Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Bulan Okt. Show all posts
Showing posts with label Bulan Okt. Show all posts

Saturday, 27 October 2012

reviu : cari duit cara mudah sebagai penulis bebas

Assalamualaikum u olss

karya : Zamri Mohammad
price: RM 27.00
terbitan : PTS pendidikan


sememangnya memang mudah untuk kita menulis. tetapi tahukan kawan-kawan yang menjadi penulis itu juga boleh menjana pendapatan dengan cara yang mudah walaupun ianya hanya ditulis dari rumah. tetapi bagaimanakah caranya?

cari duit cara mudah sebagai penulis bebas, dapat merungkai segala persoalan-persoalan ini.

kita sebagai remaja dapat mencipta nama dan membina saluran kewangan yang kukuh melalui penulisan. buku ini menggabungkan pelbagai strategi yang digunakan oleh penulis-penulis bebas yang berjaya mengumpul ramai ribuan pembaca setia.

rahsia pendekatan yang berkesan berjaya dicungkil oleh penulis melalui buku ini. struktur buku ini disusun mengikut langkah-langkah penulisan yang baik dapat memudahkan pembaca mendapat maklumat yang dikehendaki.

antaranya ialah:

* bagaimana menjana pendapatan cara mudah dengan menulis artike atau karya dari rumah pada usia muda?

* apakah kualiti seorang penulis?

* bagaimana memahirkan kaedah penulisan anda?

* apakah langkah-langkah awal mengatasi masalah penulisan?

* apakah halangan seorang penulis bebas

* dan banyak lagi..

sesungguhnya, tak rugi untuk kita sebagai penulis baru dan bebas untuk membelinya. buku ini adalah keluaran PTS dan boleh didapati di mana-mana kedai buku dengan hanya RM 27.00.

saya pun dah membelinya, buku ini sangat-sangat membantu...orang tak pandai menulis pon leh jadi teringin nak menulis lepas baca buku ni, seriusss...

Saturday, 20 October 2012

REVIU KOLONIAL MIMPI


Tajuk : Kolonial Mimpi
Penulis : Sahidzan Salleh
Penerbit : Lejen Press
Mukasurat : 323 mukasurat

Merupakan sebuah novel science fiction hasil nukilan anak jati Sabah. Kolonial Mimpi adalah novel yang berunsurkan patriotik. Mengisahkan tentang seorang pustakawan bernama Hairi yang kabur tentang masa lalunya. Namun apabila tersedar, dia berada di sebuah hotel pada ketika itu keadaan sedang darurat menyerang Kuala Lumpur. Dia cuba mencari identiti dirinya dalam keadaan negara ditawan oleh negara Amerika hanya berpandukan cerbisan memori tentang seorang wanita haruman lavender sehingga membawa dia kembali ke negeri Sabah.

Bagi aku, perkara yang aku suka sekali dalam Kolonial Mimpi ini adalah bagaimana penulis menceritakan secara terperinci setiap peperangan bagaimana Amerika cuba  menguasai Malaysia dari segi perang laut, udara serta darat. Kemudian, bagaimana si penulis cuba seragamkan cerita Hairi mencari identitinya ke babak perang kemudian masuk ke bahagian penglibatan dia sebagai seorang pustawan yang berakhir menjadi salah seorang Anggota Militan Kinabalu yang berusaha menakluk kembali Malaysia dari jajahan Amerika. Setiap bab dalam novel ini mempunyai hubung kait yang begitu kuat. Cerita tentang masa hadapan yakni pada tahun 2066 ini adalah memerlukan suatu imaginasi yang kuat untuk menceritakan benda diluar dari konteks kebiasaan manusia. Babak memori perempuan haruman lavender, beg bimbit hitam yang ada bersamanya ketika Hairi sedar di bilik hotel yang membawa kepada penemuan baru untuk menguasai kembali Malaysia dan akhir sekali penemuan Hairi dengan Doktor Lufti yang mengejutkan Hairi dari mimpi di akhir cerita ini amat mengejutkan.

Secara keseluruhan aku simpulkan, Kolonial mimpi ini boleh dibaca untuk lapisan umur. Walaupun tiada aksi 18sx mahupun aksi ganas terlampau namun jalan ceritanya seperti menonton cerita orang putih gitu.

Untuk anda yang ingin membeli Kolonial mimpi, bolehlah beli di SINI kemudian jangan malu untuk like fanpage Kolonial Mimpi di SINI. Aku sudah berKolonial Mimpi, anda bila lagi?

Saturday, 13 October 2012

Reviu: Perempuan Nan Bercinta

Reviu Oleh: Qalam Setia


Supramazhab. Sebenarnya inilah tema Perempuan Nan Bercinta, bahkan adalah juga mazhab rasmi Faisal Tehrani. Agaknyalah.

Novel berat ini sebenarnya merupakan satu bukti bahawa Faisal Tehrani ialah rausyanfikir sejati. Beliau bukan hanya mengutarakan isu, malah turut menawarkan penyelesaiannya. Beliau adalah seorang daripada dua; sama ada Mahdi yang menuangkan ubat (namun dianggap racun oleh sebahagian manusia) ataupun Dajjal yang mencampakkan racun (tetapi dilihat sebagai ubat bagi sebahagian manusia).

Hujah-hujah yang diucapkan oleh watak-watak dalam novel ini seperti Ali Taqi, Siti Fatimah, Hashemi dan Bastian @ Abbas tidak lain adalah hujah Faisal Tehrani sendiri. Tentu beliau juga belajar daripada orang lain tetapi penegasannya di sini ialah Faisal Tehrani sememangnya seorang rausyanfikir. Kerja sepuluh yang diajarkan oleh Ali Taqi tentu sahaja dilaksanakan oleh Faisal Tehrani. Masakan beliau hanya tahu menyuruh tetapi diri sendiri tiada berbuat?

Sebahagian daripada kita mungkin digambarkan sebagai Tengku Idora yang feminis, sekular, liberal dan membenci Ali Taqi ataupun dalam dunia sebenar (tidak syak lagi) ialah Faisal Tehrani sendiri. Mungkin juga kita ini Briana yang sepemikiran dengan Tengku Idora tetapi tidak mengakui kewujudan tuhan (ateis) namun akhirnya jinak kepada Islam setelah berjumpa sendiri dengan Ali Taqi.

Bagaimana dengan Hashemi? Beliau yang terpengaruh dengan doktrin wahabi akhirnya menjadi lunak kepada para pencinta ahlul bait. Beliau bukan Syiah tetapi menjadi tasyayyu' hasan, juga selepas bertemu sendiri dengan Ali Taqi dan menjadi muridnya. Agaknya dalam dunia sebenar berapa ramaikah sarjana sehebat Tengku Idora, Briana dan Hashemi yang berguru dengan Faisal Tehrani?

Quran, sunah dan ahlul bait. Inilah penawar yang dijual oleh sang rusyanfikir ini. Resipi penawar ini dibukukan dan dijual dengan harga RM35.00 sahaja, dibayar sekali seumur hidup. Belilah kalau anda belum memilikinya. Buku ini pasti berguna suatu masa nanti, kalaupun bukan sekarang. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...