Episod 3
Hari ini sungguh bahagia bagi Madhiah.Awal-awal pagi lagi sudah bangun.Ringtone Thriller sudah mengokok seawal 5.30 pagi.Seusai solat subuh lagi Madhiah sudah membuka laptopnya.Mencari-mencari sesuatu di laman sesawang myresipi.com.Orang perempuan sekarang mudah sangat nak memasak.Kalau dulu resepi turun temurun dari nenek moyang tapi sekarang resepi turun temurun di internet saja.Belambak gila.Cuma bezanya mungkin rahsia kesedapan dan rasa itu berlainan.Tapi kalau dah malas nak cuba memang payah.Bukan apa,nak mula buat itu yang payah sangat,kalau dah mula,tiada masalah.
Hari ini sungguh bahagia bagi Madhiah.Awal-awal pagi lagi sudah bangun.Ringtone Thriller sudah mengokok seawal 5.30 pagi.Seusai solat subuh lagi Madhiah sudah membuka laptopnya.Mencari-mencari sesuatu di laman sesawang myresipi.com.Orang perempuan sekarang mudah sangat nak memasak.Kalau dulu resepi turun temurun dari nenek moyang tapi sekarang resepi turun temurun di internet saja.Belambak gila.Cuma bezanya mungkin rahsia kesedapan dan rasa itu berlainan.Tapi kalau dah malas nak cuba memang payah.Bukan apa,nak mula buat itu yang payah sangat,kalau dah mula,tiada masalah.
Kek Batik menjadi pilihannya kali ini.
Lama benar rasanya sudah tidak mencemar duli di ruangan dapur dan ketuhar.Kekok sedikit.Biskut Marie,Butter,gula,telur,serbuk koko semua sudah sedia tersusun atas meja.Nasib baik ada lebih barang-barang nak buat kek lepas pembantu rumah mereka,Mak Su buat Kek Batik juga minggu lepas.Itu yang Madhiah teringat nak buat Kek Batik.Degil tak mahu tanya resepi Mak Su,nak cari sendiri.Sekarang masanya untuk lady chef ini mulakan.Walaupun nampak luaran kek batik macam susah nak dibuat tetapi sebenarnya mudah kalau nekad!
‘Wah rajin betul anak mummy hari ini…’ Mummy yang perasan awal-awal pagi lagi Madhiah buat riuh di dapur.
‘Saja Madhiah cuba buat Kek Batik versi Madhiah..Ini kan makanan kegemaran Madhiah!’ sambil tersenyum manja pada mummynya.
“Ini mesti ada sesuatu istimewa ini..masakan tidak Madhiah sanggup bangun awal-awal pagi buat kecoh di dapur ni..’ usik Mummy.
‘Teringin nak cuba sendiri ..nak bagi kepada kawan Madhiah nanti..’ tersenyum Madhiah.
‘Kawan biasa ke special…usik Mummy lagi.
Ada-ada saja Mummy ni..ni kawan biasa ja..hehe..
Cuba Mummy rasa kek ni..Madhiah mengeluarkan dari peti sejuk kek batiknya.
Ada-ada saja Mummy ni..ni kawan biasa ja..hehe..
Cuba Mummy rasa kek ni..Madhiah mengeluarkan dari peti sejuk kek batiknya.
“Hurmm…sedapnya…pekat hitam coklatnya dan biskutnya .. confirm kawan biasa Madhiah itu akan jatuh hati ..” sengaja Mummy puji anak sulungnya ini.
Ishh..mummy ni..
Ganis manis dua puluh tiga tahun itu tersenyum simpul. Sungguh,comel betul lesung pipit Madhiah bila senyum.
Sengaja Madhiah mengenakan tudung shawl.Ini hadiah mummy sewaktu hari lahirnya yang lepas.Dah lama tudung ini jadi deco dalam almarinya.Sekarang masa untuk merasmikannya.Ini pertama kali Madhiah memakai tudung shawl.Pakai tudung shawl tak delah susah sangat.Itupun nasib baik Syima,rakan baik Madhiah tolong buat tutorial depan dia.Shima pemakai tegar tudung shawl.
Di Universiti Madhiah mengenakan tudung sewaktu kuliah saja..Luar waktu kuliah dia free hair.Macam hipokrit pun ada.Cuma dia masih belum ada kekuatan mahu constant pakai tudung.Entah bila hidayah mahu menyapanya.
Anak puteri datang membawa kek
Santapan istimewa untuk si anak raja.
Tepat jam 10 pagi. Madhiah sudah bersiap sedia untuk berangkat.Sekali lagi kampung Kuala Ibai menjadi sasarannya.Kali ini membawa niat berbeza.Mahu berkenalan lanjut lagi dengan Syahid.Tapi di rumahnya.
Kehadiran Madhiah disambut baik Mak Khadijah yang sedang menjemur pakaian di ampaian.Mak Khadijah suka basuh baju guna tangan.Bukan tak ada mesin basuh di rumahnya, tapi tak puas bila basuh baju guna mesin.Agaknya takut kekotoran hitam dibahagian leher baju tak tertanggal kot.Betul juga.Mesin basuh tak mampu cover semua kotoran di baju tapi kalau berus guna tangan gonyohla sepuas hati.Lagi-lagi Mak Khadijah boleh exercisetangan bila basuh baju.Biasanya berus,sabun dan softlan menjadi senjata utama Mak Khadijah.
‘ Syahid ada kat rumah tak mak cik?..’ soal Madhiah.
‘Syahid ada…kejap mak cik panggilkan dia.. balas Mak Khadijah dengan senyuman mesra..’
Mak Khadijah perasan sangat Madhiah bila dia datang ke rumahnya walaupun sekali saja pernah datang.Masakan tak perasan.Lesung pipit iras Heliza Helmi,ikon muslimah kebanggaan negeri Terengganu.Dia memang suka penampilan personaliti anak muda ni.Kalau boleh buat menantu setuju sangat.
‘Ni.saya ada buat kek batik sikit..nak bagi pada mak cik dan Syahid..ambillah..’ Madhiah menghulurkan kek tadi dengan senyuman manis.
‘ Alhamdulillah siap ada buah tangan lagi…’
Syahid perasan suara Madhiah..agaknya apa pula hajatnya datang ke mari..hurmm.
Dia menukar pakaian yang sesuai.Biasanya pagi-pagi ni Syahid suka memakai kain pelikat dengan baju-T. Dah terbiasa sejak duduk di asrama lagi.
Ingatkan siapa tadi.Rupanya cik Madhiah .. Syahid cuba berdalih meneka.Terima kasih bawakan buah tangan ke sini .. ujar Syahid sambil merapati ke kerusi ruang tamu.
Ada apa-apa yang saya boleh bantu cik Madhiah? Syahid cuba mengorek segera kehendak Madhiah datang ke rumahnya ..
Saya memang suka makan kek ni .. kebetulan nak singgah rumah kawan dekat area-area sini..alang-alang ziarah sekali.Syahid, saya nak ajak awak keluar makan tengah hari nanti .. itupun kalau awak sudi la.. pinta Madhiah sambil tersenyum malu.Malu tapi mahu.
Gulp .. terkejut Syahid .. tak diduga ajakan sebegitu rupa . Madhiah berterus terang .Dia dah biasa dengan pelawaan sebegitu .Baginya tiada salahnya makan berdua-duaan di tempat awam.
Err .. maaf tengah hari ini saya ada kerja sket .. Syahid cuba mengelak. . memberi alasan yang tidak jelas.
Owh .. tak dapat la saya nak keluar makan dengan ‘hero’ yang selamatkan saya ni .. nada kecewa Madhiah.
Pandai betul dia kipas aku .. bisik hati Syahid .Tenang wahai hati.
Ermm .. tak mengapa .. tak ada rezeki .. cuma .. boleh tak saya dapatkan nombor telefon awak ?
Gulp … Syahid menelan air liur buat kali kedua .. Tidak diduga sungguh soalan-soalan Madhiah.
Mak Cik Khadijah yang dari tadi sedar kerancakan perbualan dua anak muda itu datang ke ruang tamu membawa secangkir teh dan sepinggan kuih gulung.Ada yang menggelar kuih ketayap di tempat lain.
Syahid sempat mengerling ke arah wajah ibunya.Sempat ibunya membalas dengan senyuman.
Tanpa mengecewakan Madhiah , Syahid memberitahu nombor telefon dia.
Usai menjamah hidangan disediakan. Madhiah segera memohon diri untuk beredar.Sejurus mengucapkan terima kasih dan memberi salam,dia keluar .Tersenyum lebar.Satu kejayaan besar Madhiah bila mendapat nombor telefon jejaka idaman.
Serba salah Syahid.Bukan apa.Ini kali pertama seorang perempuan meminta nombor telefonnya dihadapannya tanpa rasa malu.Siap ibunya dengar sekali.Mungkin dia nak hubungi untuk urusan penting kot.Syahid cuba positifkan fikiran.
Kuala Terengganu makin sibuk,makin membangun.
Itu ulasan pertama Syahid sebaik sahaja kereta Proton Wira pusaka arwah abahnya meninggalkan Kuala Ibai.
“Dah naik taraf Majlis Bandaraya pun,” ujar Mak Cik Khadijah yang berada di sebelah Syahid.
“Dah tentu makin sesak ,” tambah Syahid yang terpaksa memandu berhati-hati.
Lagi-lagi waktu tengah hari ini . Waktu rehat pekerja.Kedai-kedai makan di warung pastinya mendapat sambutan.
Mak Cik Khadijah sengaja mengajak Syahid keluar ke Bandar Kuala Terengganu untuk ke Klinik Adam.Sejak ada arwah suaminya lagi Mak Cik Khadijah setia datang ke klinik ini.Sakit-sakit kecil yang berlarutan akan dirujuk ke klinik ini.Doktor Adam pun dah kenal sangat dengan keluarga Mak Cik Khadijah.Dapatlah sikit harga istimewa untuk kos perubatan.
Seperkara yang Syahid belajar dari ibunya.Solat 2 rakaat sebelum ke klinik.Kagum.Meminta kepada Allah dahulu sebelum berjumpa doktor.
Syahid berhenti di persimpangan jalan.Lampu merah beralih dari lampu isyarat kuning.Kelihatan beberapa pejalan kaki melintas menggunakan laluan yang disediakan.
Orang sekarang ni pakai macam tak cukup kain.. ekor mata Mak Cik Khadijah mengerling pada seorang wanita muda yang berjalan di hadapan kereta mereka.
Pakaiannya agak nakal.Skirt pendek sampai lutut warna pinkish dan fesyen rambut ala-ala Avril Lavigne.Warna rambutnya coklat kuning.Nampak penampilan macam sama dengan penyanyi berasal dari Kanada itu tapi dibezakan dengan warna biji mata.Avril Warna biji mata Avril biru, wanita tadi dikurniakan warna hitam.
‘Bagi orang macam ni inilah fesyen agaknya kot..’ sengaja Syahid menggunakan perkataan fesyen walaupun dia sedar itu bukan anjuran berpakaian dalam Islam.
Itu fesyen jahiliyiyah.. Dedah sana .. terbuka sana… Warna rambut sesuka hati.. Nada Mak Cik Khadijah keras.Geram sangat.Zaman dia muda-mudi dulu tak ada teruk sangat sampai macam yang dia tengok sekarang. Ye la,baju kurung menjadi peneman selalu.Banyak pakaian baju kurungnya labuh.Kadang-kadang sampai lutut.Biasanya dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi.Sopan sikit.
Kali ini Syahid setuju.Zaman mungkin berubah tapi didikan agama tak perlu berubah.Teringat pada adik perempuannya, Syahidah.
Bersambung..
Bersambung..