Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Showing posts with label dill. Show all posts
Showing posts with label dill. Show all posts

Saturday, 6 July 2013

Reviu: Ajaib


Buku: Ajaib
Penulis: Syafiq Aizat
Penerbit: Fixi
Mukasurat: 276 helai

Ajaib merupakan salah satu buku terbitan Fixi yang terbaru. Mempertaruhkan pengalaman mistik seorang budak sekolah.

Watak
Watak dalam novel ni berada dalam lingkungan dunia budak sekolah. Jadi kita boleh faham lah apa yang ada dalam dunia mereka tu kan.

Plot
Jalan cerita novel ini okay. Tak berputar-putar alam sangat. Sesetengah penulis likes to go around the bushes  sampai poin sebenar tak kesampaian. 

Mistik merupakan salah satu isu yang menarik minat pembaca. Penulis berjaya mencuri minat aku dalam beberapa bab awal. 

Selain tu aku rasa pengalaman budak-budak dalam novel ni a lil bit advanced daripada budak-budak sekarang. Mungkin penulis cuba nak gambarkan budak-budak alaf baru. Terdedah dengan pelbagai perkara sampai jadi terlalu ke hadapan. Maju sangat.                                                                                                    

Bahasa
Penulis gunakan bahasa yang mudah difahami. Buat peminat buku, mungkin boleh mulakan bacaan Fixi dengan buku Ajaib ni. Kosa kata nya tak buat kita pening kepala.

"Cikgu, masalah saya, saya boleh nampak hantu. Cikgu yakin cikgu boleh tolong saya?" - m/s 31
Ha. Setepek mudah ayat tu. Terus sampai  maksudnya.      

Cuma apa yang aku rasa kebanyakan bahasa budak sekolah umur 12 tahun dalam buku ni agak bombastik.  Contohnya surat Nadirah kepada Izaq (m/s 38) menggunakan ayat aras tinggi. Aku tak berapa yakin murid 12 tahun mampu menulis sebaik itu. Ya, memang ada yang hebat dalam penulisan. Tapi kebanyakan dari mereka akan menghadapi masalah dalam pemilihan perkataan dan penggunaan tatabahasa yang betul.

Kadang-kadang sewaktu pembacaan, aku ingatkan watak dalam novel ni usia mereka melebihi 12 tahun.  Pengalaman mereka mengalahkan budak 12 tahun yang aku kenal :)

Walau bagaimanapun aku ucapkan tahniah di atas percubaan pertama Syafiq Aizat (betul kan?) Hehe. I enjoyed reading your novel. Moga terus sukses dan menimba banyak pengalaman bagi memantapkan penulisan.

oleh: the ohsem dill

Saturday, 2 February 2013

Reviu: Murtad

Buku: Murtad
Penulis: Hasrul Rizwan
Penerbit: Fixi
Mukasurat: 323 helai

Sebuah lagi buku terbitan Fixi. Setakat ini Murtad menjadi salah satu novel keluaran Fixi kegemaran aku. 

Menceritakan tentang dua orang adik-beradik kembar, Adam dan Akhil yang ditugaskan untuk membunuh orang Islam yang murtad. 

Adam dan Akhil, dideskripsi dengan perawakan tinggi lampai, kulit warna kuning langsat dan bermata sepet. Sesiapa yang minat K-Pop mesti teruja. Haha! Aku hanya minat dengan ketangkasan dan kecekapan mereka je ^^

Murtad pada aku merupakan isu yang jarang-jarang diketengahkan dalam masyarakat umum. Wujudnya murtad itu seperti ulat daun yang menyorok di celahan daun. Ia wujud namun tidak ternampak di mata kasar. Tapi rasanya sekarang ni umat Islam sudah mula perasan tentang permasalahan ini. Hasrul Rizwan mengambil langkah berani dengan mengetengahkan isu murtad sebagai tema novelnya ini.

Penggunaan loghat Kedah pekat menghiasi novel ini. Aku terhibur. Sedikit sebanyak boleh aku belajar. Kadang-kadang tak faham jugak. Nakharrrom! :)

"Tangguh natang jebon apa plak dahhh Khil. Bagi perabih buang la hari ni. Esok mai kerja lain, abih bertindan lagi banyak kerja nak buat." (m/s 174)
Baru sikit je ni. Banyak lagi loghat best!

Watak perempuan turut diselitkan dalam Murtad. Maria dan Zulaikha menjadi pemanis dalam hidup Adam dan Akhil. Menambahkan rencah kejiwangan untuk Adam dan Akhil. Rasanya ia seperti memberi Adam dan Akhil kehidupan lain selain membunuh manusia-manusia murtad. Hidup tidak seratus peratus membunuh, masih ada hidup yang lagi satu. 

Menambah suka aku dengan novel ni pabila penulis menyelitkan watak Nipis dan Koperal Azman. Terus ekor mata mengintai novel Zombijaya. Terasa seronok bila ada cameo dari novel lain. Santai :)

Ada sedikit kesilapan watak Adam dan Akhil dalam sesetengah jalan cerita. Mungkin typo. Nevermind. Tak mencacatkan plot cerita sebab aku faham :)

Aksi perlawanan dan pergaduhan aku imajinasikan seperti layar perak. Rasanya boleh difilemkan cuma elakkan dubbing yang teruk. Hancur semua nanti. Ahaks.

Apa yang aku boleh katakan, mungkin penulis ingin menyampaikan yang murtad boleh menjadi satu krisis yang teruk. Boleh membunuh Islam itu sendiri. Akan wujud manusia-manusia yang berfikiran ekstrem - langsung membunuh si pe'murtad' dari mencuba membantu mereka ke jalan kebenaran.

"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan jalanlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itu Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-An'aam 6:153) - sumber

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Ali 'Imraan 3:85) - sumber

oleh: the ohsem dill

Saturday, 28 July 2012

Reviu: KasaRnova

Buku: KasaRnova
Penulis: Izwan Hafifi
Penerbit: Lejen Press




Berjaya membeli buku ini semasa ART FOR GRABS + KL ALTERNATIVE BOOKFEST kat The Annexe Gallery bulan Mei lepas.

Pernah aku bawa juga buku ini ke tempat kerja dan rakan sekerja mengatakan kulit muka hadapan buku ini adalah gambar bogel + lucah sebaik sahaja melihatnya. Jenuh aku menerangkan yang buku ini suci murni ye. Tak de adegan lucah. Kehkeh.

Hero cerita ni Bali dan aweknya Farah. Korang bacalah  buku ni kalau nak tau kisah diorang ye.

Antara konflik utama cerita ini adalah percintaan. Of course antara Bali dan Farah. Bagaimana Bali menangani konflik ini dalam caranya sendiri. Pada aku, dia banyak lari dari masalah dan bukannya menghadapi masalah tersebut. Apabila dia sendiri berasa rimas dengan layanan Farah, dia ambil keputusan untuk mengkuarantin dirinya dari Farah tanpa mempedulikan perasaan awek tu. Cara ni sedikit sebanyak memakan diri pihak yang satu lagi, Farah. Kadang-kadang manusia ingat apabila dia lari dari masalah, masalah tu boleh selesai. Padahal tidak. Masalah akan terus membelenggu hidup.

Penulis buku ini rajin menerangkan tentang sesuatu perkara. Contohnya macam nak menerangkan tentang rokok;
[...] melayan batang yang berisi lebih lebih 4000 bahan kimia berbahaya termasuklah tar, nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan.
Disokong pula dengan ayat Al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w. Panjang lagi. Korang baca sendiri tau. 


Penulis juga rajin menyelitkan diri sendiri dalam penulisannya. Sering dia memberi komen terhadap tindakan watak-watak atau cara penulisan dalam novelnya. Bikin aku sengih sendiri.
Bali agak mamat ni nak sailing girlfriend dia ni. Sailing? Bodoh punya autocorrect Microsoft Words ini; sumpah penulis tak terdengar.


Penggunaan bahasa santai memudahkan aku untuk menghadam cerita ini. Perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bercampur-aduk. Memang diakui rata-rata cara perbualan kita memang sebegitu. 
"Pasal I nampak boobs dia and she's wearing kurung, puas hati?" suara Tini sudah mula bersalut tone yang lebih tinggi.

Selain dari itu lebih berkisar tentang kisah cinta dunia zaman kini. Facebook, handphone dan macam-macam lagi la medium perantaraan. Kisah anak muda bercinta ^_^


Aku boleh agak ending cerita ini sebelum aku habis membacanya haritu. ^__^


*p/s: Kalau korang nak beli buku-buku macam ni, boleh klik link kat bawah ni




oleh: the ohsem dill

Saturday, 30 June 2012

Reviu: Awek Chuck Taylor

Buku: Awek Chuck Taylor
Penerbit: Lejen Press



Serius aku tidak perasan cover depan buku ni merupakan kasut Chuck Taylor. Ignorant sungguh.

Menceritakan tentang pengalaman Hafiz dengan perempuan-perempuan yang berada dalam kehidupannya. Sheila, Fadilah, Bella, Azrina, Mira dan Nana. Dari apa yang aku tahu buku ni berdasarkan cerita benar. Pada 10 Jun 2012 lalu, Ezreen Emira (Mira) telah kembali ke rahmatullah. Kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk dia dan Nana ya. Moga ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.


Dari apa yang aku baca buku ni banyak menyentuh tentang aspek kehidupan anak muda; pergaulan, cara hidup, kekeluargaan, akademik, cinta dan macam-macam lagi.

Kehidupan anak-anak muda banyak juga dipertontonkan dalam buku ni. Selain teruja dengan bola sepak, masing-masing jiwa-jiwa jugak. Watak Hafiz dan Aiman masing-masing minat bola sepak dan dalam masa yang sama Aiman sibuk hendak menekel awek-awek yang diminatinya. 

Rasanya fokus besar dalam buku ini adalah tentang Hafiz dan teman wanitanya, Mira. Pemikiran Mira yang lain dari yang lain bikin aku ingin terus membaca. Kadang-kadang pelik juga dengan pemikirannya. Yeap, sometimes women are unpredictable. Mira sedikit sebanyak boleh menjadi antagonis. Haha! Bukan nak kata dia jahat, cuma tindakannya sometimes bikin Hafiz haru-biru.

Elemen kekeluargaan juga ditunjukkan dalam buku ni. Mira sangat-sangat menyayangi Nana, adik bongsunya. Keadaan Nana yang sering kurang sihat membuatkan Mira menjadi protective. Sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang berlaku pada Nana. Part ni aku sangat suka. ^^

Konflik cinta antara Hafiz, Mira dan Nana seperti mengundang virus dalam perhubungan mereka bertiga. Hafiza sayangkan Mira dan dalam masa yang sama mengasihi Nana. Aku tahu Hafiz sayang Nana. Sayang sangat. Kalau korang tak tahu apa yang aku bebelkan ni, korang kena beli buku tu dan baca sendiri okei.

Aku rasa dah panjang ni. Maaflah kalau ada terkurang apa-apa dalam reviu ni. Aku budak biasa.

oleh: the ohsem dill

Saturday, 9 June 2012

Reviu: Bulatan Yang Terlekuk

Buku: Bulatan Yang Terlekuk
Penerbit: Kerat Studio



Serius aku tak tahu tajuk zine ni. Main order je dari Bos Kerat Studio, KHRLHSYM. Bile sampai kat tangan, baru tau rupe zine ni. Hehe.

Penulisnya Luc Abdullah. Rasanya ramai sudah mengenali dia kan? Aku pernah terlihat-lihat nama dia. Tapi kenalnye tak jugak. 

Dari apa yang aku tengok, ada lapan cerpen, satu puisi dan 11 cerita kontot (certot) [tolong perbetulkan aku jika salah]. Kalau tak silap aku, Luc tak letakkan tajuk cerpen. 

Cerita-cerita dalam zine ni punya intipati tentang kehidupan. Yang kita-kita pandang manis seperti gula dan juga lebih pahit dari hempedu. Bagaimana sesetengah dari manusia sibuk mengejar keghairahan duniawi dan kadang-kadang alpa dengan manusia lain yang amat memerlukan perhatian dan bantuan.
Pada saat kau tidak memerlukan aku, keseorang aku di gelandangan mencari sisa makanan dan mengejar kucing-kucing jalanan sebagai hiburan; sedangkan rinduku pada kau membuak-buak. Apabila tidak tertahan, aku terpadcak di hadapan pintu rumah kau dengan salakan-salakan tanpa henti memanggil, tapi hanya diam menjadi jawapan kau. - m/s 7


Ada manusia tidak dapat menerima kebenaran dalam kehidupan. Seboleh-bolehnya akan ditidak-tidakkan kebenaran itu. Kebenaran kadang-kadang itu pahit. Tidak boleh tidak kita harus menelannya.
"Kau pulang sendiri lepas ni, sedekahkan bayi tu dekat zoo," katanya sambil menuding bayi sulung itu. - m/s 43


Tidak dapat menerima hakikat keadaan warisnya sendiri. Dilempar pelbagai tuduhan pada si isteri. Cerita tentang apa? Kamu perlu baca sendiri. Okei. 

Sarkastik dalam kehidupan pasti ada. Diolah semula dalam penceritaan membuatkan kita terfikir tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup ni? Betulkah  pemikiran kita selama ini?

Turut diselitkan elemen kasih-sayang di antara kekejaman kehidupan ini. Kasih-sayang dalam keluarga biarpun ada konflik melanda. Kisah yang acap kali terjadi dalam dunia ini dicoret kembali atas kertas.

Seperti yang aku katakan awal tadi, ada puisi dalam zine ini. Mungkin puisi ini menceritakan tentang kekeliruan yang dialami sepanjang kehidupannya. Mencari sesuatu bagi mengisi hatinya yang kosong. Pencarian masih diteruskan tanpa kenal erti lelah. -puisi m/s 50


Sekeping roh
dalam kelongsong
binaan tanah bertujuh
melayang-layang
merisik lubang
pelarian


-rangkap 1

Kesebelasan certot memang wajar dibaca. Antara yang menjadi kegemaran aku adalah cerita tentang seorang lelaki yang masih mencintai bekas kekasihnya walaupun sudah ramai wanita cuba merapatinya. Diolah dengan ayat yang berlapis-lapis sehingga aku rasa siapa yang membaca pasti turut merasa sama.

Rasanya dah panjang lebar ni. Untuk turut merasa sama intipati Bulatan Yang Terlekuk, hubungi Kerat Studio atau kamu boleh emelkan pesanan ke keratstudio@gmail.com. 

oleh: the ohsem dill

Saturday, 12 May 2012

Reviu: Dabel Date

Penerbit: Lejen Press


Melihat cover buku ni je dah buat aku teruja. Hehe. Berjaya membeli Dabel Date di booth Lejen Press @ PBAKL, PWTC.

Mula-mula aku ingat cerita tentang pasangan kekasih berdabel date. Alkisahnye, bukan rupanya. Selak punya selak, sampai mukasurat tengah, ingatkan salah cetak. Padahal dah memang macam tu kondisinya.

Karya milik Amal Hamsan, Lang Rahman, Rudeen Ayyad dan Nasyrun Malik. 

Cerita-cerita cinta dalam buku ni bikin aku ketawa tak sudah. Memang lawak! Kisah cinta kita-kita diceritakan dalam bentuk humor. Siapa yang tak suka kan?

Lang Rahman.
Punya imaginasi yang kadang-kadang orang kata, ridiculous! Walau bagaimanapun cerita-cerita dia bawa banyak makna tersirat. Antaranya, cerita Sarah dan Rashid dalam Celupar.
"Ayang nak tivi jugak!' Dan mendengar jawapan itu, Rashid jadi makin celupar, "Ok, kalau kau nak sangat tivi tu kau beranak ja keluar tivi!". Sembilan bulan berlalu. Sarah telah melahirkan sebuah tivi lcd flat screen 42 inci bukannya seorang bayi. Bagaimana Sarah melahirkan tivi tersebut tak perlulah diceritakan ye dak. [...] Sementara itu tivi lcd flat screen 42 inci tersebut pula mengeluarkan bunyi seperti tivi rosak ataupun tivi tiada siaran"


Nasyrun Malik.
Pada aku, dia pandai buat twist dalam cerita. Bila aku expect endingnya A, rupanya B. Selain tu cara dia menggambarkan seseorang, tidak secara spesifik. Ia lebih kepada umum. Pembaca hanya boleh tahu di pengakhiran cerita itu. Macam cerita Joe dan Kimi, dua jiwa dalam satu ikatan terlarang. Siapa Joe? Siapa Kimi? Korang kena explore sendiri. Hehe


Amal Hamsan.
Dalam banyak-banyak cerita dia, aku paling suka 'Panggil Dia, Ed'. Menyentuh perasaan. Cara penyampaiannya terkesan di hati. Mungkin sebab aku pernah merasai pengalaman yang sama cuma situasinya sedikit berbeda.


Rudeen Ayyad.
Ha! Dia menulis simple je. Cerita Jen Joni memenuhi mukasurat milik penulis ni. Ceritanya pendek-pendek dan mudah dihadam. Aku suka 'Mahunya Heri' Itu
"Ajarkan aku cara memikat Nina" Keluh Heri setelah hampir putus asa mendapatkan gadis idaman hati. Lalu ujar Jeri selamba: "Pertama sekali, kau wajib bertukar menjadi manusia. WAJIB!"


Nah. Empat orang ini penulis dalam Dabel Date. Tulisan korang memang ohsem! Kalau siapa-siapa nak beli buku ni, korang contact Lejen Press okei.


oleh: the ohsem dill

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...