Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday 13 December 2012

Harga Sebuah Kasih


Ibu sedang memotong sayur. Aku lihat ibu begitu tekun melakukan pekerjaannya. Abang dan kakak begitu leka mengulangkaji pelajaran. Aku cuba dekati ibu, ingin membantu jika ibu izinkan

"Ibu, boleh adik bantu?" berharap aku dapat mebantu, meringankan beban kerja ibu.

"Tak usah, kami pergi belajar sana." keras dan tegas suara ibu. Aku berlalu meninggalkan ibu di dapur sendirian. Mungkin ibu tak percaya aku melakukan tugasnya. Selesai masak ibu memanggil kami makan, seperti biasa ibu tak makan bersama kami. Sibuk menyuap aku, melayan soalan demi soalan yang aku berikan. Abang dan kakak makan dengan begitu selera sekali.

"Ibu, boleh tak ibu suapkan adik sampai bila-bila. Sampai adik besar pun boleh?" aku meminta ibu terus ada. Terus menyuapku. Terus menyayangiku dan beri aku perhatian selagi mampu. Betapa aku tak boleh hidup tanpa ibu. Betapa besarnya kasih aku buat ibu.

"Selagi mampu, ibu sentiasa bersama kalian." ibu menjawab sambil menghadiahkan senyuman manis buat aku, kemudian beralih ke arah kakak dan abang. Mengapa harus aku rasa perasaan seaneh ini? rasa tidak puas mengecapi saat manis bersama ibu. Terasa tidak puas menerima kucupan hangat dari ibu. Terasa sentiasa rindukan suapan dari ibu.

******************

"Awak, bangun la, saya suapkan makan ni." suara suamiku menerjah ke gegendang telingaku. Dari semalam aku tak menjamah makanan hanya kerana merajuk tidak diendahkan suami. Terlalu busy dengan urusan kerja hingga tidak mempedulikan omelan-omelan manjaku. 

Berkali-kali dia memohon maaf namun aku tak endahkan. Berkali-kali dia menyuap masih juga aku tak peduli. Kerasnya hatiku?

"Abang, maafkan Lyz kerana keras hati." aku genggam erat dan cium dalam-dalam tangan yang aku rindu itu. Aku peluk erat dalam tangisan wajah yang aku rindu itu. Besarnya dosa aku merajuk hati tanpa mempedulikan perasaan suamiku. 

Berdosanya aku mengabaikan suamiku. Berdosanya aku tega mendera perasaannya hanya ingin membuat dia rasa bersalah akibat sedikit kelemahannya itu. Mengapa aku harus menghukum sedangkan aku sendiri masih banyak kelemahan. 

Perginya ibu insan yang aku sayang sudah cukup buat hati tersiat pedih. Aku terkapai-kapai saat ibu pergi hingga munculnya kini insan yang sudi menggantikan tempat ibu menyuap aku makan . Perlukah aku abaikan dia pula? andai esok lusa Allah menjemputnya pergi adakah aku sanggup bertabah? akukah aku redha insan yang aku sayang pergi satu demi satu.

Itulah manusia, andai ada tidak dihargai. Bila dah tiada baru nak terasa kehilangan. Dulu aku tak pernah bertanya ibu dah makan, adakah ibu sudah kenyang? adakah ibu gembira. Adakah ibu sihat? Pemergian ibu secara tiba-tiba buat kami mati arah/ Tanpa penyakit ibu pergi. Tanpa kami sedari ibu menderia demam dan alami jangkitan kuman tidak dirawat punca pemergian ibu. Terlalu menyayangi kami dalam kesempitan hidup buat ibu tabah lalui semua penderitaan.

"Sayang, menangis lagi?" Syahrul masih meribaku."Saya teringatkan ibu, saya mimpi ibu. Maafkan saya, saya akan usaha jadi isteri yang baik. Saya tak mau awak susah menjaga saya." aku dakap tubuh sasa itu seeratnya. Dia hanya tersenyum, tersenyum kelegaan kerana rajukku dah baik atau mungkin juga  tersenyum lega mendengar sedikit kematangan aku, wallahua'lam.

p/s:hargailah insan yang kita sayang selagi ada peluang dan ruang.






2 comments

sedang menghargai insan2 yg ada disekeliling wlupun kurang kasih sayang

**jejak kembali..lama x singgah ^_^

rindu kat mak :(

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...