Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Bulan April. Show all posts
Showing posts with label Bulan April. Show all posts

Saturday, 28 April 2012

Reviu Hadirnya Dia

Assalamualaikum sumer

hehhhe, asyik2 muka akak ja reviu
musti u olss busan kan
bukan apa, nak tolong tuan tanah ja
lagipon tader umat yg nak reviu arini
jd, meh akak tolong reviukan

sila bagi perhatian yer kawan2, hikss



Cerita ini mengisahkan tentang Najihah Syifa yang membesar tanpa kasih sayang serta belaian seorang ibu. Dia menjadi mangsa perceraian ibu dan ayah. Sedari kecil, dia dilayan sebagaimana layaknya seorang hamba oleh Busu Nonie. Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Busu Nonie yang kejam lalu melarikan diri ke KL tanpa ada tempat hendak dituju.


“Nasib baik muntah biasa. Kalau muntah darah, mahunya tak ada harapan budak ni nak hidup lagi.”


Kalaulah tidak kerana dilanggar oleh Yuzi, Syifa sendiri belum tahu untung nasibnya di KL. Ibu Yuzi, Puan Tamimah, bersungguh-sungguh mahu Syifa tinggal bersama mereka, lantaran kasihankan gadis naif yang baik budi pekerti itu. Lagipun, kehadiran Syifa ke dalam keluarga mereka pasti dapat memberi peluang kepada Alya untuk merasa belaian seorang ibu.


“Syifa… saya masih setia mencintai awak. Sudi tak awak jadi isteri saya?”


Lamaran daripada Cikgu Zaquan, lelaki pertama yang mengajarnya tentang erti cinta, benar-benar membuatkan lidah Syifa kelu. Apatah lagi, lamaran itu di hadapan Yuzi, yang terlebih dahulu melamarnya.


Tegakah Syifa melukakan hati Yuzi yang begitu lama menanti jawapan daripadanya? Namun tergamakkah Syifa memusnahkan impian Cikgu Zaquan yang terlebih dahulu mencuri hatinya? Antara Yuzi dan Cikgu Zaquan, siapakah yang lebih layak mendapat tempat teristimewa di hati Syifa, lebih dulu hadirnya?





hehhhe, ok tak...ok lah kot cerita dia
akak nih best hokeyy
seingat akak, baru tahun lepas akak gi umah dia makan nasi impit time raya
hehhhe...sila jgn pelik yer
sb akak pon pelik camne akak leh kawan ngn beliau...hahhahha

selamat membaca..

Saturday, 21 April 2012

Review: Vol. 1: IFall, IRISE: The Chronologies

Buku: Vol. 1 : IFall
Siri: IRise : The Chronologies
Publisher: Kerat Studio


IFall ada lah buku pertama dalam siri IRise: The Chronologies. Ia ada lah sebuah kronologi kehidupan yang menceritakan jatuh bangunnya seseorang daripada cinta yang gagal. Seperti tajuknya, IFall, ia penuh dengan kompilasi kispen-kispen, puisi dan lukisan yang menceritakan tentang kejatuhan dalam sebuah cinta yang gagal, cinta tidak berbalas, cinta yang terputus di tengah jalan, dan juga kematian. Sarat dengan emosi daripada penulis-penulis yang mampu membawa pembaca berkongsi rasa sedih, hampa, dan jatuh bangun mereka. Ada dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

Bila aku baca buku ini, aku dapat rasa setiap emosi yang penulis cuba sampaikan melalui tulisan mereka, hinggakan aku berkata, "Tak adil juga dunia ni.". Ada juga sesetengah cerita yang buat aku rasa, "Ah, ini lah yang aku rasa sekarang!". Berbeza dengan buku-buku yang berada di pasaran, aku rasa IFall ada lah sebuah buku yang wajib dimiliki oleh pembaca-pembaca novel kerana bukan semua orang berpeluang merasai pengalaman yang mereka lalui ini.

Dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Lucifer, yang buat kalian rasa ingin membaca semua buku-buku dalam siri ini. Ada 2 orang penulis yang aku kagum yang menulis dalam buku ini, iaitu Lucifer ([1] dan Hantu Masa Lepas) dan Zoul Yazix (A+B=C2 dan Mimpi (1)). Seperti jelmaan sebuah mesin kispen yang berada dalam tubuh manusia, bohonglah jika aku katakan yang tulisan mereka ini sampah.Walaupun semua cerita yang ditulis dalam buku ini adalah fiksyen semata-mata, tapi mereka mampu buat kita merasakan yang ia seperti benar-benar berlaku. Kadang-kala hingga mahu menitis air mata.

Ada sepotong ayat yang sangat memberi kesan kepada aku, Penghuni Ruang Kecil nukilan Rifa Johan.

"Ruang kecil itu,
walau sebesar hama
tetap ada
untuk dia
Perempuan itu"

"Untuk cinta pertama yang tak jadi,
Bukan aku rindu kamu,
Cuma kadangkala aku...
Teringat."

Selepas IFall, akan ada lagi 4 buku yang akan menyusul iaitu IWeep, IRetaliate, ISedate, dan yang terakhir IRise. Aku jangkakan yang siri ini akan membawa pembaca semua dalam satu perjalanan yang luarbiasa tentang jatuhnya seseorang dalam lubang cinta yang gagal dan berjuang untuk kembali berdiri melihat dunia. Ada sepotong ayat yang tertera di belakang kulit buku ini yang berbunyi, "Fall aplenty, rise wholeheartedy".

Jadi, aku rasa pembelian terbaik aku untuk tahun ini adalah buku IFall ini dan aku rasa kalian semua patut lah membeli buku ini kerana ia akan jadi satu pembelian yang berbaloi dan tidak merugikan. Aku berikan standing ovation kepada penulis-penulis muda yang berbakat, ada 22 orang semuanya kerana menghasilkan sebuah buku yang sangat berkualiti.

Untuk membeli buku ini, boleh buat tempahan di Kerat Studio. Cetakan pertama dah habis. Tunggu cetakan kedua lah ya.

Saturday, 14 April 2012

Reviu novel Tahu Rasa Cinta

Assalamualikum semua

rasa macam dah lama tak mereview novel orang ni
nak review macam mananya, dah tak baca buku
kang nulis sebarangan plak, jadi salah fakta plak kan
jadik, haruslah baca sedikit sebanyak dulu yer kawan2
barulah ianya dinamakan review
biarpun, yg akan kita tulis nti hanyalah sinopsis semata, kehkehkeh

k lah, malas nak mukadimah panjang berjela
jom kita terjah, novel apa yang best tuk minggu nih
check it out..lallalla


sinopsis;

“Saya tak pandai berbunga-bunga, pak cik. Saya tak pandai nak bermadah berhelah… apa kata saya terus terang aje kat pak cik. Barulah rock!”

Memang betullah kata orang, hidup ini satu misteri. Kita tidak akan tahu apa yang terjadi. Begitu juga soal jodoh dan pertemuan. Erzalina adalah cinta mati Anuar. Apa saja yang Anuar lakukan hanya untuk mendapatkan cinta daripada Erzalina. Tapi, Anuar ini suka menjerat dirinya. Suka memalukan dirinya. Mahu mengurat Erzalina, tetapi tidak kena cara.

Bagi Erzalina, kehadiran seorang lelaki merupakan perkara baru dalam hidupnya. Dia yang sopan dan pemalu itu bernasib malang apabila mendapat peminat yang macam orang sakit mental seperti Anuar.

Berbagai adegan lucu berlaku. Daripada seorang lelaki yang nakal, Anuar jadi seorang lelaki budiman yang membuatkan Erzalina mula terpaut hati. Namun, saat hati mula ingin menerima, Erzalina mahu dijodohkan dengan Rafiyudin. Siapa idaman kalbu Erzalina? Benarkah apa yang dirasa Erzalina itu cinta? Mampukah rasa cinta yang baru diketahui, menyatukan dua hati?

ok tak, best tak???
kalau best, pergi cari cpat2

sampai berjumpa lagi..daaaaaaaaaaaaaa


Sunday, 8 April 2012

Review : Fixi@BISIK


Last Monday gua jalan-jalan lepas gian kat Jusco, Ipoh.
Cam selalu, kedai buku gua wajib singgah kalau tak rasa cam menggigil 1 badan.
Dari jauh gua usha panas je novel-novel situ. 

Pap!

Mata gua tangkap susuk novel gua idam!!! Gua meroyan sat kat situ. Jerit ala-jumpa-Bruno Mars. 


Weh! Gua jumpa BISIK kot. Phew. Gua dah gigil. Gua rembat. Gua g kaunter. Gua bayar!

Gua beli Isnin. Dan tadi petang. Maksud gua Jumaat la. Gua settle 1 buku. Sekarang, gua kasi review, lu orang baca k. Sumpah weh! Novel cam ni dah lama gua tunggu! Gua bajet nak tulis 1 la kan, sekali Syafiq ni dah tulis. Tapi citer dia bagus. So, jom kita terbang kejap.


* * * * * * * * * * * * * 

Cerita bermula dengan Mikael pindah masuk rumah barunya. Kemudian kisah dia dan kerjayanya. Kisah dia dan teman serumah misterinya, Nazzman. Kisah dia dan Suraya, bekas kekasih teman serumahnya Arman yang mati di rumah sewa lamanya akibat terjatuh dari balkoni.

Kemudian terbit satu konflik bila dia bangun pagi dan Suraya sudah mati di atas katilnya. Dia yang panik, meminta bantuan Nazzman yang digelar 'Chipsmore' oleh rakan-rakannya, Shah dan Julia. Suraya yang sudah jadi mayat tidak disemadikan dengan betul sebaliknya, cara dia disemadikan sangat kejam.

Tidak lama selepas itu, Mikael berhubungan dengan Ayu, rakan perniagaan Julia. Mereka berasmara di hotel setiap kali suami Ayu, abg Mael tiada di rumah. Namun, kejadian serupa berlaku. Ayu dibunuh namun tanpa niat. 

Kemuncak cerita apabila Julia diperangkap di dalam rumah Mikael, lalu 1 persatu cerita terhurai. Siapa dia Mikael sebenarnya, siapa Nazzman, siapa mereka berdua apa kaitan antara 1 sama lain.

Pada gua, BISIK novel thriller dengan caranya tersendiri. Buku sebegini tiada dalam pasaran Malaysia. Kalau ada pun, susah nak jumpa. Kalau lu orang rasa nak baca, gua nasihatkan baca jangan berhenti. Baca sampai habis. Once lu dah start lu memang tak leh stop. Lagi-lagi bila lu dah sampai part Mikael beli kapak, gergaji, paku, pisau nak uruskan mayat Suraya. Phew. Lu gigil weh bila baca. Terbayang-bayang teknik si Nazzman tu buat.

Ending novel ni, paling mengancam bila kita tahu siapa Nazzman dalam hidup Mikael. Setelah bercerita tentang masa lalu yang semakin terhakis dari kotak fikiran Mikael, beliau mula sedar Nazzman itu sudah dianggap seperti saudara kandungnya sendiri. 

Jadi, 
selamat membaca.
Gua harap lu orang melayang cam gua melayang tadi.

Sekian sahaja review dari gua. Selamat maju jaya!


Hakhakhakhakhakhak~~~~~




Saturday, 7 April 2012

Nadia's Song & Mayada Daughter of Iraq


NADIA'S Song karya Soheir Khashoggi mengemukakan konflik darjat, pengkhianatan keluarga dan kisah cinta tragis antara dua bangsa kerana perbezaan cara hidup, anutan serta tradisi keluarga yang mewajibkan anak perempuan menerima jodoh pilihan keluarga.

Kisah dalam novel ini mengambil Iskandariah di Mesir pada zaman Perang Dunia Kedua sebagai latar kisah dengan menampilkan Karima Ismail, pembantu rumah yang bekerja dengan hartawan dari Britain, yang juga pemilik ladang kapas terbesar di bandar berkenaan.

Karima yang bercita-cita menjadi penyanyi, berkawan baik dengan anak lelaki majikannya, Charles Austen dan keserasian antara mereka berdua menyebabkan masing-masing jatuh hati hingga akhirnya terlanjur, tetapi Austen tidak mengetahui wanita itu mengandungkan anaknya. Malang mula menyelubungi Karima apabila Charles meninggal dunia dalam satu kemalangan dahsyat manakala abang Karima pula, Omar yang mengetahui rahsia adiknya itu, cuba menghapuskan Karima bagi mengelakkan keluarganya daripada ditimpa malu. Nasib menyebelahi Karima apabila perkahwinan yang diatur dengan Munir Ahmad berkesudahan dengan pemuda itu menerima hakikat diri wanita malang itu dan menyayangi anak hasil hubungan Karima dengan Austen, Nadia, dengan penuh kasih sayang.

Kebahagiaan Karima dan Munir berterusan meskipun selepas mereka berpindah ke Kaherah, tetapi kegembiraan mereka tercabar ketika Nadia mencecah usia dua tahun apabila berlaku kebakaran besar di bangunan kediaman mereka, menyebabkan seluruh penghuni kelam-kabut menyelamatkan diri dan Nadia terpisah daripada keluarganya.

Memikirkan Nadia terkorban dalam kebakaran berkenaan, Karima sentiasa diselubungi kesedihan, tetapi akhirnya menghadapi situasi kehilangan anaknya secara terbuka dengan kembali memberi tumpuan kepada minat serta cita-citanya ketika remajanya, iaitu ingin menjadi terkenal. Karima menemui kejayaan dan kemasyhuran dalam kerjayanya apabila diterima baik masyarakat Arab manakala Nadia yang hilang diselamatkan pasangan Tariq dan Celine, mula mencari siapakah ibunya yang sebenar selepas kematian Celine akibat barah.

Nama Nadia ditukar kepada Gabrielle (Gaby) oleh Celine dan Tariq, dibesarkan beribu batu jauhnya daripada Karima yang disanjung masyarakat Arab, kembali ke Mesir kerana ingin bertemu ibunya, digelar Nightingale di kalangan penggemarnya dan disayangi ramai kerana keupayaannya dalam bidang seni.

Penulis buku ini, Soheir,  bijak memanipulasi keadaan apabila beliau memulakan penceritaan dengan gambaran pengebumian tokoh seni, Karima Ismail yang dikatakan setaraf dengan penyanyi Arab tersohor, Umi Kalthum dan beribu-ribu orang memberi penghormatan terakhir di tanah perkuburan pada hari pengebumiannya.

MAYADA Daughter of Iraq ini membongkar rahsia pentadbiran Saddam yang tidak diketahui masya rakat luar terutamanya la yanan terhadap wanita. Karya Jean Sasson menghidangkan kisah wanita keturunan bangsawan di Iraq, Mayada al-Askari yang terpaksa melalui kehidupan penuh penderitaan apabila ditangkap polis rahsia di bawah pemerintahan Parti Baath pimpinan Saddam Hussein.

Kehidupan Mayada, ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Fay dan Ali, musnah apabila pihak berkuasa menyerbu kedai percetakannya di Baghdad dan dipenjarakan di Baladiyat atas dakwaan menyebarkan dakyah antikerajaan. Kesengsaraan Mayada bermula apabila ditempatkan di Sel 52 dan terpaksa berkongsi ruang sempit itu dengan 17 tahanan wanita lain yang senasib dengannya kerana masing-masing dikenakan hukuman tanpa bicara selain terputus hubungan dengan saudara mara.

Setiap malam, Mayada bersama-sama tahanan wanita di Sel 52 terpaksa mendengar laungan dan jerit pekik banduan yang diseksa menyebabkan mereka mula berkongsi cerita masing-masing serta kekaguman wanita itu, juga sebahagian besar rakyat Iraq terhadap Saddam Hussein. Sesungguhnya angka 52 membawa makna tersendiri dalam kehidupan Mayada yang menyaksikan datuknya meninggal dunia di bilik hospital bernombor 52 dan bapanya juga menemui maut pada usia 52 tahun sehingga mendorongnya berfikir akan menemui ajalnya di sel terbabit.

Tahanan wanita di sel terbabit tertarik dengan cerita Mayada mengenai kesempatannya bersama-sama ibu dan ahli keluarganya makan malam di istana Saddam Hussein kerana bapanya berpengaruh dalam politik.
Di dalam Sel 52, Mayada rapat dengan Samara yang sentiasa memberi keyakinan kepadanya bahawa beliau akan berpeluang melihat dunia di luar Baladiyat dan bersatu semula dengan dua anaknya yang terpaksa membesar tanpa belaian ibu mereka.

Di luar pengetahuan Mayada, ibunya, berusaha membebaskan anaknya itu daripada tahanan polis rahsia dan menggunakan setiap saluran bagi membebaskan Mayada dari Baladiyat termasuk membuat panggilan telefon ke pejabat Saddam yang akhirnya memberi sinar baru kepadanya.

Setelah dibebaskan, Mayada diberitahu sembilan lagi pengusaha kedai cetak turut ditangkap atas alasan yang sama dengannya. Selain itu, Mayada juga terpaksa membayar sejumlah wang bagi membebaskan anak perempuannya, Fay yang dijaga Mamoun ketika beliau menjalani tahanan dan tidak sabar untuk menziarah kubur bapa serta datuknya bersama-sama anaknya. Mayada turut berusaha membebaskan tahanan wanita lain di Sel 52 termasuk Samara di samping mencari kehidupan lebih menjanjikan dengan meninggalkan Iraq bagi membina hidup baru di Jordan walaupun diberi amaran untuk tidak meninggalkan Iraq.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...