Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.
UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.
Thursday, 29 December 2011
Bintang, Bulan dan Matahari
psst... psst...
"ya bintang?"
"bulan tidak rasa bosan?"
"kenapa bulan perlu rasa bosan? bukahkah bintang ada dengan bulan?"
"ya, tapi..."
"tapi apa bintang?"
"tapi banyak bintang lain akan menemani bulan apabila malam menjelma."
"jadi bintang risau?"
senyum.
"bintang tidak mahu jadi bintang. bintang mahu jadi matahari, boleh?"
"matahari?"
"ya, sebab andai bintang jadi bintang, mungkin satu malam nanti, pabila bintang tiada, bulan akan mencari bintang yang lain."
senyum.
"tapi kenapa bintang mahu jadi matahari?"
"sebab bulan tidak akan dapat cari penganti matahari kerana matahari hanya satu, begitu juga dengan bulan."
"tapi bulan dan matahari jarang ketemu. bintang tidak risau?"
"tidak, sebab bulan dan matahari saling memerlukan. bulan perlukan matahari untuk bersinar, manakala matahari perlukan bulan untuk terangi malam kelam."
senyum.
"baiklah bintang. mulai sekarang kamulah matahari bulan."
senyum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments
dunno why tersentuh pula baca pasal bulan bintang & matahari ni...
sweet but deep meaning...
:) thanks teenager.. :)
aduhai
begitulah indah-Nya ciptaan dia :)
alolo... sangat comel tau...
bulan dan mentari..jadi saksi kasih yang terpatri...
cun..
kasihan bulan.bercinta dengan bintang menyanyi:
bintang,bintang berkelipan..
bila bintang menjadi matahari,menyanyi:
dengarlah matihariku..
termerepek.. :)
:)
tapi matahari juga adalah sejenis bintan, bukan?
*senyum*
p/s : sebut sahaja tentang bintang, pasti macy baca sampai titik terakhirnya :)
bulan bintang di hati~ ^^
jadi saja apa yg kamu mahu . =)
suka!kita manusia pun sama,saling memerlukan, saling melengkapi.
senyum...
tapi awak.. matahari pun bintang jugak..
ape2lah.. awk jadi je ape yg awk nak jadi.. :D.. sy tetap di sini.. melaksanakan perintah Allah.. bergerak di jalan yang ditetapkan-Nya..
wawawawaa... tu bulan..
senyum. ;)
Kesetiaan lagi penting dari perkongsian.
semalam bulan tersenyum lebar, diteman bintang.