Penulis: Amienieya Yusof
HAPPINESS is never easy, but never IMPOSSIBLE…
Pernahkah bakal
suami anda a.k.a tunang anda yang bakal disatukan dalam tempoh tiga bulan tiba-tiba
minta putus tunang sebab dia tiba-tiba suka pada kawan baik anda? Susah nak
percaya kan? Dan bila anda ingat ianya cuma April Fool, tiba-tiba pada
ulangtahun kelahiran anda, hadiah surprise untuk anda ialah berita bakal suami
anda tersebut ditangkap berkhalwat dengan kawan baik anda.
Mungkin
ianya seperti mimpi ngeri tetapi itulah yang terjadi pada diri aku. Setelah
hampir tiga tahun kami sama-sama membina impian, siap bertunang bagai,
tiba-tiba dia minta putus. Alasan dia ialah, dia suka dengan kawan baik aku.
Padahal, kawan baik aku tu dah ada boyfriend. So, aku terima kata-kata dia
sebagai gurauan walaupun pahit untuk ditelan.
Dan
akhirnya, segala-galanya terjawab apabila satu panggilan telefon aku terima
dari bakal mak mertua aku a.k.a mak ‘bekas’ tunang aku yang menangis-nangis
minta aku maafkan anak dia. Terkedu aku tak tau nak jawab apa. Rupa-rupanya,
anak dia kena tangkap khalwat dengan kawan baik aku sendiri!
So,
aku nak tanya korang, aku ni bodoh sangat kah? Tak nampak keburukan bakal suami
sendiri? Kawan aku, Aliya cakap nasib baik dia buat perangai sebelum kahwin,
kalau dah kahwin? Yang si Hakim dengan Nurin tu pun pandai pilih tarikh
birthday aku untuk kena tangkap basah. Alasan diorang senang je, kononnya nak
buat surprise birthday party untuk aku. Ingat dengan alasan tu aku boleh
maafkan diorang macam tu aja? Angin ni!
Oh,
maaf dah melampau pulak aku ni. Tapi kalau korang jadi korang marah tak? Nak
kata aku bodoh, aku pandailah jugak. Ada Master in Computing and Engineering dari
Canada lagi. Cuba cakap part mana yang aku lambat tangkap sangat? Apa yang
kurang pada aku yang buat tunang aku pandang orang lain? Dan orang lain tu
kawan baik aku sendiri!
Qairina melemparkan pennya di atas
meja. Kertas yang basah dengan air mata itu dikeronyoknya sekuat hati dan
dilemparkan ke dalam tong sampah. Mungkin orang akan ingat dia terlalu mengikut
perasaan, tetapi apa yang dia patut buat?
Dia sudah penat menyembunyikan rasa
sakitnya di hadapan semua orang. Dia sudah penat melindungi tangisannya dengan
tawa pahit. Dan dia juga sudah penat melebarkan senyuman untuk memberitahu
dunia yang dia seorang gadis yang tabah. Dan dia sudah penat menahan air mata
kecewanya dari gugur.
“Nina?” Ketukan di pintu
mengejutkan Qairina seketika. Siapa pula yang tiba-tiba datang ke biliknya
seawal jam empat pagi ini? Lekas-lekas dia mengelap air mata dan membuang
kesemua kertas ke dalam tong sampah di sudut biliknya. Dia membuka pintu dengan
muka menahan kantuk.
“Sorry, aku kacau kau ke?” soal Aliya di muka pintu.
“Awalnya kau bangun. Kenapa?” soal
Qairina mengesat matanya, berpura-pura separuh lena.
“Aku nak pinjam traveler’s iron kau. Kau tak pakai kan?
Aku lupa nak minta semalam. Sorry.”
Aliya tersengih di muka pintu.
Qairina membuka almari pakaiannya
dan mengeluarkan seterika kecil miliknya dan dihulurkan pada Aliya. “Kau pergi
mana pulak ni?” soalnya.
“Hong Kong. Tapi kali ni lima hari
je. Kalau apa-apa, kau pm je aku,
okay? Jangan buckle up sorang-sorang.
Okay?” Aliya bersuara separuh memujuk. Qairina mengangguk sebelum menutup pintu
setelah Aliya berlalu pergi.
Aliya dan Nurin adalah sahabat
baiknya sejak sekolah rendah. Mereka bersekolah di sekolah yang sama sehingga
tamat sekolah menengah. Selepas SPM, Aliya mendapat tawaran menyambung
pelajaran ke New Zealand manakala dia menyambung pelajaran ke Kanada. Nurin
pula menyambung pelajaran ke USA. Sejak itu, mereka terputus hubungan seketika.
Hanya dia dan Aliya sahaja yang berhubung. Aliya juga terputus hubungan dengan
Nurin. Gadis itu muncul semula dua tahun kemudian ketika mereka masing-masing
berada dalam tahun terakhir pengajian.
Tamat sahaja pengajian,
masing-masing mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Oleh kerana tempat mereka
bekerja agak dekat, jadi mereka menyewa di rumah yang sama.Tiga bulan kemudian,
Qairina kembali ke Kanada untuk menyambung pengajiannya ke peingkat Masters. Di
situlah dia bertemu dengan Hakim. Berkawan, dan mengikat hubungan dan berjanji
untuk sama-sama melangkah ke gerbang perkahwinan.
Dan akhirnya, berita yang langsung
tidak dijangkanya tiba-tiba muncul. Bermula dengan sikap Nurin yang pada
mulanya cuma mengelak daripada berbual dengannya dan pengakuan Nurin yang dia
sudah punya teman lelaki. Dan kemudiannya Nurin bersikap sangat dingin
dengannya sebelum Hakim berterus-terang yang dia ‘ter’suka pada Nurin.
Pada mulanya, Qairina tidak mahu
mempercayai Hakim kerana padanya, Hakim cuma berjenaka. Nurin sudah punya teman
lelaki. Dan akhirnya, saat Puan Fauziah menelefonnya sambil menangis,
jantungnya bagai terhenti seketika. Saat itu juga, sungguh dia rasa nyawanya
hampir separuh hilang dari tubuhnya. Nasib baiklah keluarga mereka masih belum
membuat apa-apa persediaan. Cuma, cuti kahwinnya telah diluluskan. Jadi, apa
yang sepatutnya dia lakukan pada tarikh tersebut?
Sejak kejadian itu, ibu dan ayahnya
serta seluruh keluarga dan rakan-rakannya langsung tidak pernah mengungkit.
Tiada apa yang berubah. Dia sedar kenapa. Kerana dia tidak menitiskan walau setitis
air mata pun di hadapan sesiapapun. Dia sentiasa tersenyum, ketawa dan
meneruskan kehidupan seperti tiada apa yang terjadi.
Tetapi, hakikatnya, saban malam dia
menangis sendiri. Setiap doa dan solatnya diiringi air mata. Dia sedar dia
tidak boleh lemah kerana cinta manusia, tetapi dia tetap manusia biasa. Punya
sekeping hati yang rapuh. Dia tahu Aliya sedar kelakuannya lain sejak kejadian
itu. dia selalu berkurung dalam bilik. Tidurnya seawal 10 malam dan bangun pada
jam 5 pagi. Sedangkan hakikatnya, dia cuma mampu lena dua jam sahaja sehari.
Begitu teruk sekali perkara itu menghantui hidupnya. Sejak itu juga Nurin sudah
berpindah keluar dari rumah mereka. Masing-masing sedar mereka tidak mungkin
berhadapan sesama sendiri lagi.
Qairina akhirnya bangkit dan
berlalu ke bilik air. Berwudhuk dan bersedia untuk solat Subuh. Hanya ALLAH
sahaja tempat dia meluahkan perasaan, tempat dia meminta secebis kekuatan untuk
meneruskan kehidupan. Selesai solat Subuh, Qairina turun ke tingkat bawah.
Aliya sudah keluar seawal jam 6
pagi memandangkan dia perlu menanti ketibaan rombongan yang akan dibawanya ke
Hong Kong. Aliya memang sentiasa bekerja di luar memandangkan dia seorang
pemandu pelancong. Seperti biasa, sebelum meinggalkan rumah, Aliya akan
meninggalkan sekeping nota bersama-sama sarapan pagi untuknya.
Selesai bersarapan, Qairina duduk
sendirian di ruang tamu. Dia membelek-belek surat yang diterima semalam.
Qairina menggeleng sendiri. Banyak betul flyer
kedai dan supermarket dihantar ke
rumah ini sebenarnya. Dan matanya jatuh pada sekeping kertas iklan. Melancong
ke Jepun selama sepuluh hari? Dan tarikhnya jatuh pada tarikh cutinya yang baru
sahaja diluluskan tiga minggu yang lalu.
Setelah agak lama menimbang,
Qairina mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon yang tertulis di
dalam kertas iklan tersebut. Membuat temujanji. Mungkin dia perlu menukar angin
sekali-sekala, bukan?
******************************************************************************
Aliya duduk di atas katil milik
Qiarina sambil menyusun pakaian yang dilipat oleh rakannya itu. “So, kau habiskan semua duit simpanan
kau?” soalnya.
Qairina menjawab dengan anggukan.
Dia mengeluarkan sehelai tuala dan dimasukkan ke dalam beg. “You are seriously crazy.” Kata-katanya
cuma dijawab oleh tawa Qairina.
Aliya menggeleng sendiri. Duit
simpanan untuk majlis pernikahan sahabatnya itu yang disimpan sejak dua tahun
yang lalu dilaburkan untuk percutian selama sepuluh hari ke Jepun. Yang
mengejutkan lagi, jumlahnya hampir RM15 000. Nasib baik syarikat pelancongan
tempat Qairina mendaftar itu milik rakan ayah saudaranya juga. Jadi, tidaklah
duitnya lesap begitu sahaja. Pandai betul si Amni Qairina ni buat keputusan
sendiri tanpa memberitahunya. Kalau syarikat pelancongan itu menipu bagaimana?
Mereka sama-sama berbual kosong
sambil mengemas kesemua barang-barang milik Qairina masuk ke dalam beg. “Na,
kau betul-betul ke nak pergi Jepun ni? Kau nak pergi sendiri tau. Selalunya
kalau kau nak travel kau pergi dengan
aku. Aku yang seram nak lepaskan kau sendiri.” Aliya duduk bersandar di kepala
katil milik Qairina itu.
“Ala, aku asyik keluar dengan kau
je. Bila pulak aku nak berdikari. Tak apalah, Liya. Lagipun, kau tahukan kenapa
aku pilih tarikh ni? Aku nak lupakan segala-galanya, Liya. Aku nak balik dan
mulakan hidup baru lepas ni. Kau kena percayakan aku, okay?” Qairina tersenyum
sambil memandang Aliya.
“I really hope so, Nina.” Aliya membalas senyuman itu. Dia juga
sudah penat melihat senyuman plastik yang terlukis di wajah sahabatnya itu.
Semoga kehidupan sahabatnya itu akan bertambah baik selepas ini.
bersambung...
2 comments
bagi penampor je kt si Nurin ngan hakim tu
salam ramadhan dari bunda