Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Tuesday 11 October 2011

kapal terbang kertas

Matanya terpandang sesuatu di hadapan pintu rumah sewanya. 

Kapal terbang kertas.

Ini kali kelima pintu rumahnya dihalang oleh kapal terbang kertas. Laila toleh kanan. Kosong. Toleh kiri. Kosong juga. Laila menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Siapalah yang rajin sangat kasi kapal terbang kertas kat aku ni?" omelnya perlahan.

Laila kutip kapal terbang kertas itu sebelum masuk ke rumah. Dibuka lipatan demi lipatan. Tertera sebaris ayat.

"Angin lalu menyapa aku namun tidak selembut wajah ayumu, Laila."

Laila tersenyum. Diletakkan kertas tadi atas meja solek. Satu, dua, tiga, empat dan lima. Ya, lima surat. Lima bait puisi. Laila tidak ambil pusing. Dia pilih untuk berehat malam itu.

Beberapa hari kemudian, Laila mengambil keputusan untuk pulang awal dari tempat kerja. Sebaik sahaja Laila keluar daripada lif tingkat tiga, Laila ternampak seorang pemuda sedang  membongkok dan meletakkan kapal terbang kertas di hadapan pintu rumahnya.

"Awak!" Laila menjerit. Pemuda itu menoleh dan tersenyum sebelum berlari meninggalkan pintu rumah Laila. Laila cuba mengejar tetapi pemuda itu laju berlari seperti lipas kudung. Laila mengalah. Laila kembali semula ke rumahnya. Dia mengambil kapal terbang kertas itu.

"Izinkan kemanisan menjadi saksi kasih sayangku padamu, Laila. Aku tunggu kamu esok di Tutti Frutti Ukay Boulevard."

Tanggal sembilan haribulan sepuluh tahun dua kosong satu satu, Laila dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.  Laila melalui kedai Tutti Frutti Ukay Boulevard. Dia serba salah. Perlukah dia pergi ke sana? Akhirnya Laila turutkan kata hati. Melangkah menuju ke Tutti Frutti.

Laila menolak pintu dan angin sejuk menyapa wajah Laila. Dia terpaku pabila melihat banyak kapal terbang kertas bergantungan dalam kedai. Hati Laila damai.

"Laila?"

Laila menoleh ke arah suara itu. Pemuda semalam! Dia tersenyum manis. "Saya Muzammil. Selamat berkenalan." Pemuda itu menjemput Laila ke tempat duduk berdekatan. Meja makan dihiasi dengan kapal terbang kertas pelbagai warna. Laila masih senyap. Matanya mengekor Muzammil. Pemuda itu sibuk mengambil yogurt beku dan hiasan tambahan untuk Laila dan dirinya. Muzammil kembali duduk di hadapan Laila.

"Laila, jika diizinkan saya ingin berkawan dengan Laila. Biar sejuk gelora rasa namun jiwa penghangat suasana," tersusun kata-kata Muzammil sambil memberi bekas berisi yogurt beku untuk Laila.



Laila memandang wajah Muzammil. Hati Laila terusik. "Entah mengapa ada sesuatu dalam diri dia," bisik Laila dalam hati.

"Selamat berkenalan." Akhirnya Laila bersuara. Muzammil tersenyum lagi.

"Terima kasih, Laila"

Kapal terbang kertas dan yogurt beku menjadi wadah perkenalan. Perjalanan masih jauh. Perlu diselidik onak duri. Adakah cinta Laila dan Muzammil bakal bersemi? Kita teka sendiri.

20 comments

simple n nice!

sweet!

ah! kedah tak da tuttu frutti! aaaa! :(

21:41

lajunye korang!

dill.

09:19

erkkk... kenapa dill dah xmenyeramkan?

wow tutti frutti.. ingat, amik aiskim nye sikit, isinya byk..

pandai mengayat laki ni .

*salin tips*

nak frutti....hehe...;-)

muzammil memilih origami daripada missed call yang simple. rare.

salam..

berulang2 kali saya membaca entri hebat ini..

bestttt

Anonymous
21:59

kapal terbang kertas.

*senyum*

romantiknye~~!!! (^^) suke! suke! hihi..

oh kat sini rupanya dill menulis..

wowww.. romantiknyaaaaa..... perhubungan yang bermula drp sehelai kapal terbang kertas...
pandai dill buat novel ye..

awwww
cinta Tutti frutty
hehehehe sukeee!

sedap nyew. heheh^^






simple je. i loikeee.

sangat manis : )

nak guna tips pun macam dah bocor.

sedapnye tutti fruity!
nak jugop!

nice dill. sori baru sempat baca btol2... =)

kalaulah aku lelaki... hahahaha...

oh...tajuk sama dengan cerita yang aku buat half way masa form 3.

dan sangat frust bergolek-golek bila tengok kat kedai buku ada novel tajuk kapal terbang kertas ==

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...