Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Friday, 7 October 2011

cinta gila

Jeremy melangkah masuk ke kelab malam berdekatan pejabatnya. Segala penat lelah perlu dihilangkan dengan hiburan depan mata. Jeremy memilih tempat duduk yang agak terpencil dari manusia terhuyung-hayang. Mata Jeremy melilau melihat badan gadis-gadis genit meliuk lentuk bersama pasangan masing-masing. Jeremy mencapai Xperia Ray-nya dan mula mendail.

"Sheela, I dah sampai. You ada kat mana?" suara Jeremy dikuatkan sedikit bagi melawan muzik bingit kelab malam.

"Kejap. Kejap. Sikit lagi I sampai." Talian terus diputuskan. Jeremy merengus. Kekasih hatinya yang satu itu bekerja di kelab malam tersebut. Acap kali hati Jeremy terasa kerna terlihat Sheela dipeluk manja oleh pelanggan-pelanggan kelab malam. "Dah tua ganyut, tak sedar diri. Raba sana sini," Jeremy membebel sendiri. Seketika kemudian muncul seorang gadis berbaju sendat warna merah jambu dan berskirt pendek paras peha warna kuning cair. Sheela terus kucup Jeremy. 

"Sorry, Sayang! Orang tua miang tu tak nak lepaskan I tadi," Sheela merengek manja lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Jeremy. Tangan Sheela sudah merayap-rayap atas peha Jeremy. Bibirnya mengucup bibir dan pipi Jeremy tanpa henti. Jeremy hanya membatu. Tiba-tiba dia hilang mood. Hatinya panas bila dengar tentang Datuk Q, si tua nak mampos tak sedar diri.

Dalam waktu sesingkat itu Jeremy teringat cerita-cerita yang pernah sampai ke cuping telinganya. Sheela mengucup Datuk Q. Sheela meraba-raba Datuk Q. Sheela mengikut Datuk Q sampai ke hotel. Ya, Datuk Q kaya tahap gila. Tiba-tiba Jeremy rasa marah sekali. Direntapnya tangan Sheela.

"You!..kenapa ni!"

Jeremy diam. Terus menarik tangan Sheela keluar daripada kelab malam menuju ke kereta. Jeremy buka pintu dan arah Sheela masuk. Dengan muka keliru Sheela akur dengan arahan Jeremy. Jeremy menghidupkan enjin kereta dan mula memandu membelah kegelapan malam.

"You..kita nak ke mana ni? You, I takut lah! Muka you lain macam," kata Sheela. Jeremy masih diam tanpa kata.  Tiga puluh minit kemudian mereka sampai ke sebuah rumah kosong. Jeremy mengarah Sheela masuk ke dalam. Jeremy turut mengeluarkan sebuah beg hitam dari kereta sebelum membontoti Sheela.

"Sheela, I tahu apa yang you buat kat belakang I selama ni. I rasa I bodoh sebab masih sayangkan you," luah Jeremy. Jeremy mengeluarkan sebatang kayu besbol dari beg hitamnya. Digenggam erat. Sheela ketakutan. Sebelum sempat Sheela memulakan sebarang langkah, Jeremy melepaskan hayunan pertama.

"Bang!" tepat kena leher kurus Sheela. Sheela terpelanting. Darah memercik sana sini. Sheela masih boleh menguit-nguit. Jeremy mendekati Sheela. Diangkat tinggi kayu besbol melebihi paras kepalanya. Dihayun keras menghentak perut Sheela.

"Ahhhhh!!!!"

Perut Sheela penyek. Sheela lembik terus. Jeremy melutut menghadap Sheela. Dia keluarkan pemetik api dan mula membakar rambut perang Sheela. Sambil melihat rambut Sheela terbakar, Jeremy mengoyakkan baju sendat merah jambu Sheela sehingga ternampak coli warna merah hati. Dia keluarkan pisau lipat dari poketnya toreh dada putih  Sheela. 

Bitch.

Jeremy curah badan Sheela dengan minyak tanah. Dia jatuhkan pemetik api tadi. Api marak membakar seperti maraknya amarah Jeremy pada Sheela.

Jeremy berjalan ke pintu keluar. Sempat menoleh ke belakang.

"I love you, Sheela." Api masih marak.



9 comments

fuhhhhh..... dasyat!

i like~ ngeh3
abeh mampus~

haha... takde yang tinggal

hoh!
sungguh gile!
waaaa

erk..erk... kes atantuya nih. haha

15:02

^_^

dill.

wallaweh~

dah macam kontrol histeria

truly dahhhhhh-sattttt~!!!!! eiiiiiii.... takot nk baca..tp bc gak...ekekeke

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...