"Aku rasa aku sukakan ko la."
"Suka je pun."
"Aku rasa aku kasihkan ko la."
"Kasih je pun."
"Aku rasa aku sayangkan ko la."
"Sayang je pun."
"Aku rasa aku cintakan ko la."
Katrina menoleh. Di sebelah kanannya tercegat seorang lelaki memakai baju T biru, berseluar slack hitam dan berkasut converse berkata penuh selamba.
"Apa ko cakap Iqfal?"
"Aku cakap aku cintakan ko," ulang Iqfal.
"Boleh tak ko jangan main-main dengan benda macam ni? Aku tak suka," marah Katrina. Dia mengemas buku-buku miliknya dan bersedia untuk pergi.
"Aku tak main-main. Aku nak pinang ko," kata Iqfal lagi.
"Ko gila," Katrina terus pergi. Meninggalkan Iqfal terkulat-kulat sendiri.
Malam itu Katrina mendapat emel daripada Iqfal.
"Kat, aku serius mahu hidup bersama-sama dengan ko. Aku tahu ko terkejut. 10 tahun aku pendam perasaan kat ko. Sejak zaman sekolah lagi. Berhari-hari aku fikirkan tentang hal ni. Berhari-hari juga aku berlatih depan cermin. Pening aku fikir macam mana nak luahkan pada ko. Aku kumpul kekuatan, akhirnya aku luahkan pada ko siang tadi. Ko tolong fikirkan pasal hal ni, Kat. Bila ko dah sedia, ko kasitau aku ya. Ko ambillah seberapa lama ko perlukan. Aku biarkan ko berfikir. Dan Kat, aku cintakan ko."
Kat termenung. Iqfal, kawan baiknya sejak daripada bangku sekolah lagi. Rakan sepermainan, tempat meluah perasaan, tempat dia gelak ketawa dan menangis. Katrina buntu. Otaknya ligat berfikir hingga tidak sedar bila dia terlena.
Dua minggu Iqfal tidak menghubungi Katrina. Katrina rasa kehilangan. Katrina sudah fikir masak-masak. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Iqfal. Suara Chris Martin, vokalis Coldplay menyanyi di corong telinga Katrina sebelum diputuskan oleh suara lelaki.
"Hello. Kat?"
"Iqfal, aku cintakan ko"
Saat itu hati Iqfal berbunga-bunga dan Katrina tersenyum bahagia.
10 comments
sweet.... :)
mesti iqfal lompat2 suke hehehe
alahhhhhhhhhhh... sweetnya kalau buahati akak cakap cenggini... hurmmmmm jelesnya... arghhhhh...
psssss... kispen kamu ciky tahu... comelnya akak suka... dah berapa kispen kamu akak suka... weeeeeeee.. tapi kali ini paling comel... tak dpt iqbal bygkan mesti dia happy gila bila kat terima lamaran dia.... ehem ehem orlando....
korang...time kasih banyak2 :)
terharu. padahal cerita biasa2 je pun
dill.
cepat-cepat call cik abang, suruh dia kata 'i love u' banyak. arghhh....
kalaulah ia semudah itu. sebenarnya payah. bagi aku lah.
mngsimple pown cerita nie kan.. oke la tu semua paham boleh tersengih oke la tu
simple but sweet..
kalau semudah ini . =)
comey..sweet sgt..:)
p/s : ada wujud x lelaki yg snggup tggu n syg kita 10 tahun lmenyer??