senyuman mira mati melihatkan daniel ketawa keriangan sambil merangkul dua pinggang wanita masuk ke kawasan hotel bertaraf 5 bintang. dia merasakan kakinya tidak mampu menampung dirinya lagi dan akhirnya mira jatuh menyembah bumi sama seperti air matanya yang gugur menitis ke tanah. kini impiannya musnah setelah dia beri segala kepercayaan kepada daniel.
selama ini mira cuba memekakkan telinga dan membutakan mata apabila teman memberitahu tentang perangai syaitan daniel yang sebenar. walaupun hatinya terusik, tapi dia tetap cuba untuk pertahankan hubungan mereka mesti pun sudah sebulan daniel hilangkan diri. cinta mira tetap untuk daniel kerana daniel telah bagi hadiah terindah di dalam perutnya kini. tapi kini, bukti perangai syaitan daniel bagaikan layar lara bermain di mata mira. tayangan yang berulang-ulang yang membuatkan jiwa mira terseksa.
mira mengekori jejak daniel, ke mana sahaja lelaki syaitan itu pergi, dia juga turut berada. melihat daniel mempergunakan wajahnya tulus, ayatnya bagai madu, perangai tanduk syaitan ditutupi oleh gegelung malaikat di kepala. dialah pemburu wanita suci.
minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tak terbilang mira mengira berapa banyak gadis suci yang jatuh ke tangan syaitan daniel termasuk dirinya yang bodoh kerana lemah dengan pujuk rayu dan janji manis mengalahkan madu daniel. dendamnya semakin menebal, sakit yang dirasai semakin mendalam, dilemma dirinya semakin membelenggu.
setelah pujuk rayu mira yang mendambakan kasih daniel diranjang, daniel setuju bertemu dengan mira di hotel yang menjadi saksi pertumpahan darah dara mira. katil yang menjadi saksi senggama pertama dalam hidup mira, dia melabuhkan diri dengan pakaian merah singkat dan menampak susuk tubuhnya yang selama ini ditutup oleh baju kurungnya. rambutnya yang selalu dilitupi selendang kini dia biarkan sahaja sambil berbaring menyandar di kepala katil. mira merenung sudut dinding sambil layar lara perangai syaitan daniel bermain di kaca mata mira.
daniel masuk ke kamar dengan wajah angkuh, wajah yang tidak puas memperbodohkan wanita demi nafsu serakahnya. dia terus menerkam mira, bibirnya tidak puas mencumbui setiap inci wajah mira, tangannya menjalar ke seluruh tubuh mira dan mira hanya membiarkan sahaja daniel memuaskan nafsunya.
dengan sekuat tenaga, mira cuba mengambil alih permainan, dia mengikat ketat tangan dan kaki daniel menggunakan kain di setiap penjuru kaki katil. mira merenung tajam ke arah syaitan bertandukkan gegelung malaikat tersebut. dia mengambil pisau di laci sudut katil dan mula menoreh pelan-pelan badan sasa daniel. daniel mula kecut melihat mira, nafsunya mula hilang, ketakutannya mula datang. semakin dia cuba memboloskan diri dari ikatan mira, semakin itu juga mira mensiat-siatkan wajah tampan daniel.
"kau bukannya sesiapa untuk mempermainkan cinta kami untuk memuaskan nafsu jahanam kau!" bisik perlahan mira di telinga daniel sambil pisau di tangan menusuk jantung daniel.
And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?
lagu jar of heart bermain di telinga mira. darah daniel di pisau tersebut bercampur dengan darahnya. mira terlantar kaku di sisi daniel, darah tak berhenti mengalir di pengelangan tangan mira.
7 comments
wow !!! ending seram... aku dapat bayang muka lelaki kacak kena toreh..pehhh pehhhh
farid suka lagu tuu..
kalau megan nicole nyanyi..
haahaha
smpai pertumpahan darah? ishhh
pertahan kan maruah..
sadis...
semua watak mati
sapa pencerita??
hahaha
penceritanya si hantu~
Pisau tu lah yang cerita agaknya. (n_n)