Pertemuan di antara Marissa dan Ilham dibiarkan terkunci
secara rahsia. Dia tidak mahu pertemuan yang menyeronokkan itu diketahui oleh
Ros, Maknya. Kalau Maknya tahu yang dia bercakap dengan orang asing, pasti
hanya bebelan yang akan singgah di telinganya. Dia tidak mahu begitu. Jadi
Marissa hanya berdiam bila masuk ke dalam kereta. Ada senyum yang masih
tercalit dibibirnya. Dia cukup seronok hari itu walaupun keseronokkan itu hanya
sedetik Cuma. Janji hatinya gembira, gembira kerana bertemu kawan baru.
“Kita pulang, “ kata Ros. Enjin kereta dihidupkan semula.
Marissa hanya menggangguk dan masih berbaki senyum.
bersambung...