Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label Pemenang Cerpen Kompetisi Aksara. Show all posts
Showing posts with label Pemenang Cerpen Kompetisi Aksara. Show all posts

Wednesday, 11 July 2012

PEMENANG SAGUHATI PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012 - ANIS FARZANNA - MISS POLKA DOTT

PEMENANG SAGUHATI PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012

ANIS FARZANNA
TAJUK CERPEN: MISS POLKA DOTT

Pernahkah kita terfikir macam mana kita akan bertemu dengan jodoh kita yang Dia telah tentukan untuk kita sejak di Loh Mahfuz lagi? Mungkin kita punya impian sendiri tentang cara kita berjumpa dengan pasangan kita tapi… Dia telah tentukan melebihi apa yang kita jangka! Sesuatu yang mungkin tak tercapai dek akal kita.
Itulah yang berlaku pada seorang gadis manis yang bernama Kyra. Cara mereka bertemu sangat pelik dan mungkin unik pada pandangan orang lain. Cerita cinta mereka punyai sejarah tersendiri dan semuanya bermula di Giant tempat mak cik-mak cik membeli sayur… sangat tak romantik bukan?
Selesai membuat pembayaran di kaunter Kyra terus menolak trolinya sambil kepalanya tengah serabut memikirkan macam mana nak hidup bulan nie sementara tunggu bulan depan. Sedang dia ralit mengelamun tiba-tiba cashier tadi memanggilnya semula.
“Cik! Cik berbaju pink!” Cashier tadi mengangkat dua beg plastik lalu ditunjukkan pada Kyra. Rupa-rupanya Kyra tertinggal barang di sana.
Kyra bergerak ke arah kaunter semula untuk mengambil barang yang tertinggal tadi. Trolinya di tinggalkan sekejap di situ. Selesai semua urusan Kyra menolak kembali troli tadi ke parkir kereta. Tapi tiba-tiba ada seorang lelaki mengejarnya. Kyra panik dia ingatkan lelaki itu orang gila. Kelam-kabut dia memandu kereta.
Dia semakin takut, apa tidaknya lelaki tadi masih mengejarnya, tak cukup dengan kaki dia kejar Kyra dengan kereta pulak!
“Ya ALLAH… Bala apa nie? Kenapa dia kejar aku. Aku tak bersalah… ya ALLAH selamatkanlah aku dari orang psiko nie… amin...” Kyra berdoa sambil memecut kereta.
Sampai saja di rumah sewa, Kyra terus berlari masuk ke dalam rumah tetapi lelaki tadi menarik tangan Kyra, apalagi Kyra menjerit sekuat hati ada perogol bersiri. Lelaki tu sedaya upaya menutup mulut Kyra tapi belum sempat lelaki tu berbuat apa-apa Kyra terus mengetuknya dengan kasut tumit tinggi tiga incinya!
“Aduh, sakit lah!” pemuda tu cuba elakkan diri dari dipukul Kyra
Mujur teman serumah Kyra, Jua dengan Yun terdengar jeritan Kyra dan kelam kabut keluar dari rumah. Terkejut mereka tengok aksi 18 tahun ke atas Kyra tengah bergusti dengan lelaki tu.
“Kyra mengucap!  Anak orang tu nanti mati dia kau belasah, Kyra.” Yun dah peluk Kyra nak halang Kyra dari terus mengganas.
Mujur kawan-kawan Kyra campur tangan tidak mahu ada yang terkorban petang tu. Yun bertindak sebagai orang tengah mengadili kes Kyra dan lelaki tu. Pada masa itu, barulah Kyra tahu nama lelaki yang dia panggil perogol bersiri tu rupanya Megat Amru Nasabil.
Empat pasang mata saling bertentang. Meja batu di luar laman rumah sewa kini bertukar menjadi meja persidangan. Amru terus straight to the point! Dia cakap Kyra dah curi barangnya, Kyra pula bermati-matian menafikannya. Dek kerana tu, Amru bergegas ke keretanya dan tak sampai 2 minit kemudian Amru menghampiri mereka dengan selonggok beg plastik.
“Nie buktinya!”
Tiba-tiba riak wajah Kyra berubah… dia terdiam… “Err…kenapa barang-barang nie nampak macam barang-barang yang aku beli tadi?”
“Bukan macam tapi memang barang kau pun. Kau tengok nie. Apa kejadahnya aku nak beli benda nie ha?  Cuba kau  terang sikit dekat aku pakai logik akal kau.” Amru menanya Kyra.
Serta-merta wajah ketiga-tiga gadis tu merona merah. Panas! Apa taknya Amru selamba badak tayang ‘adik kecik’ yang baru Kyra beli tadi. Dah la warna merah ang-ang siap bercorak polka dot lagi! Sumpah Kyra tak tau nak kata apa. Malu tahap yang dah tak bertahap dah dia rasa!
Kepala Kyra terasa berat, nak diangkat pun dia tak mampu malu punya pasal. Kyra meminta maaf kepada Amru dan cepat-cepat dia memulangkan barang-barang Amru yang dia terambil tadi dan terus memasuki rumahnya. Tiba-tiba... Kyra yang dah masuk ke dalam rumah patah balik keluar.
“Encik saya nak mintak balik benda tu…” Suara lembut macam nak keluar tak keluar ja bunyi. Kali nie semua mata tertumpu ke arah Amru.
YA! ‘Adik kecik’ Kyra…
Amru langsung tak menunjukkan tanda-tanda nak bagi dekat Kyra. Kyra bengang tengok gaya Amru dia terus merampas barangnya tu dari tangan Amru dan terus masuk ke rumah semula.
Peristiwa paling memalukan pernah terjadi dalam seumur hidupnya tu tak mungkin Kyra lupakan walaupun dah berminggu-minggu berlalu. Satu ja doa yang tak pernah dia lupa setiap kali sembahyang selain mintak dimurahkan rezeki dan panjang umur. Dia tak nak jumpa Mr. Troli! Tu la satu-satunya doa dia yang tak lekang dari bibir. Biarlah yang tu pertama dan terakhir. Kyra serik!
“Cik ke tepi! Kereta!” beserta dengan jeritan tu tubuh Kyra ditolak dan dia dengan pemuda yang selamatkannya tu jatuh bergolek-golek. Sekali tengok tak ubah macam hero dengan heroin tamil tengah bergolek atas taman bunga yang bezanya cuma nie atas tar la… Kyra terkedu sebaik saja melihat wajah lelaki tu rupa-rupanya doanya tak dimakbulkan Tuhan. Kalau dah jodoh tu kuat kutub utara kutub selatan pun boleh jadi dekat.
“Awak cedera, kita peri klinik.” Amru menunjuk ke arah lengan tangan Kyra wajahnya jelas risau.
“Darah.” Sepatah ja yang sempat Kyra cakap sebelum…
“Eh, cik? Cik! Miss Polka Dot. Bangun…”
Kyra pengsan…
Sudahlah pengsan di hadapan Amru, kemudian doktor pula salah sangka yang dia dengan Amru adalah pasangan suami isteri. Bertimpa-timpa benda yang memalukannya terjadi depan Amru. Wah, dah macam drama melayu pula Kyra rasakan.
Amru terus mendapatkan Kyra sebaik sahaja Kyra keluar dari bilik doktor. Kyra tersenyum melihat wajah risau Amru. Bermula detik tu persepsi Kyra terhadap Amru berubah dia dapat rasakan Amru seorang yang sangat penyayang dan tanpa dia sedar hatinya berdegup kencang. Amru memang baik. Lelaki yang gentlemen pendek kata. Sudahlah semua kos rawatan Kyra dia tanggung, balik ke rumah pun berhantar macam tuan puteri.
“Terima kasihlah sebab hantar saya balik Encik Amru.”
“Sama-sama, just call me Am.”
“Nope, I like Amru better.” Kyra tersenyum.
“Nak panggil abang sayang pun boleh.” Amru tersengih.
Kyra tersipu-sipu malu. Boleh tahan gatal jugak mamat nie. Memang betullah orang dulu-dulu cakap. Kalau bergaduh berlebihan tu lama-lama rasa benci tu boleh bertukar jadi sayang! Bak kata Jua…
“Hari tu bergaduh macam dah nak membunuh. Tiba-tiba hari nie boleh naik kereta sekali. Tak terbalik ke kereta tu?”
Sampai satu tahap, angau Kyra dekat Amru bertambah kronik sampaikan bila masak maggi pun telur dengan kulit telur tak boleh dia nak bezakan. Agen Yun dan Jua berusaha bermati-matian mengorek rahsia Kyra!
“Kau nie tengah angau dengan Amru kan?”
“Mana ada aku angau.”
“Kau tengah angau… kau mandi tak lencun, tidur mengigau, makan mencekik. Sebijik macam orang tengah angau. Memang aku yakin kau angau dengan dia.”
Kyra menunduk malu. Kantoi sudah…
“Sejak bila kau syok kat dia nie?” Yun menggiat.
“Tiba-tiba ja TERsuka…” Kyra memintal-mintal hujung baju tidur.
“Kau nie suka betul TER TER dengan Amru tu… kang TERkahwin… aku tak tau.” 
Tiba-tiba pipi Kyra merona merah bila dengar Jua cakap pasal kahwin. Dia dengan Amru? Dia mula membayangkan masa depannya.
Salah faham yang kecil telah membuatkan Kyra dan Amru mula menunjukkan perasaan terhadap satu sama lain. Semuanya terjadi bila Amru datang ke rumah sewa mereka untuk menjemput mereka ke kenduri kahwin di rumahnya. Sebaik saja Kyra membaca nama pengantin lelaki tu Kyra terus marah-marah. Amru cuba memujuk Kyra. Tapi Kyra tetap dingin, tak diendahkan langsung kata-kata lelaki tu.
“Jangan ikut saya dan jangan pujuk saya!”
“Dah tu tak kan biar kekasih hati saya merajuk? Kalau dia lari dengan lelaki lain saya jugak yang susah. Membujang sampai ke tua tu yang kejar jugak. Tidak saya biar ja…”
Kyra mengetap bibir. “Eleh, lelaki bila bercakap tu macam tanam tebu di tepi bibir! Entah bukan tanam tebu ja, siap bukak kilang gula lagi. Manis tak hengat! Awak dah nak kahwin kan? Pergilah balik dekat bakal bini awak tu. Buat apa duduk kat tepi saya yang busuk nie.”
“Nie saya tengah duduk tepi bakal bini sayalah nie. Busuk pun busuklah. Saya redha…”
Amru yang masih setia menatap Kyra. Cepat-cepat Kyra mengalihkan pandangannya, jantungnya terasa macam nak pecah! Tiba-tiba berdegup laju semacam.
“Awak… memanglah nama dekat depan kad tu Megat. Tapi masalahnya… yang nak kahwin tu Megat lain… Megat Amir Nabil. Bukan Megat Amru Nasabil.” Amru berterus-terang.
Kyra terdiam. Ah, salah percaturan! Kan diri sendiri termalu.  Amru tersenyum melihat wajah malu Kyra. Ya, senyuman itulah yang menambat hati Kyra.
“Awak… kita kahwin ya? Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak. Bukan setakat jatuh ja… dah tersungkur pun saya rasa.”
“Tak kan saya nak cakap ya terus… tak macam gelojoh sangat ke bunyinya?”
“Tak… sebab awak memang gelojoh pun…” Selamba Amru membalas.
“Hey!”
“Haha… I’ll take that as a big YES! Minggu depan turn kita pula naik pelamin ok sayang?”
Kyra hanya menganggukkan kepalanya.
“Miss Polka Dot…”
“Hurmm…” Kyra redha ja la bila Amru panggil dia guna nama pelik tu.
“Lepas nie kalau nak beli, beli corak yang mengancam sikit tau.” 
Sungguhlah masa tu Kyra rasa macam nak pelempang ja muka Amru. Gatal! Tapi bila melihat Amru ketawa Kyra terus tertawa jugak. Bahagia dah menjelma mungkin…
Orang kata… cinta pandang pertama ni susah nak jangka. Kadang-kadang tu macam bom jangka. Tak ada dah ‘clue-clue’. Tiba-tiba ja BOM! Meletup… terus jatuh cinta.

Tuesday, 10 July 2012

PEMENANG SAGUHATI PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012 - ROSZITA OMAR - GEMERSIK SUARA

PEMENANG SAGUHATI PESERTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012

ROSZITA OMAR
TAJUK CERPEN: GEMERSIK SUARA

Satu hari tu aku berjalan keliling kampung untuk menikmati keindahan kampung aku yang sekian lama aku tinggalkan. Rasanya dah lama benar aku ni tak balik kampung. Yelah macamana nak balik kalau asyik kerja aje. Sampaikan mak aku pun dah asyik bising aje sebab lama tak balik. Aku ni bukannya tak nak balik tapi asal balik aje mesti mak aku bising pasal aku ni tak kawin-kawin lagi. Naik bingit juga telinga aku bila mak aku berbunyi mengalahkan murai yang selalu bertenggek kat depan pokok rambutan rumah aku.

Aku berjalan lagi. Udara yang nyaman buat aku sedikit pun tak rasa letih. Tiba-tiba aku menangkap satu suara yang cukup merdu dan mengasyikkan sedang mengalunkan bacaan Al-Quran. Langkah aku terhenti. Suara tu cukup menusuk kedalam dada aku. Aku terpegun untuk seketika. Ah! Aku tak pernah dengar suara yang sedap macam ni. Alunan suara yang sedang mengaji tu cukup lemak diiringi dengan tajwid, tarannumnya, dengan makhrajnya yang cukup sempurna buat aku rasa kenyang walaupun tadi rasanya macam nak putus tali perut aku.

“Odah...ooo....Odah..dah masuk waktu tu. Kalau nak sembahyang cepatlah kan lambat pulak.” Aku memasang telinga bila terdengar satu suara yang menjerit. Aku meninjau melihat kearah rumah yang hampir senget tu. Cuma tunggu masa aje nak menyembah bumi tapi itu semua tak penting, bagi aku yang penting sekarang ni melihat sapa yang punya gerangan suara tadi. Aku melihat kelibat seorang gadis yang sedang bertelekung sembahyang. Ooo...rupanya dia yang mengaji tadi. mungkin jugak dia yang bernama Odah. Ah! Rasanya aku dah jatuh cinta pada suara dan mungkin jugak yang empunya suara. Hajat hati nak tunggu lama sikit tapi risau jugak sebab ramai orang yang lalu lalang kat sini. Lain macam aje diorang pandang muka aku. Macamlah aku ni pencuri. Aku ambik keputusan balik aje. Takpe esok masih ada.
 

Sampai kat rumah aku berehat seketika di bawah pokok mempelam yang sedang berbuah lebat ni. Di telinga aku masih tergiang-giang suara Odah yang sedang mengaji. Aku tersenyum sendiri. Rasanya aku ni dah separuh angau. Sebelum angau aku lebih teruk aku akan cuba tanya pada mak pasal ni.

“Laa...dah lama balik Rul.” Mak melabuhkan punggungnya disisi aku sambil mengibas tangannya yang disaluti pasir bekas cabutan ubi kayu tadi.

“Baru aje, pangkin ni pun tak panas lagi.”
 

“Macamana kat sini, dah lama tak balik ni apa perasaan Rul kat kampung ni.”
 

“Amboi, mak ni tanya saya menglahkan wartawan pencen pulak.” Aku gelak kecil.

“Taklah, kau kan dah lama tak balik kat sini, takkanlah sikit pun tak rindu suasana kampung kat sini.”

“Seronok. Udara pun nyaman tapi yelah saya selalu sibuk. Ni pun dapat cuti tak sampai seminggu pun. Lepas harap saya berjanji dengan mak kalau tak memang payah.”

“Kerja, kerja jugak jangan sampai lupa semua benda kat dalam dunia ni.”

“Oh! Ya mak. Rumah sapa yang kat hujung sungai tu.” Aku bangun membetulkan tempat duduk.

“Kat hujung sungai? Kat hujung sungai tu kubur nak ooii.....”

“Hish...mak ni orang betul-betul dia main-main pulak.” Aku tahu mak saja usik aku sebab aku nampak mak senyum aje.

“Kenapa tanya. Aaa....ni mesti dah berkenan kat anak dara orang ni.”

“Hish...mana ada. Saja aje tadi kebetulan lalu kat situ. Ingatkan takde orang duduk sebab rumah tu dah buruk sangatlah mak, tunggu masa aje nak roboh. Tengok-tengok ada orang tu yang pelik sikit tu sebab Rul tak kenal pun mereka.”

“Alah rumah Tuk Said. Tuk Said pun dah lama meninggal, sekarang ni tinggal Mak Pah dengan cucu dia Saodah.”
“Anaknya takde ke mak.”

“Ada. Semua dah kerja duduk kat bandar.”

“Habis tu apasal diorang tak ajak Mak Pah duduk sekali dengan dia. Kesianlah mak.”

“Manalah mak tahu. Kau pergilah tanya dia sendiri. Dahlah mak nak ke belakang kejab hari pun dah petang sangat ni. Mak nak tengok ada tak ayah kamu ni letak air dalam reban ayam kan mampus pulak anak ayam yang baru menetas tu.” Mak berlenggang pergi meninggalkan aku yang masih berfikir tapi aku bukan fikir pasal bini Tuk Said tapi cucu Tuk Said. Merdu sungguh suaranya. Ni kalau masuk akademi Al-Quran ni mesti menang ni. Sebenarnya banyak lagi yang nak aku tanyakan pada mak aku tapi rasa segan pulak. nanti apa pulak kata mak.
 

Aku ke masjid bersama-sama dengan mak dan ayah aku. Masjid yang besar ni hanya separuh aje yang penuh selebihnya masih kosong dan inilah yang berlaku kat mana-mana pun. Kalau ada konsert, sampai tak muat tempat duduk. Sedih betul bila fikir pasal ni. Selepas solat Isyak aku keluar dulu, memandangkan ayah masih berborak dengan pak imam aku keluar menunggu di kereta. Bayang mak pun masih belum kelihatan. Mana pulaklah mak ni. Aku menyandarkan badan aku di bonet depan kereta. Sesekali aku tersenyum pada penduduk kampung yang baru juga keluar dari masjid. Sampai naik lenguh mulut aku ni.
 

“Cepatlah sikit Odah. Kau ni selalu macam ni, asyik aku aje yang tunggu kau.” Tiba-tiba aku menangkap satu suara yang menyebut nama ‘Odah’. Rasanya ini satu peluang untuk aku melihat tuan punya suara yang aku dengar petang tadi. mata aku meliar untuk melihat kelibat gadis bernama Odah. Rasanya aku dah nampak gadis tu, manis sekali sesuai benar dengan suaranya yang begitu gemersik.

“Nak balik ke? Aku mengambil kesempatan ini memandangkan mak dan ayah aku masih lagi tak datang.
“Ha’ah takkan nak tidur kat sini pulak.” bukan Odah yang jawab tapi kawannya yang melaung tadi. aku melihat Odah hanya tersenyum dan tersipu-sipu dari balik selendang yang dipakai. Aduh! Terpikat sungguh aku ni. Nampaknya cuti aku terpaksalah di panjangkan lagi dalam 2-3 hari lagi.

“Aiik...tanya pun marah.” Aku masih lagi cuba memancing Odah untuk bersuara.

“Bukannya nak marah tapi kan dah nampak.” Hish...menyampah betulah aku dengan kawan dia ni. Orang tak tanya dia menyampuk pulak. Odah ni pulak tak reti-reti nak bersuara.

“Yelah...yelah...saya minta maaf kalau awak berdua ni rasa marah. Tapi kalau nak balik sekali dengan saya pun boleh.” Aku tersengih dan Odah tersenyum.

“Nak mampus.”

“Hissh....sapa pulak suruh awak pergi mampus. Saya ajak awak berdua ni naik kereta. Salah ke? Haa....tu pun mak dan ayah saya. kalau tumpang marilah sekali.” Aku masih lagi pelawa diorang ni tapi jual mahal betullah. Tapi bagus jugak sekurang-kurangnya diorang ni taklah buat jualan murah pulak.

“Takpelah terima kasih aje.” Odah bersuara dan aku terpinga di situ dengan mulut yang mengangga. Aku melihat kelibat mereka berdua berlalu dari situ. Rasanya aku dah terkena panahan cinta pandang pertama. Begitu merdu suara Odah pada pendengaran aku. patutlah mengaji pun sedap.

“Tutup mulut tu Rul. Nyamuk banyak kat sini.” Ayah bersuara. Masa tu barulah aku tersedar dari dunia khayalan aku. Aku mengaru kepala aku yang tak berapa gatal. Nak cover malulah. Aku tahu mesti mak dengan ayah aku nampak apa yang buat tadi. Ah! Nasiblah.
 

“Kau borak dengan sapa tadi Rul.”

“Entah. Rul tak kenal pun kebetulan diorang lalu kat sini.”

“Tak kenal? Pelik tu.” Ayah mengeleng kepala.

“Apa yang peliknya ayah.” Aku pulak yang kehairanan.

“Kalau tak kenal takkanlah sampai melopong mulut tu.”

“Hisshhh......ada-ada aje ayah ni.”

“Betul tu Rul, kalau kau berkenan kat sapa-sapa dalam kampung ni kau cakap, mak boleh pergi pinang.”
“Mana ada mak.” Aku memandu dengan perlahan bilamana aku melihat kelibat Odah dengan kawannya tadi. aku memerhati Odah dari balik cermin sisi aku. aku tersenyum sendiri. Tak sangka pulak yang aku akan jumpa dengan Odah malam ni.

“Cukup-cukuplah tu Rul. Terkeluar mata tu kan.” Ayah ketawa diikuti dengan mak. Diorang ni memang saja nak kenakan aku. aku tak kata apa-apa sebab memang betul pun aku tengok Odah dan aku biarkan mak dan ayah aku yang masih ketawakan aku.

Aku membuka tingkap bilik aku. pagi yang masih samar-samar membuat udara begitu segar dan nyaman. Aku menghirup udara yang segar ini dala-dalam. Satu kepuasan rasanya dapat ketenangan macam ni. Selepas solat subuh aku bersiap dengan baju sukan aku.
 

“awal benar ni, nak kemana? Tanya mak bilamana melihat aku yang sedang mengikat tali kasut di birai tangga.
“Jogging.” Ringkas dan padat jawapan yang aku berikan.

“Jogging? Apa kejadahnya kau jogging kat kampung ni.” Mak bersuara pelik. Macamlah aku nak pergi mencuri walhal aku Cuma nak pergi berjogging. Pelik betullah.

“Salah ke? Saya memang selalu berjogging. Kalau sehari tak bersukan macam ni saya rasa tak selesalah mak. Lagipun saya ni bukannya nak pergi mencuri apalah mak ni. Jogging ni bagus tau mak. Badan pun sihat otak pun cergas.” Panjang lebar keterangan yang aku berikan tapi tak tahulah samada mak faham ke tak.

“Hah! Yelah tu badan sihat, otak cergas. Terlampau cergaslah tu yang sampai sekarang tak kawin-kawin jugak.” Tempelak mak pada aku.

“Hishh....mak ni tak sangkut paut langsung semua ni denga saya berjogging. Dahlah mak. Saya pergi dulu kan bila dah terang tak seronok pulak nak berjogging.” Aku bergegas turun dan menarik nafas dalam-dalam. Aku berjalan perlahan-lahan sebelum membuat larian yang sederhana laju.

Melewati setiap rumah membuatkan aku dipandang macam orang yang baru terlepas dari penjara. Aku sekadar mengelengkan kepala bila memikirkan betapa bersalahnya aku berjogging pagi-pagi buta ni. Mungkin jugak ini bukan satu pekerjaan yang dilakukan oleh orang kampung. Yelah berjogging bukannya dapat duitkan.. Larian aku terhenti untuk seketika bila telinga aku menangkap satu suara yang cukup merdu dipagi hari. Suara orang mengaji dan aku terpegun untuk seketika untuk menghayatinya. Untuk kali kedua aku jatuh cinta lagi pada suaranya. Rasanya aku ingin sekali memiliki yang empunya suara tu. Aku pura-pura mengikat tali kasut aku bila bertembung dengan beberapa orang kampung. Aku melihat jam, baru pukul 7.15 pagi. Patutlah jalan kampung ni semakin sibuk. Melihatkan sifat-sifat odah yang begitu mempesonakan membuatkan aku rasa nak terus masuk meminang.

Tengah asyik mendengar tiba-tiba suara tu terhenti dan aku melihat kearah rumah Odah. Kenapalah berhenti. Rasa tak puas aku mendengarnya. Aku nampak Odah sedang membuka tingkap rumahnya kemudian langsung hilang. Tak lama tu aku nampak Mak Pah turun dari tangga dengan seberkas makanan ayam. Perlahan-lahan aku mengatur langkah menuju ke arah Mak Pah.

“Assalamualaikum.....Mak Pah.”

“Waalaikumussalam....cari sapa? Tanya Mak Pah dengan mata yang sedikit dikecilkan. Mungkin untuk mengenal pasti sapa agaknya yang menegur pagi-pagi buta ni.

“Tak cari sapa, kebetulan lalu ternampak Mak Pah kat sini tu yang singgah sekejap ni.” Aku mengesat peluh yang menitis. Aku tak tahu samada peluh aku berjogging atau peluh gabra.

“Tinggal kat sini ke? Tak pernah nampak pun selama ni.” Tanya Mak Pah lagi sambil tangannya mengambil sekerkas penyapu lidi. Aku menjarakkan sedikit kedudukan aku dengan Mak Pah. Jangan dipukul aku sudah.
“Ha’ah, rumah Pak Harun, kat simpang masjid.”

“Ooo...anak Pak Harulah ni.” Mak Pah mengangguk-nggukkan kepalanya yang dah sedia terhangguk tu.mungkin kenallah tu sapa tak kenal bilal kampung Kucintaik ni.

“Mak Pah nak buat apa tu.? Saja bertanya padahal aku dah tau pun.

“Nak bagi ayam makan, mohlah kita kebelakang.” Ajak Mak Pah.

“Banyak ke Mak Pah bela ayam.”

“Adalah sikit-sikit. Daripada duduk tak buat apa bosan jugak.”

“Betul jugakkan.” Aku mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Mak Pah.

“Lama cuti?

“Adalah seminggu. Mak Pah tinggal sorang-sorang ni tak sunyi ke?

“Sunyi jugak. Dulu masa Tuk Said kau meninggal. Sebulan Mak Pah tinggal sorang-sorang kat rumah. Tak tahan sunyi tu yang ajak cucu Mak Pah tinggal sekali. Ada juga teman.”

“Tapi tak nampak orang pun.”

“Ada, si Odah tu baru aje sudah mengaji tadi, tengah masaklah tu kot.” Mak Pah leka memberi ayam makan dan aku leka memikirkan tentang Odah. Memang betul , sahih dan benar yang suara yang mengaji tu adalah Odah dan kali ni aku yakin Odah adalah pilihan yang tepat.

“Suami Odah kemana, tak nampak pun.” Aku pura-pura bertanya walhal aku dah tahu yang Odah tu masih tak kawin lagi. Bukan apa untuk kepastian.

“Hish....kan tadi Mak Pah dah cakap, Mak Pah tinggal dengan Odah aje, Odah tu tak kawin lagi” Mak Pah ketawa. “Dulu ada juga orang yang datang meminang tapi ditolaknya, entah sapa yang ditunggu tak tahulah.” Mak Pah menyambung lagi.

‘Dia tunggu aku lah tu.’ Detik hati aku kegirangan.

“Neekkkk......sarapan dah siap.”teriak Odah dari dalam rumah.

“Yelah.”Jerit Mak Pah dari luar dan aku menjerit suka manalah tahu kot-kot diajak sekali.

“Takpelah Mak Pah, saya minta diri dululah.”

“Laa...tunggulah dulu, dah terlanjur Odah dah siap masak marilah kita makan sekali sambil tu boleh berbual-bual dengan Mak Pah. Mak Pah bukannya ada orang yang nak dibawa bercakap.” Mak Pah menarik tangan aku. tapi aku pula pura-pura jual mahal. Tapi bagus juga kalau aku terima pelawaannya boleh aku menilai air tangan buatan Odah.
“Heh! Takpelah Mak Pah, saya ni ganggu Mak Pah aje.”

“Takdenya ganggu, jom.”

“Betul ke ni? Tanya aku lagi dengan muka yang tak tahu malu.

“Betul. Dah jom. Odah, tambah lagi satu kopi ye, kita ada tetamu pagi ni.” Aku nampak Odah agak terkejut dan bergegas mencapai selendang yang telah sedia tergantung di tiang seri rumahnya. Aku sempat menangkap satu senyuman terukir pada bibir Odah. Untuk aku ke senyuman tu? Chewah! Perasanlah pulak. tapi sayang Odah tak minum sekali dengan aku. puas diajak tapi macam-macam dalih yang dia bagi. Frust betullah. Aku menghirup kopi buatan Odah. Hmm...memang sedap. Ada kick, kata orang. Aku mengambil sekeping lempeng kosong. Aku mengunyah perlahan-lahan sambil menghayati lempeng buatan tangan Odah. Memang sedap walaupun aku tahu yang selama ni aku tak pernah makan lempeng hatta buatan tangan mak aku sendiri tapi untuk Odah aku rela telan apa saja.
 

Selepas melantak gila kat rumah orang aku pun minta diri untuk balik. Sepanjang jalan aku asyik tersenyum. Semua orang yang aku jumpa aku senyum dan aku menyapa sapa saja hatta pada kambing yang tengah meragut pun aku senyum sampaikan semua orang yang melihat aku pun naik pelik. Sampai kat rumah aku terus jumpa dengan mak. Rasanya aku tak nak tangguh lagi pasal ni sebab aku takut Odah di kebas orang. Pada mulanya mak memang terkejut beruk. Tapi kemudian mak ketawa bagai nak rak. Ada ke patut mak kata aku buat lawak bodoh pagi-pagi ni. Tak patut langsungkan.

Sebulan dari tarikh aku bercuti, aku pulang lagi kekampung halaman aku lagi, kali ni cuti aku agak berbeza sebabnya aku akan berkahwin, dengan siapa? Dengan siapa lagi kalau bukan dengan Saodah binti Ramli. Gadis yang buat aku jatuh cinta pada suaranya. Bila teringat saat-saat aku mencuri dengar suaranya buat aku tersenyum sendiri. Aku sendiri jadi angau bilamana aku balik semula ke bandar. Rasa rindu pada suara Odah membuatkan hidup aku serba tak kena dan akhirnya inilah keputusan yang paling tepat pernah aku buat. Keputusan aku ni jugak mendapat sokongan yang cukup padu dari kedua orang tua aku. bukankah restu mak ayah itu penting.
 

Selesai akad nikah, kini aku sudah bergelar suami kepada Odah dan aku harap aku tak lagi mengalami angau dengan suara Odah sebab hari-hari aku boleh mendengar suaranya melainkan kalau aku pekak.
 

“Bang...ooo...bang....bangunlah dah subuh ni.” Saodah menarik manja ibu jari aku. aku mengeliat. Tak salahkan pilihan aku. aku tak sempat bangun nak kejutkan dia untuk solat subuh, dia dah bangun sendiri. Aku tersenyum puas sambil mengeliat. Selepas Odah keluar dari bilik air aku terus masuk untuk mandi. Keluar dari bilik mandi aku lihat Odah masih tak sembahyang lagi.

“Eh! Tak solat lagi ke? Tanya aku kehairanan.

“Tunggu abang.” Odah tersenyum.

“Tunggu abang, nak buat apa? Satu soalan yang bodoh keluar dari mulut aku.

“Odah nak solat jemaah bersama abang.”

“Ooo....ingatkan apa tadi.” bangga sungguh aku punya isteri macam ni. Selepas solat dan berdoa aku masih berteleku diatas sejadah manakala Odah pulak sibuk mengemas katil. Aku masih lagi menunggu. Menunggu untuk mendengar Odah mengaji macam yang selalu aku dengar ketika aku berjogging. Tapi aku nampak Odah terus keluar.

“Odah....”Odah berpaling seraya menguntum senyuman.

“Ya...abang, nak apa?

“Sinilah.” Odah kembali semula kearah aku.

“Abang nak apa.” Odah bersila sopan.

“Odah tak mengaji ke?

“Kenapa? Odah senyum senget. Nak menguji akulah tu padahal dia dah tahu yang minat sangat kat suaranya yang merdu dan nyaring tu.

“Abang nak dengar Odah mengaji macam yang selalu abang dengar masa dulu.”

“Jadi abang kahwin dengan Odah ni sebab suara Odah ye.”

“Sebahagian dari tulah. Cepatlah, abang ambil Al-Quran ye.” Aku bangun tapi tak sempat nak.....

“Tak payahlah bang.” Odah menahan aku.

“Kenapa?

“Odah tak pandai lagi baca Al-Quran, Odah baru belajar Iqra’.”

“Haa....belajar Iqra’. Habis yang mengaji selama abang dengar tu sapa? Aku dah separuh bengang dengan ayat yang keluar dari mulut Odah, isteri aku.

“Ooo...itu suara nenek Odah, Mak Pah. Odah belajar Iqra’ dengan neneklah, okeylah Odah nak turun bawah masuk nanti apa pulak kata mak abang kalau Odah tak keluar-keluar lagi.” Odah berlenggang keluar dan aku menepuk dahi aku yang ditutupi rambut. Lain yang aku harap lain yang jadi. Nampaknya aku terpaksalah balik kampung lebih kerap tambah-tambah pulak kalau nak dengar suara Mak Pah yang dah jadi nenek aku dan bukannya suara isteri aku, Odah. Nasib badanlah.

 

Monday, 9 July 2012

PEMENANG SAGUHATI PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012 - NUR AMIRA MD ISA - BOBO

PEMENANG SAGUHATI PESTA CERPEN KOMPETISI AKSARA BAGI TAHUN 2012

NUR AMIRA MD ISA
TAJUK CERPEN: BOBO

HARI yang penuh dengan keindahan,aku rasai dari denyut jantung ibu yang berdetak tenang. Aku membuka mata perlahan, walaupun gelap namun aku rasai sinar dari mata ibu. Aku rasai nyamannya udara bumi menerusi kulit ibu. Aku rasai betapa dekatnya aku dengan ibu.

“Bobo,Bobo sihat tak hari ini?”terdengar suara ibu bertanya. Aku ketawa kecil dengan penuh manja. Bobo? Comel betul nama ibu beri. Perlahan-lahan aku sentuh perut ibu dengan tapak kaki kecilku. Memberitahunya bahawa aku sihat dalam cara tersendiri. Aku terasa usapan ibu. Aku mengekek ketawa. Geli apabila terasa tapak tangan ibu yang bagaikan terkena pada tapak kakiku yang kemerahan. Lama aku asyik dengan usapan itu, apabila ia terhenti tiba-tiba. Kenapa ibu? tanyaku dalam hati.

“Abang baru balik?Abang pergi mana tadi?”Terdengar suara ibu bertanya lembut. Terhias senyum pada bibirnya walau tak bersinar terang.

“Diamlah!” Aku dengar tengkingan garang itu. Pasti ayah.Ya, betul memang itu ayah yang nampak sangat serabut dengan baju yang berkedut-kedut dan tak terurus, dengan muka yang lemah, jalan yang terhuyung-hayang dan bau yang tidak enak. Busuklah minyak wangi ayah? Kan ibu kan? Tak seperti minyak wangi ibu, bisikku. Ayah segera menghempas badannya ke katil dan terus lena. Senang ayah tidur. Tak seperti ibu yang sukar melelapkan mata. Dulu ada seorang yang aku tak kenali. Tetapi ibu memanggilnya Doktor Asma. Doktor Asma sangat cantik dengan suaranya yang lembut persis ibu. Doktor Asma kata ia adalah kerana tanda-tanda awal kehamilan. Apa itu, ibu? Aku tertanya-tanya. Kadang-kadang ibu selalu berlari ulang-alik ke bilik air. Dengan membongkokkan badan, ibu buang semua makanan keluar melalui mulut ke sinki. Kenapa ibu luah makanan? Tak sedap ya? Tak apa nanti bila Bobo dah besar, Bobo buatkan puding Durian, kesukaan ibu, ya.

Pagi itu aku terjaga awal. Sayup-sayup aku dengar ibu berbicara perlahan sambil menadah tangan. Ibu tengah buat apa itu? Namun aku hanya diam sambil menelinga segala ayat yang keluar dari mulut ibu. Aku mulai rasa tenang mendengar setiap kata-kata itu. 
 
“Ya Allah ya tuhanku.Kau ampunilah segala dosa suamiku dan dosaku. Aku merayu padamu ya Allah, kau berilah keinsafan buat suamiku. Kau berilah hidayah buatnya. Kau lingkarlah hatinya walau dengan sekelumit cinta-Mu, Ya Allah. Sesungguhnya aku insan yang terlalu lemah ya Allah. Langsung tidak mampu untuk sama-sama dengan suamiku mencari redha-Mu. Apatah lagi bersama-samanya membawa mengenali islam yang baru dipeluknya. Ya Allah kau makbulkanlah doaku ini. Amin, Amin Ya rabbal al amin.”

*****
“Ma..maksud doktor? Saya..saya tak faham,” tergagap-gagap ibu bertanya. 
Kenapa ibu? Kenapa wajah ibu pucat? Aku bertanya sendiri. Saat itu, aku hanya inginkan jawapan. Jawapan yang mampu membuatkkan aku berasa lega. Supaya aku tidak lagi risau dengan keadaan ibu yang nampak lemah. Ibu, Bobo sedih tengok ibu jadi macam ni.
“Sabar puan. Beginilah, sebelum saya terangkan lebih lanjut boleh puan panggil suami puan supaya ikut serta mendengar?”
Ibuku terdiam. Ibu hanya tunduk. Aku nampak ibu menitiskan air mata. Ibu sedih? Ibu sedih kerana ayah tiada bersama? Ibu jangan risau ya, Bobo kan ada. Bobo boleh temani ibu kemana sahaja ibu pergi. Ucapku sambil perlahan menyentuh perut ibu. Cuba memberi kekuatan buat ibu, sedangkan aku juga perlukan kekuatan ibu untuk terus hidup di dalam sini.

“Suami saya sibuk, doktor.” Ibu berbohong. Aku tahu itu. Semua ini salah ayah. Ayah memang kejam! Bobo benci ayah! Bobo tak suka ayah sebab ayah selalu sakitkan hati ibu. Ayah selalu berkasar dengan ibu! Ayah selalu buat ibu menangis.

“Ermm..tak mengapalah. Begini puan….” panjang lebar Doktor Asma bercerita. Mungkin cerita sedih kerana ibu menangis lagi tanpa henti sambil tangan yang mengigil-gigil mengusapku penuh kasih. Terasa ingin sahaja aku membentak memarahi doktor itu yang membuka cerita duka buat pendengaran ibu, namun melihatkan doktor itu yang seakan memujuk lembut ibu, terus aku batalkan niatku. Sekali-sekala telinga kecilku yang comel mendengar cerita doktor itu. Dia seakan menyebut tentang jangkitan Torches. Apa itu? Aku berfikir sendirian. Seterusnya aku ketawa kecil kerana doctor itu seakan mendengar soalanku dan langsung memberitahu bahawa jangkitan Torches ialah sejenis jangkitan kuman pada rahim yang boleh menyebabkan keguguran bayi dalam kandungan atau kematian bayi selepas beberapa jam dilahirkan. Apa itu, doktor? Aku semakin tidak faham. Tetapi aku tahu itu merupakan cerita buruk buat ibu, demi melihatkan wajah sugul bidadariku ini. Sekaligus menyebabkan aku bergetar hebat. Entah kenapa perasaan itu datang. Mungkin kerana sayangku buat ibu, barangkali.

******
Sejak pulang dari berjumpa Doktor Asma, ibu sentiasa menangis. Kadang-kadang lama ibu bersujud atas satu hamparan sejadah. Aku ketawa. Lucu kerana selalunya akulah yang suka berkedudukan begitu apabila mahu tidur dalam ruangan perut ibu yang luas. Kadang-kadang aku terdengar ibu mengalunkan sesuatu yang dibacanya dari bahan berbentuk buku. Ibu pernah memberitahu ayah dahulu supaya selalu membasahkan bibir dengan sagala kalimah yang tercatat di dalam buku itu yang dipanggil Al-Quran. Dan aku masih ingat betapa menikusnya ibu saat itu apabila ayah menjeling tajam dengan dengusan amarahnya. Sejak itu ibu hanya membacanya sendirian. Menghayati setiap maksud kalimah dengan hati yang dirundung sepi kasih seorang suami. Mungkin. Aku tak mengerti tapi aku faham perasaan ibu.

Malam yang hening itu juga, aku terdengar lagi ibu berbicara berkenaan jangkitan Torches kepada ayah yang baru pulang dari bekerja. Mulanya ayah buat endah tak endah sahaja dengan ibu apatah lagi dengan penatnya yang masih bersisa pada otot-otot badannya. Tetapi lama-kelamaan wajah itu berubah riak. Riak terkejut dan tidak percaya kukira. Aku lihat ibu sekali lagi menahan air matanya di hadapan ayah. Ibu, kenapa ibu ingin jadi kuat sedangkan ibu tidak begitu? Cuma seketika aku bermain persoalan itu, apabila terasa aku dihimpit sesuatu. Aku lihat ayah memeluk ibu. Erat sambil menenangkan ibu. Aku terkedu saat tangan kasar ayah mengusapku buat pertama kalinya. Dalam tak sedar aku pun menangis seperti ibu. Menangis kerana aku begitu rindukan belaian ayah walau kadang-kala aku benci ayah kerana membuat hati ibu sentiasa di balut lara. Dan detik itu juga baru ku sedar bahawa ayah amat menyayangi aku dan ibu. Cuma dia rasa terbeban dengan dirinya sendiri apabila tiba-tiba sahaja rutin yang amat digemarinya terbatas dek kerana gelaran yang dia pegang iaitu sebagai bakal ayah, sebagai suami dan sebagai saudara baru dalam agama baru. Ibu juga baru tersedar, rupanya dia terleka dalam membawa suaminya mendalami islam dengan hati yang ikhlas.

Sejak malam yang paling bermakna buat aku dan ibu, ayah kini sudah berubah. Ayah tidak lagi keluar malam, ayah tidak lagi dibungkusi bauan busuk yang entah dari mana datangnya. Ayah tidak lagi terhuyung-hayang menaiki tangga ke bilik tidur. Malah kini ayah selalu bersama ibu mengalun baris-baris dari Al-Quran yang baru ibu ajari. Walaupun aku tidak memahaminya tetapi aku rasa bagaikan terbang ke langit bahagia dan singgah di pelangi cantik bersama mereka. Sungguh nikmat rasa itu. Malah ibu dan ayah turut merasa nikmatnya juga apabila aku lihat ibu sentiasa tersenyum di sisi ayah. Dalam bahagia, aku jadi semakin hairan kerana ibu kerap kali berjumpa Doktor Asma. Namun aku tidak kisah kerana ayah kini sentiasa ada di sisi. Ayah baikkan, ibu?
“Syukur Alhamdulillah. Perkembangan yang positif. Saya juga tak sangka bayi dalam kandungan puan mampu bertahan sehingga kini, sudah memasuki 9 bulan. Insyallah berkat doa dan izin Allah, bayi tuan dan puan akan selamat nanti.”

Aku lihat ibu dan ayah tersenyum sesama sendiri. Aku mula teringin untuk keluar dan berada di antara mereka. Bersama-sama menyulam bahagia yang dipamer pada senyum yang tiada akhirnya. Pasti, saat itu adalah yang terindah buat aku.

Beberapa hari kemudian ibu mengadu sakit perut. Kelam kabut ayah melakukan apa yang patut sebelum membawa ibu berjumpa doktor itu lagi. Mungkin. Aku tidak pasti tentang itu. Aku tersenyum dengan gelagat ayah. Dalam pada, masa yang sama perasaanku membuak-buak ingin keluar menjenguk dunia yang dikongsi bersama mereka berdua. Adakah sempat untuk aku berada di sana nanti? Insyallah.

Tatkala aku keluar melihat dunia setelah pertarungan ibu yang sangat memberi kesan buat jiwaku, wajah yang pertama aku ingin tatap ialah bidariku, ibu tersayang. Walau terasa sesak rongga pernafasanku mencari oksigen di dunia baru, namun mataku kaku melihatkan betapa cantiknya bidadari yang selama ini membawaku selama 9 bulan. Sungguh cantik. Sehinggakan suasana yang bising di persekitaranku, langsung tidak mengganggu pandanganku.
“Cepat periksa nadi dan denyutan jantung bayi!”entah siapa yang berkata, aku tidak tahu. Aku lihat wajah ibu juga turut cemas. Bukankah ibu patut bergembira apabila melihatku selamat keluar ke dunia?
“Kenapa doktor? Kenapa bayi saya tak menangis?” tanya ibu lemah. Ya, memang aku tidak menangis saat aku dilahirkan ibu. Tetapi,kenapa perlu Bobo menangis, ibu? Bobo tidak sedih. Bobo rasa gembira dapat lihat ibu yang cantik. 
 
Lama keadaan bising itu berlanjutan, kakak-kakak yang memakai topeng hijau jarang pada mukanya sibuk menguruskan aku. Memeriksa tekanan jantung dan sebagainya seperti kata mereka. Aku hanya pasrah. Pasrah dalam rasa begitu penat dan lemah. Tetapi aku tidak kisah itu asalkan aku sudah berkongsi udara yang juga disedut ayah dan ibu, memijak bumi yang juga dipijak ayah dan ibu. Malah aku telah pun melihat wajah kesayangan hati, wajah ibu….tapi dimana wajah ayah?

“Sayang.” Sayup-sayup terdengar suara yang amat dikenaliku memanggil setelah memasuki bilik ini. Tersedu-sedan ibu memeluk ayah sambil jarinya dihalakan ke arah aku yang berada dalam satu kotak lutsinar. Perlahan-lahan tubuh kecilku diangkat dan diberikan kepada ibu. Ibu dengan terketar-ketar menyambutku.
“Maafkan kami puan.” Itu yang aku dengar dari mulut seseorang.

Ibu semakin teresak sambil mengendongku. Sungguh aku rasa aman dalam dakapan panas ibu yang mengigil sebak. Aku pandang wajah ibu. Adakah masa aku bersama ayah dan ibu semakin suntuk?

Ibu, Ibu jangan menangis ya. Walaupun hanya sekejap saja Bobo dapat tatap wajah Ibu, tapi Bobo puas. Bobo puas sebab dapat lihat wajah bidadari yang selama ini sentiasa ada di hati Bobo, bisikku. Aku menatap wajah ibu lagi dengan pandangan sayu. Kalaulah aku punyai kudrat, pasti aku akan kesat air mata ibu. Akan aku tenangkan hati ibu supaya menerima qada dan qadar ini dengan hati terbuka. Namun apalah bayi sebesar aku yang mampu lakukan.
Aku tidak menangis. Juga tidak mengeluarkan sedikit suara. Hanya badanku yang kaku menunjukkan aku selesa dipeluk ibu. Bukan niat untuk tidak mencipta saat terakhir bersama ayah dan ibu. Aku cuma tidak mahu ada kenangan sedih dengan mereka berdua. Cukuplah kenangan yang indah-indah sahaja, ya ibu? Aku hanya mahu ibu tersenyum selalu persis seperti dahulu. 
 
Perlahan-lahan mata ini semakin kuyu. Wajah-wajah terakhir yang ingin aku lihat adalah ibu yang cantik bak bidadari dan ayah yang kacak bak putera raja. Ibu percayalah, Bobo sangat, sangat dan sangat menyayangi ibu sepenuh hati Bobo. Dan ayah, Bobo juga sangat sayangkan ayah. Maafkan Bobo kerana suatu ketika dahulu Bobo pernah membenci ayah. Tetapi ketahuilah perasaan benci itu telah pun hilang. Ayah, ayah jaga ibu baik-baik ya? Jangan lupa tolong buatkan puding durian untuk ibu bagi pihak Bobo,ya.

Ibu , ayah selamat tinggal. Jangan sedih-sedih tau, sebab Bobo akan sentiasa tunggu Ibu dan ayah disyurga nanti. Kita bertiga akan mengembara, indahnya syurga Allah nanti.

Aku yakin, walau dengan kejadian buruk sekalipun pasti ada hikmah di sebaliknya. Kini aku tidak lagi risau akan keadaan ibu.Kerana aku yakin akan ada bidadara baik yang akan menjaga bidadariku ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...