Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday, 14 July 2013

Ikemen Butler - Episod 2

Episod 1

“Nina okay?” soal Kak Rafidah pada Qairina yang duduk sendirian di lobi hotel itu. Mereka baru sahaja tiba di Tokyo dan ditempatkan di bilik masing-masing. Hanya dia yang berlegar seketika di ruang lobi.
Qairina cuma mengangguk. Ketika Aliya memberitahu yang syarikat Mutiara Family itu menguruskan percutian untuk keluarga, dia berkeras untuk tetap mengikuti juga rombongan tersebut. Sanggup menghabiskan wangnya untuk turut serta. Dan hari ini, dia faham kenapa. Memang semuanya keluarga. Hanya dia sahaja yang bersendirian.
“Kak Ida ada hadiah untuk Nina. Sebab Nina datang sendiri, kita ada special tour guide. Dia ni anak bos akak. Dia dah lama memang tinggal kat sini dari kecil. So, Nina free dari rombongan ni mulai esok. Nina ikut je dia. Confirm lagi best. Sebab tu Nina bayar mahal. Service ni, nama dia Butler and Maid.” Kak Rafidah memberitahu.
“Hah? Maid? Butler? Apa tu? Maid saya tahulah. Tapi, butler?” Qairina mengerutkan dahinya.
Butler tu macam maid, cumanya butler ni lelaki. Macam bodyguardlah. Tetapi, butler ni Bodyguard cum maid jugak. Selalunya the rich men’s daughter yang ada butler ni. So, kali ni Nina dapat dua-dua. Kejap lagi diorang sampai. Adik dia baru habis exam hari ni.” Kak Rafidah memberitahu.
Qairina hanya mengangguk. Sungguh dia rasa mindanya kosong sekarang. Sejak bila pula dia bayar untuk mendapatkan maid dan butler? Aliya pun tak pernah pulak bercerita tentang maid dan butler ini.
“Hah, panjang umur. Baru je akak cakap-cakap fasal korang. Sampai pun.” Teguran itu membuatkan Qairina spontan menoleh. Dan matanya terus sahaja terpaku pada wajah seorang lelaki berdiri berhadapan dengan Kak Rafidah itu.
“Nina, this is your maid and butler. Ini Rifqi dan adik dia, Nisha.” Kak rafidah memperkenalkan.
“Hai akak. Saya Nisha. Saya akan jadi maid akak untuk 10 hari. Tu, abang saya. Akak belum punggah apa-apa barang, kan? Akak ikut kitorang balik rumah. Okay?” Nisha terlebih dahulu menghampiri Qairina.
Qairina terpinga-pinga seketika. “Nina, ikutlah. Kita jumpa balik on the very last day  dekat airport, okay? Kalau ada apa-apa, contact je akak. Don’t worry, diorang tak akan culik Nina.” Kak Rafidah ketawa melihat Qairina yang kelihatan agak terkejut itu. Qairina menurut apabila Nisha menarik tangannya menuju ke bilik hotelnya.
“Akak, betul ke akak nak biar je dia dengan saya. Macam pelik je budak tu…” Rifqi bersuara separuh berbisik. Kata-katanya itu mengundang tawa besar dari Kak Rafidah.
“Lagi pelik kalau dia ikut rombongan ni. Bawa jelah dia pusing-pusing. Kamu dengan Nisha pun tengah cuti kan sekarang? Bukannya selalu pun. Okay?” Kak Rafidah memujuk. Rifqi hanya mengeluh perlahan dan tersenyum nipis.
Seketika kemudian, Nisha dan Qairina turun dengan barang-barang peribadi milik Qairina. Nisha mendahului mereka menuju ke kereta manakala Qairina menyerahkan kunci biliknya pada Kak Rafidah sebelum berlalu mengekori langkah Rifqi menuju ke kereta.
Rifqi memasang enjin kereta manakala Qairina dan Nisha sama-sama masuk ke tempat duduk belakang. “Adik, duduk depanlah.” Rifqi mengeur.
“Ala, abang drive jelah. Adik nak cakap dengan Kak Nina. Susahlah nak cakap kalau duduk depan. Lambat lagi kan baru nak sampai rumah. Go, go, let’s go!” Nisha mengunci pintu dan ketawa kecil. Rifqi menggeleng kecil dan memandu keluar dari tempat letak kereta tersebut.
“Akak janganlah malu-malu. Anggap je Nisha ni macam adik akak sendiri. Akak ada adik?” soal Nisha ingin tahu.
“Ada. Tiga orang.” Qairina akhirnya melayan sahaja perbualan Nisha.
“Wah, Kak Nina anak sulung ke?” soal Nisha berminat.
“Taklah. Akak ada seorang abang lagi.” Qairina menjawab dengan senyuman. “Adik akak yang first tu lebih kurang sebaya Nisha kot. Yang lagi dua orang tu, sekolah menengah lagi.”
“Oh, lelaki ke perempuan?” Soalan Nisha membuatkan dia mendapat jelingan tajam dari Rifqi yang sedang memandu.
Qairina tertawa kecil mendengar soalan tersebut. “Kenapa, nak try ke?” Jawapan itu membuatkan Rifqi menggeleng sendiri. Qairina masih dalam tawa kecil sebelum menjawab, “Adik akak tu perempuan jugak.”
Jawaapan Qairina itu mengundang tawa kecil dari Rifiq yang sedang memandu. Spontan bahunya ditampar oleh Nisha. “Sibuklah abang ni!” Nisha menarik muncung.
“Padan muka. Gatal sangat. Itulah padahnya.” Rifqi hanya menyambung tawanya sambil memandu.
“Pedulikan abang tu, akak. Dia memang macam tu.” Nisha membuat muka. Qairina hanya ketawa melihat perang mulut antara kedua-duanya sebelum menyambung perbualannya dengan Nisha.
Hampir 35 minit kemudian, mereka tiba di rumah yang bakal ditumpanginya untuk lawatannya selama spuluh hari ke Negara Matahari terbit itu. “Masuklah, Kak Nina. Buat macam rumah sendiri.” Nisha mengajak sebelum menoleh pada Rifqi. “Abang, tolong bawak masuk beg Kak Nina tau. Nisha nak tunjuk bilik.” Dan terus sahaja kedua-dua gadis itu hilang di sebalik pintu.
Rifqi hanya menggeleng sendiri. Memang betullah kali ini dia perlu menjadi butler kepada kedua-duanya. Rifqi masuk dan mengunci pintu dari dalam. Beg Qairina dibawa ke tingkat atas dan diletakkan di tepi pintu. Pandai-pandailah gadis itu mengambilnya nanti. Yang penting, dia mahu membersihkan diri dan tidur. Dia perlu bangun awal untuk membuat perancangan perjalanan mereka untuk esok hari.
“Mana mama dengan ayah Nisha?” soal Qairina sambil menyusun barang-barangnya di atas meja.
“Oh, Nisha lupa nak cakap. Ayah akan tinggal kat Singapore sampai hujung tahun depan. Lepas tu baru dia balik sini. Ayah buka branch baru kat sana. Lepas grad nanti, insya-ALLAH, Nisha nak kerja dekat Singapore jugak.” Nisha memberitahu.
“Mama?” soal Qairina lagi.
“Mama Nisha dah tak ada.” Nisha bersuara perlahan.
Terdiam Qairina seketika. “Oh, akak minta maaf…”
“Eh, tak apalah. Akak tak tahu. Dah dekat sepuluh tahun dah. Sejak tu, ayah tak balik Malaysia lagi. Lagipun, Nisha lahir dekat sini. Abang pun datang sini dari kecil lagi. So, kitorang dah jadi PR (permanent residence).” Nisha memberitahu.
“Eh, tak apalah akak. Dah nak pukul 11 dah. Akak rehatlah. Kalau ada apa-apa, akak ketuk aje bilik Nisha. Esok kita bual-bual lagi. Akak mesti penat naik flight jauh-jauh tadi. See you tomorrow, Kak Nina. Good night. Assalamualaikum.” Nisha tersenyum dan berlalu pergi.
Qairina menukar pakaian dan mengunci pintu sebelum membaringkan tubuhnya di atas katil. Hah, lega rasanya dapat berehat seketika. Entah ke manalah butler dan maid comelnya itu akan membawanya esok hari. Jadi, dia mahu berehat sepenuhnya sebelum memulakan perjalanan pada keesokan harinya.
******************************************************************************
“Nisha, cepatlah!” Rifqi duduk di meja makan.
“Kejaplah!” Nisha melaung dari tingkat atas. Rifqi hanya menggeleng sendiri. Air teh di dalam teko dituang ke dalam cawannya. Seketika kemudian, kedengaran derap langkah mendekati ruang makan. Baru sahaja dia mahu membuka mulut memarahi adiknya itu, wajah Qairina yang muncul di muka pintu. Rifqi kembali menyambung kerjanya menuang teh ke dalam cawan. Qairina mengambil tempat di meja makan dan mencapai teko. Namun Rifqi terlebih dahulu menuang teh ke dalam cawan yang terletak di hadapannya.
“Eh, saya boleh buat sendiri.” Qairina menegur. Sudah lima hari dia menjadi salah seorang penghuni rumah ini sebenarnya. Percutiannya masih berbaki lima hari sebelum dia pulang ke Malaysia.
“Tak apalah. Itu salah satu tugas saya sebagai butler.” Rifqi mencapai pinggan berisi nasi goreng dan diletakkan di hadapan Qairina. “Makanlah.”
“Tak apa, tunggu Nisha kejap.” Qairina menolak.
“Tak payah tunggu Nisha tu. Dia kalau bersiap memang lama.” Rifiqi memberitahu. Dia menadah tanagn membaca doa makan. Qairina hanya menurut.
“Boleh saya tanya something tak?” soal Qairina.
“Apa?” soal Rifqi sambil menambah nasi goreng ke dalam pinggannya.
Butler tu apa?” soal Qairina ingin tahu.
Butler tu macam abang nilah. Pandai masak, handsome, baik, kerja untuk anak orang kaya. Watak kak Nina sekarang macam anak orang kaya kat Jepun ni. Kak Nina tak payah buat apa-apa pun. Semua abang yang buatkan. Itulah kerja butler. More like be a loyal servant toward his mistress.” Nisha yang entah bila muncul mengambil tempat di sisi Qairina.
“Tu dah ada orang tolong jawab. Walaupun tak 100% betul.” Rifqi tersenyum kecil.
“Betullah. Bezanya abang bukannya pergi sekolah untuk butler pun. Kalau keluarga kita memang fully Japanese memang abang akan jadi butler, kan? Nasib baik mama kahwin dengan ayah. Kalau mama kahwin dengan Japanese jugak, memang family kita jadi servantlah jawabnya.” Nisha mencapai sudu dan garfu yang disuakan oleh abangnya.
“Pandai je Nisha ni. Kalau mama tak kahwin dengan ayah, ingat kita ni wujud ke? Dah, makan. Hari ni kita nak pergi Ibaraki, kan?” Rifqi meletakkan gelas berisi jus oren suam di hadapan adiknya.
“Ala, hari ni kita jalan-jalan kat sini sudahlah abang. Adik nak pergi universiti.” Nisha memujuk Rifqi.
“Nak buat apa pergi universiti? Kan tengah cuti sekarang?” Rifqi menyoal pelik.
“Ala… bolehlah abang? Please?” Nisha buat muka kesian.
“Adik, benda tu kan…” Rifqi cuba memujuk namun Nisha cepat-cepat memotong.
“Konsert dia malamlah, abang. Siang tu ada social work je, dia nak buat recording. Adik nak tengok diorang in real life. Sekali je abang. Bolehlah? Please? Lepas dah nampak semua, adik balik. Adik janji! Please…” Nisha masih membuat muka meminta belas kasihan abangnya.
Rifqi menarik nafas dalam. Susah mahu memahamkan adiknya yang seorang ini. Kalau hitam katanya, hitam jugalah kata orang-orang di sekelilingnya. “Okay. Tapi abang dengan Kak Nina ikut sekali.” Akhirnya Rifqi bersetuju.
“Eh, tak payahlah. Abang bawalah Kak Nina pergi jalan-jalan. Abang drop je adik kat uni. Lepas tu adik balik rumah lepas habis event tu.” Nisha membantah perancangan abangnya.
“Abang ikut sekali. Kalau tak, kita pergi Ibaraki hari ni.” Rifqi mengugut.
“Yalah, yalah.” Nisha mengalah akhirnya. Asalkan abangnya membenarkan dia pergi sudah. Sudah hampir lapan bulan dia dan rakan-rakannya menanti saat ini. Peluang sudah tiba di hadapan mata, tidak mungkin dia akan sia-siakan.
“Ada event apa kat universiti Nisha?” soal Qairina ingin tahu.
Super Junior datang. Diorang buat macam charity event untuk autism kids. Universiti Nisha yang organize. The first big event.” Nisha semangat bercerita.
Super Junior? Apa benda tu?” soal Qairina pelik.
Super Junior tu idol group Korealah. Takkan Kak Nina tak kenal kot?” Nisha mengerutkan dahi.
Superman Kak Nina tahulah.” Qairina turut mengerut dahi.
“Eii, peliklah Kak Nina ni. Super Junior tu famous tau…” Nisha mula bercerita.
“Dah, jangan nak promote artis kesayangan adik kat semua orang. Jom cepat. Cepat pergi, cepat balik.” Rifqi menggesa mereka. Nisha menarik muka dan menghabiskan nasi gorengnya di dalam pinggan.
Selesai bersarapan dan bersiap untuk keluar, Rifqi terus memandu ke universiti Nisha. Nisha membuka pintu dan bersedia untuk turun. “Betul abang dengan Kak Nina tak nak ikut ni?” soal Nisha serius. Tiba-tiba pulaabangnya itu menukar plan. Jangan tiba-tiba abang kesayangannya itu menukar rancangan sudah…
“Betul. Pukul 5.30 abang dengan Kak Nina datang sini balik. Kalau adik tak ada kat sini by 5.30, siaplah.” Rifqi sempat mengugut.
“Ala, awalnya…” Nisha mula merungut.
“Awal tak awal. Ingat pesan abang. Kalau tak, abang potong duit elaun.” Rifqi buat muka garang.
“Yelah, yelah.” Nisha menutup pintu dan terus sahaja berlalu masuk ke dalam kawasan universiti.
Rifqi terus sahaja memandu keluar. Masing-masing hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. “So, awak nak pergi mana hari ni?” soal Rifqi sambil memandang cermin pandang belakang.
“Entahlah. Saya pun tak tahu nak pergi mana.” Qairina menjawab jujur. Manalah dia tahu apa yang best dekat Tokyo ni…
“Awak ada barang apa-apa nak shopping tak? Baju ke, kasut ke, handbag ke?” soal Rifqi lagi.
“Bolehlah. Alang-alang tak ada kerja nak buat kan?” Qairina menjawab. Dia diam seketika. “Kenapa awak tak benarkan Nisha pergi konsert malam ni?” soalnya ingin tahu.
“Kalau awak jadi saya, awak benarkan Nisha pergi ke?” soal Rifqi semula. Qairina terus sahaja mengangguk. Rifqi mengeluh pendek. “Saya tak rasa pergi konsert tu budaya kita, cik Qairina. Kita orang Islam. Walaupun Nisha dilahirkan dan dibesarkan kat sini, budaya kita lain. Saya tak rasa benda-benda macam tu elok. Baiklah saya bawa dia ikut buat tour dalam Jepun ni. Dapat juga pengalaman dan pengajaran berguna. Dapat rehatkan minda, belajar benda baru.” Rifqi menjawab.
“Berhibur sekali-sekala pun tak boleh?” soal Qairina lagi.
“Berhibur tu tak salah. Tapi dekat rumah sendiri sudah. Tak payahlah sampai nak keluar pergi tengok konsert semua. Kalau nak tengok, dekat rumah pun boleh. Download ke, beli cd ke. Banyak lagi cara daripada masuk konsert tu. Kalau masuknya sebelum Maghrib, keluarnya lepas Isyak, ada pulak orang solat dalam crowd konsert tu?” Rifqi menyampaikan pandangannya.
Qairina diam tanpa bicara. Diam-diam dia mengakui kebanaran kata-kata Rifqi tersebut. Rifqi akhirnya membelokkan keretanya masuk ke dalam tempat letak kereta bertingkat yang disediakan sebelum mereka sama-sama melangkah masuk ke salah sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Bumi Matahari Terbit tersebut.
Tepat jam 5.30 petang, kereta yang dipandu Rifqi tia di tempat mereka menurunkan Nisha sebentar tadi. Dan seperti yang dijanjikan, Nisha sudah sedia menunggu. Qairina kagum seketika dengan komunikasi antara dua beradik itu. Kalau dia, jangan haraplah dia akan mendengar cakap abangnya.
“Jom kita pergi café Ayumi.” Ayat pertama Nisha sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kereta.
“Okay.” Rifqi pula terus sahaja bersetuju dengan cadangan tersebut. Hanya Qairina yang terkebil-kebil tak tahu hujung pangkal.
Rifqi memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah banglo mewah yang terletak di kelilingi taman yang sangat indah itu.
“Ni rumah siapa?” soal Qairina pelik.
“Bukan rumahlah Kak Nina. Ni café. Café ni kawan abang  punya. So, kita lepak jap kat sini, okay?” Nisha menarik tangan Qairina mengekori langkah Rifqi yang sudah mendahului mereka ke pintu masuk café tersebut.
Qairina dan Nisha sama-sama mengambil tempat di meja yang diduduki oleh Rifqi. Seketika kemudia, seorang pelayan emnghampiri mereka dan Rifqi dan Nisha mula berbual dengan pelayan tersebut dalam bahasa Jepun. Qairina hanya mendengar kerana dia tidak faham pun apa yang mereka bualkan.
Seketika kemudian, pelayan tersebut berlalu dan Rifqi bangkit dari duduknya. Dia naik ke pentas kecil di sudut café tersebut dan mencapai gitar. Nisha sudah bertepuk tangan. Qairina hanya menurut. Dan kemudian, seisi café tersebut bagaikan dibuai oleh dendangan suara Rifqi.
“Abang kerja kat sini dulu time dia kat universiti. So, kalau datang sini, abang mesti akan nyanyi.” Nisha memberitahu. Qairina hanya mengangguk.
Seorang pelayan menghampiri mereka dengan tiga gelas ice blended chocolate. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Nisha dan Nisha ketawa kecil. Nisha memandang Qairina kemudiannya. “Nanti akak datang sini belajar bahasa Jepun tau bila free.” Nisha bersuara sambil mengukir senyuman nakal.
“Bila pulak akak free Nisha oii. Ni pun mesti bersepah kerja kat pejabat tu hah. Mana pulak akak nak cari duit nak belajar sampai ke sini.” Qairina mencapai gelas di hadapannya.
“Alah… kalau akak belajar, bolehlah akak tahu maksud lagu yang abnag tengah nyanyi sekarang.” Nisha masih dengan senyuman nakalnya.
“Apa?” soal Qairina semula.

“Tak ada apa.” Nisha kembali menghadap ke arah pentas sambil menggerakkan kepalanya mengikut gerak lagu yang dinyanyikan abangnya. Qairina hanya memandang jauh ke hadapan. Mungkin tidak. Dia sudah takut mahu bercinta lagi. Noktah.

bersambung...

4 comments

Qairina lulusan Master di Canada kan? Hairan bila dia tak pernah dengar butler.

Qairina tu... oblivious. Haha :)

salam ramadhan dari bunda

Casino Review 2021 - Dr.MCD
The best Casino Review for 수원 출장샵 2021! 청주 출장마사지 Find the best 영주 출장안마 bonus codes for 김제 출장샵 slots, table games 충청북도 출장마사지 and live dealer games. Casino Rewards Program. Free Spins

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...