Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Iffah Afeefah. Show all posts
Showing posts with label Iffah Afeefah. Show all posts

Tuesday, 6 August 2013

Sepi si tua

Aku memandang sepi cuma. Nak berkata tak mampu. Nak bergerak ku kaku. Wajah tua yang tak asing lagi cuma mampu ku renung dalam-dalam. Lemah tak bermaya wajahnya yang terlantar. Apa salahnya? Hingga dia tersadai sendiri. Aku juga masih punya pelawat walaupun hari bersilih ganti. Tapi dia? Dia keseorangan. Gering sendiri.

“Nurse, macam mana patient ni? Ada ahli keluarga datang?” Perempuan itu menggeleng. Lengkap berbaju putih kemas namun ku rasa agak seksi. Aku hanya memandang sayu dari kejauhan.

“Awak okey?” Tanya doktor setelah dia meneliti laporan tahap kesihatan aku. Aku cuma mengangguk. Fikiranku masih lagi menerawang jauh. Rasa kasih dan kasihanku tertumpah ke wajah nenek tua yang katilnya bertentangan dengan aku. Adakala aku mendekatkan diri. Memberi dia minum saat dia dahaga. Memberi urutan saat dia gelisah tak mampu lena. Aku jatuh kasihan. Apatah lagi dia tiada yang melawat. Menjaga keperluannya apatah lagi.

Pernah aku tanyakan, mana perginya anak dia. Dia cuma menggeleng dan mengalirkan air mata sayu. Aku tak jadi meneruskan niat bertanya lebih lanjut. Bimbang aku pula yang tak mampu menahan sebak di dada.

“Ada rasa sakit tak masa berjalan? Buang air?” Aku menggeleng semata.

“Awak kenapa sedih? Patutnya awak happy tau, sebab esok awak dah boleh keluar. Nanti saya senaraikan ubat untuk awak. Bagitau ahli keluarga lain. Selamat menyambut hari raya ye Iffah…” Lagi sayu aku mendengar perkataan raya dari mulut lelaki itu. Doktor Borhan setia menjaga aku selama empat hari aku di sini. Terlantar gara-gara keracunan makanan.

“Saya suka. Terima kasih doc. Tapikan, saya nak tanya sikit boleh?” Aku mula melontarkan seribu persoalan. Rupanya pihak hospital sengaja menahannya di wad kerana tiada siapa pun pedulikannya. Malah di nursery penjagaan orang tua pun sudah tak mampu menjaganya. Walaupun nenek itu sakit tua, tapi pihak hospital dengan rasa belas, menumpangkan nenek itu. Aku yang mendengar cerita itu terus menangis teresak.

“Sampainya hati anak-anak dia…” Itu saja yang lahir dari mulutku. Itu semua cerita setahun yang lalu. Saat nenek itu masih bernyawa. Kini dia telah pergi menghadap ilahi. Aku doakan dia tenang di sana bersama Sang Pencipta.

Setelah aku mendengar kisah anak-anak nenek itu tegar menghantarkan nenek itu ke pusat penjagaan orang tua dan langsung tak menjenguk apatah lagi memberi wang pembiayaan, aku tekad meminta keluargaku membawa nenek itu pulang. Biarlah aku sebagai saudara seislam menjaganya. Aku pun tak pernah merasai kehangatan kasih sayang seorang nenek. Nenek itu dijaga oleh keluargaku hinggalah saat terakhirnya. Aku bangga kerna aku berkesempatan membahagiakan dia walau sekejap cuma. Nenek itu tak bersalah kerana punya anak sebegitu. Bukan salah didikannya, bukan salah asuhannya. Cuma inilah ujian yang Allah turunkan untuknya. Nenek pergi dengan tenang buat selamanya. Hingga kini aku masih mendoakan dia di sana. Semoga bahagia yang abadi milikmu, Nek!


Saturday, 29 September 2012

Reviu Merpati Putih Bulan Mengambang

Review dimulakan dengan Bismillah. Aku risau. Aku taip. Aku padam. Penerbit sedang memerhati. Aku bimbang salah taip, lain jadinya. Tanggapan kita berbeza. Terlalu jurang. Aku enggan ulas panjang. Tapi dipaksa juga. Inilah hasil reviu.
Cari kat penerbitan Darmasiska kalau nak beli
Secara dasarnya; cover cun. Aku jatuh cinta berkali-kali. Selak muka satu. “Ah kertas dia lain macam. Kuning tapi berkualiti. Taklah macam buku novel English yang buruk-buruk tapi mahal nak mampus,” Aku bicara sendiri.

Baca satu ayat demi ayat. Aku nampak sesuatu. Kesalahan teknikal. Mata aku peka begini.
…Saying…
…Cuma…
…Berjaya…
…berfoya foya…
…ragah… (gagah sepatutnya bukan?)
Jarak dekat. Noktah. Koma. Semua aku perhati. Penat tengok teknikalnya. Aku kembali melihat isinya. Maaf aku manusia biasa, nampak saja kesilapan yang ada.
Baca semula. Tamat sudah satu naskah merah hitam putih ini. Senyum* terus kepada penulis dan penulisannya boleh?

LINA JALIL
Aku paling suka “Waktu kita mula kenal” Muka surat 9 hingga 10. Aku senyum saja. Simple tapi kena dengan jiwa aku pastinya.

APAI
Si adik yang perlu belanja aku kepci seketul dua. Aku suka juga. Walaupun penulisannya dengan orang yang aku kenal tak sama. Tapi aku suka. Lain. Tapi masih bisa dihadam dan dicerna otak. Aku suka yang ini “Aku adalah hero” muka surat 56 hingga 58. Aku rasa ia bangang. Hero yang bangang. Bisa buat aku ketawa sendiri.

HAMDA ARAZI
Yang ini pun agak selamba penulisannya. Dalam berimaginasi. Aneh. Aku tak tahu gaya apa yang dia mahu terapkan tapi aku jatuh suka. “Poin” muka surat 118 hingga 123. Memang bernas poin yang diberikan. Aku dapat sesuatu dari situ. Tahniah!

SHAIKA NADWAH
“Ralat” mukas surat 127 hingga 129. Aku suka part ‘Aku lebih suka menyendiri dari biar hati dirobek rakus berkali. Aku lebih suka,” Aku sangat suka. Kena dengan aku sekarang.

AIDEED MOSLEY
Aku cari. Aku belek. Aku cuba fahamkan semula. Aku blur. Akhirnya aku mampu tersenyum saat aku jumpa satu cerita. “Mengharapkan nasib itu adalah malas” muka surat 174 hingga 176. Ayat yang paling memikat ialah ‘Merealisasikan semua mimpi pelik yang hebat itu adalah satu kebahagiaan.’

Kesimpulan, aku baca dari depan ke belakang. Dari kulit ke kulit. Patah balik, Ulang baca. Aku faham. Aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang. Terus terang aku katakana ia susah dihadam oleh minda aku. ia jauh lari dari tanggapan aku. Ia tak sama macam Zine Pilihan yang aku baca. Ia lain. Bukan genre aku. bukan makanan aku. Dan itulah kata akhir untuk buku ini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...