Dahlia tersentak. Terus bangun lalu duduk kaku di tempat
pembaringannya tadi. Aneh. Dadanya berombak kencang sekali. Apa yang terjadi
tadi? Dibelek dirinya yang masih bertelekung putih itu di tikar sejadah. Pipinya masih basah berlinangan air mata.
.................................................................................................
Intan kejut Dahlia perlahan. Dahlia tersentak sedikit lalu tersedar.
“Eh, kat mana aku ni?”
Tiada bait kata yang terlontar, hanya desis hati kecilnya.
Melihat sekeliling. Majlis apakah ini? Kelihatan semua sedang khusyuk seperti
sedang mendengar suatu tazkirah. Dahlia masih kaget. Matanya semakin meliar
memerhati ke sana ke mari. Apa yang dicarinya pun, dia sendiri tidak pasti.
Tiba-tiba, matanya tertumpu pada
lelaki misteri itu. Sedang berada di saf hadapan sekali. Lelaki itu tidak
perasan yang Dahlia sedang asyik memerhatikannya. Dalam tidak sedar, Dahlia sudah
mula mengesot untuk ke saf lebih depan. Sepertinya dia, mahu mendekati lelaki
itu. Semakin dekat, wajah lelaki itu semakin ketara sekali. Wajah yang sangat
dirinduinya. Tapi tidak mampu didekatinya.
Dahlia nekad. Malam ini, dia harus
berusaha sampai berdepan dengan lelaki idamannya itu dan luahkan apa yang dia
rasa selama ini. “Mesti!” bisik hati Dahlia. Sedar tak sedar, dia sekarang
sudah berada di belakang saf lelaki itu duduk.
Belum pun sempat dahlia
menegurnya. Majlis sudah bersurai. Semua hadirin dijemput untuk menjamu selera
di ruang makan. Lelaki itu semakin hilang dalam orang ramai yang sedang
bergerak ketika itu. Dahlia cepat-cepat mengekorinya laju-laju dari belakang.
Mulutnya seakan terkunci untuk memanggil lelaki itu. Kelihatan dia
bersama jemaah lain sedang makan sambil berbual-bual. Dahlia berdiam di sudut,
memerhati, takut hilang lagi.
Kelihatan lelaki itu bergegas
keluar seusai menjamu selera. Dahlia membelah keramaian itu lalu mengejarnya
dari belakang. Walaupun lelaki itu tenang saja langkahnya. Aneh. Dahlia tetap
tidak dapat menggapainya jua.
Sesampai di luar, Dahlia terkaku
di pagar. Matanya tertancap pada seorang wanita yang sangat dikenalinya. Melalui
penampilan wanita itu, Dahlia sudah dapat mengagak siapa dia. Kelihatan gembira
sekali wanita itu sedang bermain bersama tiga orang anak kecil. Tertanya hati
Dahlia, siapa anak-anak kecil itu? Mungkin juga anak-anaknya.
Lelaki itu muncul kembali di
hadapan Dahlia, lalu menuju ke arah wanita dan kanak-kanak comel itu. Mereka sama-sama beredar dari tempat itu. Dahlia
terdiam. Inikah sebabnya kenapa sedari tadi, Dahlia tetap gagal berhadapan
dengan lelaki itu.
Apakah yang tertulis di sebalik yang
berlaku itu? Apa yang mahu DIA tunjukkan pada Dahlia? Menitis air mata Dahlia
laju, mengiringi langkah-langkah mereka yang sedang beredar pergi itu.
...............................................................................
Sedang dalam keadaan termanggu
lagi, tiba-tiba, bunyi mesej baru masuk. Dahlia cepat-cepat mencapai telefon
bimbitnya. Ditekannya punat ‘baca’.
“Salam. Awak ok tak ni? Tadi saya
mesej awak, awak tak reply-reply. Saya risau. Awak ok tak ni?”
“W’salam. Saya ok. Cuma ngah
terkejut lagi. Tadi lepas solat saya tertidur, saya mimpi sesuatu. Saya rasa
ada sesuatu yang tak kena. Mimpi tu lain sangat. Saya rasa tak sedap hati. Awak
ok? Awak kat mana ni?” laju Dahlia membalas.
“Saya ok je. Emm… mimpi je tu,
mainan tidur je. Tak de pape lah. Awak jangan fikir bukan-bukan ye. Saya baru balik ni.
Tadi saya pergi majlis kuliah agama kat masjid. Ada jamuan makan lepas kuliah. Sebab-tu
lewat sikit balik.”
Balasan mesej si dia mengejutkan Dahlia.
Dadanya kembali berombak. Adakah itu suatu kebetulan? Atau punya maksud yang
tersirat? Dahlia mohon Allah tunjukkan dia jalan~
11 comments
ada sambungan tak???
hehehe
Lieyanna Esmeralda:
err... rasanya xde... ni je kot.. hehe..
alaa.. sambung la..
dahlia.
sedapnye nama. sila sambung. haha!
dill.
tak sangka ada kisah cinta dari definisi yang berbeda di sini.
mcm nak beritahu lelaki yg disyanagi tu bukan jodohnye jerk.. :(
nice story :) jmput lwt blog kami :)
jodoh, bukan kita yg aturkan.
cari jodoh!
kadang cinta itu, bukan milik kita.
yakinlah dgn janji Ilahi.
rahasianya tak tercapai dek akal kita.
=)
nice..
mimpi...
realiti dalam fantasikah itu?