Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Friday 7 October 2011

LARI DAN KEJAR part 2

"hah? cari hanim? sampai ke sini? maksud hanim, abang cari hanim sampai ke coolum beach?" hanim masih kaget dengan kehadiran aqmal.

"iya, abang nak ajak hanim bailik malaysia dengan abang." aqmal mengukirkan senyuman manis.

"balik malaysia? buat apa? hanim belum bersedia lagi nak balik malaysia bang." sekarang hanim tahulah maksud tersirat kemunculan aqmal di bumi kanggaru.

"hanim masih merajuk dengan umi dan walid ya pasal dorang marah hanim. hanim jangan risau, abang sudah terangkan segalanya dengan umi dan walid yang sebenarnya keputusan putuskan pertunangan itu adalah keputusan kita berdua." aqmal cuba memujuk perlahan hanim.

"tak, hanim sebenarnya tak merajuk pun, cuma nak cari ketenangan." hanim membuang pandangannya melihat keriuhan pengunjung yang sedang bermandi-manda.

"sudah berbulan lamanya hanim cari ketenangan di tempat orang, kalau iya pun hanim nak cari ketenangan, hanim baliklah malaysia. umi dan walid risaukan hanim dan abang pun tak senang hati bila hanim jauh." tangan hanim digenggam.

"apa abang buat ini?" hanim menyentap tangannya. selepas tali pertunangan hanim dan aqmal terputus, hanim mula rasa kekok beramah mesra dengan bekas tunangnya.

"abang sebenarnya..." ayat yang aqmal ingin ucapkan tergantung.

"abang sebenarnya apa bang? hanim nak baliklah." langkah mula diayun tinggalkan aqmal keseorangan.

"hanim tunggu! sebenarnya abang nak kita sambung balik pertunangan kita." kaki hanim terpaku. wajah aqmal penuh dengan harapan.

"abang sebenarnya cintakan hanim. tapi bila abang tengok hanim seolah tiada perasaan dekat abang, abang cuba redha lepaskan hanim. abang cuba hidup seperti biasa tapi bila hanim tiada disisi abang, abang bagai hilang arah. abang perlukan hanim. kita sambung pertunangan kita ya sayang." tangan hanim sekali lagi di raih.

"nonsense!" hanim berlari meninggalkan aqmal. air matanya tiba-tiba gugur.

'kenapa abang baru nak cari hanim bang? kenapa baru sekarang abang cakap abang cintakan hanim? kenapa bukan dari dulu lagi abang tunjukkan cinta itu? kenapa bang?!!' hanim memberontak dalam hati. air matanya gugur lagi.

~|~|~|~|~|~

lagu grenade dari telefon bimbit hanim memecahkan kesunyian bilik berwarna partel apartment 4 tingkat di bandar Sunshine Coast. hanim masih membatukan diri di katil, tanpa melihat telefon bimbitnya, dia sudah dapat mengagak siapa pemanggilnya. jikalau bukan aqmal, pasti hazaam. ada ketikanya hanim berasa kesian dengan hazaam kerana terkena tempias dalam upacara mogok hanim terhadap aqmal. 

secara perlahan hanim duduk dikatilnya, cuba merajinkan diri menuju ke dapur untuk membancuh hot chocolate sebagai sarapan pagi meskipun ketika itu waktu mula menginjak tengahari. loceng rumah hanim mematikan langkahnya ke dapur. dengan kadar perlahan hanim menuju ke pintu utama. pintu utama dikuak, kepala hanim meninjau tuan badan yang membunyikan loceng rumah, kelihatan aqmal berdiri tegak sambil tersenyum.

"apa abang nak?" satu keluhan berat dilepaskan, perasaan kurang senang mula menjalar.

"abang cuma nak tahu keadaan hanim, hanim tak sambut telefon abang pon." aqmal mempamerkan muka kesian.

"hanim sibuk, kalau takde benda penting. hanim nak sambung buat kerja." pintu segera ditutup kembali tetapi kaki aqmal lincah menghalang pintu bertaup.

"kalau iyer pon, takkan tak sudi nak jemput abang masuk dalam?" aqmal cuba berlembut.

"takde sesiapa dekat rumah ini. tak elok kita berdua didalam." seribu alasana hanim cuba beri. bukan tidak sudi, tetapi hanim lebih memikirkan keselamatan dirinya. walau sewarak manapun seorang lelaki itu, apabila hanya ada perempuan dan lelaki berduaan, pasti ada yang ketiga.

"abang ada bawa makanan untuk hanim, Chinese food and  your favorite chocolate dear" pujukan lembut diberikan kepada hanim.

"hurm, masuklah." kunci pintu diselak hanim setelah lama berfikir dengan pelawaan aqmal memandangkan dirumahnya tiada apa yang boleh dijamah.

aqmal masuk dengan senyuman senang hati. makanan yang dibawa diletakkan di atas meja makan. hanim pula segera ke dapur menyediakan dua cawan fresh orange. makanan yang dibawa aqmal segera dijamah tanpa mempedulikan aqmal, perutnya yang lapar perlu diisi.

"perlahan sikit makan itu hanim, nanti tercekik" aqmal menghulurkan air Chinese tea yang dibeli, air fresh orange ditolak tepi.

hanim meneguk laju air yang dibeli aqmal apabila makanan yang hanim makan mula menyangkut ditekak membuatkan hanim tercekik. seketika kemudian, setelah hanim rasa tekaknya mula boleh beroperasi menelan makanan, dia menyambung agenda terbengkalainya tadi tanpa menghiraukan aqmal yang duduk dihadapannya sambil tersenyum. sedang enak hanim mengenyangkan perutnya, kepalanya tiba-tiba pening. sudu yang hanim pegang terlepas, kini kepalanya bagaikan mahu pecah. hanim melihat aqmal menjadi dua dan seketika kemudian segalanya hitam.

~|~|~|~|~|~

tubuh hanim menggigil kesejukan, ditariknya selimut menutupi dada. kepalanya masih lagi pening, hanim cuba  menstabilkan diri. tubuhnya rasa sakit terutamanya dibahagian ari-arinya, hanim membengkokkan tubuhnya, sekelip mata hanim tersedar dari kebinggungan. dirinya tiada seulas benang pun, yang ada hanya dibaluti selimut biru. hanim cuba berfikir semula kejadian semalam yang berlaku antara dia dan aqmal tapi segalanya kabur. hanim berdiri mengutip pakaiannya yang berhamburan di lantai, air matanya gugur apabila lihat tompokan darah di cadar katilnya. daranya sudah hilang, maruahnya yang cuba dipertahannya telah dimusnah dalam satu malam. 

"good morning dear." suara garau aqmal mengejutkan hanim. 

"engkau buat apa dengan aku semalam? kau buat apa aqmal!" hanim jadi histeria melihat senyuman sinis aqmal. 

"you are so beautiful dear." langkah kaki aqmal mendekati hanim. 

" kau rogol aku kan! kau letak ubat tidur dalam makanan aku semalamkan! kau tidak guna aqmal!! kau sialll!!!" bergema bilik hanim dengan jeritannya.

"hey perempuan! selama ini aku cuba ikut rentak kau. nampak sangat kau liat sangat untuk aku jinakkan. kau tahu tak aku cintakan kau?! aku cuba cara lembut tapi engkau tak makan saman. sekarang kau bagitahu aku lelaki mana nakkan engkau lagi?! perempuan ditepuk tupai!" aqmal ketawa bagai dirasuk syaitan.

"kau syaitan aqmal!! kau iblis!! kau keluar dari rumah aku! keluarrrr!!!" air mata hanim keluar deras. 

aqmal keluar dari bilik hanim dengan ketawa kemenangan. dia rasa puas dapat merasa tubuh hanim. cinta sucinya bertukar nafsu syaitan. hanya itu saja dia dapat fikirkan untuk mendapatkan hanim kembali. dia pasti hanim akan minta dia bertanggungjawab atas kehilangan daranya.

~|~|~|~|~|~

'hello hazaam. tolong aku zaam.' tergiang-giang suara hanim di telinga hazaam apabila dapat panggilan telefon tengahari tadi. hazaam yang sepatutnya pulang dua hari lagi tetapi sengaja diawalkan untuk beri kejutan  kepada hanim tidak dapat dijalankan. bertalu-talu bunyi lonceng rumah hanim ditekan. lima minit kemudian barulah muncul hanim disebalik pintu dengan keadaan tidak terurus dan mata merah bengkak.

"hazaam." tubuh hazaam dipeluk sebaik sahaja hanim melihat dirinya.

"hey, kenapa ini? what happened to you?" seribu persoalan yang berlegar di kepala hazaam. berhari lamanya, segala panggilan dan pesanan tidak dibalas oleh hanim dan secara tiba-tiba apabila hanim menelefonnya meminta tolong. 

hazaam membawa hanim duduk di kerusi, dibiarkan hanim menangis semahunya dibahunya. setelah reda, hazaam menuju ke dapur mengambil segelas air suam untuk hanim. suasana ruang tamu menjadi senyap, hanya bunyi detik jam dinding memenuhi ruang. 

"aku...aku..." hanim cuba memulakan cerita.

"take your time dear." hazaam tidak ingin memaksa hanim bercerita, dia mahu hanim betul-betul sedia barulah cerita segalanya. 

"semalam aku... aku kena rogol." serentak itu empangan air mata hanim pecah lagi.

dunia hazaam seakan berhenti seketika, dengupan jantungnya bagaikan terhenti apabila mendengar kata-kata hanim. niatnya ingin memberitahu tujuan sebenar dia balik Malaysia terbantut. nawaitunya mula goyang. kini, otaknya sedang mengimbang kata hati dan kata jiwa. 

4 comments

waaaaaaa
ape jadi kat hanim pas ni.....

aku tau. hazaam mesti terima dia jugak.
tak guna si aqmal! setan!

akmal jahat. ta gune betol.

Hazaam cm xnk trime je ni

damn aqmal

benci ah

sile smbung cpt

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...