Pintu rumah di kuak perlahan. Gelap.
Begitulah yang terlintas di minda Sarah apabila melangkah kaki ke dalam rumah
yang baru di sewanya.
Lampu ruang tamu dibuka.
Cantik. Sarah terpegun melihat dinding
rumah yang berlatarkan warna hijau lembut dan di hiasi dengan lukisan mural
bunga-bungaan. Tampak mendamaikan. Seolah-olah di hadapannya ini adalah sebuah padang rumpaut yang di
penuhi bunga-bungaan segar. Dan lukisan tiga kuntum bunga mawar merah di
penjuru dinding amat menarik perhatiannya. Seolah bunga hidup.
Tok! Tok! Tok!!
Pintu rumah Sarah diketuk. Sarah yang baru
sahaja ingin melabuhkan punggungnya di sofa, manapak menuju kea rah pintu.
“ Ya, pakcik?” Tanya Sarah. Rupanya, Pak
Akob, pemilik rumah yang datang.
“ Err…pakcik cuma nak ingatkan, kamu boleh
susun balik perabot dalam rumah ni kalau kamu mahu. Tapi, satu je. Jangan tukar
cat dinding.” Kata Pak Akob.
Sarah mengangguk tanda faham. Setelah Pak
Akob berlalu, dia menutup kembali pintu dan mengangkat 2 biji bagasi yang
berisi baju dan barang keperluan ke dalam bilik. Mujurlah apartment yang
terletak di tingkat 3 ini menyediakan segala kelengkapan.
***
Jam 6.30 petang. Sarah melangkah longlai, lalu terbaring di sofa hitam di ruang tamu. Penat. Letih meayan karenah pelanggan yan macam-macam. Matanya seakan ingin tertutup. Kepenatan membuatkan dia mengantuk.
Deru angin dari tingkap menampar lembut
mukanya. Namun, tiba-tiba Sarah terbau satu bau yang agak tidak enak. Hanyir.
Semakin lama bau itu semakin menyusuk rongga hidung. Akibat tidak tertahan
dengan bau yang semakin meloyakan tekak, Sarah bangun menuju ke arah tingkap
yang sedia terbuka dari pagi. Lupa ditutup.
Sarah mengintai ke luar tingkap. Mencari
punca bau hanyir yang memenuhi rumahnya. Namun tiada tanda atau ternampak
apa-apa punca datangnya bau itu. memandangkan hari semakin menghampiri senja,
tingkap di tutup. Bau itu masih ada. Bulu roma Sarah meremang tiba-tiba. Pelik.
***
Novel Hijab Sang Pencinta di capai. Sarah menapak menuju kea rah balkoni sambil di tangan kanannya membawa mug berisi milo panas. Di duduk menghadap pemandangan luar. Gelap. Kosong. Hitam malam menutupi bukit bukau yang cantik sewaktu dinikmati waktu siang. Pembacaan yang sudah lama di tinggalkan di nikmati penuh khusyuk. Sehingga Sarah tidak sedar yang waktu sudah menunjukkan angka 2.30 pagi. Memandangkan esok dia bercuti, Sarah tidak kisah jika malam ini terus dinikmati lebih lama.
Novel Hijab Sang Pencinta di capai. Sarah menapak menuju kea rah balkoni sambil di tangan kanannya membawa mug berisi milo panas. Di duduk menghadap pemandangan luar. Gelap. Kosong. Hitam malam menutupi bukit bukau yang cantik sewaktu dinikmati waktu siang. Pembacaan yang sudah lama di tinggalkan di nikmati penuh khusyuk. Sehingga Sarah tidak sedar yang waktu sudah menunjukkan angka 2.30 pagi. Memandangkan esok dia bercuti, Sarah tidak kisah jika malam ini terus dinikmati lebih lama.
Sedang Sarah leka mengikuti kisah Laksamana
Sunan di dalam novel yang di baca, tiba-tiba rongga hidungnya terbau kembali
bau yang sama pada petang tadi. Bau hanyir itu seolah-olah datang dari ruang
tamu rumahnya. Sarah meletakkan novel yang dibaca. Kaki laju menuju ke ruang
tamu sambil sempat tangannya mencapai penyapu. Dia syak bau itu berpunca dari
bangkai binatang.
Seluruh inci dan genap ruang tamu di
periksa. Namun bangkai punca bau hanyir menusuk itu masih tidak di temui. Sarah
pelik. Bau itu masih ada. Semakin kuat ketika menghampiri dinding. Peluh penat membasahi
dahi Sarah. Dia terduduk sambil menggaru kepala. Tanpa di duga, matanya
tertancap pada tiga kuntuman mawar merah besar di hujung dinding. Terasa
sesuatu apabila memandang pada lukisan cat tangan tersebut.
Pang!!!
Sarah tersentak. Mug berisi milo panasnya
terhempas ke lantai. Hancur berkecai. Dada Sarah berdebar. Ada perasaan tidak enak menerpa benaknya. Di
menuju kembali ke arah balkoni.
'Angin kuat yang tolak barangkali.' Sarah
menyedapkan hati sendiri. Tetapi Sarah semakin hairan dan berdebar apabila
novelnya masih berada di kedudukan sama. Dengan muka surat yang tidak berubah. Mustahil novel di
sebelah mug yang jatuh itu tidak terusik dek angin. Tanpa berlengah lagi, Sarah
mencapai novelnya dan terus masuk ke dalam rumah. Kaca mug yang pecah di
biarkan. Dan bau hanyir yang tadinya memenuhi ruang kini lenyap.
Bersambung
P/s: Cerita tahun 2011, zaman muda remaja lagi. Belum habis tulis sebenarnya. Diharapkan semangat kerajinan sampai untuk habiskan cerita. Hikss
1 comment
sambung la wei.. hanya dikau harapa warna kaseh skrg. hahaha.
-MB