“Saya kata lewat
awak balik, makan burger je ke?” Badrul mengulang semula soalannya. Tidak tahu
apa kuasa yang merasuk dirinya pada malam itu sehinggakan dia boleh tersenyum
dan tertawa. Jika difikirkan dengan akal, soalan itu bukanlah soalan yang lucu.
Badrul pelik melihat perubahan sikap dia. Badrul Cuma membiarkan dia terus
tersenyum dan tertawa kerana Badrul sendiri memang sudah lama mahu menegur si
dia secara santai. Baginya, ada satu keistimewaan yang ada pada si dia,
sehinggakan Badrul senang untuk bertanya dan berbual kosong.
“Bila masa pulak awak buka gerai
burger ni?” tanya dia setelah lama tersenyum. Badrul yang sedang
membalik-balikkan daging burger terus memandang tepat ke anak mata dia. Dia
gugup sebentar. Terasa ada panahan yang melekat. Pasang matanya cepat-cepat
dikalih dari terus direnung tajam.
“Ini buka gerai saya. Ini gerai
member saya. Malam ni dia sakit, jadi saya tolonglah dia,” jawab Badrul
sementara tersenyum. Perbualan mereka terputus di situ. Tiada lagi borak kosong
melainkan desiran minyak di atas kuali. Selesai membugkus, Badrul memasukkan
kedua burger tadi ke dalam plastik lalu diserahkan kepada dia. Dia menyambutnya
laju sambil menghulurkan kepingan not sepuluh ringgit.
“Makan baca Bismillah..” sambil
menyerahkan wang baki kepada dia. Dia lansung tidak mengangkat muka, Cuma
ucapan terima kasih yang mengiringi sambutan wang itu sambil kakinya laju
melangkah meninggalkan Badrul yang tersengih sendiri.
***
“Kau tahu tak yang Badrul dah tak
kerja posmen lagi!” Nadya memulakan bicaranya. Dia yang santai sambil membelek
majalah terpana sebentar. Helaian majalah yang tadinya diselak laju kini
diselak perlahan-lahan. Otaknya ligat memikirkan kenapa Badrul berhenti dari kerjanya. Apakah
Badrul sudah menerima kerja yang lebih baik. Jika mahu difikir-fikir kembali,
apa kena mengenanya Badrul dengan dirinya sehingga dia harus berfikir sejauh
itu. Dia menggeleng-gelenggkan kepala supaya apa yang difikirnya terhapus dari
benar fikirannya.
“Aku rasalah dia nak kahwin lah,”
teka Nadya.
Kahwin? Apa
kena mengena kahwin dengan berhenti kerja. Otaknya kembali menyoal dan
berfikir. Kini dia sudah sedar yang otaknya memang senang bertindak balas bila
nama Badrul disebut. Kenapa otaknya bertindak balas begitu? dia hairan.
“Haah, baru aku teringat. Tadi ada posmen
datang dan hantar barang ni pada kau,” Nadya menyerahkan sebungkus kotak kepada
dia. Dia merenung kotak itu sambil hatinya menyoal sendiri. Kotak apa pulak ni?
Cepat-cepat tangannya mengoyak kertas bungkusan itu. Matanya terbeliak.
“Apa tu?” tanya Nadya sambil
menjenguk-jenguk ke dalam kotak.
“Aku rasa ni burger,” sambil
mengeluarkan bantal yang berbentuk burger.
“Siapa plak yang bagi kau bantal
burger ni?” Nadya tertawa kecil.
Dia sendiri
tidak tahu siapa pengirimnya dan yang pasti burger itu mengingatkan dirinya
kepada seseorang iaitu Badrul.
***
Dia tidak
pernah terfikir untuk mengubah penampilan dirinya biarpun tubuhnya cantik
seperti supermodel. Inikan pula yang melibatkan rambutnya yang kerinting dan
besar itu. Menurut Nadya, rambutnya yang kerinting dan tebal itu, jika
diluruskan, pasti akan panjang hingga ke paras lutut. Dia terperanjat mendengar
kenyataan temannya itu. Bukan dia tidak percaya dengan kenyataan Nadya, tetapi
dia ragu-ragu dengan alatan eletrik yang dipegang oleh Nadya ketika itu.
Seterika,
tujuannya untuk meluruskan rambut. Bukankah ada alatan yang lebih spesifik yang
boleh digunakan ke atas rambutnya selain dari seterika. Tubuhnya menggeletar
sebentar. Jika bukan hari ini rambutnya hangus di tangan Nadya, pasti di
kemudian hari akan tetap juga berlaku.
“Kau janganlah takut. Aku buat
perlahan-lahan je. Kata nak berubah.
Karang kalau kau pergi saloon dengan rambut yang kerinting dan tebal macam ni,
aku takut tak pasal-pasal RM 500 duit kau hangus. Kau nak ke macam tu?” Nadya memujuk.
Dia yang masih ragu-ragu hanya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi, agar segala apa
yang dilakukan Nadya nanti selamat dan tidak melibatkan wad kecemasan.
Hampir 6 jam
juga Nadya bertungkus lumus meluruskan rambut dia. Diselang selikan dengan air
kopi di atas meja, akhirnya rambut yang dulunya kerinting dan menggerbang
seperti polong, kini lurus dan cantik seperti rapunzel. Nadya tersenyum lebar,
begitu juga dengan dia yang tidak habis-habis membelai rambutnya yang lurus
hingga ke paras lutut itu.
“Betullah, memang panjang,” dia
gembira melihat perubahan yang berlaku kepada rambutnya itu.
“Kau nak aku potong?” tanya Nadya.
“Tak perlu, aku suka rambut aku
begini,” jawab dia gembira.
“Aku tau, mesti kau nak tocang
rambut kau tu, lepas itu duduk di balkoni menunggu Badrul datang. Bila dia dah
datang, bolehlah kau lepaskan rambut kau tu. Minta dia panjat dan selamatkan
kau dari rumah aku ni kan?” Nadya saja berseloroh. Ada hilai tawa yang
diselang-selikan dengan kata-katanya sebentar tadi. Dia gugup mendengar
kata-kata Nadya. Walaupun kedengaran bersahaja dan sengaja direka-reka, namun
ada juga terselit kebenaran di dalam kata-kata nadya itu.
“Ish kau ni, mana ada. Memandai je
mulut kau tu kan!” dia bersikap malu-malu. Kali ini dia menguatkan hatinya
untik melihat cermin, melihat wajahnya yang kini berubah, dari seorang yang
biasa, kepada seorang yang manis dan ayu.
“Tengok pada cermin itu. Siapa kata
kau tak cantik?” soal hatinya.
3 comments
kelassss ko siap ada cober lagi... muahahahha :D
wakkakkaka, tu r namanya busan....cover pon aku bikin..kehkeh
singgah n follwo sini
dr
http://afasz.blogspot.com