siri sebelumnya klik di sini
***
Seminggu berlalu. Kejadian di taman itu juga semakin dilupakan. Raudhah mengemas mejanya yang berselerak dengan dokumen-dokumen tender dan senarai kuantiti . Dia mengeluh. Memandangkan kawannya, Sabridah sedang bercuti kerana melahirkan anak pertama, segala kerjanya menjadi berganda.
“Sab…Sab…cepatlah kau masuk kerja. Nak pengsan dah aku buat kerja sorang-sorang.” Raudhah mengomel seorang diri.
Bangunan ofis 3 tingkat ditinggalkan. Perutnya yang dari pagi hanya menjamah angin, terasa pedih menyucuk. Tanda minta segera di isi. Tugasnya sebagai Quantity Surveyor memang mencabar. Tugas yang mencabar ini juga menyebabkan kadang-kadang dia lupa akan dirinya.
Raudhah memilih untuk berjalan kaki sahaja memandangkan disekitar ofisnya terdapat banyak kedai makan. Biasanya, dia ditemani Sabridah, namun sejak kawan sepejabatnya itu cuti bersalin sebulan yang lalu, dia hanya bersendirian. Bukan tiada teman sepejabat yang lain, cuma dia lebih selesa untuk bersendirian.
Restoran yang menyediakan masakan kampong menjadi pilihannya ketika ini. Dan biasanya memang disini menjadi tempat dia menjamu selera. Selesai membayar nasi dan lauk yang dipilih, Raudhah mengambil tempat di bahagian tepi restoran untuk menjamah makanannya.

“ Hai, cik. Boleh saya tumpang duduk disini?”
Belum sempat dia menyuap suapan pertama, ada suatu suara menegurnya. Raudhah mendongak. Hampir terjatuh sudunya apabila melihat gerangan yang menegurnya itu.
“ Awak?”
“ Ya, saya. Boleh saya duduk? Kebetulan meja semua dah penuh.” Kata orang itu sambil membuat senyum comel. Kononyalah.
“ Err..hmm..duduklah” Raudhah tiada pilihan memandangkan tempat lain semuanya sudah penuh seperti yang dikatakan lelaki dihadapannya ini.
“ Terima kasih.”
“ Sama-sama.” Jawab Raudhah sambil meneruskan suapan yang tergendala. Lelaki dihadapannya tidak dihiraukan.
“ Sama-sama.” Jawab Raudhah sambil meneruskan suapan yang tergendala. Lelaki dihadapannya tidak dihiraukan.
Sedang dia enak menjamu selera, dia terperasan yang lelaki dihadapnnya ini asyik memandangnya. Nasi dipinggan lelaki itu juga hanya separuh terusik.
“ Kenapa pandang saya macam tu?” Tanya Raudhah geram.
“ Kenapa pandang saya macam tu?” Tanya Raudhah geram.
“ Awak ni bila lapar, makan tak pandang kiri kanan ya?” tanya lelaki itu balik. Raudhah terkedu. Mukanya terasa panas menahan malu.
“ Eh, suka hati sayalah nak pandang kiri kanan ke tidak.” Raudhah tidak mahu kalah.
“ Ya, ya…memang ikut suka hati awaklah kan .” Lelaki itu tertawa.
Raudhah tidak kuasa melayan. Lagipun bukan dia kenal lelaki sengal dihadapannya ini. Layan buat sakit hati saja.
“ Kenapa cik tak telefon saya?”
“ Hah? Ikut suka hati sayalah.”
Lelaki itu ketawa lagi. Raudhah pelik. Hatinya mula curiga. Gilakah mamat dihadapannya ini?
“ Awak ni siapa sebenarnya? Nak apa?” Tanya Raudhah. Hatinya panas.
“ Okey, saya minta maaf. Saya rasa cara perkenalan kita ni salah. Apakata kita mulakan sekali lagi. Boleh?”
“ Siapa nak kenal dengan awak?”
“ Ha ha ha ha.”
“ Saya serius encik.”
“ Saya pun serius. Serius nak berkenalan dengan awak.”
“ Taknak.”
Lelaki itu ketawa lagi. Reaksi Raudhah kelihatan comel dimatanya.
“ Saya nak.” Lelaki itu tidak mahu mengalah.
“ Tak……….nak!!”
“ Naklah.”
“ Naklah.”
“ Taknaklah.”
“ Please say… yes?”
“ No.”
“ No.”
“ Yes?”
“No, taknak. Tak faham?”
“ Alah, yeslah.”
“ No..no..no.”
“ Yes ok?”
Raudhah mati kutu. Lelaki itu tidak mahu kalah.
“ Mana boleh paksa orang macam tu.”
“ Boleh.”
“ Jawapan saya tetap ‘taknak’. Muktamad.”
“ Awak terpaksa jawab ‘nak’ jugak wahai cik adik.”
“ Kenapa? Kenapa paksa- paksa ni?”
“ Sebab kita dah berkongsi minuman.” Lelaki itu tersengih. Sebelah keningnya terangkat.
“ Hah? Kongsi? Bila?”
Lelaki itu tersenyum sambil matanya terarah pada gelas minuman yang dipegang Raudhah. Raudhah yang menyedari keadaan itu seraya memandang juga gelas yang dipegangnya. Dan terasa darah dari kaki menyerbu naik ke muka secara tiba-tiba.

“ Eh, err…” Terasa ingin tersembur kembali air yang disedutnya. Gelas yang dipegang cepat-cepat disorong kembali kepada lelaki di hadapannya. Raudhah terasa malu yang amat.
“ So?”
“Hmm…maaf tak sengaja.”
“ Bukan itu yang saya ingin dengar.”
“ Er….huhh...” Raudhah mengeluh perlahan.
p/s: next?? Adakah Raudhah jawab ya atau tidak?
apakah nama watak lelaki??jeng jeng jeng
apakah nama watak lelaki??jeng jeng jeng
ada yg cadangkan tajuk : metafora cinta.....so?
hehehe
*akan diupdate lagi mengikut jadual penulis*
11 comments
she say yes maybe.. hehe :)
arghhhhh.. kenapa watak aku bersalin. arghhhh.. aku tetap mahu laki aku aaron aziz.
hehehe.. aaron aziz cool! aku setuju aaron aziz. tapi nanti bininya cemburu ekekekeke..
aku nak tahu apalah Raudhah nak buat dgn lelaki degil tu hehehe..
Aku rasalah kan.. raudhah berkeras xnak berkenalan dgn laki tu. tapi ada incident yg akhirnya buat dia terpaksa kenal juga dgn mamat tu- kan mamat tu dah takdir dia muahahaha.. (betul ke takdir dia?)memandai betul!
teha: mybe yes, mybe no...hehehe
sab: kahkahkah....see...spesial punya den bagi...ok2 aaron aziz pn aaron aziz la...
nong andy: hahaha....itu...tungguuu....
eee main paksa2 plak nak berkenalan...comel!
semua nak aaron aziz kannn
uih..novel on9 ka ni??huhu.
nuyui: bukan novel....kispen je...hehe
dah pening. spe yg kt yes n spe kt yes lg...haha
zulhilmi: kena perhati betul2 dialog...nanti lost...hehehe
wahhh banyaknye koleksi cerita kat sini ye, awak mmg minat mbace ek? Klw free meh baca cite saya pulak :
http://lynndamya.blogspot.com/2012/02/sambungan-cerpen-tergantung-ezad-amir.html
Tq (n_n)