"

"encik aidil jadi tak pergi kenduri kahwin iman?" bulat mata aku dengar penjelasan kak mira.

"erk, iman tak bagi lagi dia punya kad jemputan kahwin ker?" kak mira mula rasa serba salah. kaki aku pantas langkah menuju ke lif. aku tekan butang nombor 4. sesudah lif terbuka, aku pergi ke meja iman. haish, selama aku cari tak ada pula iman ini, masa nak kahwin, sedap saja buat kerja dekat meja dia.

"erk, tuan aidil?" iman kaget tengok aidil.

"awak ikut saya!" aku tak sedar bila masa aku tarik tangan dia kemudian masuk ke dalam lif dan aku bawa  masuk dalam kereta aku.

"kita nak ke mana ini tuan aidil?" enjin aku hidupkan, gear aku masukkan ke gear 1, aku pijak pedal minyak sepuasnya sehingga bingit bunyi kereta aku mengaum di kawasan  bawah letak kereta.

"tuan aidil." iman kecut perut melihat aidil. tak ada tsunami, tak ada taufan, tiba-tiba batu meteor aidil yang panas membara itu datang.

"awak boleh jangan banyak bunyi boleh tak?!" lagi pedal minyak aku tekan. suasana jadi bungkam.

~|~|~|~|~|~

kereta aku berhentikan secara mengejut di tepi tasik. dengan satu arahan keluar, iman tunduk mengikut arahan. aku bagi arahan iman untuk duduk di bangku dan aku pula berdiri membelakang dia.

"bila awak nak kahwin?" iman buat muka hairan. hai minah ini, kat jemputan sudah edar boleh pula buat muka  hairan.

"saya tak tahu lagi tuan aidil." iman semakin hairan dengan perangai bekas bos dia. 

"macamana awak tak tahu, habis kad jemputan yang awak edar dekat kak mira itu apa? kad jemputan adik awak konon ker?" dada aku berombak, tangan aku silangkan.

"erk, yer. itu kad jemputan perkahwinan adik saya. kad jemputan untuk tuan aidil pun ada, saya niat nak bagi sendiri dengan tuan aidil. tapi..." lidah iman kelu. matanya di halakan kepada aku. 

"awak jangan nak tipu saya. habis apa yang kak mira kata kat saya tadi. awak ingat saya ini pekak ker? hari-hari saya korek telinga tahu." huh! setahu aku sound system aku belum lagi rosak. 

"betul tuan aidil, ini kad jemputanya." aku ragu-ragu hendak mengambil kad jemputan dari tangan iman. tapi, tangan aku capai juga kad berwarna merah hati itu. gatal tangan aku ini, sejak bila otak aku kata pergi ambil kad tu pun aku tak sedar.

perlahan aku membaca nama yang tertulis di kad tersebut, Mohammad Qadir bin Abdullah dan Nurul Aisyah binti Mutazim. aku baca lagi barisan bawah, turut menjemput Nurul Iman binti Mutazim. ya allah,  malunya aku. wajah aku mula membahang, bukan kerana marah tapi kerana malu. argh! kak mira ini apasal. tak pasal-pasal  jatuh saham aku depan iman ini.

"hurm, jadi adik awaklah yang kahwin yer? bukan awak?" aku merenung wajah polos iman.

"yer tuan. adik saya, mungkin kak mira salah sebut kot." iman melemparkan senyuman manisnya. aduh, bisa gila bayang aku tengok senyuman iman ini.

"saya pun kena jemput kan? minggu depan saya datang dengan orang tua saya. saya nak masuk merisik dan pinang awak sekali." bulat mata iman dengar kata-kata dari mulut aidil. pantas aidil mengayun langkah menuju ke kereta.

"awak buat apa lagi kat situ? tak nak balik office ker?" aidil lesap dalam kereta dengan senyuman bahagia. iman mula berpijak di dunia nyata. dia duduk di sebelah aidil, ditenung aidil sedalamnya.

"awak kenapa renung saya gitu? sexual harassment  dah nie." iman ini, kalau iya pun, tunggulah lepas kahwin. 

"tuan suka saya yer? kalau tuan suka saya, apasal tuan layan saya kasar-kasar?" iman berpeluk tubuh. matanya masih tak lepas dari melihat aidil.

"erk, sebab... hurm, sebab saya target nak kahwin umur 30, ada 3 tahun lagi. tapi, awak punya pasallah ini kacau plan saya. tak pasal-pasal saya kahwin dengan awak umur 27. huh!" enjin kereta dihidupkan. aku cuba untuk sembunyikan senyumannya. ya, aku bahagia sebenarnya.

"karang saya tolak pinangan awak baru tahu." guman iman sambil tengok sebelah kiri. seraya kepala aidil menoleh kearah iman.

"awak janganlah tolak, saya cintakan awak." suara kasihan aku dengarkan dekat iman. tak pernah aku begini. 

"hurm, tengoklah. nanti saya fikirkan." iman hanya senyum diam.

~|~|~|~|~|~

"papa. papa. mama itu membebel saja dari tadi." kata aiman yang masih lagi pelat. aiman anak aku dengan setiausaha sementara yang buat kacau plan masa depan aku, Nurul Iman binti Mutazim.

"aiman, tak elok kata mama gitu. mama bebel pun sebab aiman sepahkan mainan tak kemas balik. mama itu penat,sebab itulah mama bising." aku mendukung aiman dan letak ke paha aku. 

"alaa, aiman lupa nak kemas bukan tak nak kemas." aiman memeluk tubuh. mulutnya muncung, nasib baiklah anak aku ini comel, tengoklah baka siapa. 

"tengok tu perangai aiman da ikut dengan perangai abang dah. suka sangat selok belok cari alasan kalau buat silap." iman datang dengan seteko air teh dan kuih ubi. isteri aku ini memang pandai ikat aku, ikat perut aku sebenarnya. cuma bahagian mulut yang kumat-kamit itu saja tak berubah dari dulu sampai sekarang. tapi, itu yang buat aku bahagia sebenarnya.

"alaa, aiman ini ikut perangai sayanglah mulut pot pet pot pet." aku meletakkan aiman sebelah iman dan ambil langkah panjang sebelum cubitan singgah ke paha aku.

"abangggggg!" iman jerit kegeraman. 

sekarang umur aku 30 tahun, sepatutnya aku baru hendak kahwin tahun ini tapi oleh kerana iman kacau plan yang aku rancang dari umur 23 tahun, maka aku berkahwin umur 27 tahun dan mendapat anak pada hujung tahun 27 tahun yang bernama Muhammad Aiman bin Muhammad Aidil. Oh ya, perancangan aku hendak berbulan madu mengerjakan umrah, alhamdulillah, aku dapat laksanakan dan kemungkinan aiman ini made in madinah. berkat kata orang. jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis, perancangan bagai nak rak pun kalau allah sudah tulis engkau kahwin besok, besok juga engkau kahwin. yang penting, aku, iman dan aiman bahagia walaupun perancangan aku tak jadi. 



T.A.M.M.A.T

15 comments

20:09

so sweet. saye suke :)

dill.

jika ada lelaki seperti diatas, sila PM saya. kbai.

oh, laki itu aku da kebas.

thanks dill.

ohhh myyyy~
kalau la lelaki cm tu ikat saya
hehehe

he he he

thanks Mashe , sebab highlight cerita ni .


overall , nice . =)

AIMIE: ohh myyy~~

SAT: ho ho ho

HEROICzero: thanks teman.

salam..

3 kali saya baca entri ni...best sangat ceritanya..

alolooooo.tomey nyeww. hahha^^



thumbs upla. beauty!

macam ada diselit dengan cerita benar-benar berlaku. :D

comelnya...suke sgt2....

17:52

aku sengeh dari mula sampai habis sebab terperasan sendiri.. bayang aku jadi heroin hihihi..


membuai rasa. mood romantik tapi tak jiwang sangat. nice!!!


tapi masa awal tu, nak belasah je mamat yang ego cenggini!

15:07

made in malaysia laa

nice. =)
baru sempat nak baca... sori dik mawar~

;)

Anonymous
20:19

saya suka nurul iman. :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...