Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday, 6 July 2013

Reviu: Ajaib


Buku: Ajaib
Penulis: Syafiq Aizat
Penerbit: Fixi
Mukasurat: 276 helai

Ajaib merupakan salah satu buku terbitan Fixi yang terbaru. Mempertaruhkan pengalaman mistik seorang budak sekolah.

Watak
Watak dalam novel ni berada dalam lingkungan dunia budak sekolah. Jadi kita boleh faham lah apa yang ada dalam dunia mereka tu kan.

Plot
Jalan cerita novel ini okay. Tak berputar-putar alam sangat. Sesetengah penulis likes to go around the bushes  sampai poin sebenar tak kesampaian. 

Mistik merupakan salah satu isu yang menarik minat pembaca. Penulis berjaya mencuri minat aku dalam beberapa bab awal. 

Selain tu aku rasa pengalaman budak-budak dalam novel ni a lil bit advanced daripada budak-budak sekarang. Mungkin penulis cuba nak gambarkan budak-budak alaf baru. Terdedah dengan pelbagai perkara sampai jadi terlalu ke hadapan. Maju sangat.                                                                                                    

Bahasa
Penulis gunakan bahasa yang mudah difahami. Buat peminat buku, mungkin boleh mulakan bacaan Fixi dengan buku Ajaib ni. Kosa kata nya tak buat kita pening kepala.

"Cikgu, masalah saya, saya boleh nampak hantu. Cikgu yakin cikgu boleh tolong saya?" - m/s 31
Ha. Setepek mudah ayat tu. Terus sampai  maksudnya.      

Cuma apa yang aku rasa kebanyakan bahasa budak sekolah umur 12 tahun dalam buku ni agak bombastik.  Contohnya surat Nadirah kepada Izaq (m/s 38) menggunakan ayat aras tinggi. Aku tak berapa yakin murid 12 tahun mampu menulis sebaik itu. Ya, memang ada yang hebat dalam penulisan. Tapi kebanyakan dari mereka akan menghadapi masalah dalam pemilihan perkataan dan penggunaan tatabahasa yang betul.

Kadang-kadang sewaktu pembacaan, aku ingatkan watak dalam novel ni usia mereka melebihi 12 tahun.  Pengalaman mereka mengalahkan budak 12 tahun yang aku kenal :)

Walau bagaimanapun aku ucapkan tahniah di atas percubaan pertama Syafiq Aizat (betul kan?) Hehe. I enjoyed reading your novel. Moga terus sukses dan menimba banyak pengalaman bagi memantapkan penulisan.

oleh: the ohsem dill

5 comments

Terimakasih :D

setakat ini, sy rasa shahnon ahmad dan azizi hj abdullah shj yg mampu melakarkan watak kanak2 dgn cukup realistik ..dialog yg digunakan jelas meggambarkan usia watak tersebut..

cubaan yg baik dill.. cuma sy tadinya mengharapkan sinopsis cerita tu..huhuhu..

harus percaya ada budak yang mampu menulis sebaik itu.tapi tak ramai bilangannya...

tertanya2 apa yg ajaib..harap ada peluang utk baca buku ni juga~ ^^

Anonymous
14:21

belilah awan ..sambungan ajaib, sedehy

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...