Qairina melangkah keluar dari
keretanya. Dia memandang lama kereta Proton Waja yang diparkir bersebelahan
kereta Satria Neo comel miliknya itu. macam pernah tengok kereta ni, kat mana
agaknya ya?
Qairina melangkah masuk ke dalam
pejabat dan meletakkan beg tangannya ke dalam laci. Dia melangkah masuk ke
dalam pantri dan mencapai mugnya di rak pinggan. Dia membancuh secawan horlicks panas dan berjalan kembali ke mejanya.
“Morning, Nina!” Satu suara menegurnya. Qairina menoleh. Dalina
melambai tangan ke arahnya. Qairina kembali berpatah balik ke bilik Pengurus
Pemasaran syarikatnya itu. Baru sahaja dia mahu melangkah masuk, kelihatan
seorang lelaki sedang asyik menaip sesuatu di komputer membelakanginya.
“Morning kak Lina. Ada tamu eh?” soal Qairina di sebalik pintu.
“Taklah, ni pekerja baru. Kamu kan
cuti. So akak suruh dia tolong kejap.
Nanti datang bilik akak sebelum lunch
eh? Dah lama kita tak lunch sekali.”
Dalina bersuara di hadapan pintu. Qairina mengangguk setuju dan kembali ke
mejanya.
“Kak Nina.” Adura, pembantunya
muncul dnegan dua fail dan diletakkan di atas mejanya.
“Morning, Dura. Banyak tak kerja minggu ni?” soal Qairina.
“Bolehlah tahan. Tapi nasib baik pekerja
baru tu mantap tak ingat. Dia dah siapkan ¾. Ni yang selebihnya Kak Nina
sambunglah. Dura nak kena siapkan audit untuk meeting petang ni. Yang lagi satu
fail Dura belum siapkan lagi. petang ni atau esok Dura bagi kat Kak Nina. Yang
tu less important untuk minggu ni.”
Adura membuat laporan.
“Thanks, Dura.” Qairina tersenyum.
“Thanks je? Upah? Kak Nina pergi Jepun dekat dua minggu takkan tak
beli apa-apa hadiah kat Dura kot?” Adura menarik muka.
“Adalah. Nanti, time lunch akak bagi. Jangan nak buat
muka muncung tulah. Macam mak itik je akak tengok.” Qairina ketawa kecil. Adura
juga turut ketawa.
“Okaylah akak. Dura nak pergi
sambung buat kerja. Nanti kita jumpa time
lunch. Jangan lupa bawa hadiah Dura.” Adura terus berlalu ke mejanya.
Qairina hanya menggeleng dengan senyuman.
Qairina menyelak fail yang dibawa
oleh Adura sebentar tadi. Dia memulakan kerjanya dan leka seketika. Seketika
kemudian, terdengar bunyi kerusi ditarik dan laci meja ditbuka dan ditutup.
Qairina menoleh ke kanan, ruang itu hanya ada mesin fotokopi. Dia menoleh pula
ke kiri. Meja yang sebelum ini dihuni oleh Hafiz yang berpindah bulan lalu sudah
dihuni. “Lama tak jumpa, Airin.” Nama itu membuatkan pen yang dipegangnya jatuh
ke lantai.
“Hakim?” Pen yang tadinya berada di
ats lantai sudah berada di dalam tangan lelaki di hadapannya itu. Pen itu
diletakkan semula di atas mejanya. Dengan senyuman nipis, lelaki itu berlalu
pergi menghilangkan diri semula.
Qairina menoleh ke arah meja yang
dihuni oleh lelaki itu. Bingkai gambar itu, beg itu, dan telefon bimbit itu.
Entah kenapa fikirannya terus sahaja menangkap segala-galanya. Qairina terus
menarik laci mejanya dan mencapai tisu. Pen yang ‘disentuh’ oleh Hakim sebentar
tadi dipegangnya berlapikkan tisu dan terus dibuang ke dalam tong sampah.
Jam yang tadinya dirasakan terlalu
pantas bergerak seolah berundur ke belakang. Qairina seperti cacing kepanasan
menunggu waktu makan tengah hari. Dia langsung tidak boleh fokus sepanjang dua
jam sebelum waktu makan tengah hari tersebut.
Tepat jam 12.30 tengah hari,
Qairina mencapai beg tangan dan kunci keretanya dan terus sahaja turun ke lobi.
Memandangkan lobi bangunan mereka dikongsi bersama-sama beberapa pejabat yang
lain, dia berdiri menunggu Dalina dan Adura di suatu sudut. Dia bermain dengan
telefon bimbit bagi mengelakkan matanya bertembung dengan lelaki bernama Hakim
Adli itu kerana dia pasti, matanya pasti gatal sahaja mahu mencari lelaki itu
jika dia tidak menyibukkan dirinya dengan sesuatu.
“Nina!” Dalina melambai dari
hadapan lif. Dan Dalina terus sahaja berlalu menarik tangannya menuju ke tempat
parker kereta. Mereka masuk ke dalam kereta milik Dalina. Dalina memasang enjin
dan mengunci pintu.
“Nina, akak mintak maaf.” Ayat
pertama yang keluar dari bibir Dalina ketika ini.
“Bila dia mula kerja kat situ?”
soal Qairina ingin tahu.
“Hujung minggu lepas. Akak baru
masuk pejabat hari ni. Akak pun baru tahu waktu dia masuk betulkan komputer
tadi. Akak tanya Encik Wasim, dia cakap Hakim memang minta kerja kat situ untuk
gantikan Hafiz.” Dalina memberitahu.
Seketika kemudian, tingkap kereta
diketuk. Dalina membuka kunci dan membiarkan Adura masuk ke tempat duduk
belakang. “Kak Nina okay?” soalan pertama juga yang keluar dari bibir Adura.
“Apa Nina nak buat sekarang?” soal
Dalina ingin tahu.
“I’ll figure it out somehow.” Qairina mengukir senyuman pahit.
******************************************************************************
“Angah nak buat apa sampai RM5,000?”
Khalif memandang tajam wajah adiknya itu. tiba-tiba sahaja Qairina datang
menemuinya dan meminta pinjaman sebanyak RM5,000.
“Nak bayar pampasan.” Qairina
menjawab pendek.
“Pampasan apa?” soal Khalif hairan.
“Angah tak cukup RM5,000 je lagi.
Nanti Angah bayar lah balik.” Qairina bersuara tanpa menjawab soalan yang
dikemukakan abangnya itu.
“Tell me honestly, Amni Qairina. Pampasan apa sampai RM5,000?” soal
Khalif geram.
“Kerja.” Akhirnya Qairina menjawab.
“What wrong have you done?” soal Khalif lagi.
“Less than one month notice.” Qairina menjawab lagi.
“Why?” Khalif masih tidak berpuas hati. “Sabar jelah untuk dua
minggu lagi tak boleh ke Angah?”
“Kalau Along ada kat tempat Angah,
Along tahulah. You are not the one who
has been dumped like a trash. It’s me, Along. Kalau tak nak tolong, cakap
ajelah. Don’t just ask some silly
question when you know it all.” Qairina bangkit dan berlalu ke biliknya.
Pintu dihempas kuat.
Khalif melepaskan nafas dan duduk
di sofa. Nasib baiklah kedua-dua ibu dan ayahnya berada di di Australia
sekarang, melawat adik mereka yang sedang bercuti musim panas. “Abang…” Liyana
meletakkan gelas berisi jus epal di atas meja dan mengambil tempat di sisi
suaminya itu.
“Abang tak fahamlah dengan Angah
tu. Dia sanggup bayar pampasan untuk berhenti kerja with less than one month notice? Lepas tu nak sambung belajar? Dia
ingat sekarang nak smabung belajar boleh main petik jari je ke? Banyak duit nak
kena pakai tu.” Khalif mengeluh perlahan.
“Biarlah dia, abang. Kasihan Yana
tengok dia. Kalaulah Yana ada kat tempat dia, Yana pun rasanya akan buat benda
yang sama, bang. Let her be, okay? Biarlah dia fikir mana baik, mana buruk. RM5,000
tu pun tak adalah banyak mana. Abang pun tahu Angah tu macam mana, kan? Biarlah
dia uruskan diri dia sendiri. Bagilah masa dia bertenang okay?” Liyana memujuk
suaminya itu.
Jauh di sudut hatinya, dia faham
sedikit sebanyak kesakitan yang dirasai oleh adik iparnya itu. Walaupun dia
tidak pernah merasai pengalaman yang sama namun dia boleh membaca kesakitan
yang dirasai oleh gadis itu. Dia hanya mampu berdoa agar Qairina diberi
kekuatan untuk menghadapi segala kesulitan yang mendatang.
******************************************************************************
“Thanks so much, Along. Angah janji Angah akan bayar balik duit tu before next year.” Qairina memandang
Khalif di hadapannya. Tanpa suara, Khalif hanya menarik adiknya itu ke dalam
pelukannya.
“Jaga diri elok-elok. Kalau ikut
hati Along ni, Along nak hancurkan je hidup orang yang buat adik Along macam
ni. So, janji dengan Along, you’ll take care of yourself okay? Duit
tu, anggaplah macam investment
sementara Angah dapat kerja dan dapat sambung PhD. Kalau tak cukup cakap je.
Jangan diam je kat sana tu.” Khalif memberi pesanan.
Qairina tidak dapat Manahan air
matanya dari gugur. Khalif merenggangkan pelukan dan mengelap air mata adiknya
itu. “Angah adik Along yang kuat, yang berani. No matter what happens, Along akan tetap support Angah. Ibu dengan ayah, Kak Long, adik-adik pun semua support Angah. Don’t lose to yourself okay? Janji dengan Along.” Qairina
mengangguk dengan senyuman pahit.
“Along ni, suka buat Angah nangis.”
Khalif menarik kakaknya itu ke sisinya. Qairina dan Kahlif hanya ketawa kecil.
Setelah berpamitan, Qairina melangkah masuk ke ruang menunggu. Dia perlu pergi
jauh dari bumi Malaysia. Destinasi pilihannya, ke Negara Matahari Terbit,
membuat kursus bahasa selama enam bulan dan In sya-ALLAH jika ada rezeki
menyambung pengajiannya ke peringkat doktor falsafah.
******************************************************************************
“Nina!” Elina melambai dari jauh.
Qairina berlari anak menghampiri rakan yang sama-sama menghadiri kurusus bahasa
Jepun bersama-samanya sejak sebulan yang lalu. Elina sudah berkahwin dan
suaminya bekerja selama 3 tahun di sini. Untuk mengisi masa lapang, Elina
bersetuju untuk menemaninya dan sama-sama menghadiri kursus bahasa selama enam
bulan. Pinjamannya untuk menyambung pengajian sudah diluluskan dan dia sedang menanti
pihak universiti untuk memberi surat tawaran dan tamat sahaja kursus bahasanya
selepas enam bulan nanti, dia akan terus menyambung pengajiannya di universiti
yang sama.
Mereka beriringan menuju ke kelas.
Selepas kelas, suami Elina sudah bersedia menunggu memndangkan mereka sudah
berjanji untuk ke rumah salah seorang rakan sepejabat suami Elina yang baru
sahaja mendapat cahaya mata. Qairina pula berjalan menuju ke perpustakaan.
Niatnya untuk meminjam beberapa buah buku. Sempatlah dia mengulangkaji sebelum
keluar bekerja esok pagi.
Keluar sahaja dari perpustakaan,
jam sudah menujukkan hampir 7.30 malam. Musim panas begini, hujan selalu turun
pula. Dia pula terlupa membawa payung sebentar tadi. Hujan yang sangat lebat
membuatkan Qairina berjalan menuju ke bilik belajar yang terletak di sebelah
perpustakaan sementara menanti hujan reda sebelum berjalan pulang ke rumah.
“Miss, you can’t wear shoes in here. Do you bring your slippers?”
Satu suara menegurnya dalam bahasa Jepun. Qairina memandang gadis yang
menegurnya itu, cuba untuk memahami apa yang cuba disampaikan.
“Sorry, but I don’t speak Japanese.” Qairina membalas dengan
senyuman nipis. Gadis itu mengangguk dan mengulang solannya dalam bahasa
Inggeris.
“Oh, I don’t bring my slippers.” Qairina menjawab.
“I’m sorry then. You can’t wait inside here.” Gadis itu memberitahu.
“I’ll just wait outside here until the rain stop.” Qairina membalas
dengan senyuman. Qairina bersandar pada dinding bagi mengelakkan begnya terkena
hujan. Seketika kemudian, pintu bilik tersebut dibuka semula.
“Excuse me, miss. You can come in for a while.” Gadis tadi menegur
semula.
“But I didn’t bring any slippers.” Qairina menjawab.
“It’s okay; we’ll lend you a pair of slippers. Irashaimase. (Welcome)”
Gadis itu menjemput Qairina masuk. Qairina hanya menurut memandangkan hujan di
luar masih belum ada tanda mahu berhenti.
Gadis itu meletakkan sepasang
selipar di hadapan rak kasut dan berlalu semula ke kaunter. Qairina menukar
kasutnya dan melangkah masuk ke dalam café tersebut. Café ini terletak di sisi
perpustakaan yang berfungsi sebagai tempat belajar dan berehat seketika.
Qairina mengambil tempat di satu
sudut di sisi dinding kaca itu. Senang dia mahu melihat kalau-kalau hujan
berhenti. “Irashaimase. Can I take your
order?” soal lelaki itu dalam bahasa Jepun.
“One cup of coffee.” Qairina menjawab. Nasib baiklah dia sudah
belajar bagaimana mahu berinteraksi jika dia ke kedai akan atau café.
Pelayan itu berlalu dan seketika
kemudian, seorang lagi pelayan muncul dengan secawan kopi panas. Mungkin
pengurus mereka kerana uniformnya berwarna biru manakala pelayan-pelayan
sebelum ini memakai uniform berwarna putih dan hitam. “Malaysian ya?” Soalan itu membuatkan Qairina mengangkat wajah dan
memandang wajah pelayan tersebut.
“Eh, Qairina? Buat apa kat sini? Tour lagi? Seorang ke?” Bertalu-talu
soalan keluar sambil dia meletakkan cawan di atas meja wanita itu.
“Taklah, saya buat kursus bahasa
enam bulan.” Qairina memberitahu.
“Pindah tempat kerja ke?” soal
Rifqi lagi.
“Tak. Saya sambung belajar.”
Qairina menerangkan.
“Oh, nasib baik jumpa kat sini.
Kenapa tak bagitau nak datang? Nisha asyik bising kat rumah cakap awak dah lama
tak contact dia. Rupanya dia duduk
satu universiti.” Rifqi tersenyum kecil.
“Nisha belajar kat sini ke?” soal
Qairina hairan. Setahunya Nisha belajar di Tokyo. Sebab itulah dia datang ke
Ibaraki.
“Kitorang baru pindah dua bulan
lepas. Nisha dapat sambung MA dekat sini.” Rifqi memberitahu.
“Oh, iye ke. Eh, duduklah. Kenapa
berdiri je?” soal Qairina.
“Tak boleh. Waktu bekerja saya tak
boleh duduk dengan customer. That’s an
ethic here.” Rifqi mengingatkan Qairina.
“Oh, sorry. Lupa. Sambunglah kerja.
Bila awak habis shift?” soal Qairina
ingin tahu.
“In 30 minutes. I’ll drive you back. Wait here, okay?” Rifqi
berpesan sebelum berlalu.
Selepas 45 minit, Rifqi muncul
semula tanpa uniform. Santai dengan T-shirt dan jeans. So, shall we?” ajak Rifqi.
“Kejap, saya belum bayar.” Qairina
mengeluarkan dompetnya.
“It’s okay. Hari ni, saya belanja.” Rifqi tersenyum kecil.
“Thanks.” Qairina membalas senyuman lelaki itu. mereka menukar kasut
dan berjalan menuju ke tempat letak kereta. Rifqi membuka pintu penumpang di
belakang.
“Rifqi, you are not my butler today.” Qairina mengingatkan.
“Oh, sorry.” Rifqi menutup semula pintu tersebut. Qairina ketawa
kecil dan membuka pintu penumpang di hadapan dan masuk ke dalam ke dalam
kereta.
“Dah terbiasalah tu.” Qairina
menarik tali pinggang keledarnya. Rifqi hanya ketawa dan memasang enjin.
“Rumah kat mana?” soal Rifqi ingin
tahu.
“Nisha ada kat rumah tak?” soalan
berbalas soalan.
“So, we go to our house instead?” Rifqi bertanya lagi.
“Nak tengok jugak rumah baru.”
Qairina menjawab dengan senyuman nakal.
“Mestilah boleh. Mesti Nisha
menjerit kejap lagi.” Rifqi mengundurkan kereta dan memandu ke jalan besar.
“Not a surprise anymore. Tiap-tiap kali skype dia menjerit.” Qairina ketawa kecil.
“Okaylah macam tu.” Dan kereta
tersebut terus meluncur menuju ke destinasi.
bersambung...
1 comment
1xBet korean bitcoin no deposit bonus - legalbet
1xbet 1xbet korea korean bitcoin no deposit bonus, sportsbetting, korean online sportsbook bonus, 1xBet sportsbook bonus, sport betting, korean online sportsbook bonus.